Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN TEKNOLOGI

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


MPU 3123
SESI 1 2020/2021

LAPORAN UJIAN KEFAHAMAN BAB 1

DISEDIAKAN OLEH :
NUR JIHAN HAZWANI BINTI BASRI B1910021

DISEDIAKAN UNTUK :
CIK FARRAH WAHIDA BINTI MUSTAFAR
1.0 PERBEZAAN DI ANTARA SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Agama adalah tingkah laku dan peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan dunia
ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama didefinisikan sebagai suatu sistem keyakinan yang
dianuti dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh sesuatu kelompok atau masyarakat adalah
berpandukan kepada ajaran agama mereka yang betul dan sahih.

Percaya bahawa tiada Tuhan


Agama Islam selain Allah dan Rasulullah Laksanakan 5 rukun Mempercayai 6
itu pesuruh Allah Islam rukun Iman

Mengucapkan 2 kalimah Syahadah Beriman kepada Allah


Mendirikan solat 5 waktu Beriman kepada para Malaikat
Menunaikan zakat Beriman kepada Kitab Al-Quran
Berpuasa di bulan Ramadhan Beriman kepada para Rasul
Menunaikan haji bagi yang bekemampuan Beriman kepada hari Kiamat
Beriman kepada Qadha’ dan Qadar

Kepercayaan pula melibatkan seorang individu untuk melaksanakan sesuatu perlakuan, akidah,
akhlak ataupun bangunan dengan kepastian dan kesahihan bahawa perkara tersebut tidak
melanggar agama yang mereka percayai.

Haram dan orang yang membuat,


mengedar, meminum, membawa,
Melarang masyarakatnya mengirim, menuang, menjual,
Agama Islam untuk meminum arak pembayar, pemesan dan pemakan
wang hasilnya juga adalah berdosa
besar
Dengan ini, kita boleh lihat bahawa fenomena agama dan kepercayaan boleh
mempengaruhi dalam membentuk tingkah laku individu dan kehidupan moral masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Keupayaan seseorang untuk memahami asas ajaran, kepercayaan,
upacara atau ritual agama adalah sangat penting bagi menjaga sensitiviti agama agar tidak
menyinggung mana-mana pihak termasuklah masyarakat Atheis; yang merupakan satu bentuk
kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan.

2.0 TEORI IBN KHALDUN


Dari segi bahasa, umran berpunca daripada kata akar ‘amara yang membawa maksud melimpah
ruah dan kemakmuran disebabkan ramai penduduk dan banyak perusahaan perniagaan,
perindustrian dan pertanian. Daripada kata akar yang sama lahir pula perkataan ‘amir dan
ma’mur bererti kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai, berkembang maju, berilmu,
berbudaya tinggi kerana adanya kerjasama dan kemuafakatan masyarakat serta keadilan di pihak
pemerintahan.

Masyarakat yang telah Umran Hadhari Umran Badawi


Masyarakat yang
mencapai tahap masih berada pada
kemajuan dalam tahap yang masih
pelbagai segi belum maju
kehidupan
Bandar / Kota Luar bandar

Semangat kekitaan /
Sistem pertahanan Individualistik Solidariti Boleh menyerang
yang longgar bandar
Konsep umran hadhari dan umran badawi yang digunakan oleh Ibn Khaldun adalah bagi
memperlihatkan proses yang dilalui oleh sesebuah masyarakat dalam menuju peradaban.
Ternyata huraian beliau tentang sifat dan ciri masyarakat pedalaman dan bandar ini telah
mendahului Ferdinand Tönnies (1855-1936) yang terkenal dengan konsep Gemeinschaft dan
Gesellschaft.

Berdasarkan teori kitaran ini, Ibn Khaldun dapat mengemukakan andaian jangka hayat
sesebuah peradaban, misalnya tempoh kitaran sesuatu peradaban dikatakan bertahan sekitar tiga
generasi.

Generasi awal memiliki


semangat juang dan Generasi pertengahan
kekuatan semangat memiliki keupayaan
kekitaan (asabiyyah) intelek, ilmu dan
dan solidariti sosial kemahiran
yang tinggi

generasi yang mula lemah dan


dilingkungi kemewahan, kehilangan
adab, akhlak dan jati diri membawa
kepada kemerosotan peradaban

3.0 TAKRIF TAMADUN

Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan
jasmani sesebuah masyarkat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif
semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi.
Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam
bahasa Melayu. Ia berasal daripada kalimah maddana, iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan
membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini
diterbitkan perkataan madani. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan satu
cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan ini
sebenarnya berasal daripada din yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan
agama.

Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun
pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-‘ibar wa Diwan al-Mabtada’wa al-
Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan ‘umran
sebagai rujukan kepada “tamadun” yang kita fahami sekarang. Di Eropah, perkataan civilization
hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunapakai pada kurun ke-19.

4.0 RUJUKAN

4.1 Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Osman Bakar, Azizan Baharuddin,
Zaid Ahmad, Cetakan Keempat Belas, 2018, Penerbit Universiti Malaya

4.2 Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Ab. Aziz Mohd. Zin, 2006, Penerbit Universiti
Malaya

4.3 ‘Umran Al ‘Alam dari Perspektif Ibn Khaldun, Suatu Anjakan Paradigma, Mahayudin Hj
Yahaya, http://journalarticle.ukm.my/2034/1/index.pdf

4.4 https://en.wikipedia.org/wiki/Muqaddimah

4.5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun

Anda mungkin juga menyukai