Anda di halaman 1dari 19

Skrip Drama Pentas

MEDEA
“Aku Medea, perempuan malang dari Colchis”

Karya : Euripides

Arahan dan Olahan : Naque Ariffin


PROLOG

Masuk korus-korus dalam suasaan tegang untuk bertemu Medea.

Langit hitam, awan merah,

Langit hitam, awan merah,

Langit hitam, awan merah!

BABAK 1

Adegan 1

MEDEA

Aku Medea. Perempuan Malang dari Colchis!

Kalau mereka tidak pernah kesana dan kalau kapal Argo tidak terbang
melepasi gaham-gaham batu biru kelabu dan terus ke arah Colchis dengan
arahan Pelias untuk mengambil bulu biri-biri emas, tidaklah aku, Medea,
berlayar menuju kota berbenteng dengan penuh rasa cinta untuk Jason!

Tetapi sekarang, dunia menjadi musuhku bila Jason telah mengkhianati


aku dan anak-anaknya bila dia mengahwini Glauce anak perempuan Creon
atas nama perdamaian dengan Raja Corinth.

Tuhan, balasan apakah ini yang aku terima untuk kesetiaan ku terhadap
Jason?

Muncullah api dari langit! Tikamlah kepalaku! Apa gunanya aku hidup lagi?

Oh tuhan. Nampakah bagaimana aku dipergunakan oleh suamiku yang


keji? Aku ingin melihat Jason dan pengantinnya berkecai dalam istana yang
hancur!
Adegan 2

KORUS

Kasihan Medea! Dihina dan dimalu. Dia meracau, menyeru setiap sumpah
dan janji yang Jason berikan, dan menyeru tuhan sebagai saksi. Dari awal
dia dengar akan kejahatan Jason. Dia belum membuka matanya, atau
mengalih pipinya dari bumi yang keras: dan bila kawan-kawan memujuk
dia seperti batu atau ombak dilaut, kepada semua yang didengari- kecuali,
mungkin dia memusingkan kepalanya yang cantik, bercakap sendirian, dan
melaung kuat untuk ayahnya, tanah airnya dan tempat tinggalnya yang
dikhianati dan ditinggalkan, untuk kembali dengan lelaki ini, yang sekarang
menolaknya dan mencelanya.

MEDEA

Oh! Oh! Seksanya kecelakaan ini. Apa yang perlu aku lakukan. Lebih baik
mati!

KORUS II

Itu! Dengar sendiri. Medea meluahkan isi hatinya, meluahkan


kemarahannya. Cepat anak-anak, masuk ke dalam dan jangan sampai
kelihatan. Dan jangan pergi dekat dengannya, duduk jauh-jauh.
Perasaannya kejam,sifatnya merbahaya. Kehendaknya ganas dan
berlanjutan. Mari, sekarang masuk ke dalam.

MEDEA

Tidakah aku merana? Tidakah aku dipersoalkan? Tidak patutkah aku


menangis? Anak-anakku, ibumu dibenci, dan kamu disumpah. Maut akan
menjemputmu,binasa bersama ayah dan seluruh isi rumah mu.
Adegan 3

MEDEA

Aku Medea. Perempuan Malang dari Colchis!

Wanita-wanita Corinth, aku tak mahu engkau menyalahkan aku. Jadi aku
datang. Wahai kaum perempuan, tidak ada keadilan dimata dunia. Aku
terima tempatku, tetapi bencana yang menimpa tidak disangka. Ia
menghancurkan hatiku. Hidup tidak ada keseronokan lagi kawan. Biar aku
mati. Jason adalah nyawaku, dia tahu itu. Sekarang dia telah buktikan
dirinya adalah terjijik antara lelaki. Pastinya, antara makhluk yang
bernyawa, kita wanita yang paling celaka. Apabila, dengan jumlah wang
yang besar kita membeli suami, kita harus pula menerimanya sebagai
pemilik tubuh kita. Ini memburukan lagi kesalahan dengan kesalahan yang
lebih teruk. Kemudian persoalanya, adakah lelaki yang kita kahwini itu
baik atau jahat? Kalian semua punyai keluarga, kota, rumah dan
keseronokan hidupmu. Aku tidak punya apa-apa untuk aku palingkan
dalam kesukaran. Jadi, aku minta satu permintaan. Kalau aku dapat jalan
untuk membalas dendam atas Jason, jangan berkata apa-apa.

