Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH 6H5M

Tarikh : 28 Robiu’l Awwal 1444 (25/10/2022)


Hari : Selasa (Topik ke-8)
Masa : 6.30 – 8.00 ptg.
Tajuk : 7 Perkara Pokok Yang Membatalkan Syahadat (1-4)

Setiap satu pokok ada banyak cabang, tidak kurang 10 cabang lain yang membatalkan syahadat.

1. Melakukan bida’ah pada syarak yakni mengada-ngadakan @ menjadi pengikut. (Al-Baqaroh : 79)
2. Membantah ayat Allah yakni mencari jalan lepas. (Ghaafir 40 : 4)
3. Berpaling dari ayat Allah yakni ingkar. (As-Sajdah 32 : 22)
4. Mempersendakan Allah atau ayat-Nya yakni mengambil ringan. (At-Taubah 9 : 84)

1. MELAKUKAN BIDA’AH PADA SYARAK YAKNI MENGADA-NGADAKAN @ MENJADI PENGIKUT.


(AL-BAQAROH : 79)

Apa makna bida’ah menurut syarak? Lihat nota topik ke-2.


BIDA’AH MENURUT HUKUM SYARAK
Segala hal-hal agama (akidah dan ibadah) yang baharu tanpa ada sebarang contohnya daripada perbuatan
Rasulullah SAW samada mereka cipta ibadah baharu ataupun menokok-tambah ibadah yang sedia ada
YANG BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN ATAU HADITH NABI.
3 Kategori Bida’ah Contoh perbuatan bida’ah yang membatalkan syahadat
1. Mengubah atau 1. Mendakwa solat cukup sekadar perbuatan hati.
mengedit ibadah. 2. Mendakwa orang miskin tidak perlu solat sebab sibok mencari rezki.
Solat hanya untuk orang kaya. Batal Syahadat.
1. Sunat di kata haram seperti membaca yasin pada malam jumaat, SUNAT
2. Mengubah hukum dikata WAJIB atau HARAM. Berdoa selepas solat fardu adalah HARAM.
Allah. 2. Percaya bahawa sekali sekala boleh buat dosa. Batal Syahadat.
3. Beriktiqod menyambut maulidur Rosul sebagai HARAM.
3. Beriktiqod dan
َ
(‫ش ْاست َو َٰى‬ ْ َ ْ ‫َّ ْ َ َٰ ُ َ ى‬
ِ ‫ )الرحم ن عَل العر‬Taha : 5
Tuhan yang Maha Pemurah bersemayam di atas ‘Arasy”.
meyakini maksud ayat
mutasyabihat (kategori Diktiqodkannya Allah duduk di atas arash. Iqtiqod itu membawa makna :
1. Allah tidak ada di bumi.
AQIDAH) secara literal.
2. Sebelum ada arash, Allah tidak tahu dimana. Batal Syahadat.

Percaya dalam hati walau sedikit sekalipun bahawa Allah itu BERADA DI LANGIT adalah persamaan
dengan aqidah Kristian, Yahudi, Hindu, Dajjal dan Firaun. BATAL SYAHADAT.

Soalan 1 : Adakah syahadah seseorang boleh terbatal hanya melalui perbuatan hati?
2. MEMBANTAH AYAT ALLAH YAKNI MENCARI JALAN LEPAS. (GHAAFIR 40 : 4)

Contoh kisah zaman Nabi Muhammad s.a.w. Perdebatan seorang lelaki munafik dengan Yahudi yang
dimenangi oleh Yahudi dan si munafik tidak puas hati. Diringkaskan cerita, si munafik cuba merasuah
hakim debat tetapi hakim tetap dengan keputusan, debat dimenangi oleh si Yahudi. Si munafik pergi
bertemu saiyina Abu Bakar dan beliau juga membuat keputusan, debat di menangi oleh Yahudi. Si munafik
masih tidak puas hati dan pergi bertemu Rosulullah s.a.w. Nabi juga memenangkan si Yahudi. Si munafik
masih tidak puas hati dan meminta saiyidina Umar menjadi hakim. Apa bila diminta oleh Saiyidina umar
supaya mereka meminta Saiyidina Abu Bakar menjadi hakim, si munafik menjawab, Rusulullah pun mereka
dah jumpa tetapi Nabi memenangkan si Yahudi. Mendengar jawaban si munafik, saiyidina Umar telah
membunuh si Munafik. Inilah contoh membantah ayat Allah iaitu MEMBANTAH KEPUTUSAN NABI dengan
cara MENCARI-CARI JALAN LEPAS UNTUK MENANG.

Soalah 2 : Apakah contoh membantah pada zaman moden ini?

3. BERPALING DARI AYAT ALLAH YAKNI INGKAR. (AS-SAJDAH 32 : 22)

Contoh kisah sahabat Nabi pada zaman Saiyidina Abu Bakar yang enggan membayar zakat setelah Nabi
wafat. Alasan mereka ialah “zakat hanya wajib ketika Nabi masih hidup”. Mereka menolak untuk beriman
kepada rukun iman ke-4 iaitu membayar zakat. Saiyina Abu Bakar memutuskan mereka ini telah MURTAD
dan diperangi apabila mereka ENGGAN BERTAUBAT. Ibilah contoh berpaling atau ingkar.

Contoh berpaling pada zaman dahulu ialah tidak mahu mempelajari al-Quran sama sekali.

Soalah 3 : Apakah contoh berpaling pada zaman moden ini?

4. MEMPERSENDAKAN ALLAH ATAU AYAT-NYA YAKNI MENGAMBIL RINGAN. (AT-TAUBAH 9 : 84)

Contoh kisahnya ialah para munafik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu mempersendakan
Nabi, mempersendakan al-Quran dan mempersendakan ajaran Islam. Mereka hidup bersama Nabi.
Mereka solat disaf hadapan. Mereka berpuasa. Akan tetapi mereka TIDAK ADA KESUNGGUHAN
MEMPELAJARI AL-QURAN dan sentiasa MENGAMBIL RINGAN akan ajaran Islam. Para munafik ini
sebenarnya telah MURTAD tapi mereka mengaku Islam. Nama-nama munafik ini disimpan oleh pemegang
rahsia Nabi iaitu Huzaifah al-Yamani. Perbuatan munafik mempersendakan Islam atau mengambil ringan
akan perintah Allah adalah membatalkan syahadat.

Contoh lain ialah membaca al-Quran dengan cara yang disengajakan untuk membuat pendengar tertawa.

Soalan 4 : Apakah contoh MEMPERSENDA @ MERINGAN2KAN AYAT ALLAH pada zaman ini.?

Wallohua’lam

Anda mungkin juga menyukai