Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

1ai) Ujian Bakat

Ujian bakat adalah kaedah menentukan kebolehan seseorang individu menerusi pelbagai format
penilaian. Keputusan ujian bakat akan memberi maklumat seperti kebolehan seseorang individu
untuk melakukan tugas dan bertindak balas dalam beberapa situasi yang berlainan. Ini
termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah, menentukan urutan kepentingan dalam
menjalankan tugas dan keupayaan numerasi. Ujian bakat diberikan dalam bentuk aneka pilihan
jawapan dan hanya satu jawapan yang betul diterima. Jumlah markah akan dikira berdasarkan
pada peringkat pengetahuan individu dan akan dibandingkan dengan calon-calon lain yang telah
menulis ujian yang sama. Konsep ujian bakat boleh dikaitkan dengan kategori yang akan dinilai
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Sebagai contohnya, ujian bakat Matematik
kepada pelajar sekolah menengah untuk mengenalpasti jenis kerjaya yang mungkin sesuai untuk
mereka. Keputusan ujian bakat akan menentukan samada pelajar-pelajar pintar dalam
mengendalikan nombor dan data.

ii) Ujian Personaliti

Ujian ini adalah teknik mengukur personaliti seseorang individu yang akan berguna untuk
menentukan masalah psikologi dan juga berguna untuk menentukan jika seseorang layak diberi
tempat di dalam kelas atau kerjaya. Ujian personaliti terdiri daripada inventori lapor diri dan
inventori projektif. Inventori lapor diri boleh terdiri daripada soalan dengan dua pilihan iaitu
benar atau palsu yang boleh menunjukkan profil individu. Cara lain ujian personaliti dilakukan
adalah dengan menggunakan julat skala seperti sangat tidak bersetuju, tidak bersetuju, bersetuju
atau sangat bersetuju. Sebagai contohnya, Minnesota Multiphasic Personality Inventory
mengandungi 504 soalan benar atau palsu. Ujian ini akan mengambil masa selama 1 hingga 2
jam yang melibatkan soalan mengenai minat, perasaan, pendapat, aspirasi, cita-cita, kehidupan
peribadi dan emosi.

1
b) Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria - Soalan Matematik Sekolah Menengah

Ujian norma dan kriteria dijalankan dengan konsep yang berbeza. Ujian norma adalah ujian
relatif yang menggambarkan pencapaian individu berdasarkan pada graf normal. Tetapi ujian
kriteria melibatkan pencapaian berdasarkan pada kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu. Tujuan
ujian norma adalah untuk membandingkan pencapaian di antara beberapa individu atau di antara
beberapa kumpulan. Pencapaian dinilai dari segi lulus, gagal, pencapaian sederhana atau
cemerlang. Keputusan dari penilaian ini akan digunakan untuk memilih pengiktirafan kepada
individu yang layak. Berbanding dengan ujian norma, ujian kriteria adalah bertujuan untuk
menentukan penguasaan kemahiran berdasarkan pada kriteria yang ditetapkan. Tujuan ujian
kriteria adalah untuk meningkatkan pembelajaran dengan melihat pada keputusan ujian. Maka
individu yang tidak mencapai prestasi akan diberi lebih bantuan. Ujian norma diberikan dalam
susunan soalan senang ` soalan susah dengan diskriminasi tinggi. Maka ia lebih mencabar bagi
individu yang tidak mahir menjawab soalan peringkat kesukaran tinggi. Apabila dibandingkan,
semua soalan di dalam ujian kriteria mempunyai kesukaran yang sama berdasarkan pada objektif
pembelajaran.

Perbezaan lain di antara kedua-dua ujian ini ialah ciri-ciri tersendirinya. Ujian norma digunakan
untuk menentukan kedudukan individu di peringkat seterusnya. Tetapi tiada penentuan
kedudukan terlibat di dalam ujian kriteria malahan ia bertujuan untuk menyatakan samada
individu lulus atau gagal. Apabila membandingkan kandungan cakupan di antara kedua-dua
ujian ini, ujian norma mengandungi topik yang lebih banyak manakala ujian kriteria menumpu
pada topik yang lebih khusus. Ujian norma memerlukan pengetahuan dalam banyak peringkat
tetapi ujian kriteria boleh terdiri daripada penilaian beberapa bab di dalam kandungan mata
pelajaran tersebut.

2
3a)

Ketua pengawas harus memastikan calon peperiksaan dipantau dengan sepenuhnya termasuklah
sebelum peperiksaan bermula. Tugas ketua pengawas bermula dengan memeriksa dan
menentukan keadaan di sekitar dan di dalam dewan peperiksaan tidak mengganggu keadaan
calon peperiksaan. Ketua pengawas bertanggungjawab menerima sampul berisi soalan
peperiksaan daripada bilik persediaan sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu peperiksaan.
Beliau harus memastikan sampul berisi soalan adalah dalam keadaan tertutup dan tiada
kerosakan. Tugas lain ketua pengawas ialah membuka sampul berisi kertas soalan dan memberi
arahan kepada pengawas lain untuk mengedarkan kertaas soalan ke setiap meja yang diduduki
calon. Ketua pengawas mempunyai tugas untuk memastikan keperluan peperiksaan telah
disediakan di atas setiap meja. Sebelum peperiksaan bermula, ketua pengawas harus
berkomunikasi dengan pemeriksa untuk menyemak kertas peperiksaan supaya tiada kesalahan di
dalam cetakan yang mungkin mengelirukan calon peperiksaan. Pembetulan untuk kesalahan di
dalam kertas peperiksaan perlu diumumkan dalam masa lima minit pertama. Maka ketua
pengawas bertanggungjawab untuk bertindak pantas.

Ketua pengawas peperiksaan mempunyai tugas untuk menyemak kelayakan calon peperiksaan
yang hadir tanpa slip peperiksaan. Pada ketika ini, ketua pengwas perlu berkomunikasi dengan
pendaftar untuk mendapatkan makluma calon. Sebelum peperiksaan bermula, ketua pengawas
perlu mengumumkan peraturan dan tatatertib peperiksaan kepada semua calon di dalam dewan
peperiksaan. Peraturan dan tatatertib termasuklah peruntukan masa, perbualan sesama rakan atau
kelakukan meniru. Selain daripada itu, pengumuman oleh ketua pengawas perlu menyatakan
kaedah melampirkan kertas jawapan setelah tamat peperiksaan. Ketua pengawas adalah individu
yang bertanggungjawab untuk mengarahkan calon peperiksaan memasuki dewan peperiksaan
dan duduk di tempat masing-masing mengikut angka giliran yang terdapat di atas meja.

3
3b)

Pencapaian pelajar boleh dibandingkan di antara mencapai atau tidak mencapai objektif
pembelajaran dan penilaian. Setiap markah peperiksaan akan menunjukkan tahap pencapaian
pelajar daripada tahap paling rendah kepada tahap paling tinggi. Julat markah paling rendah di
dalam perbandingan ini adalah 0 hingga 30. Pelajar-pelajar yang mendapat markah di dalam julat
ini dikelaskan sebagai belum mencapai tahap minimum. Kategori pencapaian ini menunjukkan
pelajar-pelajar tersebut memerlukan bantuan sepenuh daripada guru atau ibu bapa. Pencapaian
seterusnya adalah di antara 40 hingga 49. Pelajar yang mendapat pencapaian dalam lingkungan
40 hingga 49 dikategorikan sebagai mencapai tahap minimum. Maka pelajar-pelajar ini
dikatakan mempunyai pengetahuan tipis dalam bidang yang diuji. Tetapi mereka mempunyai
potensi untuk meningkatkan markah kepada 50 dan ke atas jika berusaha dengan lebih gigih.
Pencapaian pelajar disebut sebagai memuaskan apabila markah peperiksaan dalam julat 50
hingga 64. Pelajar yang mendapat markah di antara 65 dan 79 dikategorikan sebagai pencapaian
baik. Pencapaian pelajar hanya dikatakan cemerlang apabila markah mereka berada di antara 80
hingga 100. Perbandingan pencapaian berdasarkan markah dibuat di antara satu pelajar dengan
pelajar yang lain untuk menentukan kedudukan masing-masing. Sebagai contohnya, jika terdapat
20 orang pelajar di dalam sesebuah kelas, markah peperiksaan akan digunakan untuk
menentukan tempat ke-20 sehingga ke tempat pertama. Pencapaian juga adalah berdasarkan pada
jumlah mata pelajaran yang ditawarkan di dalam peperiksaan tertentu. Maka purata markah akan
dikira untuk menentukan kedudukan pencapaian pelajar. Ini bermakna jika terdapat lapan mata
pelajaran, markah purata akan dikira dengan membahagikan jumlah markah kesemua
peperiksaan dengan lapan. Apabila sesuatu mata pelajaran didapati terdapat markah “tidak
hadir”, pengiraan purata dikurangkan dengan bilangan mata pelajaran tersebut.

