Anda di halaman 1dari 1

Having questions about buying, selling or renting

+
a home during COVID-19? Learn more

* ( 0)

Apakah Perbezaan
Antara Insurans MRTT
Dan MLTT?
06 April 2020 • 4 mins read

! " # $

Bila bercakap tentang insurans, tau tak yang


anda boleh membeli perlindungan untuk gadai
janji ( mortgage)? Kami akan membincangkan
tentang 2 jenis produk insurans Takaful yang
akan dapat melindungi anda sekiranya terjadi
sebarang kecacatan serius atau kematian.

For the English version, click here.

Tak ada istilah terlalu awal apabila memikirkan


tentang pengambilan insurans, walau apa jenis
sekalipun!

Ini memang cara yang paling terbaik, lebih-lebih


lagi untuk melindungi sesuatu yang bernilai
seperti hartanah.

Namun, MRTT dan MLTT bukan saja untuk


melindungi hartanah – tapi lebih kepada
melindungi anda dan juga mereka yang dicintai.
Jadi, apakah maksud sebenar kedua-dua istilah
ini?

MRTT ialah Mortgage Reduction Term


Takaful dan MLTT pula ialah Mortgage Level
Term Takaful.

Kedua-duanya adalah produk insurans


Takaful yang melindungi anda sekiranya
terjadi sebarang kecacatan serius atau
kematian.

Sebagai produk insurans Takaful, mereka


menawarkan insurans berasaskan Syariah
(yakni, Halal) yang sangat penting untuk
melindungi yang tersayang, dan juga untuk
membantu dari segi kewangan apabila dalam
kesusahan.

Jom dalami lagi topik MRTT vs MLTT ni untuk


mengetahui apakah perbezaannya, dan kenapa
ia adalah salah satu perkara penting yang perlu
dipertimbangkan dalam perjalanan pembelian
hartanah anda.

Apakah Itu MRTT?

Mortgage Reduction Term Takaful (MRTT)


adalah produk insurans Takaful yang direka
khas untuk menyediakan sokongan kewangan
sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total
permanent disability (TPD) atau kematian.

PropertyGuru Tip

Secara dasarnya, Insurans MRTT adalah satu


bentuk jaminan kewangan yang melindungi nilai
pinjaman perumahan anda pada masa-masa yang
tertentu.

Maknanya, kalau jumlah pinjaman


perumahan anda berkurangan,
perlindungan yang disediakan oleh MRTT
juga akan berkurangan – itulah yang
dimaksudkan dengan ‘mortgage reduction’
(pengurangan gadai janji) dalam MRTT.

Pembayaran untuk yuran insurans Takaful pula


dibuat sekaligus (lump-sum) pada masa
pembelian, dan biasanya sebahagian atau
jumlah penuh boleh dibayar menggunakan
pinjaman perumahan.

Bagi kes kematian, MRTT bertindak untuk


membayar baki jumlah pinjaman perumahan
anda, yang mana ia dibayar terus kepada
institusi kewangan yang memberikan pinjaman.

Maknanya, ada jaminan kestabilan kewangan


dan ketenangan Xkiran untuk mereka yang anda
sayang walaupun sedang berhadapan dengan
situasi yang sangat sukar.

MRTT juga melindungi kes kecacatan


kekal dengan memberikan jaring keselamatan
kewangan yang penting sekiranya terjadi hal-hal
yang tak dingini, yang mana menyebabkan
individu yang dilindungi cacat kekal dan tak
dapat bekerja lagi.

Kalau pinjaman perumahan tu habis bayar awal,


pihak insurans selalunya akan tawarkan bayaran
balik tunai, berdasarkan terma dan syarat
penamatan awal.

MRTT mempunyai istilah yang sangat jelas, yang


mana ia dikira berdasarkan tempoh pinjaman
perumahan.

Logik juga kan, bila Xkir-Xkir balik sebabnya


motif utama MRTT ni memang untuk
melindungi hutang pinjaman perumahanperumahan.

Sangat penting juga untuk pihak insurans


memadankan tempoh dan pengurangan jumlah
tersebut dengan pinjaman perumahan anda
untuk insurans jenis ni.

Tak gunalah kalau ada rumah harga sampai


RM500,000, tapi insurans yang nak
melindunginya hanya RM20,000 je!

Begitu juga sebaliknya, buat apa bayar insurans


sampai RM500,000 kalau pinjaman perumahan
tu tinggal lagi RM20,000 je yang perlu dibayar
kalau terjadi kematian.

Apa Itu MLTT?


Mortgage Level Term Takaful (MLTT) juga direka
untuk memberikan jaminan kewangan kepada
keluarga anda, sekiranya terjadi kes kematian
atau kecacatan kekal.

Walau bagaimanapun, jumlah yang dilindungi


oleh MLTT akan kekal sepanjang tempoh
pelan insurans diambil – itulah yang
dimaksudkan dengan ‘Level Term Takaful’

Jika terjadinya kes kematian atau kecacatan


kekal, MLTT akan membayar baki pinjaman
perumahan yang ada terus kepada bank bank.

Baki daripada jumlah yang dah dibayar untuk


insurans pula akan diberi terus kepada penerima
manfaat (beneXciary).

Maknanya, MLTT ni bukan saja melindungi nilai


pinjaman perumahan, tapi pada masa yang
sama, menyediakan kewangan tambahan
pada keluarga dan yang tersayang.

Lain daripada MRTT, bayaran untuk MLTT dibuat


secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman
perumahan dibuat.

Oleh itu, ianya tak boleh dibayar menggunakan


pinjaman perumahan macam MRTT, dan mesti
dibayar oleh peminjam dalam ansuran bulanan.

Disebabkan nilai yang dibayar untuk MLTT kekal


sama, kos keseluruhan premium juga
mungkin lebih mahal berbanding
perlindungan yang disediakan oleh MRTT
walaupun untuk tempoh yang sama.

Tanda Tanya Tentang MRTA vs


MRTT
Buat masa ni anda mungkin tertanya-tanya
apakah beza antara MRTT vs MRTA? Takpe,
kami faham, dan nasib baik jawapannya juga
mudah untuk difahami!

MRTA bermaksud ‘Mortgage Reducing Term


Assurance’. MRTT tu sebenarnya memang
produk yang sama dengan ni, cuma dalam versi
Takaful, melindungi jumlah pengurangan pada
pinjaman perumahan sepanjang tempoh pelan
yang diambil.

Sama juga untuk MLTT vs MTLA. MLTA ialah


‘Mortgage Level Term Assurance’ – yang mana
MLTT adalah versi Takafulnya untuk
perlindungan yang sama jenis.

Keempat-empat perlindungan ni adalah


produk insurans hayat gadai janji yang
memberikan jaminan sekiranya berlaku
kematian atau kecacatan kekal.

Kenapa Penting Untuk


Mendapatkan Insurans Gadai
Janji
Patutnya memang dah jelas dari kenyataan di
atas kenapa MLTT dan MRTT adalah produk
yang penting.

Mereka menyediakan jaring keselamatan


yang sangat berharga untuk orang
tersayang sekiranya tuntutan berjaya
dibuat
dibuat.

Nak tak nak, kita semua tahu yang pinjaman


perumahan ni memang antara hutang yang
paling besar yang selalunya diambil sepanjang
hidup kita.

Hutang tu pula memang dikira berdasarkan


kewangan seorang atau dua individu utama.
Jika sesuatu yang malang atau tak dijangka
berlaku, keadaan boleh berubah dengan sangat
drastik.

Cuba untuk berurusan dengan hutang yang


besar dalam masa yang sukar sebegitu boleh
jadi satu perkara yang sangat menakutkan
prospek. Di saat itulah polisi insurans hayat
gadai janji akan memainkan peranan.

Insurans hayat gadai janji direka untuk


memberikan ketenangan Xkiran bila berhadapan
dengan kes kewangan macam ni. Ia juga direka
untuk mengurangkan beban sekiranya terjadi
perkara yang paling tak diingini.

Insurans Takaful seperi MRTT dan MLTT


menyediakan dua produk kewangan yang
boleh membantu melindungi keperluan
semua pemilik hartanah, samada yang
Islam atau bukan Islam.

Kelebihan Dan
Kekurangan MRTT vs MLTT
Benda yang paling penting sekali untuk mana-
mana insurans adalah untuk memastikan ia
memenuhi keperluan anda.

Ianya memang sangat penting untuk sesuatu


yang kritikal seperti melindungi keluarga anda
disaat mereka sangat memerlukan pertolongan.

Anda patut mendapatkan nasihat kewangan jika


terasa ragu-ragu untuk memilih produk mana
yang sesuai untuk anda.

Kena ingat juga yang MLTT dan MRTT ni


adalah istilah yang merangkumi pelbagai
jenis produk dari beberapa institusi
berlainan
berlainan.

Terma dan syarat untuk setiap produk pun boleh


jadi berbeza juga. Contohnya, deXnisi untuk TPD
mungkin jauh berbeza antara dua produk
tersebut.

Penting juga untuk anda tahu yang kos, tempoh


perlindungan yang ada, dan juga kelayakan
untuk mendapat perlindungan boleh berbeza
bergantung pada keadaaan anda sendiri.

Kalau anda tu seorang kaki gim yang baru


berumur 18 tahun nak ambil MRTT 20 tahun,
anda mungkin perlu bayar harga premium yang
jauh lebih rendah berbanding dengan pak cik
yang dah berumur 58 tahun, merokok dan kalau
tengok sayur pun macam takut je nak makan!

Jadi, lepas dah ambil kira semua tu, apalah


kelebihan dan kekurangan untuk kedua jenis
insurans ni? Jom tengok panduan mudah kami
di bawah ni:

Perlindungan

Kematian dan
MRTT kecacatan kekal.

Kematian dan
MLTT kecacatan kekal.

Jumlah Yang Dilindungi

Berkurang sepanjang
MRTT tempoh insurans.

Kekal sama sepanjang


MLTT tempoh insurans.

Bayaran Premium

Dibayar sekaligus
MRTT ketika pembelian.

Dibayar secara
MLTT ansuran bulanan.

Bayar Kepada

Bank atau institusi


MRTT kewangan yang
memberikan pinjaman
perumahan.

Bayar baki pinjaman


MLTT perumahan kepada
bank atau institusi
kewangan yang
berkenaan.
+
Bayar baki sekaligus
kepada penerima
manfaat.

Kos

Pembayaran sekaligus
MRTT yang boleh dibayar
menggunakan
pinjaman hartanah.
Jumlah akan mengikut
nilai pinjaman yang
berkurangan.

Kos jangka panjang


MLTT yang lebih tinggi
kerana melindungi
nilai pinjaman yang
kekal dan tak berubah,
dibayar oleh individu
secara ansuran.

Anda inginkan lebih banyak maklumat


tentang insurans hayat gadai janji untuk
melindungi pinjaman perumahan
anda? Ketahui perbezaan antara MRTA vs
MLTA dengan panduan berguna kami!

! " # $

Read Next

Complete Guide To Panduan Pembia


Foreigners Buying Islam Dan Perban
Property In Malaysia Islam Di Malaysia

% Article • August 2020 % Article • August 2020

Follow Us " ! #

PropertyGuru Group &

Contact Us &

Change Country

Malaysia &

Search PropertyGuru '

PropertyGuru Malaysia &

Properties For Sale &

Properties For Rent &

Malaysia New Properties &

Popular Properties For Sale &

Popular Properties For Rent &

Popular States &

Tools &

Acceptable Use Policy Terms of Service


Privacy Policy Terms of Purchase
© 2020 PropertyGuru International (Malaysia) Sdn. Bhd. All
rights reserved Feedback

Anda mungkin juga menyukai