Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/331167065

Kesan negatif teknologi

Technical Report · February 2019


DOI: 10.13140/RG.2.2.17035.54560

CITATIONS READS
0 63,913

1 author:

Nur Aisyah Kadir


Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Latihan Kemahiran Digital View project

Kesan negatif penggunaan teknologi dalam corak pekerjaan masa kini View project

All content following this page was uploaded by Nur Aisyah Kadir on 18 February 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGENALAN

Istilah hubungan industri digunakan secara umum di Britain dan Amerika Utara pada tahun

1920-an, dan istilah “Hubungan Industri” terdiri daripada dua istilah iaitu “Hubungan” dan

“Industri”. “Hubungan” bermaksud hubungan yang wujud dalam industri antara majikan dan

pekerja-pekerjanya dan “Industri” merujuk kepada apa-apa aktiviti produktif di mana

seseorang individu terlibat. Oleh itu, hubungan industri merujuk kepada hubungan antara

pekerja dan majikan dalam pengaturan organisasi dan persekitaran kerja. Konsep hubungan

industri pula memberi penjelasan bahawa hubungan antara pekerja dan pengurusan secara

tidak langsung adalah dari hubungan kesatuan sekerja.

Menurut J.T Dunlop, hubungan industri lebih kepada sejarah perkembangan kesatuan

sekerja yang menerangkan hubungan industri sebagai sistem yang kecil wujud ditengah-

tengah sistem yang besar iaitu masyarakat umum. Hubungan industri juga sering disamakan

dengan pembuatan, berbeza antara industri dan perkhidmatan. Secara umumnya, hubungan

industri merangkumi semua aspek yang bukan sahaja tertumpu krpada perkilangan semata-

mata bahkan kepada hubungan pekerjaan, pengurusan sumber manusia dan hubungan

kesatuan pengurusan.

Teknologi dalam Sesebuah Organisasi

Dunia kini sedang menuju alaf yang baru, dimana arus teknologi begitu canggih seiring

dengan revolusi 4.0. Banyak negara kini mengalihkan perhatiannya ke dalam bidang

teknologi dengan mengambil peluang untuk menjadikan industri teknologi sebagai enjin

pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Read Bain (1937) pula mendefinisikan teknologi

pada dasarnya mencakupi semua alatan dan mesin yang akan digunakan oleh manusia dalam

meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Secara umumnya, teknologi ditakrifkan


sebagai suatu aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta membantu

menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Revolusi industri generasi 4.0 tidak hanya menyediakan peluang, tetapi juga

mendapat tentangan bagi generasi kini. Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai

pemacu revolusi industri juga diikuti dengan implikasi lain seperti berlakunya pengurangan

tenaga kerja, pekerja terpaksa bekerja diluar waktu pejabat, penggunaan teknologi di tempat

kerja menelan kos yang banyak dan proses kerja menjadi lambat dan banyak kerja

terbengkalai. Seiring dengan pandangan Prof Schawab (2017) yang menjelaskan revolusi

industri 4.0 telah banyak mengubah hidup dan kerja manusia secara fundamental. Kemajuan

teknologi baru yang mengintegrasikan dunia fizik, digital dan biologi telah mempengaruhi

semua disiplin ilmu, ekonomi, industri dan pemerintah.


2.0 IMPAK NEGATIF PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM CORAK

PEKERJAAN MASA KINI

2.1 Pengurangan Tenaga Kerja dalam Sesebuah Organisasi

Seiring dengan revolusi industri 4.0 dimana titik bermulanya era baru dengan kemunculan

pelbagai teknologi canggih seperti supercomputer dan robot-robot pintar, kemunculan

teknologi canggih sebegini memperlihatkan keupayaan teknologi tanpa melibatkan manusia

secara langsung dalam sesuatu bidang atau tugasan. Perkembangan dan penggunaan

teknologi yang semakin mendapat tarikan dalam organisasi kerja pada hari ini sememangnya

membawa kepada kemajuan dan peningkatan produktiviti sesebuah organisasi. Namun,

perkembangan ini membawa kepada pengurangan tenaga kerja buruh atau kakitangan awam

mahupun swasta dalam sesebuah organisasi.

Perkembangan teknologi dengan kewujudan pelbagai mesin yang canggih dan robot-

robot automasi mampu menyelesaikan pelbagai jenis pekerjaan dalam tempoh masa yang

singkat tanpa bantuan atau pengendalian daripada ramai pekerja. Mesin-mesin dan robot

pintar ini mendominasi bidang pekerjaan yang sepatutnya dilakukan oleh manusia, namun

disebabkan perkembangan pesat dalam bidang teknologi, ramai pekerja berhadapan dengan

pembuangan dan pengurangan tenaga kerja disetiap jabatan dan organisasi. Pengarah

Eksekutif Persatuan Majikan, Datuk Syamsudin Bardan menyatakan bahawasanya terdapat

sektor pekerjaan yang berisiko tinggi untuk mengalami pengurangan tenaga kerja atau

kakitangan disebabkan oleh perkembangan dan kecenderungan penggunaan teknologi yang

serba canggih dalam sesebuah organisasi.

Perubahan yang sangat ketara berlaku kepada corak pekerjaan masa kini disebabkan

oleh perkembangan teknologi adalah banyak pekerjaan pada masa dahulu wujud kini

dihapuskan. Sebagai contoh, pekerjaan jurutaip pada masa dahulu yang dilakukan oleh tenaga

manusia kini pupus kerana kepesatan teknologi yang canggih digunakan dalam bidang
pekerjaan masa kini. Selain itu, pekerja di kaunter-kaunter seperti bank atau mana-mana

organisasi lain turut dikurangkan dengan wujudnya sistem atas talian dan mesin juruwang

automatik (ATM dan deposit).

Warga kerja dunia dianggarkan akan menghadapi kehilangan lebih kurang 5 juta

pekerjaan menjelang tahun 2020. Hal ini membawa kepada nasib pekerja tempatan yang

tidak lagi menjadi tumpuan kepada ekonomi kerana pekerjaan mereka digantikan dengan

robot dan teknologi lain. Perkara sebegini secara tidak langsung akan membasmi pekerjaan

dan mengundurkan pekerja tempatan kerana berdepan dengan kesulitan untuk mendapatkan

pekerjaan yang mana pihak atasan hanya merekrut dan mengambil pekerja berdasarkan tahap

pengetahuan mereka dalam pengendalian mesin-mesin baru yang digunapakai dalam

organisasi.

Graduan-graduan baharu juga tidak diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan

dalam pengendalian mesin kerana dikatakan tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran

dalam mengendalikan mesin dan teknologi. Hal ini sekaligus membawa kepada peningkatan

peratusan pengangguran dalam negara kepada peratus yang lebih tinggi.

2.2 Pekerja Terpaksa Bekerja Diluar Waktu Pejabat

Kemunculan teknologi telah memberi sedikit sebanyak kesan terhadap masyarakat kini

dimana ia dijadikan medan utama pembanguan negara Malaysia. Namun jika di teliti secara

lebih mendalam, penggunaan teknologi terselit suatu kesan negatif yang jarang sekali

difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari iaitu ruang masa pekerja telah terjejas kerana

pekerja terpaksa bekerja diluar waktu pejabat. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh

Wiliam Belk terdapat 58 % daripada penggiat teratas mahu lebih banyak privasi dan 54%

ruang semasa mereka mempunyai banyak ganggu. Sebelum adanya teknologi, pekerja hanya
perlu bekerja sampai petang sahaja. Namun, selepas munculnya teknologi menyebabkan

pekerja perlu bekerja lebih masa jika secara tiba-tiba mendapat tugasan daripada majikan.

Hal ini dapat menimbulkan ketidakpuashatian pekerja terhadap majikan tersebut sehingga

boleh menimbulkan konflik yang lebih besar.

Selain itu, kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin

canggih di mana pekerja menerima mesej dan arahan melalui rangkaian media sosial seperti

email dan aplikasi media sosial seperti Whatsapp yang boleh diakses melalui telefon mudah

alih (Derks et al. 2016) meningkatkan lagi konflik kerja dan keluarga . Kadang kala, ada juga

majikan menghantar pesanan menggunakan aplikasi media sosial bertanyakan mengenai

kerja, sedangkan ketika itu pekerja sedang bercuti atau meluangkan masa dengan keluarga.

