Anda di halaman 1dari 16

HSA3043

KUMPULAN C

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:
BINCANGKAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH GERAKAN
PEMISAHAN TIMUR TIMOR (TIMUR LESTE) SEJAK 1976 SEHINGGA
KEJAYAANNYA MEMBENTUK SEBUAH NEGARA SENDIRI PADA 2002.

NAMA: JASREY RAZNIZAR BIN ERIANSAH


NO. MATRIK; D20191088873
SEMESTER: 6
PENGENALAN

Negara Timor Leste merupakan suatu bangsa yang merdeka dan berdaulat di
abad ke-21 dengan nama rasminya Republik Dimokratik Timor Leste atau dikenali
sebagai Timor Timur merupakan sebuah Negara kecil yang terletak di Utara benua
Australia dan Selatan Negara Republik Indonesia. Negara Timor Leste mempunyai
sejarah mempunyai sejarah yang panjang untuk berdiri sebagai sebuah Negara yang
berdualat dan merdeka kerana Timor Leste pernah dijajah oleh tiga bangsa iaitu
Portugis, Jepun dan Indonesia serta berada dibawah pimpinan PPB melalui lembaga
yang bernama United Nations transitional Administration in East Timor (UNTAET).
Portugis telah menjajah Timor Leste selama 450 tahun manakala Jepun telah Berjaya
menjajah Timor Leste selama tiga tahun dan Indonesia selama 24 tahun. Ini tidak
termasuk lagi Timor Leste berada dibawah pimpinan PBB selama lebih kurang dua
tahun iaitu bermula 24 Oktober 1999 sehingga 20 Mei 2002.

Menurut Hendro Subroto (1997), menyatakan bahawa perubahan di Timor


Timur mula terjadi setelah berlakunya rampasan kuasa tentera di Portugal pada tahun
1974 yang dikenali sebagai “Revolusi Bunga” 1 yang telah menjadikan Antonio de
Spinola sebagai Presiden Portugal. Peralihan kuasa pemimpin Portugal ini juga telah
menyebabkan dasar mereka juga berubah kepada dasar politik yang lebih demokratik
dan ini memberi harapan kepada kepada Negara-negara jajahan Portugal untuk
merdeka termasuklah Negara Timor Leste. Sementara itu, pemerintahan Portugal pun
sebenarnya sudah merancang untuk memberi kemerdekaan kepada Timor Leste, yang
menjadi persoalannya adalah, apakah bentuk kemerdekaan itu. Samaada bergabung
dengan Indonesia, menjadi Negara yang berdiri sendiri atau bergabung dengan
Portugis. Untuk mendapatkan kemerdekaan yang mutlak bagi Negara Timor Leste,
ianya bukan perkara yang mudah dan mengambil masa yang panjang untuk merdeka
secara mutlak bermula. Bagaimana kemerdekaan Timor Leste dicapai merupakan satu
perbincangan yang menarik kerana Negara ini dijajah dalam jangka masa yang
panjang dan mendapat kemerdekaan mutlak hanya pada abad ke-21.

1
1Hendro Subroto. (1997). Saksi Perjuangan Integrasi Timor Timur. Jakarta:
Pustaka Sinar Harapan. Hlm. 5.
LATAR BELAKANG BAGAIMANA TIMOR TIMUR MASUK MENJADI
WILAYAH INDONESIA.

Sejak berlakunya perubahan pucuk pimpingan di Portugal, isu kemerdekaan


Timor Leste menjadi perbincangan. Bagaimana Timor Leste menjadi wilayah
Indonesia yang ke-27 daripada jajahan Portugal juga perlu dibincangkan.
Transformasi Timor Portugis ke Timor Timur Indonesia mempunyai empat fasa yang
perlu difahami iaitu fasa pertama: April-Ogos 1974, fasa kedua: bermula Septembe
1974 - Julai 1975, fasa ketiga: Ogos – Disember 1975 dan fasa keempat: dari Januari
hingga Julai 1976. Pada fasa pertama adalah perubahan yang berlaku yang
membolehkan penubuhan parti-parti dibuka yang sebelum ini hanya parti-parti
tertentu sahaja yang dibenarkan seperti Persatuan Nasional Portugis. pada fasa
pertama ini, munculnya parti-parti yang baru seperti Uniao Democratia Timorense
(UDT), Associacao Social Democratica Timorense (ASTD), Frente Revolucionaria de
Timor Leste Independente (Fretillin), Associacao Popular Democratica Timorense
(Apodeti) dan beberapa lagi2.

Pertubuhan parti-parti ini mempunyai perjuangan dan matlamat yang berbeza


seperti UDT inginkan kemerdekaan Timor Leste bergabung dengan Portugal, Fretillin
inginkan kemerdekaan sendiri oleh Timor Leste dan Apodeti inginkan kemerdekaan
Timor Leste bergabung dengan Indonesia. Pandangan Lisabon adalah tidak realistic
bagi Timor Leste untuk merdeka, maka pilihan yang wujud adalah bergabung dengan
Portugal ataupun Indonesia. Pada fasa yang kedua kelihatan bahawa Portugal sudah
kurang berminat untuk menumpukan perhatiannya kepada Timor Leste kerana
mempunyai masalah dalaman.

Pada fasa yang ketiga berlakunya gerakan tentera antara parti-parti dan juga di
Timor Leste. Portugal dan Indonesia merasakan perlunya ada perbincangan untuk
mencari penyelesaian daripada masalah rusuhan yang berlaku ini. Pertemuan dan
penbincangan di adakan untuk selesaikan isu ini namun tidak berhasil. Fretillin
mengisytiharkan kemerdekaan bagi Timor Leste pada 28 Novenber 1975 namun ianya
tidak diakuai oleh Portugal dan Indonesia. Pada fasa yang keempat ini, Indonesia
2
Bilver Singh. (1998). Timor Timur, Indonesia dan Dunia, Mitos dan kenyataan.
Jakarta: Perpustakaan Nasionalisme RI. Hlm 4-7.
menggunakan ketenteraan untuk menguasai Timor Leste. Namun Indonesia tidak
mengakui bahawa mereka menghantar pasukan tentera di Timor Leste dan mereka
mengatakan hanya menghantar sukarelawan untuk membantu perjuangan parti di
Timor Leste menguasai wilayah tersebut3.

Apa yang menariknya, pada 13 Februari 1976, Lopez de Cruz mewakili UDT
menyatakan di Jakarta bahawa 60.000 orang telah terbunuh dalam perang saudara
yang berlangsung selama enam bulan di Timor Timur. Sebagai sebahagian dari
keputusan untuk bergabung, pada 31 Mei 1967, pimpinan pemerintahan sementara
mengadakan mesyuarat anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah di Dili yang
dihadiri oleh 28 utusan. Mereka menandatangani sebuah petisyen meminta Presiden
Soeharto untuk menerima gabungan wilayah Timor Timurke dalam Indonesia. Pada 7
June, delegasi dari pemerintahan sementara dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah
terbang ke Jakarta untuk menyerahkan petisyen tersebut kepada Presiden Soeharto.
Presiden Soeharto menerima petisyen tersebut tersebut dan menjadikan Timor Leste
sebagai wilayah yang ke -27 Indonesia4.

FAKTOR-FAKTOR MUNCULNYA GERAKAN PEMISAHAN.

3
Bilver Singh. (1998). Timor Timur, Indonesia dan Dunia, Mitos dan kenyataan.
Jakarta: Perpustakaan Nasionalisme RI. Hlm 4-7.

4
John Taylor. (1991). Indonesian’s Forgetten war: The Hidden History of east
Timor. London: Zed Books. Hlm. 71.
Rakyat Timor timur melancarkan penentuan hak asasi mereka menerusi
kerajaan de facto Fretillin bagi menentukan masa depan mereka. Masyarakat Timor
Timur mula memperjuangkan hak penentuan sendiri atau ‘self-determination’ pada 28
November 1975 apabila de facto kerajaan Fretillin mengisytiharkan kemerdekaan
kemerdekaan dan mewartakan Timor Timur sebagai sebuah republic demokratik.
Namun, selepas Sembilan hari pengisytiharan tersebut iaitu pada 7 Disember 1975
pihak Indonesia telah melancarkan serangan Timor Timur yang di Dili5.

Indonesia secara jelasnya meningkatkan campur tangan, beberapa


pencerobohan ketenteraan dilakukan melewati sempadan yang dibantu oleh pihak
tentera laut dan pengeboman oleh pihak tentera udara. Ini secara tidak langsung
mengancam keselamatan di Timor Timur. Keengganan pentadbiran Portugis untuk
kembali meningkatkan pencerobohan Indonesia telah mempercepatkan keputusan
Fretilin untuk mengisytiharkan kemerdekaan penubuhan republic demokratik timor
timur diistiharkan pada November 1975. Penaklukan pada Disember telah
menandakan pentadbiran regim Soeharto dijalankan selama setahun bagi menghalang
kemerdekaan Timor Timur daripada pihak Portugal 6. Indonesia telah mengambil
kesempatan untuk menakluki bekas tanah jajahan Portugal ketika pihak Portugal
menghadapi krisis politik dan ekonomi di Negara mereka.

Oleh kerana itu, pihak Portugal terpaksa melepaskan Timor Timur yang
menghadapi masalah perang saudara dan seterusnya penaklukan dari pihak Indonesia.
Sikap permusuhan Indonesia terhadap penubuhan Timor Timur merdeka berpunca
daripada pihak sikap tentera terhadap keselamatan. Berkongsi sempadan dengan
sebuah demokrasi dan berkecuali akan membawa kepada ancaman terhadap
keselamatan kerajaan Indonesia. Apa yang dibimbangkan adalah pengaruh daripada
kewujudan Timor Timur akan membawa kepada proses pemisahan daripada gerakan
pemisahan yang lain7.

5
Carmel Budiardjo & Liem Soei Liong. 1984). The War against east Timor. London: Zed Book Ltd. Hlm 1.

6
Ibid. Hlm. 3.

7
Ibid. Hlm. 10.
Penaklukan tentera Indonesia serta peperangan selama lebih 24 tahun di
wilayah Timor Timur menandakan satu episode pencabulan hak asasi manusia.
Peristiwa pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Timor Timur sejak suku abad
yang lampau agak kurang diketahui oleh dunia antarabangsa sehinggalah ke tahun
1999. Apabila berlaku pergolakan politik yang melibatkan pertumpahan darah
penduduk di Timor Timur. Ini berkaitan dengan pihak Australia dan Amerika Syarikat
yang melindungi Indonesia daripada kencaman pihak antarabangsa. Dengan
menafikan kekejaman Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) serta pihak
Revolutionary Front for Independent Esat Timor atau Fretilin dapat dikurangkan dan
kedudukan president Soeharto dapat dikekalkan8.

President Sukarno merupakan seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi dan


menjalankan kempen terhadap kolonialisme dan imperialisme. Matlamatnya adalah
untuk mendapatkan Irian Barat. Setelah Irian Barat dikuasai pada 1962, Sukarno
menumpukan perhatian terhadap isu konfrontasi Malaysia-Indonesia. Kempen anti-
kolonialisme dilaksanakan sebagai sebahagian daripada rancangan meluaskan
pengaruhnya. Banyak peristiwa kekejaman yang berlaku ke atas pejuang
kemerdekaan Timor Timur. Ramai di kalangan rakyat yang menyokong perjuangan
Fretilin telah diseksa dan dibunuh oleh tentera Indonesia. Antaranya ialah para
pejuang dalam kurungan telah diseksa contohnya di penjara yang menempatkan kaum
wanita yang terdiri daripada OPMT (Organizacao Popular da Mulher Timor).
Kebanyakan mereka telah dirogol dan bahagian badan dan buah dada mereka mereka
telah dikelar dan dicucuh dengan punting-puntung rokok. Kaum lelaki pula dibunuh
kerana mempertahankan anak-anak perempuan mereka daripada menjadi mangsa
askar-askar Indonesia9.

Antara punca yang membawa kepada factor-faktor kebangkitan gerakan


pemisahan di Timor timur adalah disebabkan oleh penaklukan tentera ABRI pada 7
Disember 1975. Banyak kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak tentera Indonesia
terhadap rakyat Timor Timur. Laporan-laporan menunjukan bahawa banyak kawasan
penempatan yang dibakar oleh pihak tentera dan lebih daripada 2000 nyawa telah
8
Dunn, James. (1983). East Timor – A people betrayed. New South Wales: The Jacaranda Press. Hlm. Xi.

9
Ibid. Hlm. 286.
terkorban terutamanya kaum perempuan dan kanak-kanak. Terdapat juga
pembunuhan yang dilakukan terhadap orang yang menyerah diri. Kaum wanita
dibunuh perlahan-lahan dengan dikelar dengan pisau. Selain itu, ramai di antara
mangsa yang mati disebabkan oleh kebuluran, penyakit, diseksa hidup-hidup dan
beberapa kekejaman yang lain. Kekejaman di Lakluta memperlihatkan kekejaman
yang paling dasyat, tentera Indonesia memegang kaki anak-anak kecil dan memusing
ke udara sebelum dihempas ke batu besar. Kejadian pembunuhan di Lakluta
menyaksikan dua puluh buah lori tentera melepaskan tembakan membabi buta
terhadap penduduk yang berada di rumah-rumah. Battalion yang dihantar ke kawasan
berkenaan adalah Batalion 744/5, kebanyakan laporan menyatakan bahawa mangsa
serangan adalah terdiri daripada kaum perempuan dan kanak-kanak, bukannya tentera
Fretilin.

Bagi menutup kesalahan pihak tentera, semua bupati (ketua-ketua kampung)


dikerah untuk menandatangi dokumen bagi menafikan kejadian tersebut. Walaupun
banyak tekanan yang dikenakan ke atas pejuang pemisah kemerdekaan Timor Timur,
ia sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka untuk mendapat kebebasan
autonomi. Dalam tahun 1976, pihak Fretilin berjaya mempertahankan zon Barat
dengan kekuatan 1,800 orang tentera. Tentera Indonesia hanya menduduki beberapa
kawasan di Bandar dan kampung-kampung, banyak lagi kawasan di Timor Timur
masih belum dikuasai oleh tentera Indonesia10.

PROSES PEMISAHAN TIMOR TIMUR DARI INDONESIA.

10
John Taylor. (1991. Hlm. 80.
Indonesia tetap melakukan gerakan ketenteraan di Timor Timur walaupun
Timor Timur telah menjadi wilayah Timor Timur yang ke-27. “Operasi Seroja”
dilakukan secara terbuka yang berlangsung dari tahun 1975 sehingga tahun 1978 dan
dan diikuti pula oleh “Operasi Teritorial” yang bertujuan untuk membina kekuatan-
kekuatan rakyat Timor Timur supaya menjadi lebih baik. Indonesia juga telah
melakukan pembangunan terhadap Timor Timur terutamanya pembangunan dari segi
fizikal seperti sekolah, jalan, kemudahan awam dan sebagainya. Pembangunan
pemerintah Indonesia yang lebih berorientasikan kepada pertumbuhan ekonomi dan
kestabilan politik telah mengabaikan faktor sejarah, sosial dan budaya tempatan telah
menjadi “bom waktu” kepada pemerintah Indonesia. “bom waktu” ini hasil daripada
kekecewaan rakyat Timor Timur pro-kemerdekaan.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang adalah, penggabungan wilayah


Timor Timur ke dalam Indonesia tidak diakuai oleh PBB. Untuk menyelesaikan
masalah ini, rundingan telah diadakan sejak tahun 1976 forum antarabangsa dengan
tujuan agar gabungan Timor Timur ke dalam Indonesia diakui oleh pihak
antarabangsa. Rundingan untuk menyelesaikan isu gabungan Timor Timur ke dalam
Indonesia mengambil masa yang dalam Majlis Persidangan PBB sehinggalah PBB
mengambil keputusan untuk untuk menunda permasalahan tersebut. PBB cuba
mengalihkan perbincangan tersebut dalam forum pertemuan diaolog segitiga (triple
talks) antara Menteri Luar Negeri Indonesia, Menteri Luar Negeri Portugal dan juga
Setiausaha Agung PBB sebagai orang tengah. Pertemuan ini telah membincangkan
penyelesaian persoalan Timor Timur yang telah dilakukan beberapa kali sejak tahun
1992 sehinggalah 1996.

Namun, Triple Talks ini tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa permasalahan


ini akan selesai dengan segera. Hal ini kerana, pihak Indonesia dan Portugal, masing-
masing mempertahankan prinsip dan dasar masing-masing. Pemimpin Portugal
menuntut pelaksanaan “act of self-determination” atau penentuan nasib sendiri oleh
Timor Timur melalui referendum. Manakala pihak Indonesia pula menolak untuk
diadakan referendum kerana kerana pada dasarnya rakyat Timor Timur telah
menentukan nasib mereka sendiri pada tahun 1976 sesuai dengan keadaan sosial dan
adat mereka11. Kedua Negara telah melakukan pertemuan secara tidak formal untuk
membahaskan isu Timor Timur ini. Pertemuan informal yang dilakukan pada 14-17
Disember 1993 membolehkan kedua-dua Negara tersebut mencapai persepakatan
utnuk berkerjasama dalam pembangunan Timor Timur dalam pelbagai bidang.

Perkembangan teknologi maklumat yang maju dan pesat menyebabkan isu


Hak Asasi Manusia (HAM), demokrasi, dan keamanan hidup mendominasi politik
antarabangsa. Isu Hak Asasi Kemanusiaan di Timor Timur menjadi tumpuan politik
antarabangsa berikutan daripada peristiwa Santa Cruz yang terjadi pada 12 November
1991. Ini menyebabkan rundingan yang dilakukan oleh pemimpin Indonesia sebelum
ini tidak bermakna. Peristiwa Santa Cruz ini menjadi isu antarabangsa apabila
rakaman terhadap peristiwa tersebut tersebar luas di media-media luar Negara apabila
seorang wartawan merakam situasi tersebut dan menyebarkan di media massa.

Peristiwa ini telah menjadi perhatian masyarakat antarabangsa kerana


peristiwa ini terjadi pada masa kunjungan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Timor
Timur yang diketuai oleh Professor Koijmans. Ini menyebabkan isu Timor Timur
kembali menjadi tumpuan dunia antarabangsa. Peristiwa ini juga menyebabkan
banyak kritikan dan serta campur tangan yang ditujukan kepada pemimpin Indonesia
dalam hubungan antarabangsa. Peristiwa ini meyukarkan usaha rundingan oleh
pemimpin Indonesia dalam hubungan antarabangsa. Peristiwa Santa Cruz ini juga
dijadikan sebagai alat oleh Negara-negara yang mempunyai kepentingan di Timor
Timur untuk terus menerus memujuk pemimpin Indonesia untuk melepaskan Timor
Timur berikutan isu Hak Asasi Manusia12.

Hal ini telah mendorong masyarakat Timor Timur untuk untuk berpisah
daripada Indonesia. Keinginan rakyat Timor Timur semakin kuat dan peluang yang
cerah terbuka bagi kemerdekaan Timor Timur setelah Presiden B. J. Habibie
menggantikan Soeharto menjadi presiden Indonesia telah mengambil langkah berani
dengan memberikan dua pilihan kepada Timor Timur. Presiden B. J. Habibie telah
mengeluar pandangannya iaitu pemberian status yang khusus dan autonomi kepada
Timor Timur dalam mesyuarat kabinet pada 9 Jun 1998.
11
Tim Peneliti Balitbang Deplu RI. (2000). Interim Report Pelaksanaan Politik luar Negeri Indonesia pasca
Pemisahan Timor Timur. Jakarta: Balitbang Deplu RI. Hlm. 27.
12
Ibid. Hlm. 24.
Konsep outonomi ini telah diusulkan oleh Uskup Carlos Filipe Ximenes Belo
selepas insiden Santa Cruz. Seruan ini disampaikan oleh Uskup setelah usulan
mengenai referendum yang pernah disampaikan kepada Setiausaha Agung PBB
mendapat reaksi yang dingin daripada pemimpin Indonesia. Uskup mengungkapkan
pengalamannya selama bertugas untuk memperjuangkan keadilan dan kebebasan yang
mengalami ancaman sehingga ia meminta bantuan pengaman dari pihak antarabangsa.
Hal ini dilakukan kerana beliau berpandangan bahawa masyarakat Timor Timur tidak
mempunyai tempat untuk mengadu dan bergantung kerana ABRI yang dianggap
sebagai pelindung telah telah melakukan hal yang sebaliknya iaitu melakukan
tindakan ancaman dan kekerasan13.

