Anda di halaman 1dari 9

Kepercayaan kepada bencana alam seperti

kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan


penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini
menyebabkan mereka menyembah alam sekitar
seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan
sebagainya yang dianggap mempu mengubah
sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat
Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah
alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh


nenek moyang :

Kepercayaan terhadap nenek moyang


mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian.
Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek
moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke
atas kehidupan mereka atau kehidupan masa
hadapan mereka. Mereka juga memohon
pertolongan nenek moyang melalui ramalan
menerusi pendeta cina dengan menggunakan
tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan,
dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah
tersebut akan dibuat ramalan, contoh
masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka
mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
yang memerintah syurga dan menjalankan
upacara pengorbanan untuk memuja semangat
roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.
Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi,
lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada Anak Syurga :

Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan


sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang
mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak
syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti
Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan
pemerintah Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada dewa :

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan


meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada
di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik
atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha :

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming
Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah
peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada
asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak
jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut.
Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta
disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu
menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat
dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit
demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen
iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan
lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan
bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit
terpenting.

Ajaran Toisme :

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai
keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian
akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai
materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja
yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te
Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan
rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas
daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit
menjadi sebuah agama.
Tamadun China

Sistem Ekonomi Sara Diri

Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian
seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya
kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam
penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran
dalam upacara pengebumian.

Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan.
Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh
petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah.
Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia
masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.Selepas Dinasti Chou,
ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif
telah mula diusahakan.

Sistem Ekonomi Komersil


Pada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan.
Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang
banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan.
Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air
boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek
pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera
juga dihasilkan dengan banyak.

Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu
kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat
ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian,
penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan
berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan
kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka
lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara.

Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat
pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil
terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi.

Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk
memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian
disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala Kerajaan
Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai
bagi pertanian.
Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan
pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka
khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besar-
besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam
industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin.

Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar
negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang
dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi
kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga
memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan
penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil
pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara komersil.

Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman
pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam
kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri
ekonomi yang penting pada zaman ini.

Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman


berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil
dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan
dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan
perdagangan di negara China.

Sistem Ekonomi Perdagangan


Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan
kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada
zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan
kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang
melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai.
Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka
menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih
(bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).

Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada
zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak
sekali.

Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan
garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.

Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering
berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang,
negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali.
Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada
kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang
diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota.
Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah
pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di
pusat tetapi juga di kawasan lain.
Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti
dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan
perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain
itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul.

Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi


perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya
orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari
China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi
keadaan ekonomi.

Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah
Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah
memajukan lagi kegiatan perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai