Anda di halaman 1dari 4

TERHAD

18 RAMD (Para)
Kem Seri Pantai
21300 KUALA NERUS

Tel: 09-6664233 Samb 101


Faks: 09-6667864

Dis 21

18 RAMD (PARA)/TAD.500-6/1/2

Lihat Agihan

LAPORAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMENTORAN


18 RAMD (PARA) TAHUN 2021

Rujuk:

A. MATM/BPA - TAKSPA/1046 Jil 1-(41) bertarikh 7 Jan 2014.


B. MM 0.1.18 TD - Army Mentoring (Provisional) 2004.
C. MKTD/G1/1779 (D&P) bertarikh 27 Jun 2014.
D. MKTD/G1/P&K.500-4/4/5 bertarikh 8 Mei 2019.
E. MK 10 BGD PARA/100-7/9/11 bertarikh 8 Jan 21.
F. 18 RAMD (PARA)/TAD.500-500-6/1/2 bertarikh 13 Jan 20.

AM

1. Program Pementoran merupakan satu pendekatan bagi membangunkan


kemahiran dan kecekapan sumber manusia bagi menjadikan 18 RAMD (Para)
sebagai satu pasukan yang unggul dan cemerlang selaras dengan keperluan di
Rujuk A. Konsep program ini telah diaplikasikan di dalam TD seperti di Rujuk B.
Program ini meletakkan satu matlamat agar kepakaran dan pengetahuan kerja
seseorang individu dapat dikongsikan kepada anggota lain yang memerlukan
bimbingan.

TUJUAN

2. Laporan ini bertujuan memberi maklumbalas semua pelaksanaan serta


pencapaian program pementoran bagi warga 18 RAMD (Para).

OBJEKTIF

3. Objektif program yang telah digariskan adalah seperti berikut:

a. Membina semangat berpasukan dan kerjasama (Esprit De Corps) yang


kukuh di antara mentor dengan mentee.

b. Memindahkan ilmu, kepakaran dan pengalaman tugas oleh mentor


kepada mentee.

TERHAD
TERHAD

c. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh mentor kepada mentee


dengan cara menerapkan kepimpinan secara profesional.

d. Meningkatkan pembangunan dan kompentensi sejajar dalam Sistem


Pemerintahan Rejimental (SPR).

e. Mengupayakan pengetahuan dan kepakaran ketenteraan pegawai dan


anggota ke tahap maksimum secara berterusan.

PELAKSANAAN

4. Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan dilaksanakan


secara berperingkat adalah seperti berikut:

a. Peringkat 1 - Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa dan Mengenalpasti


Mentor dan Mentee. Pasukan mengenalpasti dengan tepat pegawai dan
anggota yang telah dijadikan mentor kepada mentee dan saling bersetuju
dalam program tersebut dengan mengisi Borang Persetujuan mentor dan
mentee mengikut kategori pelaksanaan program.

b. Peringkat 2 – Perlaksanaan Program. Program mentor dan mentee


telah dilaksanakan mengikut rancangan yang telah ditetapkan.

c. Peringkat 3 – Penilaian Program. Penilaian program dilaksanakan


setelah tempoh program pementoran itu tamat dengan membuat pengisian
Borang Penilaian Pementoran.

d. Peringkat 4 – Menyediakan Laporan. Laporan pelaksanaan program


dimajukan setelah program pementoran selesai dilaksanakan.

5. Konsep Pementoran. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program


pementoran adalah seperti berikut

a. Nisbah ideal pemadanan mentor dan mentee bersesuaian dengan


matlamat pementoran dan keupayaan mentor.

b. Pemadanan mentor dan mentee yang melibatkan penilaian Laporan


Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

c. Jurang pangkat/kekananan antara mentor dan mentee tidak terlalu jauh


dan bersesuaian dengan matlamat perhubungan pementoran.

d. Penempatan kerja antara mentor dan mentee adalah berdekatan bagi


memudahkan sesi pertemuan pementoran.

e. Mentor dan mentee adalah daripada bidang/bahagian yang sama.

6. Sepanjang tahun 2021, pasukan ini telah melaksanakan 3 program


pementoran. Antara program pementoran yang telah dilaksanakan adalah seperti
berikut:
2

TERHAD
TERHAD

a. Pegawai Bertukar Masuk Tahun 2021 - 1 Siri.

b. Pegawai dan anggota Dinaikkan Pangkat - 1 Siri.

c. Anggota LLP Bertukar Masuk Tahun 2021 - 1 Siri.

MAKLUM BALAS PENCAPAIAN PROGRAM

7. Secara Keseluruhannya, mentee yang dinilaikan menunjukkan sikap


profesionalisme yang baik di dalam setiap penugasan serta pergaulan dengan
pegawai dan anggota lain. Sehubungan itu, pencapaian berdasarkan kaedah yang
dilaksanakan serta objektif-objektif yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Kompetensi Profesional.

(1) Mentee menunjukkan sikap yang positif serta berkeupayaan


untuk bertindak bagi memastikan kemahiran yang diperlukan oleh
pasukan tercapai.

(2) Berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah diperingkat


kompeni dan jabatan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kualiti mutu kerja dari semasa ke semasa.

(3) Mentee sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu serta


belajar untuk menguasai kemahiran yang baru dipelajari.

b. Kompetensi Budaya Kerja.

(1) Sepanjang tempoh penilaian, responsif mentee terhadap


sesuatu penugasan yang diberikan baik dan boleh ditingkatkan di masa
akan datang.

(2) Selain itu, mentee sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan
inovatif di dalam menyelesaikan sesuatu tugas yang diberikan serta
bertidak menggunakan kebijaksanaan sebagai seorang tentera yang
terlatih.

(3) Walaubagaimanpun, bimbingan yang berterusan perlu diberikan


oleh semua peringkat supaya mentee dapat mengekalkan prestasi
kerja yang baik dan meningkat sebilang masa seiring dengan budaya
kerja yang diamalkan di peringkat 10 Bgd (Para).

c. Kompetensi Peribadi dan Sosial.

(1). Secara keseluruhannya, mentee sentiasa menunjukkan tahap


disiplin yang tinggi sebagi seorang tentera, menjaga keutuhan

TERHAD
TERHAD

hubungan dengan anggota bawahan serta bersikap terbuka di dalam


menerima teguran atau nasihat.

(2). Mentee juga sentiasa menunjukkan kualiti sebagai seorang


pemimpin dan memberikan kerjasama yang tinggi terhadap semua
aspek di dalam merealisasikan setiap intent pemerintahan atasan.

PENUTUP

8. Dengan keluarnya laporan ini, diharapkan agar dapat memberikan gambaran


kepada pihak tuan tentang pelaksanaan program pementoran di peringkat pasukan
bagi tahun 2021.

MOHAMAD FAZRUL BIN MOHAMAD FADIR


Mej
bp Pegawai Memerintah

Agihan:

Luar:

Maklumat:

MK 10 Bgd (Para)
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)

Dalam:

Tindakan:

Maklumat:

Peg Mem
Ajt

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai