Anda di halaman 1dari 10

1

PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM


BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN
SISTEM SALIRAN DI BAWAH TANAH

· bagi menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan dari sesebuah bangunan atau
rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.

· Terdapat tiga jenis sistem :

1.Sistem bergabung (combined system)

2. Sistem berasingan (separate system)

3. Sistem berasingan separa (partially separate system)

SISTEM BERGABUNG

Ø Ia menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari dan air permukaan dari
bumbung dan kawasan sekelilingnya melalui satu paip saliran ke pembentung awam.

Ø Najis, air sisa dan air permukaan yang disalirkan ini akan dirawat di loji rawatan
kumbahan sebelum disalirkan ke sungai atau ke laut.

Ø Sistem ini merupakan sistem yang paling mudah kerana ia memerlukan satu
pembentungan sahaja. Oleh kerana semua bahan disalur ke satu pembentung sahaja,
saiz pembentung mestilah besar.

Ø Selain itu, ia juga perlu di pam, kerana kandungan yang di bawanya cepat penuh.
Air akan melimpah sekiranya hujan turun dengan lebat dan ini sangat membahayakan.

Ø Kelebihan sistem ini, ia menjimatkan kerana tidak banyak menggunakan paip,


pembinaannya mudah kerana melibatkan satu paip saliran dan ia menggunakan
pembentung yang bergaris pusat besar.

Ø Kelemahan sistem ini pula ialah, ia tidak sesuai digunakan di malaysia yang
beriklim tropika kerana loji rawatan kumbahan tidak berupaya merawat ke semua air
sisa dan air hujan yang banyak.

SISTEM BERASINGAN

Ø Sistem ini menggunakan dua jenis paip saliran iaitu paip saliran air sisa dan paip
saliran air permukaan.

Ø Paip saliran air sisa menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari ke
pembentung air sisa dan di rawat di loji rawatan kumbahan.
2

Ø Paip saliran air permukaan menyalirkan air permukaan dari bumbung dan kawasan
sekelilingnya ke betung air permukaan dan seterusnya di salirkan ke sungai atau laut.

Ø Satu saliran longkang dan satu pembentung di gunakan dalam sistem ini.

Ø Kebaikan bagi sistem ini, ia menggunakan paip saliran yang bergaris pusat kecil.

Ø Pembentung ini di tanam ke dalam tanah untuk menjamin kesihatan dan


mengelakkan pencemaran.

Ø Kelemahan yang uatama bagi sistem ini adalah ia memerlukan kos yang lebih
mahal kerana menggunakan banyak paip.

SISTEM BERASINGAN SEPARA

Ø Pada asasnya ia adalah dari sistem berasingan. Bezanya adalah paip air hujan yang
berhampiran dengan paip saliran air sisa atau najis disambungkan kepada paip saliran
air sisa berkenaan.

Ø Air buangan dari alatan kebersihan dan air hujan dari talang di bawa melalui
saluran yang berasingan ke satu pembentung.

Ø Terdapat dua pembentung dalam sistem ini iaitu, pembentung pertama adalah untuk
membawa air buangan dari alatan kebersihan manakala pembentung kedua adalah
untuk membawa alatan kebersihan dari talang serta air dari kawasan permukaan
berturap.

Ø Sistem ini memudahkan lagi struktur pembuangan air bawah tanah bagi sesebuah
rumah. Contoh : rumah yang sederhana besar. Dengan ini, saiz pembentung dapat
ditentukan.

Ø Sistem gabungan dan sistem separa gabungan adalah sama kerana kedua-dua sistem
ini menggunakan satu saluran longkang, satu lurang atau lubang pemeriksaan dan satu
saluran pembentungan.

Ø Kebaikan bagi sistem ini adalah ia menjimatkan kerana kurang menggunakan paip.

Prinsip-prinsip pemasangan sistem saliran bawah tanah

1.0 mutu paip

- paip diperbuat daripada bahan yang bermutu dan dalam keadaan sempurna

- berupaya menahan daya mampatan

2.0 kedap air

- paip mestilah dipasang dengan sempurna supaya ia kedap air


3

- ‘kedap air’ -> dimana air bumi tidak dapat memasuki paip atau aiar sisa dan najis
tidak boleh keluar dari paip yang boleh mencemari air bumi

3.0 kecerunan

- paip hendaklah ditanam dan dipasang di dasar parit pada kecerunan yang sesuai

- ianya sangat penting bagi memastikan bahan pejal tidak mendap yang boleh
menyebabkan paip tersumbat

- kecerunan minima bagi paip berdiameter 100 mm ialah 1 :80 dan paip berdiameter
150 mm ialah 1 :150

4.0 kelurusan

- paip harus dipasang lurus supaya najis dan air sisa dapat mengalir dengan lancar

- lengkok/liku (bends) boleh digunakan pada keadaan tertentu sahaja

- kelurusan paip boleh ditentukan melalui ujian-ujian tertentu atau melalui kaedah
penjajaran dengan menggunakan pancaran laser

5.0 pengalihudaraan

- bertujuan supaya udara segar dapat memasuki sistem perpaipan dan udara berbau
busuk tidak dapat keluar mencemari udara.

