Anda di halaman 1dari 3

SENARAI TUGAS

KETUA
PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Jawatan : KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL


Nama Gred : PPP DG41
Bertanggungjawab kepada: Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik dan Ketua Jabatan

SENARAI TUGAS:
A. Pengurusan Kurikulum
1. Menyediakan rancangan untuk peningkatan dan kecemerlangan program
2. Memastikan penggunaan modul yang kemaskini.
3. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemaskini.
4. Merancang dan menyelaras penjadualan waktu tenaga pengajar .
5. Menyediakan Rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester.
6. Menyemak soalan pentaksiran berterusan dan skema pemarkahannya.
7. Menggunakan keputusan analisis pentaksiran untuk mengkaji serta mencari jalan
untuk memajukan taraf pencapaian akademik dari semasa ke masa.
8. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.
9. Menyelenggara fail-fail Program seperti minit mesyuarat, rekod tenaga pengajar,
rekod pelajar, analisis pentaksiran, jadual waktu, pesanan peralatan dan bahan,
pelupusan, perkembangan staf, program motivasi dan lawatan pelajar dan hal–hal
yang berkaitan.
10. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan tenaga
pengajar.
11. Menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan.
12. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti
penambahbaikan modul vokasional, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran
baru, jika ada.
13. Membantu membuat anggaran perbelanjaan tahunan.
14. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dalam
Programnya
15. Menguruskan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan bagi
pelajar kolej.
16. Merancang aktiviti inovasi dan rekacipta pelajar dan tenaga pengajar.
17. Menyelaras Lawatan Industri pelajar berpandukan prosedur yang telah ditetapkan.
18. Membantu menyelaras program semester pendek.
19. Menyimpan rekod kelas gantian dan rekod senarai semak jumlah waktu kredit
belajar pelajar.

B. Pembangunan Staf
1. Merancang keperluan latihan dan kemahiran khusus bagi kursus dalam
perkhidmatan
( KDP ) untuk tenaga pengajar bengkel.
2 Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran dan kepentingan bidang kursus
dalam
kehidupan di kalangan tenaga pengajar dan pelajar.
3. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu semester.
4. Mengajar sekurang-kurangnya 10 jam seminggu.
C. Pengurusan Bengkel
1. Menyelia dalam aspek 3K dan 5S (Sisih, susun, sapu,seragam dan sentiasa
amal) di bengkel-bengkel bawah kawalannya.
2. Mengurus bengkel dengan kerjasama daripada Ketua Bengkel yang berkaitan.

D. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai