Anda di halaman 1dari 44

Panduan

Pengajaran dan Pembelajaran

PENDIDIKAN
KEWANGAN
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4

Peneraju Pendidikan Negara


Bahagian Pembangunan Kurikulum
PANDUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN KEWANGAN

KSSM MATEMATIK
TINGKATAN 4

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Terbitan 2020

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Disediakan oleh:
Unit Matematik dan Matematik Tambahan
Sektor Sains dan Matematik
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KANDUNGAN

Rukun Negara…………………………………………………………………….................... v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan………………………………………………………….. vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan……………………………………………………………. vii

Kata Aluan………………………………………………………………………………………….. ix

Pendahuluan………………………………………………………………………………………. 1

Standard Kandungan 10.1: Perancangan dan Pengurusan Kewangan 3

Standard Pembelajaran 10.1.1……………………………………………………………. 4

Standard Pembelajaran 10.1.2……………………………………………………………. 10

Pembelajaran Berasaskan Projek…………………………………………………………… 19

Lampiran……………………………………………………………………………………………. 21

Jawapan Lembaran Tugasan………………………………………………………………… 23

Panel Penulis………………………………………………………………………………………. 29
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97.]

vii
viii
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian


Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama Bank Negara
Malaysia (BNM), telah berjaya menghasilkan Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan bagi
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik.
Bahan ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang
melibatkan pendidikan kewangan di sekolah. Pembangunan
panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini sejajar dengan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong usaha BNM memperkukuhkan
pengetahuan dan kemahiran literasi kewangan dalam kalangan masyarakat di semua
peringkat. Panduan PdP ini mengandungi contoh PdP bagi Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran tertentu, bertujuan membangunkan pelbagai kecekapan kognitif,
afektif dan sosial, serta memupuk kemahiran mengurus kewangan dalam kalangan murid.
Panduan PdP ini juga memberi peluang dan pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan
masalah yang melibatkan kewangan dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang disediakan
dapat membentuk murid menjadi pemikir dan pengurus kewangan yang matang dan kreatif,
ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai visi yang jelas.
Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat
dalam pembinaan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini. Semoga
ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti PdP.

Sekian, terima kasih.

DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2020

ix
PENDAHULUAN
Pendidikan kewangan merupakan salah satu
elemen merentas kurikulum yang diterapkan
dalam Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) bertujuan memberikan
pendedahan kepada murid tentang
kepentingan membuat keputusan kewangan
yang bijak bagi menjamin kesejahteraan kewangan
individu, masyarakat dan negara.

Definisi Pendidikan Kewangan

Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna


kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko
kewangan dan melalui maklumat, panduan dan/ atau nasihat yang betul, dapat
membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan
peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan
bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan
kewangan mereka.

Rujukan: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi


(Organisation for Economic Co-operation and Development)

Pelbagai kajian yang dibuat mengesahkan kepentingan pendidikan kewangan di awal usia kanak-
kanak kerana ia mempunyai impak positif, membentuk dan menggalakkan tingkah laku kewangan
sihat pada masa hadapan. Penggunaan wang secara bijak, perbelanjaan dan simpanan yang
mampu membentuk asas kemahiran kewangan perlu diberi keutamaan memandangkan kedudukan
dan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia pada masa kini yang agak rendah.

Dapatan kajian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar peningkatan trend golongan
muda yang diisytiharkan muflis adalah sangat membimbangkan. Faktor utama yang dikenal pasti
ialah kurang pengetahuan dan disiplin dalam mengurus kewangan. Kebanyakan generasi muda
mula berhutang ketika mereka berada di institusi pengajian tinggi dan di awal pekerjaan.
Kekurangan pengetahuan kewangan mengakibatkan kesilapan dalam percaturan perbelanjaan.
Paling merisaukan apabila terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup berhutang semata-mata
ingin memenuhi tuntutan gaya hidup masa kini dan mereka sering berbelanja di luar kemampuan.

1
Selain itu statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan bahawa ramai rakyat
Malaysia terjebak dalam penipuan dan penyalahgunaan kewangan. Trend ini akan memberikan
kesan yang tidak baik terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara umumnya.

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan bagi KSSM Matematik ini diharap
dapat membantu guru menjalankan aktiviti PdP yang berkesan dan bermakna bagi memupuk
kemahiran dan literasi kewangan dalam kalangan murid.

Elemen Pendidikan Kewangan yang ditulis secara eksplisit dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Matematik KSSM merangkumi empat tajuk di bawah Matematik Pengguna
iaitu:

Simpanan dan Pelaburan,


Kredit dan HutangSimpanan dan Pelaburan,
1 Kredit dan Hutang

2 Pengurusan
Kewangan

3 Contents Here
Insurans

Contents Here
4 Percukaian
Contents Here

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini mengandungi tiga bahagian
utama iaitu:
1. Cadangan Aktiviti
2. Lembaran Tugasan
3. Pembelajaran Berasaskan Projek

Guru boleh menjalankan aktiviti PdP yang dicadangkan mengikut kreativiti, keperluan dan
keupayaan murid.

2
BIDANG PEMBELAJARAN:
Nombor dan Operasi

TAJUK:
10.0 Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan

STANDARD KANDUNGAN:
10.1 Perancangan dan Pengurusan Kewangan

3
Standard Pembelajaran:
10.1.1 Menghuraikan proses pengurusan kewangan yang berkesan.

Aktiviti 1a) Lembaran Tugasan 1a(i) dan 1a(ii)

Senario:
Kebanyakan remaja mempunyai impian yang besar, sama ada untuk membeli telefon pintar,
melanjutkan pelajaran atau memiliki sebuah kereta.

1. Murid diminta untuk menyenaraikan tiga impian yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
yang ingin dicapai pada lembaran yang telah disediakan.
2. Seorang murid dipilih untuk berkongsi impian yang telah disenaraikan kepada rakan-rakan yang
lain.
3. Murid membezakan impian tersebut adalah keperluan atau kehendak dengan bimbingan guru.
Murid dapat memahami bahawa keperluan perlu diutamakan berbanding kehendak.
4. Berdasarkan impian yang telah disenaraikan, murid perlu menulis tempoh masa yang
diperuntukkan dan jumlah wang yang diperlukan untuk mencapai impian tersebut. Murid dapat
memahami bahawa impian yang memerlukan kewangan yang sedikit memerlukan masa yang
singkat untuk dicapai.
5. Murid merancang secara ringkas bagaimana untuk mencapai impian tersebut.
6. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, murid dapat menyatakan refleksi berkaitan:
a) Apakah proses pengurusan kewangan yang berkesan?
b) Bagaimanakah proses tersebut boleh mempengaruhi kehidupan seseorang individu?
7. Murid dapat memahami bahawa aktiviti tersebut adalah berkaitan proses pengurusan
kewangan yang berkesan:
a) Menetapkan matlamat
b) Menilai kedudukan kewangan
c) Mewujudkan pelan kewangan
d) Melaksanakan pelan kewangan
e) Mengkaji semula dan menyemak kemajuan

4
Aktiviti 1b) Lembaran Tugasan 1b)

Senario:
Pemilihan keperluan atau kehendak mengikut individu.

1. Murid meneliti dan mengenal pasti item berdasarkan keperluan dan kehendak semasa situasi
sesat di dalam hutan.
2. Setelah item ditetapkan, murid perlu memilih lima item yang bersesuaian dan memberi justifikasi
pemilihan item tersebut.

Aktiviti 1c) Lembaran Tugasan 1c)

Senario:
Menetapkan dan mengutamakan matlamat kewangan berdasarkan keperluan dan kehendak.

1. Murid menyenaraikan keperluan dan kehendak yang ingin dicapai dalam tempoh jangka masa
pendek dan panjang. Senarai keperluan dan kehendak yang dinyatakan perlu melibatkan
pengurusan kewangan.
2. Murid menetapkan dan mengutamakan keperluan dan kehendak yang bersesuaian berdasarkan
senarai mengikut matlamat pengurusan kewangan.
3. Murid membanding beza matlamat jangka pendek dan jangka panjang dengan rakan.

5
Lembaran Tugasan 1a(i) SP 10.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan.

Situasi:
Anda ingin memiliki sebuah telefon
pintar berjenama yang berharga
RM699.00. Lengkapkan langkah di
bawah.

Langkah 2
Langkah 1
Tetapkan tempoh masa untuk
Tetapkan matlamat anda.
mencapai matlamat.

Langkah 3 Langkah 4
Tentukan jumlah wang yang Tentukan jumlah wang yang
perlu dimiliki. perlu disimpan setiap bulan.

Langkah 5
Nyatakan langkah yang
bersesuaian untuk mencapai
matlamat simpanan bulanan.

6
Lembaran Tugasan 1a(ii) SP 10.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan.

Situasi:
Anda diberi dua pilihan sama ada ingin membeli kasut
sukan berjenama yang berharga RM459 atau telefon
pintar berharga RM580. Lengkapkan langkah di bawah
dengan membuat perbandingan antara dua keinginan
tersebut.
Kemudian, buat pilihan yang bukan sahaja mampu
dicapai daripada segi kos, tetapi penting untuk dimiliki.

