Anda di halaman 1dari 2

Kongsikan pengalaman anda melaksanakan pendidikan seksualiti kepada

kanak-kanak di taska/tadika anda:


Pengalaman saya melaksanakan pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak di tadika
adalah dengan melaksanakan Program Peers peringkat Prasekolah.
PEERS = Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, yang merupakan salah satu
silibus dalam subjek Pendidik Jasmani & Kesihatan.
Ia dilaksanakan selama 3 minggu dengan penyediaan pelbagai aktiviti mengenal
tubuh badan kanak-kanak.
PEERS ialah program satu hari yang dilaksanakan secara serentak di semua kelas
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seluruh
negara. Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada murid
prasekolah berkaitan elemen PEERS agar dapat menangani jenayah seksual kanak-
kanak.
Berdasarkan pengalaman saya yang lalu, saya mengambil masa perbualan awal
selama 20 minit bercerita secara umum dengan menggunakan buku cerita “Badan
Saya Kepunyaan Saya”.
Gaya penceritaan yang saya sampaikan menekankan (intonasi, laras bahasa,
bahasa badan dan sebagainya) untuk menarik minat murid supaya kekal fokus. Buku
cerita tersebut saya habiskan keseluruhannya. Masa bersoal jawab dengan murid
disusun dengan baik agar dapat menepati masa yang telah diperuntukkan.
Kemudian saya memperkenalkan lagu “My Body Is Mine” dan murid menyanyi
bersama dengan aksi.
Diakhir perbualan awal kanak-kanak dapat memahami maksud cerita yang
disampaikan tentang anggota badan mereka.
Seterusnya saya juga melaksanakan aktiviti – (Kenali Anggota Badan)
Peruntukan masa adalah 40 minit.
Untuk aktiviti ini ia memerlukan murid bermain puzzle kanak-kanak lelaki dan
perempuan. Kanak-kanak juga ditanya tentang anggota yang ditampal dengan
menekankan kedudukan anggota badan yang betul. Guru memperkenalkan anggota
seksual – zakar, faraj, dubur, punggung dan payu dara. Penekanan perlu diberikan
supaya murid dapat menamakan anggota seksual dengan betul dan jelas. Murid
diminta menyatakan persamaan dan perbezaan anggota seksual antara kanak-
kanak lelaki dan perempuan dan berakhir dengan Menyanyi lagu “My Body Is Mine”
dengan aksi. Aktiviti ini pada pendapat lebih menarik minat murid selain mereka lebih
faham tentang anggota tubuh badan mereka.
Saya juga membuat satu lagi aktiviti “Tidak! Jangan Sentuh Saya”. Masa aktiviti ini
sebanyak 40minit diperuntukkan. Dengan menggunakan Buku “Badan Saya
Kepunyaan Saya”. Kanak-kanak diterangkan lagi tentang anggota tubuh badan.
Sekeping gambar bahagian badan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang
berpakaian dalam ditunjukkan. Gambar tersebut mempunyai tanda pangkah pada
bahagian-bahagian tertentu badan sebagai memberi kefahaman tentang bahagian
yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain.
Dengan menggunakan anak patung juga, wakil murid diminta untuk menunjukkan
bahagian badan yang selamat disentuh dan tidak selamat disentuh. Wakil murid
menunjukkan bahagian-bahagian sentuhan selamat dan tidak selamat kepada kelas.
Untuk menambah kefahaman mereka lagi, satu aktiviti main peranan dilakukan
dengan meminta sekumpulan murid seramai lima orang untuk berlakon sebagai
murid nakal yang ingin menyentuh anggota tubuh rakannya. Murid yang diminta
menjadi menjadi mangsa akan menjerit dan menyatakan “Tidak! Jangan sentuh
saya”. Sedikit penerangan saya berikan untuk kefahaman mengapa perlu menolak
dan berkata TIDAK dengan tegas dan apa perlu dilakukan jika keadaan memaksa.
Murid juga saya praktiskan untuk mempertahankan diri dengan menggigit, menolak
serta menepis tangan pelaku serta menjerit sekuat hati jika berlaku situasi
seumpamanya.
Diakhir pdp kanak-kanak dilihat lebih memahami tentang sentuhan selamat dan tidak
selamat pada anggota badan mereka.
Terdapat murid yang malu dengan aktiviti ini dan bersikap tertutup, tetapi diakhir pdp
mereka mula memahami dan bersikap lebih terbuka dan mula mengenal anggota
badan mereka dan bersikap lebih berhati-hati terhadap sentuhan selamat dan tidak
selamat yang telah mereka pelajari.
Akhir sekali pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak di tadika berdasarkan
pengalaman saya adalah satu kaedah pendekatan yang sangat baik dan perlu kekal
dimasukkan dalam silibus pra sekolah kebangsaan sebagai pendedahan awal
kepada murid-murid pra sekolah tentang kepentingan menjaga diri mereka. Melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan guru dapat melihat bagaimana kanak-kanak mula
belajar dan dapat mengenal bahaya terhadap sentuhan-sentuhan yang tidak selamat
dan murid kemudian menjadi lebih peka dan bersikap lebih berhati-hati terhadap
anggota tubuh badan mereka.
Diharap pendidikan seksualiti ini sedikit sebanyak dapat membantu murid lebih
faham dan peka tentang anggota badan mereka sekaligus membendung jenayah
seksual dalam kalangan kanak-kanak.
Zaman kanak-kanak adalah zaman yang menyeronokkan dan kita sebagai orang
dewasa sewajarnya melindungi mereka, kita tidak mahu mereka mengalami trauma
seawal usia, zaman kanak-kanak yang indah ini wajar kita selusuri bersama-sama
tanpa dicemari isu-isu jenayah seksual terhadap mereka. Semoga momen indah
zaman kanak-kanak dapat membantu perkembangan sihat mereka hingga mereka
dewasa kelak.

Anda mungkin juga menyukai