Anda di halaman 1dari 3

Aku Sebagai Otak Manusia

Aku merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia.Warnaku putih


dan kekuningan.Aku terletak di kepala manusia dan dilindungi oleh tengkorak
yang keras.

Aku mempunyai beberapa jenis komponen yang terdiri daripada otak


besar,otak kecil dan saraf tunjang.Aku hanya mewakili 5% daripada keseluruhan
berat badan manusia.Walau begitu,aku juga mampu untuk menyimpan 15 trillion
maklumat di dalam tubuhku.

Fungsiku adalah untuk berfikir.Aku dicipta untuk menyimpan segala memori


dalam kehidupan manusia.Selain itu,aku turut digunakan untuk menyelesaikan
masalah kehidupan manusia.

Aku juga memerlukan makanan.Makananku ialah oksigen,glukosa dan garam


mineral.Tanpa makanan tersebut,aku tidak dapat berfungsi dengan baik.Aku
sangat membencikan dadah,arak dan minuman bergas kerana akan
memudaratkanku.

Tidak ramai manusia mengetahui fungsi otak kanan dan kiriku.Otak kiriku
merangsang kecerdasan kademik seperti kecerdasan bahasa dan logik
matematik.Otak kananku pula merangsang aktiviti santai seperti muzik dan
pergerakan tubuh.Manusia akan menjadi lebih cemerlang apabila menggunakan
kedua-dua belah otakku dengan baik.

Kini,sangat sedikit informasi tentang diriku telah diketahui oleh


manusia.Justeru itu,aku berharap kajian terhadap diriku dilakukan agar manusia
lebih memahami kemampuan aku sebagai otak manusia.

Aku merupakan otak manusia. Tiga suku manusia menggunakan aku untuk berfikir
tentang sesuatu yang positif dan baik bagi pengetahuan masyarakat. Tetapi
segelintir manusia menggunakan aku untuk berfikir tentang sesuatu yang negatif
dan buruk bagi pengetahuan masyarakat
. Aku otak digunakan manusia utk berfikir.Aku dpt menilai perkara yg baik dan yg
buruk.Aku juga merupakan sistem saraf pusat yg berfungsi berfungsi
menyampaikan utusan antara bahagian badan.Aku juga yg mengawal tindakan
manusia seperti membaca,berjalan.Aku perlu dijaga walaupun otak aku dilindungi
oleh Tulang yg keras yg melindungi aku.Kemalangan boleh berlaku pada diriku.Jika
aku cedera aku mungkin akan mengalami kelumpuhan,aku mungkin akan
menjadi cacat,aku mungkin tuli ,Tuanku tidak dpt menjadi manusia yg normal sprit
yg lainya.Tuanku dihina dan dicaci oleh rakan sekolahnya.Aku juga tidak berfungsi
dgn baik jika tuanku mengambil alcohol,ini membuatku lambat utk bertindak dan
mengesan bahaya yg dtg kepada tuanku.Aku tidak dapat berfikir dgn baik.Aku akn
mengalami kerosakan dan mungkin menyebabkan kematian kpd tuanku.Tapi aku
bangga kerana tuanku dpt menggunakan ku dgn baik.Dia kini menjadi saintis
terkemuka di seluruh dunia walaupun mengalami kecacatan.Dia merupakan saintis
yg terbijak yg belum pernah ku temui.

Aku sebagai otak manusia yang bekerja dengan manusia. Aku memiliki kelebihan
berbanding kawan-kawanku yang lain. Iaitu aku ada akal. Kawan-kawanku yang lain
yang berada di tubuh binatang mereka tidak dianugerahi akal. Tapi aku ada akal.
Dengan akal, aku dapat memikirkan ciptaan Tuhan, menyelesaikan pelbagai
masalah kehidupan dan mencipta pelbagai barangan yang tak dapat dicipta oleh
binatang.
Bahagian kananku bekerja sebagai penulis sastera manakala bahagian kiriku
sebagai pakar logikal. Mereka adalah anak buahku yang sangat setia. Dengan
pertolongan mereka, pelbagai pekerjaan dapat disiapkan dengan cepat dan
sistematik. Walaupun aku sebagai otak manusia yang sangat hebat, tapi aku masih
tertakluk kepada kekuasaan sang raja yang namanya hati. Apabila hati manusia itu
baik, maka dia akan menggunakan aku ke arah kebaikan. Tapi apabila hati manusia
itu jahat, dia akan menggunakan aku ke arah keburukan.

Anda mungkin juga menyukai