Langkah 2
Langkah 1
Tetapkan tempoh masa untuk
Tetapkan matlamat anda.
mencapai matlamat.

Langkah 3 Langkah 4
Tentukan jumlah wang yang Tentukan jumlah wang yang
perlu dimiliki. perlu disimpan setiap bulan.

Langkah 5 Langkah 6
Nyatakan langkah yang Kehendak yang mana satukah
bersesuaian untuk mencapai anda korbankan untuk mencapai
matlamat simpanan bulanan. matlamat anda.

7
Lembaran Tugasan 1b) SP 10.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan.

Situasi:
Bayangkan anda tersesat di dalam hutan tanpa
sebarang bekalan dan alatan. Dalam situasi ini,
sekiranya anda diberi senarai item, tentukan sama ada
ianya keperluan atau kehendak.

1. Tuliskan P bagi “Keperluan” dan H bagi “Kehendak” di ruang yang disediakan di sebelah setiap
item.

Perkara P/H Perkara P/H Perkara P/H

Lampu Picit Coklat Telefon Bimbit

Makanan
Buku Komik Aiskrim
Segera
Air
Nasi Berlauk Peti Kecemasan
Berkabornat
Baju Lengan
Panjang dan Kertas dan
Tuala
Seluar Pen/Pensil
Panjang
Payung Wang Selimut
Cermin Mata
Tali Topi
Hitam

Baju Kemeja Kompas dan Peta Kasut

2. Kenal pasti lima item keperluan dan berikan justifikasi keperluan bagi setiap item tersebut.

a. Item:_______________________ Justifikasi: ________________________________

b. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________

c. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________

d. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________

e. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________

8
Lembaran Tugasan 1c) SP 10.1.1

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara individu.

1. Senaraikan keperluan dan kehendak anda yang melibatkan pengurusan kewangan.


a. __________________________

b. __________________________

c. __________________________

d. __________________________

e. __________________________

2. Berdasarkan senarai yang dinyatakan di bahagian atas, pilih keutamaan anda mengikut matlamat
pengurusan kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

Matlamat Jangka Pendek (Dalam masa 1 bulan)


Matlamat: Sasaran: RM_____________
Tarikh Sasaran: ________________
Amaun Simpanan Harian:
RM______________

Matlamat Jangka Panjang (Lebih daripada 1 tahun)


Matlamat: Sasaran: RM_____________
Tarikh Sasaran: ________________
Amaun Simpanan Bulanan:
RM______________

9
Standard Pembelajaran:
10.1.2 Membina dan membentang pelan kewangan peribadi untuk mencapai matlamat
kewangan jangka pendek dan jangka panjang, dan seterusnya menilai kebolehlaksanaan pelan
kewangan tersebut.

Aktiviti 1 Lembaran Tugasan 1a), 1b) dan 1c)

Senario:
Memahami dan merancang matlamat kewangan.

1. Murid menyenaraikan matlamat kewangan yang ingin dicapai berserta tempoh masa dan jumlah
wang yang diperlukan.

2. Murid mengenal pasti jangka masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat. Seterusnya murid
merancang simpanan untuk mencapai matlamat yang telah dipilih.

3. Setelah merancang simpanan, murid merancang perbelanjaan bulanan supaya matlamat


kewangan dapat dicapai.

Aktiviti 2 Lembaran Tugasan 2a(i), 2a(ii), 2b) dan Lampiran 2

1. Bincangkan perancangan dan pengurusan kewangan berdasarkan konsep SMART.

2. Bahagikan murid kepada enam kumpulan dan berikan senario yang berbeza.

3. Peruntukkan masa lima minit kepada setiap kumpulan. Murid merancang untuk mencapai
matlamat kewangan berdasarkan konsep SMART bagi senario yang diberikan kepada
kumpulan mereka.

4. Laksanakan Round Table bagi membolehkan murid melengkapkan jadual berdasarkan senario
yang lain.

5. Berdasarkan aktiviti SMART yang telah dijalankan, minta setiap kumpulan untuk memilih satu
senario, dan seterusnya membina serta merancang pelan kewangan yang lengkap.

6. Minta beberapa kumpulan untuk membentangkan dapatan yang diperolehi. Galakkan murid
untuk turut sama berbincang dan memberikan pandangan.

10
Lembaran Tugasan 1a) SP 10.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan.


Senaraikan matlamat kewangan yang ingin anda capai. Bagi memastikan matlamat kewangan
tersebut dapat dicapai, anda perlu merancang dengan teliti.
Lengkapkan ruang kosong dalam jadual yang disediakan di bawah.

Jumlah Jumlah yang


Matlamat
Jangka Tarikh Tarikh yang diperlukan
(Terangkan secara
masa permulaan berakhir diperlukan setiap hari
ringkas)
(RM) (RM)

11
Lembaran Tugasan 1b) SP 10.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan.


Untuk masa hadapan yang selesa, adalah penting bagi kita untuk merancang matlamat kewangan.
Amaun matlamat kewangan serta jangka masa simpanan akan menentukan jumlah simpanan yang
anda perlu buat setiap hari, minggu atau bulan.
 Tentukan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang anda.
 Berdasarkan matlamat tersebut, tentukan berapakah amaun matlamat kewangan berkenaan.
 Tentukan jumlah simpanan mingguan yang boleh anda buat.
 Tentukan jangka masa (minggu) yang anda perlukan untuk menyimpan bagi mencapai
matlamat kewangan tersebut.

Jangka Masa Pendek (1 Bulan)

1. Apakah matlamat kewangan yang ingin anda capai?


_________________________________________________________________________
2. Berapakah amaun sasaran anda?
_________________________________________________________________________
3. Berapakah jumlah wang yang perlu anda simpan setiap minggu?
_________________________________________________________________________

Pengiraan:

Jangka Masa Panjang (Lebih Setahun)

1. Apakah matlamat kewangan yang ingin anda capai?


_________________________________________________________________________
2. Berapakah amaun sasaran anda?
_________________________________________________________________________
3. Berapakah jumlah wang yang perlu anda simpan setiap minggu?
_________________________________________________________________________

Pengiraan:

12
Lembaran Tugasan 1c) SP 10.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan.


Merancang simpanan dan perbelanjaan anda.

Pendapatan bulanan
Keputusan
Item Jumlah (RM)
Jumlah Pendapatan
Wang Saku
(RM)
Wang Ganjaran
Jumlah
(Hadiah, Angpau) Perbelanjaan
(RM)
Jumlah Pendapatan
Lebihan
Sebulan
(RM)
Simpanan
(10% daripada
pendapatan)

Perbelanjaan bulanan

Item Jumlah (RM)


Filem, Muzik &
Hiburan
Pakaian & Aksesori

Makanan Ringan

Pengangkutan

Kelengkapan Sekolah

Jumlah
Perbelanjaan
Sebulan

* Simpanan perlu diasingkan sebanyak 10% daripada


pendapatan sebelum membuat perbelanjaan.

* Lebihan boleh disimpan / dilabur/ dibelanjakan.

13
Lembaran Tugasan 2a(i) SP 10.1.2

Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan dengan mengaplikasikan konsep SMART.

Senario 1

Encik Bakar mempunyai impian untuk melanjutkan


pelajaran anaknya Ali yang kini berusia 13 tahun ke
institusi pengajian tinggi awam selepas tamat
persekolahan. Oleh itu, beliau merancang untuk
menguruskan pelan kewangan yang mana kos pengajian
bagi peringkat diploma adalah sebanyak RM15,000.00.
Pada pendapat anda, apakah strategi pengurusan
kewangan yang terbaik buat Encik Bakar agar dapat
mengumpul sejumlah wang bagi membiayai pengajian
anaknya?

Senario 2
Datuk dan nenek Ah Chong berada di Beijing, China.
Mereka mempelawa cucunya untuk melawat mereka
pada cuti sekolah bulan Disember nanti. Ah Chong
perlu menyediakan wang untuk membeli tiket
penerbangan pergi dan pulang bagi memenuhi
pelawaan datuk dan neneknya. Setakat ini, Ah Chong
mempunyai RM200.00 yang diperolehi daripada
angpau pada Tahun Baharu Cina. Bagaimanakah Ah
Chong boleh memperoleh wang yang mencukupi bagi
merealisasikan impiannya?

Senario 3

Ahmad telah terpilih mewakili sekolahnya dalam


perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada
bulan Julai nanti. Kasut bola yang dimiliki oleh
Ahmad telah lusuh dan perlu diganti dengan yang
baharu. Dia mempunyai masa selama 4 bulan
untuk memiliki kasut tersebut. Harga sepasang
kasut bola yang bagus di pasaran adalah dalam
lingkungan RM150.00. Bagaimanakah Ahmad
dapat mengumpul wang bagi mencapai matlamat
tersebut dalam masa yang ditetapkan?

14
Senario 4

Sekolah anda telah memperoleh sumbangan dana


sebanyak RM1,200.00 daripada sebuah syarikat
telekomunikasi bagi membina sebuah taman mini
dalam kawasan sekolah. Kelas anda perlu
menyediakan rekabentuk taman serta memilih pokok
yang akan ditanam di taman mini tersebut. Projek ini
perlu disiapkan dalam tempoh 3 bulan.
Bagaimanakah kelas anda dapat merekabentuk taman
mini yang menarik dengan kos yang bersesuaian?

