Anda di halaman 1dari 79

1.

2 SISTEM EKONOMI
DAN PENYELESAIAN
MASALAH ASAS
EKONOMI
E K O N O M I T I N G K ATA N 4 K S S M
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
MASALAH ASAS
EKONOMI
MASALAH ASAS EKONOMI
APA YANG HENDAK
DIKELUARKAN
• Merujuk kepada penentuan jenis
barangan yang hendak dikeluarkan
akibat daripada faktor pengeluaran
yang terhad dan mengelakkan
daripada pembaziran.
• Pengeluar akan memilih untuk
mengeluarkan barangan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna.
• Masalah apa yang hendak dikeluarkan
diselesaikan berdasarkan permintaan
atau cita rasa masyarakat
APA YANG HENDAK
DIKELUARKAN

• Penyelesaian masalah apa yang


hendak dikeluarkan akan
menentukan corak agihan atau
peruntukan sumber dalam ekonomi.
• Persoalan apa yang hendak
dikeluarkan adalah penting untuk
memastikan pengguna memperoleh
kepuasan yang maksimum, pengeluar
memperoleh keuntungan yang
maksimum, dan kerajaan menjana
kebajikan masyarakat yang
maksimum
BERAPA YANG HENDAK
DIKELUARKAN
• Berkaitan dengan penentuan kuantiti
barangan yang hendak dikeluarkan.
• Persoalan berapa yang hendak
dikeluarkan adalah untuk memastikan
tidak berlaku masalah kekurangan atau
lebihan sesuatu barangan dalam pasaran.
• Masalah kekurangan barang akan
menyebabkan kenaikan harga barang.
BERAPA YANG
HENDAK
DIKELUARKAN
• Masalah lebihan barang pula akan
menyebabkan stok sesuatu
barangan bertambah dan
membawa kepada penurunan
harga.
• Berapa kuantiti barangan yang
hendak dikeluarkan oleh
pengeluar dapat ditentukan
berdasarkan permintaan
masyarakat dan faktor
pengeluaran yang diperuntukkan
untuk mengeluarkannya.
BAGAIMANA HENDAK
DIKELUARKAN
• Merujuk kepada penentuan cara atau teknik
pengeluaran sesuatu barang atau
perkhidmatan.
• Pengeluar harus menggabungkan faktor
pengeluaran secara optimum untuk
meminimumkan kos pengeluaran.
• Pengeluar boleh memilih sama ada teknik
pengeluaran yang berintensifkan modal atau
berintensifkan buruh.
BAGAIMANA HENDAK
DIKELUARKAN
• Kaedah berintensifkan modal
bermaksud pengeluaran yang
menggunakan lebih banyak faktor
modal berbanding dengan faktor
buruh.
• Kaedah berintensifkan buruh
bermaksud pengeluaran yang
menggunakan lebih banyak faktor
buruh berbanding dengan faktor
modal.
BAGAIMANA HENDAK
DIKELUARKAN
• Pemilihan cara pengeluaran dibuat berdasarkan harga
relatif antara faktor buruh dan faktor modal atau
teknik pengeluaran yang paling cekap.
• Jika harga faktor buruh secara relatif lebih murah
berbanding dengan faktor modal, pengeluar akan
memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh.
• Sebaliknya, jika harga faktor modal secara relatif lebih
murah berbanding dengan faktor buruh, pengeluar
akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan
modal.
UNTUK SIAPA
DIKELUARKAN
• Merujuk kepada masalah penentuan
pengagihan barangan kepada masyarakat yang
menjadi sasaran.
• Penyelesaian masalah agihan barangan adalah
berasaskan kepada corak agihan pendapatan
wang iaitu bergantung kepada kemampuan
atau kuasa beli masyarakat.
• Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya
memperoleh lebih banyak barang dan
perkhidmatan berbanding dengan golongan
yang berpendapatan rendah.
SISTEM EKONOMI
S IS TEM EKONOMI

