Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah
dan kurnianya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pengenalan kepada SeniBina Landskap
ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Encik Muhammad Zulhadi Bin Khamis selaku pensyarah
Diploma SeniBina Landskap yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta
berkongsi maklumat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Vokasional
(Pertanian) Teluk Intan atas kemudahan yang telah disediakan kepada para guru pelatih
seperti kemudahan pusat sumber dan Studio Casuarina bagi mendapatkan maklumat dengan
tugasan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dangan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi
maklumat dan tidak lokek(kedekut) dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang
sepanjang saya.
ABSTRAK

Landskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap individu. Ia membawa maksud
yang luas merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti
perladangan, perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan interaksi diantara
sumber semula jadi dengan keperluan manusia yang merangkumi usaha mengagumi
keindahan dan nilai estetik, seni bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.
(Jabatan Landskap Negara,2005).

Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan


desa.Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi sama ada di
bandar atau desa termasuk ciri-ciri semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung-
ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya.

Kebiasaan pengertian landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan landskap
kejur. Landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur tanaman sama ada pokok utama, pokok
renek, pokok jenis memanjat, pokok herba, atau jenis penutup bumi. Landskap kejur pula
meliputi unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki, tempat sampah, papan
tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan sebagainya.Yang terakhir adalah,ini melibatkan
interaksi antara manusia, alam dan Tuhan serta cara manusia mengolah alam selari dengan
keperluan dan kepentingan kehidupan dan gabungan kompleks ini dapat dilihat serta dihayati
melalui reka bentuk dan susun atur ruang landskap yang terdapat di Malaysia.
ISI KANDUNGAN
1 PENGHARGAAN
.
2 ISI KANDUNGAN
.
3 PENGENALAN
.
4
.
5
.
6
.
7 ABSTRAK
.
PENGENALAN
DEFINISI LANDSKAP

Secara Umum
Pemandangan di atas permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan
semula jadi atau hasil binaan.

Dari Sudut Seni bina


Senibina Landskap merupakan gabungan antara sains dan seni di dalam
menghasilkan suatu rekaan kreatif melalui dua komponen utama iaitu
landskap lembut (softscape) dan landskap kejur (hardscape).

KOMPONEN UTAMA DI DALAM LANDSKAP


Landskap Lembut (Softscape)
Merujuk kepada sumber alam semula jadi seperti topografi, air dan tanaman.
Landskap Kejur (Hardscape)
Merujuk kepada semua jenis struktur hasil binaan manusia seperti perabot
jalan, laluan pejalan kaki, wakaf, pancuran air, lampu taman, arca dan
sebagainya.
PENGENALAN LANDSKAP KEJUR

A.Landskap Kejur dikenali sebagai (Hardscape)


Landskap jenis in merupakan elemen tidak bergerak dibina oleh manusia dengan tujuan
tertentu dan bukan elemen tumbuhan dan bumi.

1. Aspek Kesesuaian :
Contoh: penggunaan tar atau bitumen sebagai lantai halaman taman dalam kawasan bercuaca
panas adalah pemilihan kurang tepat permukaan menjadi panas menyebabkan tidak ramai
pengquna menggunakan taman tersebut.

2. Aspek Keselamatan :
Bahan permukaan yang licin, tajam dan mudah berkarat mestilah dielakkan terutaman
penggunaan taman yang melibatkan kanak-kanak.

3. Aspek Penyelenggaraan :
Aspek ini penting untuk memanjangkan hayat jangka masa penggunaan dan kewujudan
sesuatu elemen. Elemen yang ditekankan haruslah dipilih bahan yang rendah
penyelenggaraan untuk menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan pembaziran.

B.Komponen Elemen Landskap Kejur

1.St.Michael Ipoh

Anda mungkin juga menyukai