Anda di halaman 1dari 4

NAMA : Muhammad Hamiduddin Bin Hasan

NO MATRIK : DCM5 - 2019071001

Jawapan Quiz

1. Sejarah perkembangan ilmu sains sosial sehingga masa kini ialah :

Sains Sosial adalah bidang yang mengkaji tingkah laku manusia dalam kelompok
masyarakat. Tumpuan utamanya dalah terhadap sifat, fungsi dan perkembangan
masyarakat manusia. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapat mempelajari hal-
hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya.

Sejarah Perkembangan :

Zaman Yunani

Falsafah negara barat bermula di Yunani kira kira 2,600 tahun dahulu. Orang
Yunani dikatakan adalah orang pertama yang memperkenalkan konsep dan teori
yang rasional dan logikal bagi menerangkan sesuatu kejadian dalam masyarakat.
Sebagai contoh , isu kemiskinan dan isu pengangguran.

Zaman Pertengahan

Kira-kira tahun 476 ke 1453M dikenali sebagai zaman pertengahan (Middle


Ages) . Selain itu, Peristiwa bersejarah di Eropah dikaitkan dengan dunia ghaib.
Pada masa yang sama Ajaran agama KRISTIAN mempunyai pengaruh yang
sangat kuat ke atas semua lapisan masyarakat. Semua masalah masalah yang
timbul pada masa itu seperti ketidaksamaan kelas dan kemiskinan dikatakan
adalah disebabkan takdir dan perlu diterima tanpa memikirkan sebab dan
musabab. Akhir sekali, Prinsip ini diajar kepada semua orang dan sesiapa yang
tidak mengikut ajaran gereja akan dihina.

Zaman Renaissance
Renaissance bermaksud Kelahiran Semula. Bermula tahun 1453-1690M,
pengetahuan lampau dari Yunani terus disebarkan dengan meluas. Pada tahun
ini juga penguasaan semula ilmu oleh para sarjana. Pada zaman ini, ahli2
sarjana dari bidang2 berlainan mempunyai pendapat dan kesimpulan yang
berbeza berkenaan dengan ajaran-ajaran agama kristian. Sarjana pada zaman
ini tidak menerima bahawa takdir itu sebagai punca berlakunya masalah social
kerana Mereka beranggapan bahawa sesuatu masalah itu timbul ada sebab dan
musabab. Selain itu, Zaman ini dianggap penting dalam mengembangkan
institusi ilmu berasaskan logikal & rasional. Akhir sekali, Bila pandangan itu
berbeza, timbul konflik dua pihak diantara ajaran agama kristian dan ajaran ahli2
yang rasional. Ahli rasional lebih mementingkan kepada logik akal manakala
ajaran kristian mementingkan kepercayaan kepada tuhan dan takdir.

Zaman Enlightenment

Enlightenment ialah masa dimana raionalisme telah mengambil alih tempat


ajaran kristian dalam proses pengumpulan pengetahuan. Zaman Pencerahan
setelah pudarnya pengaruh gereja dalam masyarakat Eropah. Bermula 1650-
1700 M dan lebih dikenali sebagai The Age of Reason. Akhir sekali, Sains
diterokai secara meluas dan dikaji secara saintifik (bersistem)

2. Kelompok utama dan kelompok sekunder agen agen sosialisasi ialah


Kelompok Utama ialah :

Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memegang peranan sosial


yang wajar dalam masyarakat. Contohnya dalam bekerjasama, persaingan, kasih
sayang dan lain lain. Keluarga merupakan agen sosialisasi yang banyak memberi
kesan kepada perkembangan diri kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan agen-
agen sosialisasi yang lain, ibu bapa mempunyai peranan yang penting bagi
mengajar anak-anak memegang peranan sosial yang wajar di dalam sesebuah
masyarakat. Apa yang menentukan pembentukan personaliti bergantung kepada
faktor persekitaran. Keluarga atau ibu bapa sebagai kelompok utama memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan personaliti tersebut. Agama Islam
sendiri ada mengatakan bahawa terpulanglah kepada ibu bapa untuk
menasranikan anak-anak mereka. Dalam usia yang begitu muda di mana
kebanyakan proses interaksi berlaku di rumah, ibu bapa menjadi model utama dan
ulung yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak.

Ahli-ahli sosiologi dan psikologi semenjak beberapa dekad yang lampau telah
banyak menjalankan kajian mengenai cara ibu bapa mengasuh-didik anak-anak
mereka dan apakah kesannya terhadap pembentukan personaliti. Banyak
tumpuan yang telah diberikan mengenai cara ibu bapa memberi makanan kepada
anak-anak, bila anak-anak bercerai susu, amalan penyusuan ibu dibandingkan
dengan penyusuan botol, bila anak-anak dilatih tentang pengawalan najis, pola
tidur dan sebagainya. Segala amalan mengasuh-didik anak-anak membayangkan
tentang sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.

Keluarga merupakan unit asas yang dipunyai oleh setiap individu. Keluarga juga
menentukan latar belakang anak-anak seperti kelas sosial, ras dan kumpulan etnik
yang secara tidak langsung akan mencorakkan keperibadian anak-anak. oleh itu,
keadaan ini boleh membawa pengaruh yang berbeza dalam pembentukan
personaliti anak2 oleh setiap keluarga.

Kelompok Sekunder

Sekolah

Sekolah berfungsi untuk menyalurkan norma dan nilai masyarakat kepada anak-
anak muda. Dalam proses persekolahan, anak-anak muda yang melalui sistem
pendidikan dalam jangka masa tertentu dijangka mempelajari beberapa ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pandangan tertentu terhadap
masyarakat. Terdapat beberapa fungsi sosialisasi yang nyata bagi sekolah.
Dimana didalam sekolah ini terdapat kumpulan rakan sebaya yang besar di mana
mereka sering berinteraksi antara satu sama lain hampir separuh masa mereka
dalam satu hari. Dalam interaksi ini akan ada pelbagai nilai, norma dan etika yang
akan membawa kepada percampuran. Dimana seseorang itu boleh ditolak atau
diterima oleh kumpulan remaja tertentu.

Persekolahan merupakan satu proses formal dimana terdapat kurikulum


persekolahan yang perlu dipelajari. Selain Itu, Sekolah bukan hanya mengajar
anak2 membaca dan menulis seperti yang ditetapkan oleh kurikulum, tetapi juga
menjadi agen utama dalam membentuk peribadi pelajar. Disekolah, para guru
dikhendaki mendisiplinkan pelajar seperti sentiasa menjaga keperibadian diri
semasa berada dalam kelas, mematuhi peraturan sekolah, datang tepat pada
masanya dan dikhendaki untuk melibatkan diri dalam kegiatan luar. Disekolah
juga, pelajar akan membentuk konsep kendiri dan cuba bertingkahlaku
sebagaimana yang dikehendaki oleh guru

Media Massa

Media massa memberi kesan yang kuat dalam proses sosialisasi, di mana
melaluinya kanak-kanak belajar melalui model-model peranan, mengajar tingkah
laku dan sikap yang ‘betul’ di samping meluaskan pandangan kanak-kanak. Media
massa sama ada media cetak atau elektronik yang menyediakan sebahagian
besar daripada maklumat sosial dalam kehidupan seharian kita. sejak
kebelakangan ini, media yang paling mempengaruhi proses ini ialah televisyen.
Televisyen telah menjadi agen sosialisasi yang signifikan, tetapi kontroversial.
Banyak pro dan kontranya mengenai kesan televisyen terhadap perkembangan
kanak-kanak. Kajian yang penah dibuat di Barat menunjukkan kanak-kanak
menghabiskan masa sebanyak tiga hingga ke empat jam sehari di hadapan kaca
televisyen. Ini bermakna sebanyak satu perenam daripada waktu jaga mereka
adalah di hadapan peti televisyen.

Rancangan-rancangan yang memaparkan keganasan juga telah didapati memberi


kesan kepada tingkah laku agresif di kalangan kanak-kanak. Terdapat kajian
mengatakan bahawa banyak punca negatif daripada media massa yang boleh
mempengaruhi kanak-kanak. Tetapi, Tidak dapat dinafikan, pengaruh media
masaa juga banyak memberi kesan positif

Anda mungkin juga menyukai