Anda di halaman 1dari 3

Recreational Event Planning (MPU3512)

Nama Pelajar: Nur Ain Athirah Binti Gulamu

Nombor Matrik: MS221020000

Question: Whats are the challenges faced by you in terms of completing this
event throughout the semester?/Apakah cabaran yang anda hadapi dalam
menyiapkan acara ini sepanjang semester?

Aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti popular serta merupakan aktiviti tradisi


turun-temurun dalam kalangan masyarakat terdahulu mahupun kini. Amalan
gotong-royong lazimnya dibuat untuk membersihkan kawasan sekitar atau
kawasan majlis keramaian yang melibatkan penduduk komuniti setempat. Namun
dalam pascakemodenan ini, aktiviti gotong-royong semakin dilupakan oleh
masyarakat konvensional pada masa kini iaitu di mana pelbagai manfaat serta
kebaikan dalam melaksanakan aktiviti ini mampu diperoleh dengan mudah tetapi
telah menjadi kerugian yang percuma oleh segelintir masyarakat. Oleh hal yang
sedemikian, penting untuk kita mengenali dan menerapkan kelebihan yang
diperoleh dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong ini kepada masyarakat di
luar sana terutamanya generasi muda.

Justeru itu, saya dan ahli kumpulan telah menyuarakan kata sepakat untuk
bersetuju bagi menjalankan aktiviti gotong-royong di SMK Inanam yang
melibatkan 25 orang pelajar. Kami memilih untuk melaksanakan aktiviti ini di
kawasan sekolah adalah untuk memastikan para pelajar sentiasa peka pada
kebersihan diri serta persekitaran sekaligus menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri mereka. Bukan itu sahaja, aktiviti ini dapat membuka mata pelajar betapa
pentingnya menghargai keindahan alam dan sudah pastinya untuk mereka
mengaplikasikannya kepada masyarakat luar. Namun, bagi menjayakan aktviti ini
tidaklah begitu mudah melainkan dengan usaha dan kerjasama yang diberikan
dari setiap ahli kumpulan dan khususnya diri saya sendiri.

Antara cabaran yang saya hadapi semasa melaksanakan aktiviti ini


sepanjang semester adalah masalah dari segi tekanan atau 'stress'. Tidak
dinafikan lagi, dalam melaksanakan program ini sudah pastinya tekanan akan
dapat dirasakan. Tekanan yang dimaksudkan bukanlah tekanan kerana beratnya
tugasan yang diberikan ianya bermaksud tekanan dalam mendapatkan
sumbangan daripada pihak-pihak Yang Berhormat (YB). Hal ini kerana dalam
menjayakan program gotong-royong ini bukan sahaja tenaga yang diperlukan
malah wang yang mencukupi perlu dititikberatkan untuk memastikan program
yang dirancang berjalan dengan jayanya. Dalam masa 6 minggu, kami
bertungkus-lumus untuk mendapatkan sedikit sumbangan dan kami telah berjaya
mengumpul dana sumbangan untuk membantu sedikit-sebanyak dalam
melaksanakan program kami.

Selain itu, terdapat juga masalah teknikal yang berlaku semasa


program dijalankan iaitu keadaan suara pengerusi majlis agak tenggelam
sedikit dan aturcara majlis semasa perasmian program agak lambat sedikit
kerana kehadiran pihak center manager UNITAR yang agak sedikit lewat. Namun
hal sedemikian telah siap sedia dimaklumkan kepada guru dan para pelajar
kerana kelewatan itu terjadi akibat keadaan lebuh raya pada waktu pagi
mengalami kesesakan lalu lintas yang tidak dapat di elakkan. Begitu juga
mengenai hal teknikal pembesar suara namun perkara sedemikian telah dapat
diatasi dengan segera oleh kami khususnya para AJK Teknikal kumpulan.

Cabaran yang seterusnya adalah dari masa baju T-Shirt bagi kumpulan
kami siap diterima sebelum hari kejadian. Kami telah membuat tempahan baju T-
Shirt yang seragam berlogokan UNITAR untuk kami sarungkan ketika program
yang kami anjurkan dijalankan pada hari kejadian. Namun begitu, pihak printing
baju kami memaklumkan bahawa baju akan diterima dalam masa sedikit lewat.
Justeru itu, kami telah sedia maklum untuk sedia berkumpul pada hari program
dilaksanakan sebelum pukul 6.30 pagi untuk salin baju yang telah kami tempah
sebelum bergerak ke lokasi program. Dan pastinya setiap ahli kumpulan perlulah
bangun awal untuk bersiap dan gerak lebih awal untuk sampai ke UNITAR bagi
membuat persediaan diri.

Akhir sekali, cabaran yang dihadapi adalah dari segi kekangan masa yang
tidak sama bagi setiap ahli kumpulan untuk melakukan perjumpaan perbincangan
program yang dilangsungkan selama 2 hari. Pada hari pertemuan perbincangan
kehadiran setiap ahli kumpulan agak memberangsangkkan tetapi ada sesetengah
daripada ahli tidak dapat datang kerana masalah peribadi yang tidak dapat
dielakkan dan juga masalah kesihatan. Namun, setiap ahli kumpulan akan
sentiasa bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

Secara kesimpulannya, cabaran yang kami hadapi tidaklah begitu berat dan
membebankan. Segala jenis cabaran yang datang kami hadapi dengan gigih dan
bersatu hati bagi mengelakkan ketidaksefahaman serta ketidakpuasan hati antara
setiap ahli kumpulan. Dan sudah pastinya matlamat utama kami adalah
memastikan program yang kami rancang selama 7 minggu ini berjalan dengan
jayanya telah terlaksana dengan sangat baik.

Anda mungkin juga menyukai