Anda di halaman 1dari 12

5.

0 KONSEP MASYARAKAT MADANI

Masyarakat madani adalah masyarakat yang beradab ,menjujung tinggi nilai-nilai

kemanusiaan ,maju dalam penguasaan ilmu pengertahuan dan teknologi.Istilah madani menurut

Munawir (1997) sebenarnya berasal daripada bahasa arab Madaniy. Kata Madaniy berakar dari

kata kerja madana yang bererti mendiami,tinggal atau membangun .Kemudian istilahnya

berubah menjadi Madaniy yang bereti beradab dan orang kota . Dalam masyarakat Madani ,

pelaku sosial akan berpegang teguh pada peradaban dan kemanusiaan.Menurut Hefner (1998)

masyarakat Madani merupakan masyarakat moden yang bercirikan kebebasan dan demokrasi

dalam berinteraksi di dalam masyarakat plural dan heterogen.

5.1 MODEL MASYARAKAT MADANI

5.1.1 Madinatul Munawwarah

Masyarakat Madani adalah suatu bentuk masyarakat yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad

SAW di Madinah yang memberikan teladan kearah pembentukan masyarakat peradaban.Dalam

pembentukan negara dan masyarakat madinah yang sempurna dan syumul,Rasullulah SAW telah

menwujudkan Piagam Madinah sebagai satu perlembagaan yang menjadi rujukan dalam

pertadbiran baginda SAW. Piagam ini menerapkan nilai-nilai keadilan,prinsip kesetaraan

hukum,jaminan kesejahteraan bagi semua warga serta perlindungan terhadap kelompok

minoriti.Kalangan pemikir islam menganggap masyarakat (kota) Madinah sebagai prototype

masyarakat ideal produk islam dan ianya harus dijadikan contoh oleh kebanyakan umat islam

masa kini agar berjaya menjadi masyarakat contoh dan ideal sekaligus dapat bersaing dengan

masyarakat barat (civil society)


Rasullulah telah meletakkan dasar-dasar masyarakat yang beragama,kebebasan khususnya dalam

bidang agama,ekonomi ,sosial dan politik.Masyarakat Madani yang dibangunkan oleh Rasullulah

tersebut memiliki ciri-ciri sebagai masyarakat beriman dan bertakwa,masyarakat demokrasi dan

beradab yang menghargai perbezaan pendapat,masyarakat yang menghargai hak-hak asasi

manusia,masyarakat tertib,masyarakat yang kreatif,mandiri dan mempunyai jati diri yang

luhur,masyarakat yang memiliki semangat kompetitif dalam suasana kooperatif ,penuh

persaudaraan dengan semangat kemanusiaan yang universal.Sistem Madani yang diwujudkan

oleh Rasullulah memliki ciri –ciri yang unggul,kesetaraan,istiqomah,mengutamakan penyertaan

rakyat dalam perancangan pembangunan negara dan demokrasi. Ciri –ciri yang unggul tersebut

tetap relevan daalm konteks waktu dan tempat yang berbeza sehingga pada dasarnya prinsip ini

dilihat sesuai diterapkan di dalam pelan pembangunan masyarakat pesisir di Kg Seberang takir

kearah usaha mewujudkan masyarakat yang ideal.


8.2 Fasa II : Melatih Penggerak / Agen Pembangunan komuniti lestari

Pengenalan

Setiap pembangunan dapat dicapai sekiranya terdapat kesemerataan penglibatan semua individu

dalam masyarakat samaada di peringkat bawahan (rakyat) mahupun peringkat atasan (pemimpin)

.Pemimpin merupakan nadi utama penggerak kepada pembangunan sesebuah kawasan.Setiap

perancangan yang dibuat oleh pemimpin akan menentukan hala tuju dan kemajuan sesebuah

kawasan tersebut .Setiap perancangan pembangunan haruslah menepati konsep pembangunan

mapan bagi memastikan pembangunan yang berlaku dapat dikekalkan untuk mencapai

kesejahteraan bersama. Maka untuk mencapai pembangunan tersebut,langkah pertama harus

diambil yakni memberi latihan kepada pemimpin di peringkat akar umbi bagi melahirkan agen

pembangunan yang berkrebiliti dalam kepimpinan disamping mempunyai nilai agama yang

tinggi dalam diri.

8.2.1 Agen penggerak utama pembangunan kampung

Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (persekutuan) JKKK atau JKKK(P)

merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh pihak kerajaan persekutuan

untuk mentadbir dan memajukan setiap kampung.

JKKK(P) adalah egen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran

kerajaan ,yang juga bertindak sebagai penghubung diantara agensi kerajaan dengan rakyat dan

bertanggungjawab menyebarkan matlumat berkaitan program –program kerajaan yang

dilaksanakan untuk kejahteraan rakyat. JKKK(P) merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan

di peringkat yang paling hampir dengan rakyat di samping menjadi agen menyalurkan aspirasi

rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.


Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung,JKKK(P)

bertanggungjawab di dalam pentadbiran dan memajukan sesebuah kampung dan menjadi badan

penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga ,pembangunan dan perubahan sikap

masyarakat kampung kearah membentuk warga desa yang berdaya saing serta inovatif. Di bawah

jkkk/p terdapat beberapa lagi agen penggerak yang yang menjadi tulang belakang menbantu

JKKK/P dalam menbangunkan kampung.Antaranya adaalh golongan belia,pertubuhan

nelayan,pertubuhan wanita, dan koperasi.

8.2.2.2 Pelan cadangan untuk memperkasakan penggerak pembangunan desa

1. Menubuhkan sebuah organisasi khusus yang dinamakan sebagai Organisasi Penggerak Wawasan

Desa di peringkat kampung yang memberi latihan kepada pemimpin kampung seperti JKKK atau

ketua kampung,Pertubuhan wanita,koperasi,persatuan nelayan ,Jawatankuasa masjiddan

golongan belia sebagai pemimpin pelapis desa bagi memberi latihan kepada pemimpin di

peringkat akar umbi agar mereka dapat mengendali dan merangka dasar –dasar

pembangunan desa dengan idea –idea baru dan inovatif berteraskan konsep pembangunan

bersama islam disamping berupaya mengaplikasikan pembangunan mapan ke dalam

rangka pembangunan yang dirancang.

2. Di bawah organisasi tersebut di wujudkan 4 unit latihan iaitu unit latihan pengurusan desa,unit

latihan komuniti ,unit latihan pembangunan kemahiran dan Insaniah dan unit latihan

antarabangsa.
b
I
p
h
l
s
L
t
i
u
m
o
K
k
a
r
g
n
e
P
d
j
n
w
&
a
e
b
/
J
G
D
P
K
N
H
T
A
L
R
B
E
M Carta Organisasi Penggerak Komuniti Lestari

3. Organisasi ini bergerak sendiri tanpa memerlukan pengawasan dan kawalan daripada pihak

kementerian pembangunan desa dan luar bandar.Ianya dikendalikan oleh masyarakat setempat dengan

mendapat bimbingan daripada golongan professional yang terdiri daripada anak-anak tempatan.Setiap

program dan kursus yang ingin dilaksanakan akan memglibatkan semua masyarakat dari lapisan bawahan

(rakyat ) hingga kepada lapisan teringgi (pemimpin kampung)

4. Organisasi ini menekankan aspek 5K iaitu keilmuan,keagamaan ,kelestarian ,kepimpinan dan

keusahawanan yang diterapkan ke dalam program yang dirangka


8.2.2.2.1 Unit Latihan Pengurusan dan Pentadbiran

Unit ini bertanggungjawab melaksanakan program yang melibatkan pengurusan dengan memberi penekanan

terhadap aspek keagamaan dan keilmuan melalui

Program 1 : Pengurusan Pentadbiran islami

Objektif a) menyediakan pembelajaran tentang etika kerja islam,

b) memberi pendedahan cara mengaplikasikan syariat islam dalam semua aspek

pentadbiran dan pengurusan

c) membuka minda pemimpin untuk beralih kepada pengurusan pembangunan

secara islam daripada pengurusan pembangunan konvensional.

aktiviti -ceramah dan bengkel diberi oleh JAKIM

Sasaran 500 peserta dari kumpulan sasaran JKKK/P dan belia/beliawanis

Anggaran kos RM 5000

Jangkamasa seminggu

Pelaksanaan

Indikator - pelaksanaan dasar-dasar dan strategi pembangunan kampung berasaskan syariah

Kejayaan islam

- meningkat kesedaran tentang etika kerja islam di kalangan pemimpin

Program 2 : Pengurusan Masjid Bersepadu

Objektif a) memberi pengetahuan tentang fungsi dan peranan masjid serta aspek

pengurusan masjid dan surau.

b) meningkatkan permuafakatan pelbagai pihak ke arah menjadikan masjid sebagai

pusat pembangunan masyarakat.

c) menggalakkan penglibatan pemimpin bersama ahil jawatankuasa masjid dalam


merancang dan merangka program –program masjid dan surau.

Aktiviti ceramah dan bengkel diberi oleh JAKIM

Sasaran 1000 penyertaan dari JKKK/P ,Jawatankuasa masjid dan surau ,belia dan beliawanis dan

wanita

Anggaran kos RM 50 000

Jangkamasa 2 hari 2 malam

Pelaksanaan

Indikator a) masjid berfungsi sebagai pusat pembangunan masyarakat.

Kejayaan b) penglibatan pemimpin bersama ahil jawatankuasa masjid dalam merancang dan

merangka program –program masjid dan surau.

c) Pengurusan masjid semakin cekap dan tersusun

8.2.2.2.2 Unit Latihan komuniti

Unit ini bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan kursus-kursus kepada pemimpin peringkat

akar umbi dan pemimpin pelapis desa dengan menekankan aspek kepimpinan,keagamaan ,keilmuan dan

kelestarian. Antara kursus yang dilaksanakan ialah:

Program 4 : Kepimpinan Islam

Objektif a) Menekankan konsep kepimpinan dan tanggungjawab kepimpinan


dalam diri setiap peserta.
b) Melahirkan generasi pemimpin yang cakna terhadap
permasalahan ummah sejagat melalui komunikasi yang
berkesan
c) Mewujudkan pemimpin akar umbi berkeperibadian muslim dan
berkepimpinan.

d) Melahirkan kefahaman yang jelas tentang tanggungjawab yang


harus dipikul sebagai seorang pemimpin.
e) Melahirkan generasi pemimpin Al-Quran yang dinamik dan menjadi
pemimpin masyarakat yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
.
aktiviti ceramah,motivasi mengenal diri ,latihan berkumpulan,perbentangan

Sasaran 300 penyertaan dari JKKK/P , Belia dan Beliawanis,Ahli Jawatankuasa Masjid

Anggaran kos RM 20000

Jangkamasa 3 hari 2 malam

Pelaksanaan

Indikator - Lahirnya pemimpin akar umbi berkeperibadian muslim dan

Kejayaan berkepimpinan.

Program 5 : Kem Bestari Nisa’

Objektif a) Meningkatkan keupayaan dan keterampilan wanita sebagi agen perubahan dan

penggerak pembangunan diri

a) mendedahkan peserta kepada isu-su keperluan dan kepentingan wanita semasa

dengan penekanan diberikan dalam bidang kesihatan ,motivasi ,kepimpinan dan

pengertahuan tentang hak perundangan wanita

Aktiviti ceramah,bengkel kesihatan oleh KKM

Sasaran 500 penyertaan Pertubuhan wanita dan Beliawanis

Anggaran kos RM 10000

Jangkamasa

Pelaksanaan seminggu

- golongan professional dari kalangan wanita meningkat

Indikator - wanita dapat berusaha sendiri memajukan ekonomi mereka tanpa ada bantuan
Kejayaan luar

- meningkat kesedaran tentang hak –hak wanita dan mereka mampu mencari

jalan penyelesaian jika ditindas melalui tindakan undang –undang

Program 6: Bengkel Keusahawanan Lestari Bersepadu

.
a) Melahirkan penggerak yang inovatif dan kreatif dalam merangka pembangunan
Objektif
industri desa

b) melahirkan usahawan penggerak yang mampu menggunakan sumber secara

optimum tanpa merosakan persekitaran.

c) meningkatkan bilangan usahawan industri halal dikalangan bumiputera

Aktiviti ceramah

Sasaran JK 1000 penyertaan dari JKKK/P Pertubuhan wanita,belia/beliawanis,pertubuhan nelayan

dan koperasi

Anggaran kos RM 12000

Jangkamasa 2 hari 1 malam

Pelaksanaan

Indikator - wujudnya produk –produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi di

Kejayaan peringkat global

- lahirnya usahawan lestari yang mampu mengoptimunkan sumber

- meningkatnya kesedaran alam sekitar di kalangan usahawan

8.2.2.3 Unit Latihan Pembangunan Kemahiran Insaniah

Program 7: Kursus Jaringan Teknologi Kampung

Objektif a) memberi pendedahan berkaitan perkembangan teknologi maklumat, memberi


kemahiran asas untuk menghasilkan persembahan dalam bentuk multimedia

dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint

b) meningkatkan kemahiran menggunakan kemudahan internet

Aktiviti

Sasaran 1000 penyertaan dari JKKK/P,pertubuhan wanita, belia/beliawanis, persatuan nelayan

dan Jawatankuasa Masjid

Anggaran kos RM10000

Jangkamasa 2 hari 1 malam

Pelaksanaan

Indikator - bilangan masyarakat yang celik it meningkat

Kejayaan - urusan pentadbiran lebih cekap dan pantas

Program 8 : Bengkel bahasa Inggeris dan bahasa asing (jepun,cina)

Objektif a) memantapkan tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan pemimpin desa

b) meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pemimpin akar umbi

c) Meluaskan forum penglibatan pemimpin desa di dalam kursus, seminar,

bengkel dan persidangan sama ada di peringkat kebangsaan atau

antarabangsa yang menggunakan medium Bahasa Inggeris dan bahasa

asing.

d) Memperkasakan kemahiran berkomunikasi gologan belia

Aktiviti pembelajaran,latihan berkumpulan,menonton video

Sasaran 550 penyertaan dari JKKK/P dan Belia/Beliawanis

Anggaran kos RM 50000

Jangkamasa seminggu

Pelaksanaan

Indikator - tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan pemimpin desa meningkat

Kejayaan
- pemimpin desa mampu berkomunikasi dengan warga asing

- penglibatan pemimpin dan bela dalam seminar,bengkel dan kursus di peringkat

antarabangsa meningkat

Program 9: Kursus Imam dan Bilal

Objektif a) melatih pemimpin di peringkat akar umbi dan pelapis pemimpin


desa menjadi imam dan muazzim sebagaimana Rasullulah SAW
baginda pemimpin dan baginda jugalah imam dalam solat
berjemaah
b) melatih sikap kepimpinanan dalam diri peserta
c) menggalakkan penglibatan masyarakat terutama pemimpin desa
dan belia bersama –sam ahli jawatankuasa masjid memainkan
peranan sebagai imam dan bilal masjid
.
aktiviti ceramah,bengkel dan praktikal

Sasaran J 700 penyertaan dari JKKK/P ,Jawatankuasa masjid dan suaru,Belia dan Beliawanis

Anggaran kos RM 12000

Jangkamasa Seminggu

Pelaksanaan

Indikator - meningkat bilangan imam dan bilal di kalangan golongan muda

Kejayaan - pemimpn mampu menjadi imam solat jemaah

8.2.2.4 Unit Latihan Antarabangsa

Program 10 : Program Lawatan Pemimpim JKKK/P ke Luar Negara

Objektif .
a) memberi pendedahan dan dimensi baru dari segi pendekatan dalam

pembangunan luar bandar yang dilaksanakan oleh negara lain;

b) menyediakan peluang untuk perkongsian pengalaman dengan pemimpin desa di

negara lain dalam aspek pelaksanaan projek ekonomi untuk meningkatkan taraf
hidup penduduk luar bandar;

c) meningkatkan iltizam pemimpin JKKK untuk membangunkan kampung

mereka supaya maju dan berdaya saing

d) memberi dorongan kepada pemimpin JKKK dalam usaha mendaya upayakan

modal insan luar bandar untuk terus berdaya saing ke peringkat global.

aktiviti lawatan

Sasaran 100 penyertaan dari JKKK/P

Anggaran kos RM 100 000

Jangkamasa 2 hari 2 malam

Pelaksanaan

Indikator - mampu menerapkan model dan idea –idea pembangunan dari negara luar ke

Kejayaan dalam rangka pembangunan kampung

Anda mungkin juga menyukai