Anda di halaman 1dari 16

KERTAS CADANGAN

PROJEK TAHUN AKHIR 1

MEREKABENTUK SEBUAH SISTEM SESALUR UDARA


BAGI MENGUJI PEREDARAN UDARA DENGAN
MENGGUNAKAN ASAP

MUHAMAD ARIF AIMAN BIN AMIR


(K92MPP19D006)
MUHAMMAD AKMAL BIN ZAMRI
(K92MPP19D001)
BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN SISTEM SESALUR UDARA

Bangunan-bangunan besar kebanyakkannya menggunakan sistem sesalur udara


sebagai sistem penyamanan udara untuk disalurkan ke setiap ruangan di dalam bangunan
tersebut. Sebagai contoh bangunan seperti pasaraya yang kebanyakkan menggunakan
sistem sesalur udara. Dengan ini, salah satu sebab mengapa banyak pasaraya
menggunakan sistem sesalur udara berbanding unit pisah kerana ia tidak sesuai digunakan
pada ruangan yang terlalu besar serta sistem sesalur udara ini mempunyai jangka hayat
yang lebih lama. Selain itu, sistem sesalur udara juga diperbuat daripada beberapa jenis
material iaitu aluminium, ‘Galvanized steel’, ‘Flexible ducting’ dan ‘Fabric ducting’.

Projek yang ingin dilaksanakan oleh kami ialah sebuah sistem sesalur udara
dengan menguji pengedaran udara dengan menggunakan asap. Asap adalah sesuatu
bahan untuk menunjukkan cara peredaran udara di dalam sesalur udara. Hal ini dapat
memudahkan pelajar PPU untuk belajar tentang pengedaran udara di dalam sesalur udara
tersebut.
1.1 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek inovasi sistem sesalur udara menggunakan asap ini adalah salah satu
rekabentuk yang dibangunkan bagi menguji peredaran udara didalam sesalur udara dengan
menggunakan asap. Udara yang melalui sistem sesalur udara tidak dapat dilihat dengan
menggunakan mata kasar ,hanya boleh diukur dengan menggunakan flowhood meter untuk
merekodkan hadlaju udara yang melalui pembaur. Oleh itu , rekabentuk inovasi projek ini
sangatlah berbaloi untuk proses pdpc malah membantu juruteknik melihat corak udara yang
melalui sesalur udara.

1.2 PENYATAAN MASALAH

i. Sesalur udara yang sedia ada terlalu besar untuk pelajar membuat baikpulih
ii. Tidak dapat melihat peredaran udara di dalam sistem sesalur udara dengan
menggunakan mata kasar.

1.3 OBJEKTIF

i. Merekabentuk sebuah sistem sesalur udara yang bersaiz kecil bagi memudahkan
pelajar melaksanakan amali dan membaikpulih sistem sesalur udara
ii. Membangunkan sebuah sistem sesalur udara bagi menganalisis corak pattern
udara yang melalui di dalam sesalur udara

1.4 KEPENTINGAN PROJEK

Rekabentuk projek dapat memberikan impak yang baik dimana ia dapat dijadikan
model untuk pensyarah menjalankan aktiviti pdpc. Selain itu, ilmu lebih mudah disampaikan
dan lebih efektif apabila pelajar dapat memahami aliran sesuatu yang hendak disampaikan
daripada proses bayangan. Hal ini membolehkan pelajar sentuh dan lihat dengan mata
kasar peredaran udara dan bentuk-bentuk udara yang melalui sesalur udara. Oleh itu pelajar
dapat membina kognitif dan psikomotor dalam proses pdpc.
1.5 SKOP PROJEK

i. Sasaran lokasi yang disasarkan ialah di bengkel PPU Kolej Vokasional Kulim.
ii. Bagi pelajar tahun 3 yang mengambil modul DMC 1313 dapat menguji dan
membaikpulih dengan mudah.
iii. Projek ini mudah alih, dan saiznya tidak terlalu besar untuk dijadikan model
pembelajaran.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini dapat mengetahui dengan lebih lanjut dengan berkenaan
projek dan menggambarkan projek yang akan dibina. Selain itu, bab ini juga menerangkan
berkenaan latar belakang kajian, penyataan masalah, objektif projek, kepentingan kajian dan
skop kajian.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Bab ini mengandungi maklumat perbincangan mengenai kajian-kajian mengenai


sistem sesalur udara serta menguji pengedaran udara. Dengan adanya kajian ini ia dapat
membantu menyokong penghasilan rekabentuk projek yang hendak dihasilkan.

2.1 DEFINISI SISTEM SESALUR UDARA

Sistem sesalur udara ialah sebuah sistem sesalur yang boleh digunakan sebagai
pengudaraan, dan penyaman udara (HVAC) untuk menghantar dan menggerakkan udara.ke
setiap ruangan atau bilik yang ingin disalurkan udara. Sistem sesalur udara banyak
digunakan di dalam bangunan-bangunan besar seperti pasaraya.

2.2 KOMPONEN SESALUR UDARA

2.2.1 AIR HANDLING UNIT (AHU)

Unit pengendalian udara (AHU) adalah salah satu peralatan yang paling banyak
dikendalikan dalam bangunan komersial yang besar. Peranti ini biasanya disesuaikan dan
tidak mempunyai penyepaduan sistem berkualiti, yang boleh mengakibatkan kegagalan
perkakasan dan ralat pengawal.
2.2.2 DIFFUSER( PEMBAUR)

Fungsi pengudaraan dan kebolehlaksanaan ekonomi sistem pengudaraan


penyebar udara gabungan (CAV), di mana bukaan udara ekzos dan bukaan udara bekalan
digabungkan menjadi satu modul. Ujian mock-up dan dinamik bendalir pengiraan (CFD)
telah digunakan untuk mengenal pasti sifat CAV.

2.2.3 DUCTING (SESALUR UDARA)

Sistem saluran udara yang menyejukkan aliran udara dengan menggunakan TEM
(modul termoelektrik). Sistem ini ditetapkan sebagai sistem TE-AD (saluran udara
termoelektrik) yang terdiri daripada dua puluh empat TEM bersama-sama sink haba dan
kipas untuk peredaran udara.
2.2.4 HALAJU UDARA

Halaju di lantai dipengaruhi oleh kadar aliran ke bilik, perbezaan suhu dan jenis
peresap. Aliran berstrata pada nombor Archimedes yang lebih besar daripada empat. Artikel
tersebut memberikan ungkapan untuk taburan halaju yang hampir dengan lantai.

2.3 PERBANDINGAN SESALUR UDARA DI PASARAN DAN PROJEK YANG AKAN


DIHASILKAN

JADUAL 2.1 Perbandingan Sesalur Udara di pasaran dan projek yang dihasilkan

PASARAN SPESIFIKASI PROJEK YANG DIHASILKAN

LAKARAN

HARGA
Secara kekal, Tetap KEDUDUKAN Mudah alih,
(rekabentuk)
Besar SIZE Kecil
415 v VOLTAN 240 v
3 Fasa FASA 1 Fasa
2.4 KESIMPULAN KAJIAN LITERATUR

Kesimpulan yang terdapat di dalam bab 2 ini adalah dapat mencari maklumat di
dalam jurnal dan membuat kajian tentang bahan-bahan yang diguna di dalam sistem sesalur
udara.
BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN REKABENTUK

Bab ini membincangkan tentang proses menjalankan kajian yang terdiri daripada
rekabentuk kajian, rekabentuk projek, dan kaedah penganalisis projek.
Sehubungan dengan itu dalam penghasilan projek ini, beberapa aspek yang perlu
difahami agar dapat menghasilkan projek yang amat berkualiti tinggi. Asap yang dijadikan
sebagai medium pengesan udara yang beredar di dalam sesalur udara ini.
3.1 CARTA GANTT PROJEK

JADUAL 3.1: Carta Gantt


3.2 CARTA ALIR PROJEK

Carta alir untuk melaksanakan kerangka kerja. Dengan adanya carta alir, projek
dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan.

Rajah 3.1 Carta


alir projek
3.3 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah kaji selidik secara pemerhatian dengan menggunakan


soal kaji selidik dan kajian rekabentuk projek. Seramai 21 orang responden telah dipilih.
sampel diambil daripada kalangan pelajar tahun 3 dan beberapa orang pensyarah di
bengkel teknologi penyejukan dan penyamanan udara di Kolej Vokasional Kulim. Kajian kaji
selidik ini berkaitan punca utama permasalahan tiada bahan contoh yang kecil untuk pdp
yang dijalankan bagi memudahkan pembelajaran. Seterusnya, kajian kaji selidik mengenai
kepuasaan pengguna.

3.3.1 KAEDAH KAJIAN

Bagi kajian kaji selidik berkaitan 3 punca utama telah dikenalpasti hasil
perbincangan dan pemerhatian awal yang diringkaskan menggunakan analisis ‘google
form’. Analisis ‘google form’ digunakan bagi mengenalpasti punca masalah yang boleh
dihadapi dan penyelesaian masalah bagi mengurangkan permasalahan yang timbul. Melalui
dapatan analisis permasalahan bagi kajian ini yang telah diskopkan oleh pengkaji sebagai
faktor kepada rekabentuk kajian iaitu dari aspek mengurangkan masa, memudahkan
penggunaan dan kaedah dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
3.5 SENARAI PERALATAN DAN BAHAN

JADUAL 3.2 Senarai peralatan

Bil. Alatan Fungsi


1. Untuk memotong papan perspek

Pisau pemotong perspek


2. Untuk mengukur binaan sudut 90

Sesiku L
3. Untuk mengukur panjang binaan

Pita pengukur
4. Melekatkan dan mencantumkan sesuatu objek

Hot glue gun


JADUAL 3.3 Senarai bahan

Bil Bahan Fungsi


1. Berfungsi sebagai kerangka projek

Perspex
2. Berfungsi sebagai untuk menyalurkan udara

Kipas peltier

3. Sebagai medium pengerakkan udara di dalam


sesalur udara

Ubat nyamuk
3.6 SENARAI KOS

Jadual 3.6 : Anggaran kos projek

Bil Perkara Kuantiti/Set Kos seunit Jumlah Kos


(RM)
1 Perspex 10 meter RM 80.00 RM 80.00
2 Hot glue gun 1 RM 10.00 RM 10.00
3 Pisau pemotong 1 RM 15.00 RM 15.00
perspex
4 Kipas angin peltier 1 RM 25.00 RM 25.00
5 Ubat nyamuk 1 kotak RM 2.50 RM 2.10
JUMLAH RM 132.10

Anda mungkin juga menyukai