KORUS

Aku akan ikut seperti disuruh. Menghukum Jason adalah adil. Kami kaum
perempuan tidak hairan dengan perasaan kau. Tetapi apa yang kami
bimbangkan sekarang adalah, Creaon, Raja Corinth hampir kemari untuk
memberitahu keputusan terbaru.
Adegan 4

CREON

Medea, muka mu jelas terhampar api kemarahan menentang suamimu!


Aku perintahkan kau keluar dari Corint, ambil anak kau dan pergi dari sini.

MEDEA

Oh kejamnya dihujung hayatku yang terkutuk! Creon, aku bertanya: atas


kesalahan apa kau mengusir aku?

CREON

Aku tidak mahu lagi menyembunyikan kebenaran. Aku takut kau


mencederakan anak perempuanku, bakal pengantin Jason. Engkau seorang
yang pakar dalam seni sihir. Sekarang kau dihalang dari katil Jason dan itu
akan membuatkan kau marah. Aku mendapat tahu, enkau telah memberi
ancaman dendam keatas Jason dan pengantinnya dan aku ayah pengantin.
Medea, biar kita bermusuh sekarang daripada kemudian dibayar dengan
tangisan.

MEDEA

Jadi engkau takut Creon? Takutkan apa? Jangan bimbang Creon. Aku
tidak ada taraf. Mana mungkin seorang wanita menyakiti raja. Engkau
tidak bersalah, engkau telah memberi anakmu kepada lelaki pilihanmu.
Kahwinkan anak mu kepadanya dan selamat berjaya kepada kamu berdua.
Tapi Creon, benarkan aku tinggal di Corinth dan aku bersumpah mengalah
kepada kekuatan.

CREON

Perkataan mu lembut Medea tapi darahku beku memikirkan rancangan


yang ada di lubuk hatimu. Jadi, aku perintahkan kau keluar dan tidak
perlu berbahas lagi. Aku telah membuat keputusan, engkau musuhku. Tak
ada jalan lain untuk kau terus tinggal di kotaku.

MEDEA

Aku berlutut kepadamu, aku bermohon atas nama pengantin baru,


anakmu.

CREON

Kau merugikan kata-kata. Kau tak akan dapat menukar fikiranku.

MEDEA

Apa kau menepikan belas kasihan? Aku memohon Creon.

CREON

Aku terpaksa, aku lebih sayang keluargaku daripadamu. Apa kau masih
berdegil Medea?

MEDEA

Creon, untuk satu hari ini benarkan aku untuk tinggal menyelesaikan
rancangan selepas diusir, buat persediaan untuk anak-anakku, oleh kerana
ayah mereka sendiri tidak peduli untuk menolong. Kasihanlah, kau pun
seorang ayah. Kau patut rasa kasihan untuk mereka. Untuk diriku,
pembuangan tidak menjadi hal. Aku menangis untuk mereka. Nasib mereka
sukar.

CREON

Sifatku bukanlah zalim. Hatiku yang lembut selalu membelot aku dan aku
tahu kebodohan aku sekarang. Walaubagaimanapun, Medea, kau dapat apa
yang dikehendaki. Tetapi ambil amaran ini, kalau matahari besoknya
mendapati kau masih dalam sempadanku, kau mati. Itulah perkataan
akhirku. Sekarang, tinggal disini kalau terpaksa, satu hari ini. Takkan kau
dapat dalam satu hari mencapai apa yang aku takuti.
Adegan 5

MEDEA

Aku Medea. Perempuan Malang dari Colchis!

Aku Medea, berkebolehan dalam ilmu sihir, dan jatuh cinta dan
mengahwini Jason selepas membantu lelaki itu mendapatkan bulu birir-biri
emas, walaupun menerima tentangan daripada ayahku, dan sanggup
meninggalkan negaraku untuk hidup bahagia di Corinth sehingga
menimang dua cahaya mata. Inikah balasannya Jason?

Tempoh sehari ini akan aku gunakan untuk melaksanakan dendam


keramatku!

KORUS

Medea, kasihan Medea! Kesedihanmu menyentuh kalbu. Seorang


pengembara, dimana kau akan pergi? Dirumah mana dapat sambutan?
Ditanah mana dapat perlindungan? Bagaimana ganas dengan bahaya?
Lautan mana Tuhan telah tentukan?

MEDEA

Dalam keperitan dan kesakitan, mereka akan kesal dengan perkahwinan


ini. Kesal kerana membuang aku. Ke sini! Rancanglah Medea, rancangkan
dengan kepakaranmu. Kita dilahirkan wanita, tak berguna untuk tujuan
jujur, tetapi pakar dalam semua jenis kejahatan.

KORUS 1

Arus sungai mengalir ke atas bukit. Tradisi, arahan, semua telah tunggang
terbalik. Penipuan adalah alat orang lelaki sekarang. Sumpah lelaki
mengaibkan Tuhan. Masanya sudah tiba kaum wanita dihormati. Penyajak
zaman dahulu dengan balada-balada tentang wanita yang tak beriman,
akan menjadi kuno. Jadi kau Medea, dilamun cinta, belayar dari rumah
ayahmu, melalui gaham-gaham batu lautan timur dan disini, hidup dalam
negeri aneh bagimu. Perkahwinan hilang, berseorangan dikatil.
Kau dihalau ke luar sempadan. Orang terbuang tanpa rayuan. Dimanakah
kau pergi untuk perlindungan? Pintu rumah ayahmu ditutup buatmu.
Orang lain pemilik katil suamimu. Permaisuri baru memerintah di
rumahmu.

MEDEA

Oh! Aku ada banyak jalan mati untuk mereka. Yang mana satu mahu ku
pilih? Membakar bilik pengantin dan istana itu? Masuk ke bilik dan
membenamkan pisau di dada mereka? Boleh, tapi aku tidak mahu ketika
aku melakukannya aku akan tertangkap lalu mati, nanti ketawa besarlah
musuh-musuhku! Jadi? Ya! Racun... Racunlah pembunuh terbaik dan
sangat ku sukai. Membunuh dengan racun! Nanti! Katakan mereka mati?
Dimana akan ku lari? Siapa yang akan melindungi ku? Ah, sama ada
dilindungi atau tidak, aku akan jalankan juga rancangan ini dengan bijak
dan senyap. Kalau nasib tidak menyebelahi aku, aku sendiri akan
membunuh mereka berdua walaupun aku harus mati.

Bertindaklah Medea! Mereka akan menyesal perkahwinan ini, mereka akan


menyesal kerana menyeksa aku! Rancanglah Medea, rancanglah dengan
kepakaranmu. Ayah adalah seorang raja, kau tidak boleh dihina oleh Jason
dan puterinya. Kau tahu apa yang mesti kau lakukan!

(Medea melakukan upacara pemujaan membuat racun. Tidak lama


kemudian Jason sampai)

Babak 2

Adegan 1

MEDEA

Jason, kau telah mengemukakan permasalahan kau dengan meyakinkan.


Tetapi, pada fikiranku, sungguhpun kau akan terkejut mendengarnya,
engkau berlaku salah dalam meniggalkan isterimu. Memang aku berbeza
dari orang dalam banyak cara. Untukku, lelaki jahat yang juga fasih
bercakap adalah yang paling bersalah. Dia boleh memotong leher. Berani!
Kerana dia tahu dia boleh menghiaskan pembunuhan dengan kata-kata
indah. Dia bukan cerdik rupanya. Berani bermuka-muka denganku dengan
kesombongan! Satu patah boleh mematahkanmu! Kalau kau jujur, kau
sepatut memujukku dahulu, bukan berkahwin dibelakangku.
JASON

Tak ragu-ragu lagi, kalau aku sebutkan, kau akan memahami. Sampai
sekarang kau tak cuba menenangkan kemarahanmu.

MEDEA

Itu bukan pokonya. Tetapi kau dah tua, dan seorang isteri dari Asia dan
tidak lagi dihormati.

JASON

Faham ini. Bukan untuk sebarang wanita yang aku berkahwin lagi. Tetapi,
seperti aku katakan tadi, untuk menentukan masa hadapan engkau dan
untuk memberi anak-anak kita adik-beradik berdarah raja, dan binakan
jaminan hidup untuk semua.

MEDEA

Aku benci kemewahanmu, masa depanmu, aku tak mahu, tak mahu
jaminanmu. Ia menyakitkan hatiku.

JASON

Engkau akan menukar fikiranmu dan jadi lebih waras. Engkau akan
hentikan fikiran yang baik adalah buruk, dan berlagak seperti orang
malang sedangkan hakikatnya engkau bertuah.

MEDEA

Teruskan sindir aku. Kau ada bumbung atas kepalamu. Aku keseorangan,
orang terbuang.

JASON

Itu pilihanmu sendiri. Jangan salahkan orang lain.


MEDEA

Pilihanku? Apa yang telah aku lakukan? Akukah yang memperisterikan kau
kemudian meninggalkan kau?

JASON

Engkau yang menurunkan sumpah-sumpah keji atas raja dan rumahnya.

MEDEA

Ya. Atas rumah kau juga, nasib menghantarkan sumpah.

JASON

Aku tak mau bincangkan lagi. Kalau ada sesuatu aku boleh berikan untuk
keperluan-keperluanmu, katakan, aku sedia memberi apa-apa yang kau
mahu, atau hantar surat-surat untuk mengenalkan dirimu, kepada kawan-
kawan yang boleh membantu. Dengar. Jangan tolak. Banyak manfaatnya,
kalau kau lupakan kemarahanmu.

MEDEA

Tidak ada apa yang boleh memujukku bersepakat dengan kawan-kawanmu.


Atau terima hadiah-hadiah darimu. Jadi tak payahlah. Hadiah dari seorang
pengkhianat tidak membawa tuah.

JASON

Tak apa. Aku menyeru Tuhan untuk menyaksikan yang aku telah mencuba
menolong kau dan anak-anak. Engkau tidak bertindak kepada kebaikan.
Tawaran baik kau dengan degil menolak. Buruklah padahnya.
MEDEA

Pergi! Engkau telah terlalu lama disini. Engkau dinodai rindu untuk
pengantin baru mu. Pergi, berseronok dengannya!

ADEGAN 2

MEDEA

Aegus, suamiku lah yang paling jahat. Jason telah mengkhianati aku,
sungguhpun aku tak pernah buat salah. Dia telah mengambil isteri lain dan
membuatnya puan dirumahku. Dahulu dia cintakan aku, sekarang aku
disingkir. Dia jatuh cinta dengan raja dan kuasa. Tamatlah sudah
segalanya! Lebih-lebih lagi, aku dibuang negeri. Creon, Raja Corinth
mengusir aku dari Corinth ini. Aegus, aku merayu kepadamu, merayu!
Meminta belas kasihan atas kecelakaanku. Terimalah aku di Athens,
sambutlah aku dirumahmu.

AEGUS

Medea sahabatku... Sebaik sahaja kau sampai di Athens aku akan tunaikan
janji dan lindungi kau. Aku bersumpah atas nama bumi dibawah kakimu,
atas nama matahari diatas langit dan nama Tuhan untuk tidak
menyerahkanmu kepada musuh-musuhmu. Aku bersumpah.

MEDEA

Semoga sejahtera Aegus!

ADEGAN 3
KORUS

Oh, dasyat! Bencana yang dasyat akan menimpa!

KORUS II

Apa yang telah terjadi?

KORUS III

Medea telah bertemu dengan seorang sahabatnya yang bernama Aegus!

Aegus kini bersetuju untuk melindungi Medea jika dia di buang negeri.

KORUS II

Bukankan itu berita baik yang kita ingin dengar?

KORUS III

Tidak! Tidak! Pertolongan Aegus adalah sinar kecelakaan. Medea telah


menghantar seorang hamba berjumpa Jeson di istana, merayu supaya
anak-anaknya dibenarkan tinggal di sini. Jason lembut hati dan bersetuju.
Sebagai balasannya, Medea menyeru kedua-dua anak malang itu
menghantar hadiah buat si puteri pengantin baru iaitu Glause sehelai baju
yang di tenun lembut dan sebiji mahkota emas.

KORUS I

Bukan itu perkara baik?

KORUS III

Dengarkan kata ku ini! Sesiapa yang memakai baju dan mahkota itu akan
mati, di situ telah diletakan racun yang berbisa.

KORUS II

Ya Tuhan! Bagaimana anak-anak itu nanti?


KORUS III

Medea akan membunuh mereka! Oh Tuhan, Medea akan membunuh anak-


anaknya...

(Kedengaran ketawa Medea begitu gila sekali dan Medea keluar dalam
keadaan tidak siuman)

MEDEA

Dengar kawan-kawanku! Seorang utusan telah datang membawa khabar


gembira kepadaku!

KORUS III

Khabar apa Medea?

