Anda di halaman 1dari 6

Cemburu

Bukan kecantikan,
Bukan kepandaian,
Bukan kemanisan,
Bukan kekayaan,
Aku tidak iri dengan wanita yang mempunyai hal-hal ini.

Aku juga cantik,


Aku juga pandai,
Aku juga manis,
Aku juga kaya,
Tuhan berikan nikmat yang sama kepadaku,
Seperti yang diberikan kepada dia.

Yang aku irikan,


Imannya,
Ibadahnya,
Solatnya,
Hafalannya.
Aku dipandang masyarakat kerana cantik, pandai dan
kaya.
Dia dipandang tuhan kerana kuat, rajin dan sentiasa
mengingati-Nya.
R. I. A. K
Aku selalu baca Al-Quran,
Kau juga rajin membacanya.
Aku tunaikan solat sunat,
Kau juga mendirikannya.
Aku belajar ilmu agama,
Kau juga mendalaminya.
Aku sentiasa melafazkan zikir,
Kau juga mengungkapkannya.

Ada beza antara kita,


Aku yang lakukan semua itu secara terbuka,
Kau yang lakukan itu tanpa pengetahuan sesiapa.
Aku yang beribadah kerana inginkan nama,
Kau yang mendekatkan diri kepada-Nya kerana pahala.

Aku yang buat dengan penuh bongkak,


Kau yang buat dengan penuh tawaduk.
Bila aku akan menjadi seperti dirimu?
Sungguh aku ingin dekat dengan-Nya atas nama cinta.

R.I.A.K – Rasa Iri Akan Kau


Tamparan
Sungguh Dia ingin aku kembali.

Aku diberi rezeki,


Dipermudahkan urusan,
Diluaskan fikiran,
Dilapangkan hati,
Syukur.

Aku sudah lali,


Terbiasa dengan rezeki yang luas,
Hidup yang senang,
Fikiran yang lapang dan hati yang tenang,
Aku mula menjauh, bongkak dan lalai.

Lantas aku disedarkan,


Rasa tertampar dengan teguran tuhan,
Hati yang mati dikejutkan,
Mata yang terpejam dibuka.

Dia perlihatkan aku akan keimanan sahabatku,


Betapa hinanya aku disisi-Nya walau aku yang lebih
‘muslimah’ di mata hamba-Nya.
Beza
Dulu,
Aku bertudung labuh,
Engkau bertudung singkat.
Aku menyebarkan ilmu,
Engkau mengendahkannya.
Aku dikata muslimah,
Engkau dikata musibah.

Kini,
Kau yang bertutup sempurna,
Aku yang bertutup compang-camping.
Kau yang banyak mendalami ilmu agama,
Aku yang mula bergelumang dalam dosa.
Kau lebih mendekati-Nya,
Aku yang semakin jauh dari landasannya.

Sumpah, aku cemburu.


Tuhan, bawa aku kembali ke jalan-Mu.

Anda mungkin juga menyukai