Anda di halaman 1dari 84

PANDUAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN KEWANGAN

KSSM MATEMATIK
INSURANS DAN PERCUKAIAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2022
Terbitan 2022

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

ISBN: 978-967-420-674-1

Disediakan oleh:
Unit Matematik dan Matematik Tambahan
Sektor Sains dan Matematik
Bahagian Pembangunan Kurikulum

ii
KANDUNGAN
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan vii
Kata Alu-aluan ix
Pendahuluan 1

3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Standard Kandungan 3.1: Risiko dan perlindungan insurans

Standard Pembelajaran 3.1.1 5


Standard Pembelajaran 3.1.2 16
Standard Pembelajaran 3.1.3 22

4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Standard Kandungan 4.1: Percukaian

Standard Pembelajaran 4.1.1 31


Standard Pembelajaran 4.1.2 33
Standard Pembelajaran 4.1.3 36
Standard Pembelajaran 4.1.4 53
Pembelajaran Berasaskan Projek 57

Jawapan 61
Singkatan 66
Panel Penulis 67
Penghargaan 69
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97.]

vii
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian


Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama Bank Negara
Malaysia (BNM), telah berjaya menghasilkan Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan bagi
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik.
Bahan ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang
melibatkan pendidikan kewangan di sekolah. Pembangunan
panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini sejajar dengan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong usaha BNM memperkukuhkan
pengetahuan dan kemahiran literasi kewangan dalam kalangan masyarakat di semua
peringkat. Panduan PdP ini mengandungi contoh PdP bagi Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran tertentu, bertujuan membangunkan pelbagai kecekapan kognitif,
afektif dan sosial, serta memupuk kemahiran mengurus kewangan dalam kalangan murid.
Panduan PdP ini juga mengandungi cadangan aktiviti yang memberi peluang dan
pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kewangan dalam
konteks dunia sebenar. Aktiviti yang disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir
dan pengurus kewangan yang matang dan kreatif, ahli pasukan yang bekerjasama dan
pemimpin yang tegas serta mempunyai visi yang jelas. Akhir kata, syabas dan tahniah
diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini. Semoga ianya dapat memberi
manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti PdP.

Sekian, terima kasih.

HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2022

ix
PENDAHULUAN
Pendidikan kewangan merupakan salah
satu elemen merentas kurikulum yang
diterapkan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan
memberikan pendedahan kepada murid
tentang kepentingan membuat keputusan
kewangan yang bijak bagi menjamin
kesejahteraan kewangan individu, masyarakat dan negara.

Definisi Pendidikan Kewangan

Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna


kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko
kewangan dan melalui maklumat, panduan dan/ atau nasihat yang betul, dapat
membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko
dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi
mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan
kesejahteraan kewangan mereka.

Rujukan: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi

Pelbagai kajian yang dibuat mengesahkan kepentingan pendidikan kewangan di awal usia kanak-
kanak kerana ia mempunyai impak positif, membentuk dan menggalakkan tingkah laku kewangan
sihat pada masa hadapan. Penggunaan wang secara bijak, perbelanjaan dan simpanan yang
mampu membentuk asas kemahiran kewangan perlu diberi keutamaan memandangkan
kedudukan dan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia pada masa kini yang agak rendah.

Dapatan kajian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar peningkatan trend
golongan muda yang diisytiharkan muflis adalah sangat membimbangkan. Faktor utama yang
dikenal pasti ialah kurang pengetahuan dan disiplin dalam mengurus kewangan. Kebanyakan
generasi muda mula berhutang ketika mereka berada di institusi pengajian tinggi dan di awal
pekerjaan. Kekurangan pengetahuan kewangan mengakibatkan kesilapan dalam percaturan
perbelanjaan. Paling merisaukan apabila terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup
berhutang semata-mata ingin memenuhi tuntutan gaya hidup masa kini dan sering berbelanja di
luar kemampuan. Selain itu statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan bahawa

1
ramai rakyat Malaysia terjebak dalam penipuan dan penyalahgunaan kewangan. Trend ini akan
memberi kesan yang tidak baik terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara umumnya.

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan Insurans dan Percukaian ini
diharap dapat membantu guru menjalankan aktiviti PdP yang berkesan dan bermakna bagi
memupuk kemahiran dan literasi kewangan dalam kalangan murid. Murid di Tingkatan 5 perlu
diberi pendedahan tentang kepentingan untuk melindungi diri, keluarga dan harta benda daripada
risiko yang mungkin dihadapi melalui perlindungan Insurans. Selain itu, pendedahan dan
kesedaran berkaitan Percukaian turut menjadi keperluan bagi murid tersebut kerana sebahagian
mereka akan terus melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat persekolahan Tingkatan 5.

Elemen Pendidikan Kewangan yang ditulis secara eksplisit dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Matematik KSSM merangkumi empat tajuk di bawah Matematik
Pengguna iaitu:

Simpanan dan Pelaburan,

1
Kredit dan HutangSimpanan dan Pelaburan,
TINGKATAN 3
Kredit dan Hutang

2 Pengurusan TINGKATAN 4
Kewangan

3 Contents Here
Insurans
TINGKATAN 5

Contents Here
4 Contents Here
TINGKATAN 5
Percukaian

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini mengandungi tiga bahagian
utama iaitu:
1. Cadangan Aktiviti
2. Lembaran Tugasan
3. Pembelajaran Berasaskan Projek
Guru boleh menjalankan aktiviti PdP yang dicadangkan mengikut kreativiti, keperluan dan
keupayaan murid.

2
BIDANG PEMBELAJARAN
NOMBOR DAN OPERASI
OPERATIONS

3.0
MATEMATIK PENGGUNA:
INSURANS
STANDARD KANDUNGAN
3.1 RISIKO DAN PERLINDUNGAN INSURANS

3
4
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

SP 3.1.1 Menjelaskan maksud risiko dan kepentingan perlindungan insurans, dan

seterusnya mengenal pasti jenis insurans hayat dan insurans am bagi


melindungi pelbagai jenis risiko.

Aktiviti 1
Lembaran Tugasan 1, Lampiran 1a & 1b

1. Kongsi dua keratan akhbar (Lampiran 1a).


Berdasarkan kandungan keratan akhbar tersebut, kemukakan soalan berikut kepada
murid.

“Apakah perancangan yang perlu dilakukan untuk mengatasi atau


setidak-tidaknya mengurangkan kesan kesengsaraan yang
mungkin menimpa seseorang?”

Berdasarkan jawapan yang diberi oleh murid, bincangkan definisi risiko.

2. Arahkan murid berbincang secara berpasangan. Setiap pasangan dibekalkan


dengan Lembaran Tugasan 1 mengenai konsep risiko.

3. Minta murid memberikan contoh jenis-jenis risiko. Murid berkongsi jawapan


mereka.

4. Buat kesimpulan berkaitan definisi risiko dengan menekankan bahawa risiko


boleh dikurangkan melalui perlindungan insurans.

5. Bincangkan takrifan insurans serta kepentingan perlindungan insurans dengan


berkongsi gambar rajah (Lampiran 1b).

5
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 1
SP 3.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Jawab soalan berikut.

1. Berikan definisi risiko.

Jawapan:

Risiko

2. Nyatakan jenis-jenis risiko.

Jawapan:

3. Merujuk kepada jenis-jenis risiko yang diberikan dalam soalan 2, nyatakan kaedah untuk
mengurangkan risiko tersebut.

Jawapan:

6
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lampiran 1a
SP 3.1.1
KERATAN AKHBAR

7
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lampiran 1b
SP 3.1.1

KEPENTINGAN PERLINDUNGAN INSURANS

JAMINAN
TANGGUNGAN
RUGI

Hilang Upaya Sakit Kritikal

Masuk Hospital Mati Awal

Kemalangan

8
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Aktiviti 2
Lembaran Tugasan 2a & 2b, Lampiran 2

1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang. Setiap kumpulan dibekalkan dengan
bahan rangsangan kad info berkaitan topik insurans (Lampiran 2). Murid berbincang
bahan tersebut dalam kumpulan.

2. Edarkan Lembaran Tugasan 2a kepada murid. Jawapan lembaran tugasan ini boleh
menjadi panduan kepada Lembaran Tugasan 2b.

3. Edarkan Lembaran Tugasan 2b. Murid menganalisis dan menyatakan risiko-risiko yang
dihadapi.

4. Pilih satu kumpulan untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid yang lain untuk
mengemukakan soalan.

5. Bimbing murid membuat kesimpulan tentang risiko, kepentingan perlindungan insurans


serta jenis-jenis insurans yang terdapat di Malaysia.

9
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 2a
SP 3.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Jawab soalan berikut.

Kad Bergambar

Kenal pasti antara risiko berikut, yang mana dilindungi oleh insurans hayat atau
insurans am. Tulis jawapan anda di ruangan yang disediakan.

(a) (b) (c)

(d) (e) (f)

(g) (h) (i)

10
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 2b
SP 3.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Baca setiap situasi berikut
dan bincangkan risiko yang dihadapi oleh setiap individu. Nyatakan jenis insurans
yang melindungi risiko dalam setiap situasi.

Kad Bergambar

Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3

Puan Siti merupakan Encik Raju sekeluarga Encik Kamal


seorang ibu tunggal. tinggal di sebuah rumah mempunyai sebuah
Dia bekerja sebagai banglo yang terletak di kereta dan sering
kerani dan mempunyai kawasan tanah tinggi. memandunya ke serata
dua orang anak yang destinasi.
sedang bersekolah.
Salah seorang daripada
anaknya menghidapi
penyakit jantung.

Situasi 4 Situasi 5 Situasi 6

Akhtiar Rasyid Puan Mona sering ke Encik Hatta bercadang


merupakan seorang luar negara atas urusan untuk memiliki rumah
pemain bola sepak kerja. sebaik sahaja beliau
profesional Malaysia. melangsungkan
perkahwinan.

11
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lampiran 2
SP 3.1.1

Kad Info

Insurans Hayat Insurans Am

a) Insurans Bertempoh a) Motor


• Menawarkan perlindungan • Melindungi kenderaan
insurans untuk tempoh daripada risiko kecurian,
terhad sahaja. kemalangan atau
b) Insurans Hayat Seumur kebakaran.
Hidup
b) Kebakaran
• Menawarkan perlindungan
• Polisi kebakaran asas
Insurans sepanjang hayat.
c) Insurans Endowmen memberi perlindungan
Satu instrumen • Menggabungkan hanya bagi bangunan
kewangan yang perlindungan dan tabungan. akibat kebakaran, kilat
boleh diperoleh d) Insurans Berkaitan atau letupan.
untuk melindungi
Pelaburan c) Perjalanan
anda daripada apa-
apa kemungkinan • Menggabungkan pelaburan • Melindungi daripada
seperti kematian dan perlindungan hayat
insiden yang berkaitan
atau kehilangan e) Insurans Perubatan dan
dengan perjalanan,
upaya atau bencana Kesihatan
ekonomi • Melindungi kos rawatan kemalangan diri,
(diberhentikan kerja). perubatan dan kos kehilangan bagasi dan
pembedahan. sebagainya (perlu dibeli
f) Insurans Bertempoh sekiranya bercadang ke
Gadai Janji Berkurangan luar negara).
(MRTA) d) Barangan Peribadi
• Meliputi pembayaran balik
• Melindungi barangan
pinjaman pembelian
peribadi seperti komputer,
hartanah tertunggak
sekiranya berlaku kematian, telefon bimbit dan kamera
kehilangan upaya atau daripada kehilangan atau
mengalami penyakit kritikal. kecurian.

12
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Info Guru
SP 3.1.1

1. Tiada pampasan yang setimpal untuk kehilangan emosi. Insurans tidak boleh
menghalang sesuatu kerugian daripada berlaku tetapi insurans dapat mengurangkan
bebanan kewangan yang ditanggung oleh pemegang polisi.

2. Kelebihan membeli polisi insurans yang mampu milik dan diperlukan:

a) Mengurangkan kesan kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kejadian yang


tidak diingini.

b) Bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya kerugian atau masalah kewangan


yang tidak dijangka.

Guru boleh merujuk kepada laman sesawang berikut untuk maklumat tambahan.
• https://www.myinsuranceinfo.com
• https://www.bnm.gov.my

3. Risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh insurans:


(a) Risiko boleh insurans
• Risiko yang berkemungkinan berlakunya risiko tersebut dapat dijangka dan
ditentukan secara kaedah statistik atau perangkaan.
• Contohnya: kebakaran, kemalangan, kecurian, pecah amanah dan kematian.

(b) Risiko tidak boleh insurans


• Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan.
• Contohnya: gempa bumi, peperangan, perubahan fesyen dan sebagainya.

13
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Info Guru
SP 3.1.1

(c) Insurans:

• Satu instrumen kewangan yang boleh diperoleh untuk melindungi anda daripada
apa-apa kemungkinan seperti kematian atau kehilangan upaya atau bencana
ekonomi (pemberhentian kerja).

• Kepentingan perlindungan insurans:

Menyediakan
perlindungan untuk
kejadian yang tidak
diingini.

Sokongan kewangan Kepentingan Instrumen untuk


terhadap memindahkan beban
kerugian/kerosakan harta
Perlindungan dan mengurangkan
benda. Insurans risiko kerugian.

Membiayai kos perubatan


atau sumber pendapatan
gantian sekiranya berlaku
musibah.

• Peranan Insurans:
• Memberikan perlindungan perniagaan
• Memperoleh ganti rugi
Individu Peniaga Negara
• Memberi • Memberikan • Menyumbang
perlindungan perlindungan kepada
diri. perniagaan. ekonomi
• Memperoleh • Memperoleh negara.
pampasan. ganti rugi. • Membeli bon
• Memupuk • Berniaga dan sekuriti
tabiat tanpa ragu- kerajaan.
menyimpan ragu. • Membuat
wang. pelaburan.

14
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Info Guru
SP 3.1.1
Jenis-jenis Insurans:
Insurans Hayat

Insurans Hayat
Insurans Bertempoh Seumur Hidup Insurans Endowmen
•Menawarkan •Menawarkan •Menggabungkan
perlindungan insurans perlindungan sepanjang perlindungan dan
untuk tempoh terhad. hayat dan premiumnya tabungan.
•Wang manfaat dibayar di bayar seumur hidup •Wang manfaatnya akan
hanya setelah anda. dibayar pada akhir
kematian atau •Wang manfaatnya tempoh yang
sekiranya anda termasuk sebarang ditetapkan berikutan
mengalami hilang bonus, akan di bayar kematian atau jika
upaya menyeluruh dan setelah kematian atau mengalami hilang
kekal semasa dalam sekiranya anda upaya menyeluruh atau
tempoh polisi. mengalami hilang upaya kekal.
menyeluruh dan kekal.

Insurans Berkaitan
Pelaburan
Insurans Bertempoh
Gabungan pelaburan Gadai Janji Berkurangan
dan perlindungan hayat Insurans Perubatan dan (MRTA)
di mana sebahagian Kesihatan
caruman diguna untuk Meliputi pembayaran balik
Melindungi kos rawatan pinjaman pembelian
membeli unit pelaburan
perubatan dan kos hartanah tertunggak
dan selebihnya bagi
pembedahan sekiranya berlaku kematian,
perlindungan insuran
kematian atau kehilangan upaya atau
kehilangan upaya yang mengalami penyakit kritikal.
kekal.

Insurans Am

Melindungi Polisi kebakaran Melindungi Melindungi


Motor

Kebakaran

Barangan Peribadi
Perjalanan

kenderaan anda asas memberi daripada insiden barangan peribadi


daripada risiko perlindungan berkaitan anda seperti
kecurian, hanya bagi perjalanan seperti komputer, telefon
kemalangan bangunan akibat kemalangan diri, bimbit, dan
atau kebakaran kebakaran, kilat kehilangan kamera daripada
atau letupan. bagasi, dan lain- kehilangan atau
lain perbelanjaan. kecurian.
(Perlu dibeli
apabila
merancang untuk
perjalanan ke luar
negara)

* Sebelum memilih mana-mana polisi insurans, pastikan anda menyemak bahaya dan risiko yang dilindungi oleh
polisi tersebut memandangkan setiap perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans biasanya
berbeza-beza.

usually offer different coverage. 15


3.0 Matematik Pengguna: Insurans

SP 3.1.2 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan kadar


dan premium insurans.
rates and premiums.

Aktiviti 1
Lembaran Tugasan 1

Insurans Motor

1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 1.

2. Minta murid melayari Internet bagi meneroka kadar premium insurans motor
dengan mencari Kalkulator Insurans Kereta. Antara contoh Kalkulator Insurans
Kereta ialah http://www.einsuran.com.

3. Pastikan murid memasukkan maklumat bagi pelbagai situasi supaya dapat


melihat faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans motor.

4. Minta murid untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid lain untuk


mengemukakan soalan.

16
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 1
SP 3.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Layari Internet untuk meneroka
penggunaan Kalkulator Insurans Kereta. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans motor.

Faktor-
faktor yang
menentukan
kadar
premium
insurans
motor:

17
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Aktiviti 2
Lembaran Tugasan 2

Insurans Perjalanan

1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 2.

2. Minta murid melayari Internet bagi meneroka kadar premium insurans


perjalanan dengan mencari Kalkulator Insurans Perjalanan. Contoh
Kalkulator Insurans Perjalanan boleh diperoleh di laman sesawang
https://www-424.aig.com.my/buytravel.

3. Pastikan murid memasukkan maklumat bagi pelbagai situasi supaya dapat


melihat faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans perjalanan.

4. Minta murid untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid lain untuk


mengemukakan soalan.

18
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 2
SP 3.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Layari Internet untuk meneroka
penggunaan Kalkulator Insurans Perjalanan. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans perjalanan.