4
BAHAGIAN B SOALAN 1

Salah satu skala pengukuran untuk mengelaskan markah ujian bulanan adalah skala nominal. Ia
merupakan skala pengukuran termudah dan juga terendah di dalam aktiviti pengukuran. Sebagai
contohnya, pencapaian pelajar samada gagal, lulus, baik atau cemerlang boleh dimasukkan ke
dalam kategori mengikut kod bernombor. Perwakilan seperti 1 untuk gagal, 2 untuk lulus, 3
untuk baik dan 4 untuk cemerlang. Ciri-ciri penting skala pengukuran nominal adalah satu
kategori unik untuk setiap kumpulan. Sebagai contohnya, keputusan “cemerlang” tidak boleh
diwakili oleh mana-mana nombor lain kecuali nombor empat. Nombor yang diberikan untuk
setiap pencapaian tidak bermakna nilai pemeringkatan tetapi hanyalah nama kategori
pencapaian. Padanan markah asal pelajar dan skala nominal bersifat satu kepada satu.

Ukuran pada skala ordinal menunjukkan nilai yang berubah secara berperingkat. Markah ujian
matematik boleh disusun berdasarkan pada urutan semakin menurun atau semakin meningkat.
Kod bernombor dan kategori yang digunakan di dalam ukuran skala ordinal melambangkan
ukuran asal markah ujian. Sebagai contohnya, nilai 1, 2, 3 dan 4 akan menunjukkan pencapaian
pelajar dari segi akademik. Jika seseorang pelajar mendapat pencapaian yang tertinggi, maka ia
boleh diwakilkan dengan nombor 1, iaitu urutan menurun. Ciri utama skala ini adalah data yang
saling eksklusif. Ukuran ini juga akan berbentuk pemeringkatan secara logik.

Skala sela mempunyai kedua-dua ciri pemeringkatan serta perbezaan bagi setiap unit sela. Maka
skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal seperti aspek pemeringkatan dan jarak
numerikal yang setara. Skala keempat ialah skala nisbah yang mempuyai semua ciri skala sela
berserta dengan nilai mutlak. Sebagai contohnya, perubahan markah dari 30 hingga 60 boleh
diwakilkan dengan perbezaan di antara 60 hingga 90.

Pada pendapat saya, skala pengukuran paling tinggi ketepatannya ialah skala ordinal kerana ia
mempunyai nilai pengelasan yang berperingkat. Pencapaian pelajar boleh dikelaskan kepada
kategori tertentu di samping dapat dibezakan secara menurun atau menaik.

5
SOALAN 2

Data yang disusun secara menaik adalah

0, 0, 1, 3, 5, 6, 6, 6, 6, 7, 8, 9, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14.

Min = (0 + 0 + 1 + 3 + 5 + 6 + 6 + 6 + 6 + 7 + 8 + 9 + 9 + 10 + 11 + 12 + 13 + 14)/ 18 = 7

Median = (Data ke-9 + Data ke-10) / 2 = (6 + 7) / 2 = 6.5

Mode = Data yang paling tinggi kekerapan = 6 kerana wujud sebanyak empat kali.

Markah Kekerapan
0–3 4
4–7 6
8 – 11 5
12 - 15 3

6
Markah ujian bulanan

3
4

0–3 4–7 8 – 11 12 .- 15

Anda mungkin juga menyukai