• Sistem ekonomi
merujuk kepada
peraturan yang
diamalkan oleh
sesebuah negara
dalam
menguruskan
ekonominya.
SISTEM EKONOMI
o Berdasarkan Rajah semakin ke
kanan semakin banyak campur
tangan kerajaan dalam ekonomi.
o Hujung kiri menunjukkan tiada
campur tangan kerajaan dalam
ekonomi manakala hujung kanan
menunjukkan kerajaan campur
tangan sepenuhnya dalam aktiviti
ekonomi.
o Ekonomi yang kerajaan
memainkan peranan rendah
digolongkan sebagai sistem
ekonomi pasaran bebas, contohnya
Hong Kong, peranan kerajaan
adalah minimum.
SISTEM EKONOMI
• Ekonomi yang kerajaan
memainkan peranan tinggi
dikategorikan sebagai sistem
ekonomi perancangan pusat,
contohnya negara Korea Utara,
peranan kerajaan dalam
aktiviti ekonomi adalah tinggi.
• Ekonomi campuran adalah
antara sistem ekonomi
perancangan pusat dan sistem
ekonomi pasaran bebas.
• Wujudnya campur tangan
kerajaan dalam ekonomi.
SISTEM EKONOMI
DAPAT DIBEZAKAN
BERDASARKAN
KRITERIA
• Pemilikan faktor
pengeluaran
• Penentu
kehendak
• Pembuat pilihan
• Contoh negara
PEMILIKAN FAKTOR
PENGELUARAN
• Mengkaji siapakah pemilik faktor
pengeluaran sama ada individu,
pihak swasta atau kerajaan yang
bebas memiliki faktor
pengeluaran.
• Pemilik faktor pengeluaran juga
boleh terdiri daripada gabungan
pihak swasta dan kerajaan.
PENENTU
KEHENDAK
• Mengkaji siapakah
yang berhak
dalam membuat
keputusan
ekonomi untuk
menyelesaikan
masalah asas
ekonomi iaitu apa,
berapa,
bagaimana, dan
untuk siapa
dikeluarkan.
PEMBUAT
PILIHAN
• Merujuk kepada kebebasan
individu dalam membuat
pilihan terhadap barangan
dan jenis pekerjaan atau
kebebasan pengeluar dalam
pemilikan dan penggunaan
faktor pengeluaran serta
pemilihan cara
pengeluaran.
CONTOH
NEGARA
M E R U J U K K E PA D A
C O N TO H N E G A R A YA N G
MENGAMALKAN SISTEM
E KO N O M I YA N G
BERKENAAN.
SISTEM EKONOMI
PASARAN BEBAS
• Sistem ekonomi pasaran
bebas juga dikenal
sebagai sistem ekonomi
kapitalis atau ‘laissez-
faire’.
• Ekonomi pasaran bebas
ialah satu sistem
ekonomi yang individu
dan pihak swasta bebas
membuat segala
keputusan ekonomi
tanpa campur tangan
kerajaan.
SISTEM EKONOMI
PASARAN BEBAS
• Pengguna dan pihak swasta mempunyai
kuasa penuh dalam membuat keputusan
ekonomi.
• Segala keputusan ekonomi diselesaikan
melalui mekanisme pasaran.
• Dalam sistem ekonomi pasaran bebas,
wujud ‘tangan tak nampak’ (invisible
hand) iaitu mekanisme harga yang
menentukan harga pasaran melalui
interaksi antara kuasa permintaan dan
kuasa penawaran dalam pasaran.
CIRI-CIRI UTAMA
SISTEM EKONOMI
PASARAN BEBAS
• Pemilikan faktor
pengeluaran
• Penentu kehendak
• Pembuat pilihan
• Contoh negara
PEMILIKAN FAKTOR PENGELUARAN
PENENTU KEHENDAK
PEMBUAT PILIHAN
SISTEM EKONOMI
PERANCANGAN PUSAT
• Sistem ekonomi perancangan pusat juga dikenal
sebagai sistem ekonomi sosialis atau komunis.
• Sistem ekonomi perancangan pusat ialah satu sistem
ekonomi yang kerajaan atau badan perancangan pusat
berkuasa penuh dalam segala aktiviti ekonomi dan
membuat keputusan ekonomi.
• Individu dan pihak swasta tidak berkuasa langsung
dalam menentukan aktiviti ekonomi dan membuat
keputusan ekonomi.
• Penggunaan dan pengagihan faktor pengeluaran
ditetapkan oleh badan perancangan pusat untuk
mencapai tingkat kebajikan masyarakat yang optimum.
C I R I - C I R I U T A M A S I S T E M E K O N O M I P E R A N C A N G A N P U S AT
C I R I - C I R I U T A M A S I S T E M E K O N O M I P E R A N C A N G A N P U S AT
C I R I - C I R I U T A M A S I S T E M E K O N O M I P E R A N C A N G A N P U S AT
KELEBIHAN
SISTEM EKONOMI
PASARAN BEBAS
• Kepuasan individu dan
masyarakat dapat
dimaksimumkan
• Kebebasan yang luas
untuk melakukan
kegiatan ekonomi
• Kecekapan dalam
penggunaan sumber
• Menggalakkan
perkembangan
teknologi dan inovasi
KEPUASAN INDIVIDU DAN
MASYARAKAT DAPAT
DIMAKSIMUMKAN

