Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-65

TABIKA KEMAS MENTARI COURT, TABIKA KEMAS SYAIDINA UMAR (A) & (B)
BERSAMA KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA&KELAB RUKUN TETANGGA
MENTARI COURT

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka bicara.

Ceria wajah terserlah manis,


hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
sematkan gagah di dalam jiwa

Assalamualaikum dan salam keluarga malaysia.

Yang dihormati,

En Mohdsafri Bin Tambong


Pegawai KEMAS Dearah Petaling
En Abdul Raof Bin Othman
Pembantu Penerangan Daerah Petaling
En Md Khairul Nizad B Abu Baka
Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Mentari Court
En Ayob Bin Abu Bakar
Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Fasa 2 Mentari Court
Penyelia Pelbagai Jurusan Kemas Parlimen Petaling Jaya
Pengerusi Tabika KEMAS Mentari Court, Syaidina Umar A & B
Barisan Jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia & KRT Mentari Court
Ahli Jawatankuasa Tabika & Ibubapa Serta Anak-Anak Yang Dikasihi
Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan hari
kemerdekaan ke-65 Tabika kemas mentari court, tabika kemas syaidina umar (a) & (b)
bersama komuniti keluarga malaysia & kelab rukun tetangga Fasa 2 mentari court.
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-nya dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat
ini senantiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Para hadirin sekalian,

Sambutan kemerdekaan pada hari ini adalah gabungan dari tiga buah tabika
iaitu tabika kemas mentari court, tabika kemas syaidina umar a & b bersama komuniti
keluarga malaysia mentari court dan kelab rukun tetangga mentari court fasa 2 sebagai
tanda semua komuniti dan anak-anak tabika ini bersama melangkah seiring memegang
iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘’keluarga malaysia teguh
bersama” menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam
keadaan harmoni dan Muhibbah tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi
pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.

Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua Hadirin, ibubapa dan kanak-
kanak berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku , lagu Negeri Selangor, lagu
Tabika KEMAS dan lagu Jalur Gemilang.

Seterusnya majlis menjemput adik Muhammad Rostyk Malik bin Abdullah untuk
mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara.

Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan, adik Muhammad Ammar Yusuf bin Azwan untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

 Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.
Seterusnya, majlis menjemput …………………………….. Pengerusi Tabika
……………………………untuk membacakan amanat Ketua Pengarah KEMAS
Malaysia. Dipersilakan ,

Terima kasih diucapkan.

Sudilah tuan tampil ke depan,


Tampil ke depan menyambut salam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Majlis seterusnya menjemput En Md Khairul Nizad Bin Abu Baka, Pengerusi Komuniti
Keluarga Malaysia Mentari Court untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan

Terima Kasih diucapkan.

Bagi meneruskan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini, dengan sukacitanya
dijemput En Mohd Safri Bin Tambong , Pegawai KEMAS Daerah Petaling untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan
Ke-65 Tabika KEMAS Bersama Komuniti Keluarga Malaysia & KRT Mentari Court .

Dengan Segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan serta perasmian itu tadi.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,


Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Bendera Jalur Gemilang kepada Komuniti
Mentari Court. Dijemput En Abdul Raof Bin Othman, wakil Jabatan Penerangan diiringi
En Md Khairul Nizad Bin Abu Baka, Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Mentari
Court. Dipersilakan

-SENARAI PENERIMA BLOK


Sebagai penghargaan dijemput ……………….. untuk menerima cenderahati.

Untuk makluman semua hadiri, sebagai menyemarakkan Bulan Kemerdekaan pihak


Tabika KEMAS telah mengadakan beberapa pertandingan antaranya Pertandingan
Mewarna, Pertandingan Rekacipta Mercu Tanda Negara dan Pertandingan Pakaian
Beragam. Bagi menyampaikan hadiah pertandingan majlis menjemput dan
mempersilakan En Mohd Safri Bin Tambong, Pegawai KEMAS Daerah Petalin didiringi
Puan Noraini Binti Nazim Penyelia Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan
Desa Seri Setia untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan

1. PERTANDINGAN PERBARISAN
2. PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
3. PERTANDINGAN REKACIPTA MERCU TANDA
4. PERTANDINGAN MEWARNA

Terima kasih diucapakan. Sebagai penghargaan dipersilakan En Mohd Safri Bin


Tambong untuk menerima cenderahati.

SAMBUT MERDEKA SETIAP SETAHUN,


KERINGAT TERCURAH PEJUANG BERJASA,
MALAYSIAKU MERDEKA 65 TAHUN,
ITULAH SEJARAH PERJUANGAN BANGSA.

31 OGOS TARIKH KERAMAT,


BERSAMA KITA MENYAMBUT MERDEKA,
BERSATU BERAZAM PENUH SEMANGAT,
MARI PERTAHANKAN KEMERDEKAAN KITA.

Sebagai penutup majlis marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos
dengan penuh semangat.

Anda mungkin juga menyukai