Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebagai Otak Manusia

Aku otak manusia. Aku terletak di dalam kepala manusia. Tanpa saya, manusia tidak
boleh hidup.

Aku mempunyai pelbagai fungsi. Manusia dapat berfikir dan membuat kesimpulan
dengan aku. Dengan aku, manusia dapat belajar pelbagai pengetahuan dan pengalaman
dalam kehidupan.

Selain itu, aku juga mengawal pergerakan badan manusia. Dengan ini, manusia
boleh berjalan, berjoging dan sebagainya. Dengan adanya aku, manusia dapat
menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Aku juga berfungsi untuk mengawal pancaindera manusia. Aku membolehkan


manusia melihat, mendengar, menghidu, dan merasa. Kehidupan manusia menjadi
menarik dengan adanya aku. Mereka dapat melihat pemandangan yang indah, mendengar
halwa telinga, menikmati pelbagai makanan yang sedap dan sebagainya.

Oleh itu, manusia haruslah mencerdaskan aku supaya aku selalu berfungsi dengan
baik. Terdapat pelbagai cara untuk mencerdaskan aku.

Cara pertama adalah bersenam selalu. Semasa manusia bersenam, aku mendapat
oksigen yang mencukupi. Aku menjadi lebih cerdas jika manusia bersenam.

Di samping itu, manusia haruslah makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Dengan ini, barulah aku mendapat khasiat yang seimbang untuk berfungsi dengan baik.

Akhirnya, manusia haruslah mempunyai masa rehat yang mencukupi. Tidurlah


awal setiap hari supaya aku juga dapat berehat. Jika aku letih, aku tidak dapat berfungsi
dengan baik.

Aku akan terus berkhidmat kepada manusia jika manusia menjaga dan menghargai
aku. Aku berasa besar hati kerana dapat berkhidmat kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai