Anda di halaman 1dari 2

Kaedah membalut kepala yang berdarah

1. Pertama sekali, kita memerlukan kain anduh berbentuk segi tiga.


2. Mula-mula, lipat satu inchi di bahagian bawah kain anduh.
3. Letakkan kain di atas kepala pesakit.
4. Minta pesakit ambil dua jari dan letak di atas dahi kepala.
5. Tarik kedua-dua bucu kain anduh dan silangkan di bahagian bawah
kepala.
6. Bawa kedua-dua bucu kain anduh ke hadapan.
7. Seterusnya, ikat ikatan bucu sila di dahi pesakit.
8. Ikat dengan ketat dan kemas.
9. Kemaskan balutan anda.
10. Tahniah, anda telah membalut kecederaan kepala yang berdarah
dengan berjaya.

Kaedah membalut luka di tapak tangan


1. Pertama sekali, kita memerlukan kain anduh berbentuk segi tiga.
2. Lipat untuk memudahkan membuat balutan.
3. Cuci luka atas tapak tangan.
4. Setelah luka dibersihkan, letakkan pembebat yang berfungsi
menyerap sebarang cecair yang keluar.
5. Pastikan mangsa memegang pembebat.
6. Letakkan satu hujung kain di ata tangan yang luka.
7. Gunakan bahagian kain yang selebihnya untuk membalut tangan/
luka dan balut mengelilingi tangan/luka mangsa.
8. Pastikan balutan melitupi luka dan kemas.
9. Pertemukan hujung dengan hujung kain dari arah yang berbeza untuk
mengikat balutan.
10. Ikat ikatan simpul dan pastikan balutan melitupi luka dan kemas.
11. Syabas, anda telah membalut luka atas tapak tangan dengan betul.

Kaedah membalut lengan tangan yang patah


1. Pertama sekali, kita memerlukan kain anduh berbentuk segi tiga.
2. Ampu tangan yang patahn.
3. Masukkan kain anduh di bawah tangan yang tercedera.
4. Pastikan puncak kain anduh menghadap atau seiring dengan siku
mangsa, teruskan rawatan.
5. Sekarang, ikat ikatan buku sila di atas bahu pesakit.
6. Ikat dengan ikatan yang ketat dan kemas.
7. Keluarkan tiga jari supaya dapat melaksanakan capillary refill test.
8. Tekan kuku mangsa dan kira satu, dua, tiga.
9. Lepaskan jari.
10. Kemaskan kain anduh yang selebihnya.
11.Anda boleh membuka kain anduh dan menyelitnya di bahagian siku
pesakit.
12. Syabas, anda telah membalut lengan tangan yang patah dengan
berjaya.

Anda mungkin juga menyukai