• Setiap individu dalam sistem


ekonomi ini merupakan pembuat
keputusan yang bijak.
• Mereka akan berusaha untuk
memaksimumkan kepuasan
masing-masing.
• Oleh itu, kepuasan masyarakat
adalah pada tahap maksimum
juga.
K E B EBASAN YANG
LUAS UNTUK
M E L AKUK AN
K E G IATAN E KONOMI
• Pengguna bebas
memilih barang
dan perkhidmatan
yangdikehendaki.
• Pengeluar pula
bebas
mengeluarkan
barang dan
perkhidmatan
yang diminta oleh
pengguna.
K E C EK APAN D AL AM
PE NGGUNA AN
S UM BER

• Setiap pengeluar
akan cuba
menggunakan
sumber
secaraoptimum
iaitu menghasilkan
output maksimum
pada kos
minimum supaya
boleh terus kekal
dalam pasaran.
MENGGALAKKAN
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
DAN INOVASI

• Persaingan menggalakkan
peningkatan teknologi dan
reka cipta baharu agar kos
pengeluaran dapat
dikurangkan dan daya
pengeluaran meningkat.
KELEMAHAN SISTEM
EKONOMI PASARAN BEBAS

• Mewujudkan masyarakat
materialistik
• Mewujudkan ketidakstabilan
ekonomi
• Agihan pendapatan yang tidak
setara
• Mewujudkan kuasa monopoli
korporat besar
• Kesan luaran negatif
MEWUJUDKAN
MASYARAKAT
MATERIALISTIK
• Individu dalam
masyarakat
cenderung untuk
mementingkan
kebendaan dan
mencari kekayaan
tanpa batasan.
MEWUJUDKAN
KETIDAKSTABILAN
EKONOMI
• Turun naik harga pasaran
akibat perubahan
permintaan
danpenawaran
menyebabkan
ketidakstabilan ekonomi
sehingga membawa
kepada masalah inflasi
dan kemelesetan ekonomi
AG IH AN PE NDAPATAN
YANG TID AK S ETARA
• Jurang pendapatan
antara golongan kaya
dan miskin semakin
besar kerana yang
kaya menjadi semakin
kaya dan yang miskin
menjadi semakin
miskin.
MEWUJUDKAN KUASA
MONOPOLI KORPORAT
BESAR
• Persaingan hebat menyebabkan
firma kecil dan firma
baharutidak dapat bersaing
dengan firma besar.
• Keadaan ini menggalakkan
firma besar menguasai pasaran
dan mendapatkan keuntungan
besar.
KESAN LUARAN
NEGATIF

• Untuk memaksimumkan
keuntungan, firma tidak
mengambil kira kesan negatif
yang akan wujud.
• Contohnya pencemaran.
KELEBIHAN
SISTEM
EKONOMI
PERANCANGAN
PUSAT
KELEBIHAN
SISTEM
EKONOMI
PERANCANGAN
PUSAT
SISTEM EKONOMI
CAMPURAN
• Kelemahan-kelemahan yang wujud
dalam sistem ekonomi pasaran bebas
dan sistem ekonomi perancangan pusat
telah menyebabkan wujudnya sistem
ekonomi campuran.
• Sistem ekonomi campuran ialah satu
sistem ekonomi yang menggabungkan
pelbagai ciri kebaikan sistem ekonomi
pasaran bebas dan sistem ekonomi
perancangan pusat.
SISTEM EKONOMI
CAMPURAN
• Dalam sistem ekonomi campuran, pihak
kerajaan dan kuasa pasaran atau mekanisme
pasaran bersama-sama memainkan peranan
yang penting dalam memperuntukkan faktor
pengeluaran dan menyelesaikan masalah asas
ekonomi untuk menjamin aktiviti ekonomi
berjalan dengan lancar dan produktif.
• Kerajaan akan campur tangan jika berlaku
ketidakstabilan dan penyelewengan dalam
aktiviti ekonomi.
TUJUAN
CAMPUR
TA N G A N
KERAJAAN
DALAM
EKONOMI
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI CAMPURAN
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI CAMPURAN
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI CAMPURAN
PENYELESAIAN
MASALAH ASAS
EKONOMI OLEH
SISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMI
PASARAN BEBAS
• Apa yang hendak
dikeluarkan
• Berapa yang hendak
dikeluarkan
• Bagaimana hendak
dikeluarkan
• Untuk siapa dikeluarkan
APA YANG HENDAK
DIKELUARK AN
• Diselesaikan melalui kuasa
permintaan pengguna dan
kuasa penawaran firma di
pasaran yang menentukan
tingkat harga dan kuantiti
barang atau perkhidmatan.
• Pengguna mempunyai
kebebasan memilih dan
membeli barangan yang diingini
bagi mencapai kepuasan yang
maksimum.
• Pengeluar akan mengeluarkan
barangan yang mempunyai
permintaan yang tinggi dalam
pasaran untuk memperoleh
keuntungan yang maksimum.
BERAPA YANG HENDAK
DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui
mekanisme pasaran atau
kuasa pasaran iaitu
berdasarkan jumlah
permintaan dan penawaran
di pasaran.
• Interaksi antara kuasa
permintaan dan penawaran
dalam pasaran akan
menentukan jumlah kuantiti
barangan yang akan
dikeluarkan.
BAGAIMANA
HENDAK
DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui pemilihan cara
pengeluaran yang paling cekap atau
cara yang dapat meminimumkan kos
pengeluaran.
• Pengeluar akan memilih cara
pengeluaran yang berintensifkan modal
atau berintensifkan buruh berdasarkan
harga relatif yang lebih rendah dan
kuantiti faktor pengeluaran yang sedia
ada.
• Kombinasi faktor pengeluaran yang
paling cekap pada kos pengeluaran
yang minimum biasanya akan dipilih
oleh pengeluar.
UNTUK SIAPA
DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui corak agihan
pendapatan wang masyarakat dalam
sistem ekonomi pasaran bebas.
• Golongan yang berpendapatan tinggi
mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi
dan akan memperoleh lebih banyak
barang berbanding dengan golongan
yang berpendapatan rendah.
• Agihan kekayaan dalam masyarakat
adalah tidak sama rata.
• Kebajikan masyarakat bukan yang
diutamakan.
SISTEM EKONOMI
PERANCANGAN
PUSAT
• Apa yang hendak
dikeluarkan
• Berapa yang hendak
dikeluarkan
• Bagaimana hendak
dikeluarkan
• Untuk siapa
dikeluarkan
APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui badan perancangan
pusat atau kerajaan.
• Kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan jenis barangan yang akan
dikeluarkan.
• Pengguna tidak mempunyai kebebasan
memilih dan membeli barangan yang
diingini oleh mereka.
• Pengeluar juga tidak mempunyai
kebebasan untuk mengeluarkan barangan
yang mempunyai permintaan yang tinggi
dalam pasaran untuk memperoleh
keuntungan yang maksimum.
BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui kuasa mutlak
kerajaan.
• Badan perancangan pusat akan
menentukan jumlah kuantiti barangan
yang akan dikeluarkan mengikut
keperluan rakyat.
• Ini adalah untuk memastikan kuantiti
barangan adalah sentiasa mencukupi
dalam pasaran dan tidak wujud
masalah lebihan atau kurangan.
BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
• Diselesaikan oleh kerajaan melalui
pemilihan cara pengeluaran yang paling
cekap atau meminimumkan kos
pengeluaran.
• Kerajaan yang bermatlamatkan
pengeluaran output yang maksimum
akan mengelakkan berlakunya
pembaziran dan sebaliknya
meningkatkan kebajikan rakyat.
• Biasanya, kerajaan akan memilih kaedah
pengeluaran yang berintensifkan buruh
agar lebih banyak peluang pekerjaan
dapat dijana untuk mengurangkan kadar
pengangguran.
UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
• Diselesaikan oleh kerajaan.
• Pengguna tidak mempunyai kuasa dalam menentukan
corak agihan barang dalam masyarakat.
• Kerajaan akan memastikan barangan diagihkan secara
adil, saksama dan sama rata untuk setiap individu dalam
masyarakat.
• Kerajaan akan mengawal tingkat harga barangan dalam
pasaran supaya semua individu mendapat hak yang sama
dan kebajikan masyarakat sentiasa diutamakan.
• Kadang-kadang kerajaan akan menjalankan sistem catuan
atau kupon bagi memastikan semua rakyat dapat
menikmati barang dan perkhidmatan dalam ekonomi.
SISTEM EKONOMI
CAMPURAN
• Apa yang hendak
dikeluarkan
• Berapa yang hendak
dikeluarkan
• Bagaimana hendak
dikeluarkan
• Bagaimana hendak
dikeluarkan
APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui kuasa pasaran
dan kuasa kerajaan.
• Pengguna mempunyai kebebasan
memilih dan membeli barangan yang
diingini untuk mencapai kepuasan yang
maksimum.
• Pengeluar swasta akan mengeluarkan
barangan yang mempunyai permintaan
yang tinggi dalam pasaran untuk
memperoleh keuntungan yang
maksimum.
• Kerajaan akan mengeluarkan barang
awam yang tidak disediakan oleh
pengeluar swasta untuk menjaga
kebajikan masyarakat.
BERAPA YANG
HENDAK
DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui mekanisme
pasaran untuk barang ekonomi.
• Interaksi antara kuasa permintaan
dan penawaran dalam pasaran
akan menentukan jumlah kuantiti
barang ekonomi yang akan
dikeluarkan.
• Kuantiti barang awam akan
ditentukan oleh kerajaan
mengikut keperluan rakyat melalui
parlimen.
BAGAIMANA HENDAK
DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran
yang paling cekap atau meminimumkan kos
pengeluaran bagi barang ekonomi.
• Pengeluar akan memilih cara pengeluaran yang
berintensifkan modal atau berintensifkan buruh
berdasarkan harga relatif yang lebih rendah dan
kuantiti faktor pengeluaran yang sedia ada.
• Cara pengeluaran yang dapat memaksimumkan
keuntungan akan dipilih untuk barang ekonomi.
• Kerajaan akan memilih cara pengeluaran yang
paling cekap bagi pengeluaran barang awam
untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
• Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan
wang masyarakat bagi barang ekonomi.
• Golongan yang berpendapatan tinggi
mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan
akan memperoleh lebih banyak barang
berbanding dengan golongan yang
berpendapatan rendah.
• Kerajaan akan campur tangan dalam agihan
barang melalui sistem percukaian dan subsidi
supaya golongan yang berpendapatan rendah
memperoleh barang keperluan yang
mencukupi.
• Kerajaan akan mengagihkan barang awam
kepada semua individu untuk menjaga
kebajikan rakyat.
EKONOMI ISL AM
EKONOMI ISLAM