Faktor-
faktor yang
menentukan
kadar
premium
insurans
perjalanan:

19
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Aktiviti 3
Lembaran Tugasan 3

Insurans Hayat

1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 3.

2. Minta murid melayari Internet bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar
premium insurans hayat dengan memasukkan maklumat bagi pelbagai situasi.

3. Antara contoh Kalkulator Insurans Hayat ialah seperti “Kalkulator Pelan Persaraan”, yang
boleh diperoleh melalui laman sesawang

https://www.greateasternlife.com/my/en/personal-insurance/understand-
insurance/financial-tools-to-know-what-you-need/retirement.html

4. Minta murid untuk berkongsi jawapan. Galakkan murid lain untuk mengemukakan soalan.

Lembaran Tugasan 3
SP 3.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Layari Internet untuk meneroka
penggunaan Kalkulator Insurans Hayat. Masukkan maklumat yang diperlukan bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kadar premium insurans hayat.

Faktor-faktor yang menentukan


kadar premium insurans hayat:

20
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Info Guru
SP 3.1.2

Insurans Motor

Pautan ke laman web yang lain untuk maklumat tambahan:

1. https://www.oto.my/tool/car-insurance-calculator
2. https://bjak.my
3. https://www.motortakaful.com/getonline/motorcalculatortakaful

Insurans Perjalanan

Pautan ke laman web yang lain untuk maklumat tambahan:

1. https://www.etiqa.com.my/getonline/swtccalculator
2. https://online.takaful-malaysia.com.my/Travel
3. https://getquote.allianz.com.my/travel-care/get-info

Insurans Hayat

Pautan ke laman web yang lain untuk maklumat tambahan:

1. https://www.aia.com.my/en/my-aia/ecommerce/calculator.html

2. http://www.einsuran.com/A001010.aspx

3. https://www.fwd.com.my/direct/protect-direct/prequote

21
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

SP 3.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan insurans termasuk deduktibel


dan ko-insurans.

Aktiviti 1
Lembaran Tugasan 1

1. Bahagikan murid secara berpasangan dan edarkan Lembaran Tugasan 1.

2. Minta murid untuk menganalisis dan membuat perbandingan dua pelan insurans yang
diberikan. Seterusnya, minta mereka untuk memilih satu pelan insurans yang difikirkan
sesuai dengan memberikan justifikasi yang jelas.

3. Pilih beberapa pasangan murid untuk membentangkan jawapan mereka. Bimbing murid
untuk membuat pilihan yang betul.

4. Pilih beberapa orang murid untuk membuat refleksi berkaitan ko-insurans.

Lembaran Tugasan 1
SP 3.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut.


Rajah di bawah menunjukkan pelan insurans yang ditawarkan oleh dua syarikat yang
berbeza.

Pelan Insurans Bakawali Pelan Insurans Rajawali


• Bulanan serendah RM100 • Bulanan serendah RM120
• Ko-insurans 15% • Ko-insurans 10%
• Manfaat hospital RM120 sehari • Manfaat hospital RM150 sehari

Danish baru bekerja dan menyedari bahawa perlindungan insurans perubatan sangat
penting. Beliau mendapat dua risalah berkaitan pelan insurans daripada dua syarikat
insurans berbeza.
Bandingkan kedua-dua pelan insurans di atas. Bantu Danish untuk membuat pilihan yang
sesuai. Berikan justifikasi terhadap pilihan anda.

22
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Aktiviti 2
Lembaran Tugasan 2

1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang. Edarkan Lembaran Tugasan 2.

2. Minta murid untuk menganalisis tiga situasi pelan insurans yang diberikan dan hitung
jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pihak syarikat insurans.

3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan mereka.

4. Pilih beberapa orang murid untuk membuat refleksi berkaitan deduktibel.

Lembaran Tugasan 2
SP 3.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Selesaikan masalah berikut.
Berikut merupakan tiga kes pelan insurans dengan deduktibel yang berbeza.

Kes 1 Kes 2 Kes 3


Pelan Insurans Pelan Insurans Mawar Pelan Insurans
Kenanga Kemboja
Kalai telah mengalami
Suraya membeli Pelan kemalangan jalan raya Chan gemar bermain bola
Insurans Kenanga dan telah menjalani sepak. Akibat sering
yang menawarkan pembedahan. Jumlah bermain tanpa membuat
deduktibel sebanyak bayaran hospital senaman, dia telah
RM200. Pada suatu selama 5 hari ialah mengalami kecederaan
hari, Suraya telah RM20,000. Namun dan perlu dibedah segera.
mengalami demam Kalai perlu membayar Kos hospital selama 5 hari
panas dan telah deduktibel sebanyak ialah RM16,000 dan telah
ditahan di wad selama RM300 dan selebihnya dibayar oleh pihak
5 hari. Bayaran ditanggung oleh pihak Insurans Kemboja.
hospital ialah RM5000 Insurans Mawar. Namun, Chan perlu
dan dia telah Manfaat hospital yang membayar deduktibel
menerima manfaat diterima Kalai ialah sebanyak RM250.
hospital sebanyak RM70 sehari. Manfaat hospital yang
diterima Chan ialah
RM100 sehari.
sebanyak RM100 sehari.

Hitung jumlah yang dibayar oleh syarikat insurans kepada ketiga-tiga individu tersebut.

23
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Aktiviti 3
Lembaran Tugasan 3

1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang.

2. Bentangkan pernyataan berikut:

Insurans banyak memberi manfaat kepada pemegang polisi melalui


ko-insurans atau deduktibel. Terdapat syarikat insurans yang
menawarkan kedua-dua manfaat ko-insurans dan deduktibel
dalam pelan perlindungan yang sama.

3. Minta murid berbincang dalam kumpulan berkenaan pernyataan di atas.

4. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan. Bimbing murid untuk


membuat kesimpulan. (Rujuk langkah pengiraan seperti di Lampiran 3).

Lampiran 3
SP 3.1.3

Berikut merupakan contoh pengiraan bagi kes ko-insurans, deduktibel dan gabungan kedua-
dua ko-insurans dan deduktibel.

Kes 1: Ko-insurans

Zaid mempunyai polisi insurans Amanah yang memerlukan beliau membayar ko-insurans
10% daripada jumlah kos rawatan hospital. Zaid telah dimasukkan ke wad selama 5 hari dan
jumlah kos rawatan hospital yang dikenakan adalah sebanyak RM4,000. Elaun tunai harian
hospital untuk Zaid adalah sebanyak RM150 sehari. Berapakah jumlah yang dibayar oleh
pihak syarikat insurans?

Penyelesaian:
Jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans

10
= RM4,000 – (  RM4,000) +(5  RM150)
100
= RM4,000 – RM400 + RM750
= RM4,350

24
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Kes 2: Deduktibel

Wong dimasukkan ke wad selama 10 hari dan kos rawatan hospital yang dikenakan ialah
sebanyak RM20,000. Wong membayar deduktibel sebanyak RM1,000 daripada jumlah kos
rawatan hospital tersebut. Elaun tunai harian hospital untuk Wong ialah sebanyak RM150
sehari. Berapakah jumlah yang dibayar oleh pihak insurans?

Penyelesaian:
Jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans
= RM20,000 – RM1,000 + (10 × RM150)
= RM20,500

Kes 3: Deduktibel dan Ko-insurans

Diana telah dimasukkan ke wad selama 4 hari kerana menghidap penyakit radang apendiks.
Bil hospital selama rawatan tersebut ialah RM16000 dan telah ditanggung sebahagian oleh
syarikat insurans. Diana telah membayar sebahagian kos rawatan hospital tersebut secara
deduktibel sebanyak RM400 dan ko-insurans 10%. Elaun tunai harian hospital yang diterima
ialah RM150. Berapakah jumlah yang dibayar oleh pihak insurans?

Penyelesaian:

10
Nilai ko-insurans =  RM15,600
100
= RM1560
Jumlah yang dibayar oleh pihak syarikat insurans
= RM16,000 – RM400 – RM1560 + (4 × RM150)
= RM14,640

Aktiviti 4
Lembaran Tugasan 4

1. Edarkan Lembaran Tugasan 4 sebagai latihan pengukuhan.

2. Minta murid menjawab secara individu.

3. Pilih beberapa murid untuk membentang jawapan yang dibuat.

4. Buat kesimpulan berkaitan ko-insurans dan deduktibel.

25
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 4
SP 3.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara individu. Selesaikan masalah berikut.

Soalan 1: Ko-Insurans

Rania baru bekerja di sebuah syarikat swasta dan telah ditawarkan gaji sebanyak RM2500.
Beliau telah membeli polisi insurans perubatan seperti pelan yang ditunjukkan di bawah.

