Anda di halaman 1dari 5

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab

1) Teori kedatangan Islam ini dikemukakan oleh :

· John Crawford, seorang sejarawan Barat.

· Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang intelektual tempatan telah menyokong
pendapat John Crawford.

2) Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

3) Antara bukti yang menyokong teori ini ialah:

a. Catatan China

o Mengikut catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai perniagaan dan petempatan di Canton
atau Amoy sejak tahun 300M.

b. Perdagangan dengan China

o Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China
sejak awal lagi.

c. Persinggahan di pelabuhan di Selat Melaka

o Dalam perjalanan ke China, pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara
terutamanya pelabuhan di Selat Melaka.

 Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China
kerana kedudukan Selat Melaka yang strategic, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan
antara China dengan India.

d. Pembinaan perkampungan di Asia Tenggara

o Semasa menunggu perubahan angin monsun, kebanyakan pedagang Arab menetap selama
beberapa bulan di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke China.

 Kesannya, sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.


 O Perkampungan ini telah berkembang menjadi :

§ Tapak untuk berdagang.

§ Pusat mengumpul barang jualan.

§ Tempat membeli barang-barang mewah seperti tekstil dan tembikar dari China dan India.
e. Perkahwinan dengan wanita tempatan

o Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan.

f. Penyebaran agama Islam

o Para pedagang ini juga berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia
Tenggara tentang kepercayaan dan agama Islam semasa menunggu perubahan tiupan angin
monsun.

g. Nilai murni yang ada pada para pedagang

o Kehidupan dan nilai Islam yang murni yang ada pada pedagang dan pendakwah Islam menarik
minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam seperti jujur menjalankan perniagaan,
mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi.

h. Perkampungan Ta Shih

o Mengikut catatan China juga terdapat sebuah perkampingan Islam yang dikenali sebagai Ta Shih
di Sumatera Utara pada tahun 650M.

 Kesimpulan bahawa Islam telah datang ke Asia Tenggara pada abad ketujuh Masihi dibuat
berdasarkan tarikh tersebut.

3) Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju bahawa Islam datang dari
Semenanjung Tanah Arab berdasarkan bukti berikut:

a. Persamaan dalam bahan penulisan


 Bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Arab didapati
mempunyai persamaan.
 O Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.

b. Pengaruh budaya Arab


 Pengaruh Arab banyak mempengaruhi adat resam dan kebudayaan orang Melayu.
 O Ini jelas dilihat melalui:

§ Amalan menghormati tetamu.

§ Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.

c. Pengislaman raja Asia Tenggara


 Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh
syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
 § Hikayat Raja-raja Pasai
Ú Menceritakan bahawa sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail ialah mubaligh yang
pertama tiba di Pasai. Beliau mengislamkan Raja Pasai bernama Merah Silu yang mengambil gelaran
Malik al-Salih.

Ú Phaya Tu Nakpa, iaitu Raja Pattani diisalamkan oleh Syeikh Said.

§ Hikayat Merong Mahawangsa

Ú Menceritakan bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani mengislamkan Raja Kedah.

§ Hikayat Acheh

Ú Mengisahkan bahawa Syed Abdullah Arif berusaha mengembangkan Islam di Sumatera.

§ Sejarah Kepulauan Sulu

Ú Menceritakan usaha menyebarkan Islam oleh mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif
Hassan dan Awlia di Kepulauan Sulu.

4) Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab:

a. Pada peringkat awal, kebanyakan daripada kitab agama bahasa Melayu menggunakan bahasa
dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab, seperti Hikayat Nabi Bercukur.

b. Dalam kitab yang dikarang oleh ulama’ tempatan, pada peringkat awal tidak terdapat unsur India
atau China.

c. Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran, dan hadis memperlihatkan pengaruh bahasa Arab
dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

Anda mungkin juga menyukai