Anda di halaman 1dari 7

EXAMO-CKM 500

Makanan Neurofolik

Examo-CKM 500 adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof
Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan
kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan
runsing.

Examo-CKM 500 juga dapat memberikan keyakinan serta mambangkitkan semangat di


samping dapat menguatkan daya fikir dan mencerdaskan akal serta memperbaiki daya
tumpuan, menghapuskan rasa letih, celaru dan bosan.

Pemakanan Examo-CKM 500 ini sesuai untuk semua peringkat umur. Adalah digalakkan
untuk memberikan anak anda Examo-CKM 500 ini untuk kecerdasan minda anak-anak -
menjadikan mereka cepat dan cekap dalam mempelajari sesuatu.

EXAMO-CKM 500 Plus


Makanan Neurofolik

Examo-CKM 500 Plus berfungsi untuk mempercepatkan tindakbalas terhadap khasiat


Examo-CKM 500.

EXAMO EKONOPEK

Anda juga boleh memperolehi kedua-dua produk iaitu Examo-CKM 500 dan Examo-
CKM 500 Plus dalam bentuk Ekonopek yang lebih jimat dan menguntungkan.

Kenapa EXAMO-CKM 500?

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan


nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat
merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing,
memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat
menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki
daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan
kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia
yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan
aksodendritik pada sel neuron otak.

Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium
Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang
digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan,
timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Lesu
2. Lapar
3. Mengantuk
4. Sengal otot dan sendi
5. Lapar dan dahaga
6. Marah-marah
7. Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan maslah tersebut, tenaga dapat dipulihkan. Bagaimana tenaga dapat
dipulihkan?

Menurut kajian, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga:

1. Memberi semangat dan peransang


2. Beristirehat
3. Makan dan minum

Memberi Semangat Dan Peransang

Seorang pelumba jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih dan tidak bermaya selepas
berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai,
maka bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga
dalam kehidupan kita yang lain.

Beristirehat

Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang dapat dipulihkan.

Makan dan minum

Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang digunakan. Apa yang harus dimakan?

Bagaimana Dengan Otak?

Demikianlah pula dengan otak. Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja
seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca,
mengira dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila
mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis, merangka strategi
dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu
berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
 Perasaan gementar, cemas dan bimbang
 Bersifat pesimis dan bersikap negetif
 Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
 Selalu letih dan tidak bertenaga
 Sering diganggu kesedihan tidak menentu
 Serabut fikiran dan kelesuan otak
 Lemah daya berfikir dan rasa malas
 Mudah lupa dan rasa jemu
 Kurang daya tumpuan

Bagaimana Cara Untuk Memulihkan Tenaga Otak?

Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui 3 cara iaitu:

1. Memberi semangat dan perangsang


2. Beristirehat
3. Makan

Memberi Semangat Dan Perangsang

Kaedah psikologi sering digunakan untuk membantu guru membaiki prestasi pelajarnya.
Kaedah memberi semangat dan rangsangan daripada orang yang dihormati dan disayangi
biasanya dapat memberi daya dan tenaga dalaman untuk bangkit dan terus maju.

Beristirehat

Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat
memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus
bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari
Institut Weismann di Israel, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000
hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat
berehat.

Makan

Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar
nutrien saraf.

Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel
neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah
(tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang
itu.

Kecerdasan Akal

Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak.
Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam
otak.

Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan
neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal
seseorang.
Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah
jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di
neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di
antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai
banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bagaimana dia mampu
menggalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?

Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan
ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang
boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan
dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu
pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut
nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf
dendrit tumbuh subur.

Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan


bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat
berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam
tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya
dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis
rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-
CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan
magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan
ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan
nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan
kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Kesan Kegunaan EXAMO-CKM 500

1. Meningkatkan kecerdasan akal


Penyelidikan Prof. Pyotr Anokin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung
kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500
merupakan baja penyubur.
2. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada
kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion
K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
3. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat
dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam
otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan sistem ramisaraf dendrit.
4. Lain-lain kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi ngeri
7. Pesakit jiwa atau mental
Kemungkinan Kesan Ringan (Minor Adverse Reaction):

1. Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah
bagus untuk ingatan.
2. Pening kepala, tekanan darah rendah

Cara Makan:

Dikemam dalam mulut.

Bayi (kurang 1 tahun) .................................... 1 biji


Kanak-kanak (2-7 tahun) ................................ 2 biji
Kanak-kanak (8-14 tahun) ............................... 3 biji
Dewasa (15 tahun ke atas) ............................. 4 biji

Minggu pertama .......................................... 3 kali sehari


Minggu ke-2 dan ke-3 .................................... 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ............................. 1 kali sehari

EXAMO-CKM 500 PLUS

Kesan Kegunaan

Membantu melekaskan tindakan EXAMO CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak
lembab menerima kesan baik EXAMO CKM 500. Sama peranannya seperti pemangkin.

Lain-Lain Kegunaan

Dapat membantu EXAMO CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut;

1. Lupa yang amat teruk


2. Hilang semangat untuk belajar atau bekerja
3. Peribadi terbelah (split personality)
4. Perasaan mendengar bisikan dari belakang
5. Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong

MATSA
Kemahiran Matematik Dan Sains

Matsa merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan


merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang melibatkan proses pemikiran
sains dan matematik.
Matsa mengandungi ramuan Dinamik Nux Vomica, Calcarea Carbonica Ostrearum dan
Faktor S 200.

Sesuai sangat dengan pelajar yang lemah, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir
tentang timbangan, jarak, berat, kurang tumpuan dan malas.

Faktor S 200: Mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah kecewa dan putus asa.

Tindakbalas MATSA

Proses mengira memelukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi.
Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan yang betul atau payah sangat hendak faham
dan menyelesaikan masalah hisab (matematik dan sains) kita mudah putus asa dan
menjadi marah. kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran
tersebut. InsyaAllah dengan mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan
anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir.
MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses
pengiraan, logik dan pemadanan istilah.

Peringatan

Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda


anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam
bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang
dengan proses pembersihan ini. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan
minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan
mengistilah.

Sejarah MATSA

Dalam tahun 1998, Prof Dr Azizan Hj Ismail telah dijemput menjalankan eksperimen
dengan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR di sebuah sekolah
kebangsaan di Padang Rengas, Perak. Dengan kebenaran ibubapa dna penjaga, semua
murid darjah 6 sekolah berkenaan diberikan makan EXAMO-CKM 500 setiap hari dan
EXAMO-CKM 500 Plus setiap minggu sebulan sebelum peperiksaan.

Menurut Ustazah Jamilah Haji Ismail, salah seorang guru yang terlibat dengan projek
berkenaan, hasilnya secara menyeluruh terdapat peningkatan keputusan daripada 30%
kelulusan tahun sebelumnya, kepada 70%. Prof Dr Azizan kurang berpuas hati dengan
keputusan tersebut. Beliau hendakkan sesuatu yang lebih meyakinkan lagi.

Oleh yang demikian, apabila beliau mendapat pelawaan untuk membantu murid-murid di
sekolah kebangsaan di Mukim Sala, Kedah, beliau terus bersetuju kerana ini akan
memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kajiannya. Beliau mendapati ramai
juga murid di situ yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Hal ini
dimaklumkan oleh guru dan guru besar sekolah berkenaan. Suatu rumusan khas iaitu
MATSA telah disediakan oleh beliau untuk membantu murid-murid yang lemah dalam
kedua subjek tersebut.

Dalam usaha tersebut, 23 orang pelajar telah dipilih daripada kalangan murid yang
prestasi paling corot dalam Matematik dan Sains. Mereka diberikan rumusan MATSA
yang dibekalkan secara PERCUMA kepada kumpulan murid tadi.

Hasil daripada usaha itu dan kerjasama serta kesungguhan daripada pihak guru dan
ibubapa, keputusan sekolah itu meningkat daripada 38.6% pada tahun sebelumnya telah
melonjak naik kepada 60.6%. Daripada kalangan 23 murid itu pula, palajar yang lulus
subjek Matematik (100%) manakala Sains (95.65%) malahan ada antaranya yang
memperolehi pangkat A untuk matematik dan Sains.

Amalan Yang Dapat Membantu

Adalah dinasihatkan agar anda memberikan kepada anak-anak yang akan menduduki
peperiksaan, produk-produk berikut mulai sekarang:

1. MATSA
2. EXAMO-CKM 500
Berikan 3 atau 4 kali sehari. Berikan pagi semasa hendak ke sekolan, waktu
petang dan malam. Bilangannya boleh dilebihkan daripada biasa. Jika biasa
mengambil 4 biji, boleh dilebihkan hingga 6-8 biji sekali makan.
3. EXAMO-CKM 500 Plus
Biasanya diberikan seminggu sebiji, tetapi dalam keadaan hendak menghadapi
peperiksaan, pengambilan boleh dikerapkan 3 hari sekali.
4. STAMINEX
Memadai diberikan 2 kali sehari, sebelumanak ke sekolah dan malam.
STAMINEX membantu menenangkan tidur dan menghilangkan lenguh-lenguh
dna sakit-sakit akibat kegiatan waktu siang. Disamping itu ia memberi tenaga
khusus untuk kuat berfikir.
5. REMEDI HOMEOKIT NO 10
Seminggu sebelum anak menduduki peperiksaan atau ujian penting, mulakan
memberikannya REMEDI HOMEOKIT No 10. Remedi ini akan mendatangkan
ketenangan jiwa dan minda dan dengan itu menghilangkan keresahan dan rasa
takut dan cemas hendak menghadapi peperiksaan. INGAT: Mula berikan 1
minggu sebelum peperiksaan. InsyaAllah ia akan membantu anak anda
menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin.
6. DOA
Berikan doa-doa yang mudah dan ringkas untuk dijadikan amalan kepada anak-
anak. Berkat doa ibu bapa juga turut membantu anak-anak. Ada juga yang
menyarankan agar mengamalkan Doa Kanzal Arasy (terdapat dalam buku Yasin
Majmu') setiap kali lepas solat. Galakkan anak Selawat kepada Baginda
Rasulullah.
7. SOLAT HAJAT
Galakkan anak melakukan solat HAJAT sebelum menghadapi peperiksaan.
8. MAKANAN
Berikan makanan yang tidak menimbulkan alergi seperti gatal-gatal, kerana ini
akan meresahkan anak yang sedang menduduki peperiksaan. Biasanya yang boleh
menimbulkan gatal ialah udang, ketam, sotong, belacan. ayam dan daging.

Untuk tempahan / pertayaan email ke :-


fatinfiqh09@yahoo.com.my

* Masih belum terlambat untuk berusaha untuk melihat kejayaan anak anda. Tidak rugi
melabur hari ini untuk melihat kejayaan anak.

Anda mungkin juga menyukai