MEDEA

Ketika kedua-dua anak itu berpegang tangan masuk ke istana, tempat


perkhahwinan ayah mereka dilangsungkan, semua orang rasa gembira.
Semua orang melayan mereka dengan baik mencium mereka. Mereka juga
sebenarnya tidak bersetuju akan perkhahwinan itu tetapi mereka hanyalah
hamba, tiada daya bersuara. Mereka membawa anak-anak malang bersama
hadiah itu menghampiri puteri, tetapi puteri memalingkan muka.

Jason lalu datang memujuk kekasih hatinya dan berkata, “Jangan


bermusuh dengan mereka. Orang yang suamimu sayang kau juga mesti
sayang. Sekarang ambillah hadiah ini dan minta ayahmu batalkan
pembuangan anak-anak ini”. Demi terpandang hadiah cantik itu dia
terpikat dan bersetuju dengan permintaan Jason. Dengan pantas,
hinggakan belum sempat anak-anak itu keluar istana, dia memakai gaun
bersulam itu. Mahkota emas diletakkan diatas kepala. Dia tersenyum
dihadapan cermin, melangkah ke sana ke mari menggayakan bajunya.

Tapi tiba-tiba, kami melihat sesuatu yang menakutkan. Badannya berubah


warna, dia terhuyung-hayang, seluruh badannya menggigil. Dia rebah di
atas kerusi. Buih-buih putih keluar dari bibir puteri ini. Anak matanya
terpintal masuk ke dalam, darah dihisap dari kulitnya. Semua orang
meraung kecemasan, istana huru-hara. Orang berlari ke sana-sini, dan
jeritannya sungguh mengerikan, kasihan! Dua seksaan atas dirinya,
mahkota emas dikepalanya marak terbakar menyala, dan baju cantik itu
memakan isi badannya. Dia melompat ke sana ke mari, apipun ikut
melompat kesana ke mari. Dia cuba menjatuhkan mahkota dari kepala,
menanggalkan gaun daripada tubuhnya, akhirnya dia tewas, kesakitan,
jatuh ke lantai, mukanya, matanya bertukar bentuk. Dari kepalanya
meleleh darah bercampur api, isi badannya diserang ketajaman racun, cair
dari tulang putih, seperti titik getah. Pandangan yang mengerikan. Raja
Creon masuk ke dalam bilik, kasihan, dia meraung, mencium dan memeluk
puterinya! Dia menjerit, “Puteriku sayang, iblis apakah yang memusnahkan
nyawamu? Siapa yang merampas puteriku? Biar aku mati bersama kau”.
Apabila dia cuba mengangkat puterinya, rupanya badannya terlekat kuat
pada baju anaknya. Satu lagi pergelutan ngeri, dia mengangkat lututnya,
tapi isi terkoyak dari tulang. Lemah dalam kesakitan, dia menyerah, dan
mati bersama puterinya. Kebahagian bukan hak manusia, kesenangan
mungkin datang sekarang untuk seseorang dan seseorang yang lain.
Apabila kekayaan meningkat, kebahagian tidak sekali.

Lihat semua! Musuh-musuhku telah mati! Sekarang aku akan bunuh anak-
anakku sebelum lari dari Corinth ini. Lebih baik begitu daripada orang lain
yang membunuh mereka. Mereka mesti mati. Akulah yang melahirkan
mereka dan akulah yang akan membunuh mereka.

Lupakan anak-anakmu Medea, buangkan rasa cinta dan sayangmu pada


mereka. Aku membunuh mereka kerana aku menyintai mereka. Hidup ini
telah berlaku kejam kepadaku.

(Medea masuk kedalam. Bunyi riuh dari dalam dengan tangisan anak-anak)

KORUS III

Medea! Jangan Medea! Hentikan! Tolong, hentikan Medea! Ya Tuhan! Anak-


anak itu tidak berdosa. Buangkan iblis yang penuh dendam dari dalam
hatimu Medea!

(Jeritan kanak-kanak semakin kuat)

KORUS I

Medea! Jangan merampas nyawa anakmu sendiri Medea! Kasihan mereka.

KORUS II
Buka pintu Medea! Biar aku selamatkan nyawa anak-anakmu. Jangan
bunuh mereka!

(Ketika ini Jason sampai)

JASON

Medea! Mana Medea! Wanita Celaka! Membunuh Raja dan puterinya! Dia
ingat dia boleh terlepas. Keluarga Creon akan membunuhnya. Mana anak-
anakku? Aku mahu selamatkan anak-anakku daripada dijadikan mangsa
pembalasan dendam keluarga diraja.

KORUS III

Jason, bencana dasyat memusnahkan keluargamu.

