Anda di halaman 1dari 104

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN BERKESAN DI TAPAK

BINA DARI PANDANGAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN


TAPAK

MAUREEN AMBROSE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : MAUREEN AMBROSE

Date of birth : 20TH SEPTEMBER 1987

Title : PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN BERKESAN DI TAPAK BINA


DARI PANDANGAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN TAPAK

Academic Session : 2009/2010

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret


Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the


organization where research was done)*

/ OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access


(full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.


2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

870920-49-6002 PROF. MADYA DR. ROSLAN BIN AMIRUDIN


(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

Date : Date :

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
i

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan”.

Tandatangan :
Nama Penyelia I : P. M. DR. ROSLAN BIN AMIRUDIN
Tarikh :

Tandatangan :
Nama Pembaca : P. M. WAN YUSOFF BIN WAN MAHMOOD
Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan.


i

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN BERKESAN DI TAPAK


BINA DARI PANDANGAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN
TAPAK

MAUREEN AMBROSE

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _________________________

Nama Penulis : MAUREEN AMBROSE

Tarikh : APRIL, 2010


iii

DEDICATION

My beloved mother…
Patronella Anap
iv

PENGHARGAAN

Ribuan Terima Kasih Kepada:

Penyelia Projek Sarjana Muda (PSM), Prof. Madya Dr. Roslan Bin Amirudin atas

segala tunjuk ajar dan panduan,

Rakan-rakan seperjuangan atas segala sokongon dan pendapat yang diberikan

sepanjang kajian ini dilakukan,

Ahli keluarga yang terus menyokong dan selalu berada disisi.


v

ABSTRAK

Industri pembinaan merupakan antara industri yang sangat penting dalam


mengerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana kepada perkembangan
ekonomi negara. Kerancakkan industri pembinaan ini dalam usaha meningkatkan
kepesatan ekonomi negara telah memberi kesan kepada aspek keselamatan dan
kesihatan di tapak bina. Pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina penting
dan perlu di pandang serius serta menjadi sebahagian daripada pengurusan suatu projek
pembinaan.Bagi mencapai sasaran sifar kematian di tapak pembinaan, lebih banyak
langkah pencegahan keselamatan dan kesihatan perlu dilakukan.Walaupun banyak
akta,undang-undang dan peraturan telah diperkenalkan oleh badan-badan yang
berkaitan,tetapi masih terdapat kemalangan berlaku di tapak bina. Kajian ini
dilaksanakan bagi memastikan suatu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
(SPKK) yang berkesan di tapak bina dilaksanakan. Oleh itu, bagi memastikan suatu
SPKK berkesan dilaksanakan di tapak bina,adalah penting untuk mengetahui apakah
masalah-masalah yang dihadapi oleh pegawai keselamatan dan kesihatan (PKK) tapak
.Objektif kedua pula adalah untuk mengenalpasti pendekatan yang sesuai untuk
mengatasi masalah-masalah ini. Seramai 30 responden telah dipilih melalui kaedah
persampelan bertujuan yang berada di tapak bina berjumlah RM20 juta dan ke atas.
Hasil kajian ini menunjukkan kurang komitmen pihak atasan dalam melaksanakan
SPKK di tapak bina dan kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam menjayakan
aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan merupakan masalah utama yang dihadapi
oleh PKK.Menekankan bahawa sokongan pihak atasan dalam melaksanakan SPKK
merupakan pendekatan yang sesuai untuk mangatasi masalah yang dihadapi oleh PKK.
vi

ABSTRACT

The construction industry is among industries that are important to boost the
development in Malaysia and become the main source for economic enhancement. The
rapid action and endeavor of the construction industry in order to enhance the economy
development has given an impact to the safety and health aspect at the construction site.
The management of safety and health at the construction site is important thus needed to
be taken seriously and to be count as one vital component in managing a particular
construction project. In order to attain zero death at the construction site, there would be
more prevention method of safety and health to be established. Though there are acts,
laws and rules have been made by the government and any other related organizations,
there are still many incidents and accidents happening at the construction site.
Therefore, this study has been carried out in order to ensure an effective management of
safety and health system is practiced at the construction site. By this, it is important to
know beforehand of the problems that are faced by the safety and health officers (SHO)
in order to implement the program at the worksite. The second objective is to identify
any suitable approach to overcome these problems. There are 30 respondent has been
assigned as this research sample by using purposive sampling method whom working at
construction site which running a project of RM20k and above. The research findings
show that the main problems that the SHO faced are the behavior of some superiority
that are not really committed in performing and implementing SPKK at the construction
site as well as the low rate of workers‟ involvement in any safety and health activities.
Therefore, the support from superiority in the implementation of SPKK is the most
suitable and effective approach to overcome the problems faced by the SHO.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Isu 2
1.3 Matlamat Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
viii

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 10
2.2 Kepentingan SPKK Dalam Industri Pembinaan 11
2.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh PKK Tapak 13
Dalam Melaksanakan SPKK Berkesan Di
Tapak Bina
2.3.1 Kurang penekanan mengenai kepentingan amalan 14
keselamatan dan kesihatan dalam merancang dan
menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina
2.3.2 Pengetahuan yang terhad mengenai undang-undang, 15
akta dan peraturan yang berkaitan dengan SPKK
di tapak bina seorang PKK tapak tidak jelas
2.3.3 Skop kerja seorang PKK tapak tidak jelas 17
2.3.4 Kurang komitmen pihak atasan dalam 19
melaksanakan SPKK di tapak bina
2.3.5 Sumber kewangan yang terhad untuk 21
melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan yang dirancang di tapak bina
2.3.6 Kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam 22
organisasi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan
di tapak bina
2.3.7 Menghadapi kesukaran dalam mengumpul, 23
menganalisi dan mentafsir data mengenai
laporan kemalangan yang berlaku di tapak
bina
2.3.8 Kemahiran berkomunikasi yang terhad 25
dalam memberi keterangan mengenai
perkara keselamatan dan kesihatan
kepada kumpulan individu yang
ix

terdiri daripada pelbagai profesion yang


berbeza di tapak bina
2.3.9 Kesukaran memastikan rancangan 27
keselamatan dan kesihatan disediakan
dan dilaksanakan dengan betul
2.4 Pendekatan Untuk Mengatasi Masalah Yang 28
Dihadapi Oleh PKK Dalam Melaksanakan SPKK
2.4.1 Memberi penekanan mengenai kepentingan 28
amalan keselamatan dan kesihatan dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti di tapak bina
untuk mengurangkan risiko berlakunya
kemalangan
2.4.2 Berusaha untuk mempelajari undang-undang, 29
akta dan peraturan yang berkaitan dengan SPKK
untuk melaksanakan spkk yang berkesan
2.4.3 Mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai 31
seorang PKK tapak
2.4.4 Menekankan bahawa sokongan pihak 32
atasan dalam melaksanakan SPKK adalah
penting
2.4.5 Memastikan peruntukan kewangan yang 34
mencukupi untuk melaksanakan program
pengurusan keselamatan dan kesihatan di
tapak bina menjadi sebahagian daripada
jumlah keseluruhan kos projek
2.4.6 Menglibatkan secara aktif semua pekerja 35
yang terlibat dalam projek pembinaan
dengan menubuhkan organisasi keselamatan
dan kesihatan di tapak bina
2.4.7 Memberi penekanan kepada pengumpulan, 36
analisis dan pentafsiran data keselamatan
x

dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek


keselamatan dan kesihatan
2.4.8 Menekankan kemahiran berkomunikasi yang 37
baik dalam memberi keterangan mengenai
perkara keselamatan dan kesihatan kepada
kumpulan individu yang terdiri daripada
pelbagai profesion yang berbeza di tapak bina
2.4.9 Memastikan setiap perancangan yang telah 40
dilakukan dalam melaksanakan SPKK telah
dilaksanakan dengan betul

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 42
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 43
3.3 Instrumen Kajian 43
3.4 Lokasi kajian 44
3.5 Sampel kajian 44
3.6 Analisis Data 45

BAB IV DATA ANALISIS

4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis ke atas data bahagian A borang 47
soal selidik iaitu maklumat responden
4.2.1 Nombor pendaftaran JKKP 47
4.3 Analisis ke atas data bahagian B borang soal 47
selidik iaitu masalah-masalah yang dihadapi
oleh PKK dalam melaksanakan SPKK yang
berkesan di tapak bina
xi

4.3.1 Masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK 47


tapak dalam melaksanakan SPKK yang
berkesan di tapak bina
4.3.1.1 Kurang penekanan mengenai kepentingan amalan 50
keselamatan dan kesihatan dalam merancang dan
menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina
4.3.1.2 Pengetahuan yang terhad mengenai 51
undang-undang, akta dan peraturan yang
berkaitan dengan SPKK
di tapak bina seorang PKK tapak tidak jelas
4.3.1.3 Skop kerja seorang PKK tapak tidak jelas 51
4.3.1.4 Kurang komitmen pihak atasan dalam 52
melaksanakan SPKK di tapak bina
4.3.1.5 Sumber kewangan yang terhad untuk 53
melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan yang dirancang di tapak bina
4.3.1.6 Kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam 54
organisasi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan
di tapak bina
4.3.1.7 Menghadapi kesukaran dalam mengumpul, 54
menganalisi dan mentafsir data mengenai
laporan kemalangan yang berlaku di tapak
bina
4.3.1.8 Kemahiran berkomunikasi yang terhad 55
dalam memberi keterangan mengenai
perkara keselamatan dan kesihatan
kepada kumpulan individu yang
4.3.1.9 Kesukaran memastikan rancangan 56
keselamatan dan kesihatan disediakan
dan dilaksanakan dengan betul
xii

4.4 Hasil analisis bahagian C borang soal selidik 59


pendekatan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh PKK tapak
dalam melaksanakan SPKK yang berkesan
di tapak bina
4.4.1 Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi 59
masalah yang dihadapi oleh PKK tapak
dalam melaksanakan SPKK yang berkesan
di tapak bina
4.4.1.1 Memberi penekanan mengenai kepentingan 61
amalan keselamatan dan kesihatan dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti di tapak bina
untuk mengurangkan risiko berlakunya
kemalangan
4.4.1.2 Berusaha untuk mempelajari undang-undang, 62
akta dan peraturan yang berkaitan dengan SPKK
untuk melaksanakan SPKK yang berkesan
4.4.1.3 Mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai 63
seorang PKK tapak
4.4.1.4 Menekankan bahawa sokongan pihak 63
atasan dalam melaksanakan SPKK adalah
penting
4.4.1.5 Memastikan peruntukan kewangan yang 64
mencukupi untuk melaksanakan program
pengurusan keselamatan dan kesihatan di
tapak bina menjadi sebahagian daripada
jumlah keseluruhan kos projek
4.4.1.6 Menglibatkan secara aktif semua pekerja 65
yang terlibat dalam projek pembinaan
dengan menubuhkan organisasi keselamatan
dan kesihatan di tapak bina
xiii

4.4.1.7 Memberi penekanan kepada pengumpulan, 65


analisis dan pentafsiran data keselamatan
dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek
keselamatan dan kesihatan
4.4.1.8 Menekankan kemahiran berkomunikasi yang 66
baik dalam memberi keterangan mengenai
perkara keselamatan dan kesihatan kepada
kumpulan individu yang terdiri daripada
pelbagai profesion yang berbeza di tapak bina
4.4.1.9 Memastikan setiap perancangan yang telah 66
dilakukan dalam melaksanakan SPKK telah
dilaksanakan dengan betul

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70
5.2 Kesimpulan Kajian 70
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa 72
penyelidikan dijalankan
5.4 Cadangan kajian lanjutan 73
5.5 Penutup 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN 80
xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

4.1 Skala Likert 48

4.2 Hasil analisis data bahagian B borang soal selidik 48


iaitu masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK
dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak
bina

4.3 Hasil min bagi bahagian B borang soal kaji selidik iaitu 57
masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK
dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak
bina
4.4 Skala Likert 59

4.5 Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang 59


dihadapi oleh pkk tapak dalam melaksanakan SPKK yang
berkesan di tapak bina

4.6 Hasil min bagi bahagian C borang soal kaji selidik iaitu
pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang 67
dihadapi oleh pkk tapak dalam melaksanakan SPKK yang
berkesan di tapak bina
xv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH PERKARA MUKA SURAT

3.1 Langkah Analisis SPSS 17.0 for windows 45

4.1 Masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK 57


dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak
bina

4.2 Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah 67


yang dihadapi oleh PKK tapak dalam melaksanakan
SPKK yang berkesan di tapak bina
xvi

LAMPIRAN

NO. PERKARA MUKA SURAT

1 Borang soal selidik 80


1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan merupakan suatu industri yang sangat penting dalam


menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan
ekonomi di negara ini. Selain itu, industri pembinaan yang giat berkembang ialah
penyumbang penting kepada kepesatan ekonomi negara, manakala kemerosotan industri
pembinaan merupakan gambaran yang paling jelas kepada krisis ekonomi negara.Ini
jelas menunjukkan industri pembinaan banyak didorong oleh kepesatan ekonomi
negara.
2

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) manganggarkan antara 1.9 hingga 2.3


juta pekerja di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun yang berpunca dari sebab-
sebab berkaitan perkerjaan. Dari jumlah ini, sebanyak 354,000 kematian adalah
berpunca dari kemalangan dan benua Asia mencatat peratusan paling tinggi iaitu 81.45
peratus atau 288,300 kematian.

Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Negara


(NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, jumlah kemalangan turun 31 peratus daripada 81,810
kes pada 2002 kepada 56,339 kes pada 2007 namun kadar ini masih tinggi berbanding
kemalangan yang berlaku di Negara maju seperti Sweden dan Norway yang hanya
merekodkan dua atau tiga kes setahun bagi setiap 1000 pekerja.

Berikutan kadar kemalangan yang berlaku dalam industri pembinaan


menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan suatu sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan (SPKK) yang berkesan di tapak bina bagi mengurangkan jumlah kemalangan
yang berlaku dalam industri pembinaan.

1.2 Penyataan Isu

Pengurusan SPKK dalam industri pembinaan adalah sangat penting untuk


memastikan program keselamatan dan kesihatan terhadap pekerja dilaksanakan untuk
mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di tapak bina. SPKK yang tidak
berkesan menyebabkan pekerja terdedah kepada keadaan kerja yang tidak selamat,
terdedah terhadap penyakit dan kecenderungan berlakunya kemalangan di tempat kerja
3

adalah tinggi. Keperluan SPKK berkesan penting kerana banyak insiden melibatkan
kematian berlaku di tapak bina.

Kementerian Sumber Manusia mengenal pasti punca berlakunya kes


kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kecuaian manusia serta ketiadaan
langkah keselamatan yang diamalkan telah meningkatkan jumlah kemalangan di tempat
kerja apabila sebanyak 67,000 kes dicatatkan tahun 2008. Timbalan Menteri Sumber
Manusia , Senator Datuk Maznah Mazlan menyatakan berdasarkan statistik daripada
Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), pekerja di sektor pembinaan
lebih berisiko mengalami kemalangan maut berbanding sektor lain yang hanya
membabitkan kehilangan keupayaan sementara atau secara kekal, contohnya dalam
sektor perkilangan serta pembuatan ketika mengendalikan peralatan kilang seperti
mesin kerja logam dan mesin kayu.

Dalam perkembangan industri pembinaan, program keselamatan dan kesihatan


di tapak bina tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan keadaan pembinaan
yang melibatkan aktiviti kompleks dan penglibatan individu daripada profesion yang
berbeza. Tambahan pula, aktiviti- aktiviti yang terlibat berisiko tinggi, contohnya kerja-
kerja pemasangan bumbung bangunan bagi bangunan bertingkat tinggi. Pengurusan
merupakan satu sistem yang mengatur komponen-komponen yang terlibat dalam
menyempurnakan satu atau lebih matlamat sesebuah organasasi. Sistem pengurusan ini
akan diguna pakai dalam memudahkan aliran maklumat, yang mana untuk
mengurangkan kerugian yang disebabkan oleh kemalangan dan kecederaan (Dennis,
1997). Pengurusan keselamatan dan kesihatan penting bagi mengurangkan kerugian
yang akan ditanggung oleh pihak kontraktor sekiranya berlakunya kecederaan dan
kemalangan di tapak bina. Selain itu, peranan pegawai keselamatan dan kesihatan
(PKK) di tapak bina yang bertanggungjawab dalam melaksanakan SPKK untuk
mengelakkan sebarang kerugian berlaku.
4

Sebagai contoh, kemalangan yang berlaku di tapak bina, yang mana melibatkan
kegagalan sebahagian pemasangan perancah jenis kerangka yang dipasang di tapak
bangunan. Perancah ini dipasang bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja lepaan
simen dijalankan pada bahagian luar bangunan telah runtuh dan menyebabkan
kecederaan 13 pekerja pembinaan yang berada diatasnya. Kejadian ini jelas
menunjukkan pengurusan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan tidak berkesan yang
mana perancah yang digunakan oleh kontraktor tidak mengikut spesifikasi kelulusan
rekabentuk dan pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah dan menggunakan
komponen-komponen perancah yang sudah berkarat dan usang. SPKK yang tidak
berkesan dilaksanakan di tapak bina telah menyebabkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di
tapak bina tidak dilakukan dengan sebaiknya mengikut spesifikasi dan peraturan-
peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Perkerjaan (AKKP) 1994 dan Akta Kilang dan Jentera (AKJ) 1967.

Dalam usaha untuk menghindari kemalangan, adalah penting untuk menyedari


bahawa kemalangan yang berlaku di tapak bina mempunyai penyebab yang boleh
dikenapasti. Kepentingan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan
perlu lebih menitikberatkan terhadap perkara yang boleh menyebabkan kemalangan
berbanding perkara yang telah menyebabkan kemalangan berlaku. Oleh sebab itu,
SPKK adalah penting untuk meminimakan kebarangkalian berlakunya kemalangan di
tapak bina.

PKK tapak memainkan peranan yang penting didalam pengurusan keselamatan


dan kesihatan (Johari Ismail, 2009). Apa yang penting ialah PKK yang berkesan. Ini
boleh disenarai seperti berikut ;

(a) Kenal
PKK perlu mengenali orang bawahan dan dikenali oleh orang bawahan.
5

(b) Arahan
Memberi maklumat yang terang dalam menjalankan sistem kerja yang
selamat.

(c) Menunjukan cara


Menunjukan cara bagaimana sesuatu amalan melakukan aktiviti-aktiviti
pembinaan yang selamat.

(d) Praktis
Memberi peluang yang sepatutnya kepada pekerja menjadi mahir,
termasuk langkah berjaga-jaga untuk memastikan kerja secara selamat.

(e) Pengawasan
Memerhati dan menilai kemahiran termasuk mengikuti prosidur
keselamatan dan kesihatan.

(f) Laporan
Membuat penilaian yang adil mengenai pencapaian pekerja, laporan
keselamatan dan kesihatan tapak, analisi kerja keselamatan dan
sebagainya.

(g) Membetul dan mengalakan


Membetul dan mengalakan pekerja apa yang perlu berkaitan dengan
program keselamatan dan kesihatan.

(h) Latihan untuk PKK


Faktor diatas perlu diambil kira untuk latihan bagi PKK terutama dari
segi tugas dan tanggungjawab sepanjang tempoh pembinaan.
6

Peranan PKK adalah penting berikutan terdapat beberapa akta dan perundangan
yang diwujudkan yang menyatakan kewajipan PKK dalam mengurus dan memastikan
pengurusan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan (Johari Ismail, 2009).
Walaubagaimana pun, dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina,
banyak halangan yang dihadapi oleh PKK .

Walaupun telah banyak akta, perundangan dan SPKK diperkenalkan , tetapi


kemalangan di tapak bina masih berlaku berikutan perlaksanaan suatu SPKK yang tidak
berkesan (Mohammad Zainal, 2009). Dengan ini, satu kajian dijalankan untuk
mengenal pasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK dan pendekatan untuk
mengatasi masalah ini dalam memastikan SPKK yang dilaksanakan di tapak bina
berkesan untuk mengurangkan kemalangan sepanjang tempoh pembinaan.

1.3 Matlamat kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi oleh
PKK tapak dalam mewujudkan SPKK berkesan dan mencari pendekatan yang sesuai
bagi mengatasi masalah ini. Peranan dan tanggungjawab PKK tapak dalam
melaksanakan suatu SPKK penting kerana pencapaian sistem ini dapat mengurangkan
risiko berlakunya kemalangan di tapak bina. Sekiranya suatu SPKK dilaksanakan
sebaik-baiknya, sistem pengurusan ini akan lebih dihormati dan sebagai pemangkin di
dalam menjayakan sesuatu projek pembinaan. Pelaksanaan suatu SPKK serta galakkan
penggunannya secara berterusan membolehkan fungsi pengurusan projek menikmati
keuntungan dan meningkatkan moral pekerja-pekerja dalam suasana kerja yang selamat.
7

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah masalah yang dihadapi oleh PKK tapak dalam melaksanakan
SPKK yang berkesan di tapak bina.

1.4.2 Apakah pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh PKK dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina.

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan
SPKK yang berkesan di tapak bina.

1.5.2 Mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak
bina.
8

1.6 Skop Kajian

Responden kajian ini merupakan pegawai keselamatan dan kesihatan ( PKK)


tapak yang telah diiktiraf oleh JKKP. Pemilihan responden ini kerana keberkesanan
suatu SPKK yang dilaksanakan di tapak bina adalah bergantung kepada mereka.

1.7 Kepentingan Kajian

SPKK di tapak bina pada masa kini semakin efektif dalam menyingkirkan
faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku, seterusnya meningkatkan
pencapaian keselamatan dan kesihatan akan dipertingkatkan sewajarnya tetapi
kemalangan masih berlaku. Dengan ini, kajian untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh PKK dalam usaha melaksanakan SPKK adalah penting untuk mencapai
suatu pelaksanaan SPKK yang berkesan di tapak bina.

Melalui hasil penyelidikan yang diperolehi membolehkan beberapa masalah


yang dihadapi oleh PKK dikenal pasti yang mana akan dapat membantu pihak
kontraktor untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat dan dapat mengurangkan
sumber risiko. Selain itu, hasil kajian ini berharap agar pihak pengurusan atasan akan
mempelajari dengan lebih dalam lagi mengenai tanggungjawab mereka dan memikirkan
jalan penyelesaian terhadap risiko yang wujud kerana penglibatan pihak atasan adalah
penting untuk menjayakan lagi pencapaian SPKK berkesan.
9

Pengurusan keselamatan dan kesihatan berkait rapat dengan polisi pengurusan,


prosedur, penyeliaan dan keberkesanan dalam melaksanakan latihan keselamatan dan
kesihatan. Pihak penyelia tapak juga turut memperolehi pengetahuan mengenai
tanggungjawab yang dipikul di tapak bina untuk memastikan prosedur penyeliaan yang
dilaksanakan di tapak bina adalah mengikut spesifikasi keselamatan dan kesihatan.

Oleh yang demikian, hasil kajian ini akan memberi kepentingan kepada pelbagai
pihak yang terlibat untuk melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina.
10

BAB 11

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pengurusan projek pembinaan memerlukan pengetahuan dalam pengurusan


moden dan memerlukan pemahaman dalam rekabentuk serta proses pembinaan. Project
Management Institute mentakrifkan disiplin pengurusan sesuatu projek merupakan
suatu seni yang memerintah secara langsung dan mengkoordinasi manusia serta sumber
bahan sepanjang tempoh hayat projek dengan menggunakan teknik pengurusan moden
untuk mencapai skop objektif yang telah ditentukan, kos, masa, kualiti dan penyertaan
yang memuaskan.

Pengurusan projek pembinaan melibatkan pelbagai kaedah dan penglibatan


individu terdiri daripada profesion yang berbeza bagi memastikan projek pembinaan
yang dijalankan dapat mencapai objektif yang telah ditentukan. Pengurusan projek
pembinaan juga penting bagi meningkatkan produktiviti kerja di tapak bina. Bagi
menentukan keberkesanan dan matlamat pengurusan tercapai, pihak pengurusan perlu
menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan dasar yang telah ditentukan. Dalam
mencapai sasaran sifar kematian di tapak pembinaan, lebih banyak langkah pencegahan
keselamatan dan kesihatan perlu dilakukan. Ini menunjukkan, selain memastikan
11

pengurusan projek pembinaan yang berkesan dilaksanakan dalam suatu projek


pembinaan, SPKK yang berkesan juga perlulah menjadi keutamaan dalam pengurusan
suatu projek pembinaan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan mencapai suatu
SPKK yang terbaik sepanjang tempoh sesuatu projek. Sikap mementingkan
keselamatan dan kesihatan perlu disemai dari awal supaya setiap pihak tahu akan
tanggungjawab masing-masing.

Pencapaian suatu SPKK berkesan di tapak bina adalah menjadi tanggungjawab


PKK tapak yang telah diiktiraf oleh JKKP yang dilantik oleh pengurus projek dalam
suatu projek pembinaan yang berjumlah RM20 juta dan ke atas seperti yang dinyatakan
dalam AKKP 1994, Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan) 1997 yang berkuatkuasa pada 22 Ogos 1997. Suatu SPKK
berkesan dari kaca mata PKK tapak menjadi keutamaan berikutan perlaksanaan suatu
SPKK berkesan bergantung kepada mereka.

2.2 Kepentingan SPKK berkesan dalam industri pembinaan

Sesetengah pihak beranggapan bahawa keselamatan hanyalah satu perkara


remeh-temeh kerana tidak memberikan keuntungan kepada suatu projek pembinaan.
Sebagai contoh, dalam meningkatkan pencapaian SPKK di tapak bina, kos yang tinggi
diperlukan bagi membayai program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan.
Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dapat dilihat melalui rekod kemalangan sifar
yang berlaku di tapak bina. Jika dibandingkan dengan buruh, kos yang tinggi diperlukan
untuk mendapatkan pekerja asing daripada Indonesia, Bangladesh, Myanmar atau pun
12

Vietnam. Walaupun kos ini tinggi, tetapi ianya memberi keuntungan yang ketara
kepada suatu projek pembinaan dari segi produktiviti.

Pelaksanaan program keselamatan dan kesihatan yang berkualiti perlulah


memberi kesan yang positif kepada pekerja dan juga meningkatkan keberkesanan
SPKK di tapak bina. Selain itu, disebabkan keselamatan di tempat kerja sangat penting
berhubung dengan aktiviti-aktiviti pembinaan yang mencabar dan unik, adalah menjadi
tanggungjawab pada peringkat permulaan untuk memastikan pelaksanaan suatu SPKK
di tapak bina dengan jelasnya diterima oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk
memulakan dan menyempurnakan apa yang diperlukan untuk mencapai keselamatan di
tapak projek.

SPKK berkesan penting kerana terdapat kemalangan yang berlaku di tapak bina.
Setiap hari, kecederaan di tempat kerja, penyakit dan kecelakaan yang berlaku
menyebabkan kesakitan yang tidak terhingga dan derita yang dialami oleh pekerja dan
keluarga. Selain itu, ia juga membolehkan kita mengenal pasti perbuatan atau perlakuan
tidak selamat di tapak bina. Pengenalan awal membolehkan tindakan pencegahan awal
dibuat untuk memastikan kelancaran kerja yang licin di tapak bina.

Pelaksanaan SPKK berkesan penting kerana dapat menunjukkan peranan barisan


pihak atasan dan pakar keselamatan iaitu PKK tapak, dalam mencegah kejadian yang
berkaitan dengan keselamatan. Anggapan dan keperluan untuk mencapai pengurusan
keselamatan dan kesihatan yang berkesan bermula dari peringkat rekabentuk untuk
pelaksanaan dan operasi perlu dikenal pasti dan menunjukkan kesesuaiannya dalam
keseluruhan struktur program.
13

Keperluan suatu SPKK dalam industri pembinan dan pelaksanaan yang berkesan
dengan perancangan yang baik dan latihan berterusan untuk mencapai rekod
pengurusan keselamatan dan kesihatan yang baik penting agar setanding diperingkat
antarabangsa.

2.3 Masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK tapak dalam melaksanakan


SPKK yang berkesan di tapak bina

SPKK tidak boleh dilihat sebagai pengurusan yang tidak signifikan dan terasing
daripada pengurusan keseluruhan sesebuah organisasi (YB Datuk Seri Dr Fong Chan
Onn, Menteri Sumber Manusia, 2007). Majikan dan pekerja hendaklah sedar bahawa
SPKK mempunyai kait rapat dengan produktiviti. Terdapat beberapa masalah umum
yang dihadapi oleh PKK tapak dalam melaksanakan suatu SPKK berkesan di tapak bina
bagi tujuan mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan serta menyediakan
tempat kerja yang sihat dan selamat.
14

2.3.1 Kurang penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan


kesihatan dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak
bina

Sikap tidak mengendahkan hal-hal tentang SPKK akan mengundang bencana.


Kurang penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan kesihatan di tapak
bina menyebabkan pekerja kurang menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan
kesihatan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan (Utusan Malaysia, 4 Mac
2010). Majikan dan pekerja yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pembinaan perlu
bersikap lebih sensitif terhadap keperluan amalan keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja dan berusaha ke arah kemalangan sifar. Tambahan pula, mereka yang terlibat
dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina tidak harus
dikecualikan dalam mengenal pasti potensi hazad-hazad yang terdapat di tempat kerja
yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kecederaan.

Kurang penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan kesihatan


dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina boleh menjejaskan
pelaksanaan SPKK. Seksyen 15 (1), AKKP 1994 menyatakan kewajipan umum seorang
majikan terhadap pekerja mereka. Adalah menjadi kewajipan majikan untuk
menekankan amalan keselamatan dan kesihatan bagi setiap aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di tapak bina.

Antara kewajipan am majikan adalah seperti berikut ;

(a) Penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera dan alatan, sistem kerja yang
selamat dan tidak memberi risiko kesihatan.
(b) Memastikan penggunaan atau operasi, pengendalian, penyimpanan dan
pengangkutan logi dan bahan-bahan binaan adalah selamat.
15

(c) Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk keselamatan dan
kesihatan pekerja di tapak bina.
(d) Memastikan setiap kawasan bekerja di bawah jagaan majikan adalah selamat
dan tiada risiko terhadap kesihatan serta peruntukan dan penyelengaraan bagi
laluan masuk dan jalan keluar dari tapak bina adalah selamat tanpa sebarang
risiko.
(e) Menyediakan persekitaran bekerja yang selamat secara keseluruhannya untuk
pekerja di tapak bina.

Setiap amalan ini perlulah ditekankan oleh majikan di tapak bina agar ianya
sentiasa dipraktikkan dan menjadi keutamaan. Penekanan amalan keselamatan dan
kesihatan ini akan membantu PKK dalam melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan
di tapak bina.

2.3.2 Pengetahuan yang terhad mengenai undang-undang, akta dan peraturan


yang berkaitan dengan SPKK di tapak bina

Majikan atau pun pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung terhadap


pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina perlu
mempertingkatkan pengetahuan mengenai undang-undang, akta dan peraturan yang
berkaitan dengan SPKK berikutan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang timbul
disebabkan pengetahuan dan pendedahan yang terhad mengenai undang-undang, akta
dan peraturan menyebabkan permintaan tenaga kerja PKK yang mahir di dalam semua
bidang termasuk pengetahuan menyelesaikan masalah keselamatan dan kesihatan di
tapak bina (Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, 2009).
16

Setiap PKK perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengawalan risiko melalui
amalan SPKK yang berkesan.

Seperti yang terkandung dalam AKKP 1994 dan peraturan-peraturan yang


berkaitan, sebagai seorang PKK yang telah diiktiraf oleh JKKP atau badan yang
berkaitan perlulah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai undang-undang, akta
dan peraturan yang berkaitan dengan SPKK. PKK yang dilantik di tapak bina perlu
mengetahui dengan lebih mendalam peranan dan tanggungjawab masing-masing
didalam melaksanakan peraturan keselamatan dan kesihatan disamping menambahbaik
pegetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan (Dato‟ Ir Dr. Johari Basri, Ketua
Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2009).

Terdapat susunan seksyen yang dinyatakan di dalam akta ini yang mana perlu
diketahui dan dijadikan sebagai panduan oleh PKK dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka di tapak bina.

Antara peraturan dan perintah yang terkandung didalam Akta 514 ini adalah :

(a) Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan


Bahan) 1999.

(b) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (


Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.

Pengetahuan PKK yang terhad mengenai apa-apa undang-undang, akta dan


peraturan yang berkaitan dengan SPKK memberi kesan kepada keberkesanan
pelaksanaan SPKK di tapak bina.
17

2.3.3 Skop kerja seorang PKK tapak tidak jelas

Walaupun sektor pembinaan merupakan pemangkin kepada pembangunan


negara, ia juga menyumbang kepada bilangan kemalangan industri yang tinggi. Bagi
tahun 2006, bilangan kemalangan melibatkan sektor pembinaan yang dilaporkan kepada
JKKP ialah sebanyak 111 kes. Dari jumlah itu, 60 merupakan kes maut. Kemalangan di
tapak bina juga ada kalanya melibatkan orang awam. Dari kejadian dan perangkaan ini
jelas tahap keselamatan dan kesihatan di tapak-tapak bina masih belum memuaskan.
Pihak JKKP perlu memastikan satu peraturan baru berkenaan skop kerja dan
tanggungjawab PKK yang lebih terperinci yang berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Tujuannya adalah supaya tidak berlaku kekeliruan apabila sesuatu
kes kemalangan berlaku di tempat kerja (Mohammad Zainal, 2009). Banyak lagi usaha
yang perlu dilakukan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan kemalangan yang
berlaku dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali (YB Datuk Seri Dr Fong Chan
Onn, Menteri Sumber Manusia, 2007).

Skop kerja seorang PKK adalah luas dan berbeza mengikut keadaan sesebuah
tapak. Skop kerja PKK dapat dilihat dalam penyediaan analisis kerja-kerja keselamatan,
pengenalpastian hazard, penilaian risiko dan pengawalan risiko (HIRARC), audit,
menyediakan rancangan kecemasan, penyiasatan kemalangan, mesyuarat keselamatan,
permit kerja dan sebagainya (YB Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Menteri Sumber
Manusia, 2007). Sebagai seorang PKK, adalah perlu untuk mengetahui skop kerja yang
perlu dilaksanakan. Kewajipan PKK di dalam AKKP (Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan) 1997.
18

Kewajipan PKK adalah seperti berikut ;

(a) Menasihati majikan atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat
kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

(b) Memeriksa tempat kerja untuk memastikan jentera, logi, peralatan, bahan,
perkakas atau proses yang digunakan di tempat kerja adalah selamat.

(c) Menyiasat kemalangan, kemalangan nyaris, kejadiaan berbahaya, keracunan


pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.

(d) Membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, jika ada,
dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.

(e) Menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada,
dan melaksanakan semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam
peraturan.

(f) Membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam apa-apa pemeriksaan


yang dilaksanakan di tempat kerja yang bertujuan untuk menentukan
keberkesanan dan kecekapan langkah-langkah yang diambil dalam mematuhi
akta dan peraturan di bawah akta ini.

(g) Mengumpul, menganalisis dan menyelenggara statistik mengenai apa-apa


kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan
yang berlaku di tempat kerja.
19

(h) Membantu mana-mana pegawai yang dilantik oleh majikan atau orang
yang bertanggungjawab di tempat kerja dalam perkara berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan.

PKK perlulah mengetahui kesemua skop kerja yang telah dinyatakan bagi
memastikan pencapaian yang baik dalam suatu SPKK yang dilaksanakan.

2.3.4 Kurang komitmen pihak atasan dalam melaksanakan SPKK di tapak


bina

Pihak atasan dalam industri pembinaan perlu memikul tanggungjawab mereka


untuk mematuhi semua peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas
mereka terutama sekali berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Setiap
pihak atasan perlu bersikap pragmatik dan menghindari sikap sedia dan tunggu pegawai
JKKP mengambil tindakan undang-undang. Tindakan undang-undang bukan satu jalan
penyelesaian bagi menyelasaikan masalah berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja. Masih ada pihak atasan yang gagal menunaikan tanggungjawab dan
komitmen mereka dalam mematuhi kehendak AKKP 1994 (Senator Dato‟ Maznah
Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, 2009).

PKK dilantik semata-mata untuk membantu majikan dalam menguruskan dan


melaksanakan sistem tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Bagi
menjayakan sistem ini, pihak pengurusan hendaklah bekerjasama dengan PKK dan
menunjukkan minat yang lebih mendalam tentang SPKK supaya menjadi contoh yang
baik kepada pekerja. Namun dalam era menuju ke arah negara maju, kita melihat pihak
20

pengurusan dan kakitangannya langsung tidak bekerjasama dangan PKK untuk


menjadikan suatu budaya kerja selamat dan sihat. Malah lebih ramai lagi yang
menganggap perlaksanaan itu adalah bukan tanggungjawab mereka (Mohammad
Zainal, 2009).

Pihak atasan atau majikan mempunyai kewajipan seperti yang dinyatakan


dalam, seksyen 16 AKKP 1994 yang menerangkan kewajipan majikan untuk
menyediakan dan sentiasa menyemak kesesuaian pernyataan bertulis mengenai dasar
umum yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja dan organisasi di
tempat kerja. Komitmen pihak atasan dapat dilihat melalui penyediaan polisi
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Komitmen ini membantu PKK dalam
melaksanakan SPKK berkesan di tapak bina.

Pihak atasan menanggung tanggungjawab yang paling besar terhadap


keselamatan dan kesihatan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tapak bina selain
merupakan pemilik syarikat.

Pihak atasan bertanggungjawab dalam memastikan :

i. Mewujudkan pro-keselamtan dalam syarikat.

ii. Menubuhkan komitmen sepenuhnya terhadap keselamatan dan kesihatan


disemua peringkat.

iii. Memastikan sumber yang disediakan mencukupi untuk menyokong


secara komprehensif usaha syarikat terhadap keselamatan.
21

Selain itu, pihak atasan perlulah memastikan setiap pengurus dan penyelia di
tapak bina mengetahui bahawa keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan di
sepanjang tempoh projek dijalankan. Dengan menyertakan keselamatan dan kesihatan
di dalam rancangan syarikat, pihak atasan dapat menubuhkan komitmen yang
diperlukan untuk menyokong semua pekerja. Oleh itu, dengan menyediakan sumber
yang diperlukan untuk menyokong program keselamatan dan kesihatan, pihak atasan
dapat memastikan program keselamatan dan kesihatan mempunyai kakitangan dan dana
yang mencukupi.

2.3.5 Sumber kewangan yang terhad untuk melaksanakan program keselamatan


dan kesihatan yang dirancang di tapak bina

Sumber kewangan suatu projek pembinaan yang tidak mencukupi untuk


melaksanakan program keselamatan dan kesihatan menyebabkan persekitaran kerja
yang buruk, kekurangan langkah keselamatan di tempat kerja, teknik pembinaan lemah,
dan jumlah pekerja asing tidak mahir yang tinggi menyumbangkan peningkatan
kemalangan di tempat kerja (Berita Harian, 2006). Datuk Seri S. Samy Vellu
menegaskan kontraktor kini tidak lagi dibenarkan mengklasifikasikan pengurusan
keselamatan dan kesihatan dengan perbelanjaan lain. Program keselamatan dan
kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina memerlukan peruntukan kewangan yang
mencukupi untuk memastikan pelaksanaannya adalah menyeluruh dan berterusan.

Peruntukan bagi pengurusan keselamatan dan kesihatan ini perlulah disertakan


ketika menyediakan dokumen tender. Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk
memastikan fasa pengurusan keselamatan dan kesihatan disertakan dalam dokumen
22

tender. Sebelum ini, ada ruangan keselamatan pembinaan tidak lengkap atau langsung
tidak dinyatakan (Datuk Seri S.Samy Vellu, Berita Harian 2006).

Sumber kewangan ini sangat penting kerana industri pembinaan mempunyai


persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dan melibatkan penggunaan teknologi
canggih. Contohnya, latihan pemasangan perancah, penggunaan kren dan sebagainya
perlulah diambil oleh PKK kompeten yang dianjurkan oleh Institut Keselamatan dan
kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Tambahan pula, kekurangan pegawai
penguatkuasa, peraturan yang lemah serta ketinggalan zaman dan tidak selaras dengan
kecanggihan teknologi pembinaan semasa, menjadikan penguatkuasaan amat sukar
dilaksanakan.

2.3.6 Kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi dalam


menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan di tapak bina

Tanggungjawab dalam isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi setiap


kakitangan syarikat perlu dinyatakan dengan lebih spesifik di dalam Surat Tawaran
Kerja (Appointment Letter). Selain itu, pihak atasan juga perlu mewajibkan setiap
pekerja dalam organisasi melibatkan diri ketika melakukan pemeriksaan menyeluruh di
tempat kerja bersama PKK berikutan penglibatan dan komitmen mereka masih rendah
dalam menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di
tapak bina (Mohammad Zainal, 2009). Mengadakan suatu kursus bertauliah berkaitan
SPKK dan kehadiran hendaklah diwajibkan kepada kakitangan syarikat yang terdiri
daripada penyelia tapak, jurutera tapak, pengurus projek atau pengarah projek.
23

Usaha baik kontraktor, pengurus, individu profesional dan penyelia menjadi sia-
sia sekiranya pekerja sendiri tidak mahu memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti
keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina. Seperti yang anda sedia
maklum, polisi keselamatan dan kesihatan tidak menghalang daripada berlakunya
kemalangan melainkan pekerja menerima kebenaran ini. Amalan keselamatan dan
kesihatan tidak menghalang kemalangan daripada berlaku kecuali amalan ini diamalkan
dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di tapak bina. Jika setiap mereka yang
terlibat dengan keselamatan dan kesihatan di tapak bina memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dengan sepenuhnya, maka tahap keselamatan akan
dapat diperbaiki lagi dengan lebih berkesan (Dato‟ Ir Dr. Johari Basri, Ketua Pengarah,
JKKP, 2009).

Dalam memastikan tapak bina mempunyai tahap keselamatan dan kesihatan


yang baik memerlukan usaha bersepadu daripada semua ahli dan pekerja merupakan
ahli yang paling penting. Dengan hanya mengetahui peraturan berkaitan dengan
keselamatan adalah tidak mencukupi, peraturan ini perlulah dipatuhi. Mematuhi
peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti di tapak merupakan tanggungjawab seorang pekerja. Pekerja perlulah positif
dan proaktif dalam membantu menghalang kemalangan berlaku yang disebabkan oleh
pekerja lain yang berada di tapak bina.

2.3.7 Menghadapi kesukaran dalam mengumpul, menganalisi dan mentafsir


data mengenai laporan kemalangan yang berlaku di tapak bina

Mengumpul, menganalisis dan mentafsir data mengenai laporan kemalangan


yang berlaku di tapak bina memerlukan pemikiran kritis yang melibatkan penggunaan
24

operasi. Kemahiran asas yang kurang dimiliki oleh PKK menyebabkan PKK
menghadapi kesukaran dalam mengumpul, menganalisi dan mentafsir data mengenai
laporan kemalangan yang berlaku di tapak bina (Johari Ismail, 2009). Kemahiran
berfikir asas untuk menganalisis data supaya laporan yang disediakan oleh PKK itu
dapat ditafsir dan difahami dengan jelas. Analisis data perlu dibuat dengan terperinci,
objektif dan gigih.

Dalam AKKP (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan


kewajipan seorang PKK, salah satu kewajipan seorang PKK adalah untuk mengumpul,
menganalisis dan menyelenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan menjelaskan mengenai idea
maklumat yang diperolehi di tapak bina dan untuk membuat rancangan kerja menikut
keutamaan.

Sebagai seorang PKK yang kompeten, kemahiran dalam mengumpul,


menganalisis dan mentafsir data mengenai laporan kemalangan yang berlaku di tapak
bina adalah penting berikutan hasil laporan yang dilakukan oleh PKK akan
menunjukkan keberkesanan pelaksanaan program keselamatan dan kesihatan di tapak
bina. Laporan yang dibuat oleh PKK perlu dihantar kepada pihak klien.

Selain itu, pemeriksaan yang dilakukan oleh JKKP berdekatan di tapak bina adalah
berdasarkan laporan keselamatan dan kesihatan yang disediakan oleh PKK, sekiranya
PKK menghadapi kesukaran dalam mengumpul, menganalisis dan mentafsir data
mengenai laporan kemalangan yang berlaku di tapak bina besar kemungkinan akan
memberikan maklumat yang tidak tepat dengan keadaan sebenar tapak dan nama baik
kontraktor utama akan terjejas kerana tidak menjelaskan keadaan sebenar pelaksanaan
SPKK di tapak bina.
25

2.3.8 Kemahiran berkomunikasi yang terhad dalam memberi keterangan


mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada kumpulan
individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang berbeza di
tapak bina

Komunikasi ialah proses penyampaian atau permindahan mesej dari seseorang


kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai
maklumat yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi
bersama. Tujuan dan cara berkomunikasi dengan setiap individu adalah berbeza.
Sebagai PKK di tapak bina, proses komunikasi melibatkan individu-individu yang
berlainan. Setiap individu-individu ini mempunyai sikap, latar belakang, tahap
pendidikan, pengalaman dan pendedahan yang berbeza-beza. Kemahiran berkomunikasi
yang terhad dalam memberi keterangan mengenai perkara keselamatan dan kesihatan
menjadi halangan dalam melaksanakan SPKK berkesan (Johari Ismail, 2009). Ini
kemungkinan besar akan memberi kesan kepada proses komunikasi dalam memberi
keterangan mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

Semasa memberikan keterangan mengenai keselamatan dan kesihatan kepada


kumpulan individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang berbeza di tapak bina,
PKK hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sewajarnya iaitu :

i. PKK jelas tentang mesej yang hendak disampaikan.

ii. Meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan.

iii. Yakin dan pasti dengan kepentingan mesej itu.

iv. Mendapatkan perhatian penerima.


26

v. Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai.

vi. Sensitif kepada maklumbalas pihak lain.

vii. Mengenal pasti gangguan.

viii. Mengurangkan gangguan.

Kemahiran berkomunikasi turut ditekankan dalam program latihan PKK tapak


bina yang dianjurkan oleh Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan (CIDB) melalui
gambaran keseluruhan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
menjadikan komunikasi sebagai elemen penting agar PKK mempunyai kemahiran
dalam menyampaikan perkara keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Sering kali apa
yang terjadi ialah apa yang disampai dan dimaksudkan tidak difahami seperti mana
yang diharapkan. Dengan ini berlaku konflik, kekeliruan, perselisihan faham dan
percanggahan pendapat.

Prosedur komunikasi yang berkesan perlulah diwujudkan dan dikekalkan oleh


PKK untuk memastikan pekerja dan kontraktor disemua peringkat menyedari mengenai
perkara berikut :

i. Kepentingan pematuhan polisi dan objektif keselamatan dan kesihatan


pekerjaan, peranan dan tanggungjawab dalam mencapai polisi dan
objektif ini.

ii. Risiko dan bahaya dalam aktiviti yang dijalankan serta pencegahan dan
sukatan pengurangan dan prosedur tindak balas kecemasan yang telah
diwujudkan.
27

iii. Potensi akibat yang akan dihadapi melalui penyimpangan daripada


prosedur pengendalian yang telah dipersetujui.

PKK tapak bina perlulah mengekalkan prosedur komunikasi keselamatan dan


kesihatan pekerjaan berkaitan dengan maklumat, selain konsisten dengan polisi dan
berkaitan dengan undang-undang serta peraturan. Kemahiran komunikasi yang terhad
menyebabkan individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang berbeza di tapak
bina tidak menerima dan memahami sepenuhnya maklumat yang disampaikan oleh
PKK serta tidak memberikan maklum balas atau tindakan yang dikehendaki dengan
sewajarnya.

2.3.9 Kesukaran memastikan rancangan keselamatan dan kesihatan


disediakan dan dilaksanakan dengan betul

Setiap program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina oleh
PKK perlulah direkodkan. Kesukaran memastikan rancangan keselamatan dan
kesihatan yang telah disediakan dan dilaksanakan dengan betul akan menimbulkan
pertindihan kerja PKK di tapak bina (Johari Ismail, 2009).

PKK akan melakukan program keselamatan dan kesihatan berulang kali kerana
sukar untuk memastikan pencapaian setiap pekerja melalui program ini. Terdapat
pelbagai langkah yang boleh diambil oleh PKK dalam memastikan rancangan
keselamatan dan kesihatan disediakan dan dilaksanakan dengan betul iaitu melalui
maklum balas daripada setiap pekerja yang menyertai program ini.
28

Masalah ini akan membantutkan perkembangan perlaksanaan program


keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Suatu garis panduan perlu disediakan oleh
PKK dalam menyediakan dan melaksanakan rancangan keselamatan dan kesihatan.
Contohnya, senarai semak, memo, surat dan laporan keselamatan dan kesihatan.

2.4 Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh PKK
tapak dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina

Pendekatan yang sesuai perlulah diambil dan diaplikasikan untuk mengatasi


masalah yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan SPKK berkesan di tapak bina.
Pendekatan ini mestilah bersesuaian dengan SPKK yang dilaksanakan di tapak bina
oleh PKK dan difahami oleh semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam suatu projek pembinaan.

2.4.1 Memberi penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan


kesihatan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di tapak bina untuk
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan

Amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dikendalikan secara


sistematik dengan mengadakan SPKK di mana pasukan pengurusan memberi perhatian
serius berhubung aspek untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan dengan
29

sewajarnya (Bernama, 2009). Dengan sistem sedemikian ia dapat menyediakan


keperluan pelaburan dalam bentuk komitmen seperti kewangan, modal insan dan
peralatan dalam strategi OSH yang bersistematik dalam usaha mencapai kadar pulangan
yang tinggi seperti kadar sifar kemalangan tanpa menjejaskan prestasi keuntungan
keseluruhan syarikat.

Penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan kesihatan dalam


melaksanakan aktiviti-aktivti di tapak bina penting untuk mengurangkan risiko
berlakunya kemalangan. Penekanan ini akan lebih berkesan sekiranya majikan
melaksanakan kewajipan mereka berdasarkan seksyen 15(1) dalam AKKP 1994. PKK
akan membantu majikan atau jawatankuasa dalam menganjurkan dan melaksanakan
program keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Pencapaian dalam melaksanakan
SPKK berkesan di tapak bina akan menjaga nama baik syarikat sekiranya pihak JKKP
melaksanakan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di kawasan tempat kerja pekerja.
SPKK yang baik akan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam kewangan,
tenaga manusia dan sumber-sumber lain dan mengubah pendekatan bagi keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja untuk mencegah kemalangan daripada cuba mengatasinya
(Bernama, 2009).

2.4.2 Berusaha untuk mempelajari undang-undang, akta dan peraturan yang


berkaitan dengan SPKK untuk melaksanakan SPKK yang berkesan

NIOSH sentiasa perihatin terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja


dan berusaha meningkatkan tahap kesedaran terutamanya di kalangan majikan dan
pekerja. NIOSH menekanakan bahawa PKK merupakan individu yang akan
30

melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tapak bina dan perlu berusaha
untuk mengetahui maklumat, pendidikan dan latihan supaya mereka mengetahui tentang
cara yang terbaik untuk melaksanakna SPKK yang berkesan (Tan Sri Lee Lam Thye,
NIOSH).

NIOSH telah melaksanakan tugas dan tangungjawab untuk memastikan amalan


berkerja dengan selamat dan sihat di tempat kerja menerusi berbagai-bagai cara seperti
kempen kesedaran, program-program latihan, khidmat rundingan, aktiviti penyebaran
maklumat serta kerja penyelidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
untuk mrngurangkan kadar kemalangan (NIOSH, 2007). Setiap organisasi sama ada
sektor awam atau swasta juga perlu untuk mengenal pasti keperluan-keperluan latihan
bagi tenaga pekerja masing-masing agar dapat meningkatkan pengetahuan masing-
masing dalam isu-isu yang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tempat kerja (Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia,
2009).

Dalam mempelajari undang-undang, akta dan peraturan yang berkaitan dengan


keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seorang PKK perlulah mempunyai inisiatif untuk
mengikuti mana-mana ceramah, latihan, seminar atau apa-apa program yang
dilaksanakan oleh CIDB, NIOSH, JKKP dan badan berkaitan dalam memperbaiki
pengetahuan dan mengikuti perkembangan semasa SPKK. Setiap PKK perlu
mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang, akta dan peraturan
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dan kemahiran pengawalan risiko melalui
amalan SPKK yang berkesan. Ini dapat membantu PKK mengenalpasti secara proaktif
punca kemalangan dan kecederaan ke atas perkerja dan seterusnya mengambil tindakan
susulan yang berkaitan. Selain itu, setiap syarikat hendaklah menjadikan prestasi tahap
pengetahuan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebagai syarat utama
untuk kenaikan gaji tahunan atau bonus (Mohammad Zainal, 2009).
31

Kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai program keselamatan dan


kesihatan di tempat kerja bagi menunjukkan keperihatinan kesungguhan dan komitment
kerajaan dalam meningkatkan tahap pengetahuan keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja (Dato‟ Ir Dr. Johari Basri, Ketua Pengarah, JKKP, 2009). Usaha kerajaan ini akan
dapat membantu PKK dalam mempelajari dan meningkatkan pengetahuan mengenai
undang-undang, akta dan peraturan yang berkaitan dengan SPKK secara berterusan dan
akhirnya akan menjurus kepada pengurangan kes kemalangan semasa bekerja.

Terdapat pelbagi buku, majalah atau sebarang bahan bacaan yang diterbitkan
oleh CIDB, NIOSH dan JKKP yang membincangkan mengenai sistem keselamatan dan
kesihatan pekerjaan untuk meningkatkan tahap pemahaman dan pengetahuan PKK.
Pengetahuan ini boleh diperbaiki oleh PKK dengan menyertai latihan contohnya latihan
pemasangan perancah untuk memperolehi sijil dan sebagainya. Pengetahuan berkaitan
perundangan seperti AKKP 1994 menjadi asas didalam apa-apa program keselamatan
yang dirancang di tempat kerja (Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri
Sumber Manusia, 2009).

2.4.3 Mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai seorang PKK tapak

PKK yang terlibat di dalam sektor pembinaan perlu mengetahui tanggungjawab


dalam mengamalkan SPKK di tempat kerja masing-masing bagi mempertingkatkan
tahap keselamatan dan kesihatan supaya kadar berlakunya kemalangan dapat
dikurangkan (Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia,
2009). Mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan memastikan
segala peraturan dipatuhi oleh semua majikan dan pekerja merupakan salah satu strategi
yang dilaksanakan oleh JKKP. Namun demikian, adalah mustahil bagi pegawai
32

penguatkuasa untuk berada di tapak bina pada setiap masa. Di sinilah peranan dan
komitmen majikan dan pekerja menjadi sangat penting.

Menurut NIOSH, kecekapan keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting untuk


memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilakukan dengan betul.
Kelayakan dalam pelbagai bidang ini akan menyumbangkan faktor penting ke arah
persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Oleh itu, adalah perlu untuk seorang PKK
untuk menduduki peperiksaan yang dilaksanakan oleh NIOSH untuk lebih mengetahui
dengan jelas akan tanggungjawab sebagai seorang PKK yang kompeten di tapak bina.

PKK yang mempunyai pengalaman berkerja yang lama dalam industri


pembinaan sudah mengetahui apakah tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina terjamin. Sebagai seorang
PKK yang kompeten, individu tersebut perlulah mengetahui dan melaksanakan
kewajipan yang dinyatakan di dalam AKKP ( Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)
1997.

2.4.4 Menekankan bahawa sokongan pihak atasan dalam melaksanakan


SPKK adalah penting

Undang-undang dan kesedaran sahaja adalah tidak mencukupi tanpa sokongan


dan komitmen di kalangan majikan dan pekerja untuk memastikan persekitaran tempat
kerja sentiasa dalam keadaan selamat dan tanpa risiko dengan melaksanakan
pengurusan keselamatan dan kesihatan berkesan (YB Datuk Seri Dr Fong Chan Onn,
Menteri Sumber Manusia, 2007). Terdapat dua undang-undang bertulis yang relevan
33

iaitu AKKP 1994 dan Akta Kilang dan Jentera (AKJ 1967). Di dalam AKKP 1994,
ditekankan mengenai tugas-tugas am majikan dan pekerja dalam hal keselamatan.
Seksyen 15 AKKP 1994 menekankan bahawa adalah menjadi tugas setiap majikan
memastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-pekerjanya, di mana ini
termasuk soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat dan
tempat serta suasana kerja yang selamat (Abdul Aziz Hussin, USM).

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sebahagian besar penyebab


kemalangan berpunca daripada kesilapan manusia kerana manusia mencipta dan
menangani hazad serta mampu menentukan corak kerja dan pekerjaan. PKK yang
dilantik oleh pihak pengurusan suatu projek pembinaan adalah semata-mata membantu
majikan dalam menguruskan dan melaksanakan sistem tentang keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.

Bagi menjayakan SPKK ini, pihak atasan hendaklah berkerjasama dengan PKK
dan menunjukkan minat yang lebih mendalam tentang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan supaya menjadi contoh yang baik kepada pekerja. Namun dalam era menuju
ke arah megara maju, pihak atasan dan kakitangan langsung tidak bekerjasama dengan
PKK untuk menjadikan suatu budaya kerja selamat dan sihat. Malah lebih ramai lagi
yang menganggap pelaksanaan ini bukan tanggungjawab pihak atasan itu sendiri.

Sokongan pihak atasan dalam melaksanakan SPKK penting kerana merekalah


yang mempunyai peranan dalam mencegah kemalangan dan kerugian yang dihadapi di
tapak bina. Pentingnya sokongan pihak atasan ini didalam mencegah kemalangan dan
kerugian berkaitan telah diperkukuhkan dalam akta-akta yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Antaranya adalah AKKP 1994: seksyen 15-27,
26-27, 30-34, 46, AKJ 1967: tidak menyebut perkataan majikan tetapi „occupier‟
sebagai pengurus keselamatan dan kesihatan akitviti yang berkaitan kilang dan jentera
dan banyak lagi.
34

2.4.5 Memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk


melaksanakan program pengurusan keselamatan dan kesihatan di
tapak bina menjadi sebahagian daripada jumlah keseluruhan kos
projek

Para majikan dan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat digesa mempertahan


perbelanjaan bagi SPKK dan tidak menggunakan kedudukan ekonomi sekarang sebagai
alasan untuk mengurangkan kos demi kepentingan pekerja mereka (Bernama, 2009).
Peruntukan ini mestilah digunakan bagi tujuan keselamatan dan kesihatan di tapak bina
sahaja. Selain itu, pihak JKKP hendaklah menyatakan tentang peruntukan kewangan
untuk perlaksanaan SPKK di tempat kerja di dalam guideline atau arahan bertulis
ataupun di dalam peraturan supaya pihak pengurusan syarikat sedar betapa pentingnya
isu keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Pengerusi Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan,
kelembapan ekonomi pada masa ini bukan alasan yang baik untuk berkompromi tentang
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kerana ia tetap membabitkan kos tambahan
kepada sesebuah syarikat (Bernama, 2009).

Tiada syarikat yang mahu sesuatu kemalangan yang tidak diingin berlaku yang
boleh menggangu pengeluaran atau diganggu dengan penyiasatan terhadap sesuatu
kemalangan sehingga membawa kepada arahan memberhentikan kerja dan menjejaskan
produktiviti. SPKK yang sistematik dapat menyediakan keperluan pelaburan dalam
bentuk komitmen seperti kewangan, modal insan dan peralatan dalam strategi SPKK
yang akan mencapai kadar pulangan yang tinggi seperti kadar sifar kemalangan tanpa
menjejaskan prestasi keuntungan keseluruhan syarikat (Bernama, 2009).

Peruntukan kewangan ini penting kerana program keselamatan dan kesihatan


bermula dari awal bermulanya suatu projek pembinaan dan tidak akan terhenti selagi
35

projek pembinaan ini tidak selesai. PKK perlulah memastikan bahawa peruntukan
kewangan ini mencukupi dan akan digunakan sebaik mungkin dalam melaksanakan
program keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Oleh itu, peruntukan keselamatan dan
kesihatan perlu dikekalkan.

