Anda di halaman 1dari 31

BUKU PANDUAN PELAJAR

SIJIL PENGAJIAN ISLAM


2023
“Barangsiapa Allah yang kehendaki kebaikan untuknya,
maka Allah akan memberinya kefahaman dalam Ad-
Din.”

Riwayat Al-Bukhari

“Ketahuilah wahai para pelajar yang rajin dan


bersungguh-sungguh menuntut ilmu!

Oleh sebab kesungguhan mu hendak mencari ilmu, maka


pastikanlah terlebih dahulu bahawa niat mu itu berada di
atas landasan yang lurus”

Imam Al-Ghazali
ISI

KANDUNGAN

Pengenalan 2
Pendahuluan 3
Sistem Penerusan SPI 4
Jalur Pendidikan IPIP 4

Ehwal Pentadbiran 5
Ehwal Akademik 17
PENGENALAN

Visi

“Menjadi Institusi Pendidikan Islam Yang Unggul Dalam Membentuk Insan


Soleh Musleh Ke Arah Melahirkan Khaira Ummah”.

Misi

“Menerajui Pendidikan Islam Di Singapura Bagi Melahirkan Generasi Du’at


Dan Masyarakat Yang Beriman, Menghayati Dan Menegakkan Amr Ma’aruf
Dan Nahy Munkar”.

Syiar

“Adalah kamu sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi manusia, (supaya)


kamu menyuruh dengan yang ma’aruf dan melarang dari yang mungkar
serta beriman kepada Allah” – Ali Imran : 110

Falsafah

“Pembentukan Dan Pembinaan Individu Muslim Melalui Ilmu Yang Bersepadu


Berdasarkan Al-quran, Sunnah Dan Tasawwur Yang Jelas Dengan Kefahaman
Wasatiy Bagi Menyumbang Kepada Kecemerlangan Masyarakat”.

2
P E N D A H U L U A N

Adalah merupakan cita-cita dan visi kesedaran dan semangat membara; dan
PERGAS untuk melahirkan Khaira Ummah, tidak cukup juga dengan hanya
yakni masyarakat Islam Contoh dan berbekalkan sedikit kemahiran, tetapi
Cemerlang di Singapura ini, seperti yang adalah lebih penting dibekalkan dengan
dituntut oleh Allah di dalam surah Ali Iman dan Taqwa, dan Ilmu atau Tafaqquh
Imran ayat 110 iaitu supaya kamu fi al-Din.
menyuruh kepada kebaikan dan
mencegah dari kemungkaran serta
beriman kepada Allah. “Barangsiapa Allah inginkan kebaikan
(khair) untuknya akan Allah memahamkan

Tetapi Khaira Ummah tidak akan dia akan Agamanya (Tafaqquh fi al-Din);

terbentuk tanpa memenuhi syarat-syarat dan sesungguhnya Ilmu itu diperoleh

yang dijelaskan Allah dalam surah Ali melalui ta’allum (pembelajaran)” - Riwayat

Imran dalam ayat 100-104 yang Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah,

antaranya ialah masyarakat ini haruslah Malik, Darimi.

didirikan di atas dasar :

• Iman dan Taqwa


• Merasa Izzah kepada ajaran Islam
• Ukhuwwah dan Perpaduan
• Amar Ma’aruf Nahy Munkar

Maka melahirkan Generasi Du’at


(pendakwah) yang menegakkan Amar
Ma’aruf dan Nahy Munkar adalah
prasyarat pembentukan Khaira Ummah.
Generasi Du’at ini pula tidak hanya
didorong oleh semangat semata, tetapi di
atas dasar Basirah dan Ilmu (Yusuf : 108)
yang mendorong dan membekali amal
mereka. Maka para aktivis Islam tidak
hanya cukup dibekalkan dengan

3
SISTEM PENERUSAN SPI

Tahun 1/ Peringkat 1
(10 kredit)
SPI
Tahun 2/ Peringkat 2
(11 kredit)

JALUR PENDIDIKAN IPIP

Tahun Belajar
Umur Peringkat Pembelajaran Taraf Pencapaian
Normal Ekspres

16 6 bln 3 bln Program Takrif Islam (PTI) Sijil Pengajian Islam (Asas)

17 2 thn 1 thn Sijil Pengajian Islam (SPI) Peringkat Sijil (Peringkat GCE ‘O’)

19 3 thn 1 ½ thn Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) Peringkat Sijil (Peringkat GCE ‘A’)

21 2 thn N.A Diploma Pengajian Islam Diploma pengajian Islam

Bachelor of Islamic Revealed


25 4 thn N.A Sarjana Muda Pengajian Islam
Knowledge & Heritage – BIRKH

1. Usuluddin & Comparative


Religion
25 2 thn N.A Sarjana Pengajian Islam 2. Fiqh & Usul Fiqh
3. Quran & Sunnah Studies
4. Islamic Thought & Civilization

4
E H W A L

PENTADBIRAN

K A N DU N G A N

1 Matlamat Sijil Pengajian Islam (SPI) 6


2 Syarat-syarat Kemasukan 6
3 Sistem Pendidikan 7
4 Masa Pendaftaran 8
5 Yuran 8
6 Pendaftaran & Penangguhan 9
7 Penarikan Diri 10
8 Tahun Akademik 11
9 Disiplin 13
10 Peraturan Umum IPIP 13
A) Kehadiran 13
B) Pengambilan gambar dan Rakaman 13
video & audio
C) Adab Berpakaian(Pelajar Muslimin) 13
D) Adab Berpakaian(Pelajar Muslimah) 14
E) Adab-Adab Pergaulan 14
F) Anak Kecil 14
G) Pekarangan Institut 15
11 Tempat Pengajian 16
12 Hak Mengubah 16

5
1 MATLAMAT SIJIL PENGAJIAN ISLAM
(SPI)
• Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya
& menjalankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa dan
kehidupan di Singapura.

• Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardhu Ain dan


ilmu-ilmu asas

• Membaca Al-Quran dengan lancar berserta tajwid

2 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pelajar yang berminat untuk menyertai program SPI ini mesti mempunyai
syarat-syarat berikut:
• Berumur 16 tahun dan ke atas
• Individu yang pernah mengikuti kursus fardu ‘ain yang diiktiraf
• Mampu membaca Al-Quran peringkat asas*

* Pelajar yang tidak memenuhi syarat ini dibenarkan untuk membuat


permohonan tetapi dalam masa yang sama dia dikehendaki
mengikuti kursus-kursus pengajian Al-Quran yang diiktiraf

6
3 SISTEM PENDIDIKAN

A) SPI Laluan Mingguan / Harian

SPI mengambil pendekatan sistem “trimester” dan satu tahun pengajian terbahagi
kepada tiga trimester pengajian dan tiga modul. Kelas akan diadakan seminggu
sekali. Keseluruhannya, SPI akan berlangsung selama dua peringkat atau dua tahun
seperti berikut:

Kemasukan Januari Kemasukan Ogos

Tahun Trimester 1 14 minggu Tahun Trimester 3 14 minggu


Pertama Pertama
Trimester 2 7 minggu Trimester 1 14 minggu

Trimester 3 14 minggu Trimester 2 7 minggu

Ko-kurikulum 2 minggu Ko-kurikulum 2 minggu


Kehadiran Kehadiran
adalah wajib adalah wajib

Tahun Trimester 1 14 minggu Tahun Trimester 3 14 minggu


Kedua Kedua
Trimester 2 7 minggu Trimester 1 14 minggu

Trimester 3 14 minggu Trimester 2 7 minggu

Pada setiap akhir trimester akan diadakan peperiksaan. Ini merangkumi ujian bertulis
dan ujian lisan. Ujian lisan adalah untuk Modul Al-Quran (hafalan surah-surah pilihan)
dan Modul Hadith. Kehadiran pelajar bagi pengajian Ko-Kurikulum adalah wajib.

B) SPI Laluan Ekspres


SPI sesi malam adalah sama dengan SPI laluan mingguan. Perbezaan utama adalah
dari segi penjadualan kelas. Untuk sesi malam, kelas akan diadakan dua kali dalam
satu minggu. Peperiksaan akan diadakan selepas tamat 1 modul pembelajaran.
Pada keseluruhannya, 6 modul akan ditamatkan dalam jangka masa satu tahun.

7
Peringkat 1 Peringkat 2

Trimester 1 Trimester 2 Trimester 3 Ko-Kurikulum Trimester 1 Trimester 2 Trimester 3


Kehadiran adalah wajib

7 minggu 4 minggu 7 minggu 1 minggu 7 minggu 4 minggu 7 minggu

4 MASA PENDAFTARAN

Pendaftaran dibuka dua kali setahun :

Kemasukan Buka Tutup Pengajian Bermula

Pertama Oktober November Januari

Kedua Mei Jun Ogos

5 YURAN

A) SPI Mingguan/ Harian:

Pendaftaran &
Yuran Yuran Yuran
Administrasi dan Jangkamasa
Bulanan Semester Keseluruhan
Yuran Pertama
$162* $324* $74.52* Trimester 1: $324* $1814.40* 20 bulan
Pertama

(Giro sahaja) Trimester 2: $259.20*


Tahun

Trimester 3: $324*
Trimester 1: $324*
Kedua

Trimester 2: $259.20*
Tahun

Trimester 3: $324*

* Termasuk GST 8%.

8
B) SPI Ekspres

Pendaftaran &
Yuran Yuran Yuran
Administrasi dan Jangkamasa
Bulanan Semester Keseluruhan
Yuran Pertama
$162* $324* $149.04* Trimester 1: $324* $1814.40* 10 bulan

Peringkat
(Giro sahaja) Trimester 2: $259.20*

1
Trimester 3: $324*

Trimester 1: $324*
Peringkat
Trimester 2: $259.20*
2
Trimester 3: $324*

* Termasuk GST 8%.

Pembayaran yuran trimester pertama:

Pelajar wajib membuat bayaran yuran trimester pertama selepas penerimaan


pendaftaran. Pelajar hanya dibenarkan memasuki kelas setelah membuat
pembayaran.

Pembayaran yuran trimester kedua dan seterusnya:

Pembayaran yuran trimester kedua dan seterusnya wajib dibayar melalui Giro
secara bulanan. Pelajar yang tidak membayar melalui Giro harus melunaskan
pembayaran yuran sebelum peperiksaan. Pelajar yang tidak melunaskan
pembayaran yuran tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada trimester
tersebut.

Untuk membuat bayaran Giro, sila hubungi pegawai kami untuk mendapatkan
borang.

6 PENDAFTARAN & PENANGGUHAN

Setiap pelajar yang telah mendaftar pada permulaan kursus dikira sebagai yang
berstatus aktif. Semua pelajar akan secara automatik meneruskan pengajian dari
tahun pertama/ peringkat pertama hingga tahun kedua/ peringkat kedua mengikut
laluan pengajian trimester.

9
Andai kata terdapat pelajar yang tidak lulus dalam mana-mana modul, dia hanya
perlu mengulangi modul tersebut dalam trimester yang modul itu ditawarkan dan
lulus. Pelajar wajib lulus semua modul untuk dianugerahkan sijil.

Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian dalam mana-mana trimester atas


sebab-sebab hakiki hendaklah membuat permohonannya secara bertulis kepada
pihak IPIP.

Pelajar yang menangguhkan pengajiannya lebih dari 3 trimester atau setahun dikira
sebagai telah berhenti belajar. Jika dia ingin menyambung pengajiannya, dia perlu
membuat pendaftaran baru.

7 PENARIKAN DIRI

Pelajar perlu mengisi borang permohonan penarikan diri bagi mendapatkan


kelulusan dari pihak IPIP.

Sila rujuk rajah di bawah berkaitan dengan hal penarikan diri:

Peratusan yuran Jika tempoh penarikan diri pelajar diterima secara bertulis
dikembalikan dalam jangkamasa:

[100%] Lebih dari 7 hari sebelum tarikh pengajian bermula

[75%] Kurang dari 7 hari dari tarikh pengajian bermula

[50%] Selepas dan tidak lebih 7 hari dari tarikh pengajian bermula

[0%] Selepas 7 hari dari tarikh pengajian bermula

# Undang-undang di atas merangkumi hal penangguhan pengajian dalam Per. 6

Pelajar perlu membayar yuran penuh untuk 1 trimester sebelum 7 hari dari tarikh
pengajian bermula. Pelajar yang tidak buat pembayaran tidak dibenarkan masuk
kelas.

Pelajar yang membayar secara bulanan juga tertakluk kepada undang-undang di


atas. Jika seorang pelajar itu menarik diri selepas 7 hari pengajian bermula maka

10
dikenakan ke atasnya yuran penuh. Ini bermakna pelajar itu wajib melunaskan baki
yuran pengajian yang tertunggak.

Pelajar yang berhenti tanpa membuat sebarang pemberitahuan kepada pejabat


juga tertakluk kepada peraturan di atas.

8 TAHUN AKADEMIK
A) SPI Mingguan / Harian
Kemasukan Januari

Tahun 1 / Tahun 2 / Jangkamasa


Bulan
Peringkat 1 Peringkat 2
14 minggu pengajian
Jan –Apr Trimester 1 Trimester 1 1 minggu peperiksaan
1 minggu cuti
7 minggu pengajian
Mei-Jul Trimester 2 Trimester 2 1 minggu peperiksaan
1 minggu cuti
Ogos - 14 minggu pengajian
Nov Trimester 3 Trimester 3 1 minggu peperiksaan
Nov 2 minggu Ko-kurikulum
Dis Cuti Selesai Pengajian

Kemasukan Ogos

Tahun 1 / Tahun 2 / Jangkamasa


Bulan
Peringkat 1 Peringkat 2
Ogos – 14 minggu pengajian
Trimester 3 Trimester 3
Nov 1 minggu peperiksaan
Dis Cuti Cuti
14 minggu pengajian
Jan-Apr Trimester 1 Trimester 1 1 minggu peperiksaan
1 minggu cuti
7 minggu pengajian
Mei - Jul Trimester 2 Trimester 2 1 minggu peperiksaan
2 minggu Ko-kurikulum
Selesai Pengajian
11
Jadual Pengajian

Laluan Hari Masa


Mingguan Ahad 9.00pg – 12.30tgh 3.5 jam pengajian
termasuk waktu rehat
B) SPI Ekspres

Bulan Setahun Tahun/ Peringkat Jangkamasa


7 minggu pengajian
Jan-Feb Trimester 1 1 minggu cuti
1 minggu peperiksaan
4 minggu pengajian
Mac Trimester 2 1 1 minggu cuti
1 minggu peperiksaan
7 minggu pengajian
1 minggu cuti
Apr-Jun Trimester 3
1 minggu peperiksaan
1 minggu Ko-Kurikulum
7 minggu pengajian
Jul-
Trimester 1 1 minggu cuti
Ogos
1 minggu peperiksaan
4 minggu pengajian
Sep Trimester 2 2 1 minggu cuti
1 minggu peperiksaan
7 minggu pengajian
Okt-Nov Trimester 3 1 minggu cuti
1 minggu peperiksaan
Dis Cuti

Jadual Pengajian

Laluan Hari Masa Tempoh


Ekspres Isnin & Rabu / 6.30ptg – 3.5 jam pengajian
Selasa & Khamis 10.00mlm termasuk waktu rehat

12
9 DISIPLIN

Sebagai pelajar IPIP, anda dituntut untuk mematuhi segala undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan. Pelajar mesti sentiasa berkelakuan mulia dan berusaha
memelihara nama baik institusi. Pihak IPIP memandang serius kepada setiap
pelanggaran undang-undang dan peraturan. Pelajar yang melanggar mana-mana
undang-undang atau peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin.

10 PERATURAN UMUM IPIP

A) KEHADIRAN

• Pelajar mesti iltizam di dalam menghadiri pengajian.


• Pelajar memerlukan 75% kehadiran untuk membenarkannya menduduki
peperiksaan akhir semester (lihat PEPERIKSAAN).
• Kehadiran bagi modul Ko-Kurikulum adalah wajib.
• Kedatangan akan diambil pada setiap hissah pelajaran.
• Pelajar yang tidak dapat hadir untuk jangka masa tertentu diharap dapat
berhubung dengan pihak pejabat.
• Pelajar yang tidak hadir selama lima sesi berturut-turut tanpa alasan bertulis
dianggap telah berhenti.
• Pelajar yang berhenti atau dianggap telah berhenti MESTI melunaskan bayaran
yuran penuh semester yang diikuti. (Lihat Per. 7)

B) PENGAMBILAN GAMBAR DAN RAKAMAN VIDEO & AUDIO

• Pengambilan gambar dan rakaman berbentuk video mahupun audio tidak


dibenarkan semasa pengajian sedang berjalan kecuali dengan keizinan
Asatizah dan Institusi.

• Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya salah guna maklumat


yang dirakam.

C) ADAB BERPAKAIAN (PELAJAR MUSLIMIN)

• Pakaian mestilah menutup aurat dan sopan.


• Dilarang memakai kemeja-T tiada berkolar, seluar jeans atau seluar panjang
yang ketat. Baju kemeja-T yang berkolar sahaja yang dibenarkan dan tidak
tertera gambar atau tulisan yang kurang elok.

13
• Rambut hendaklah rapi dan tidak melebihi kolar baju.
• Rantai dan gelang tidak boleh dipakai.
• Digalakkan memakai songkok.

D) ADAB BERPAKAIAN (PELAJAR MUSLIMAH)

• Pakaian mestilah menutup aurat dan sopan.


• Dilarang memakai baju kemeja-T.
• Baju hendaklah longgar, labuh dan tidak jarang. Lengan baju mestilah panjang
hingga ke pergelangan tangan dan longgar.
• Skirt hendaklah longgar dan labuh sampai ke buku lali, tidak berbelah dan tidak
jarang.
• Dilarang memakai seluar jean.
• Tudung kepala hendaklah yang menutupi kepala rambut, leher, dada serta
bahu, tidak jarang dan tidak berwarna terlalu garang.
• Dimestikan senantiasa berstoking. Stoking mesti tidak jarang.
• Alat solek yang berlebihan adalah dilarang.
• Elakkan memakai perhiasan berharga.

E) ADAB-ADAB PERGAULAN

• Pelajar dikehendaki menjaga Adab-Adab Islamiah di dalam tingkah laku dan


tutur kata.
• Pelajar mesti menjaga adab pergaulan antara lelaki dan wanita.
• Pelajar dicegah dari mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
• Pelajar dilarang merokok di perkarangan IPIP.

F) ANAK KECIL

Pelajar yang membawa anak-anak kecil diharap :


• Membantu menjaga kebersihan.
• Mengawal anak-anak mereka dari mengganggu pengajian.
❖ Jika anak kecil tersebut tidak dapat dikawal dan mengganggu situasi
pembelajaran, tindakan berikut akan diambil:
a- Pertama, pertemuan dengan pelajar berkenaan/terbabit
b- Kedua, peringatan melalui emel
c- Ketiga, surat rasmi mengenai larangan membawa anak kecil tersebut ke
kelas
• Mengenakan pakaian sopan pada anak-anak (ia mencerminkan kedua ibu
bapanya).

14
G) PEKARANGAN INSTITUT

• Pelajar diminta bekerjasama menjaga kebersihan kelas, perkarangan IPIP,


tempat solat dan bilik air.
• Menjaga kebersihan adalah kewajipan bersama dan dituntut oleh agama.

15
11 TEMPAT PENGAJIAN

SPI dijalankan di tempat-tempat berikut :

a) SPI Mingguan:
Madrasah Aljunied Al-Islamiah
30 Victoria Lane
S198424

b) SPI Harian & Ekspres:


Pergas
Wisma Indah, 448 Changi Road, #03-01
S419975
Nombor Talian: 6346 9350

12 HAK MENGUBAH
PERGAS berhak mengubah apa-apa maklumat yang berkaitan tanpa perlu
membuat pemakluman terlebih dahulu.

16
EHWAL

AKADEMIK

K A N DU N G A N

13 Penilaian 18
14 Sistem Gred 18
15 Peperiksaan 19
a) Syarat-syarat Menduduki Peperiksaan 19
b) Tidak Hadir Peperiksaan 21
16 Syarat-Syarat Pengurniaan Sijil 23
a) Sijil Kelulusan SPI 23
b) Sijil Penyertaan SPI 23
17 Tenaga Pengajar 24
18 Modul Yang Ditawarkan 25
19 Ringkasan Modul 26
SPI Tahun 1/ Peringkat 1 26
SPI Tahun 2/ Peringkat 2 28

17
13 PENILAIAN

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam
menghadiri pengajian untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk
penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan
dan ujian.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang trimester:


Penilaian (A) Bilik Darjah Kehadiran Peperiksaan
Modul – Modul 30% 10% 60%
*Syarat lulus adalah sekurang-kurangnya gred C

Penilaian (B) Peperiksaan Lisan


Hafalan Al-Quran 100%
Hafalan Hadith 100%
*Syarat lulus hafalan adalah kekurang-kurangnya 65%

14 SISTEM GRED

Peratus Markah Gred Nilai Gred Tahap Pencapaian

90 - 100 A+ 4.00 Cemerlang dengan Kepujian


80 – 89 A 4.00 Cemerlang
75 - 79 A- 3.67 Sangat Baik
70 - 74 B+ 3.33 Sangat Baik
65 - 69 B 3.00 Baik
60 - 64 B- 2.67 Baik
55 - 59 C+ 2.33 Lulus
50 - 54 C 2.00 Lulus
45 - 49 C- 1.67 Lulus Bersyarat
40 - 44 D+ 1.33 Tidak Lulus
35 - 39 D 1.00 Tidak Lulus
30 - 34 D- 0.67 Tidak Lulus
0 – 29 E 0.00 Tidak Lulus
Peratus Markah (Hafalan)
65 – 100 Lulus N.A
0 – 64 Gagal N.A

18
Lulus Bersyarat

Pelajar hanya dibenarkan untuk mendapat gred (C-) bagi satu modul sahaja
sepanjang pengajian, dari tahun 1 hingga tahun 2. Pelajar yang mendapat lebih
daripada satu gred (C-), dibenarkan untuk mengekalkan hanya satu gred (C-) dan
perlu mengulangi modul-modul yang lain.

Hal di atas dikira sah selama mana, pelajar tidak mendapat lebih daripada 2 gred (C-)
sepanjang pengajian.

Contoh:

Modul Markah Gred Trimester Taraf Tindakan


Tafsir 45 C- 1 Lulus bersyarat Pelajar perlu mengulangi
Hadith 49 C- 3 Lulus bersyarat salah satu modul tersebut

15 PEPERIKSAAN

Setiap pelajar wajib menduduki peperiksaan akhir semester. Masa dan tempat
peperiksaan akan diumumkan oleh pihak IPIP.

A) SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

• Pelajar mesti berdaftar sebagai pelajar IPIP


• Pelajar harus menghadiri pengajian tidak kurang daripada 75% bagi setiap Modul
sebelum diizinkan menduduki peperiksaan.
• Melunaskan segala bayaran yuran tertunggak
• Pihak IPIP berhak menggugurkan mana-mana pelajar daripada menduduki
peperiksaan jika pelajar tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan.

KEHADIRAN

• Pelajar dibenarkan masuk ke bilik peperiksaan sekurang-kurangnya 20 minit


sebelum peperiksaan bermula.
• Pelajar yang hadir lewat 30 minit, dibenarkan untuk menduduki peperiksaan tetapi
tidak akan diberikan masa tambahan.
• Pelajar yang hadir lewat lebih dari 30 minit, tidak akan dibenarkan untuk menduduki
peperiksaan.
• Pelajar hanya dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan selepas 30 minit dari masa
peperiksaan bermula.

19
• Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan pada 10 minit terakhir
peperiksaan.

ETIKA DI DALAM BILIK PEPERIKSAAN

• Senyap ketika di dalam bilik peperiksaan.


• Mengangkat tangan sekiranya perlu berurusan dengan penyelia peperiksaan.
• Memastikan kesempurnaan semua kertas soalan yang diberikan.
• Berada di tempat sehingga akhir peperiksaan
• Memastikan kawasan di meja berkeadaan bersih sehingga akhir peperiksaan.
• Pelajar dilarang:
1- meninggalkan tempat duduk tanpa izin penyelia.
2- berkomunikasi dengan pelajar lain di dalam bilik peperiksaan.
3- meniru atau membolehkan pelajar lain meniru.
4- berlegar di luar bilik peperiksaan.
5- meminjam alat-alat tulis dari pelajar lain semasa peperiksaan sedang dijalankan.
6- berkomunikasi dengan pelajar lain ketika kertas jawapan peperiksaan sedang
dikumpulkan.

Pihak Institusi akan mengambil tindakan displin jika didapati calon melanggar etika
atau peraturan yang telah ditetapkan sewaktu peperiksaan dijalankan. Meniru adalah
salah satu kesalahan dan jika didapati bersalah, kertas tersebut akan dibatalkan atau
pelajar akan menerima gred “gagal/E” pada modul tersebut dan perlu
mengulanginya semula.

ALAT TULIS

• Pelajar dibenarkan untuk membawa alat tulis ke dalam bilik peperiksaan.


• Beg harus diletakkan di luar bilik peperiksaan.
• Alat-alat atau barang-barang yang dilarang masuk, harus diserahkan kepada
pihak penyelia sebelum peperiksaan bermula.
• Pihak IPIP tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan buku-buku, kertas
dan barangan yang diletakkan di luar bilik peperiksaan.

ALAT-ALAT YANG TERLARANG

Alat-alat yang dilarang masuk ke bilik peperiksaan:


• telefon bimbit
• PDA
• komputer riba

20
• MP3 atau MP4
• Beg
• Buku dan nota

PENGENALAN DIRI

Pelajar WAJIB membawa bersama slip kemasukan peperiksaan dan kad pengenalan.
• Identiti pelajar akan diperiksa ketika peperiksaan.
• Slip kemasukan peperiksaan dan kad pengenalan harus diletakkan di bahagian
atas kanan meja ketika peperiksaan dimulakan.
• Pelajar yang kehilangan kad pengenalan, boleh menggunakan paspot atau kad
identiti lain seperti (EZ-link atau lesen kereta) sebagai bukti identiti.

B) TIDAK HADIR PEPERIKSAAN

1) Pelajar yang tidak dapat hadir peperiksaan kerana sebab-sebab yang


dinyatakan di bawah ini mesti mendapatkan keizinan bertulis daripada pihak
IPIP atas ketidakhadiran tersebut.

Sebab-Sebab Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Latihan Kerahan (Reservist) Salinan surat arahan melaporkan diri untuk latihan kerahan
Keadaan Kesihatan Yang Sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh ahli perubatan
Diterima berdaftar
Menunaikan Haji Wajib Surat pengesahan daripada GSA haji dan salinan visa haji
Hal Kematian Keluarga Surat salinan Sijil Kematian
Terdekat
Berkahwin (Diri Sendiri) Akuan bertulis pelajar
Tugasan Di Luar Negara Surat bertulis dengan kepala surat syarikat pelajar yang
ditandatangani oleh majikan atau Jabatan Sumber
Manusia berserta salinan tiket pelayaran

2) PEPERIKSAAN KHAS

• Rayuan bertulis wajib diberikan dalam Masa 48 jam dari tarikh peperiksaan
kepada pihak IPIP untuk menduduki peperiksaan Khas. Pelajar perlu mengisi
borang peperiksaan khas berserta dengan yuran pentadbiran (tertakluk
kepada pindaan) seperti berikut:

21
Pentadbiran : $21.60*
Setiap Modul : $10.80*
Contoh : Pentadbiran + dua Modul ($21.60 + $21.60 = Jumlah
$43.20*)

* Termasuk GST 8%.

• Pelajar yang gagal melaksanakan perkara di atas akan dikira tidak layak
menduduki peperiksaan khas dan perlu menduduki peperiksaan ulangan.

• Pelajar hanya dibenarkan menduduki peperiksaan khas sebanyak 2 kali bagi


setiap modul. Pelajar yang gagal setelah menduduki 2 kali peperiksaan perlu
mengulangi modul tersebut semula. Pembayaran yang dikenakan adalah
mengikut trimester modul tersebut.

3) PEPERIKSAAN ULANGAN

A) Gagal peperiksaan dalam modul yang diduduki.

• Pelajar boleh mengulangi peperiksaan dalam trimester pengajian yang


mana pelajaran tersebut ditawarkan.
• Peperiksaan ulangan hanya dibenarkan dan ditangguhkan sekali sahaja.
• Pelajar yang gagal setelah menduduki peperiksaan perlu mengulangi
modul tersebut semula termasuk modul Ko-Kurikulum. Pembayaran yang
dikenakan adalah mengikut trimester modul tersebut. Manakala bagi
modul ko-kurikulum mengikut pada yuran peperiksaan khas/ulangan.

B) Tidak memenuhi syarat peperiksaan khas

C) Syarat peperiksaan ulangan adalah seperti berikut:

• Hanya pelajar yang mendapat keizinan bertulis layak menduduki


peperiksaan ulangan.
• Borang Ulangan perlu diisi di Pergas kemudian diberikan kepada pihak
IPIP.
• Yuran setiap modul sebanyak $54* perlu dibayar.
• Pelajar yang mana ketidakhadirannya ditolak akan dikira sebagai telah
menduduki peperiksaan dan gagal.

* Termasuk GST 8%.

22
16 SYARAT-SYARAT PENGURNIAAN SIJIL

A) SIJIL PENYERTAAN SPI:

Pelajar Odit

• Pelajar yang tidak mengikuti sistem penilaian dibenarkan mengikut serta pengajian
secara odit.
• Pelajar berpeluang mempelajari pengajian yang ditawarkan SPI.

B) SIJIL KELULUSAN

• Pelajar perlu lulus kesemua modul termasuk modul Ko-Kurikulum dan ujian Lisan
berikut:

A) Al-Quran:

a. Tilawah: Pelajar mesti dapat membaca al-Quran dengan baik


b. Hafalan: (Surah dari Juz ‘Amma)

B) Al-Hadith:

i) Pelajar dikehendaki menghafal hadith-hadith daripada Hadith yang


dipelajari.
ii) Pelajar mesti menghafal nas hadith (termasuk perawi) dengan
terjemahannya.
iii) Pelajar juga perlu mengetahui inti, maksud serta pengajaran daripada
hadith yang dihafal.

• Pelajar akan menerima Sijil Pengajian Islam setelah pengajian tamat.

• Pelajar boleh meneruskan pengajian di peringkat Sijil Lanjutan Pengajian Islam


(SLPI).

23
17 TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar SPI terdiri daripada Asatizah yang merupakan ahli-ahli PERGAS
yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang pengkhususan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

24
18 MODUL YANG DITAWARKAN

Pengambilan Januari

Tahun 1/ Peringkat 1

Trimester 1 2 3
Modul Tafsir Akidah Hadith Ko-Kurikulum
Hafalan Surah Al-fatehah – Al-Qariah - Hafalan Hadith -

Tahun 2/ Peringkat 2

Trimester 1 2 3
Modul Sirah Nabawiyyah Tajwid Fiqh
Hafalan Surah Al-‘Adiyat – Ad-dhuha - Al-Lail – Al-Fajr

Pengambilan Ogos

Tahun 1/ Peringkat 1

Trimester 3 1 2
Modul Hadith Tafsir Akidah
Hafalan Surah Hafalan Hadith Al-fatehah – Al-Qariah -

Tahun 2/ Peringkat 2

Trimester 3 1 2
Modul Fiqh Sirah Nabawiyyah Tajwid
Hafalan Surah Al-‘Adiyat – Ad-dhuha Al-Lail – Al-Fajr -

25
19 RINGKASAN MODUL

T A H U N 1 / P E R I N G K A T 1

S P I T R I M E S T E R 1

Modul Tafsir Al-Quran 1

Teks Rekomendasi Pelita Al-Quran Juz 30, oleh Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri,
Pengajian Teks Al-Quran & Nota Tafsir (Pergas)
Modul ini menerangkan tentang kepentingan memahami tuntutan
Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dari Juz ‘Amma. Setiap
surah mempunyai huraian dan kesimpulan. Kursus ini juga akan
menerangkan secara am dan ringkas perbahasan yang berkaitan
dengan ilmu Usul at-Tafsir. Ia juga mengupas maksud, hukum-
hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan.

S P I T R I M E S T E R 2
Modul Akidah

Teks Rekomendasi Kitab Pengetahuan Islam Men 3 oleh Pergas & MUIS
Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Tauhid dan
kepentingannya. Ia kemudian akan membahaskan tajuk-tajuk
rukun iman yang enam. Dari bab beriman kepada Allah hingga
beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah. Secara umumnya, modul
ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada Ilmu
Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
Makrifat kepada Allah dan sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian,
tanda-tanda Kiamat dll. Pengajaran Akidah ini berdasarkan /
berpegang dengan aliran golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

S P I T R I M E S T E R 3

Modul Hadis Nabawi

Teks Rekomendasi Hadis 40 – oleh Mustafa ‘Abdul Rahman & Pengajian Teks Hadis
Pergas
Modul ini memberi singkapan awal terhadap pengertian Hadis
Nabawi dan istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengajian
Hadis dan Teks Hadis. Modul ini juga memperkenalkan kepada
pelajar beberapa tokoh terkemuka dalam pengajian hadis.
Dalam masa yang sama, pelajar akan mempelajari beberapa
hadis-hadis pilihan dari kitab al-‘Arbain an-Nawawiyah dan hadis
Sahih Imam Bukhari.

26
Lulus ujian Lisan pelajar akan diuji di dalam bidang-bidang
berikut:
B) Al-Hadith:
i) Pelajar dikehendaki menghafal hadis-hadis daripada
Hadith yang dipelajari.
ii) Pelajar mesti menghafal nas hadith (termasuk
perawinya) dengan terjemahannya.
iii) Pelajar juga perlu mengetahui inti, maksud serta
pengajaran daripada hadis yang dihafal.

Hafalan Surah Pelajar akan diuji tilawah dan hafalan pada trimester 1 dan 3:
Tahun 1

Trimester Surah Trimester Hadith 40


Al-Fateha Al-Maun 1,7,8,9, 21 & 23
An-Nas Al-Quraisy
Al-Falaq Al-Fiil
Al-Ikhlas Al-Humazah Hadith Bukhari
1 Al-Masad Al-Asr 3 27,32,1296 &1340
An-Nasr At-Takasur
Al-Kafirun Al-Qariah
Al-Kauthar

Modul Ko-Kurikulum (Penulisan Khat)

Teks Rekomendasi Al-Kitabatul I’tiadiah peringkat permulaan oleh Bustan Khat

Kursus ini membincangkan tentang kehalusan & kesenian Khat


yang lahir di dalam penulisan Arab. Ia adalah salah satu ciri
untuk memperindah sesuatu penulisan. Antara topik yang
diberikan penekanan seperti sejarah lahirnya kesenian Khat,
jenis-jenis Khat dan memahami pergerakan penulisan
sebahagian huruf dengan lebih baik. Kursus ini memberi garis
panduan agar dapat mengetahui bagaimana al-Quran ditulis.
Ia juga melatih pelajar untuk menulis huruf-huruf tunggal di
dalam kertas khas yang disediakan. Kursus ini sesuai bagi
pelajar yang tidak mempunyai asas menulis atau membaca.

27
T A H U N 2 / P E R I N G K A T 2

S P I T R I M E S T E R 1

Modul Sirah Nabawiyah

Teks Rekomendasi Kitab Pengetahuan Islam Men 3 oleh Pergas & MUIS

Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang kepentingan


pengetahuan Sirah Nabawiyyah dalam memahami Islam. Ia
membincangkan tentang hal keadaan masyarakat dunia
secara amnya dan masyarakat Arab jahiliyah secara khusus
sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w sehingga kewafatannya.
Selanjutnya ia akan menyentuh tentang permulaan hijrah, hal
masyarakat di Madinah dunia secara amnya, keadaan selepas
hijrah, peperangan dalam sejarah Rasulullah s.a.w menurut
susunan kronologi. Ia juga menerangkan tentang zaman
pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, seterusnya menyentuh
peristiwa-peristiwa dalam sejarah sahabat Rasulullah. Kemudian
ianya akan mencakupi penerangan mengenai pemerintahan
selepas itu iaitu Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Tajuk yang
akan disentuh adalah pembentukan, kegemilangan dan
kejatuhan pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah. Di samping
itu, pelajaran ini juga dapat mengukuhkan hubungan pelajar
dengan sirah Rasulullah serta mencontohi akhlak mulia beliau
baginda.

S P I T R I M E S T E R 2

Modul Tajwid

Teks Rekomendasi Tajwid “Power” 1 & 2 oleh Ahmad Shamsuddin Bin Ahmad
Modul ini akan memperkenalkan kepada ilmu Tajwid Al-Quran
dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya yang
merangkumi hukum Nun Sakinah & Tanwin, Mim Sakinah,
Bahagian Idgham, Mad & Qasar, Huruf- Huruf di awal Surah,
Waqf & Ibtida’, Saktah, Sujud Tilawah, Hamzah Bersambung,
Rasm Utsmani & Tanda Bacaan gan pembacaan Al-Quran yang
meliputi hukum-hukum Tajwid pada peringkat permulaan.

28
S P I T R I M E S T E R 3
Modul Fiqh

Teks Rekomendasi Kitab Pengetahuan Islam Men 4 oleh Pergas & MUIS

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Fiqh dan juga dasar-
dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang
berkaitan bab Ibadat. Pengajian akan menyentuh hukum
berkaitan taharah, solat, zakat, puasa dan Haji. Secara umum,
kursus akan menyentuh mengenai hal dan keadaan kehidupan
harian seorang Muslim. Ia juga akan memperlihatkan
pelaksanaan hukum-hukam (Fiqh) secara praktikal. Pengajaran
Fiqh ini berdasarkan pegangan mazhab Imam Syafie.

Hafalan Surah Pelajar akan diuji tilawah dan hafalan pada trimester 1 dan 3:
Tahun 2

Trimester Surah Trimester Surah


Al- A’diyat Al-Lail
Al-Zalzalah As-Syams
Al-Bayyinah Al-Balad
Al-Qadar Al-Fajr
1 Al-Alaq 3
At-Tin
Al-Syarh
Ad-Dhuha

29

Anda mungkin juga menyukai