Anda di halaman 1dari 10

Sistem ekonomi campuran

▪ definisi

❖Sistem ekonomi di mana pihak kerajaan & swasta mempunyai


kuasa membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme
harga,campur tangan kerajaan terhad kepada bidang-bidang
tertentu sahaja.
Ciri-ciri sistem ekonomi campuran
1. Pemilikan sumber
❖ individu & pihak swasta mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber
untuk memaksimumkan keuntungan.
❖ Pihak kerajaan menggunakan undang –undang untuk mengawal
sumber ekonomi untuk mengawal sumber ekonomi untuk menjaga
kebajikan masyarakat & memelihara ekonomi negara.
2. Pembuat keputusan
❖Individu & pihak swasta mempunyai kebebasan untuk menentukan
corak peruntukan sumber-sumber ekonomi.
❖Firma bebas untuk menentukan jenis barang & jumlah barang yang
hendak dikeluarkan & kaedah pengeluaran .
❖Kerajaan pula membuat kawalan & pemantauan yang yang tidak
mampu atau tidaka sudi dikeluarkan oleh pihak swasta(barang
awam).
3. pilihan
❖Individu & pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran
yang dimiliki oleh mereka.
❖Pihak swasta bebas untuk menghasilkan sesuatu barang
berdasarkan permintaan di pasaran.
❖Individu bebas untuk memilih jenis & jumlah barang dan
perkhidmatan yang diingini.
❖Kerajaan pula membuat kawalan & pemantauan supaya pihak
swasta hanya mengeluarkan barang yang memberkan manfaat
kepada pengguna.
4. Penentuan harga

❖Harga barang dikawal oleh mekanisme harga


❖Harga barang keperluan seperti beras,tepung & gula ditentukan
oleh kerajaan melalui dasar harga untuk menjaga kebajikan
rakyat.

5. persaingan
❖ Pengeluar bebas untuk bersaing antara satu sama lain untuk
menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap supaya
beroperasi pada kos yang minimum.
Tujuan campur tangan kerajaan dalAM SISTEM EKONOMI
1. MEWUJUDKAN KESTABILAN EKONOMI
❖ SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS GAGAL MEWUJUDKAN KEGIATAN EKONOMI
YANG STABIL.
❖ DENGAN ADANYA CAMPUR TANGAN KERAJAAN,KEADAAN EKONOMI YANG
MELAMBUNG & MELESET DENGAN HEBAT PADA MUSIM ATAU MASA MASA
TERTENTU DAPAT DIATASI MELALUI DASAR FISKAL & DASAR KEWANGAN

2. MENYEDIAKAN BARANG AWAM


❖BARANG AWAM TIDAK DISEDIAKAN DALAM SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
KERANA KOS UNTUK MENGELUARKANNYA ADALAH TERLALU TINGGI & TIDAK
MENDATANGKAN KEUNTUNGAN.
❖HAL INI DEMIKIAN KERANA FIRMA TIDAK DAPAT MENGHALANG ORANG YaNG
TIDAK MEMBAYAR UNTUK MENGGUNAKANNYa.
❖Oleh itu,kerajaan bertanggungjawab untuk mengekuarkan barang
awam untuk meningkatkan kebajikan & pembangunan negara.
3. Mengelakkan amalan monopoli

❖Campur tangan kerajaan diperlukan untuk meningkatkan tingkat


kebajikan masyarakat & kestabilan politik.
❖Hal ini bermakna kuasa monopoli yang wujud di bawah mekanisme
harga perlu dihapuskan & dikurangkan.
❖Tindakan ini penting kerana monopoli akan menyebabkan firma
berupaya menguasai pasaran & mengenakan tingkat harga yang
tinggi ke atas barang-barang yang sengaja dihasilkan dengan
kuantiti yang sedikit.
4. Menghapuskan kesan luaran negatif

❖Kesan luaran negatif seperti pencemaran alam & masalah


kesesakan lalu lintas wujud akibat individu yang hanya behasrat
memaksimumkan kepuasan & firma yang hanya bermotif untuk
memaksimumkan keuntungan dengan mengabaikan tanggungjawab
sosial.

5. merapatkan jurang pendapatan masyarakat

❖Melalui sistem percukaian dan subsidi ,kerajaan berupaya


mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang.
❖Tindakan ini membolehkan golongan kaya tidak menjadi semakin
kaya& golongan miskin tidak bertambah miskin.
Penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sitem
ekonomi campuran

1. Apakah jenis & berapa banyakkah barang yang hendak


dikeluarkan ?

❖ Masalah jenis barang yang hendak dikeluarkan akan


diselesaikan oleh pihak swasta bersama-sama dengan kerajaan.
❖ Pihak swasta akan mengeluarkan jenis barang yang mempunyai
permintaan supaya dapat memperoleh keuntungan maksimum.
❖ Pihak kerajaan pula akan mengeluarkan jenis barang dan
perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta.
❖ Jumlah barang & perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak
swasta bergantung pada mekanisme harga.
2. Bagaimanakah barang dan perkhidmatan itu hendak dikeluakan?

❖Pihak swasta akan memilih teknik pengeluaran sama ada


berintensif buruh atau berintensif modal yang dapat meminimumkan
kos pengeluaran & mencapai kecekapan optimum.
❖Pihak kerajaan pula akan memilih teknik pengeluaran
berdasarkan kos kebajikan masyarakat & matlamat kerajaan
itu.jika kerajaan ingin mengurangkan kadar pengangguran dalam
negara,maka kerajaan boleh memilih untuk berintensif buruh.
3. Untuk siapa barang & perkhidmatan itu dikeluarkan ?

❖Pihak swasta akan menghasilkan barang & perkhidmatan


bergantung kepada agihan pendapatan,kemampuan & kuasa beli
dalam pasaran.
❖Golongan yang berpendapatan tinggi akan menikmati jumlah barang
yang lebih banyak yang ditawar oleh pihak swasta manakala
golongan yang berpendapatan rendah hanya menikmati sedikit
barang yang ditawar oleh pihak swasta.
❖Pihak kerajaan akan menawarkan & menyediakan barang untuk
semua rakyat dalam negara itu untuk meningkatkan kebajikan
rakyat.

Anda mungkin juga menyukai