JASON

Kenapa? Medea mahu membunuh aku juga?

KORUS III

Anak-anakmu telah mati. Medea telah membunuh mereka.

JASON

Apa? Anak-anakku mati?

KORUS III

Kau masuklah Jason. Lihat mayat anak-anakmu di dalam.

JASON
Medea! Buka pintu. Aku mahukan anak-anakku. Aku bunuh kau Medea!

(Medea keluar dengan memegang senjata dan seluruh badannya


berlumuran darah. Setiap kali Jason mahu mendekatinya Medea akan
mengacu senjata itu)

MEDEA

Jason! Kenapa baru sekarang kau mencari anak-anakmu yang telah aku
bunuh? Apa yang kau kecohkan di sini? Kalau ada perkara penting,
katakan sekarang. Aku haramkan kau menyentuh mayat mereka, sebentar
lagi perlindungan akan datang menyelamatkanku.

JASON

Wanita terkutuk! Dilaknat Tuhan! Kau sanggup membunuh anak-anakmu


sendiri. Kau musnahkan hidup aku. Kau tak layak hidup Medea. Semoga
Tuhan memusnahkan hidup kau! Ya sekarang aku sedar, ketika aku bawa
kau lari dari negeri tidak bertamadun itu pun kau telah membelot ayahmu,
membunuh abangmu dan mengkhianati negerimu. Aku menyesal kerana
berkahwin dengan kau binatang! Iblis, pembunuh!

MEDEA

Kalau boleh aku mahu menjawab semua penghinaan kau itu, tapi Tuhan
tahu jasaku padamu dan Tuhan juga tahu bagaimana pula kau membalas
jasaku itu. Kau silap kalau kau fikir dengan mudah kau boleh mendukan
aku, hidup dengan senang sambil mentertawakan aku. Puteri itu, dan
Creon pun silap juga apabila memilih kau sebagai ahli keluarga diraja dan
fikir boleh membuang aku dengan senang. Ohh! Sekarang aku binatang?
Berilah segala nama sesuka hatimu, aku puas!

JASON

Kau juga menderita syaitan! Kita sama-sama menanggung kemusnahan ini!

MEDEA
Benar, tapi aku sanggup menanggung kesakitan ini supaya dapat
merampas senyuman kau.

JASON

Ohh anak-anakku! Kejamnya ibumu!

MEDEA

Ohh anak-anaku! Khianatnya ayahmu yang telah mengambil nyawamu!

JASON

Bukan tanganku yang membunuh mereka

MEDEA

Memang bukan tanganmu, tapi penghinaanmu dan puterimu itu.

JASON

Jadi kau fikir alasan bahawa aku menduakanmu adalah alasan terbaik
untuk membunuh mereka?

MEDEA

Dan adakah kau fikir luka itu ringan kepada seorang wanita?

JASON

Ya! Kepada wanita yang baik tetapi pada kau seolah dunia telah kiamat.

MEDEA
Ah! Aku juga pandai menikam dan anak-anak kau sudah mati.

JASON

Mereka akan hidup dan menghantui kau dengan dendam.

MEDEA

Siapa yang memulakan pergaduhan ini? Tuhan tahu.

JASON

Ya. Tuhan tahu kehitaman hatimu!

MEDEA

Teruskan kata-katamu! Teruskan! Aku benci mendengarnya.

JASON

Seperti aku juga bencikan suaramu! Berikan anak-anakku untuk aku


kebumikan.

MEDEA

Jangan mimpi! Aku sendiri akan menguruskannya. Engkau akan mati


dalam keadaan yang malang juga.

JASON

Aku sumpah kau atas darah anak-anakku. Keadilan akan menghancurkan


dirimu.

MEDEA
Pulang! Isterimu menunggu untuk dikebumikan!

JASON

Tolong! Aku mahu menyentuh anak-anakku!

MEDEA

Sekarang kau sayangi mereka sedangkan baru tadi kau menghalaunya?


Tidak boleh!

JASON

Binatang! Demi Tuhan! Aku tidak membesarkan mereka untuk melihat


mereka mati, kau pembunuh!

KORUS

Banyak nasib yang Tuhan takdirkan. Banyak perkara yang Tuhan berikan
kejutan disaat akhir. Perkara yang kita fikir akan terjadi tidak terjadi, yang
tidak disangka tapi Tuhan mengkabulkannya dan begitulah akhirnya kisah
ini.

(Medea ketawa panjang)

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai