Anda di halaman 1dari 10

International Journal of `Umranic Studies

Jurnal Antarabangsa Kajian `Umran


‫المجلة العالمية للدراسات العمرانية‬
journal homepage: www.unissa.edu.bn/ijus

Program Produktif Propaz Sebagai Langkah Mengurangkan


Kemiskinan Di Negara Brunei Darussalam

Rakinah @ Maimunah Binti Haji Masri


Calon Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam,
Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam,
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
e-nah203@hotmail.com Vol.4, Issue 2 | July 2021

KATA KUNCI ABSTRAK


kemiskinan, zakat Melalui zakat, hak orang miskin, orang miskin dijunjung dan ditolong. Oleh itu, selain
produktif dan PROPAZ daripada zakat yang bersifat konsumtif, ia juga diaktifkan melalui zakat yang
produktif iaitu menambah atau sebagai modal teroka. Majlis Ugama Islam sebagai
pengurus zakat Negara Brunei Darussalam telah berusaha mempelbagaikan
langkah-langkah bantuan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan
terutama golongan miskin. Selain mengagihkan dana zakat secara habis-habisan,
MUIB juga mengadakan program baru sebagai kaedah pengedaran produktif yang
disebut PROPAZ. PROPAZ diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kaedah
pengagihan yang diharapkan untuk mengurangkan kemiskinan di Negara Brunei
Darussalam.Penelitian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana Program
Pemberdayaan Zakat Asnaf (PROPAZ) dapat membantu asnaf dalam membasmi
kemiskinan. Di samping memperkenalkan lebih banyak mengenai tujuan program
serta jenis aktiviti yang ditawarkan untuk membantu para peserta. Penelitian ini
adalah berbentuk kualitatif, yang mengutamakan kepada proses dan persepsi yang
dilakukan serta mengungkap pelbagai maklumat dengan mendeskripsi dan
menganalisis. Hasil penelitian menunjukkan bahawa program ini memperlihatkan
perlbagai hasil kejayaan dari tahun ke setahun sehingga kini. PROPAZ mampu
bergerak lebih maju dan menghasilkan peserta yang berkemahiran serta mampu
mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

KEYWORDS ABSTRACT
poverty, zakat productive Through zakat, the rights of the poor are upheld and helped. Therefore, apart from
and PROPAZ consumptive zakat, it is also activated through productive zakat, adding or as a
venture capital. The Islamic Religious Council as Manager of Zakat Brunei
Darussalam has tried to diversify the help measures the needy asnaf, especially the
poor. In addition to distributing zakat funds, MUIB also holds new programs as a
productive distribution method called PROPAZ. PROPAZ was introduced as part of
the distribution method that is expected to reduce poverty in Brunei Darussalam.
This study aims to determine the extent to which the Asnaf Zakat Empowerment
Program (PROPAZ) can help asnaf in eradicating poverty. In addition to introducing
more about the purpose of the program as well as the types of activities offered to
assist participants. This research is qualitative, which prioritizes the process and
perception performed and discovering various information by desribing and
analyzing. The results show that this program shows a lot of success from year to

Please cite this article as: Masri R. (2021). Program Produktif Propaz Sebagai Langkah Mengurangkan
Kemiskinan Di Negara Brunei Darussalam, International Journal of `Umranic Studies. Vol 4. Issue 2. Pp.51-60.
year until now. PROPAZ is able to move forward and produce skilled participants as
well as able to lift them out of the cocoon of poverty.

Pendahuluan dan mengurangkan penderitaan, memperoleh


keberkatan dan kemakmuran, menjaga iklim cinta
Kemiskinan merupakan masalah besar yang wujud dan kasih sayang serta menghilangkan rasa lapar
sejak sekian lama dan mempunyai implikasi besar dan ketakutan.4
dalam kehidupan. Islam memberikan penekanan
yang besar untuk membebaskan orang miskin dan Kesejahteraan boleh dicapai melalui zakat sekiranya
kaum yang lemah dari kepompong kemiskinan. masyarakat Islam mengamalkan dan mematuhi
Hakikatnya, Islam juga merupakan agama yang sistem Islam. Oleh itu, masalah kemiskinan akan
pertama memperkenalkan serta mempraktikkan dapat diselesaikan dengan berkesan. Zakat
sistem perpaduan, kesejahteraan dan keseimbangan mempunyai peranan besar dalam masyarakat Islam
masyarakat secara praktikal apabila mewajibkan yang merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi,
harta yang cukup haul dan nisab untuk dikeluarkan sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya.
zakat.1 Perkara ini membawa maksud bahawa harta Mohamed Yussoff, menjelaskan bahawa zakat
yang terkumpul melalui zakat adalah bertujuan memberi kesan positif dalam pertumbuhan ekonomi
untuk mencapai kesejahteraan ummah. Allah yang berfungsi sebagai salah satu alat fiskal ekonomi
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: yang berkesan.5 Perkara ini dipersetujui oleh ahli
ekonomi bahawa zakat adalah sumber utama untuk
َ ُ َ َ َ َ َ َ َ
ۡۡ‫نثۡ َو ُه َۡوۡ ُمؤمِن‬
َٰۡ ‫لۡصَٰل ِٗحۡاۡمِنۡذكرۡۡأوۡۡأ‬ ۡ ‫منۡۡع ِم‬ menjaga kebajikan dalam pertumbuhan serta
َ َ َ ٗ ٗ ََ pembangunan ekonomi sesebuah negara.6 Zakat
ِۡ ‫فل ُنحيِيَ َّن ُۡه ۡۥۡ َح َي َٰوۡةۡ َطيِ َب ۡةۡ َوَلَج ِزيَ َّن ُهمۡۡأج َر ُهمۡبِأح َس‬
ۡ‫ن‬ wajib diagihkan kepada golongan tertentu yang
َ ُ ُ َ memerlukan, sebagaimana telah dinyatakan dalam
ۡ ٩٧‫ون‬ ۡ ‫َمۡاَۡكن‬
ۡ ‫واۡ َيع َمل‬ Al-Quran iaitu kepada lapan golongan yang
memenuhi syarat.
Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau
perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka Waddaulah, Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara
dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang Brunei Darussalam sangat mengambil berat dengan
mereka telah kerjakan.2 serius mengenai masalah kemiskinan ini melalui
titah-titah baginda, antaranya;
Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga berfirman;
“… Semenjak negara mencapai
َ َ َّ َ ُ ُ َ َ
ۡ ٣ِۡ‫بۡهَٰذاۡٱۡلَيت‬
ۡ ‫واۡر‬
ۡ ‫فليعبد‬ kemerdekaannya, pendapatan per kapita
penduduk adalah memberangsangkan.
َ َ َّ
٤ۡ‫ٱَّلِيۡۡأط َع َم ُهمۡمِنۡ ُجوعۡۡ َو َء َام َن ُهمۡمِنۡۡخوف‬
Sepuluh tahun selepas merdeka ianya terus
meningkat. Ini tidak diragukan lagi, dengan
sendirinya menyumbang kepada
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan
Menguasai Rumah (Kaabah) ini, Tuhan Yang memberi rakyat… … Bertolak dari sini, sepatutnya,
mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kadar kemiskinan dengan sendirinya
kelaparan dan mengamankan mereka dari adalah menurun. Maka berdasarkan ini,
ketakutan.3 apakah tidak terlintas diingatan kita untuk
menetapkan salah satu matlamat Wawasan
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, yang disebutkan
di atas menerangkan mengenai beberapa ciri
kesejahteraan ummah. Dr Abdul Nasir, menjelaskan 4 Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.(2012).Wacana
bahawa kesejahteraan bermaksud membantu Pemangkin Ekonomi Ummah. Brunei
meningkatkan taraf hidup yang lebih baik, mencapai Darussalam:Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
kemenangan dan kejayaan, memberi kesenangan Brunei. Hlm:63.
5 Yusoff, Mohammed. (2011). Zakat expenditure, school

enrollment, and economic growth in Malaysia.


1 Al-Masri. Abdul Sami’. (t.t). Nazrat fi al-iqtisad al-islami. International Journal of Business and Social Science, 2(6),
Kaherah: Dar al-Tiba’ah wa al-Nashr al-Islamiyyah. Hlm: Hlm:175-181.
6 Iqbal M. Khan (2014). Vocational Education and Zakat:
21.
2 An Nahl, 16:97. The Case Study of Punjab Vocational Training Council.
3 Quraisy, 106:3-4. Journal of Higher Education and Science, 4(2).

Please cite this article as: Masri R. (2021). Program Produktif Propaz Sebagai Langkah Mengurangkan
Kemiskinan Di Negara Brunei Darussalam, International Journal of `Umranic Studies. Vol 4. Issue 2. Pp.51-60.
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

ialah, untuk menjadikan kadar kemiskinan zakat kepada pengagihan secara produktif yang
di negara ini ke tahap sifar? …”7 dikenali sebagai Program Pengupayaan Asnaf Zakat
atau PROPAZ. Program ini adalah kerjasama yang
"Dari sudut ugama, manakala terdapat melibatkan Majlis Ugama Islam bersama agensi
keadaan yang menggalakkan, maka kerajaan, swasta dan juga NGO.
kemiskinan dikalangan umat Islam tidaklah
sukar untuk diatasi. Pada hari ini kita
bercakap mengenai hijrah, dan sekiranya
umat Islam berjaya keluar daripada Objektif
kepompong kemiskinan, maka bermakna Zakat dapat memenuhi keperluan orang yang
inilah hijrah yang paling bersejarah untuk memerlukan, mengurangkan jurang ekonomi dan
mereka." titah baginda lagi. jumlah masalah sosial serta mengekalkan daya beli
Baginda juga bertitah: masyarakat untuk mengekalkan sektor perniagaan.
Pada masa yang sama dapat meningkatkan taraf
“… Masalah kemasyarakatan yang sering hidup orang yang masih berada di bawah garis
disebut-sebut, khasnya oleh media-media kemiskinan. Dana zakat boleh digunakan untuk
massa ialah masalah kemiskinan. Agensi- tujuan penggunaan dan produktif. Pengurus zakat
agensi yang berkaitan telah turut perlu memperbaiki atau meningkatkan peranan
menangani masalah ini dengan program- mereka terutama dalam penggunaan dan pengagihan
program mereka yang bermacam-macam, zakat. Majlis Agama Islam telah memperkenalkan
dengan fokus yang sama, iaitu mahu dan melaksanakan kaedah pengagihan zakat kepada
meringankan beban kemiskinan tersebut. pengagihan produktif yang dikenali sebagai Program
Pada hemat beta, masalah kemiskinan di Pengupayaan Asnaf Zakat atau PROPAZ. Tujuan
negara ini belumlah separah di tempat- utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh
tempat lain di luar negara. Ia mungkin mana Program Pemberdayaan Zakat Asnaf
dapat dikendalikan dengan lebih efektif (PROPAZ) dapat membantu asnaf dalam membasmi
melalui kaedah-kaedah praktikal yang kemiskinan. Di samping memperkenalkan lebih
bersesuaian dengan keadaan di negara ini. banyak mengenai tujuan program serta jenis aktiviti
Cuma saja barangkali, kita ini belum lagi yang ditawarkan untuk membantu para peserta.
menemukan atau belum mahu mencuba Kajian ini juga menyelitkan mengenai cara Majlis
kaedah-kaedah tersebut…”8 Ugama Islam Brunei menentukan garis pandu asnaf
yang memerlukan bantuan, ini adalah kerana Negara
Negara Brunei Darussalam bersama agensi kerajaan, Brunei Darussalam belum mempunyai garis
swasta dan NGO berusaha untuk membasmi kemiskinan.
kemiskinan untuk memperkukuhkan kemampuan
masyarakat untuk berdikari dan kemudian menjana
kehidupan yang lebih baik. Usaha ini bertujuan
untuk mengurangkan kadar kemiskinan negara Tinjauan Umum Zakat Produktif
melalui pelbagai bentuk bantuan dan sesuai dengan Terdapat beberapa penulisan yang mengkaji
keadaan semasa. mengenai zakat serta peranannya dalam
Majlis Ugama Islam melalui Bahagian Kutipan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan
Agihan Zakat telah menetapkan kaedah-kaedah kesejahteraan sosial negara melalui pendayaan
pengagihan zakat sebagai pentadbir zakat di Negara zakat. Malah terdapat juga penulis yang
Brunei Darussalam. Kaedah pengagihan zakat yang membahaskan mengenai pentingnya zakat produktif
ditetapkan adalah seperti pengagihan dalam bentuk ini dilakukan, antaranya;
tunai dan pengagihan dalam bentuk material. Selain Ataul-Haq berpendapat bahawa zakat berperanan
itu, Majlis ugama Islam telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan taraf hidup umat Islam yang
dengan memperluaskan lagi kaedah pengagihan dapat meningkatkan pendapatan dan membasmi
kemiskinan serta mengurangkan jurang antara kaya
7 [Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri dan miskin. Projek yang dibiayai dari menggunakan
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin dana zakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan
Waddaulah, Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei kesejahteraan sosial berpotensi besar untuk
Darussalam sempena Pembukaan Persidangan Musim meningkatkan produktiviti golongan miskin. 9 Kajian
Permesyuaratan Ke-4 Majlis Mesyuarat Negara pada 26hb Mohammed Yusoff mendapati bahawa zakat
Safar 1429 / 04hb Mac 2008.]
8 [Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri berpotensi menjadi instrumen dasar fiskal utama
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin dalam ekonomi negara-negara Islam kerana zakat
Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei berfungsi sebagai penstabil semulajadi terutama
Darussalam Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
1429 Hijrah / 2008 Masihi Anjuran Yayasan Sultan Haji
9
Hassanal Bolkiah Pada Hari Isnin 12 Syawal 1429 / 13 Ataul-Haq, Pramanik. (1993). Development and
Oktober 2008] Distribution in Islam Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
53
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

ketika negara menghadapi kemerosotan ekonomi, satu tujuan disyariatkan zakat adalah untuk
kutipan zakat berkurang secara automatik. Dengan meningkatkan kesejahteraan masyarakat
adanya zakat, ia dapat menyelesaikan masalah terutamanya para du’afa (lemah), baik dari segi
golongan miskin. Zakat juga berperanan dalam moral dan material.14 Ade Mulyna menyatakan
meningkatkan usaha yang produktif sehingga dapat bahawa pengagihan zakat tidak cukup hanya dengan
membantu pendapatan golongan ini. Malahan zakat memberikan keperluan asasi sahaja, pemberian
dapat membantu negara dalam mengurangkan zakat produktif untuk modal usaha adalah lebih baik
masalah pengangguran.10 kerana ia akan menjadikan sebagai mata pencarian
yang akan dapat mengangkat keadaan ekonomi
Yusuf Qardhawi berpendapat bahawa membayar mereka. Perkara ini diharapkan mereka beransur
zakat termasuk ibadah sosial untuk membantu orang keluar dari kemiskinan.15 Justeru itu, selain zakat
miskin dan ekonomi lemah untuk meningkatkan yang bersifat konsumtif, ianya juga diupayakan
ekonomi mereka sehingga mereka mampu berdiri melalui zakat yang produktif iaitu menambah atau
sendiri di masa depan dan tekun mempertahankan sebagai modal usaha.
kewajiban kepada Allah Subhanahu Wa Taala.11
Pembahagian zakat secara produktif pernah berlaku Zakat secara epistimologi berasal dari kata Zakah
pada zaman Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wassalam di dari bahasa arab yang bermaksud membersihkan,
mana baginda memberikan harta zakat untuk bertumbuh dan berkah.16 Selain itu zakat juga
digunakan sahabatnya sebagai modal usaha. memiliki makna bertambah.17 Manakala perkataan
Sebagaimana yang disebutkan oleh Penulis Didin produktif itu berasal dari bahasa inggris
Hafifuddin12 yang berpendapat dengan hadits yang ‘’produktive’’ bermaksud menghasilkan atau
diriwayatkan oleh riwayat Imam Muslim, “Dari Salim memberikan banyak hasil.18 Asnaini menjelaskan
bin Abdullah bin ‘Umar dari bapanya (Umar bin bahawa makna produktif lebih merujuk kepada kata
Khatab) bahawa Rasulullah Salallahu ‘Alaihi sifat dan secara amnya kaedah produktif
Wassalam pernah memberikan Umar bin Khatab menghasilkan banyak kerja. Oleh itu, zakat yang
suatu pemberian, lalu Umar berkata : “Berikanlah produktif dapat difahami sebagai kaedah
kepada orang yang lebih fakir dari saya, Nabi mengagihkan dana zakat kepada sekumpulan
bersabda “Ambilah dahulu, setelah itu milikilah penerima zakat (mustahiq) yang dapat membuat
(berdayakanlah) dan sedekahkan kepada orang lain mereka menghasilkan sesuatu secara berterusan
dan apa yang datang kepadamu dari harta seperti ini, dengan dana zakat yang mereka terima.19 Dengan
sedangkan engkau tidak memerlukannya dan bukan memberikan zakat yang produktif, kumpulan
engkau minta, maka ambillah. Dan mana yang tidak penerima zakat (mustahiq) dapat mengembangkan
demikian maka janganlah engkau turutkan nafsumu.” dan menggunakan perniagaan mereka agar dapat
hadith riwayat Muslim.13 Hadith ini menyebutkan memenuhi keperluan harian mereka yang
bahawa pemberian harta zakat dapat diberdayakan berterusan. Maka dapat disimpulkan bahawa zakat
atau diproduktifkan. produktif adalah pemberian zakat yang dapat
membuat para penerima menghasilkan sesuatu
K.H A Safradii mengatakan bahawa pengagihan zakat secara berterusan dengan harta zakat yang mereka
secara produktif adalah salah satu usaha untuk terima dan kemudian dikembangkan untuk
meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, memenuhi keperluan hidup mereka untuk masa
kedua-dua zakat konsumtif produktif perlu depan. Oleh itu, zakat produktif adalah zakat harta
dilaksanakan pada mustahiq (penerima zakat) agar atau dana zakat yang diberikan kepada penerima
usaha dapat berjalan dengan baik sesuai dengan apa zakat tidak dihabiskan, akan tetapi dikembangkan
yang telah disyariatkan. Zakat yang diberikan kepada dan digunakan untuk membantu usaha mereka,
masyarakat umumnya bersifat konsumtif iaitu untuk sehingga dengan usaha tersebut mereka dapat
memenuhi keperluan harian kepada mereka yang memenuhi keperluan hidup secara berterusan.
tidak mampu dan sangat memerlukannya. Namun Untuk mewujudkan pendayaan zakat dengan baik,
hal tersebut kurang membantu masyarakat untuk
jangka panjang. Dengan demikian, wang atau
keperluan harian yang diberikan akan cepat habis
14
dan mereka akan kembali hidup dalam keadaan fakir K.H A Safradii. (2018). Zakat Konsumtif dan Zakat
Produktif Analisis Fikih Kontemporer. Hlm:61
dan miskin. K.H A Safradii menjelaskan bahawa salah 15 Ade Mulyna. (2020). Strategi Pendayagunaan Zakat

Produktif. Indonesia. UIN Sultan Maulana Hasanuddin


10 Yusoff, Mohammed. (2011). Zakat expenditure, school Banten. Hlm:3.
16 Amir Syarifudin. (2003). Garis-garis Besar Fiqih.
enrollment, and economic growth in Malaysia.
International Journal of Business and Social Science, 2(6), Jakarta: Kencana. Hlm:38.
17 M. Ali Hasan. (2008) Zakat dan Infak: Salah Satu Solusi
175-181.
11 Yusuf Qadhawi. (1966). Musykilah al-Faqr Wakaifa Mengatasi Problema Sosial di Indonesia. Jakarta: Kencana.
Aalajaha Al Islam. Beirut. Hlm:127. Hlm:14.
12 Didin Hafidhuddin. (2002). Zakat Dalam Perekonomian 18 Joyce M. Hawkins. (1996) Kamus Dwi Bahasa Inggris

Modern. Jakarta: Gema Insani. Hlm:149. Indonesia, Indonesia-Inggris, Exford: Erlangga. Hlm:267.
13 Ibnu Hajar al-‘Asqalany, Bulughul Maram, (t.t). 19 Asnaini. (2008). Zakat Produktif Dalam Perspektif

Damaskus: Imaratullah. Hlm. 137 Hukum Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Hlm:63.
54
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

peranan kerajaan serta institusi pengurusan zakat Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi telah
adalah sangat diperlukan. membuat kajian serta laporan yang dikenali sebagai
Kos Minimum Keperluan Asas (KMKA) yang mana
Usaha untuk mencapai tujuan ini, pengagihan zakat boleh digunakan sebagai sumber bahan rujukan
tidak mencukupi jika hanya menyediakan keperluan serta garis panduan Majlis Ugama Islam.23
yang bersifat konsumtif, pengagihan zakat secara Walaubagaimanapun, Kos Minimum Keperluan Asas
produktif untuk modal usaha akan lebih bermakna, (KMKA) bukan garis kemiskinan yang rasmi bagi
sehingga diharapkan para penerima akan dapat Negara Brunei Darussalam.
meningkatkan taraf kehidupan menjadi lebih baik
dan mencapai segala keperluan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah;

“Pada hemat beta, masalah kemiskinan di


negara ini belumlah separah di tempat-
Metodologi Kajian tempat lain di luar negara. Ia mungkin
Kajian ini adalah kajian kualitatif, iaitu kajian yang dapat dikendalikan dengan lebih efektif
mengutamakan kepada proses dan persepsi di mana melalui kaedah-kaedah praktikal yang
kajian yang dilakukan dapat mengungkap pelbagai bersesuaian dengan keadaan di negara
maklumat kualitatif dengan mendeskripsikan dan ini…”24
menganalisis maklumat tersebut secara cermat dan Majlis Ugama Islam adalah salah sebuah pertubuhan
penuh makna, di samping tidak menepikan yang tertinggi di Negara Brunei Darussalam yang
maklumat bersifat kuantitatif yang berbentuk angka- merupakan pembuat dasar untuk menentukan hala
angka.20 Pendekatan kualitatif dipilih kerana dengan tuju pentadbiran Ugama Islam negara.25 Pengurusan
menggunakan pendekatan ini, pengkaji dapat zakat di Negara Brunei Darussalam adalah
menginterpretasi data dengan cara memberikan berdasarkan hukum Syariat Islam dan diagihkan
makna, menerjemahkan, dan menjadikan hasil kepada orang yang berhak seperti yang disebutkan
interpretasi itu sebagai data. Oleh yang demikian, di dalam Al-Quran. Disebabkan Negara Brunei
pengkaji memiliki ruang untuk menginterpretasi Darussalam belum mempunyai garis kemiskinan
data-data yang diperoleh secara deskriptif bagi yang rasmi hanya KMKA digunakan untuk rujukan
menjawab permasalahan dalam kajian ini. Untuk dalam pengagihan zakat, Majlis Ugama Islam Brunei
mencapai objektif, kajian ini dijalankan secara amnya menetapkan bahawa agihan-agihan
menggunakan kaedah kualitatif yang berbentuk zakat yang diberikan merangkumi tiga objektif,
kajian perpustakaan dengan mengambil maklumat iaitu:26 Keselamatan Sosial, Pembangunan Ekonomi
serta rujukan daripada data-data sekunder seperti; dan Pembangunan Insan.
jurnal, artikel-artikel, buku dan juga laman sesawang
pengurusan zakat di Brunei Darussalam serta laman Berperanan sebagai pengurus zakat negara, Majlis
sesawang lain berkaitan zakat. Ugama Islam telah menyenaraikan beberapa
faktor/ciri/keadaaan asnaf fakir dan miskin yang
dibolehkan menerima agihan zakat antaranya
Dapatan Kajian seperti berikut;27

Negara Brunei Darussalam belum mempunyai garis i) Tidak ada pendapatan, Pendapatan tidak
kemiskinan yang rasmi 'official poverty line'.21 Yang mencukupi dan tanggungan ramai.
Di-Pertua Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM),
Datin Paduka Dayang Hajah Intan binti Haji Mohd.
Kassim berpendapat bahawa data mengenai tahap Mohammad Sahran Wan Ahmadi) 12 November
kemiskinan di negara ini kurang 'reliable' 2015.
(dipercayai) kerana hanya berdasarkan kepada 23 Hartina Binti Haji Mohd Ariffin. Pegawai Tugas-Tugas
bilangan mereka yang menerima bantuan kerajaan.22 Khas, Ketua Unit Perancangan dan Penyelidikan,BAKAZ.
(2020 November 14). Temubual Kajian.
24 [Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin


Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
20 Noeng Muhadjir. (1996). Metodologi Penelitian Darussalam Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kualitatif, edisi III. Yogyakarta:Rakesarasin. 1429 Hijrah / 2008 Masihi Anjuran Yayasan Sultan Haji
Hlm:159. Hassanal Bolkiah Pada Hari Isnin 12 Syawal 1429 / 13
21
Yang Di-Pertua Majlis Kesejahteraan Masyarakat Oktober 2008]
25 Majlis Ugama Islam. (2019). Taklimat Mengenai Dengan
(MKM), Datin Paduka Dayang Hajah Intan binti Haji
Mohd. Kassim berpendapat bahawa data mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Zakat dan Wakaf di Negara
Brunei Darussalam.
tahap kemiskinan di negara ini kurang 'reliable' 26 Pelita Brunei. “Tingkatkan taraf hidup, jangan
(dipercayai) kerana hanya berdasarkan kepada bergantung sepenuhnya kepada zakat” sempena Majlis
bilangan mereka yang menerima bantuan kerajaan. Muzakarah Kementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU) 31
22
Pelita Brunei. "Penyelidikan Komprehensif garis Januari 2015.
kemiskinan perlu dilaksanakan” (penulis: Wan 27 Ibid.

55
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

ii) Umur yang sudah lanjut, tidak mampu berusaha kemahiran pengetahuan melalui latihan dan
dan tidak ada yang menanggung nafkahnya. bimbingan khusus untuk asnaf fakir.

iii) Sakit atau cacat, tidak mampu berusaha dan


tidak ada sesiapa yang diharapkan untuk
membantu. Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ)

iv) Balu, tidak ada sesiapa yang diharapkan untuk Dalam usaha menangani masalah kemiskinan dan
menyara kehidupannya dan keluarganya. pembangunan manusia di kalangan asnaf zakat,
agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan bersama
v) Wanita yang ditinggalkan suami tanpa nafkah, dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui
Suami dipenjara kerana kes jenayah dan dadah. Jabatan Majlis Ugama Islam telah membuat
kesepakatan untuk turut sama mengadakan inisiatif
vi) Bersara dan tidak ada lagi pendapatan. sama ada untuk menyalurkan bantuan yang
Jabatan Majlis Ugama Islam telah berusaha berbentuk material untuk sara diri fakir miskin
merancang, merekabentuk dan menjalankan mahupun yang berupa program-program produktif
pelbagai program dalam menangani golongan miskin untuk mengupayakan diri asnaf. Selaras dengan
untuk meningkatkan kemampuan golongan ini hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
sehingga status ekonomi mereka dari segi ekonomi Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
ke tahap yang lebih baik serta mengeluarkan mereka Darussalam, sebagai ketua ugama Islam di negara ini
dari kemiskinan. Program bantuan pendayaan diri baginda mahukan rakyat mempunyai kehidupan
antara usaha yang dilakukan adalah memberikan yang seimbang dan berkualiti selaras dengan
bantuan produktif sebagai kaedah untuk membantu Wawasan Negara 2035.
mendayakan asnaf yang miskin dan memerlukan PROPAZ ditadbir di bawah Bahagian Kutipan dan
dengan mendorong mereka untuk berdikari dan Agihan Zakat, Jabatan Majlis Ugama Islam dan
berusaha. Bantuan pendayaan diri tersebut adalah dikendalikan oleh Urusetia. Peserta Sasaran bagi
dalam bentuk pelaburan jangka panjang bagi setiap Program ini ialah penerima bantuan wang zakat dari
peserta, antara lain;28 asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dan
i) Bantuan Kewangan Sekolah: Bantuan ini dalam berkelayakan. Ini termasuk penerima bantuan
bentuk pelaburan jangka panjang dan dapat sendiri, tanggungan penerima (isteri dan anak-anak)
menjamin masa depan individu untuk dan anak-anak di bawah jagaan penerima. Umur
mendapatkan pekerjaan. Bantuan ini kelayakan peserta adalah dalam lingkungan umur 18
memastikan bahawa anak-anak asnaf mendapat hingga 45 tahun.29
pendidikan yang sama seperti anak-anak dari Program pengupayaan dilaksanakan ini sangat
keluarga lain untuk mengelakkan tidak tertumpu kepada tiga aspek utama iaitu;
bersekolah kerana kesempitan hidup keluarga. pembangunan sosial, keugamaan dan ekonomi.
ii) Bantuan Biasiswa: Iaitu pelaburan jangka Objektif program ini diadakan adalah untuk
panjang yang berkaitan dengan urusan mengubah pemikiran peserta ke arah meningkatkan
pendidikan seperti pembayaran yuran sekolah, taraf hidup yang lebih baik. Program ini juga ingin
kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, yuran melahirkan belia-belia yang berkemahiran teknikal
kursus, yuran peperiksaan. dan juga vokasional. Dengan kemahiran yang ada
dapat memberikan peluang pekerjaan yang lebih
iii) Bantuan Modal: Iaitu bantuan pembelian cerah malah dapat mewujudkan usahawan kecil dan
peralatan perniagaan yang dijalankan. Sebagai sederhana.30
contoh; mesin jahit, alat pertanian, peralatan
menangkap ikan, kapal, kenderaan dan Jenis-jenis program pengupayaan yang dilaksanakan
sebagainya. Bantuan ini diberikan kepada di bawah PROPAZ;31 32
pemohon yang berminat untuk memulakan dan i) PROPAZ Pusat Pembangunan Belia (PBB):
memulakan perniagaan, supaya mereka dapat Program ini lebih menjurus untuk memperoleh
berdikari dan pada masa yang sama membantu pengetahuan kemahiran melalui latihan teknikal
meningkatkan ekonomi keluarga.

iv) Program Latihan, Kemahiran dan Bimbingan: 29 Kementerian Hal Ehwal Ugama. (2016). PROPAZ Ke
Pada tahun 2007, program pemberdayaan
Arah Pembasmian Kemiskinan. Brunei Darusssalam:
diperkenalkan sebagai Program Pengupayaan Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal
Asnaf Zakat (PROPAZ). Program produktif ini Ugama.
dilaksanakan dengan peruntukan dana zakat 30 Program Pengupayaan Asnaf Zakat (kertas kerja Jabatan

dan berorientasikan ke arah pemerolehan Majlis Ugama Islam). Sempena Sambutan Bulan Zakat
Kebangsaan dan Seminar Pembangunan Asnaf Serantau
2017.
31 Ibid.
28 32 Sumber dari MUIB, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sumber dari MUIB, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
56
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

dan vokasional serta bimbingan pembangunan koperasi ini ditubuhkan antaranya adalah
diri seperti Kursus Latihan Kemahiran Masakan sebagai agensi utama untuk membantu lepasan
dan Katering dan Pembuatan Kek dan Pastri, PROPAZ dan menjadi saluran untuk mereka
Latihan Kemahiran Plumbing / Pipe Fitting dan memajukan perniagaan dan perusahaan, atau
Air Conditioning / Refrigeration, Latihan menjadi tenaga kerja di dalam koperasi.
Kemahiran Komputer dan Pengendalian Pejabat,
Kemahiran Solekan / Dandanan Rambut, vi) Program Az-Zira’ah (Agripreneur): Program
Latihan Kemahiran Sulaman / Jahitan Asas, yang baru dimulakan iaitu skim pengupayaan
Latihan Kemahiran Welding / Vehicle Body asnaf zakat menerusi latihan kemahiran
Repair dan sebagainya. Program dilaksanakan pertanian. Program selama 15 bulan ini
selama 9 bulan, iaitu latihan kemahiran selama 6 bertujuan untuk membantu penerima zakat
bulan di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan
Kebudayaan Belia dan Sukan dan menjalani menyediakan latihan kemahiran, pembangunan
latihan selama 3 bulan di Syarikat Swasta. Taraf diri supaya mereka dapat menjana pendapatan
latihan di Pusat Pembangunan Belia adalah di bagi diri mereka dan tanggungan mereka.
peringkat Persijilan City & Guilds. Jabatan Pertanian telah memberikan sebidang
tanah di Mukim Kilanas bagi peserta PROPAZ
ii) PROPAZ Perantis: Program Perantis merupakan Az-Zira’ah menjalani latihan kemahiran
salah satu cabang program pengupayaan untuk menanam lada, jagung manis dan sayur-sayur
membantu golongan fakir dan miskin jenis kobis. Selain belajar menanam, mereka
meningkatkan taraf hidup mereka dengan juga didedahkan dengan ilmu pemasaran
mendapatkan latihan dan kemahiran melalui produk masing-masing.33
pelbagai bidang pekerjaan bersesuaian dengan
keperluan pasaran. Program 2 tahun ini Agenda pembangunan sosio-ekonomi untuk
mendedahkan dan membimbing para peserta golongan tidak berkemampuan merupakan salah
mengenai asas-asas kerja, kefahaman satu usaha berterusan yang sangat memerlukan
berhubung budaya dan etika kerja melalui kerjasama semua pihak termasuk kerajaan atau
latihan kemahiran dan penempatan- swasta serta Badan-badan bukan kerajaan (NGO)
penempatan kerja (apprentice) di syarikat- dalam memastikan program yang dirancang berjaya
syarikat swasta. Penempatan kerja ini dibiayai dilaksanakan. Penglibatan melalui kerjasama yang
sepenuhnya melalui peruntukan wang zakat, diadakan dapat menanai hasrat kerajaan untuk
manakala dalam tempoh percubaan bekerja, mencapai kehidupan rakyat yang sejahtera dan
bayaran gajinya akan dikongsi sama melalui harmoni. Melalui peluang yang diberikan, dapat
peruntukan wang zakat dan syarikat. membentuk serta menghasilkan asnaf zakat yang
terlatih, berkeyakinan dan berilmu pengetahuan
iii) PROPAZ Keusahawanan: Program ini khusus selaras dengan kemajuan industri asing dan
bagi lepasan mana-mana peserta program PPB seterusnya akan keluar daripada lingkaran
(Pusat Pembangunan Belia) atau Perantis yang kemiskinan. Kejayaan peserta-peserta nanti akan
berminat dalam bidang keusahawanan untuk menjadi ikon kepada asnaf zakat yang lain agar
menjalankan perusahaan. Sumber modal adalah mereka terus berdaya saing dalam memajukan diri
melalui zakat Majlis Ugama Islam mengikut untuk memastikan kehidupan yang stabil dan
kesesuaian yang selayaknya, sekurang- sejahtera.
kurangnya membantu para peniaga yang telah
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Program ini merupakan kerjasama dengan Keberkesanan Program Pengupayaan Asnaf Zakat
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber (PROPAZ) membantu asnaf zakat
Utama.
Kemiskinan merupakan fenomena global termasuk
iv) PROPAZ Pembangunan Diri: Program di kalangan negara maju. Negara Brunei Darussalam,
pembangunan diri ini lebih menjurus kepada walaupun jumlah golongan miskin agak kecil, namun
memberikan motivasi, kursus-kursus tidak patut dibiarkan sahaja. Usaha pembasmian
pembangunan diri kepada golongan fakir miskin kemiskinan dalam masyarakat Brunei melalui
bagi meningkatkan kesedaran untuk mengubah Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) telah
taraf kehidupan, berdaya tahan, sentiasa menampakkan kesan yang positif untuk membawa
berusaha, ke arah menuju kehidupan yang lebih keluar golongan miskin daripada cengkaman dan
baik dan sempurna. Aktiviti-aktiviti yang lingkaran yang menghalang mereka daripada
dilaksanakan adalah seperti seminar, bengkel,
halaqah dan sebagainya.
33Teks ucapan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dati
v) Program-Program Sokongan: Penubuhan Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin
Koperasi Pengupayaan Kementerian Hal Ehwal Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal
Ugama Berhad (KOPA KHEUB) di mana tujuan Ehwal Ugama. 2019. Majlis Penyampaian Tauliah Amil
1440/2019.
57
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

menikmati kesejahteraan hidup. Amat kemiskinan atau daripada Asnaf Fakir Miskin itu.
membanggakan apabila para peserta yang mengikuti Ada yang dari kecil mengusahakan produk makanan
PROPAZ ini memiliki tahap pengetahuan dan secara kecil-kecilan berniaga kemudian akhirnya
kemahiran yang melayakkan mereka untuk meningkat sehingga menjadi sebagai pembekal
mendapat pekerjaan di sektor swasta atau kerajaan. (caterer). Mereka itu telah dijadikan contoh oleh
Malah ada yang sangat berkeyakinan untuk KHEU dan telah dihantar ke luar negeri dalam satu
memulakan bisnes biar pun secara kecil- seminar yang menghendaki untuk menunjukkan
kecilan. Menepati pepatah ‘sikit-sikit lama-lama kejayaan Asnaf Fakir Miskin di Brunei sebagai
menjadi bukit’, bisnes amat sesuai bagi mereka contoh.
untuk berusaha sendiri mengubah kehidupan.
Bagi meningkatkan lagi kualiti hidup asnaf fakir dan
Sepanjang program PROPAZ ini dijalankan bermula miskin di Negara Brunei Darussalam, program telah
dari tahun 2008-2013 dari sesi pertama hingga sesi dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Brunei ialah
keenam, beberapa pencapaian telah dicapai34 seperti Program Az-Zira’ah Agripreneur. Az-Zira’ah adalah
berikut: program yang memberi peluang kepada penerima
zakat bersama keluarga mereka untuk belajar asas-
i. Bagi program PROPAZ PPB (Pusat Pembangunan asas dalam bidang pertanian dan bagaimana ia dapat
Belia), jumlah peserta pada awal program ini menjana pendapatan dari kerja keras mereka
dijalankan, iaitu pada tahun 2008 terdapat 18 orang sendiri.
peserta, tahun 2009 seramai 25 orang peserta, tahun
2010 seramai 40 orang peserta, tahun 2011 seramai Latihan diberikan bagi mereka yang masih belum
29 orang peserta, 2012 seramai 14 orang peserta bekerja dan masih belum memperoleh pendapatan
dan tahun 2013 seramai 21 orang peserta. Sepanjang serta mereka yang berminat untuk meneroka bidang
tempoh tersebut sebanyak 75.5 peratus telah berjaya pertanian dan komited dalam meningkatkan diri
menamatkan kursus dan bekerja di jabatan kerajaan mereka untuk menjadi yang lebih baik. Program
atau sektor swasta dan berniaga. dilaksanakan di kawasan seluas 1.1 hektar di Pusat
Penyelidikan Pertanian Brunei (BARC).36
ii. Program PROPAZ - PERANTIS: Program ini mula
diperkenalkan pada tahun 2012 dengan penyertaan Di bawah program PROPAZ, para peserta akan
seramai 55 peserta iaitu 32 orang pada sesi menjalani beberapa latihan termasuk mempelajari
pengambilan pertama dan 23 orang pada sesi konsep asas pertanian dengan mentor. Di bawah
pengambilan kedua. 50.9 peratus telah berjaya program ini, para peserta akan menjalani beberapa
dalam program ini dan telah mendapat tawaran latihan termasuk yang dikendalikan oleh Jabatan
pekerjaan dengan kerajaan atau bekerja di sektor Pertanian dan Agrimakanan, untuk mempelajari
swasta atau berniaga. konsep asas pertanian dengan mentor yang dilantik,
mewujudkan rangkaian perniagaan baik dengan
Menurut Mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal sektor kerajaan dan swasta, belajar bagaimana untuk
Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul menjadi agripreneur yang berjaya dan mahir, untuk
Mokti bin Haji Mohd. Daud,35 bahawa semenjak mengatasi masalah perniagaan melalui rangkaian
PROPAZ dikendalikan ia mampu memberikan kesan sedia ada dan pada akhirnya mereka akan menjadi
positif yang diukur melalui pencapaian baik dari model peranan yang berjaya untuk program
para peserta lepasan program dan ini adalah satu PROPAZ.
peningkatan baik yang telah dicapai dari aspek
kemahiran diri, keagamaan mahupun ekonomi. Untuk program ini, kedua-dua pertanian jenis
hidroponik dan pertanian konvensional akan
Menurut Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat digunakan, manakala itu, sekretariat PROPAZ telah
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz memutuskan bahawa program itu akan
Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka menggunakan pelbagai jenis penanaman sebagai
Haji Awang Othman berkata dalam ucapan modul utama mereka termasuk sayur-sayuran hijau,
mukadimah ketika membincangkan Belanjawan jagung, cili dan cendawan jenis tiram.37
Kementerian Hal Ehwal Ugama di Mesyuarat
Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 (2018) Program Az-Zira’ah ini dari awal pengendaliannya
Majlis Mesyuarat Negara (MMN), bahawa terdapat menunjukkan pelbagai kesan/hasil yang positif. Pada
tanda-tanda yang positif apabila sebilangan daripada
peserta atau keluarga mereka perlahan-lahan 36 Teks ucapan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dati
berdikari untuk seterusnya terkeluar dari lingkaran Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin
Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal
Ehwal Ugama. 2019. Majlis Penyampaian Tauliah Amil
34 Pelita Brunei. “Tingkatkan taraf hidup, jangan 1440/2019.
bergantung sepenuhnya kepada zakat” sempena Majlis 37 Teks ucapan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dati

Muzakah Kementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU) 31 Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin
Januari 2015. Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal
35 Sempena Majlis Penyampaian Sijil Peserta PROPAZ kali Ehwal Ugama. 2019. Majlis Penyampaian Tauliah Amil
ke 8 sesi tahun 2015-2016. 1440/2019.
58
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

tahun 2017 hasil keseluruhan pengeluaran padi bagi ini menampakkan hasil yang sangat positif dan
salah satu kawasan pengusahan ladang padi adalah membina semangat para peserta yang terdiri dari
sebanyak 1,069 tan metrik dengan nilai BND1.71 beberapa asnaf.
juta, manakala terdapat di kawasan perusahan
ladang padi yang lain mengeluarkan 387 tan metrik Hasil yang boleh diperolehi dari tahun ke setahun
dengan nilai BND0.62 juta.38 menunjukkan bahawa program ini boleh bergerak
dan berkembang lebih jauh. Dari penelitian hasil-
Salah sebuah perusahan di bawah program ini yang hasil yang dicapai oleh para peserta asnaf PROPAZ
mula memajukan ladang pada tahun 2000, sememangnya menunjukkan bahawa program ini
melakukan aktiviti pertanian secara konvensional boleh berjaya dan berkembang lebih jauh serta boleh
dan sistematik bagi mengeluarkan hasil tanaman menyuntik lebih lagi semangat para asnaf untuk
sayur-sayuran yang tinggi. Ladang ini telah belajar serta berupaya memahirkan diri kemudian
menghasilkan sebanyak 459 tan metrik dengan nilai boleh mengeluarkan mereka dari kepompong
BND1.36 juta pada tahun 2016 dan pada tahun 2017 kemiskinan. Meskipun program ini belum mampu
mampu meningkatkan hasil sebanyak 496 tan metrik memasukkan kesemua asnaf untuk menjadi peserta,
bernilai BND1.38 juta.39 namun sekurang-kurangnya ianya boleh
mengurangkan dari jumlah asnaf yang memerlukan
Terdapat perusahan yang menanam sayur-sayuran bantuan.
menggunakan sistem rumah terlindung(Green
house), Hidroponik dan sistem Bertingkat (Vertikal Apa yang diharapkan, wang zakat yang menjadi
Farming) yang telah mula bergiat pada akhir tahun biaya latihan seumpama ini akan terus membuahkan
2017 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 2018. hasil. Justeru itu, peserta-peserta akan dapat
Ladang ini menghasilkan sebanyak satu tan metrik membebaskan diri mereka dari kemiskinan dengan
sayur-sayuran yang bernilai BND6,093. menceburi bidang keusahawanan atau mendapat
pekerjaan di mana-mana syarikat swasta atau
Selain dari kemajuan yang baik dari petanian pejabat-pejabat Kerajaan.
penanaman, program dalam bidang penternakan
juga turut menampakkan perkembangan yang positif
dan progresif. Salah sebuah perusahan PROPAZ pada
asalnya hanya memiliki dua buah reban di awal Penutup
penubuhannya pada 2014, kini memiliki sepuluh Terdapat lapan asnaf yang wajib dan berhak
reban yang beroperasi sepenuhnya. Perusahaan ini diberikan zakat42 dan mengembangkan zakat adalah
menggunakan teknologi sistem reban ayam tertutup langkah yang baik sebagai kaedah untuk
bagi reban yang berkapasiti 3,500 ekor ayam dan mengoptimumkan zakat. Selain pengagihan harta
reban berkapasiti 20,000 hingga 23,000 ekor ayam zakat secara konsumtif, zakat dapat diagihkan secara
setiap pusingan. Hasil dari pengeluaran ayam produktif iaitu memberikan zakat kepada fakir
pedaging ini juga semakin tinggi dari tahun ke miskin dalam bentuk modal usaha, atau berbentuk
tahun.40 alat-alat untuk usaha yang dapat mereka gunakan
Oleh itu, program agripreneur yang dinamik ini akan sebagai sumber mata pencarian.
menjadi salah satu daripada inisiatif pembudayaan Pendayagunaan harta zakat secara produktif
yang dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan dibenarkan dalam hukum Islam, usaha
menggalakkan golongan asnaf untuk menjalankan pengurus/pengelola dalam memanfaatkan hasil
perniagaan terutamanya dalam bidang pertanian. kutipan zakat kepada sasaran yang sesuai dengan
Program PROPAZ ini juga diperkatakan ketika Majlis syara’, sistem pengagihan yang mempunyai faedah
Mesyuarat Negara (MMN) iaitu Belanjawan yang berkesan serta produktif dengan tujuan sosial
Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Musim ekonomi dari zakat. Pengurus/pengelola zakat
Permesyuaratan Ke-15 (2019)41 yang mana program perlulah jujur, pintar, amanah dalam menjalankan
zakat serta mempunyai pengurusan yang baik dan
profesional dalam menjayakan program yang
dijalankan.
38 9 September 2018. Lawatan dari rombongan
Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, PROPAZ hanyalah pengendali yang membuka jalan,
Belia dan Sukan(KKBS) dan Program Pengupayaan Asnaf menyediakan latihan kemahiran praktikal untuk
Zakat(PROPAZ), Jabatan Majlis Ugama Islam kepentingan setiap peserta dan menjadikannya
Brunei(MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama. kekuatan untuk menjalani kehidupan ke arah yang
39 Ibid.
40 lebih baik. Oleh itu, penglibatan Majlis Ugama Islam
9 September 2018. Lawatan dari rombongan
Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Brunei (MUIB) melalui Urus Setia Program PROPAZ
Belia dan Sukan(KKBS) dan Program Pengupayaan Asnaf
Zakat(PROPAZ), Jabatan Majlis Ugama Islam
Brunei(MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama. Pertanian, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan
41 Siaran Akhbar. Sesi Lawatan Bagi yang berhormat Ahli- Pelancongan di Daerah Brunei Muara. (26 Januari 2019)
42 At-Taubah. 09:60.
ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Tapak-Tapak Perusahaan
59
Masri R./ International Journal of `Umranic Studies (Vol 4, Issue 2 July 2021)

serta badan kerajaan lain, swasta dan NGO boleh Training Council. Journal of Higher
menjadi model kepada program intervensi Education and Science.
pembasmian kemiskinan supaya keluarga miskin
tidak terus terperangkap dalam kitaran ganas Joyce M. Hawkins (1996), Kamus Dwi Bahasa Inggris
kemiskinan. Jika ibu bapa, anak dan cucu dari Indonesia, Indonesia-Inggris, Exford:
keluarga miskin ini tidak dapat keluar dari belenggu Erlangga.
kemiskinan, besar kemungkinan generasi akan
datang akan terus berada dalam kedaifan.
K.H A Safradii. (2018), Zakat Konsumtif dan Zakat
Secara keseluruhan, objektif utama kajian ini adalah Produktif Analisis Fikih Kontemporer.
untuk melihat keberkesanan program kaedah
PROPAZ dalam mengurangkan kemiskinan di M. Ali Hasan (2008), Zakat dan Infak: Salah Satu
kalangan asnaf. Sesungguhnya program ini sangat Solusi Mengatasi Problema Sosial di
berjaya, dari tahun ke tahun menunjukkan kemajuan Indonesia. Jakarta: Kencana
yang positif. Peserta dari kumpulan asnaf
nampaknya lebih berpendidikan, berkemahiran Majlis Ugama Islam Brunei (2004) Garis Panduan
malah mempunyai masa depan yang cerah. Pada Tugas dan Tanggungjawab Amil. Bandar
masa yang sama program ini dapat membantu Seri Begawan: Kementerian Hal Ehwal
meningkatkan ekonomi kemudian mengurangkan
Ugama Negara Brunei Darussalam.
kemiskinan dan kemudian membasmi ke sifar.

Walaupun pengagihannya tidak menjadikan mereka Noeng Muhadjir (1996), Metodologi Penelitian
terutama golongan miskin menjadi kaya, tetapi ianya Kualitatif, III edition. Yogyakarta:
dianggap cukup untuk menampung perbelanjaan Rakesarasin.
kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu,
diharap orang miskin tidak merasa kecewa, sedih Yusoff, Mohammed (2011), Zakat expenditure, school
atau kecewa dengan kehidupan, bahkan cabaran enrollment, and economic growth in
harus ditempuhi untuk meningkatkan taraf hidup Malaysia. International Journal of Business
dari semasa ke semasa. Serta jangan bergantung and Social Science.
sepenuhnya pada zakat yang diterima. Perlu ada
usaha untuk meningkatkan taraf hidup seseorang.
Yusuf Qadhawi (1966), Musykilah al-Faqr Wakaifa
Aalajaha Al Islam: Beirut.

Rujukan Pelita Brunei. "Penyelidikan Komprehensif garis


Ade Mulyna. (2020). Strategi Pendayagunaan Zakat kemiskinan perlu dilaksanakan” (author:
Produktif. Indonesia. UIN Sultan Maulana Wan Mohammad Sahran Wan Ahmadi) 12
Hasanuddin Banten. Hlm: 3. November 2015.

Amir Syarifudin (2003), Garis-garis Besar Fiqih. Majlis Ugama Islam. (2019). Briefing on the
Jakarta: Kencana. Management and Administration of Zakat
and Waqf in Brunei Darussalam.
Asnaini (2008), Zakat Produktif Dalam Perspektif
Hukum Islam., Yogyakarta:Pustaka Pelajar. Asnaf Zakat Empowerment Program (Working paper
of the Islamic Religious Council Department).
Ataul-Haq, Pramanik (1993), Development and In conjunction with the National Zakat
Distribution in Islam. Petaling Jaya: Pelanduk Month Celebration and Regional Asnaf
Publications. Development Seminar 2017.

Didin Hafidhuddin (2002), Zakat Dalam Sumber dari MUIB, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Perekonomian Modern. Jakarta: Gema Insani.

Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani (2012), Wacana


Pemangkin Ekonomi Ummah.
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei.

Iqbal M. Khan (2014). Vocational Education and


Zakat: The Case Study of Punjab Vocational

60

Anda mungkin juga menyukai