- Ia juga bergantung kepada mutu paip

6.0 Penyokongan

- paip yang ditanam ke dalam tanah perlu disokong oleh tanah yang berada di
bahagian bawah paip

- tanah yang menyokong paip perlu dikukuhkan jika keupayaan galasnya tidak dapat
menanggung beban
4

PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM


BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN

Sistem ini adalah sistem pembuangan air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari
ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan.

Sistem ini terdiri daripada:

1. Rangkaian perpaipan

2. Perangkap

3. Kebuk pemeriksaan atau lurang

4.Rawatan kumbahan

Kaedah saliran atau perpaipan

Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan:

a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage)

b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage)

SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu:

1. paip air sisa (waste pipes)


2.paip najis (soil pipes)
3.paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)

1. paip air sisa

untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam bangunan atau rumah ke
sistem paip saliran bawah tanah.

2. paip najis

untuk menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal dari lekapan najis
ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan melalui sistem paip saliran bawah
tanah.

3. paip bolong@paip anti sifon

untuk mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari berlakunya
pensifonan.
5

Paip ini di hubungkan kepada paip air sisa dan paip najis tetapi ia tidak menyalurkan
air sisa dan najis.

SALIRAN BAWAH TANAH

Paip-paip untuk saliran bawah tanah berfungsi untuk menyalurkan air sisa dan najis
dari paip air sisa dan paip najis di dalam bangunan atau rumah ke tangki septik atau
loji rawatan kumbahan.

SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis sistem:

1. sistem dua paip (two or dual pipe system)

2. sistem satu paip (one pipe system)

3. sistem paip tumpu tunggal (single stack system)

SISTEM DUA PAIP

1. Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan atau menyalirkan najis
dan air sisa dari lekapan sanitari.

2. Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari lekapan najis bagi
memudahkan kadar alirannya.

3.Dalam system ini, dua paip utama digunakan:

4.Paip buangan digunakan untuk membawa air buangan dari dapur dan bilik air ke
longkang manakala paip najis membawa najis dari alatan kebersihan ke pembentung.

5.Kedua-dua paip tumpu tersebut akan dihubungkan kepada paip saliran di bawah
tanah dengan menggunakan liku dan cabang.

6. Air sisa terlebih dahulu akan disalirkan ke dalam perangkap gegeluk atau gully
sebelum disalirkan ke dalam paip saliran air sisa bawah tanah.

7.Kebaikkan system ini adalah ia dapat mencegah dari berlakunya bau busuk.

8. Kelemahan system ini adalah kos pemasangan yang mahal kerana banyak
menggunakan paip serta ia memerlukan penjagaan yang rapi.
6

SISTEM SATU PAIP

1.Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia lebih ekonomi.
7

2.Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan untuk mencegah
kehilangan kedap air di dalam perangkap yang mungkin berlaku disebabkan oleh
pensifonan, tekanan membalik dan akibat dari kesan angin.

3.Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat 50mm di hubungkan dari


perangkap lekapan sanitari kepada paip tumpu bolong yang bergaris pusat 75mm.

4.Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip tumpu (air sisa dan
najis) untuk membebaskan mana-mana udara termampat yang mungkin ada di
bahagian bawah paip tumpu najis dan air sisa.

5.Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai, manakala paip pencawang
najis di pasang di bahagian bawah lantai.

6.Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu adalah berbeza.

7.Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke paip saliran bawah
tanah.

8.Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi bangunan tinggi
kerana semua lekapan-lekapan sanitari adalah berhampiran dengan paip tumpu.

9.Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya adalah kompleks.

10. System ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’ (fully vented), oleh
itu ia memerlukan perangkap pada setiap lekapan sanitari.

11. Jika paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.


8

Sistem satu paip

3.SISTEM PAIP TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL)


9

1. Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia berbeza dari system satu
paip dari segi sambungan alatan kebersihan. Contoh seperti di hospital, di sekolah
atau kilang.

2. Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus ke paip utama. Ini
bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya perubahan tekanan semasa beberapa
alatan kebersihan di gunakan secara serentak.

3.Bagi mengelakkan dari berlakunya ‘saifan tersendiri’, penggunaan garis pusat paip
yang sesuai, panjang paip, kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil
kira.

4.System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan.

5. Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan kebersihan yang terletak jauh
dari paip utama dan jika paip paip utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak.

6. Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak digunakan.

7. Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih ekonomi kerana kerja
paipnya mudah dan tidak memerlukan paip yang banyak.

8. Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari dipasang pada paip
tumpu, ia akan menimbulkan masalah.

9. Setiap lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh itu, penyambungan
paip pencawang kepada paip tumpu terlalu berdekatan antara satu sama lain.

10. Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari berada jauh dari paip
tumpu.
10

Anda mungkin juga menyukai