Anda di halaman 1dari 5

 Implikasi rasionalisme dalam bidang pendidikan :

Untuk ilmu pengetahuan modern, banyak ilmu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar dan
secara langsung. Sebagai contoh, atom yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun dengan
karena aliran rasionalisme yang mempercayai pada kebenaran akal bukan pengalaman sehingga kini
umat manusia yakin bahawa adanya atom dari pengetahuan ilmuwan zaman dahulu dimana mereka
menemuinya dengan proses berfikir bukan pengalaman yang dimana mereka dapat melihat secara
langsung atom itu sendiri.Rasionalisme juga memberikan kebebasan kepada penuntut ilmu dalam
mengembangkan pemikirannya dalam mengembangkan sesuatu ilmu pengetahuan tanpa
batasan.Selain itu, pembelajaran secara holistik yang dimana membebaskan penuntut ilmu untuk
befikir dan mengembangkan pengetahuannya sendiri.

 Implikasi rasionalisme yang dibawa oleh Descartes:

Secara amnya, rasionalisme yang dibawa Descartes ini bersifat tidak percaya akan segala benda yang
tidak dapatdilihat oleh pancaindera manusia kerana ianya tidak pasti dan tidak logik jika difikir
dengan akal fikiran. Kesannya, berlaku pergaduhan dalam kalangan masyarakat kerana ada
dikalangan mereka yang menyokong dan ada segelintir yang tidak dengan ideologi tersebut. Selain
itu, hukum agama diperkecilkan kerana hanya mengutamakan pemikiran logik. Dieropah, pernah
berlaku protes rakyat terhadap penyelewengan gereja kerana pada zaman tersebut, kebanyakan
penduduk di kawasan tersebut menganut agama Kristian dan berlaku persefahaman tentang hakikat
alam dan kaitannya dengan agama. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, Descartes telah
menegahkan hujah beliau yang hanya menggunakan logik akal kerana menganggap sumber tersebut
lebih dipercayai dan sahih. Rasionalisme yang merupakan kepercayaan yang menolak ketuhanan
sebagai sumber itu lebih dipercayai berbanding hukum agama pada zaman tersebut.

 Kesan rasionalisme terhadap masyarakat melayu:

Dari segi pendidikan, Islam telah memperlihatkan perubahan yang besar dalam struktur sosial
masyarakat. Selepas kedatangan Islam, golongan bawah mendapat pendidikan yang sama dengan
kelas atasan. Sistem pendidikan yang bermula dari istana mulai beralih ke beberapa institusi
pendidikan Islam, seperti pondok dan sekolah Islam. Tradisi ilmiah yang ditekankan oleh Islam juga
telah mengembangkan tradisi pendidikan dan pengajaran dengan cara yang lebih tersusun. Dorongan
untuk belajar bermula dengan membaca Al-Quran dan buku-buku agama. Kerajaan dan pegawai
memainkan peranan penting dalam mengembangkan pengetahuan ini. Dengan mengkaji kelahiran
pegawai kerajaan, guru dan ulama ulama dan pendeta. Melalui dorongan ideologi nasionalisme yang
berkesan, masyarakat mula membentuk jati diri yang kuat. Mereka dipanggil Negara yang
mempunyai agama, moral dan akhlak. Keluarga adalah ejen proses sosialisasi utama dalam
pendidikan dan pengajaran juga menjadi anggota masyarakat yang baik. Sejak lahir lagi, seseorang itu
akan mendapat pendidikan dan adat istiadat yang berteraskan Islam hingga mereka dewasa.
Contohnya, semasa seseorang dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki atau
mengiqamatkan bayi perempuan. Tujuannya adalah untuk mendengarkan buat pertama kalinya bayi
adalah panggilan doa, kalimah syahadah, dan itu juga merupakan inspirasi dan Semangat Islam
kepada bayi. Sejak saya kecil masyarakat melayu akan diajar konsep dosa, pahala, halal and haram.
Kanak-kanak berumur lima tahun ke atas juga akan mendapat pendidikan solat, puasa dan lain-lain.
Di samping itu, mereka juga diajar supaya hormat, bertoleransi dan mengamalkan nilai-nilai yang
murni dalam kehidupan seharian.
Reference:

3 Budi Hardiman,F. 2007.Filsafat fragmentaris: deskripsi, kritik, dan dekonstruksi (pp 201-203).
Yogyakarta:Penerbit Kanisius.

Anda mungkin juga menyukai