Anda di halaman 1dari 11

Permainan:

Bola Sepak
MUHAM MAD HA DIF LUQMA N BIN H AZRI
1RK
Bola sepak adalah
permainan yg
memerlukan 2
pasukan.
(11 pemain setiap
satu)
Tujuan: Masukkan
bola ke dalam
gawang lawan.
Masa: Separuh masa
pertama & Separuh
masa kedua (45 minit
setiap satu)
Hantaran Leret
Hantaran leret digunakan untuk menghantar bola kepada rakan
yang berada pada jarak yang dekat. Hantaran ini dapat
menghantar dengan lebih pantas dan tepat. Rakan yang
menerima bola perlu menyerkap bola dan bertindak dengan
pantas agar bola tidak dirampas oleh pihak lawan.
Hantaran Lambung
Hantaran lambung digunakan untuk menghantar bola kepada
rakan yang berada pada jarak yang jauh dan kepada rakan yang
dihalang oleh pemain lawan. Ia juga dapat menjaringkan gol
pada jarak yang jauh. Pemain yang menerima bola boleh
menyerkap dengan menggunnakan bahagian tubuh badan
mengikuti ketinggian bola dan kedudukan pihak lawan.
Menanduk
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol.
Boleh menahan bola lambung daripada pihak lawan
terutamanya semasa tendangan percuma atau tendangan sudut.
Boleh juga menghantar bola kepada rakan sepasukan.
Mengelecek
Mengelecek sangat penting dalam permainan bola sepak.
Mengelecek bermaksud bergerak dengan bola sambil mengelak
daripada ditakel oleh pihak lawan. Semasa mengelecek, berusaha
menggunakan kedua-dua kaki dan bola digerakkan dengan
sentuhan perlahan agar sentiasa dalam kawalan. Boleh
menggunakan semua bahagian kaki dan menggunakan
pergerakan badan untuk mengelirukan pemain lawan.
Takel Hadapan
Tujuan utama dan penting untuk mengatasi adalah untuk membuang
lawan dari bola, untuk menghentikan pemain dari mendapatkan gol
ke arah gawang atau untuk menghentikan mereka dari
melaksanakan apa yang mereka inginkan.
Menjaringkan Gol
Dalam permainan Bola Sepak, menjaringkan gol merupakan
tujuan utama dalam tempoh 90 minit perlawanan. Kemahiran
menggelecek bola, menghantar bola dan menahan bola tidak
akan sempurna tanpa jaringan gol. Gol akan dinyatakan sah
apabila seluruh bahagian bola telah melepasi atau melebihi
garisan gawang.
Jaga Gawang
Tugas utama penjaga gol ialah memastikan bola tidak melepasi
garisan gawang. Hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan
tangan dalam kawasan gol. Penjaga gol ialah benteng
pertahanan yang terakhir. Penjaga gol perlu bertindak secara
tangkas untuk menghalang bola dari memasuki gawang dengan
menangkap, menepis atau menendang bola.
Itu sahaja dari saya…
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai