Anda di halaman 1dari 6

MUHAMMAD DANIAL IMAN BIN NOR HASHIMY

MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL AMAN

APLIKASI TEKNOLOGI NUKLEAR

Pada era pemodenan ini, pelbagai teknologi telah diciptakan untuk

kemudahan manusia sejagat. Antara cabang teknologi terkini yang kita dapat lihat

dan kita ketahui ialah teknologi nuklear. Nuklear ialah sebuah tenaga yang

dikenali sebagai atom atau tenaga yang mengikat sesebuah nukleus atom. Atom

pula terbahagi kepada tiga zarah subatom yang dipanggil Elektron, Neutron dan

Proton. Nuklear ditemui oleh seorang ahli fizik bernama Henry Bacquerrel yang

berasal dari Perancis. Beliau menemuinya pada tahun 1896 apabila beliau

mendapati kepingan fotografi yang disimpannya dalam keadaan gelap berdekatan

dengan Uranium telah bertukar menjadi hitam seperti kepingan Sinar-X. Terdapat

tiga jenis sinar iaitu sinar alfa, sinar beta dan sinar gama.

Pelbagai teknologi nuklear yang boleh diaplikasikan termasuk dalam bidang

pertanian. Penyelidikan tentang teknologi nuklear telah dijalankan dari pelbagai

negara termasuk negara Malaysia dan Indonesia. Pihak penyelidik negara berusaha

untuk menyelidik teknik nuklear yang dapat diaplikasikan untuk kegiatan pertanian.

Antara salah satu aplikasi yang kita dapat gunakan ialah menentukan kadar

penyerapan baja fosfat dalam tumbuhan. Aplikasi ini menggunakan sinar beta yang

dipancarkan oleh pereputan nukleus fosforus-32. Justeru, sinar beta ini dapat memberi

impak negatif kepada serangga dan kumbang.Misalnya, pembunuhan dan pemandulan

1
kepada serangga perosak yang dapat mengawal populasi serangga. Menurut

Persatuan Nuklear Sedunia sepuluh juta pesakit di dunia dirawat dengan ubat nuklear

setiap tahun dan lebih daripada 10,000 hospital menggunakan isotop radioaktif dalam

rawatan mereka.Tenaga atom dalam perubatan boleh didapati di x-ray atau dalam

rawatan yang sama pentingnya dengan radioterapi, digunakan secara meluas dalam

kanser.Menurut Institut Kanser Kebangsaan, "terapi radiasi adalah rawatan kanser yang

menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser dan mengurangkan

tumor.".

Perubatan Nuklear adalah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi

untuk memperolehi maklumat berdasarkan imej mengenai anatomi manusia dan fungsi

organ-organ tertentu pada semua peringkat umur. Ia adalah suatu diagnosis yang

primer, dengan itu sebarang penyelidikan dengan kos yang tinggi untuk sesuatu jenis

penyakit boleh diabaikan. Perubatan Nuklear boleh di definisikan sebagai

pendiagnosan dan rawatan penyakit yang melibatkan penggunaan “artificial

radioisotope” . Definisi ini bukan sahaja merangkumi prosedur untuk diagnosis klinikal

dan penyelidikan secara in vivo tetapi juga digunakan di dalam prinsip radioimunoasei

dan penyelidikan secara in vitro. Tekniknya amat sensitif kerana ia dapat mengesan

pada peringkat 3% sebarang keabnormalan fisiologi badan. Sebagai contoh, ia dapat

mengesan penyakit arteri koronari pada peningkat awal yang sebaliknya tidak dapat

dikesan oleh Elektrokardiograf. Sebaliknya teknik radiologi hanya dapat mengesan

apabila penyakit itu telah meningkat kepada 45%. Tambahan pula teknik sinar-X hanya

dapat menunjukkan struktur secara anatomi organ tetapi skan nuklear dapat

memberikan maklumat mengenai fisiologi dan biokimia organ tersebut. Perubatan

2
Nuklear adalah sangat selamat kerana penyurih radioaktif atau radiofarmaseutikal yang

biasa digunakan iaitu Technetium (Tc-99m) cepat dikumuhkan dari badan melalui

fungsi semulajadi.

Teknologi nuklear juga dapat diaplikasikan sebagai suatu pertahanan untuk

menjaga keamanan dan keharmonian negara.Antara teknologi nuklear untuk

pertahanan ialah penciptaan senjata nuklear. Senjata nuklear adalah senjata yang

mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang

besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear

hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh

Amerika Syarikat terhadap bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki.Negara

kuasa nuklear adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik

Rakyat China, India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai

senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia

memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear

untuk lebih terperinci.Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara

seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik,

dan peluru berpandu balistik antara benua.

