Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar,

guru-
guru serta rakan-rakan sekalian. Hari ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Otak
Manusia”.

Hadirin yang saya hormati,

Setiap orang mempunyai otak. Otak terletak di dalam kepala manusia. Otak memainkan peranan yang
penting dalam tubuh badan kita.

Hadirin yang dikasihi,

Otak manusia mempunyai banyak fungsi yang membolehkan manusia hidup dengan sihat. Antaranya, otak
membantu manusia berfikir untuk membuat kesimpulan yang betul. Selain itu, otak juga mengawal
pergerakan manusia seperti berlari, berjalan, melompat dan lain-lain. Pergerakan ini amat penting bagi
manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Di samping itu, otak juga dapat mentafsir maklumat seperti bau,
dengar dan rasa melalui pancaindera. Fungsi ini dapat menyelamatkan diri kita daripada situasi yang bahaya.
Hadirin yang dimuliakan,

Disebabkan otak merupakan organ yang utama dalam tubuh badan kita, kita harus sentiasa menjaga kecerdasan
otak kita. Untuk mencerdaskan otak, kita harus bersenam dan beriadah sentiasa. Kita digalakkan menjalankan aktiviti
sukan selama 30 minit setiap hari agar badan kita sihat dan cergas. Bak pepatah yang berbunyi, otak yang cerdas
terletak pada badan yang cergas. Untuk menjamin kesihatan badan, kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat
seimbang. kita harus banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memperoleh vitamin dan zat mineral yang
baik untuk tubuh badan kita. Akhir sekali, kita juga perlu mendapatkan tidur yang mencukupi setiap hari. Berdasarkan
kajian sains, manusia perlu tidur selama lapan jam sehari untuk merehatkan otak dan minda agar bersemangat untuk
melaksanakan tugasan harian. Jika tidak mencukupi, prestasi kerja atau pelajaran akan terjejas.

Kesimpulannya, kita tidak boleh mengabaikan kecerdasan otak kita. Tanpa otak yang sihat, kita akan menghidap
pelbagai penyakit atau masalah mental dan emosi. Lantaran itu, marilah kita menjaga kecerdasan otak kita bersama-
sama demi menjamin kesihatan badan kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai