Anda di halaman 1dari 30

PAKK 2213D

KESIHATAN, KESELAMATAN DAN


PEMAKANAN
PENYAKIT BERJANGKIT DI
KALANGAN KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH :
• NURULHUDA BINTI MD ARIF
• NURUL HAFIZAH BT SHAHAR
• NOOR AINI BINTI MAMAT
• MARINA BINTI UDIN
• NORIZWANNEE BINTI AZMI
ISI KANDUNGAN
• Ciri-ciri kanak-kanak sihat
• Penyakit dalam kalangan kanak-kanak
• Penyakit berjangkit dan cara Pencegahan
• Penjagaan kebersihan diri dan kesihatan kanak-kanak
• Peranan guru dalam penjagaan kesihatan kanak-
kanak
1. CIRI –CIRI ANAK SIHAT

• Semua ibu bapa ingin melihat anak mereka lahir


dengan sempurna dan sihat tumbesarannya.
• Ibu bapa juga perlu tahu bagaimanakah untuk
menjadikan anak-anak sihat dari segi pemakanan,
kesihatan dan perkembangan tumbesarannya.
• Antara ciri-ciri anak yang sihat adalah :
1. Pertambahan berat dan ketinggian yang sihat
• Anak yang sihat akan bertambah berat dan tingginya secara sihat.
Ini bermaksud, anak tersebut mengalami pertambahan berat dan
tinggi yang sesuai dengan umurnya. Jika anak anda tidak terlalu
kurang atau lebih berat badan, itu maksudnya anak anda sihat.
• Ibu bapa perlu membawa anak-anak ke klinik kesihatan utntuk
pemantauan kesihatan berkala untuk merekod BMI anak-anak.
• Anak-anak akan di rekod melalui carta KZM bagi membantu
mengetahui tahap perkembangan tumbesaran anak-anak.
2. Sentiasa aktif & ceria
• Anak yang sentiasa aktif juga menandakan bahawa anak itu sihat.
Anak yang kurang aktif atau lemah mungkin kurang sihat. Jadi
selalu pastikan anak kita aktif dan tidak lemah longlai kerana
mungkin anak itu demam atau sakit.
• Anak yang sentiasa peka dan ceria tentunya anak yang sihat. Anak
tersebut akan kelihatan suka bermain dan bergelak ketawa, serta
boleh memberi respons yang baik kepada sesiapa yang bercakap
atau bermain dengannya.
3. Belajar dengan cepat dan baik

• Anak yang belajar dengan cepat dan baik semestinya petanda


anak yang sihat. Perkembangan otak yang baik, ditambah dengan
pemakanan yang sihat, membantu anak-anak untuk cepat
mempelajari sesuatu yang baru. Anak yang sihat juga akan
menunjukkan minat untuk belajar, dan akan sentiasa mahu
berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya.
4. Mempunyai selera makan yang baik
• Ibu bapa perlu menyediakan makanan yang sihat kepada anak-anak.
• Perlu pelbagaikan menu mengikut protein dan vitamin yang
secukupnya bagi keperluan badan kanak-kanak.
• Sebaiknya beri mereka makanan yang sihat dan yang terbaik
semestinya yang kita sediakan sendiri di rumah. Selera makan yang
baik menunjukkan anak kita mempunyai kesihatan yang baik.
• Persembahan penyediaan makanan juga perlu bagi menarik perhatian
anak-anak untuk menaikkan selera anak-anak.
2. PENYAKIT DI KALANGAN KANAK-
KANAK

• Kanak-kanak mudah mendapat pelbagai jangkitan penyakit


• Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah
kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka
dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.
• Ini kerana imunisasi badan mereka terlalu lemah.
• Antara penyakit yang kerap di hadapi oleh kanak-kanak
adalah seperti selsema, demam, batuk, asma,cirit birit, muntah
dan sebagainya.
• Kanak-kanak sememangnya mudah di jangkiti selesema. Ia disebabkan
oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang
sepenuhnya.
• Gastroenteritis akut adalah keadaan ini berpunca daripada jangkitan
usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan
simptom seperti sakit perut, mual dan muntah. Kanak-kanak perlu di
beri minum air masak yang banyak untuk memulihkan kembali
keadaannya.
• Penyakit asma adalah di sebabkan paru-paru dan saluran udara
membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan. Keadaan suhu
cuaca juga mempengaruhi kanak-kanak kerap mendapat penyakit ini.
CARA PENYEBARAN PENYAKIT
Sentuhan dengan kulit yang berpenyakit  Chicken pox
atau cecair tubuh seperti nanah  Konjuntivitis
 Kutu kepala
 Kudis buta (scabies dan impetigo)
 Kurap

Merebak melalui udara (batuk, bersin,  Chicken pox


bercakap dan menghembuskan nafas)  Demam selesema
 Difteria
 Meningitis
 Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
 Influenza
 Demam campak (measles)
 Begok
 Batuk kokol (Pertusis)
 Pneumonia
 Rubella
CARA PENYEBARAN PENYAKIT

Pencemaran darah.  Hepatitis B


 Hepatitis C
 HIV / AIDS
 Cytomegalovirus
3. PENYAKIT BERJANGKIT
DAN CARA PENCEGAHAN
• Bayi dan anak kecil merupakan golongan yang berisiko untuk
mendapat penyakit berjangkit kanak-kanak seperti demam campak,
HFMD, Polio dan lain-lain.
• Penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh kuman seperti virus,
bakteria atau parasit. Kuman-kuman tersebut boleh disebarkan melalui
makanan dan minuman, sentuhan, pernafasan, peralatan seperti
mainan, sudu garpu dan tuala, serangga seperti nyamuk, dan haiwan
seperti tikus. Senarai penyakit berjangkit yang lazim menular di
kalangan kanak-kanak
           
PENYAKIT GEJALA TEMPOH CARA TEMPOH PENCEGAHAN
ERAMAN REBAKAN JANGKITAN DAN KAWALAN

     
Lendir Seminggu  Pelalian DPT.
 Demam dan batuk. 6 ke 20
Batuk nasofaring(lendir selepas Jangan benarkan
hari
kokol  Dalam tempoh satu ke 2 yang terasa terdedah kanak- kanak yang
(pertussis) minggu batuk menjadi ’whoop antara hidung dan kepada disahkan dijangkiti
 Muntah sering berlaku akibat mulut) bakteria bakteria datang
batuk teruk ini. sehingga 3 ke pusat.
Sentuhan mingu
langsung, selepas
pernafasan. timbul
gejala.
Difteria   Demam, sakit tekak, hidung        
berhingus, suara serak 2 ke 5 Sentuhan Dua ke 3  Pelalian DPT.
danletih lesu. hari langsung. mingu  Jangan benarkan
 Kelenjar membesar di selepas kanak- kanak yang
bahagian belakang leher. timbul gejala. disahkan dijangkiti
bakteria datang ke
 Membran ke hijauan terdapat pusat.
di tekak.
           
TEMPOH CARA TEMPOH PENCEGAHAN
PENYAKIT GEJALA
ERAMAN REBAKAN JANGKITAN DAN KAWALAN

Chickenpox   Demam  10 ke 21 hari  Pernafasan,  Sehari ke dua   Jangan


selama sehari sentuhan hari sebelum benarkan kanak-
ke dua hari. langsung lepoh sehingga kanak yang
dengan lepoh. 6 hari selepas disahkan
 Diikuti lepoh timbul lepoh. dijangkiti
di kulit, bakteria datang
jarang ke pusat.
terdapat di  Asingkan
tapak tangan dari kanak-
dan kaki. kanak lain.
           
PENYAKIT GEJALA TEMPOH CARA TEMPOH PENCEGAHAN
ERAMAN REBAKAN JANGKITAN DAN KAWALAN

           Jangan benarkan
Penyakit • Demam, ulser 2 — 5 hari Sentuhan Sehingga kanak- kanak yang
tangan,kaki di dalam langsung, sembuh. disahkan dijangkiti
dan mulut mulut, ruam, peralatan bakteria datang ke
(HFMD) lepoh di tapak tercemar dengan pusat.
tangan dan najis atau air liur  Asingkan
kaki. kes. dari kanak-
• Boleh kanak lain.
menyebabkan  Di beri cuti
sawan, muntah kuarantin
dan  Sekolah perlu di
/ atau cirit birit.
tutup dengan arahan
dari pihak Klinik
kesihatan
 Sek perlu di
bersihkan dan di
sanitasi
PENYAKIT GEJALA TEMP CARA TEMPOH PENCEGHAN KAWALAN
OH REBAKAN JANGKITAN
ERAM
AN
         
Influenza •Demam 2 ke 5 Pernafasan, Sebelum • Asingkan kanak-
(demam •Batuk hari sentuhan gejala dan kanak.
selesema) •Sakit tekak langsung selepas gejala • Dapatkan rawatan
•Selsema sehingga
seminggu
 Demam denggi   Demam tinggi,        
sakit kepala, 3 — 10 Gigitan Dalam • Hapuskan tempat-
sakit belakang, hari nyamuk tempoh 5 tempat yang boleh
sakit otot, ruam. Aedes yang hari selepas berlaku pembiakan
 Boleh mempunya demam. nyamuk dengan
menyebabkan i virus menghapuskan- nya,
pendarahan denggi. kerap membersihkan,
(gusi, hidung, meletakkan abate ke
di bawah kulit), dalamnya,
mudah lebam. menutupnya,
memastikan air
CHICKEN POX
DIFTERIA
HFMD –PENYAKIT KAKI
TANGAN DAN MULUT
DEMAM
DENGGI
LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN
PENYAKIT BERJANGKIT
• Penjagaan Kebersihan Persekitaran
• Penjagaan Kebersihan Kanak-kanak
• Suntikan imunisasi
- Jadual imunisasi kanak-kanak di Malaysia adalah seperti di lampiran 5.
Maklumat imunisasi hendaklah dikemaskinikan dan ibubapa diingatkan
agar melengkapkan imunisasi anak-anak mereka mengikut jadual tersebut.
• Penyaringan kanak-kanak
• Melaporkan kes penyakit berjangkit
•  Penutupan premis
4. PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI DAN
KESIHATAN KANAK-KANAK
• Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mengajar
anak tentang amalan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
• Bagi mengajar anak mematuhi amalan kebersihan dan kesihatan,
ibu bapa boleh menggunakan pendekatan yang menyeronokkan
supaya kanak-kanak patuh dan mengingati peraturan yang diajar
kepada mereka
• Lima asas amalan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri yang
perlu diterapkan pada kanak-kanak:
Lima asas amalan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri yang perlu
diterapkan pada kanak-kanak:

1) Mencuci tangan
Ajar anak untuk mencuci tangan menggunakan sabun sebelum dan
selepas makan, selepas keluar tandas dan bila-bila jika tangannya
memegang benda yang kotor.

2) Bersin dan batuk


Ajar anak untuk menutup mulut dan hidungnya menggunakan tisu jika
mereka bersin atau batuk. Jika tidak sempat mencapai tisu, minta anak
untuk menutup mulut mereka menggunakan telapak tangan.
3) Mata, mulut dan hidung
Kuman mudah berpindah ke dalam tubuh melalui membran mukus
dalam mata, hidung dan mulut. Jadi,ingatkan anak untuk tidak menyentuh
mata ataupun memicit hidung mereka.

4) Kebersihan oral
Kebersihan oral dan gigi juga perlu diutamakan. Ajar anak memberus
gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan.

5) Masa mandi
ibu bapa perlu memantau anak semasa mandi, bersyampu dan
membilas sehingga bersih, sebelum mereka biasa dengan tabiat tersebut.
Panduan bagi ibubapa untuk mengajar anak mereka menjaga
kebersihan diri dan kesihatan kanak-kanak:
• Tetapkan peraturan
• Mejadi contoh
• Didik melalui Buku
• Sapu tangan
7 Langkah Mencuci Tangan yang Betul
Peranan Guru dalam Penjagaan Kesihatan
Kanak-kanak
•memfokuskan kepada skop PEERS. PEERS memberi kesedaran dan
membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan
reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
mereka mengambil berat tentang kesihatan
•Guru perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yang berkaitan
dengan kebersihan kepada murid
•Mewujudkan program Bersama NGO atau KKM bg memberi kesedaran
kepada orang ramai mengenai penyakit berjangkit
•Mengedarkan risalah atau mewujudkan iklan kesedaran kepada orang ramai
Bangunan /Premis TABIKA/Rumah
• Pastikan lantai dibersihkan setiap habis sesi. Jika pembersihan
dilakukan semasa ada kanak-kanak, pastikan permukaan lantai
dikeringkan bagi mengelakkan kemalangan.
• Permainan hendaklah dibersihkan dan didisinfeksi terutama jika ia
digunakan oleh kanak-kanak yang suka menggigit permainan. la
hendaklah didisinfeksi menggunakan larutan chlorox 0.01%. Pastikan
permainan dibilas dan dikeringkan sebelum digunakan semula.
• Bersihkan tandas setiap kali digunakan. Gunakan larutan chlorox 0.01%.
• Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari
serangga, makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari
sampah sarap.
• Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang,
tumbuhan berduri atau beracun.
• Pastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung. Longkang
hendaklah bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan
• Sediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam
dan di luar bangunan.

Anda mungkin juga menyukai