Senario 5

Komputer riba adalah satu keperluan bagi pelajar di


universiti seperti Aminah. Setiap semester, Aminah
menerima pembiayaan pinjaman pendidikan
sebanyak RM3,500.00. Wang saku yang diberikan
oleh bapanya adalah sebanyak RM250.00 sebulan.
Bantu Aminah untuk memilih komputer riba yang
bersesuaian dengan menggunakan pelan pengurusan
kewangan yang betul.

Senario 6

Amin seorang graduan yang baru bekerja selama


setahun di sebuah syarikat korporat di ibu negara.
Amin berazam untuk memiliki sebuah kereta bagi
memudahkan pergerakannya ke tempat kerja.
Dengan pendapatan RM4,300.00 sebulan, Amin
perlu menguruskan pelan kewangannya supaya dia
dapat mengumpul wang pendahuluan sebanyak
RM8,000.00 dalam masa 12 bulan. Bantu Amin
dalam menguruskan pelan kewangannya.

15
Lembaran Tugasan 2a(ii) SP 10.1.2

Arahan:
Baca senario yang diberikan kepada kumpulan anda dengan teliti.
Lengkapkan jadual dibawah berdasarkan konsep SMART untuk merancang dan menguruskan
kewangan bagi mencapai matlamat kewangan senario tersebut.

Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound

16
Lembaran Tugasan 2b) SP 10.1.2

Arahan:
Pilih satu senario. Bina dan rancang pelan kewangan yang lengkap bagi mencapai matlamat
kewangan senario terebut.

Senario

S=Specific

M=Measureable

A=Attainable

R=Realistic

T=Time Bound

Pendapatan Sebulan:

Perbelanjaan Sebulan:

Simpanan Setiap Minggu/ Bulan:

Matlamat kewangan dapat dicapai pada minggu/ bulan ke- ________________________________


17
Lampiran 2 SP 10.1.2

Konsep SMART dalam menguruskan pelan kewangan yang berkesan.

S=Specific M=Measurable A=Attainable

Sesuatu matlamat Sesuatu matlamat Sesuatu matlamat


kewangan yang kewangan yang kewangan yang
ditetapkan mesti ditetapkan mesti ditetapkan mesti
khusus. boleh diukur boleh dicapai.
dengan nilai
wang.

R=Realistic T=Time bound

Sesuatu matlamat Sesuatu matlamat


kewangan yang kewangan yang
ditetapkan mesti ditetapkan mesti
realistik dan berkait mempunyai tempoh
dengan diri sendiri. masa tertentu.

18
Pembelajaran Berasaskan Projek

Isu
Semua murid mempunyai impian untuk memiliki barang keperluan mengikut kehendak
masing-masing. Kebanyakan murid mendapat wang saku daripada ibu bapa atau penjaga.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir murid yang tidak langsung memperolehi wang
saku, namun mendapat bantuan daripada kerajaan atau badan bukan kerajaan. Tahap
kesedaran dan kefahaman berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan murid yang
masih rendah menyebabkan murid sukar merancang dan menguruskan kewangan secara
bijaksana.

Tujuan
Kerja projek ini bertujuan mendidik murid agar dapat menetapkan matlamat kewangan
yang hendak dicapai (jangka pendek/ jangka panjang) dan melaksanakan perancangan serta
pengurusan kewangan termasuk pelan kewangan berdasarkan konsep SMART. Melalui
kerja projek ini murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang
baik serta berjaya merealisasikan matlamat kewangan mereka.

Tema
Impian Hidupku

Tajuk
*Bersesuaian dengan matlamat kewangan yang hendak dicapai.

Tempoh
Cadangan satu bulan untuk matlamat kewangan jangka pendek.
**Cadangan satu tahun untuk matlamat kewangan jangka panjang.
(Bagi matlamat kewangan jangka panjang, penilaian kebolehlaksanaan pelan kewangan
tidak perlu dijalankan).

19
Tempoh Pelaksanaan
Satu Bulan

Kaedah Pelaksanaan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek boleh dilaksanakan di dalam dan di luar bilik
darjah, secara individu atau berpasangan.

Kandungan
1. Matlamat Kewangan Jangka Pendek
a) Tajuk
b) Proses Pengurusan Kewangan
i) Menetapkan matlamat (SMART).
ii) Menilai kedudukan kewangan.
iii) Mewujudkan pelan kewangan.
iv) Melaksanakan pelan kewangan.
v) Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.
c) Refleksi

2. Matlamat Kewangan Jangka Panjang


a) Tajuk
b) Proses Pengurusan Kewangan
i) Menetapkan matlamat (SMART).
ii) Menilai kedudukan kewangan.
iii) Mewujudkan pelan kewangan.
c) Refleksi

Penilaian
Kerja projek dinilai berdasarkan rubrik yang dibina.
***Cadangan borang log pemerhatian dan rubrik penilaian seperti di Lampiran.

20
LAMPIRAN

Penilaian Projek

Log Pemerhatian Individu atau Log Pemerhatian Kumpulan

Guru boleh mencatatkan pemikiran matematik, kefahaman konsep, kemahiran dan refleksi
berkaitan murid secara individu atau berkumpulan. Catatan pemerhatian digunakan sebagai
rekod kemajuan dalam pembelajaran murid.

Contoh: Kefahaman masalah, prosedur, pengiraan, tahap pemikiran, keupayaan menaakul,


membuat perkaitan, membuat perwakilan dan mengkomunikasikan proses dan
dapatan.

Nama Murid / Ahli Kumpulan:

Projek:

Tarikh Ulasan

21
LAMPIRAN

Rubrik Penilaian

Nama Murid / Ahli Kumpulan:

Projek:

Hasil / Tindakan / Tingkah Laku Markah

Penyelesaian Memuaskan
25
Penyelesaian adalah sah dan praktikal.

Justifikasi Keputusan
Murid mengkomunikasikan dapatan serta menjustifikasi keputusan melalui
15
pembentangan, laporan bertulis atau perbincangan.
Murid menyokong keputusan dengan hujah yang bernas.

Kaedah
Murid berupaya menganalisis dan menstrukturkan maklumat dengan menggunakan 15
teknologi.

Ketepatan
15
Penaakulan dan pengiraan adalah logik dan tepat.

Kreativiti
10
Murid mempamerkan pemikiran kreatif dan kritis.
Kegigihan
10
Murid menunjukkan kegigihan sepanjang projek.

Kerjasama dalam Kumpulan


Murid bekerja bersama, berkongsi idea, dan mendengar idea rakan. 10
Mereka menunjukkan kesediaan membantu satu sama lain.

Cadangan Soalan Penilaian

 Apakah masalah yang cuba diselesaikan? Bagaimana anda boleh menerangkan kepada
rakan lain?
 Apakah yang perlu dicari sebelum anda boleh memperoleh sesuatu penyelesaian?
 Bagaimana fakta masalah berhubungkait? Bagaimana suatu fakta berkait dengan yang lain?
 Apakah data yang diperlukan/tidak diperlukan? Mengapa?
 Apakah strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini? Apakah strategi yang
bersesuaian?
 Bagaimana anda berkongsi kefahaman tentang masalah kepada ahli kumpulan?
 Bagaimana kumpulan anda membahagi tugasan bagi menyelesaikan masalah ini?
 Bagaimana kumpulan anda berkerjasama secara efektif?
 Apakah penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dinyatakan?
 Bagaimana anda menjustifikasi penyelesaian akhir?

22
JAWAPAN LEMBARAN TUGASAN

LT1a(i) SP10.1.1

Langkah 1 Langkah 2
Ingin memiliki sebuah telefon pintar Tempoh masa diambil 10 bulan.
berjenama yang canggih dan terkini.
Langkah 3 Langkah 4
RM699.00 RM69.90 per bulan
RM17.50 per minggu
Langkah 5
 Menyimpan sekurang-kurangnya RM2.50
per hari daripada wang saku yang
diterima.
 Melakukan kerja sambilan pada waktu cuti
sekolah atau hujung minggu.

LT1a(ii) SP10.1.1

*Terima jawapan yang munasabah dengan justifikasi.


Sampel Jawapan:
Langkah 1 Langkah 2
1. Membeli kasut sukan. Tempoh masa diambil 4 bulan.
2. Membeli telefon pintar.
Langkah 3 Langkah 4
1. Kasut sukan = RM459 1. Kasut sukan:
2. Telefon pintar = RM580 Sebulan: RM459 / 4 = RM114.75
Sehari: RM3.83

2. Telefon pintar:
Sebulan: RM580 / 4 = RM145
Sehari: RM4.84
Langkah 5 Langkah 6
 Perlu menyimpan sekurang-kurangnya Mengorbankan telefon pintar kerana
RM8.67 sehari untuk kedua-dua matlamat. harganya lebih mahal dan sudah mempunyai
 Melakukan kerja sampingan untuk telefon pintar yang masih boleh digunakan.
menambah duit simpanan.

23
LT1b) SP10.1.1

1.
Perkara P/H Perkara P/H Perkara P/H

Lampu Picit P Coklat H Telefon Bimbit H

Makanan
Buku Komik H Aiskrim H H
Segera
Air
H Nasi Berlauk H Peti Kecemasan P
Berkabornat
Baju Lengan
Panjang dan Kertas dan Pen/
P H Tuala H
Seluar Pensil
Panjang
Payung P Wang H Selimut P
Cermin Mata
Tali P H Topi P
Hitam

Baju Kemeja H Kompas dan Peta P Kasut P

2.
Item Justifikasi
Lampu picit Membantu dalam pergerakan di dalam hutan
Kompas dan peta Sebagai panduan untuk mencari jalan keluar atau tempat
yang selamat
Baju lengan panjang Melindungi tubuh badan dari gigitan serangga
dan seluar panjang
Peti kecemasan Digunakan untuk mengubati luka-luka ringan
Tali Digunakan untuk mengikat barang, alatan untuk mendaki
dan menyangkut khemah.

LT1c) SP10.1.1

1. Keperluan dan Kehendak


a. Keperluan sekolah (alat tulis, buku rujukan dll)
b. Telefon pintar
c. Makanan
d. Pakaian
e. Tambang pengangkutan (kad touch n go)

24
2. Matlamat Jangka Pendek (Dalam masa 1 bulan)
Matlamat: Sasaran: RM50.00
Tambang pengangkutan (kad touch n go) Tempoh sasaran: Setiap hujung bulan
Amaun harian: RM1.70 sehari

Tambang pergi dan balik ke sekolah


= (RM1.60 x 5 hari = RM8.00)
Tambang pergi dan balik ke pusat tuisyen
= (RM3.00 x 1 hari = RM3.00)
Jumlah keseluruhan perbelanjaan
= (RM8.00 + RM3.00) x 4 minggu
= RM44.00

3. Matlamat Jangka Panjang (Lebih daripada 1 tahun)


Matlamat: Sasaran: RM800.00
Telefon pintar berjenama Tempoh sasaran: 24 bulan
Amaun bulanan: RM33.35

Bagi mencapai matlamat ini, murid perlu


menyimpan sebanyak RM1.12/sehari.

LT1a) SP10.1.2

Jumlah Jumlah yang


Matlamat Jenis
Tarikh Tarikh yang diperlukan
(Terangkan secara jangka
permulaan berakhir diperlukan setiap hari
ringkas) masa
(RM) (RM)

Belanja ibu makan


malam sempena 1 bulan 1 Mac 31 Mac RM40 RM1.30
Hari Lahir.
Membeli kasut
4 bulan 1 Mei 31 Ogos RM280 RM2.30
sukan
Mengumpul wang
November November
pendahuluan kereta 5 tahun RM5,000 RM2.80
2020 2025

25
LT1b) SP10.1.2

Jangka Masa Pendek (1 Bulan) Jangka Masa Panjang (Lebih Setahun)

1. Belanja ibu makan malam sempena Hari 1. Mengumpul wang pendahuluan kereta.
Lahir. 2. RM5,000
2. RM40. 3. RM19.60
3. RM9.10
Pengiraan:
Pengiraan: Perbelanjaan sepatutnya = RM5,000
Perbelanjaan sepatutnya = RM40
Simpanan sehari = RM5,000 / 1825 hari
Simpanan sehari = RM40 / 31 hari = RM2.80
= RM1.30
Simpanan seminggu = RM2.80 × 7
Simpanan seminggu = RM1.30 × 7 = RM19.60
= RM9.10

LT1c) SP10.1.2

Pendapatan bulanan Keputusan


Item Jumlah (RM) Jumlah Pendapatan
RM400
(RM)
Wang Saku RM300
Jumlah
Wang Ganjaran
RM100 Perbelanjaan RM278
(Hadiah, Angpau) (RM)
Jumlah Pendapatan Lebihan
RM400 RM82
Sebulan (RM)
Simpanan
(10% daripada RM40
pendapatan)
Perbelanjaan bulanan
Item Jumlah (RM)
Filem, Muzik &
RM40
Hiburan

Pakaian & Aksesori RM20

Makanan Ringan RM120

Pengangkutan RM48

Kelengkapan Sekolah RM50

Jumlah
Perbelanjaan RM278
Sebulan

26
LT2a(ii) SP10.1.2

*Terima jawapan yang munasabah dengan justifikasi.


