Anda di halaman 1dari 5

OEDIPUS

KARYA

SPHOKLES

ARAHAN

ANYBODY AND SOMEBODY


Tempat: Di Bilik Beradu

Masa : Malam

Adegan 1

Jocasta : Kenapa kita tidak menjaga sahaja anak kita ini, jika tidak membuangnya,
perkara seperti ini tidak akan berlaku. Oedipus, anakku dan suamiku, ini bukan salah
mu akan tetapi salah aku sendiri. Aku tak sanggup untuk menanggung dosa ini. Aku
rela mati daripada menghadap dosa ku atas semua yang berlaku ini.
Korus 1 : Kelahiran anak raja dan ratu Thebes
Kebahagiaan yang tidak diduga
Rupanya pembawa malang
Tapi disangka itu pengakhirannya
Korus 2 : Sang gembala diutus Sang Raja
Untuk mengakhiri hidup sang anak
Namun Sang Anak hanya dipaku
Maka diberilah nama Oedipus
Korus 3 : Oedipus putera Corinthus
Rahsia terpendam tidak diungkap
Perasaan ingin tahu menjadi permulaan
Maka terjadilah sebuah pembunuhan
Korus : Oedipus sang raja Thebes
Oedipus yang gagah perkasa.
Tetapi disebalik keagungannya
Kebenaran yang tidak terduga

Adegan 2
Oedipus : Teriasis, bagitahu aku apa yang kau tahu selama ini?
Korus 1 : Ayuhai paduka, berat rasanya menjelaskan rahsia, kelak buruk akibat
menimpa. Memang patik tahu segala cerita, tetapi bimbang tidak diterima dan
kedatanganku tidak berguna.
Oedipus : Tidak diterima? Hah, janganlah bimbang atau curiga.
Korus 2 : Tiada seorang pun di sini yang faham dan peduli. Bukannya tidak mahu
peduli dengan derita yang berat ini, anggalah ianya deritaku dan bukan derita Tuanku.
Oedipus : Apa kebenarannya? Dari mana maklumatnya? Ilmu marifat apa yang
engkau guna?
Korus 3 : Dengarlah Raja bistari. Tanpa disedari, paduka terlibat dengan dosa ini
melalui orang yang dicintai dan paling dekat di hati. Paduka bernoda tapi tidak
mengerti. Paduka berdosa tapi tidak menginsafi.
Oedipus : Hah, apa yang kau cakapkan tadi? Tolong ucapkan sekali lagi!
Korus : Padukalah si durjana. Paduka sendiri mencari derita!
Oedipus : Creon! Ini pasti Creon yang merancang semua ini! Berambuslah kau dari
sini.
Korus 1: Hamba akan pergi tapi dengarlah firasat hamba telebih dahulu.
Korus 2 : Dengarlah, Sang durjana pembunuh Raja Laius yang paduka cari berada di
sini.
Korus 3 : Dia adalah orang asing, tetapi akan terbukti bahawa dia putera Thebes
sejati.

Adegan 3
Jocasta : Kanda, kenapa kelihatan seperti pusang hati?
Oedipus : Kanda tengah runsing memikirkan tentang pencarian Kanda. Tambahan
pula, macam ada sesuatu yang ingin dirancang oleh terisias begitu juga dengan abang
dinda, Creon.
Jocasta : Kenapa kanda begitu, tidak pernah Creon ingin berbuat jahat dengan dinda.
Apakah bukti kanda berkata sedemikian? Kanda berhentilah pencarian ini. Lihatlah
diri kanda, seperti orang mati emak tidak terurus.
Oedipus : Dinda juga nak menjadi seperti mereka. Sampai hati dinda berkata sebegitu
rupa, harapkan pagar jaga padi, tetapi padi makan pagar
Jocasta : Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya. Perbuatan
kanda ini bukannya untuk semua orang akan tetapi ia hanya untuk memuaskan hati
kanda sahaja. Kanda harus berfikir lebih jauh lagi, dinda tidak mahu bencana bakal
melanda keluarga kita nanti.
Oedipus : Jangan halang kanda. Kanda tidak boleh biarkan perkara ini begitu sahaja.
Selagi kerajaan ini masih dilanda bencana, kanda perlu selamatkan rakyat kanda dan
keluarga kita. Lagipun, kanda sudah berjanji akan cari pembunuh Raja Laius itu dan
hukumnya segera.
Jocasta : Kekanda, usah pedulikan khabar berita, adinda mohon lupakanlah saja
segala cerita yang tidak berguna.
Oedipus : Kanda tidak akan berhenti disini, sebahagian sudah terbukti. Kanda mesti
tahu rahsia kelahiran sejati.
Jocasta : Demi Dewata, jangan! Kalau hidup mahu diteruskan lebih baik lupakan
kebenaran seksa rasanya hati di dalam jika dikenang kisah silam.
(Ada yang memanggil dari luar pentas)
Oedipus : Hei, jemputlah gembala itu segera, biarkan permaisuri membanggakan
kebangsawanannya.
Jocasta : Jangan! Jangan dipanggilkan gembala jika dipanggil juga celakalah
padahnya. (Keluar pentas)

Light Off
Adegan 4
(Kelihatan Jocasta dalam keadaan yang risau akan sesuatu)
Korus 1 : Penghancur kebahagiaan, kau sepatutnya bunuh sahaja anak itu dengan
tangan kau sendiri.
Korus 2 : Manusia terhina, kau kahwin dengan anak sendiri dan lahirkan cucu dari
anak sendiri.
Korus 3 : Pembawa malang, kalau kau halang Oedipus dari awal, semua ini tidak akan
berlaku.
Jocasta: Kenapa semua ini berlaku pada diriku, apakah salahku? Kenapa aku adalah
insan yang dipilih untuk melalui semua malapetaka ini? Oedipus adalah anak yang
aku lahirkan dan aku juga bersetuju untuk membuangnya. Dia juga menjadi suami ku
sendir sungguh kejam takdir ini. Mungkin inilah sebabnya aku dipilih kerana
perbuatan jahat aku sendiri, Wahai Raja Laius, suami ku. Kenapa kita tidak menjaga
sahaja anak kita ini, jika tidak membuangnya perkara seperti tidak akan
berlaku.Oedipus, anakku dan suamiku, ini bukan salah mu akan tetapi salah aku
sendiri. Aku tak sanggup untuk menanggung dosa ini. Aku rela mati daripada
menghadap dosa ku atas semua yang berlaku ini.
(Jocasta gantung diri, oedipus masuk)
Oedipus: Takdir ini memang kejam, kejam sehinggak menusuk tajam kejiwa ku.
Keluarga aku sendiri menjadi korban disebabkan kelahiran aku.Kenapa aku lahir
didunia ini jika aku hanyalah beban kepada ibu dan bapa aku.Aku tidak sanggup
melihat perbuatan keji ini lagi. Aku berjanji akan halau pelakunya dan buang
keindahan dunia ini dari mata ku.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai