Anda di halaman 1dari 1

Catatan Ringkas Maulana Muhammad Asri Yusoff (Siri 94)

𝐓𝐀𝐁𝐀𝐑𝐑𝐔𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐂𝐈𝐍 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝐒.𝐀.𝐖.


Nabi s.a.w. mempunyai sebentuk cincin perak yang baginda gunakan sebagai cop mohor
pemerintahannya. Setelah baginda wafat, cincin ini diwarisi secara turun temurun kepada Khalifah
Abu Bakr, Khalifah ‘Umar dan Khalifah ‘Utsman r.a.hum.
Tetapi, setelah enam tahun ‘Utsman bin ‘Affan r.a. menjadi khalifah, cincin tersebut terjatuh ke
dalam Perigi Aris. Walaupun ‘Utsman mengarahkan supaya mencari kembali cincin tersebut, ia tetap
gagal ditemui.
Maka, tidak ada lagi atsar Nabi s.a.w. yang masih wujud pada hari ini termasuklah cincin baginda.
Yang ada hanyalah replika.
Adapun dakwaan pihak tertentu bahawa atsar baginda masih ada, lalu mereka bertabarruk
(mengambil berkat) dengannya, ia adalah dakwaan yang tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan
sama sekali.
Maka, jika mahu bertabarruk, bertabarruklah dengan al-Quran dan as-Sunnah iaitu dengan beramal
dengannya.
Adapun bertabarruk dengan selain al-Quran dan as-Sunnah, keasliannya tidak boleh dibuktikan dan
ia juga boleh membawa kepada khurafat dan syirik.
Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di mana ada golongan yang bertabarruk dengan simbol capal
Nabi s.a.w. dengan kepercayaan ia mempunyai pelbagai kelebihan, walhal Salafu Soleh tidak pernah
melakukannya. Sebaliknya, ia hanya masyhur dalam kalangan ajaran sesat.
Maulana Asri sendiri mempunyai guru-guru dalam kalangan Ahlul Bait, tetapi mereka tidak
bertabarruk dengan simbol capal.
Paling tidak, mereka hanya membahaskan isu ini secara ilmiah seperti apa yang dilakukan oleh
Maulana Zakaria al-Kandahlawi, tetapi beliau sendiri tidak memakai simbol capal pada pakaian
beliau, jauh sekali bertabarruk dengannya.
Wallahu a’lam.
𝐏𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍: https://www.almafhum.net/.../tabarruk-dengan-cincin-nabi...

Anda mungkin juga menyukai