Anda di halaman 1dari 2

Dasar Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi

DASAR

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi ( RBT ) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata
pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah
Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ), Kreativiti dan Inovasi
serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, ia
juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat-sendiri ( DIY ), peka terhadap masalah sekeliling
serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan
mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

LATAR BELAKANG

1.0 Reka Bentuk Dan Teknologi adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi
dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah
untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:


2.1 Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk
daripada pelbagai bahan.
2.2 Menggembeling tenaga dan menyelaras aktiviti-aktiviti kefahaman dan kemahiran mengenai asas-
asas Reka Bentuk & Teknologi.
2.3 Memperkembangkan ilmu pengetahuan tentang bahan dalam bidang kayu, logam, elektrik,
elektronik dan enjin serta membuat pengiraan kos.
2.4 Menambah pemahaman tentang asas perdagangan yang berorientasikan keusahawanan dalam
kehidupan sehari-hari.
2.5 Memupuk dan memperkembangkan nilai dan kebolehan mengurus sumber yang ada di persekitaran
dengan cekap, bijak, kreatif dan berkesan serta puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.

DASAR

3.1 Dasar panitia mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik,Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
3.4 Guru-guru kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
3.5 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.

MESYUARAT
1
4.1 Jawatankuasa Panitia akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun mengikut standard piawaian
jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
4.4 Minit mesyuarat hendaklah dicatat dan didokumentasikan dalam fail panitia.
4.5 Perbincangan PdP dan kerja yang diberi kepada murid dibincangkan di dalam mesyuarat seperti
berikut:
 Tahun 4 – masakan
 Tahun 5 – jahitan
 Tahun 6 – kereta model yang kreatif
5. Rancangan Mengajar:
 mengandungi butiran-butiran seperti mata pelajaran, tahun,masa, tajuk, standard kandungan,
standard pembelajaran, BBM, aktiviti-aktiviti dan refleksi.
6. Buku latihan disediakan untuk lembaran kerja dan catatan. Guru mengutamakan pembelajaran
murid tentang nilai moral dan pengajaran setiap tema.
7. Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )
 Tahap 2: Tahun 4 hingga Tahun 6 ( PBD & Penilaian )

Anda mungkin juga menyukai