2.4.6 Menglibatkan secara aktif semua pekerja yang terlibat dalam projek
pembinaan dengan menubuhkan organisasi keselamatan dan kesihatan di
tapak bina

Penglibatan secara aktif semua pekerja dalam organisasi di suatu projek


pembinaan boleh dipertingkatkan dengan menubuhkan organisasi keselamatan dan
kesihatan yang mana pekerja ini akan menjadi kakitangan yang akan membantu PKK
dalam hal-hal pengurusan keselamatan dan kesihatan sepanjang tempoh projek (Johari
Ismail, 2009). Pekerja merupakan pengerak kepada suatu projek pembinaan. Objektif
syarikat tidak akan tercapai sekiranya pekerja tidak menglibatkan diri secara aktif dalam
melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

PKK bertanggungjawab dalam menubuhkan organisasi keselamatan dan


kesihatan di tapak bina dan melantik ahli-ahli jawatankuasa dalam melaksanakan
pengurusan keselamatan dan kesihatan. Setiap ahli-ahli jawatankuasa ini akan
mempunyai tanggungjawab dalam membantu PKK melaksanakan program keselamatan
dan kesihatan yang telah dirancang. Dengan adanya organisasi keselamatan ini, secara
tidak langsung pekerja akan melibatkan diri dalam program keselamatan dan kesihatan
dan menjana satu budaya kerja selamat dan sihat. Sekiranya setiap majikan dan pekerja
dalam organisasi saling berganding bahu melaksanakan program-program keselamatan
36

dan kesihatan di tapak bina (Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber
Manusia, 28 Mei 2009).

2.4.7 Memberi penekanan kepada pengumpulan, analisis dan pentafsiran data


keselamatan dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan
dan kesihatan

Pengumpulan, analisis dan pentafsiran data keselamatan dan kesihatan adalah


antara tanggungjawab seorang PKK di tapak bina. Pengumpulan, analisis dan
pentafsiran data keselamatan dan kesihatan penting dan perlu diberikan penekanan
kerana ianya berkaitan dengan analisis dan pentafsiran bilangan kemalangan yang
berlaku di tapak bina, contohnya bilangan kes kematian, kes kecacatan kekal, kes
kecacatan sementara, bilangan kes kerja diberhentikan dan banyak lagi (Johari Ismail,
2009). Data yang diperolehi melalui analisis ini akan menunjukkan jumlah kes yang
direkodkan, jumlah kehilangan hari bekerja, jumlah masa yang digunakan dan akhir
sekali jumlah keseluruhan kos kemalangan akan diperolehi. Lazimnya, tindakan susulan
dilakukan dengan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi menangani
isu-isu keselamatan yang berbangkit di tapak bina.

Pendekatan ini perlu agar PKK dapat menganalisi sesuatu perkara atau idea
dengan cara mengelas, membanding dan membeza, meneliti perhubungan bahagian
keseluruhan dan membuat urutan.Selain itu, ini juga turut membantu PKK
mengenalpasti punca yang penyebabkan suatu kemalangan berlaku di tapak bina.
37

Pendekatan ini akan lebih berkesan untuk dilaksanakan di tapak bina dengan
adanya kerjasama yang diberikan oleh pihak atasan. Data yang diperolehi adalah
penting kerana ini akan menunjukkan keberkesanan pelaksanaan program keselamatan
dan kesihatan di tapak bina oleh PKK. Analisa risiko yang dilakukan di tapak bina akan
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan SPKK (Senator Dato‟ Maznah
Mazlan,Timbalan Menteri Sumber Manusia, 28 Mei 2009).

Kerajaan telah menwajibkan sektor pembinaan untuk melaporkan kemalangan


yang berlaku di tapak bina. Ianya bukan sahaja membantu kerajaan di dalam
menyediakan pangkalan data kemalangan malah memberi faedah dan pihak majikan
dalam aspek pengurusan keselamatan (Senator Dato‟ Maznah Mazlan,Timbalan
Menteri Sumber Manusia, 28 Mei 2009). Oleh itu, pengumpulan, analisis dan
pentafsiran data keselamatan dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek
keselamatan dan kesihatan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai
aspek keselamatan dan kesihatan dan walaupun pemahaman tersendiri bukan
pemahaman yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu
pemahaman yang mahir.

2.4.8 Menekankan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam memberi


keterangan mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada
kumpulan individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang
berbeza di tapak bina

Kemahiran berkomunikasi yang baik oleh PKK dalam memberi keterangan


mengenai perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tapak bina perlu
diberikan penekanan kerana komunikasi adalah proses yang rumit serta (Mohammad
38

Zainal, 2009). PKK perlu memahami proses penyampaian atau permindahan maklumat
dari sesorang kepada individu yang lain. PKK juga perlu mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik untuk mendapatkan kerjasama, sokongan dan mandat bagi
menjalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Organisasi
yang melaksanakan SPKK menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih tinggi dalam
aspek latihan dan penilaian.

Kelancaran dan kejayaan pencapaian SPKK yang berkesan atau objektif dalam
keselamatan dan kesihatan bergantung kepada keberkesanan komunikasi yang
dilakukan oleh PKK di tapak bina. Sebagai PKK tapak adalah perlu untuk
berkomunikasi dengan pelbagai individu. Tujuan PKK dalam menekankan kemahiran
berkomunikasi yang baik dalam memberi keterangan mengenai perkara keselamatan
dan kesihatan adalah untuk ;

i. Untuk mendapatkan penerimaan sosial terhadap diri individu


(berdasarkan Teori Abraham Maslow-Hicrarchy of Needs).

ii. Untuk mendapat kerjasama di dalam menjalankan tugas harian.

iii. Untuk mencapai objektif syarikat.

Terdapat beberapa fakta-fakta yang mempengaruhi komunikasi yang perlu


diketahui oleh PKK di tapak bina. Antara fakta-fakta asas tersebut adalah seperti berikut
;

i. Bahasa yang digunakan. Bahasa dan perkataan yang digunakan dalam proses
berkomunikasi hendaklah bahasa yang mudah difahami oleh individu yang
berada di tapak bina.
39

ii. Nada suara. Semasa berkomunikasi, PKK perlu menggunakan nada suara yang
sesuai dengan tahap pendengaran pendengar. Contohnya, untuk pendengar yang
ramai dan di tempat yang lapang, proses komunikasi dalam kes ini memerlukan
nada yang lebih lantang.

iii. Sikap penerima. Sikap penerima atau pendengar yang negatif terhadap
penyampaian maklumat akan mempengaruhi keupayaan penerima untuk
mendengar dan menerima maklumat berkenaan, demikian juga sebaliknya.

iv. Latar belakang penerima/pendengar. Tafsiran atau tanggapan oleh pendengar


terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan pada amnya dipengaruhi oleh
pengalaman, latar belakang, pengetahuan tahap pendidikan dan juga tahap
pendedahan pendengar berkenan. Ini akan membantu keupayaan pendengar
mendengar, menerima, memahami dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap maklumat tersebut.

PKK perlu mempunyai inisiatif dalam mengambil langkah meninggikan


keberkesanan komunikasi dalam memberi keterangan mengenai perkara keselamatan
dan kesihatan di tapak bina. Dalam mengenalpasti samada keterangan yang diberikan
oleh PKK berkesan adalah melalui maklumbalas yang diberikan oleh individu di tapak
bina. Maklumbalas yang diberikan adalah jelas dan tepat yang mana difahami dan
tindakan susulan boleh diambil selanjutnya. Selain itu, maklumbalas ini juga tidak
bersifat abstrak sehingga menyukarkan pihak lain untuk mentafsir dan memahami.

Komunikasi adalah amat penting dalam apa juga aspek yang dilakukan oleh
PKK di tapak bina. SPKK yang baik dan berkualiti tidak akan dapat dicapai sekiranya
PKK yang bertugas tidak dapat berkomunikasi secara berkesan. Dalam menekanakan
kemahiran berkomunikasi ini dapat membantu keberkesanan dalam pelaksanaan polisi
dan program keselamatan dan kesihatan di tapak bina.
40

2.4.9 Memastikan setiap perancangan yang telah dilakukan dalam


melaksanakan SPKK telah dilaksanakan dengan betul

Pengamalan SPKK di negara-negara maju telah terbukti dapat mengurangkan


berlakunya kemalangan di tempat kerja dengan memastikan perancangan keselamatan
dan kesihatan yang dibuat dilaksanakan dengan betul (YB Datuk Seri Dr Fong Chan
Onn, Menteri Sumber Manusia, 2007). SPKK yang baik dengan mempertimbangkan
elemen-elemen keselamatan dan kesihatan untuk setiap proses kerja pembinaan yang
akan dijalankan semasa di peringkat merekabentuk bangunan lagi adalah amat penting.
Ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti bahaya-bahaya yang mungkin dihadapi untuk
setiap proses kerja pembinaan yang akan dijalankan dan seterusnya mengambil
langkah-langkah pencegahan yang perlu bagi menghindarkan bahaya tersebut.

Majikan dan pekerja hendaklah sedar bahawa keselamatan dan kesihatan


pekerjaan mempunyai kait rapat dengan produktiviti. PKK mempunyai banyak
kewajipan dalam memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang telah
dirancang dilaksanakan dan melibatkan semua pekerja di tapak bina. Dengan
memastikan setiap perancangan yang telah dilakukan dalam melaksanakan SPKK telah
dilaksanakan dengan betul, tahap pelaksanakan SPKK ini akan dapat dilihat melalui
jumlah kemalangan yang berlaku di tapak bina.

Pelaksanaan SPKK di tapak bina perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan


prestasi hasil daripada komitmen dan usaha-usaha yang dilakukan dalam pengurusan
keselamatan dan kesihatan yang telah dijalankan. PKK perlu melebarluas pelaksanaan
SPKK secara berterusan di tapak bina dan menyediakan pelaksanaan rancangan yang
strategik. Rancangan pelaksanaan SPKK perlu merangkumi latihan pengurusan dan
teknikal yang dimulakan bertujuan untuk mempertingkatkan penglibatan pekerja di
tapak bina dalam program keselamatan dan kesihatan.
41

Selain dari itu, pendekatan ini juga bertujuan untuk mengekalkan prestasi kerja
yang mana perlu mengamalkan dan memperkukuhkan budaya kerja yang lebih baik
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Perancangan keselamatan dan kesihatan
yang telah dilakukan samada perancangan jangka pendek dan jangka panjang perlu
menekankan kepada pencapaian objektif syarikat serta terus menjadi paksi perancangan
utama dan teras utama untuk mencapai rekod kemalangan sifar di tapak bina yang mana
turut meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti pengurusan keselamatan dan
kesihatan.

Kerjasama pelbagai pihak yang terlibat secara langsung di tapak bina dapat
membantu PKK melaksanakan SPKK dengan tahap integriti yang tinggi. Dengan
memastikan SPKK telah dilaksanakan dengan betul, PKK boleh memberi penekanan
dan mempertingkatkan secara progresif program keselamatan dan kesihatan kepada
semua pihak terutamanya kontraktor.
42

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan mengenai kaedah penyelidikan yang digunakan


dalam mengumpul data bagi tujuan mencapai objektif kajian ini. Objektif kajian ini
adalah :

i. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK dalam


melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina.

ii. Mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah-


masalah yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan SPKK yang
berkesan di tapak bina.
43

3.2 Rekabentuk Penyelidikan

Ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang mana objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan suatu
SPKK berkesan dan apakah pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Oleh itu, dalam kajian ini, pelbagai masalah dan pendekatan yang dikenal pasti.
Borang soal selidik akan diberikan kepada responden. Selepas itu, data akan di
kumpul,di analisis dan laporan bertulis akan dibuat. Responden yang terlibat dalam
kajian ini ditentukan menggunakan teknik pemilihan iaitu Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan tapak yang telah diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP). Senarai nama dan alamat PKK akan diperolehi daripada JKKP yang sedang
berada dalam suatu projek pembinaan.

3.3 Instrumen Kajian

Kaedah penyelidikan berbentuk deskriptif dibuktikan berkesan dan praktikal.


Selain itu, ia juga dapat memudahkan proses pengumpulan data yang bersesuaian
dengan rangka masa penyelidikan. Sebelum soalan soal selidik direka bentuk, semua
maklumat mengenai SPKK termasuklah masalah yang dihadapi oleh PKK dan
pendekatan untuk mengatasi masalah ini dikenal pasti, maklumat ini telah dikumpul
melalui kajian literatur dan sumber sekunder.

Kebaikan yang diperolehi melalui sumber sekunder adalah bersangkutan dengan


masa dan kos (Stewart dan kamins, 1993). Dalam kata nama lain, ia lebih murah
daripada menggunakan penyiasatan sumber primer . Ini akan memudahkan penyelidik
44

untuk mendapatkan maklumat daripada soal selidik untuk dianalisis. Daripada sumber
sekunder, soalan soal selidik telah dibentuk dan diedarkan kepada PKK. Maklumat
kemudian akan dianalisis dan dilaporkan dalam bab IV.

3.4 Lokasi kajian

Pemilihan lokasi kajian adalah di sekitar Johor Baharu sahaja. Pemilihan lokasi
adalah tertumpu kepada lokasi tapak pembinaan yang berjumlah RM20 juta dan ke atas
yang mana mempunyai PKK tapak yang telah diiktiraf oleh JKKP.

3.5 Sampel kajian

Sampel kajian ini melibatkan PKK yang secara aktif terlibat dalam projek
pembinaan bernilai RM20 juta dan keatas. PKK boleh terdiri daripada mereka yang
terlibat dalam projek pembinaan samada projek pembinaan jambatan, infrastruktur,
bangunan tinggi dan sebagainya.
45

3.6 Analisis Data

Data yang diperolehi daripada soalan soal selidik akan dianalisis menggunakan
program SPSS 17.0 for windows. Program SPSS 17.0 for windows ini merupakan alat
yang digunakan untuk menganalisis data deskriptif. Program ini membolehkan
pengiraan frekuensi , peratusan, min, mod, median, sisihan piawai, varians dan sela
yang boleh dilakukan dengan menggunakan program ini. Langkah analisis data
deskriptif secara ringkas adalah seperti berikut :

Masukkan data ke dalam SPSS Data


Editor

Pilih Menu Analyze dan klik pada


Descriptive Statistic dan frequencies
untuk membuka dialog Frequencies

Pilih variable dan klik anak panah untuk


memasukkan ke dalam kotak Variable
(s)

Klik pada butang statistics untuk


membuka kotak dialog Frequencies:
statistics, kemudian klik Mean, Median,
Mode, std, deviation, variance dan range

Klik pada butang continue dan akhirnya


klik pada butang OK

Carta 1: Langkah Analisis SPSS 17.0 for windows


46

BAB IV

DATA ANALISIS

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan hasil analisis daripada pengumpulan data melalui
borang soal selidik bahagian A, B dan C menggunakan SPSS 17.0 for windows
dipersembahkan. Analisis data bagi borang soal selidik bahagian A iaitu maklumat
responden, bagi bahagian B borang soal selidik iaitu masalah-masalah yang dihadapi
oleh PKK tapak dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina, manakala
analisis bagi bahagian C pula membincangkan mengenai pendekatan yang sesuai untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh PKK tapak dalam melaksanakan SPKK yang
berkesan di tapak bina. Pemilihan responden bagi kajian ini iaitu PKK tapak kerana
mereka merupakan golongan profesional dalam hal-hal SPKK, seramai 30 responden
yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan, yang mana hanya sekumpulan
subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden (Chua, 2006).
Struktur kajian dilakukan menggunakan skala pengukuran khas yang mempunyai corak
dan susunan tertentu iaitu skala pengukuran piawai jenis skala likert.
47

4.2 Analisis ke atas data bahagian A borang soal selidik iaitu maklumat
responden

Hasil analisis data bahagian A borang soal selidik iaitu bahagian demografi
responden. Maklumat yang telah diperolehi ialah nama responden, nombor
pengiktirafan daripada JKKP kelayakan akademik, projek pembinaan dan nama
syarikat.

4.2.1 Nombor pendaftaran JKKP

Daripada 30 responden yang dipilih didapati bahawa 100% responden


mempunyai nombor pendaftaran JKKP. Ini telah memenuhi skop penyelidikan yang
mana kajian ini memilih PKK yang telah diiktiraf oleh JKKP sebagai skop responden.

4.3 Analisis ke atas data bahagian B borang soal selidik iaitu masalah-masalah
yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di
tapak bina

4.3.1 Masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK tapak dalam melaksanakan


SPKK yang berkesan di tapak bina
48

Dalam borang kaji selidik, pilihan jawapan bagi mengkategorikan masalah-


masalah yang dihadapi dan pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini telah
diberikan kepada responden berpandukan skala likert seperti berikut :

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju

Jadual 4.1: Skala Likert

Bilangan Responden
Nilai Skala Likert
No Soalan Mi
1 2 3 4 5
. n
1 Kurang Penekanan
mengenai kepentingan
4 6 2 12 6
amalan keselamatan dan
kesihatan dalam (13.3%) (20%) (7%) (40%) (20%) 3.3
merancang dan
3
menjalankan aktiviti-
aktiviti di tapak bina.

2 Pengetahuan yang terhad


mengenai undang-undang,
3 6 2 13 6
akta dan peraturan yang
berkaitan dengan SPKK. (10%) (20%) (7%) (43.3 (20%) 3.4
%) 3
3 Skop kerja seorang PKK 5 16 1 7 1
tapak tidak jelas.
(17%) (53.3% (3.3%) (23.3 (3.3%) 2.4
) %) 3
4 Kurang komitmen pihak
atasan dalam
3 6 2 11 8
melaksanakan SPKK di
tapak bina. (10%) (20%) (7%) (37%) (27%) 3.5
49

0
5 Sumber kewangan yang
terhad untuk melaksanakan
4 9 3 9 5
program keselamatan dan
kesihatan yang dirancang (13.3%) (30%) (10%) (30%) (17%) 3.0
di tapak bina.
7
6 Kadar penglibatan pekerja
yang rendah dalam
4 3 3 14 6
organisasi dalam
menjayakan aktiviti- (13.3%) (10%) (10%) (47%) (20%) 3.5
aktiviti keselamatan dan
0
kesihatan yang
dilaksanakan di tapak bina.

7 Menghadapi kesukaran
dalam mengumpul,
4 12 4 9 1
menganalisi dan mentafsir
data mengenai laporan (13.3%) (40%) (13.3 (30%) (3.3%) 2.7
kemalangan yang berlaku
%) 0
di tapak bina.

8 Kemahiran berkomunikasi
yang terhad dalam
5 8 3 12 2
memberi keterangan
mengenai perkara (17%) (27%) (10%) (40%) (7%) 2.9
keselamatan dan kesihatan
3
kepada kumpulan individu
yang terdiri daripada
pelbagai profesion yang
berbeza di tapak bina.

9 Kesukaran memastikan 4 8 6 9 3
rancangan keselamatan
(13.3%) (27%) (20%) (30%) (10%) 2.9
dan kesihatan disediakan
dan dilaksanakan dengan 7
betul.

Jadual 4.2: Hasil analisis data bahagian B borang soal selidik iaitu masalah-masalah
yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak
bina.
50

4.3.1.1 Kurang penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan


kesihatan dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina

Merujuk kepada jadual 4.2, min yang diperolehi ialah sebanyak 3.33, didapati
bahawa 40% atau 12 responden bersetuju diikuti dengan 20% atau 6 responden masing-
masing berasa tidak setuju dan sangat setuju. Kebanyakkan responden besetuju bahawa
masalah ini dihadapi dalam melaksanakan suatu SPKK di tapak bina. Responden yang
bersetuju dengan masalah ini menyedari bahawa kurang penekanan mengenai amalan
keselamatan dan kesihatan dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak
bina merupakan kewajipan majikan dan sekiranya majikan melaksanakan kewajipan
mereka sepenuhnya, amalan keselamatan dan kesihatan ini akan diamalkan dengan
berkesan dan membantu PKK dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di tapak
bina.

pengurusan atau kontraktor perlu memastikan tanggungjawab dan komitmen


mereka terhadap keselamatan dan kesihatan tidak berkompromi. Ini menunjukkan
bahawa tanggungjawab untuk memastikan amalan keselamatan dan kesihatan
ditekankan dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina bukannya
bergantung sepenuhnya kepada PKK sahaja tetapi juga pihak pengurusan atau
kontraktor. PKK juga perlu memahami dengan jelas apakah tindakan yang sesuai untuk
memastikan amalan keselamatan dan kesihatan ini diaplikasi di setiap aktiviti-aktiviti
yang terlibat. Pada masa yang sama, PKK perlu membantu dan memberi nasihat kepada
majikan agar amalan keselamatan dan kesihatan ini difahami dan merupakan perkara
yang penting untuk dilaksanakan sepanjang tempoh pembinaan.
51

4.3.1.2 Pengetahuan yang terhad mengenai undang-undang, akta dan peraturan


yang berkaitan dengan SPKK di tapak bina

Merujuk kepada jadual 4.2, min yang diperolehi adalah sebanyak 3.43 yang
mana didapati bahawa 43.3% atau 13 responden bersetuju dengan masalah ini manakala
20% atau 6 responden masing-masing tidak setuju dan sangat setuju. Pengetahuan
terhad yang dimiliki oleh PKK sendiri mengenai undang-undang, akta dan peraturan
yang berkaitan dengan SPKK akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan SPKK di
tapak bina. Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan responden bersetuju dengan
pernyataan ini akan memberi kesan kepada pelaksanaan SPKK berkesan di tapak bina.

Keperluan untuk melengkapkan PKK yang terlibat dalam pembinaan dengan


maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan untuk mengalakkan
meglibatan mereka dalam mengenal pasti dan menangani tugas berkaitan isu
keselamatan dan kesihatan adalah penting. Selain itu, PKK juga mestilah mempunyai
pegetahuan dan kemahiran pengawalan risiko melalui SPKK yang berkesan. Ini dapat
membantu majikan mengenalpasti secara proaktif punca kemalangan dan kecederaan ke
atas pekerja.

4.3.1.3 Skop kerja seorang PKK tapak tidak jelas

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 2.43
yang mana didapati bahawa 53.3% atau 16 responden tidak bersetuju bahawa masalah
akan memberi kesan kepada pelaksanaan SPKK oleh PKK diikuti 23.3% atau 7
responden bersetuju dan 17% atau 5 responden sangat tidak setuju. Ini menunjukkan
52

bahawa skop kerja dan tanggungjawab seorang PKK tapak jelas dan telah dinyatakan di
dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan) 1997.

PKK perlulah menyedari bahawa skop kerja seorang PKK adalah sangat luas
dan memerlukan mereka untuk menitikberatkan pengetahuan tambahan untuk
memperbaiki kelemahan dan pengetahuan masing-masing. Oleh itu, tidak ada sebarang
alasan untuk PKK untuk tidak mengetahui tanggungjawab mereka dalam melaksanakan
program keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

4.3.1.4 Kurang komitmen pihak atasan dalam melaksanakan SPKK di tapak


bina

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 3.50
yang mana 37% atau 11 responden bersetuju dengan masalah ini diikuti 27% atau 8
responden yang berpendapat sangat setuju dan 20% atau 6 responden tidak bersetuju.
Ini menunjukkan bahawa komitmen pihak atasan dalam melaksanakan SPKK di tapak
bina penting yang mana komitmen ini dapat dilihat melalui penyediaan polisi
keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

Pelaksanaan SPKK berkesan di tapak bina memerlukan komitmen semua pihak


terutamanya pihak atasan dan perlu bergerak seiring sepanjang proses pembinaan.
Komitmen pihak atasan ini akan mendorong golongan bawahan untuk memandang
serius dasar keselamatan dan kesihatan yang di keluarkan oleh pihak atasan. Tambahan
pula, kurangnya komitmen pihak atasan dalam melaksanakan SPKK akan menjejaskan
53

kesedaran pekerja tentang perlunya tempat kerja yang selamat dan tiada risiko
keselamatan dan kesihatan.

4.3.1.5 Sumber kewangan yang terhad untuk melaksanakan program keselamatan


dan kesihatan yang dirancang di tapak bina

Merujuk kepada Jadual 4.1 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 3.07
yang mana didapati bahawa seramai 30% atau 9 responden daripada jumlah
keseluruhan responden tidak bersetuju dan bersetuju, manakala 17% atau 5 responden
sangat bersetuju diikuti 13.3% atau 4 responden yang sangat tidak bersetuju dan
selebihnya tidak pasti. Ramai responden bersetuju dengan pernyataan ini di mana
sumber kewangan yang terhad untuk melaksanakan pengurusan keselamatan dan
kesihatan di tapak bina penting untuk memastikan program keselamatan dan kesihatan
yang berkesan dapat dilaksanakan dan mestilah menjadi sebahagian daripada jumlah
keseluruhan kos projek.

Program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina


memerlukan peruntukan yang mencukupi kerana program keselamatan dan kesihatan
ini akan bermula dari awal pemilikan tapak projek sehinggalah tamat proses pembinaan.
Aktiviti-aktiviti pembinaan yang unik dan rumit memerlukan peruntukan yang lebih
banyak agar kecederaan dan kemalangan dapat dielakkan.
54

4.3.1.6 Kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi dalam


menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan di tapak bina

Merujuk Jadual 4.2, min yang diperolehi adalah sebanyak 3.50 yang mana
menunjukkan 47% atau 14 responden bersetuju dengan masalah ini, manakala 20% atau
6 responden sangat bersetuju diikuti 13.3% atau 4 responden sangat tidak setuju dan
10% atau 3 responden masing-masing tidak bersetuju dan tidak pasti. Ini menunjukkan
bahawa kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi dalam menjayakan
aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina akan
menjejaskan usaha PKK dalam melaksanakan SPKK berkesan di tapak bina.

Pekerja yang terlibat di tapak bina perlu melibatkan diri dalam setiap program
keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh PKK. Program yang dilaksanakan
adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pekerja mengenai risiko dan
bahaya yang akan dihadapi oleh mereka semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan.

4.3.1.7 Menghadapi kesukaran dalam mengumpul, menganalisi dan mentafsir


data mengenai laporan kemalangan yang berlaku di tapak bina

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, didapati bahawa 2.70 yang mana 40% atau
12 responden tidak bersetuju manakala 30% atau 9 responden bersetuju. 13.3% atau 4
responden masing-masing sangat tidak setuju dan tidak pasti dan hanya seorang
responden sangat bersetuju dengan masalah ini. Ini menunjukkan bahawa, hampir
separuh daripada jumlah responden tidak setuju bahawa kesukaran dalam mengumpul,
55

menganalisi dan mentafsir data mengenai laporan kemalangan yang berlaku di tapak
bina tidak menjejaskan pelaksanaan SPKK di tapak bina kerana dalam AKKP (Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan kewajipan seorang PKK adalah untuk
mengumpul, menganalisis dan menyelenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja.

Oleh itu, sebagai seorang PKK yang kompeten, masalah ini tidak dihadapi
kerana PKK yang kompeten telah menduduki peperiksaan yang dianjurkan oleh
NIOSH. Kejadian keselamatan dan kesihatan perlu diteliti dan dikesan dengan tepat,
melaksanakan analisi pengurusan dan menyediakan laporan untuk menyokong aktiviti
yang dijalankan di tapak bina (Jurnal Master Builder,Oktober 2009).

4.3.1.8 Kemahiran berkomunikasi yang terhad dalam memberi keterangan


mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada kumpulan
individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang berbeza di
tapak bina

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 2.93
yang mana didapati bahawa 40% atau 12 responden bersetuju diikuti 8 responden tidak
bersetuju. Ini menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi yang terhad dalam
memberi keterangan mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada kumpulan
individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang berbeza di tapak bina akan
mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan SPKK oleh PKK di tapak bina.
56

PKK yang mempunyai kemahiran komunikasi yang terhad akan menghadapi


kesukaran untuk menyakinkan individu daripada profesion yang berbeza di tapak bina
mengenai keselamatan dan kesihatan yang dilakasanakan di tapak bina. PKK perlu
mengetahui bahawa maklumat keselamatan dan kesihatan yang disampaikan adalah
kepada golongan pendengar yang berlainan pengalaman, latar belakang, pengetahuan
tahap pendidikan dan juga tahap pendengar. Oleh itu, PKK perlu mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dan luas agar pendengar mendengar, memahami dan seterusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap maklumat yang disampaikan.

4.3.1.9 Kesukaran memastikan rancangan keselamatan dan kesihatan


disediakan dan dilaksanakan dengan betul

Merujuk kepada Jadual 4.1 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 2.97
yang mana 30% atau 9 responden bersetuju diikuti 27% atau 8 responden tidak
bersetuju. Ini menunjukkan bahawa kesukaran memastikan rancangan keselamatan dan
kesihatan disediakan dan dilaksanakan dengan betul kurang memberi kesan kepada
pelaksanaan SPKK di tapak bina oleh PKK.

PKK akan melakukan program keselamatan dan kesihatan berulang kali kerana
sukar untuk memastikan pencapaian setiap pekerja melalui program ini. Terdapat
pelbagai langkah yang boleh diambil oleh PKK dalam memastikan rancangan
keselamatan dan kesihatan disediakan dan dilaksanakan dengan betul iaitu melalui
maklum balas daripada setiap pekerja yang menyertai program ini.
57

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh PKK Tapak Dalam


Melaksanakan SPKK Yang Berkesan Di Tapak Bina.

4
3.50 3.50
3.5 3.33 3.43
3.07
2.93 2.97
3 2.70
2.43
2.5
2
Masalah-Masalah Yang
1.5 Dihadapi Oleh PKK Tapak
Dalam Melaksanakan SPKK
1 Yang Berkesan Di Tapak Bina.
0.5
0
B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9

Rajah 4.1: Masalah-masalah yang dihadapi oleh pkk tapak dalam melaksanakan SPKK
yang berkesan di tapak bina

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh PKK Tapak Dalam Melaksanakan Min


SPKK Yang Berkesan Di Tapak Bina.

Kurang komitmen pihak atasan dalam melaksanakan sistem pengurusan


keselamatan dan kesihatan di tapak bina. 3.50

Kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi dalam menjayakan


aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina. 3.50

Pengetahuan yang terhad mengenai undang-undang, akta dan peraturan yang


berkaitan dengan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan. 3.43
58

Kurang Penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan kesihatan


dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina. 3.33

Sumber kewangan yang terhad untuk melaksanakan program keselamatan dan


kesihatan yang dirancang di tapak bina. 3.07

Kesukaran memastikan rancangan keselamatan dan kesihatan disediakan dan


dilaksanakan dengan betul. 2.97

Kemahiran berkomunikasi yang terhad dalam memberi keterangan mengenai


perkara keselamatan dan kesihatan kepada kumpulan individu yang terdiri
2.93
daripada pelbagai profesion yang berbeza di tapak bina.

Menghadapi kesukaran dalam mengumpul, menganalisi dan mentafsir data


mengenai laporan kemalangan yang berlaku di tapak bina. 2.70

Skop kerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan tapak tidak jelas.
2.43

Jadual 4.3 : Hasil min bagi bahagian B borang soal kaji selidik

Kesimpulannya, merujuk kepada Rajah 4.2 hasil kajian ini menunjukkan lebih
ramai responden yang menghadapi masalah kurangnya komitmen pihak atasan dalam
melaksanakan SPKK dan kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi
dalam menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di
tapak bina. Oleh itu, pihak atasan dan pekerja perlulah lebih memberikan komitmen
sepenuhnya dan menglibatkan diri dalam membantu PKK melaksanakan suatu SPKK
yang berkesan di tapak bina.
59

4.4 Hasil analisis bahagian C borang soal selidik pendekatan yang sesuai untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh PKK tapak dalam
melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina

4.4.1 Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh PKK
tapak dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina

Dalam borang kaji selidik, pilihan jawapan bagi mengkategorikan masalah-


masalah yang dihadapi dan pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini telah
diberikan kepada responden berpandukan skala likert seperti berikut :

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Setuju

Jadual 4.4: Skala Likert

Bilangan Responden
Nilai Skala Likert
No. Soalan 1 2 3 4 5 Min

1 Memberi penekanan
mengenai kepentingan
amalan keselamatan dan
kesihatan dalam 0 0 0 15 15
melaksanakan aktiviti-
(0%) (0%) (0%) (50%) (50%) 4.50
aktiviti di tapak bina untuk
mengurangkan risiko
berlakunya kemalangan.
2 Berusaha untuk
mempelajari undang-
undang, akta dan peraturan
60

yang berkaitan dengan 0 1 0 9 20


SPKK untuk melaksanakan
(0%) (3.3%) (0%) (30%) (67%) 4.60
SPKK yang berkesan.

3 Mengetahui dengan jelas


tanggungjawab sebagai
0 1 0 8 21
seorang PKK tapak.
(0%) (3.3%) (0%) (27%) (70%) 4.63
4 Menekankan bahawa
sokongan pihak atasan
0 0 0 8 22
dalam melaksanakan sistem
pengurusan keselamatan (0%) (0%) (0%) (27%) (73.3% 4.73
dan kesihatan adalah
)
penting.

5 Memastikan peruntukan
kewangan yang mencukupi
0 0 0 12 18
untuk melaksanakan
program pengurusan (0%) (0%) (0%) (40%) (60%) 4.60
keselamatan dan kesihatan
di tapak bina menjadi
sebahagian daripada jumlah
keseluruhan kos projek.

6 Menglibatkan secara aktif


semua pekerja yang terlibat
0 0 0 13 17
dalam projek pembinaan
dengan menubuhkan (0%) (0%) (0%) (43.3% (57%) 4.57
organisasi keselamatan dan
)
kesihatan di tapak bina.

7 Memberi penekanan kepada


pengumpulan, analisis dan
0 0 2 14 14
pentafsiran data
keselamatan dan kesihatan (0%) (0%) (7%) (47%) (47%) 4.40
dalam mempertingkatkan
aspek keselamatan dan
kesihatan.
8 Menekankan kemahiran
berkomunikasi yang baik
0 0 0 12 18
dalam memberi keterangan
mengenai perkara (0%) (0%) (0%) (40%) (60%) 4.60
keselamatan dan kesihatan
61

kepada kumpulan individu


yang terdiri daripada
pelbagai profesion yang
berbeza di tapak bina.

9 Memastikan setiap
perancangan yang telah 0 0 0 13 17 4.57
dilakukan dalam
(0%) (0%) (0%) (43.3%) (57%)
melaksanakan SPKK telah
dilaksanakan dengan betul.

Jadual 4.5: Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pkk
tapak dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina.

4.4.1.1 Memberi penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan


kesihatan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di tapak bina untuk
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan

Merujuk kepada Jadual 4.3 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 4.50
yang mana hasil kajian mendapati bahawa 50% atau 15 responden masing-masing
bersetuju dan sangat setuju dengan memberi penekanan mengenai kepentingan amalan
keselamatan dan kesihatan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di tapak bina untuk
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Amalan keselamatan dan kesihatan ini
penting bagi PKK kerana ianya dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan
terutamanya bagi aktiviti-aktiviti yang rumit dan berbahaya.

Amalan keselamatan dan kesihatan ini perlu dilaksanakan dari peringkat awal
projek sehingga tamat projek pembinaan. Tanggungjawab untuk memastikan amalan
62

keselamatan dan kesihatan ini dilakasanakan bukan sahaja kepada PKK tetapi juga
pekerja yang melakukan aktiviti-aktiviti pembinaan tersebut.

4.4.1.2 Berusaha untuk mempelajari undang-undang,akta dan peraturan yang


berkaitan dengan SPKK untuk melaksanakan SPKK yang berkesan

Merujuk kepada Rajah 4.3 di atas, min yan diperolehi adalah sebanyak 4.60 iaitu
67% atau 20 responden sangat bersetuju dengan pendekatan ini, diikuti 30% atau 9
responden bersetuju dan hanya seorang responden tidak bersetuju iaitu 3.3%. Ini
menunjukkan bahawa PKK sangat bersetuju bahawa pendekatan ini sangat penting
untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dan sedar akan perlunya usaha
untuk mempelajari undang-undang, akta dan peraturan yang berkaitan dengan SPKK
untuk melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina.

PKK perlulah mempunyai inisiatif dalam menambah pengetahuan berkaitan


dengan keselamatan dan kesihatan untuk menghadapi isu-isu baru yang berkaitan
dengan undang-undang,akta dan peraturan. Undang-undang, akta dan peraturan ini
perlulah diketahui,contohnya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta
Kilang dan Jentera 19, akta ini menekankan mengenai tugas-tugas am majikan dan
pekerja dalam hal keselamatan. Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
1994 menekankan bahawa adalah menjadi tugas setiap majikan mempastikan seberapa
yang boleh, keselamatan pekerja-pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem
dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas
kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang selamat.
63

4.4.1.3 Mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai seorang PKK tapak

Hasil analisis menunjukkan bahawa min yang diperolehi adalah sebanyak 4.63
iaitu 70% atau 21 responden sangat bersetuju diikuti 27% atau 8 responden bersetuju
dan hanya seorang responden tidak bersetuju iaitu 3.3%. Ini menunjukkan adalah
penting untuk mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai seorang PKK tapak.

PKK perlu mengetahui apakah tanggungjawab mereka sepanjang proses


pembinaan dan memastikan setiap tanggungjawab ini diperbaiki dari semasa ke semasa
berdasarkan akta yang telah ditentukan dan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang
timbul.

4.4.1.4 Menekankan bahawa sokongan pihak atasan dalam melaksanakan


SPKK adalah penting

Hasil analisis dalam Jadual 4.2, min yang diperolehi adalah sebanyak 4.73
menunjukkan bahawa 73.3% atau 22 responden sangat bersetuju manakala selebihnya
bersetuju dengan pendekatan ini iaitu 27%. Sokongan pihak atasan dalam melaksanakan
SPKK adalah penting dalam membantu PKK di tapak bina.

Sokongan pihak atasan dapat dilihat melalui dasar keselamatan dan kesihatan
yang disediakan di tapak bina. Pihak atasan perlulah dari semasa ke semasa
menjalankan kajian ke atas dasar-dasar keselamatan dan kesihatan yang sedia ada untuk
meninjau sejauh mana dasar-dasar ini telah mencapai tujuan asal ia dirangka dan adakah
64

dasar ini difahami oleh semua pekerja di tapak bina. Dasar keselamatan dan kesihatan
ini, jika didapati perlu, akan dipinda mengikut kehendak dan keadaan semasa supaya
mencapai matlamat untuk mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan
semua majikan dan pekerja melalui pendekatan pengaturan diri.

Oleh itu, pihak atasan (termasuk konsultan-konsultan projek), aspek-aspek


penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, keperihatinan, dasar kerja yang
proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan, dan pengetahuan yang cukup amatlah
diperlukan.

4.4.1.5 Memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk


melaksanakan program pengurusan keselamatan dan kesihatan di
tapak bina menjadi sebahagian daripada jumlah keseluruhan kos
projek

Merujuk kepada Jadual 4.2, min yang diperolehi adalah sebanyak 4.60 yang
mana didapati 60% atau 18 responden sangat bersetuju dan selebihnya bersetuju dengan
memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan program
pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina menjadi sebahagian daripada
jumlah keseluruhan kos projek dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh PKK.

Peruntukan kewangan ini perlulah disediakan semasa proses menyediakan


tender sesuatu projek. Peraturan telah diwujudkan yang mana setiap tender yang
dikemukakan bagi sesuatu projek pembinaan, klausa bagi peruntukan keselamatan dan
kesihatan telah disertakan.
65

4.4.1.6 Menglibatkan secara aktif semua pekerja yang terlibat dalam projek
pembinaan dengan menubuhkan organisasi keselamatan dan kesihatan di
tapak bina

Merujuk pada Jadual 4.2 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 4.57 yang
mana 57% atau 17 responden sangat bersetuju dan selebihnya bersetuju iaitu 43.4%. Ini
menunjukkan dengan menglibatkan secara aktif semua pekerja yang terlibat dalam
projek pembinaan dengan menubuhkan organisasi keselamatan dan kesihatan di tapak
bina secara berterusan dapat membantu PKK dalam melaksanakan SPKK dengan lebih
berkesan. Pekerja yang terlibat dalam organisasi keselamatan dan kesihatan ini akan
dipertanggungjawabkan untuk membantu PKK melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan disamping memastikan setiap pekerja di tapak bina memahami polisi
keselamatan dan kesihatan yang telah dikeluarkan oleh pihak atasan dan memastikan
aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4.4.1.7 Memberi penekanan kepada pengumpulan, analisis dan pentafsiran data


keselamatan dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan
dan kesihatan

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 4.40
yang mana hasil analisis menunjukkan bahawa 47% atau 14 responden masing-masing
bersetuju dan sangat bersetuju manakala 7% atau 2 responden tidak pasti. Memberi
66

penekanan kepada pengumpulan, analisis dan pentafsiran data keselamatan dan


kesihatan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesihatan kurang diberi
penekanan kerana ini merupakan kewajipan PKK seperti yang dinyatakan dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

4.4.1.8 Menekankan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam memberi


keterangan mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada
kumpulan individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang
berbeza di tapak bina

Hasil analisis menunjukkan bahawa 60% atau 18 responden sangat bersetuju


manakala selebihnya bersetuju dengan min yang diperolehi adalah sebanyak 4.60
dengan menekankan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam memberi keterangan
mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada kumpulan individu yang terdiri
daripada pelbagai profesion yang berbeza akan meningkatkan keberkesanan PKK
melaksanakan SPKK di tapak bina.

4.4.1.9 Memastikan setiap perancangan yang telah dilakukan dalam


melaksanakan SPKK telah dilaksanakan dengan betul

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, min yang diperolehi adalah sebanyak 4.57
iaitu 57% atau 17 responden sangat bersetuju manakala selebihnya bersetuju dengan
memastikan setiap perancangan yang telah dilakukan dalam melaksanakan SPKK telah
dilaksanakan dengan betul. PKK perlulah menyediakan rekod yang menunjukkan
67

bahawa setiap perancangan yang telah dilakukan telah dilaksanakan dan melibatkan
semua pekerja serta dimaklumkan kepada pihak atasan.

Pendekatan Yang Sesuai Untuk Mengatasi Masalah Yang Dihadapi


Oleh PKK Tapak Dalam Melaksanakan SPKK Yang Berkesan Di
Tapak Bina.
4.8
4.73
4.7
4.63
4.6 4.6 4.6
4.6 4.57 4.57
4.5 Pendekatan Yang Sesuai Untuk
4.5 Mengatasi Masalah Yang
4.4 Dihadapi Oleh PKK Tapak
4.4 Dalam Melaksanakan SPKK
Yang Berkesan Di Tapak Bina.
4.3

4.2
C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9

Rajah 4.2: Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
PKK tapak dalam melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina

Pendekatan Yang Sesuai Untuk Mengatasi Masalah Yang Dihadapi


Oleh PKK Tapak Dalam Melaksanakan SPKK Yang Berkesan Di
Min
Tapak Bina.

Menekankan bahawa sokongan pihak atasan dalam melaksanakan sistem


pengurusan keselamatan dan kesihatan adalah penting. 4.73
68

Mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai seorang pegawai


keselamatan dan kesihatan tapak. 4.63

Berusaha untuk mempelajari undang-undang,akta dan peraturan yang


berkaitan dengan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan untuk
4.60
melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan.

Memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan


program pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina menjadi 4.60
sebahagian daripada jumlah keseluruhan kos projek
Menekankan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam memberi
keterangan mengenai perkara keselamatan dan kesihatan kepada kumpulan
4.60
individu yang terdiri daripada pelbagai profesion yang berbeza di tapak
bina.
Menglibatkan secara aktif semua pekerja yang terlibat dalam projek
pembinaan dengan menubuhkan organisasi keselamatan dan kesihatan di
4.57
tapak bina.

Memastikan setiap perancangan yang telah dilakukan dalam melaksanakan


sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan telah dilaksanakan dengan
4.57
betul.

Memberi penekanan mengenai kepentingan amalan keselamatan dan


kesihatan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di tapak bina untuk
4.50
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

Memberi penekanan kepada pengumpulan, analisis dan pentafsiran data


keselamatan dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan dan
4.40
kesihatan.
69

Jadual 4.6 : Hasil min bagi bahagian C borang soal kaji selidik

Kesimpulannya, merujuk kepada Rajah 4.2 hasil kajian ini menunjukkan


responden sangat bersetuju dengan menekankan sokongan pihak atasan dalam
melaksanakan SPKK adalah penting yang mana mencatat jumlah min paling tinggi
berbanding pendekatan yang lain. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa
responden sangat bersetuju dengan pendekatan yang dinyatakan.
70

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian terakhir dalam kajian ini. Kesimpulan yang dibuat
akan merangkumi keseluruhan penyelidikan yang telah dijalankan dan penemuan hasil
daripada analisis kajian yang telah dibuat didalam bab IV. Cadangan kajian lanjutan
juga dikemukakan berserta dengan masalah yang dihadapi oleh penyelidik sepanjang
tempoh penyelidikan ini.

5.2 Kesimpulan Kajian

Pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan di tapak bina penting


kerana sektor pembinaan lebih berisiko mengalami kemalangan maut berbanding sektor
71

lain yang hanya membabitkan kehilangan keupayaan sementara atau secara kekal.
Setiap projek pembinaan mestilah menepati piawaian perlindungan serta pencegahan
kemalangan.

Setiap projek yang berskala besar melebihi RM20 juta perlu melantik PKK
sepertimana yang telah dinyatakan didalam AKKP 1994, Peraturan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997, manakala bagi projek
kecil atau kurang dari jumlah RM20 juta, pihak pengurusan syarikat perlu mewujudkan
jawatankuasa keselamatan bagi memantau keselamatan kawasan tapak bina.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi


oleh PKK dalam usaha melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina dan
mengenalpasti apakah pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Sebelum
mengetahui suatu SPKK itu dilaksanakan dengan berkesan di tapak bina, perlulah
mengetahui apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh PKK dalam melaksanakan
pengurusan keselamatan dan kesihatan. Barulah pendekatan dapat dikenal pasti untuk
menyelesaikan masalah ini.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap masalah yang dihadapi oleh
PKK dalam usaha melaksanakan SPKK yang berkesan di tapak bina, didapati PKK
berpendapat kurangnya komitmen pihak atasan dalam melaksanakan SPKK dan kadar
penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina perlu ditingkatkan manakala
PKK kurang bersetuju mengenai skop kerja seorang PKK yang tidak jelas akan
menjejaskan pelaksanaan SPKK kerana kewajipan PKK telah dinyatakan didalam
AKKP (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 .
72

Kajian terhadap pendekatan yang dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah


ini, didapati pendekatan dengan memberi penekanan bahawa sokongan pihak atasan
dalam melaksanakan SPKK berkesan adalah penting dan PKK bersetuju bahawa ianya
perlu untuk membantu mereka melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di
tapak bina dan bagi pendekatan pengumpulan, analisis dan pentafsiran data keselamatan
dan kesihatan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesihatan kurang
ditekankan.

Secara keseluruhannya, PKK menghadapi masalah dalam kurangnya komitmen


pihak atasan dalam melaksanakan SPKK dan kadar penglibatan pekerja yang rendah
dalam organisasi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan di tapak bina. Masalah ini perlu diselesaikan dengan menggunakan
pendekatan yang lebih berkesan. Ini kerana pengurusan keselamatan dan kesihatan
bermula dari pihak atasan dan merupakan pihak yang berkuasa dalam menjayakan
SPKK manakala pekerja pula merupakan penggerak utama dalam aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan di tapak bina.

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa penyelidikan dijalankan

Antara masalah yang dihadapi penyelidik semasa penyelidikan dijalankan ialah


penyelidik kurang mengetahui apakah masalah-masalah yang sebenarnya dihadapi oleh
PKK dalam melaksanakan SPKK di tapak bina yang mana masih terdapat kemalangan
yang berlaku walaupun program keselamatan dan kesihatan telah pun dilaksanakan di
tapak bina. Oleh itu, penyelidik telah membuat temu bual awalan bersama beberapa
PKK untuk mendengar pendapat mereka mengenai kajian ini dan masalah yang mereka
73

hadapi dalam melaksanakan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina dan
menjalankan kewajipan sebagai seorang PKK yang kompeten.

5.4 Cadangan kajian lanjutan

Setelah penyelidikan yang dibuat mengenai masalah yang dihadapi oleh PKK
dalam melaksanakan suatu SPKK berkesan di tapak bina dan pendekatan yang sesuai
untuk mengatasi masalah ini berjaya dilaksanakan, penyelidik ingin membentangkan
dua (2) cadangan penyelidikan lanjutan pada masa hadapan.

i. Kajian mengenai pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak


bina dengan memberi fokus kepada penglibatan sub-kontraktor yang terlibat
secara langsung dalam aktiviti-aktivti di tapak bina. Ini bertujuan untuk melihat
sejauh mana penglibatan sub-kontraktor dalam program keselamatan dan
kesihatan yang dilaksanakan oleh PKK

ii. Menjalankan kajian mengenai tahap pengetahuan PKK tentang keperluan


undang-undang berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
PKK mungkin memberi fokus kepada pengurusan program keselamatan dan
kesihatan yang dijalankan di tapak bina, tetapi tidak sedar adakah apa yang telah
dilakukan dalam melaksanakan pengurusan keselamatan dan kesihatan ini telah
mematuhi undang-undang keselamatan dan kesihatan.
74

5.5 Penutup

Kesimpulannya, objektif kajian ini telah tercapai setelah kaedah kajian


dilaksanakan mengikut skop kajian yang ditetapkan. Dalam rumusan semua aspek
dirangkumkan bagi melihat kejayaan perlaksanaan kajian manakala cadangan kajian
lanjut bertujuan untuk menilai semula kelemahan semasa melakukan kajian memastikan
suatu SPKK berkesan dilaksanakan di tapak bina.
75

RUJUKAN

Abdul Aziz Hussin, 2001. “ Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina ”[online].


Diperolehi daripada:
http://www.hbp.usm.my/aziz/keslmtanpkerja.htm [Dicapai 16 Disember
2009]
Barber, Jonn., 2002. Health and Safety in Construction. Guidance for
Construction Professionals, Thomas Telford Limited, iii.
Boley, W. Jack., 1977. A Guide To Effective Industrial Safety. Gulf
Publishing Company. 1st edition. Book Division, Houston, Texas, 37.
Che Siah Bte Romly, 1994. Buletin komunikasi Berkesan. Komunikasi
Berkesan Dalam Organisasi [online]: Tinjauan. 1-9. Diperolehi daripada
: http://www.scribd.com/doc/6513938/Komunikasi-
Berkesan?secret_password=&autodown=pdf [Dicapai 16 Disember
2009]
Construction Safety Management Guide,1999. Best Practice Guidelines in the
Management of Health and Safety in Construction. Site Safe New
Zealand, 22 The Terrace Wellington, New Zealand.[online]. Diperolehi
daripada :
http://www.osh.dol.govt.nz/order/catalogue/ipp/const-safety-mgmt.pdf
[Dicapai 4 Julai 2009]
Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Buku 1.
Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, 201, 232.
Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Buku 2. Asas
Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill, 11-13.
Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), 2006. “Safety And
Health Assessment System In Constructions”, 1-43.
76

Bernama, 2009. “Perbelanjaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


Perlu Dikekalkan”[online]. Diperolehi daripada:
http://pemudasarawak.wordpress.com/2009/01/31/perbelanjaan-
keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-perlu-dikekalkan/ [Dicapai 20
September 2009]
Berita Harian, 2006. “Kontraktor Diwajib Sedia Klausa Keselamatan,
Kesihatan dalam Tender” [online]. Diperolehi daripada:
http://www.kkr.gov.my/ms/node/3091 [Dicapai 11 Oktober 2009]
Dr. S. K. Jain. 2007. Meeting the Challenges in Industrial Safety Management in
Construction Works [online]. Diperoleh daripada:
http://www.npcil.nic.in/pdf/Endowment%20lecture%20by%20CMD-
1.pdf [Dicapai 10 November 2009]
Dennis, Pascal., 1997. Quality, Safety and Environment. Synergy in the 21st
century, ASOC.
D.Reese. Charles, Edison. James Vernon., 2006. Handbook Of OSHA
Construction Safety and Health. Taylor & Francis Group, 68.
Dr.Naoum. S.G., 2007. Dissertation Research & Writting For Construction
Students, Butterworth-Heinemann: 43- 58.
Harian Metro, 2009. Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
67,000 Nahas Di Tempat Kerja [online]. Diperolehi daripada:
http://www.hmetro.com.my/CurrentNews/myMetro/Friday/Setempat/20
090508065945/Article/index.html [Dicapai 7 November 2009]
Ismail Bahari, 2006. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Mc
Graw Hll, Bab 7: 75-84.
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, 2009.
Kementerian Sumber Manusia [online]. Diperolehi daripada:
http://www.hmetro.com.my/Current_New?myMetro/Friday/Setempat/20
09050865945/Article/index_html. [Dicapai 20 November 2009]
Johari Ismail,2009. Pengurusan Keselamatan [online]. Diperolehi daripada:
http://ohscorner.blogspot.com/2009/03/pengurusan-keselamatan-dan-
polisi.html [Dicapai 6 September 2009]
77

L. Geotsch, David., 2003. Construction Safety and Health. New Jersey,


Columbus, Ohio. 33-40.
MOHD ASRUL BIN RAFIN @ SHAFIEN, 2005. Keselamatan Dan
Kesihatan Di Malaysia-Kajian Pematuhan Peraturan Di Syarikat
Terpilih. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
MOHD ARIFF BIN RAHMAT, 2008. Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
MOHD SHAHFIQ HALIDIN, 2006. Budaya Keselamatan Dan Kesihatan Di
Tapak Bina. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Mohammad Zainal, 2009. “ Isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
di Malaysia” [online]. Diperolehi daripada:
http://ohscorner.blogspot.com/2009/03/pengurusan-keselamatan-dan-
polisi.html [Dicapai 2 September 2009]
National Institute Of Occupational Safety And Health (Malaysia), 2010.
Ministry Of Human Resourse, Malaysia [online]. Diperolehi daripada:
http://www.niosh.com.my/training/index.html [Dicapai 18 September
2009]
Nelson & Associates, 1993.“ Construction Safety Management”[online].
Diperolehi daripada:
http://www.hazardcontrol.com/construction.html.
[Dicapai 12 September 2009]
NIOSH Certification Sdn Bhd (NCSB). 2004-2009.
Malaysia Standard, MS 1722 : OSHMS. NCSB Malaysia [online].
Diperolehi daripada:
http://www.ncsb.com.my/?page_id=291. [Dicapai 5 Oktober 2009]
NIOSH, 2007. “Pengerusi NIOSH pada Seminar Pelancaran Kesedaran
Keselamatan dan Kesihatan ”[online]. Diperolehi daripada:
http://www.niosh.com.my/info/fyi/fyi2007/DEC%2007.PDF [Dicapai 20
Oktober 2009]
Organizing For Project Management, 2009[online]. Diperolehi daripada:
http://pmbook.ce.cmu.edu/02_Organizing_For_Project_Management.ht
ml. [Dicapai 14 September 2009 ]
78

OSHA Fact Sheet, 2008. Effective Workplace Safety and Health Management
System [online]. Diperolehi daripada:
http://www.osha.gov/Publications/safety-health-management-
systems.pdf [Dicapai 12 September 2009]
Petersen, Dan., 1971. Techniques of Safety Management. McGRAW-HILL
BOOK COMPANY, 15.
Reese. D. Charles Edison. V, James., 1999. Handbook of OSHA Construction
Safety and Health [online]. Lewis Publisher Is an imprint of CRC Press
LLC. Diperolehi daripada:
http://books.google.com.my/books?id=aOsdhB2y6zkC&pg=PP171&lpg
=PP171&dq=safety+and+health+management+for+construction&source
=bl&ots=kjHrv9vj5q&sig=KAK_Sy7_1AP4jcwgFLHpVeXCvEs,&hl=
ms&ei=N4i0St-
LGZSI6wPg4JjTCQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=10#v=
onepage&q=safety%20and%20health%20management%20for%20constr
uction&f=true [Dicapai 17 Disember 2009]
Rehda Bulletin, 2009. Towards Sustainable Development. Safety And Health
Assessment System In Construction (SHASSIC). 4 [online]. Diperolehi
daripada:
http://www.rehda.com/bulletin/09/bulletin-0901.pdf [Dicapai 17
Disember 2009]
Risiko di Tapak Bina, 2008 [online]. Diperolehi daripada:
http://www.buildingsurveymalaysia.com/2008/04/risiko-di-tapak-
pembinaan.html. [Dicapai 2 September 2009]

Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, 2009.


Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, “Towards Safe And
Healthy Working Culture”[online]. Diperolehi daripada:
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&i
d=272&Itemid=161. [Dicapai 12 September 2009]
Undang-Undang Malaysia, 2006. Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, MDC Publishers Sdn Bhd, 103-104.
79

Utusan Malaysia Online, 2009 [online]. Diperolehi daripada:


http://www.Utusan Malaysia Online – Dalam Negeri.mht [Dicapai 2
September 2009]
YB Datuk Seri Dr Fong Chan Onn ,2007. Menteri Sumber Manusia., “Seminar
Perdana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan[online]. Diperolehi
daripada:
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&i
d=272 &Itemid=161 [Dicapai 14 September 2009]
80

LAMPIRAN 1

UTM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jabatan Ukur Bahan


Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

PROJEK SARJANA MUDA 1 (FIRST DEGREE PROJECT)

Borang Soal Selidik

“ Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Berkesan di tapak Bina Dari Pandangan


Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Tapak”

Objektif Kajian: i) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Pegawai


Keselamatan dalam melaksanakan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan yang berkesan di tapak bina.

ii) Mengenal pasti pendekatan yang sesuai dalam mengatasi


masalah-masalah yang dihadapi oleh Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan tapak dalam melaksanakan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan yang berkesan di tapak bina.

NAMA : MAUREEN AMBROSE


NO IC : 870920-49-6002
NO MATRIK : AB070092
PENYELIA : PROF. MADYA DR. ROSLAN BIN AMIRUDIN
81

BAHAGIAN A

Maklumat responden.

Nama:

No.Pendaftaran JKKP:

Kelayakan Akademik:

Projek Pembinaan:

Nama/Cop Syarikat:
82

BAHAGIAN B

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pegawai keselamatan dan kesihatan tapak


dalam melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan
di tapak bina.

Sila tandakan  di ruang yang telah disediakan.

Nilai Skala Penerangan


1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Masalah 1 2 3 4 5
Kurang Penekanan mengenai kepentingan amalan
keselamatan dan kesihatan dalam merancang dan
menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak bina.

Pengetahuan yang terhad mengenai undang-undang, akta


dan peraturan yang berkaitan dengan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan.

Skop kerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan


tapak tidak jelas.

Kurang komitmen pihak atasan dalam melaksanakan sistem


pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

Sumber kewangan yang terhad untuk melaksanakan program


keselamatan dan kesihatan yang dirancang di tapak bina.

Kadar penglibatan pekerja yang rendah dalam organisasi


dalam menjayakan aktiviti-aktiviti keselamatan dan
kesihatan yang dilaksanakan di tapak bina.
83

Menghadapi kesukaran dalam mengumpul, menganalisi dan


mentafsir data mengenai laporan kemalangan yang berlaku
di tapak bina.

Kemahiran berkomunikasi yang terhad dalam memberi


keterangan mengenai perkara keselamatan dan kesihatan
kepada kumpulan individu yang terdiri daripada pelbagai
profesion yang berbeza di tapak bina.

Kesukaran memastikan rancangan keselamatan dan


kesihatan disediakan dan dilaksanakan dengan betul.

BAHAGIAN C

Pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pegawai
keselamatan dan kesihatan tapak dalam melaksanakan sistem keselamatan dan
kesihatan yang berkesan di tapak bina.

Sila tandakan  di ruang yang telah disediakan.

Nilai Skala Penerangan


1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju
84

Pendekatan 1 2 3 4 5
Memberi penekanan mengenai kepentingan amalan
keselamatan dan kesihatan dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti di tapak bina untuk mengurangkan risiko berlakunya
kemalangan.

Berusaha untuk mempelajari undang-undang,akta dan


peraturan yang berkaitan dengan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan untuk melaksanakan sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan.

Mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai seorang


pegawai keselamatan dan kesihatan tapak.

Menekankan bahawa sokongan pihak atasan dalam


melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
adalah penting.

Memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk


melaksanakan program pengurusan keselamatan dan
kesihatan di tapak bina menjadi sebahagian daripada
jumlah keseluruhan kos projek.

Menglibatkan secara aktif semua pekerja yang terlibat


dalam projek pembinaan dengan menubuhkan organisasi
keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

Memberi penekanan kepada pengumpulan, analisis dan


pentafsiran data keselamatan dan kesihatan dalam
mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesihatan.

Menekankan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam


memberi keterangan mengenai perkara keselamatan dan
kesihatan kepada kumpulan individu yang terdiri daripada
pelbagai profesion yang berbeza di tapak bina.

Memastikan setiap perancangan yang telah dilakukan dalam


melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
telah dilaksanakan dengan betul.
85

Jika terdapat sebarang cadangan dan pandangan mengenai kajian ini, sila nyatakan di
bawah ;

Anda mungkin juga menyukai