• Selain sistem-sistem ekonomi yang


diterangkan sebelum ini, terdapat satu
doktrin ekonomi yang berdasarkan
nilai-nilai dan ajaran Islam yang dikenal
sebagai ekonomi Islam.
• Ekonomi Islam merupakan sistem
ekonomi campuran yang berlandaskan
Al-Quran dan Hadis
• Segala aktiviti dan keputusan ekonomi
haruslah berdasarkan syariat Islam.
EKONOMI ISLAM
• Dalam ekonomi Islam, pihak
kerajaan, mekanisme pasaran,
dan pihak swasta memainkan
peranan yang penting untuk
memastikan aktiviti ekonomi
berjalan dengan lancar,
produktif, adil dan saksama.
• Kerajaan akan campur tangan
jika berlaku penipuan,
ketidakadilan, dan
penyelewengan dalam aktiviti
ekonomi.
EKONOMI ISLAM
• Kejayaan seseorang individu di dunia dan
di akhirat adalah bergantung kepada tahap
kebajikan dan kesejahteraan yang
dilakukan di dunia ini.
• Setiap individu berhak untuk hidup dan
terjamin haknya dalam memperoleh
keperluan asas masing-masing.
• Setiap individu bebas mencari kekayaan
tetapi terikat dengan batasan-batasan
tertentu agar tidak menjejaskan kebajikan
individu yang lain dan kepentingan
masyarakat umum.
E KONOMI IS L AM
• Konsep pembangunan
ekonomi dalam ekonomi
Islam meliputi pembangunan
insan secara menyeluruh
iaitu dari segi pembangunan
fizikal (kebendaan) dan
kerohanian.
• Kegiatan ekonomi yang
dijalankan dalam ekonomi
Islam merupakan sebahagian
daripada keseluruhan sistem
hidup seorang Islam.
EKONOMI ISLAM
• Oleh itu, wujudnya persaingan yang adil
dan saksama antara individu untuk
pengeluaran barang yang halal agar
pembaziran sumber dan penindasan
terhadap individu lain tidak berlaku.
• Contoh negara yang mengamalkan
ekonomi Islam ialah Arab Saudi dan
Brunei.
• Pada dasarnya, ekonomi Islam merupakan satu
cabang dalam sistem ekonomi campuran.
• Oleh itu, ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri
yang mirip dengan sistem ekonomi campuran.
CIRI-CIRI • Namun, ekonomi Islam juga mempunyai
UTAMA beberapa unsur unik dan tersendiri seperti
berikut
EKONOMI
ISLAM
SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA
KESELURUHAN SISTEM HIDUP
ISLAM

• Matlamat ekonomi Islam adalah untuk


mencapai al-Falah iaitu mencapai
keseimbangan antara kebahagian individu
dan masyarakat di dunia dan akhirat.
• Segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan
syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan
akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
• Keputusan ekonomi haruslah berdasarkan
prinsip dan hukum Islam iaitu Al-Quran dan
Hadis.
SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA
KESELURUHAN SISTEM HIDUP ISLAM
• Pengeluaran barang dan perkhidmatan
adalah untuk umat dan aktiviti
ekonomi yang dijalankan
mencerminkan keseluruhan hidup
Islam.
• Aktiviti ekonomi yang tidak halal
seperti penyeludupan, perjudian,
pengedaran dadah dan penipuan
adalah diharamkan sama sekali.
WUJUD PERSAINGAN
YANG ADIL DAN SAKSAMA
ANTARA INDIVIDU

• Individu dan pihak swasta adalah


bebas mencari dan memiliki
kekayaan di dunia demi kebajikan
dan kesejahteraan di dunia dan
akhirat asalkan tidak bertentangan
dengan hukum Islam.
• Pengguna dan pihak pengeluar
berhak dalam membuat keputusan
ekonomi untuk menyelesaikan
masalah asas ekonomi.
WUJUD PERSAINGAN YANG
ADIL DAN SAKSAMA
ANTARA INDIVIDU

• Pengguna mempunyai kebebasan


memilih barang dan
perkhidmatan yang halal dan
jenis pekerjaan yang ingin
diceburi.
• Pengeluar bebas bersaing dalam
pengeluaran barangan untuk
memperoleh keuntungan.
• Kerajaan akan mengawal
kebebasan pengguna dan
pengeluar melalui undang-
undang dan peraturan.
KESEIMBANGAN ANTARA
KEPENTINGAN INDIVIDU
DAN MASYARAKAT

• Kepentingan awam adalah


lebih diutamakan berbanding
dengan kepentingan individu.
• Kerajaan akan membuat
keputusan ekonomi dalam
pengeluaran barang awam
untuk memastikan kestabilan
ekonomi dan kebajikan
masyarakat terjamin.
KESEIMBANGAN ANTARA
KEPENTINGAN INDIVIDU DAN
MASYARAKAT
• Sasaran pengeluaran adalah untuk semua
masyarakat.
• Setiap individu dijamin memperoleh barang
keperluan asas.
• Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan
dalam aspek penggunaan dan pengeluaran
sesuatu barang dan perkhidmatan.
• Individu yang cukup syarat dikehendaki
membayar zakat untuk diagihkan kekayaan
mereka kepada golongan yang kurang
kemampuan.
TA M AT

Anda mungkin juga menyukai