Pelan Putih
• Premium bulanan RM120
• Ko-insurans 5%
• Elaun tunai harian hospital RM100

Berdasarkan pelan insurans di atas, tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x )
pada pernyataan yang salah.

a) Premium bulanan ialah 5% daripada gaji Rania.

b) Jika kos rawatan hospital ialah RM18,000, Rania perlu membayar ko-
insurans sebanyak RM800.

c) Jika Rania dimasukkan ke wad selama 5 hari, dia akan mendapat jumlah
elaun tunai harian hospital sebanyak RM500.

d) Semakin tinggi kos rawatan hospital, semakin tinggi amaun ko-insurans


yang perlu Rania bayar.

26
3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Soalan 2: Deduktibel
Syarikat Insurans Awira menawarkan dua pelan insurans perubatan.

Pelan Ceria Pelan Senyum


• Premium bulanan RM200 • Premium bulanan RM120
• Deduktibel RM200 • Deduktibel RM250
• Elaun tunai harian hospital • Elaun tunai harian hospital
RM150 RM100

(a) Berapakah beza deduktibel antara Pelan Ceria dan Pelan Senyum? Terangkan
jawapan anda.

Jawapan:

(b) Jika berlaku kemalangan dan kos rawatan hospital selama 5 hari ialah RM7,000, pelan
manakah yang lebih sesuai? Berikan justifikasi.

Jawapan:

27
28
BIDANG PEMBELAJARAN
NOMBOR DAN OPERASI
OPERASIPERATIONS

4.0
MATEMATIK PENGGUNA:
PERCUKAIAN
STANDARD KANDUNGAN
4.1 PERCUKAIAN

29
30
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

SP 4.1.1 Menghuraikan tujuan percukaian.

Aktiviti 1
Lembaran Tugasan 1

1. Edarkan kertas A4 kepada setiap murid.

2. Minta murid melipat kertas tersebut kepada 4 bahagian. (Sticky notes juga boleh
digunakan).

3. Kemukakan perkataan berikut.

Kerajaan sentiasa membangunkan negara dengan menyediakan


kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat.

4. Berdasarkan pernyataan di atas, minta murid menulis satu sumber pendapatan


negara untuk menyediakan kemudahan awam pada setiap helaian kertas. Jadi akan
ada empat jawapan yang berbeza untuk setiap murid.

5. Minta murid menampal jawapan mereka di dinding dan kemudian minta mereka
menyusunnya mengikut sumber pendapatan negara yang berbeza.

6. Bincangkan jawapan murid.

7. Jalankan aktiviti yang sama terhadap:


• tujuan percukaian
• kelebihan percukaian

8. Bincang dan buat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

31
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Info Guru
SP 4.1.1

Tujuan Percukaian

Sesebuah kerajaan yang memerintah memerlukan hasil untuk mentadbir negara mereka.
Sekiranya negara kekurangan hasil, maka ia terpaksa menampung segala perbelanjaan
untuk projek pembangunan melalui pinjaman dengan Bank Dunia. Sesebuah negara tidak
boleh terlalu bergantung kepada pinjaman semata-mata untuk menguruskan pembangunan
tanpa mendapatkan sumber atau hasil dari dalam negara kerana ia boleh mengakibatkan
sesebuah negara itu menjadi muflis serta dikawal oleh bank pemberi pinjaman. Sebagai
contoh, terhadap apa yang berlaku di negara lain seperti Greece dan Sepanyol yang mana
negara mereka tidak mempunyai hasil yang mencukupi dan terpaksa meminjam dari luar
sehingga menyebabkan mata wang mereka jatuh teruk sehingga kini.

Kelebihan Cukai kepada Rakyat dan Negara

Sebagai pembayar cukai, rakyat perlu faham kewajipan mereka untuk membayar cukai.
Cukai yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan
dinikmati semula oleh rakyat. Contoh manfaat cukai yang dinikmati oleh rakyat di negara ini
adalah seperti berikut:

a) Keamanan

Negara membelanjakan hasil kutipan cukai terhadap keselamatan seperti keperluan


logistik untuk tentera dan polis bagi melindungi rakyat dan negara.

b) Fizikal dan Pembangunan

Pembinaan rangkaian infrastruktur yang moden seperti jalan raya, jambatan, lapangan
terbang dan bangunan kerajaan.

c) Ekonomi

Pemodenan pelabuhan dan lapangan terbang serta menggiatkan aktiviti pengilangan dan
industri bagi menggalakkan pelaburan dari syarikat tempatan dan antarabangsa untuk
tujuan perkembangan ekonomi.

d) Sosial

Hasil kutipan cukai yang diperolehi juga akan disalurkan untuk menyediakan kemudahan
pendidikan, kesihatan dan kebajikan serta turut menyumbang kepada pembangunan
belia di negara ini.

32
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

SP 4.1.2 Menghuraikan pelbagai cukai dan seterusnya kesan pengelakan cukai


tersebut dari aspek perundangan dan kewangan.
.

Aktiviti 1
Lembaran Tugasan 1a & 1b

1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang dan edarkan Lembaran Tugasan 1a
dan 1b.

2. Minta murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan.

3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan.

4. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan tentang Jenis-jenis Cukai dan Kesan
Pengelakan Cukai.

Lembaran Tugasan 1a

Lembaran Tugasan 1a
SP 4.1.2
Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil.
Bincang dan nyatakan jenis-jenis cukai yang terdapat dalam setiap pernyataan berikut.

1. Sistem taksiran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikenali sebagai Sistem
Taksiran Sendiri (SAS). Dalam SAS, pembayar cukai diperlukan untuk mengisytiharkan
pendapatan individu secara jujur dan mengira cukai yang perlu dibayar. Tanggungjawab
mengenai perihal cukai dipindahkan kepada pembayar. Cukai ini ditaksir berdasarkan
tahun sebelumnya.

Jawapan: ______________________________________________

2. Cukai ini dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut
dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Kadar cukai dapat disemak dan
tertera di setiap geran kenderaan. Nilainya adalah tetap dan tidak berubah setiap
tahun. Tempoh untuk memperbaharui cukai ini adalah 6 bulan atau 12 bulan
bergantung kepada pemilik kenderaan.

Jawapan: ______________________________________________

33
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

3. Cukai ini diperkenalkan menerusi Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai
Perkhidmatan 1975. Ianya berkuat kuasa mulai 1 September 2018. Kadar cukai yang
dikenakan ke atas barangan adalah sebanyak 5%, 10% atau pada kadar lain yang
ditentukan oleh kerajaan. Satu lagi kadar cukai sebanyak 6% dikenakan ke atas
perkhidmatan makanan dan minuman, hotel, kad kredit dan kad caj, kelab
persendirian dan lain-lain.

Jawapan: ______________________________________________

4. Cukai ini merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan
menggunakan hasil pungutan ini bagi membiayai kos penyelenggaraan bandar
seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap,
membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu isyarat dan sebagainya. Kadar
cukai ini ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai
cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih besar berbanding di bandar kecil.
Kebiasaannya, bayaran cukai ini adalah dalam lingkungan 9% hingga 10% daripada
nilai hartanah atau rumah kediaman.

Jawapan: ______________________________________________

5. Cukai ini adalah cukai yang dikenakan kepada pemilik tanah atau hartanah atas tanah
termasuk tanah pegangan bebas dan pajakan. Ia dibayar kepada kerajaan negeri
melalui Pejabat Tanah dan Galian. Cukai ini mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari
hingga 31 Mei pada setiap tahun. Sekiranya bayaran tidak dijelaskan, ia akan menjadi
tunggakan mulai 1 Jun.

Jawapan: _______________________________________________

34
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 1b
SP 4.1.2

Arahan:

1. Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil.

2. Bincangkan tentang kesan pengelakan cukai dan gunakan peta minda yang
bersesuaian untuk menyusun jawapan anda.

3. Gunakan strategi ‘one stay and others stray’ dalam membentangkan hasil
perbincangan.

Info Guru
SP 4.1.2

Kesan Pengelakan Cukai Pintu

Notis (Borang E) akan dikeluarkan. Anda dikehendaki menjelaskan bayaran dalam tempoh
15 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 1% daripada baki tunggakan akan dikenakan
kepada anda mengikut seksyen 147(1), Akta 171. Jika anda masih tidak membuat bayaran
selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos
waran sebanyak 10% ke atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan. Waran ini
membolehkan pegawai PBT diberi kuasa untuk melaksanakan tindakan-tindakan seperti
berikut:
a) Merampas atau menyita harta mudah alih (harta yang boleh dibawa keluar daripada
bangunan).
b) Melelong bangunan atau tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh PBT.
Untuk mengelakkannya bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari atau 31 Ogos
pada setiap tahun.

Kesan Pengelakan Cukai Tanah

Sekiranya cukai tanah menjadi tertunggak, tindakan perampasan tanah di bawah Akta
Kanun Tanah Negara 1965 boleh diambil oleh Pentadbir Tanah Jajahan. Kesan tindakan
tersebut akan menyebabkan tanah berkenaan dirampas atau dilucuthak oleh PBT.