Ini akan mengakibatkan konflik peranan, konflik masa dan konflik tekanan. Walaupun berada

di rumah, peranan sebagai pekerja masih dituntut dan pekerja perlu menyelesaikan tugasan

yang diberikan sama ada berbentuk segera atau tidak segera. Secara tidak langsung masa

yang sepatutnya diperuntukkan kepada keluarga telah berkurangan yang mana perhatian

terhadap keluarga telah terabai. Keadaan ini mempengaruhi emosi pekerja dan

mengakibatkan ketegangan dalam keluarga. Pekerja tidak dapat memfokuskan peranan

mereka dalam keluarga, keadaan ini akhirnya menimbulkan tekanan bukan sahaja terhadap

pekerja itu sendiri malah akan melibatkan ahli keluarga mereka. Menurut Jan Lehman, iaitu

Presiden Produktiviti CTC juga turut menyatakan bahawa hampir semua orang memerlukan

masa yang tenang fokus dari orang lain. Secara tidak langsung hal ini membuktikan bahawa

kebanyakkan daripada pekerja menginginkan masa yang ada digunakan untuk bersama-sama

dengan keluarga, lebih-lebih lagi pekerja sebagai Wakil Perkidmatan Pelanggan.

Disamping itu, pekerja yang terpaksa bekerja diluar waktu pejabat juga akan

mengalami masalah seperti tidak mendapat bayaran atas kerja yang telah dilakukan.

Meskipun terdapat undang-undang yang menerangkan hak-hak pekerja, namun masih ada
juga majikan yang kurang mengambil berat terhadap upah pekerja. Jumlah masa kerja yang

dibenarkan dalam sehari adalah 8 jam sahaja atau 48 jam seminggu. Jika majikan meminta

pekerja bekerja melebihi tempoh itu, maka kerja lebih masa perlu dibayar pada kadar yang

lebih tinggi yang ditetapkan oleh Akta/Ordinan. Namun terdapat segelintir majikan yang

tidak memberikan upah yang sewajarnya terhadap pekerja kerana menganggap pekerjaan

yang dilakukan oleh pekerja tersebut adalah disebabkan dasar pertolongan seseorang insan

semata-mata. Justifikasinya, jelaslah bahawa penggunaan teknologi pada masa kini mampu

memberikan kesan negatif kepada corak pekerjaan masa kini dimana pekerja terpaksa bekerja

di luar waktu pejabat.

2.3 Penggunaan Teknologi di Tempat Kerja Menelan Kos Yang Banyak

Teknologi sentiasa berkembang mengikut peredaran masa, ini menyebabkan teknologi

memerlukan penambahbaikan berterusan dan ini akan menelan belanja yang besar. Setiap

pembaharuan yang berlaku haruslah dimaklumkan kepada pekerja iaitu melalui kursus,

bengkel atau latihan. Oleh itu, perkara ini akan mengambil masa yang lama. Sepanjang

proses ini berjalan produktiviti syarikat akan menurun kerana pekerja perlu masa untuk

beradaptasi dengan sistem yang baharu diperkenalkan (Belcher, 2010).

Tambahan pula, syarikat terpaksa menanggung kos perisian, perkhidmatan teknikal

dan pelaksanaan kursus yang membebankan. Setiap penambaikan teknologi yang dilakukan

juga akan menyebabkan motivasi pekerja menurun kerana mereka terpaksa berhadapan

dengan kesusahan untuk mempelajari aplikasi baharu dan mencapai piawaian baharu. Setelah

naik taraf sistem selesai yuran penyelenggaraan berterusan terpaksa ditanggung oleh syarikat.

Selain itu, penjimatan kos juga tidak akan berlaku sekiranya pekerja menggunakan

kemudahan mesin, komputer, internet secara berleluasa. Contohnya penggunaan komputer


dan internet digunakan terlalu lama sehingga meningkatkan bayaran bil elektrik selain harus

membayar kemudahan internet yang digunakan. Pembelian mesin dan teknologi-teknologi

lain turut menelan kos yang besar sehingga syarikat harus membuat pembayaran secara

ansuran selama beberapa tahun bagi melunaskan pembayaran keseluruhan kos.

2.4 Proses Kerja Menjadi Lambat dan Banyak Kerja Terbengkalai

Perkara ini terjadi kerana kebergantungan sepenuhnya kepada teknolgi dalam proses kerja.

Menurut David Rotman, 2013 dalam artikelnya yang bertajuk “Bagaimanakah teknologi

memusnahkan pekerjaan” mengatakan bahawa teknologi komputer sedang mengubah jenis

pekerjaan. Sejak tahun 1980-an, beliau berkata, komputer semakin banyak mengambil alih

tugas seperti kerja pembukuan, kerja perkeranian, dan pekerjaan pengeluaran berulang dalam

pembuatan. Beliau juga berpendapat sejak Revolusi Perindustrian bermula pada tahun 1700-

an, penambahbaikan dalam teknologi telah mengubah corak pekerjaan dan memusnahkan

beberapa jenis pekerjaan.

Pada masa kini, teknologi seperti internet ataupun sistem yang diwujudkan dalam

pekerjaan akan diakses secara serentak oleh puluhan atau ratusan pekerja syarikat tersebut.

Hal ini akan menyebabkan sistem tersebut menjadi lambat atau tergendala. Lebih teruk lagi

banyak data yang di muat turun dalam sistem tersebut boleh hilang disebabkan masalah ini.

Masalah ini akan menyebabkan proses kerja menjadi lambat dan banyak kerja terbengkalai.

Kesannya, kepada corak pekerjaan ialah maklumat lambat diproses contohnya, laman

e-dagang yang memproses pesanan daripada pelanggan akan berhadapan dengan aduan dari

pelanggan apabila pesanan mereka lambat diproses dan mungkin ada juga pelanggan yang

akan membatalkan pesanan mereka dan hilang kepercayaan terhadap syarikat tersebut.

Justeru itu perkara ini akan menjejaskan produktiviti syarikat. Kesannya kepada kerja-kerja
perkeranian pula adalah mereka terpaksa kerja lebih masa untuk menghantar laporan penting

yang diperlukan dengan kadar segera.


3.0 KESIMPULAN

Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang besar dalam kehidupan

masyarakat termasuklah corak pekerjaan pada masa kini. Impak ini dapat kita semua rasakan

apabila corak pekerjaan yang sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat kini berubah

sedikit-demi sedikit seiring dengan perkembangan teknologi dan kita juga terpaksa

berhadapan dengan pelbagai impak negatif disebabkan fenomena ini. Menurut Jack Ma

seorang jutawan yang merupakan pemilik kepada Alibaba Trading iaitu laman e-dagang

terbesar di China menyatakan bahawa “Mesin hanya perlu melakukan apa yang tidak boleh

dilakukan oleh seorang manusia,” katanya. Hanya dengan cara ini kita mempunyai peluang

untuk menjadikan mesin sebagai rakan yang bekerja dengan manusia, daripada menjadi

pengganti kepada manusia. Semoga kemajuan teknologi di masa akan datang dapat

membawa banyak kebaikan khususnya dalam sektor pekerjaan agar kesan-kesan negatif

penggunaan teknologi dalam sektor pekerjaan dapat diminimumkan.


RUJUKAN

“Arahan Kerja Luar Waktu Pejabat bebankan pekerja” dlm.

https://www.ismaweb.net/2017/12/12/arahan-kerja-luar-waktu-pejabat-bebankan-

pekerja/. Retrieved 20 Oktober 2018

Aziz, Z. (2017). Jack Ma meramal kesan negatif teknologi terhadap peluang pekerjaan,

https://toodia.my/2017/05/07/25102/. Retrieved 21 October 2018

Belcher, L. M. (2010). Advantages and Disadvantages of Technology Advances. Small

Business. Demand Media, 23.

Berita Harian. 2017. Mempertingkatkan Kecekapan Sektor Awam. 21 Februari: 10

Derks, D., Bakker, A., Peters, P. and Wingerden, P. (2016). Work-related Smartphone Use,

Work Family Conflict and Family Role Performance: The Role of Segmentation

Preference. Human Relation, 5:1045-1068

Ismail N. 2017. Hak-hak Anda Sebagai Pekerja di Malaysia,

https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/hak-hak-anda-sebagai-pekerja-di-

malaysia. Retrieved 20 Oktober 2018

Mohd Aizaini Maarof. (2004). Teknologi Maklumat Siri III: Multimedia, Keselamatan Data

dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perpustakaan Negara Malaysia: Economy

Express Printing & Graphics Sdn Bhd

Normazaini Saleh, Zuhana Zakaria, dan Sarifah Ismail. (2017). Komunikasi Merentas

Sempadan Kerja Melalui Teknologi dan Media Sosial: Kesan Terhadap Peningkatan

Konflik Kerja-Keluarga. Malaysian Journal of Information and Communication

Technology, 38:1027-7812

Rotman, D. (2013). How technology is destroying jobs. Technology Review, 16(4), 28-35.
View publication stats

William Belk. 2017. High Performance Employee (HPE), https://hackernoon.com/58-of-

high-performance-employees-say-they-need-more-quiet-work-spaces-4381241a6453.

Retrieved 21 Oktober 2018

Anda mungkin juga menyukai