Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL


PEJABAT POLIS BANTUAN
TAHUN 2012

PENDAHULUAN

1. Latihan kecergasan fizikal adalah aspek kesihatan yang amat penting kepada
anggota Polis Bantuan untuk menjalankan tugas seharian. Latihan ini juga dapat
membentuk anggota Polis Bantuan mempunyai daya tahan diri, sentiasa patuh setiap
arahan dan sentiasa mengamalkan tahap disiplin yang tinggi.

TUJUAN

2. Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk mendapatkan kelulusan dari Ahli
Jawatankuasa Latihan UiTM Perak supaya latihan ini dikira untuk jam latihan anggota
Polis Bantuan.

OBJEKTIF LATIHAN

3. Objektif latihan adalah seperti berikut :

4.1 Membentuk diri agar sentiasa cergas semasa menjalankan tugas.


4.2 Membentuk tatatertib semasa bertugas dengan latihan ulangan.
4.3 Membentuk sifat kerjasama dalam satu kumpulan.
4.4 Membentuk seseorang anggota agar lebih berdisiplin dan patuh kepada
arahan.
4.5 Memenuhi Strategi PIN ke 5 (5) : Memantapkan pengurusan sumber
manusia.

PERLAKSANAAN LATIHAN

4. Tarikh dan Masa - dilaksanakan sebulan sekali pada minggu ke 4 setiap bulan
mulai jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Tarikh latihan sebenar akan dikeluarkan setiap
bulan.

5. Jenis Latihan - Jasmani dan Kawad Kaki.

6. Tempat - Padang Kawad dan sekitar Kolej Indera Sakti dan Pasir Salak.

7. Peserta - terdiri dari anggota Polis Bantuan mengikut giliran tugas seramai 25
orang setiap bulan. Senarai peserta akan dikeluarkan setiap bulan.

8. Pakaian - Pakaian sukan/kawad.

9. Sajian - minum pagi disediakan selepas latihan tamat.

10. Jurulatih - terdiri dari kalangan anggota Polis Bantuan sendiri yang mempunyai
kemahiran dan pengalaman untuk latihan tersebut.
1
11. Senarai Jenis Latihan

11.1 Latihan Jasmani

- Latihan pemanas badan


- Tekan Tubi
- Bangkit Tubi
- Kilas Pinggang
- Regangan Badan ke sisi
- Lentik kebelakang
- Latihan Litar
- Latihan Jarak Jauh Perlahan
- Latihan Fartlek
- Latihan Pecutan Berulang
- Latihan Jeda Jarak Jauh

11.2 Latihan Kawad

- Sedia
- Senang Diri
- Sedia dan Senang Diri
- Rehatkan Diri
- Berbaris dalam tiga barisan
- Meluruskan barisan
- Pusing kanan/kiri
- Menghadap ke hadapan/ke belakang
- Cepat jalan
- Berhenti dari cepat jalan
- Membelok
- Hormat
- Kehadapan hormat
- Hormat selaku terima sijil/hadiah

12. Ahli Jawatankuasa Latihan

Penaung - Y.Bhg. Rektor UiTM Perak


Pengerusi - DSP/PB Mohd Sabri bin Abdul Aziz
Naib Pengerusi - INSP/PB Shahrul Nizam bin Mohd Azba
Pegawai Penyelaras - INSP/PB Samsulhadi bin Mohd Ramli
Setiausaha - Encik Khairul Kamal bin Abdul Aziz

Penyelaras Latihan - SJN/PB Adnan bin Abd Hamid


Encik Adzmi bin Husaini

Urusetia - KPL/PB Razman bin Ramli


LKPL/PB Meor Sharifuddin bin
KONST/PB Mohamad Fauzi bin Man
Encik Jamaluddin bin Harith
2
12. Tentatif Latihan

7.45 - 8.00 pagi - Perbarisan


Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu UiTM Di Hatiku

8.00 - 8.45 pagi - Latihan Jasmani

8.45 - 9.00 pagi - Rehat

9.00 - 10.00 pagi - Latihan Kawad

Minum Pagi/Bersurai

14. Perbelanjaan – minum pagi 25 orang x RM4.00 = RM 100.00 setiap latihan.


Jumlah untuk 12 bulan x RM 100.00 = RM 1200.00

PENUTUP

15. Semoga kertas kerja ini diluluskan untuk diambil kira jam kursus bagi anggota
Polis Bantuan UiTM Perak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh :

Pejabat Polis Bantuan


Universiti Teknologi Mara (Perak)

Anda mungkin juga menyukai