Loji kuasa nuklear menghasilkan tenaga bersih. Menurut National Geographic

Society, mereka boleh dibina di kawasan luar bandar atau bandar tanpa mempunyai

impak alam sekitar yang besar.Walaupun, seperti yang telah kita lihat, dalam peristiwa-

peristiwa baru-baru ini seperti Fukushima, kekurangan kawalan atau kemalangan boleh

mengakibatkan bencana yang besar bagi kawasan hektar besar dan bagi penduduk

generasi bertahun-tahun.Jika dibandingkan dengan tenaga yang dihasilkan oleh arang

3
batu, memang benar ia mengeluarkan gas yang kurang ke atmosfera, mengelakkan

kesan rumah hijau.

Secara kesimpulannya, risiko keselamatan nuklear bukanlah isu utama yang

menjadi kekangan terhadap pelaksanaan program tenaga nuklear di negara ini.

Sebaliknya, terdapat dua kekangan utama yang perlu diatasi sebelum penjanaan

daripada tenaga nuklear boleh dilaksanakan di Malaysia iaitu kemampuan ekonomi dan

keperluan sumber manusia.

Stesen janakuasa nuklear sudah wujud untuk tempoh berpuluh-puluh tahun bagi

menampung peningkatan penggunaan elektrik yang begitu drastik. Namun demikian,

keputusan untuk membina stesen janakuasa nuklear tidak boleh dilaksanakan secara

terburu-buru di Malaysia. Di sebalik kelebihan dan potensi besar sumber tenaga ini,

terdapat risiko dan mudarat yang tidak kurang besarnya berbanding kelebihan dan

manfaat yang diperolehi daripada sumber ini. Antara risiko utama ialah risiko kesihatan

akibat dedahan terhadap sinaran daripada bahan radioaktif secara tabi’i atau buatan

manusia, risiko kawalan dan keselamatan seperti penyalahgunaan bahan nuklear untuk

tujuan keganasan atau pasaran gelap, serta risiko kemalangan di stesen janakuasa

nuklear.

Penjanaan tenaga nuklear menggunakan Uranium yang diperkayakan untuk

membolehkan proses pembelahan nukleus di dalam teras reaktor berlaku. Uranium

merupakan bahan radioaktif yang mempunyai keaktifan tinggi dan mempunyai jangka

hayat yang sangat panjang. Uranium memancarkan sinaran yang boleh memberi kesan

kesihatan sehingga ke peringkat sel dan nukleus manusia. Dedahan daripada sinaran

boleh menyebabkan kecederaan sel dan mutasi genetik. Dalam aspek keselamatan

4
dan kawalan pula, disebabkan sifatnya yang berbahaya, sumber ini boleh menjadi

sasaran eksploitasi atau penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,

pihak berkepentingan atau musuh negara. Tambahan, jika berlaku kemalangan yang

membebaskan bahan radioaktif ke alam sekitar, kesan buruk akibat sebaran ini tidak

dapat dibayangkan.

Kos pembinaan stesen janakuasa elektrik nuklear menelan perbelanjaan yang

sangat tinggi berbanding stesen janakuasa yang lain. Ditambah pula dengan teknologi

penjanaan dan keselamatan nuklear yang semakin rumit, tidak dapat dinafikan bahawa

kosnya akan semakin bertambah pada masa akan datang. Pertimbangan kos bukan

sahaja untuk pembinaan dan penjanaan tenaga, tetapi juga kos keselamatan, kos

rawatan sisa dan kos nyahtauliah. Kesemua pertimbangan kos ini sedikit sebanyak

akan memberi kesan kepada tarif elektrik yang bakal dikenakan kepada pengguna.

Oleh itu, jika dibayangkan situasi di mana kos keseluruhan menjadi terlalu tinggi,

kesannya kepada ekonomi negara dan pengguna mungkin mengatasi manfaat yang

boleh diperolehi daripadanya. Oleh yang demikian, jika tenaga nuklear hendak

dimasukkan ke dalam campuran tenaga nasional, kerajaan haruslah mempunyai

kemampuan dalam sudut ekonomi. Kemampuan untuk mengatasi segala kos yang

telah disebutkan perlu dibuktikan untuk menjamin penghasilan tenaga elektrik yang

murah dan berpatutan, di samping memastikan stesen janakuasa nuklear yang bakal

dibina memenuhi piawaian keselamatan dan operasinya tidak memberi mudarat kepada

orang awam dan alam sekitar.

5
BIBLIOGRAFI

Manfaat Teknologi Nuklear https://www.majalahsains.com/manfaat-teknologi-nuklear/

Anda mungkin juga menyukai