Kesan Pengelakan Cukai Pendapatan

Individu pembayar cukai yang tidak bertanggungjawab dalam menjelaskan cukai atau
mengelak daripada mengisytiharkan pendapatan bercukai, berkemungkinan besar akan
berhadapan dengan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Individu atau
syarikat yang mengelak daripada membayar cukai boleh dikenakan perintah kebankrapan
atau perintah penggulungan syarikat oleh mahkamah melalui LHDN.

*Guru perlu membincangkan dan membuat kesimpulan berkaitan kesan pengelakan cukai daripada sudut
perundangan dan kewangan.

35
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

SP 4.1.3 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan pelbagai


cukai.

Aktiviti 1

1. Minta murid mengenal pasti dan menyenaraikan jenis pendapatan berdasarkan


pengetahuan sedia ada mereka dengan menjalankan aktiviti 'Think-Pair-Share'.
Bincangkan jawapan murid.

2. Bincangkan dengan murid jenis pendapatan bercukai individu.

Nota guru:
Jelaskan kepada murid jenis-jenis pendapatan individu yang dikenakan cukai oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Aktiviti 2
Lembaran Tugasan 1

1. Edarkan Lembaran Tugasan 1 dan minta murid menyelesaikan tugasan secara


individu.

2. Pilih beberapa orang murid untuk berkongsi jawapan mereka.

3. Bincangkan jawapan murid.

36
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 1
SP 4.1.3
Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara individu. Baca dengan teliti dan selesaikan masalah
yang diberikan.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan Encik Mahesh bagi tahun 2020.

❖ Encik Mahesh bekerja sebagai seorang Pegawai Sumber Manusia di


Kementerian Pendidikan Malaysia dan menerima pendapatan sebanyak
RM5,350 sebulan.
❖ Beliau menerima imbuhan tetap perumahan sebanyak RM400 dan imbuhan
tetap keraian sebanyak RM400 setiap bulan.
❖ Beliau juga mempunyai sebuah rumah yang disewakan dengan harga
RM400 setiap bulan.

Berapakah pendapatan Encik Mahesh yang dikenakan cukai?

Jawapan:

Aktiviti 3
Lembaran Tugasan 2
1. Edarkan Lembaran Tugasan 2 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara
berpasangan.

2. Minta murid untuk mengenal pasti dan menyenaraikan jenis-jenis pelepasan cukai
yang dibenarkan berdasarkan Jadual Pelepasan Cukai yang diberikan.

3. Pilih beberapa murid untuk berkongsi jawapan.

4. Bincangkan jawapan murid.

Nota guru:
Jelaskan kepada murid tentang jenis-jenis pelepasan cukai yang dibenarkan
berdasarkan Jadual Pelepasan Cukai yang diberikan.

37
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 2
SP 4.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan.

Encik Mokhtar bekerja di sebuah syarikat. Isteri tidak bekerja. Beliau juga mempunyai empat
orang anak yang belum berkahwin seperti berikut:
❖ Anak pertama sudah bekerja.
❖ Anak kedua masih menuntut di Universiti tempatan.
❖ Anak ketiga masih belajar di sekolah menengah.
❖ Anak keempat adalah seorang kurang upaya (OKU) yang masih bersekolah.

Berikut adalah pendapatan dan perbelanjaan Encik Mokhtar bagi tahun tertentu.

Maklumat RM
EPF 4,000
Perubatan ibu 4,000
Pemeriksaan perubatan penuh 500
Peralatan sokongan anak OKU 4,500
Premium insurans nyawa 1,500
Pembelian buku dan majalah 300
Zakat 1,200

Jadual Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun 2020


Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)
1 Individu dan saudara tanggungan 9,000

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu 5,000
bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) (Terhad)
ATAU
2 Ibu dan Bapa ATAU
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa 3,000
(Terhad)

Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, 6,000


3
suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) (Terhad)

4 Individu kurang upaya 6,000

38
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

No. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)


Yuran pengajian (Sendiri)
i. Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang,
perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industry, saintifik atau
5 7,000
teknologi;
(Terhad)
ii. Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus
pengajian.
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami/
6
isteri atau anak-anak)
Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami/ 6,000
7
isteri) (Terhad)
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami/isteri atau anak).
8
(Terhad 500)
Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan/manfaat diri sendiri,
suami/isteri atau anak bagi:

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain
2,500
penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
9 (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan
(Terhad)
kegunaan perniagaan);
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta
Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor)
dan bayaran keahlian gimnasium; dan
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet
untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak dan bukan
2,500
10 untuk kegunaan perniagaan
(Terhad)
(Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam
tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020)
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak
1,000
11 berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA
(Terhad)
(2) tahun taksiran)

Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman 3,000


12
asuhan kanak-kanak/ tadika yang berdaftar (Terhad)
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SPPN)
8,000
13 (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam
(Terhad)
tahun 2020)
4,000
14 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
(Terhad)

15 Suami/ Isteri kurang upaya 3,500

16 Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun 2,000

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan
17 menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, 2,000
persediaan atau pra-ijazah)
39
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

No. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)


Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk
kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus
matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institut pelajaran
yang serupa dengannya di Malaysia; atau
18 (ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk 8,000
memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau
mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian
tinggi luar Malaysia
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa
Kerajaan yang berkaitan
Anak Kurang upaya 6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8000 bagi anak kurang upaya


19 berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma
ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia 8,000
dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang
berkaitan.

Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji


i. Kategori penjawat awam berpencen
• Premium insurans nyawa 7,000
20 ii. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen (Terhad)
• Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
• Caruman kepada KWSP/ skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda – berkuatkuasa mulai Tahun 3,000
21
Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (Terhad)

Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan 3,000


22
gaji (Terhad)

250
23 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
(Terhad)
Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar
dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan
pelancong
(Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan
Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan 1,000
24
pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020) (Terhad)

Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan:


http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar

Adaptasi daripada sumber:

http://www.hasil.gov.my

40
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Berdasarkan maklumat diatas dan Jadual Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun
2020 yang diberi kepada setiap kumpulan;

(a) senaraikan pelepasan cukai yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) untuk perbelanjaan Encik Mokhtar.

Jawapan:

(b) tentukan jumlah pelepasan cukai yang diterima oleh Encik Mokhtar.

Jawapan:

Aktiviti 4
Lembaran Tugasan 3

1. Edarkan Lembaran Tugasan 3 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara
berpasangan.

2. Terangkan rumus pengiraan pendapatan bercukai dan Jadual Kadar Cukai yang
ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3. Minta murid untuk mengira pendapatan bercukai.

4. Pilih beberapa murid untuk berkongsi jawapan.

5. Bincangkan jawapan murid.

41
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 3
SP 4.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut dengan
merujuk kepada Jadual untuk pendapatan bercukai yang ditentukan oleh LHDN dan Rebat
Cukai Pendapatan yang diberikan kepada anda.

❖ Encik Kamal menerima pendapatan tahunan sebanyak RM61,500.


❖ Jumlah pelepasan cukai Encik Kamal yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam
Negeri ialah RM32,150.

Maklumat tambahan:
1. Jadual banjaran pendapatan bercukai yang ditentukan oleh LHDN

Tahun Taksiran 2020

Banjaran Pendapatan
Pengiraan (RM) Kadar % Cukai (RM)
Bercukai

0 – 5,000 5,000 pertama 0 0

5,000 pertama 0
5,001 – 20,000 1
15,000 berikutnya 150

20,000 pertama 150


20,001 – 35,000 3
15,000 berikutnya 450

35,000 pertama 600


35,001 – 50,000 8
15,000 berikutnya 1,200

50,000 pertama 1,800


50,001 – 70,000 14
20,000 berikutnya 2,800

70,000 pertama 4,600


70,001 – 100,000 21
30,000 berikutnya 6,300

100,000 pertama 10,900


100,001 – 250,000 24
150,000 berikutnya 36,000

Sumber:
http://www.hasil.gov.my

42
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

2. Berikut adalah Rebat Cukai Pendapatan bagi individu yang mempunyai pendapatan
bercukai kurang daripada RM35,000.

Tahun Taksiran Tahun Taksiran


No. Rebat Cukai 2001 - 2008 2009 & seterusnya
(RM) (RM)
Taksiran Berasingan - -
a Isteri 350 400
Suami 350 400
Taksiran Bersama - -
b Isteri 350 400
Suami 350 400

Jumlah 700 800

Taksiran Di mana Salah Seorang - -


Suami Atau Isteri Tiada Jumlah 350 400
c Pendapatan 350 400
Isteri
Suami
Jumlah 700 800

3. Lain-lain Rebat Cukai

Bil. Rebat Cukai (RM)

a Zakat/Fitrah Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

Levi Pekerja Asing


b (Tidak terpakai mulai Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
tahun taksiran 2011)

Sumber:
http://www.hasil.gov.my

43
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Berdasarkan maklumat di atas dan Jadual banjaran pendapatan bercukai yang diberikan
kepada anda, jawab soalan berikut:

(a) Berapakah pendapatan bercukai Encik Kamal?

Jawapan:

(b) Kirakan cukai pendapatan yang dikenakan kepada Encik Kamal.

Jawapan:

(c) Encik Kamal membuat bayaran zakat sebanyak RM750 bagi tahun 2020.
Dengan merujuk kepada jadual rebat cukai yang diberikan kepada anda, hitung jumlah
cukai yang dia perlu bayar.

Jawapan:

44
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Aktiviti 5
Lembaran Tugasan 4

1. Edarkan Lembaran Tugasan 4 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara
berpasangan.

2. Minta murid untuk meneliti maklumat yang diberikan. Bimbing murid berkaitan
potongan cukai bulanan.

3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama-sama murid.

Nota guru:
Terangkan kepada murid-murid maksud potongan cukai bulanan (PCB).
Rujuk lampiran berikut untuk memberikan pendedahan mengenai PCB.
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Jadual_PCB_2018.pdf

Lembaran Tugasan 4 SP 4.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan.

❖ Encik Marzuki belum berkahwin.


❖ Pendapatan bulan Disember 2020 yang diterima adalah RM3,600
(potongan KWSP: RM396).
❖ Pendapatan bersih yang diterima adalah RM3,204.
❖ Potongan cukai bulanan yang dikenakan ialah RM2.80.

Berdasarkan maklumat di atas, terangkan maksud potongan cukai bulanan.

Jawapan:

4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

45
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Aktiviti 6
Lembaran Tugasan 5
1. Edarkan Lembaran Tugasan 5 dan minta murid menyelesaikan tugasan secara
berpasangan.
2. Minta murid menyemak maklumat yang diberikan dan mengenal pasti cukai jalan yang
dikenakan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan.
3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama murid.

Nota guru:
Cukai jalan dikenakan kepada pemilik kenderaan bermotor dan perlu diperbaharui
setiap tahun.

Lembaran Tugasan 5
SP 4.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut.


Situasi: Encik Rooney ingin membeli sebuah kereta seperti iklan di bawah.

Tawaran Hebat!!!!!
• Bayaran bulanan RM528
• Cukai jalan 1 tahun
• Enjin 1300 cc

Cukai jalan bagi kenderaan berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap
seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar setahun


1000cc dan ke bawah RM20.00
1001cc hingga 1200cc RM55.00
1201cc hingga 1400cc RM70.00
1401cc hingga 1600cc RM90.00

46
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

(a) Mengapakah kenderaan bermotor dikenakan cukai jalan?

a)Jawapan:

b)

(b) Dengan merujuk jadual di atas, hitungkan cukai jalan yang perlu dibayar oleh Encik
Rooney sekiranya beliau bersetuju untuk membeli kereta tersebut.

Jawapan:

Aktiviti 7
Lembaran Tugasan 6

1. Edarkan Lembaran Tugasan 6 dan minta murid untuk menyelesaikan tugasan secara
berpasangan.

2. Minta murid untuk meneliti maklumat yang diberikan dan mengira cukai tanah yang
dikenakan..

3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama-sama murid.

Nota guru:
Terangkan kepada murid jenis harta yang dikenakan cukai taksiran
(cukai tanah).

47
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 6
SP 4.1.3

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut.

Puan Asom mempunyai sebidang tanah di Kg. Sungai Panjang, Sabak Bernam.
Tanah tersebut digunakan untuk penanaman kelapa sawit.

Di bawah adalah maklumat tanah Puan Asom:

No Lot / PT 415

Mukim / Bandar / Pekan Pekan Sungai Besar

Kegunaan Pertanian / kelapa sawit

Luas 10 ekar

Cukai Tahunan RM 17.00 sehektar

Catatan: Kadar cukai tahunan ditetapkan adalah mengikut Kerajaan Negeri


masing-masing.

48
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

(a) Adakah Puan Asom perlu membayar cukai? Terangkan mengapa.


Kemudian, nyatakan jenis cukai yang perlu dibayar olehnya.

Jawapan:

(b) Diberi 1 hektar = 2.471 ekar, kirakan cukai yang perlu dibayar oleh Puan Asom
bagi setahun.

a)
Jawapan:

Aktiviti 8
Lembaran Tugasan 7

1. Edarkan Lembaran Tugasan 7 dan minta murid menyelesaikan tugasan secara


berpasangan.

2. Minta murid menyemak maklumat yang diberikan dan mengira cukai jualan dan
perkhidmatan yang dikenakan.

3. Bincangkan jawapan dan buat kesimpulan bersama murid.

Nota guru:
Terangkan maksud cukai jualan dan perkhidmatan.

49
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 7
SP 4.1.3

Arahan: Jalankan Aktiviti ini secara berpasangan. Selesaikan masalah berikut.

Encik Suhaimi telah menginap di sebuah hotel di Puchong, Selangor.


Maklumat berikut menunjukkan pembayaran yang dibuat oleh Encik Suhaimi kepada hotel
tersebut.

HOTEL SERI GEMILANG RESIT

Persiaran Pertiwi 2
Jalan Permata Indah TARIKH: 25 April 2020
47000 Puchong RESIT #: 88223344

Nama: Suhaimi Bin Selamat


Alamat: 7, Jalan Malawar
Bandar: Ipoh, Perak E-mel: suhaimi_selamat@yahoo.com
Poskod: 30020
Malaysia
Tarikh Tarikh # Bil Harga / hari Jumlah
BILIK # Nama
masuk keluar hari RM RM
A 125 Suhaimi Bin Selamat 24/4/20 25/4/20 1 249.50 249.50

JUMLAH 249.50
SST 6.00%
Nota:
JUMLAH
DEPOSIT
JUMLAH
BAYARAN

TERIMA KASIH DAN DATANG LAGI!

50
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

(a) Hitungkan bayaran yang perlu dibayar oleh Encik Suhaimi apabila dikenakan cukai
jualan dan perkhidmatan dengan kadar 6%.

Jawapan:

(b) Encik Suhaimi telah memesan makanan dengan menggunakan perkhidmatan


penghantaran ke biliknya.
Harga makanan tersebut ialah RM45.70.
Hitungkan bayaran yang perlu dibayar oleh Encik Suhaimi selepas ditambah cukai
jualan dan perkhidmatan 6%.

Jawapan:

51
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Info Guru
SP 4.1.3

1. Jenis-jenis Pendapatan

Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis
pendapatan yang diperoleh, iaitu:

• Perniagaan atau profesion


• Penggajian
• Dividen
• Faedah
• Diskaun
• Sewa
• Pencen
• Lain-lain

Cukai yang perlu dibayar dikira berdasarkan pendapatan bercukai.

2. Pelepasan Cukai Individu


a) Pelepasan cukai ialah sejumlah pendapatan individu yang dikecualikan daripada
cukai pendapatan.
b) Sebelum dikenakan cukai pendapatan individu, ada beberapa pelepasan cukai
yang dibenarkan oleh kerajaan seperti dalam Jadual Pelepasan Cukai
Pemastautin.

3. Pendapatan Bercukai

a) Pendapatan bercukai ialah jumlah pendapatan selepas ditolak pengecualian cukai


dan pelepasan cukai.

Pendapatan bercukai = Jumlah pendapatan - Pengecualian cukai - Pelepasan cukai

b) Pengecualian cukai merujuk kepada semua perbelanjaan peribadi dalam bentuk


hadiah, derma, sumbangan kepada kerajaan atau pelbagai organisasi, contohnya
perpustakaan negeri dan badan rawatan kesihatan.

c) Pengiraan cukai pendapatan individu adalah berasaskan pendapatan boleh cukai


dan mengikut kadar cukai yang ditetapkan oleh LHDN.

4. Kadar Cukai Pendapatan

Kadar cukai pendapatan yang dikenakan adalah mengikut banjaran pendapatan


bercukai berdasarkan tahun taksiran semasa.

52
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Info Guru
SP 4.1.3

5. Potongan Cukai Berjadual (PCB)

Pengiraan PCB Yang Menggunakan Kaedah Pengiraan Komputer


Majikan yang membuat pengiraan PCB dengan menggunakan Kaedah Pengiraan
Komputer seperti Kalkulator PCB, e-PCB, sistem pembayaran gaji berkomputer atau
sistem yang dibangunkan sendiri yang telah mendapat kelulusan daripada LHDN.
Majikan dikehendaki mengambil kira semua jenis saraan kasar yang kena cukai
sahaja ditolak dengan jumlah caruman KWSP (termasuk KWSP untuk saraan/elaun
yang dikecualikan cukai) yang layak dituntut pada bulan tersebut dan jumlah yang
layak dituntut
Schedular adalah terhad
Tax Deduction (STD)kepada RM6,000.

6. Rebat Cukai
Maksud rebat cukai ialah potongan ke atas cukai pendapatan (cukai kena bayar).
Individu pemastautin di Malaysia adalah layak menuntut rebat cukai.

SP 4.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan percukaian.

Aktiviti 1
Lembaran Tugasan 1

1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang dan edarkan Lembaran Tugasan 1.

2. Minta murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan.

3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan.

4. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan.

53
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 1
SP 4.1.4

Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Selesaikan masalah berikut.

Encik Krishnan ialah seorang guru berusia 42 tahun yang menetap di Muar, Johor.
Beliau tinggal di sebuah rumah tiga tingkat yang dibelinya tiga tahun lalu. Beliau
memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal. Beliau mewarisi tanah pertanian
seluas 2 ekar daripada bapanya di Batu Pahat. Beliau baru-baru ini membeli
sebidang tanah pertanian di Raub, Pahang.

Berdasarkan situasi di atas,


(a) nyatakan jenis-jenis cukai yang perlu dibayar oleh Encik Krishnan.

Jawapan:

(b) terangkan mengapa cukai tersebut perlu dibayar.

Jawapan:

(c) apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada Encik Krishnan jika beliau tidak
membayar cukai seperti yang dinyatakan?

Jawapan:

54
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Aktiviti 2
Lembaran Tugasan 2

1. Bahagikan murid kepada kumpulan empat orang dan edarkan Lembaran Tugasan 2.

2. Minta murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan.

3. Pilih beberapa kumpulan untuk membentangkan jawapan.

4. Bimbing murid untuk membuat kesimpulan.

Lembaran Tugasan 2
SP 4.1.4

Arahan: Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Selesaikan masalah berikut.

Pendapatan Puan Selina dikenakan cukai sebanyak RM4,200 sebulan sepanjang tahun
2020. Jadual berikut menunjukkan perbelanjaan beliau pada tahun 2020.

Jumlah
Tarikh Jenis Perbelanjaan
(RM)
16 Januari Rawatan perubatan ibu Puan Selina 600
5 Februari Membeli piano 2,500
3 Mac Membeli buku 500
28 Mac Membeli komputer riba 2,500
2 April Membayar jalur lebar 200

4 April Membayar yuran pengajian peringkat PhD untuk Puan 5,000


Selina
15 Julai Membayar yuran tadika anak bongsu 2,000
30 Ogos Membayar yuran pengajian universiti anak sulung 2,000
4 September Membayar insurans nyawa Puan Selina 2,000

9 Oktober Membayar pemeriksaan perubatan penuh untuk suami 3,000


Puan Selina
18 November Membeli sebuah motosikal 8,000

55
4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Ringkasan Jadual Pelepasan Cukai Individu Tahun 2020 yang berkaitan dengan Puan
Selina adalah seperti berikut:

Jenis Potongan Individu Jumlah (RM)


Rawatan perubatan ibu bapa 5,000
Yuran pengajian sendiri 7,000
Pemeriksaan perubatan penuh untuk diri sendiri, 500
pasangan dan anak
Pembelian buku, majalah, surat khabar
Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet 2,500
Pembelian peralatan sukan (Terhad)
Bayaran bil bulanan untuk langganan internet
1,000
Yuran tadika anak
(Terhad)
6,000
Insuran nyawa dan KWSP
(Terhad)
3,000
Insurans pendidikan dan perubatan
(Terhad)

Berdasarkan maklumat yang diberi, pindahkan aktiviti perbelanjaan Puan Selina pada tahun
2020 ke Borang Perekodan Perbelanjaan yang disediakan. Seterusnya buat pengiraan bagi
mendapatkan pendapatan bercukai Puan Selina.

Borang Perekodan Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan Jumlah Jumlah Pendapatan


pendapatan dibenarkan bercukai
Dibenarkan Tidak yang pelepasan Puan Selina
Tarikh pelepasan dibenarkan dikenakan cukai (RM) (A) – (B)
cukai pelepasan cukai (RM) (B)
(RM) cukai (RM) (A)

56
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


Tema : Insurans Perubatan
Topik : Kajian Kes Kad Perubatan
Masa : Dua minggu

(1) Kerja projek ini dilakukan dalam kumpulan kecil.

(2) Kumpulkan maklumat tiga hingga lima produk Kad Perubatan melalui
penerokaan/pelayaran Internet atau temu bual dengan ahli keluarga atau mereka yang
berpengetahuan tentang kad perubatan.

(3) Susun dan kategorikan maklumat insurans kepada deduktibel, ko-insurans atau kedua-
duanya.

(4) Senaraikan maklumat penting seperti amaun perlindungan, bayaran premium, amaun
deduktibel dan manfaat hospital bagi setiap Kad Perubatan.

(5) Banding-beza antara produk Kad Perubatan berkenaan dan buat pilihan Kad Perubatan
sesuai dengan diri anda. Berikan justifikasi terhadap pilihan tersebut.

57
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Tema : Cukai Pendapatan


Topik : Cukai Pendapatan Ayah Saya
Masa : Dua minggu

(1) Terangkan tentang latar belakang keluarga anda termasuk pekerjaan dan pendapatan ibu
bapa bagi tahun 2020.

(2) Kumpulkan maklumat pendapatan tambahan ibu bapa dan perbelanjaan yang telah
dilakukan sepanjang tahun 2020.

(3) Susun dan kategorikan maklumat kepada pendapatan yang dikenakan cukai dan
pelepasan cukai. Penerokaan Jadual Pelepasan Cukai Pemastautin 2020 perlu
dijalankan.

(4) Tentukan pendapatan bercukai dan cukai pendapatan yang dikenakan pada tahun 2020.
Penerokaan Jadual Kadar.

(5) Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2020 perlu dijalankan.

(6) Kenal pasti rebat cukai pendapatan atau lain-lain rebat cukai yang diambil kira. Kirakan
jumlah cukai yang perlu dibayar bagi Tahun Taksiran 2020.

58
PENILAIAN PROJEK

Log Pemerhatian Individu atau Log Pemerhatian Kumpulan

Guru boleh mencatatkan pemikiran matematik, kefahaman konsep, kemahiran dan refleksi
berkaitan murid secara individu atau berkumpulan. Catatan pemerhatian digunakan sebagai
rekod kemajuan dalam pembelajaran murid yang akan membantu guru menentukan Tahap
Penguasaan dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Contoh:
Kefahaman masalah, prosedur, pengiraan, tahap pemikiran, keupayaan menaakul, membuat
perkaitan, membuat perwakilan dan mengkomunikasikan proses dan dapatan.

Nama Murid / Ahli Kumpulan:

Projek:

Tarikh Ulasan

59
RUBRIK PENILAIAN

Nama Murid / Ahli Kumpulan:

Projek:

Hasil / Tindakan / Tingkah Laku Markah


Penyelesaian Memuaskan
25
Penyelesaian adalah sah dan praktikal.
Justifikasi Keputusan
Murid mengkomunikasikan dapatan serta menjustifikasi keputusan
melalui pembentangan, laporan bertulis atau perbincangan. 15
Murid menyokong keputusan dengan hujah yang bernas.

Kaedah
Murid berupaya menganalisis dan menstrukturkan maklumat dengan 15
menggunakan teknologi.
Ketepatan
15
Penaakulan dan pengiraan adalah logik dan tepat.
Kreativiti
10
Murid mempamerkan pemikiran kreatif dan kritis.
Kegigihan
10
Murid menunjukkan kegigihan sepanjang projek.
Kerjasama dalam Kumpulan
Murid berkerja bersama, berkongsi idea, dan mendengar idea rakan. 10
Mereka menunjukkan kesediaan membantu satu sama lain.

Cadangan Soalan Penilaian


• Apakah masalah yang cuba diselesaikan?
• Bagaimanakah anda boleh menerangkan kepada rakan lain?
• Apakah yang perlu dicari sebelum anda boleh memperoleh sesuatu penyelesaian?
• Bagaimanakah fakta masalah berhubungkait?
• Bagaimanakah suatu fakta berkait dengan yang lain?
• Apakah data yang diperlukan/tidak diperlukan? Mengapa?
• Apakah strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini?
• Apakah strategi yang bersesuaian?
• Bagaimanakah anda berkongsi kefahaman tentang masalah kepada ahli kumpulan?
• Bagaimanakah kumpulan anda membahagi tugasan bagi menyelesaikan masalah ini?
• Bagaimanakah kumpulan anda bekerjasama secara efektif?
• Apakah penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dinyatakan?
• Bagaimanakah anda menjustifikasi penyelesaian akhir?

60
JAWAPAN

3.0 Matematik Pengguna: Insurans

Lembaran Tugasan 1: SP 3.1.1


1. Risiko ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat dielak.
2. Cadangan jawapan: Kemalangan, Kecurian, Rompakan, Kebakaran, Banjir, Gempa
bumi, Kerugian dalam pelaburan, Sakit, Kematian dan lain-lain.

*Terima jawapan yang munasabah.

3. Cadangan jawapan: Kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko adalah
membuat perlindungan dengan cara mendapatkan insurans.

Lembaran Tugasan 2a: SP 3.1.1


(a) Insurans Am (b) Insurans Hayat (c) Insurans Hayat
(d) Insurans Hayat (e) Insurans Hayat (f) Insurans Am
(g) Insurans Am (h) Insurans Hayat (i) Insurans Hayat

Lembaran Tugasan 2b: SP 3.1.1


Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3
Risiko – Kos rawatan Risiko – Tanah runtuh yang Risiko – Berlaku kemalangan
Insurans Hayat: Perubatan mengakibatkan kerosakan
Insurans Am: Kenderaan
dan kesihatan pada rumah
Insurans Am: Kediaman

Situasi 4 Situasi 5 Situasi 6


Risiko – Hilang upaya Risiko – Kemalangan dalam Risiko – Kematian/ Hilang
menyeluruh dan kekal perjalanan, kehilangan upaya/ Penyakit kritikal
bagasi, belanja perubatan
Insurans Hayat: Hayat dan sebagainya Insurans Hayat: Bertempoh
seumur hidup gadai janji berkurang
Insurans Am: Perjalanan

Lembaran Tugasan 1: SP 3.1.2


Jenis polisi insurans: Polisi komprehensif, Jumlah yang ingin diinsuranskan
polisi pihak ketiga atau polisi pihak ketiga,
kebakaran dan kecurian

Kapasiti enjin Peratus diskaun tidak menuntut


(NCD)
Tambahan perlindungan bencana seperti banjir

61
JAWAPAN

Lembaran Tugasan 2: SP 3.1.2


Jenis pelan insurans Destinasi
Bilangan ahli yang dilindungi Tempoh perlindungan
Amaun perlindungan yang diperlukan

Lembaran Tugasan 3: SP 3.1.2


Jantina Umur
Pekerjaan Keadaan kesihatan
Perokok atau bukan perokok

Lembaran Tugasan 1: SP 3.1.3


Cadangan jawapan: Pelan Insurans Rajawali kerana ko-insuransnya lebih rendah iaitu
sebanyak 10% dan elaun tunai harian hospital lebih tinggi iaitu sebanyak RM150 sehari.
*Terima jawapan yang munasabah.

Lembaran Tugasan 2: SP 3.1.3


Pelan Insurans Kenanga = RM5300
Pelan Insurans Mawar = RM20,050
Pelan Insurans Kemboja = RM16,250

Lembaran Tugasan 4: SP 3.1.3


Soalan 1: Ko-insurans
(a) Premium bulanan adalah 5% daripada gaji Rania. x
(b) Jika kos rawatan hospital ialah RM18,000, Rania perlu membayar ko-insurans x
sebanyak RM800.
(c) Jika Rania dimasukkan ke wad selama 5 hari, dia akan mendapat jumlah /
elaun tunai harian hospital sebanyak RM500.
(d) Semakin tinggi kos rawatan hospital, semakin tinggi amaun ko-insurans yang /
perlu Rania bayar.

Soalan 2: Deduktibel
(a) RM50
(b) Terima jawapan yang munasabah.

62
JAWAPAN

4.0 Matematik Pengguna: Percukaian

Lembaran Tugasan 1: SP 4.1.1


Sumber-sumber Pendapatan Negara:
Hasil kutipan pelbagai jenis cukai. (Terima jawapan lain yang munasabah.)

Tujuan Percukaian:
Percukaian dilaksanakan supaya kerajaan dapat mentadbir negara dengan baik dan
sistematik. (Terima jawapan lain yang munasabah.)

Kelebihan Percukaian:
Keamanan, Fizikal dan Pembangunan, Ekonomi, dan Sosial.
(Terima jawapan lain yang munasabah.)

Lembaran Tugasan 1a: SP 4.1.2


1. Cukai Pendapatan 2. Cukai Jalan 3. Cukai Jualan dan Perkhidmatan
4. Cukai Pintu 5. Cukai Tanah

Lembaran Tugasan 1b: SP 4.1.2


Cukai Pendapatan : Perintah penggulungan syarikat atau perintah kebankrapan.
Cukai Pintu : Harta mudah alih dirampas atau disita, bangunan atau tanah
dilelong.
Cukai Tanah : Tindakan perampasan tanah.
Cukai Jalan : Tindakan saman dan tidak layak pampasan insurans motor jika
berlaku kemalangan
(Terima jawapan lain yang munasabah daripada sudut perundangan dan kewangan.)

Lembaran Tugasan 1: SP 4.1.3


RM69,000
(Imbuhan tetap perumahan RM400 dan imbuhan tetap keraian RM400 setiap bulan tidak
dikenakan cukai pendapatan.)

63
JAWAPAN

Lembaran Tugasan 2: SP 4.1.3


(a) Pelepasan cukai yang dibenarkan
Individu
Isteri
Anak menuntut di universiti
Anak masih bersekolah
Anak OKU
KWSP dan insurans nyawa
Perubatan ibu
Peralatan sokongan anak kurang upaya (OKU)
Peralatan sukan dan pembelian buku dan majalah

(b) Jumlah pelepasan cukai


Pelepasan Cukai Amaun (RM)
Individu 9,000
Isteri 4,000
Anak menuntut di universiti 8,000
Anak masih bersekolah 2,000
Anak OKU 6,000
KWSP dan insuran nyawa 5,500
*KWSP + insuran nyawa = RM4000 + RM1500
Perubatan ibu 4,000
Peralatan sokongan anak OKU 4,500
Pembelian buku dan majalah 300
Jumlah pelepasan cukai 43,300

(Bagi anak OKU yang bersekolah dalam situasi di atas, hanya boleh membuat pelepasan
cukai pada item 19 merujuk kepada Jadual Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun
2020)

Lembaran Tugasan 3: SP 4.1.3


(a) RM29,350 (b) RM430.50 (c) RM0

64
JAWAPAN

Lembaran Tugasan 4: SP 4.1.3


Potongan Cukai Bulanan (PCB) adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan
daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan.
Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus
apabila cukai dikira.

Lembaran Tugasan 5: SP 4.1.3


(a) Cukai jalan dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor supaya kenderaan
tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah.
(b) Kadar cukai jalan ialah RM70.00 setahun berdasarkan kapasiti enjin kereta iaitu
1300cc.

Lembaran Tugasan 6: SP 4.1.3


(a) Ya. Terima jawapan yang munasabah. Cukai tanah.
(b) RM68.80 setahun.

Lembaran Tugasan 7: SP 4.1.3


(a) RM264.47
(b) RM48.44

Lembaran Tugasan 1: SP 4.1.4


(a) Cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan, cukai tanah, cukai jualan dan perkhidmatan.
(b) Terima jawapan yang munasabah bagi sebab perlunya membayar cukai.
(c) Terima jawapan yang munasabah untuk akibat pengelakan cukai tersebut.

65
SINGKATAN

BNM - Bank Negara Malaysia

KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

PDRM - Polis Diraja Malaysia

DSKP - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

PBL - Pembelajaran Berasaskan Projek

SP - Standard Pembelajaran

LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SAS - Sistem Taksiran Sendiri

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

ACP - Akta Cukai Pendapatan 1967

OKU - Orang Kurang Upaya

SSPN - Skim Simpanan Pendidikan Nasional

PRS - Skim Persaraan Swasta

PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial

KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

PCB - Potongan Cukai Berjadual

MRTA - Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan

66
PANEL PENULIS

1. Hajah Nor’aidah binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum

1.
2. Rosita binti Mat Zain Bahagian Pembangunan Kurikulum

2.
3. Noraida binti Md. Idrus Bahagian Pembangunan Kurikulum

3.
4. Alyenda binti Ab. Aziz Bahagian Pembangunan Kurikulum

4.
5. Nordiana binti Ahmad Bahagian Pembangunan Kurikulum

6.
5. Dr. Chiang Kok Wei Bahagian Pembangunan Kurikulum

6.
7. Dr. Faizah binti Md Ghazali IPGK Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

8. Zanariah binti Mahyun IPGK Tun Hussein Onn, Johor

9. Krishnan a/l Mookan SMK Telok Datok, Selangor

10. Norfaizah binti Zainal Abidin SMK Pandan Mewah, Selangor

11. Tan Chuan Chen SMK Katholik (M), Selangor

12. Wan Azidah binti Mohd Yusoff SMK Puchong Permai, Selangor

TURUT MENYUMBANG

1. Dr. Syazreen Niza binti Shair Universiti Teknologi MARA, Selangor

2. Siti Khadzimah binti Sallip IPGK Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

3. Nor Azlina binti Robani @ Mohyi SMK Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya

67
68
PENGHARGAAN

Penasihat

Haji Azman bin Haji Adnan Pengarah

7.

Penasihat Editorial

Timbalan Pengarah
Hajah Nor’aidah binti Nordin
Sektor Sains dan Matematik

Ketua Penolong Pengarah


Rosita binti Mat Zain
Unit Matematik dan Matematik Tambahan

8. Susun Atur dan Ilustrasi

1. Dr. Chiang Kok Wei Unit Matematik dan Matematik Tambahan

2. Nordiana binti Ahmad Unit Matematik dan Matematik Tambahan

69
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, 6-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 2000 Faks: o3-8888 9917
http://bpk.moe.gov.my

Anda mungkin juga menyukai