Usul ini tidak mendapat perhatian yang serius daripada pemimpin Indonesia
pada ketika itu yang menganggap bahawa gabungan Timor Timur ke dalam Indonesia
merupaka hal yang muktamad dan tidak dapat dirunding lagi 14. Perubahan pemimpin
Indonesia telah menyebabkan isu pemberian autonomi ini dibangkitkan kembali oleh
B. J. Habibie kerana beliau merasakan bahawa ini adalah pilihan yang paling sesuai
dan ideal untuk menyelesaikan isu Timor Timur ini. Keputusan ini diambil oleh
presiden B. J. habibie kerana penggabungan wilayah Timor Timur ke dalam Indonesia
selama hampir 23 tahun tidak mendapat pengiktirafan daripada PBB.

Dua pilihan yang ditawarkan oleh presiden B. J. Habibie kepada Timor Timur
adalah pada 27 Januari 1999 iaitu, jika rakyat Timor Timur menolak pilihan satu iaitu
mengenai pemberian autonomi yang luas maka kerajaan Indonesia akan memberikan
pilihan yang kedua iaitu kebebasa kepada MPR untuk mengundi dan memutuskan
untuk melepaskan Timor Timur dari mejadi wilayah Indonesia yang ke-27. Usul
mengenai pilihan dua ini dilakukan kerana mendapat surat daripada Perdana Mentari
Australia iaitu John Howard untuk mengadakan referendum mengenai isu Timor
Timur ini. Selain itu, keputusan untuk mengeluarkan pilihan kedua ini adalah kerana
Presiden B. J. Habibie yang menghormati Hak Asasi Manusia dan memberikan
kebebasan diatas prinsip kemerdekaan kepada setiap rakyat Indonesia15.
13
Gary Van Klinken. (1996). Akar Perlawanan Rakyat Timor Timur. Jakarta: ELSAM. Hlm. 23-24.

14
Zacky A. Makarim, dkk. (2003). Hari-hari terakhir Timor Timur. Jakarta: Sportif Media Informasindo. Hlm. 33

15
Lela E. Madjiah. (2002). Timor Timur perginya si anak yang hilang. Jakarta: Antara Pustaka Utama. Hlm. 236.
Kelompok pro-kemerdekaan bagaikan mendapat peluang baru apabila
keputusan pilihan kedua oleh B. J. Habibie itu diusulkan dan mula menunjukkan sikap
permusuhan terhadap kelompok yang pro-integrasi dan pemerintah Republik
Indonesia. Selain itu, kemunculan berbagai kelompok militant pro-integrasi yang
tidak dapat dihalang menjadi faktor penyokong bagi meningkatkan konflik yang
menjadi wilayah ke-27 Indonesia. Keadaan di Timor Timur terutamanya di Dili
menjadi semakin kacau apabila pemimpin Gerakan Perlawanan Rakyat Timor Timur
(CNRT) iaitu Xanana Gusmao mengumumkan perang terhadap terhadap pemerintah
Indonesia dan TNI pada 5 April 1999.

Usaha untuk mendamai perkara ini telah diambil dan perjanjian damai juga
telah dicapai. Lanjutan daripada ini, suruhanjaya untuk keamanan dan kestabilan
ditubuhkan (KPS) yang berfungsi memantau terjadinya pelanggaran serta perjanjian
damai, berkerjasama dengan semua pihak untuk menghentikan segala bentuk
permusuhan, intidimasi, dan keganasan, menerima aduan daripada orang ramai
mengenai pelanggaran yang berlaku di Timor Timur, sama ada yang dilakukan oleh
pasukan keselamatan dan pihak yang berperang dan KPS bersama-sama UNAMET
akan merangka satu peraturan untuk mengawal tingkah laku dalam tempoh sebelum,
semasa dan selepas rundingan itu yang harus dipatuhi oleh semua pihak16.

Referendum yang diselenggara oleh UNAMET telah keluar keputusannya


yang diumumkan oleh PBB pada 4 September 1999 menunjukkan bahawa 78.5%
undian referendum menolak pilihan satu yang diusulkan oleh B. J. Habibie, ini
menunjukkan bahawa penduduk Timor Timur memilih untuk berpisah dari
Indonesia17. Pada 20 Oktober 1999 MPR melakukan Sidang Pleno untuk
membahaskan isu referendum di Timor Timur. Dalam pertemuan ini MPR mengakui
hasil referendum tersebut dan membatalkan undangundang pengintegrasian Timor
Timur ke dalam Indonesia. Kemerdekaan Timor Timur telah diperkuatkan lagi
dengan tap MPR no.V/MPR/1999. Ini bermakna Republik Indonesia tidak

16
Hastutining Dyah Wijayatmi. (2004). Hubungan bilateral RI- Timor Timur pasca kemerdekaan Timor Timur.
Surakata: Universitas Sebelas Maret Surakata. Hlm.75.

17
Lela E. Madjiah. (2002 . Hlm. 236.
mempunyai tanggungjawab ke atas masa depan Timor Timur. Ini bermakna secara
asministratif Timor Timur berada dalam pemerintahan transisi PBB.

TIMOR TIMUR DALAM PEMERINTAHAN PBB.

Pemerintahan transisi sebelum kemerdekaan sepenuhnya oleh Timor Timur


dilakukan oleh PBB melalui badan UNTAET yang ditubuhkan pada 25 Oktober 1999.
Badan ini berfungsi untuk memelihara keamanan dan menjaga undang-undang serta
ketertiban di seluruh wilayah Timor Timur. Selain itu, ia juga bertanggungjawab
secara menyeluruh terhadap penataan Timor Timur dan mempunyai kuasa untuk
menjalankan semua kuasa-kuasa legislative, eksekutif dan pentadbiran. PBB melantik
Sergio Vieira de Mello sebagai wakil khas untuk menjadi pentadbir transisi Timor
Timur pada 16 November 1999.

Selama menjalankan tugasnya sebagai pemerintah transisi, UNTAET telah


melakukan banyak usaha untuk memperbaiki keadaan Timor Timur dalam pelbagai
bidang. UNTAET memiliki kuasa penuh membuat perjanjian kerjasama dan
hubungan baik dengan Negara manapun di dunia, serta mengambil tindakan yang
berhubung dengan kelangsungan masa depan Timor Timur. UNTAET sebagai contoh
telah menandatangani banyak perjanjian seperti National Consulvative Council,
menandatangani sebuah nota persepakatan memanjangkan masa berlaku perjanjian
Selat Timor dengan pemimpin Australia, membuat pinjaman dengan Bank Dunia dan
sebagainya.

Pemerintahan UNTAET di Timor Timur berakhir setelah Timor Timur


mendapat kemerdekaan penuh dan mempunyai pemerintahan sendiri yang dibentuk
melalui undian. Undian diselanggara untuk memilih ahli Majlis Perlembagaan yang
mempunyai kuasa untuk menentukan Undang-Undang Dasar (UUD) dan membuat
perlembagaan untuk menentukan pemilihan presiden secara langsung serta
mewujudkan kemerdekaan penuh bagi Timor Timur. Hasil daripada undian, pada 30
Ogos 2001 telah memilih Kay Rala Xanama Gusmao sebagai presiden Timor Timur
untuk tempoh 2002-200718. Pemilihan Xanana adalah hasil undian yang mendapat
18
Hastutining Dyah Wijayatmi. (2004. Hlm. 88.
undian sebanyak 82.7% mengalahkan Francisco Xavier de Amaral yang hanya
memperoleh 17.3%. tepat pada pukul 00.00 waktu Timor Timur pada 20 Mei 2002
Republik Demokratik Timor Leste (RDTL) atau Timor Timur dengan rasminya
berdiri sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat sama dengan Negara-
negara lain di dunia19.

KESIMPULAN

19
Ibid. Hlm. 88.
Kemerdekaan bagi Timor Leste atau Timor Timur bukan satu perkara yang
mudah dicapai. Selepas Portugal membebaskan Timor Timur, Timor Leste dijajah
pula oleh Indonesia. Pada masa penjajahan ini selama beratus tahun oleh Portugal dan
Republik Indonesia, masyarakat antarabangsa tidak menumpukan perhatiannya
terhadap isu ini kerana tidak mempunyai kepentingan. Namun menjelang tahun 1990-
an perubahan politik di Indonesia dan dunia memungkin adanya referendum dimana
rakyat Timor Leste secara besar-besaran memilih untuk menolak pemerintahan
Indonesia. Tiga tahun kemudian, Republik Demokratik Timor-Leste menjadi nyata
dari sebuah wilayah yang tidak berpemerintahan sendiri kepada sebuah Negara yang
berdaulat dan mempunyai pemerintahan. Prestasi ini memberi inspirasi kepada rakyat
seluruh dunia yang bercita-cita menenukan nasiib mereka sendiri20.

Semenjak referendum di Timor-Leste, realitinya berbeza dengan gambaran


yang dikembangkan oleh PBB sebagai anak yang mereka banggakan. Pada tahun
2006, TimorLeste seperti anak yatim piatu yang ditinggalkan oleh dunia antarabangsa.
Sebagai contoh, tiga kuasa yang paling berkuasa di Negara Timor-Lsete adalah Bank
dunia, Misi PBB dan Kedutaan Amerika Syarikat 21. Timor Leste telah diperintah oleh
PBB dan plan pembangunan nasional mereka kebanyakannya telah di tulis oleh dan
dilaksanakan oleh Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, International Monetary
(IMF) yang merancang fiscal dan kewangan yang dipanggil “teman Pembangunan)
menentukan projek yang akan dibuat22.

BIBLIOGRAFI

Bilver Singh. (1998). Timor Timur, Indonesia dan Dunia, Mitos dan kenyataan.
20
Charles Scheiner. (2006). Penentuan nasib sendiri bukan sekedar merdeka secara politis: Perkembangan
terbaru di Timor-Leste. Timor-Leste: Timor-Leste Institute for Reconstruction Monitoring and Analysis. Hlm. 3.

21
Ibid. Hlm. 3.

22
Ibid. Hlm. 4.
Jakarta: Perpustakaan Nasionalisme RI.

Carmel Budiardjo & Liem Soei Liong. 1984). The War against east Timor. London:
Zed Book Ltd.

Charles Scheiner. (2006). Penentuan nasib sendiri bukan sekedar merdeka secara
politis: Perkembangan terbaru di Timor-Leste. Timor-Leste: Timor-Leste Institute for
Reconstruction Monitoring and Analysis.

Dunn, James. (1983). East Timor – A people betrayed. New South Wales: The
Jacaranda Press.

Elizabeth Stanley. (2009). Torture, truth and justice: the case of Timor Leste. London:
Routledge.

Gary Van Klinken. (1996). Akar Perlawanan Rakyat Timor Timur. Jakarta: ELSAM.

Hastutining Dyah Wijayatmi. (2004). Hubungan bilateral RI- Timor Timur pasca
kemerdekaan Timor Timur. Surakata: Universitas Sebelas Maret Surakata.

Hendro Subroto. (1997). Saksi Perjuangan Integrasi Timor Timur. Jakarta: Pustaka
Sinar Harapan.

John G Taylor. (1999). East Timor: the price of freedom. London: Zeds Books

John Taylor. (1991). Indonesian’s Forgetten war: The Hidden History of east Timor.
London: Zed Books.

Lela E. Madjiah. (2002). Timor Timur perginya si anak yang hilang. Jakarta: Antara
Pustaka Utama.

Mohd. Ainuddin Iskandar Lee: Abdullah. (2002) .Gerakan Pemisah Asia Tenggara:
Satu Perbandingan. kuala lumpur: Universiti Utara Malaysia
Susan Nicolai. (2004). Learning independence: education in emergency and transition
in Timor Leste since 1999. Paris: International Institute foe Educational Planning.

Tim Peneliti Balitbang Deplu RI. (2000). Interim Report Pelaksanaan Politik luar
Negeri Indonesia pasca Pemisahan Timor Timur. Jakarta: Balitbang Deplu RI.

Zacky A. Makarim, dkk. (2003). Hari-hari terakhir Timor Timur. Jakarta: Sportif
Media Informasindo.

Anda mungkin juga menyukai