Sampel Jawapan:
Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound

Encik Bakar Kos yang Encik Bakar Bagi mencapai Dalam tempoh 5
ingin diperlukan adalah perlu matlamat tahun, Encik
melanjutkan sebanyak menyimpan tersebut, Encik Bakar perlu
pelajaran RM15,000.00 sebanyak Bakar perlu mendapatkan
anaknya di (Yuran pengajian, RM250.00 menguruskan RM15,000.00
1 peringkat buku rujukan, sebulan selama kewangannya bagi menampung
diploma ke makanan, tempat 5 tahun. dengan perbelanjaan
IPTA. penginapan dll). menyimpan anaknya ketika
RM250.00 melanjutkan
sebulan pelajaran.
selama 5
tahun.
Ah Chong Tiket Ah Chong perlu Ah Chong Pada bulan
ingin penerbangan menyimpan perlu Disember, Ah
melawat pergi dan balik ke RM80.00 meningkatkan Chong perlu
datuk dan China pada bulan sebulan selama tahap memperolehi
neneknya di Disember adalah 9 bulan dan kewangannya RM912.00 bagi
2 China. RM912.00 ditambah dalam tempoh membolehkannya
dengan 9 bulan agar melawat datuk
RM200.00 yang dapat dan neneknya.
diperolehinya menyimpan
semasa RM80.00
perayaan yang setiap bulan.
lalu.
Ahmad Harga bagi Ahmad perlu Ahmad perlu Sebelum
ingin sepasang kasut menyimpan meningkatkan perlawanan bola
membeli bola yang bagus sebanyak tahap berlangsung pada
sepasang adalah RM5.40 sehari kewangan bulan Julai nanti,
kasut bola RM150.00 selama 4 bulan. sebanyak Ahmad harus
3 untuk RM5.40 sehari berjaya
perlawanan agar dapat mengumpul
yang akan membeli RM150.00 agar
datang. sepasang dapat membeli
kasut bola kasut yang
dalam masa 4 diinginkan.
bulan.
Kelas 3 Modal tersedia Kelas 3 Pluto Kelas 3 Pluto Projek taman mini
Pluto perlu adalah sebanyak perlu perlu perlu disiapkan
menyiapkan RM1,200.00 membelanjakan menguruskan dalam tempoh 3
taman mini RM1,200.00 kewangan bulan dengan
sekolah. bagi dengan bijak menggunakan
4 menyiapkan agar projek modal sebanyak
projek taman taman mini RM1,200.00 yang
mini dalam dapat telah
tempoh 3 bulan. disiapkan pada disumbangkan.
tempoh yang
telah
ditetapkan.

27
Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound

Aminah Harga untuk Bapa Aminah Aminah perlu Pada akhir bulan
ingin sebuah komputer memberi menyimpan semester
membeli riba adalah RM250.00 wang pertama, Aminah
sebuah RM1,776.00 setiap bulan dan sebanyak perlu mempunyai
komputer baki wang RM1,7776.00 RM1,776.00
5 riba pada pinjamannya pada semester untuk membeli
semester setiap semester pertama hasil sebuah komputer
yang adalah dari baki wang riba.
pertama. sebanyak pinjaman dan
RM800.00 wang saku dari
bapanya
Amin ingin Kos yang Amin perlu Amin perlu Pada bulan 12
memiliki diperlukan adalah membuat menyimpan 2020, Amin perlu
sebuah RM8,000.00 bagi simpanan sebanyak mendapatkan
kereta pada wang sebanyak RM670.00 RM8,00.00
6 tahun 2021. pendahuluan. RM670.00 setiap bulan sebagai wang
sebulan. selama 12 pendahuluan bagi
bulan untuk memiliki sebuah
wang kereta.
pendahuluan.

LT2b) SP10.1.2

*Terima jawapan yang munasabah dengan justifikasi.

28
PANEL PENULIS

1.1. Dr. Rusilawati binti Othman Bahagian Pembangunan Kurikulum

2.2. Rosita binti Mat Zain Bahagian Pembangunan Kurikulum

3.3. Noraida binti Md. Idrus Bahagian Pembangunan Kurikulum

4.4. Wong Sui Yong Bahagian Pembangunan Kurikulum

5.5. Alyenda binti Ab. Aziz Bahagian Pembangunan Kurikulum

6. Noor Aliza binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum

Universiti Kebangsaan Malaysia,


7. Dr. Roslinda binti Rosli
Selangor
Institut Pendidikan Guru Kampus
8. Dr. Faizah binti Md Ghazali
Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
9. Zanariah binti Mahyun
Hussein Onn, Johor

10. Norfaizah binti Zainal Abidin SMK Pandan Mewah, Selangor

TURUT MENYUMBANG

1. Rugayyah binti Harun Bank Negara Malaysia

2. Sunita binti Sulaiman Bank Negara Malaysia

29
30
31
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 – 8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk

32

Anda mungkin juga menyukai