Anda di halaman 1dari 157

KOLEKSI FATWA DAN SOAL JAWAB ISU FIQH DAN PERUBATAN

http://fiqhmedic.wordpress.com/

Pil Cegah Haid

Posted on Tuesday, 13 September, 2011 by Abul Harith

Soalan: Boleh seorang wanita memakan pil menghalang datangnya haid pada bulan ramadan
atau ketika ingin menunaikan haji dan umrah? Sekiranya telah datang waktu haidnya tetapi
haid tidak ada disebabkan pil tersebut, apakah ibadatnya sah?

Jawapan: Pertama, dia boleh menggunakan pil kerana tiada dalil syarak yang melarang perbuatan
tersebut. Adalah menjadi kaedah bahawa asal sesuatu perkara itu dalam urusan kehidupan adalah harus,
sehingga adanya dalil ianya dilarang. Demikianlah penggunaan pil tersebut, ianya harus kerana tiada
dalil yang melarangnya.

Kedua, jika haid seseorang wanita tidak datang disebabkan pil tersebut maka dia dianggap tidak dalam
haid dan sah ibadatnya. Ini kerana haid dihukum ada berdasarkan darah yang keluar, bukan
berdasarkan andaian waktu. Maka dia boleh meneruskan ibadahnya dengan yakin tanpa sebarang syak.

Sumber : http://drmaza.com/ dengan judul asal Pil Perancang

Filed under: Ubat-ubatan | 1 Comment »

Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa

Posted on Sunday, 31 July, 2011 by Abul Harith

Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-
perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan
mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini
kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa).
Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak
membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya,
kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135)
dan Muslim (1155))

1
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.”
(Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di
dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi
Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)

2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya.

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan
barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat
Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin
Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih,
sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))

3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama
ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka
tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah
kekurangan agamanya.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan.
Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu
Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-
qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’
(iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan
kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya
(sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan
untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari
(4/429) dan Muslim (335))

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit.
Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang
berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun
juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan
makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan
makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula
zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan
puasa.

5. Jima’ (Bersetubuh)

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf
(perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut

2
terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum
dengan tidak sengaja.”

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan
puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Dalilnya adalah firman Allah:

“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah,
2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari
makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus
mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya
Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu
menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu
memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau
mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah
bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah
kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma
ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda,
“Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari
al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-
Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud
(139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya
dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu
Hajar (11/516))

Sumber : Akh. Nawawi Subandi,http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Prosedur Perubatan, Seksual | Tagged: darah, puasa, suntikan |
69 Comments »

Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan

Posted on Saturday, 30 July, 2011 by Abul Harith

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.

2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika
termuntah, tidak batal puasanya.

3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.

4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang
lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir
sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal
puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.

3
5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu
ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata)
dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke
dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu
Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi
sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.

11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan
minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana
muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau
minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan
dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg
menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika
dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana
makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di
dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan
kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak.
Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut
masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal
puasanya.

4
12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat
yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif
jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) .
Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal
suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital
examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti
urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia
yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau
mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk
ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada
siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal
atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan
rawatan disalurkan.

Rujukan:

 Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq

 At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
 Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

5
Sumber : via e-mail, Sdr. Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, http://effysaiful.blogspot.com/

Filed under: Alat Perubatan, Doktor & Pesakit, Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G,
Oftamologi, Pembedahan, Penyakit & Wabak, Prosedur Perubatan, Seksual, Thaharah, Ubat-ubatan |
Tagged: puasa, ubat | 2 Comments »

Merokok Semasa Puasa Ramadan

Soalan : Saya tahu bahawa merokok diharamkan oleh sebahagian ulama’. Bagaimanapun, saya ingin
bertanya sebab rokok diharamkan semasa puasa. Apabila seseorang merokok, dia tidak memasukkan
cecair atau makanan ke mulutnya.

Jawapan : Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang
sampai ke perut.

Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum.
Katanya;

“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan,
kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai
ke perut, iaitu dari asapnya.”

(Fatawa Islamiyyah, 2/128)

Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi
partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya; menghidu kemeyan adalah
halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.

Sumber : Diterjemah dan disunting dari http://islamqa.com

Filed under: Ibadah | Tagged: puasa, ramadan, rokok | 3 Comments »

Guna Inhaler Semasa Puasa

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah
orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun
yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran
pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti
makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan
rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

6
[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad
Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: inhaler, puasa | 17 Comments »

Suntikan Di Siang Hari Ramadhan

Soalan : Apakah suntikan perubatan di siang hari bulan Ramadhan mempengaruhi puasa?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin:

Suntikan perubatan ada dua jenis. Pertama, suntikan (infusion), yang mana dengan suntikan ini boleh
mencukupi keperluan makan dan minum. Maka suntikan ini termasuk perkara yang membatalkan.

Adapun jenis yang kedua adalah suntikan yang tidak mengandungi zat makanan dan minuman. Jadi
suntikan jenis ini bukan bererti seperti makan dan minum. Maka hukum puasanya sah sampai ada dalil
syar’i yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya.

[Fatawa Ash-Shiyam, dikumpulkan oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 58]

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: puasa, suntikan | 2 Comments »

Puasa Pesakit Diabetes

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam
darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras
gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk
negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang
beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-
ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada
persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak
memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-
ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

7
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi

seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah
tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes
Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan
ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka
secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam
darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi.
Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan
sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan
doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

Hipoglisemia Hiperglisemia Dehidrasi

Menggigil
Terlalu lemah
Amat dahaga
Amat lapar
Kerap buang air Kulit dan
Berpeluh
kecil lidah yang
Pucat
Terlalu dahaga terlalu kering
Berdebar-debar
Sangat letih Fikiran
Gelisah
terganggu
Koma (tidak
sedarkan diri)
     
Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan
makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Sahur Berbuka
Sekurang-kurangnya Hadkan pengambilan air
semangkuk bergula, kuih-muih
oat/bijirin ATAU manis.
3-4 keping roti Jika memakan kurma,

8
hadkan kepada dua
ATAU
hingga tiga biji sahaja.
Nasi dan lauk
Kurangkan pengambilan
(lebihkan sayur-
nasi dan lebihkan sayur-
sayuran)
sayuran.

Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan
kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat
doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai
panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose
yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke
waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum
bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan
Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan
perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian
tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka
dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting
insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka
puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak
berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

Sebelum bersahur

Dua hingga empat jam sebelum bersahur

Sebelum berbuka puasa

Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah,
sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya
koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan
kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera
berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air
kecil di tengah malam dengan meminum air.

9
Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes.
Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung
pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-
tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

Sumber: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan
Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan
ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Penyakit & Wabak, Ubat-ubatan | Tagged: diabetes, puasa | 1
Comment »

Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

1. Bagi Mereka Yang Bermusafir

Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa dibolehkan bagi para musafir untuk memilih
tidak berpuasa. Malah perlu kita ketahui bahawa rahmat Allah dan keringan ini turut disebutkan di
dalam kitab yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (yang ertinya): “Barangsiapa yang
sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah
yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan
kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Hamzah bin Amr al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:
“Adakah boleh aku berpuasa ketika dalam safar?” (dia adalah termasuk dalam kalangan yang banyak
mengerjakan ibadah puasa) Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya):
“Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah jika mahu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/156), Muslim
(1121))

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di bulan Ramaadhan, orang yang berpuasa tidak mencela yang berbuka
dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163), Muslim (1118))

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun
mungkin kita akan menyatakan juga bahawa yang afdhal adalah berbuka dengan berdaarkan hadis-
hadis yang umum. Ini adalah seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang ertinya):
“Sesungguhnya Allah senang jika rukhsah yang Ia berikan diambil sebagaimana Dia membenci
kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/108), Ibnu Hibban (2742) dari
Ibnu Umar dengan sanad yang sahih)

Dalam satu riwayat yang lain: “Sebagaimana Dia senang ketentuan hukum-Nya dilaksanakan.” (Hadis
Riwayat Ibnu Hibban (354), al-Bazzar (990), ath-Thabrani di dalam al-Kabir (11881) dari Ibnu Abbas
dengan sanad yang sahih)

Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha dan
menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak bertentangan dari maksudnya. Perkara ini telah dijelaskan
sejelasnya tanpa keraguan. Dalam satu riwayat dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Para
sahabat berpendapat bahawa barangsiapa yang merasa kuat (untuk berpuasa) maka lebih baik baginya
untuk berpuasa, manakala bagi yang merasa lemah, berbuka adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat at-
Tirmidzi (713), al-Baghawi (1763) dari Abu Said. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua ke jalan petunjuk dan ketaqwaan serta memberikan
rezeki berupa pemahaman dalam agama. Sesungguhnya puasa dalam safar jika memberatkan hamba

10
bukanlah suatu kebajikan sedikitpun, tetapi berbuka lebih utama dan lebih disenangi Allah. Dalil yang
menjelaskan persoalan ini adalah riwayat dari beberapa orang sahabat, bahawa Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda (yang ertinya): “Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam
safar.” (Haids Riwayat al-Bukhari (4/161), Muslim (1110) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)

Peringatan

Terdapat sebahagian orang yang menyangka dan menganggap bahawa pada zaman kita sekarang tidak
diperbolehkan berbuka ketika di dalam musafir, hingga mencela orang yang mengambil rukhsah
tersebut, atau berpendapat puasa itu lebih baik kerana mudah dan banyaknya sarana pengangkutan pada
ketika (zaman) ini. Sebenarnya orang-orang seperti ini perlu kita “usik” ingatan mereka kepada firman
Allah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata (yang ertinya): “Rabmu tidak pernah lupa.”
(Maryam, 19: 64)

Dan firman-Nya (yang ertinya): “Allah telah mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahuinya.” (al-
Baqarah, 2: 232)

Dan perkataan-Nya di tengah ayat tentang rukhshah berbuka dalam safar (yang ertinya): “Allah
menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Di sini menjelaskan bahawa kemudahan (keringanan) bagi orang yang safar adalah sememangnya
perkara yang dikehendaki oleh Allah. Dan ini juga sebenarnya termasuk salah satu tujuan syariat,
cukup bagimu bahawa Dzat yang mensyariatkan agama ini adalah pencipta zaman, tempat dan
manusia. Dia lebih mengetahui keperluan manusia dan segala yang menjadi maslahah bagi mereka.
Allah berfirman (yang ertinya): “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu
zahirkan atau rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?” (al-Mulk, 67: 14)

Di sini diperjelaskan supaya agar seseorang muslim tahu jika Allah dan Rasul-Nya sudah menetapkan
suatu perkara, tidak ada pilihan lain bagi manusia bahkan Allah memuji hamba-hamba-Nya yang
mu’min yang tidak mendahulukan perkataaan manusia di atas perkataan Allah dan Rasul-Nya:

“Wahai Rabb! Kami mendengar dan taat, ampunilah kami, wahai Rabb kepada-Mu-lah kami kembali.”
(al-Baqarah, 2: 285)

2. Orang yang Sakit

Allah membolehkan orang yang sakit untuk berbuka sebagai suatu rahmat dari-Nya sekligus
merupakan kemudahan (rukhsah) bagi orang yang sakit. Sakit yang membolehkan seseorang individu
itu untuk berbuka adalah sakit yang bila dibawa berpuasa akan menyebabkan satu mudharat atau
semakin parah penyakitnya atau dikhuwatirkan memperlambat kesembuhan.

“Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain
sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan
tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Wallahu A’lam.

3. Haid dan Nifas

Para ulama telah sepakat bahawa orang yang haid dan nifas tidak dihalalkan berpuasa, keduanya harus
berbuka dan mengqadha-nya di lain hari. Malah sekiranya keduanya berpuasa ia tidaklah sah.

“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha
puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” (Hadis Muslim, 335 (Kitab al-Haid))

4. Orang yang sudah tua (uzur/lemah)

11
Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma berkata: “Orang yang telah tua sama ada lelaki mahupun perempuan
yang tidak mampu untuk berpuasa haruslah dia memberi makan setiap hari (mengikut jumlah puasa
yang ditinggalkannya) seorang miskin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4505). Lihat Syarhus Sunnah
(6/316), Fathul Bari (8/180), Nail al-Authar (4/315))

Diriwayatkan dari ad-Daruquthni (2/207) dan disahihkannya, melalui jalan Manshur, dari Mujahid, dari
Ibnu Abbas, dia membaca: (yang ertinya): “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya
(jika mereka tidak berpuasa) supaya membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.” (al-
Baqarah, 2:184)

Kemudian beliau berkata: “Iaitu lelaki tua yang tidak mampu berpuasa dan kemudian berbuka, dia
harus memberi makan seorang miskin setiap harinya ½ sha’ gandum.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu: “Barangsiapa yang mencapai usia lanjut dan tidak mampu
melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, dia harus mengeluarkan setiap harinya (mengikut jumlah hari
puasa yang ditinggalkannya) 1 mud gandum.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/208) dalam sanadnya
ada Abdullah bin Shalih, dia dhaif, tapi hadis ini mempunyai syahid (penguat))

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: “Bahawasanya dia pernah tidak mampu untuk berpuasa
selama satu tahun, kemudian beliau membuat satu wadah Tsarid, dan mengundang 30 orang miskin
sehingga menjadikan mereka kenyang.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/207), sanadnya sahih)

5. Wanita yang hamil dan menyusukan anak

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah
kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin
Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku
pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau
bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”,
Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa.
Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke
atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan
menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana
tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-
Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-
Tirmidzi)

Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Fisiologi Wanita, Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: darah, hamil,
pesakit, puasa, uzur | 7 Comments »

Keliru Haid Ketika Puasa

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang
daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1
Ramadhan. Malam itu saya bersama
dengan suami.

12
Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur
coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak.
Adakah ianya dikira haid?

Jawapan oleh Abul Harith;

Apabila seorang perempuan melihat cecair putih atau kuning (yang keluar dari rahim selepas tamat
haid), dan dia tahu dia sepatutnya suci buat masa itu, maka dia perlu berniat untuk puasa pada malam
sebelumya dan harus meneruskan puasa.

Jika dia tidak pasti bila hari dia benar-benar suci, dia perlu memeriksanya dengan kain putih atau tisu.
Jika ia bersih, maka teruskan puasa. Jika ia mula berdarah semula sama ada mengalir ataupun
tompokan sahaja, maka dia perlu berhenti berpuasa selagi mana dia berada dalam tempoh haid (Fatwa
Lajnah Daimah, 10/154)

Jika tidak berdarah sehingga Maghrib dan dia terus berpuasa seperti yang telah diniatkan pada malam
sebelumnya, maka puasanya sah. Jika seorang perempuan merasa pergerakan darah haid dalam
badannya tapi ia tidak keluar sehingga terbenam matahari, puasanya sah dan tidak perlu diganti. Jika
darah haid atau nifas berhenti waktu malam dan dia berniat puasa, namun tidak sempat mandi wajib
bila fajar (azan Subuh) menjelang, puasanya masih sah menurut semua ulama. (Fath al-Bari, 4/148)

Begitu juga, jika seorang wanita tahu haidnya akan datang kesokan harinya, dia masih boleh teruskan
niat dan berpuasa. Dia tidak perlu buka puasa melainkan dia betul-betul melihat darahnya.

Rujukan : 70 Perkara Berkaitan Puasa oleh Syaikh Muhammad Salih al-Munajjid

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Seksual, Thaharah | Tagged: haid, puasa, ramadan | 9 Comments
»

Puasa Menurut Sains

Posted on Friday, 22 July, 2011 by Abul Harith

Oleh : Dr. Mohd Zamrin Dimon- Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM

Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi
dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai
sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat
digunakan sebagai sumber tenaga.

Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga.
Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.

Berdasarkan kepada fakta ini, seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa
makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air yang berterusan, dan tidak
terdedah kepada anasir-anasir toksik dan pencemaran seperti penyakit berjangkit.

Manfaat puasa

Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya.
Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti,
usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya
semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan.

13
Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan
kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan
sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang
memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.

Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan
keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama badan
tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Beberapa manfaat puasa:

Detoksifikasi

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau
meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa
dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan
dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.

Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk
badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori
bergantung pada tahap aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup
untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat
lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh
tubuh kita?

Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya
pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan
melalui kaedah yang disebut di atas.

Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang
disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air
kencing, peluh dan najis.

Proses penyembuhan

Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk
mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti
sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu
refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan
pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan
kita.

Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan
lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa membolehkan
sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain
terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan
yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan
ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.

14
Proses rejuvenasi/mempermuda

Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih
berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses
rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik. Selain dari produksi hormon
tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga bertambah penghasilannya
semasa puasa.

Meningkatkan ketajaman mental

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah, kemampuan
berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf
dihantar ke usus untuk proses penghadaman.

Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini
tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa. Pada awalnya kita akan berasa pening, sugul
dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin
yang ada selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.

Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan
berfikir lebih tinggi. Kita menjadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam
fikiran.

Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah semasa berpuasa kita kurang bergantung
kepada makanan secara emosinya, kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti
kafein, gula dan rokok. Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa, selepas 20 Ramadan.

Sumber : http://haluan.org.my

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: puasa, sains | 2 Comments »

Alkohol Dalam Ubat

Posted on Wednesday, 20 July, 2011 by Abul Harith

Soalan: Apakah hukum menggunakan alkohol dalam membasmi kuman pada luka dan percampurannya
dengan sebahagian ubat?

Jawapan:

Menggunakan alkohol untuk pembasmian kuman pada luka adalah dibenarkan disebabkan keperluan
terhadapnya. Dikatakan juga alhohol itu menghilangkan akal tetapi tidak memabukkan, kalau benar
dakwaan ini, maka alkohol bukanlah arak, jika tidak benar dakwaan ini, dan alkohol itu memabukkan
maka ia adalah arak, maka meminumnya adalah haram dengan nas dan ijmak.

Adapun penggunaannya tanpa meminum, ia perlu diperbahaskan, jika kita melihat kepada firman Allah
(maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung
nasib, adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu semua menjauhinya, mudah-mudahan
kamu beroleh kejayaan.” (al-Maidah:90). Maka (berdasarkan ayat ini) penggunaan yang bukan untuk

15
tujuan minuman juga adalah haram berdasarkan keumuman firmanNya: “Maka hendaklah kamu semua
menjauhinya.” (al-Maidah: 90)

Namun jika kita melihat kepada ayat yang berikutnya (bermaksud): “Hanyasanya syaitan itu
bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum arak
dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah
(kamu semua dari mengerjakannya).” (al-Maidah:91), Maka berdasarkan ayat ini, penggunaan arak
bukan untuk minuman adalah harus, disebabkan ketidakbolehan mengenakan illah ini ke
atasnya.Berdasarkan hal ini, kami berpandangan sebagai langkah berhati-hati, tidak boleh
menggunakan alkohol untuk wangian. Adapun untuk pensterilan (membasmi kuman) tidak mengapa
disebabkan ada keperluan dan ketiadaan dalil yang jelas melarangnya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata di dalam Majmu’ al-Fatawa m.s. 270, jld. 24

(maksudnya): “Berubat dengan memakan lemak babi adalah tidak boleh, adapun berubat dengan
melumurkannya (lemak babi) kemudian membasuhnya selepas itu, maka ia dibina di atas keharusan
menyentuh najis ketika tidak solat, tentang ini ada perbahasan yang masyhur, dan pendapat yang benar
ialah harus disebabkan keperluan. Dan apa yang harus untuk keperluan,maka harus untuk berubat
dengannya.”

Syeikh al-Islam telah membezakan di antara memakan dengan menggunakan sesuatu yang najis
dengan cara lain (bukan memakan). Maka bagaimana pula dengan alcohol yang bukanlah suatu yang
najis? Kerana jika alkohol itu belum menjadi arak maka kesuciannya adalah jelas dan jika ianya
arak, maka (pandangan) yang benar, arak itu juga bukanlah najis dilihat dari dua sudut:

Pertama: Tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisan arak. Jika tidak ada dalil, maka hukum asalnya
ialah suci. Tidaklah semestinya pengharaman sesuatu itu menjadikan zat benda tersebut sebagai najis.
(contohnya) Racun adalah suatu yang haram (dimakan/diminum), akan tetapi ia tidak pula dikira najis.
Adapun firman Allah taala (maksudnya):“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi,
berhala dan bertenung nasib itu adalah najis dari amalan syaitan..” Maka yang dimaksudkan dengan
najis di sini adalah najis maknawi bukan hissi, ia merupakan sifat, kerana tidak mungkin berjudi,
berhala dan bertenung nasib juga menjadi najis dari sudut hissi, maka ia dikira najis kerana termasuk
dalam perbuatan syaitan, dan syaitan bertujuan menimbulkan permusuhan dan kebencian, perkara ini
adalah pekerjaan najis dari sudut maknawi.

Kedua: al-Sunnah juga menunjukkan kesucian zat arak (hissinya). Di dalam Sahih Muslim daripada
Ibn ‘Abbas RA (menceritakan) seorang lelaki menghadiahkan kepada Rasulullah SAW satu uncang
arak. Lalu Rasulullah (SAW) bertanya kepadanya: “Apakah kamu tahu bahawa Allah (SWT) telah
mengharamkannya?” jawab lelaki itu: “Tidak.” Lalu lelaki itu berbisik kepada seseorang yang
berdekatan dengannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apa yang kamu bisikkan
kepadanya.” Lelaki itu menjawab: “Saya menyuruh dia menjual arak itu.” Lalu Nabi SAW
bersabda:“Sesungguhnya (Allah) yang mengharamkan meminumnya, mengharamkan juga
menjualnya.” Kata (Ibn ‘Abbas) “Lalu lelaki itu membuka uncang tersebut dan menuangkan arak yang
ada di dalamnya.”

Di dalam Sahih al-Bukhari, daripada Anas bin Malik RA, dimana beliau berada di rumah Abu Talhah
yang menghidang orang-orang yang ada di situ dengan minuman (khamar), lalu Nabi SAW menyuruh
seseorang melaungkan bahawasanya arak telah diharamkan. Kata Anas bin Malik, Abu Talhah berkata
kepadaku, pergilah kamu keluar dan buangkan ia, lalu aku keluar dan menuangnya, sehingga ia
mengalir di jalan-jalan Madinah.”

Kalaulah arak itu najis, dalam bentuk najis hissi, sudah pasti Nabi SAW akan menyuruh orang yang
menghadiahkan baginda uncang arak itu membasuh uncangnya, sepertimana ketika diharamkan daging
keldai sewaktu peperangan Khaibar, di mana Nabi SAW bersabda: “Buangkan (daging keldai yang ada
di dalam bekas) dan pecahkan bekas itu.”Lalu seseorang berkata: “Atau kami buangkan (isinya) dan
kami basuh bekasnya.” Jawab baginda: “Atau membasuhnya.”

Kemudian kalaulah arak itu najis hissi, orang-orang Islam tidak akan membuangnya di jalan-jalan di
Madinah, kerana tidak boleh membuangkan najis dijalan-jalan yang dilalui manusia.

16
Al-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha berkata di dalam Majmu’ah Fatawa al-Manar, m.s. 1631, secara
ringkasnya.“Alcohol adalah bahan yang suci, penting di dalam perubatan dan dalam banyak industry,
penggunaannya dalam perubatan tidak terkira banyaknya, mengharamkan penggunaannya ke atas
orang Islam akan menghalang perkembangan ilmu dan banyak perkara yang merupakan sebab utama
Eropah mendahului umat islam, seperti kimia, farmasi, perubatan dan pembuatan, dan jika diharamkan
penggunaannya, ia akan menjadi sebab kematian ramai dikalangan pesakit dan orang-orang yang
tercedera atau akan memanjangkan tempoh kesakitan mereka dan menambahkan kesakitan.” Ini adalah
satu ungkapan yang baik dan kukuh dari Muhammad Rasyid Redha RH.

Adapun tentang sebahagian ubat yang bercampur dengan alcohol, sesungguhnya ia tidak menjadikan
ubat itu haram, jika percampuran itu sedikit yang tidak menzahirkan kesannya, seperti yang dinyatakan
oleh para ulama. Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy berkata: “Tepung jika diuli bersama arak, dibakar
menjadikannya roti dan di makan (orang itu) tidak dikenakan hukuman Had (kerana tidak dikira
meminum/memakan arak), kerana api telah menghilangkan bahagian-bahagian arak, ia tidak ada lagi
melainkan kesannya sahaja.” (al-Mughniy, m.s. 306, jld: 8).

Di dalam al-Iqna’ dan Syarahnya dinyatakan: “Walaupun dicampurkan – benda yang memabukkan itu

(arak) – dengan air, kemudian air itu menghilangkannya/memusnahkannya, kemudian air itu diminum,
orang yang meminumnya tidak di hukum had, kerana ia telah musnah di dalam air, dan dia tidak
mengambil alih nama air itu, atau ia digunakan untuk berubat luka, orang ini juga tidak dikenakan
hukuman had, kerana dia tidak mengambil benda yang memabukkan itu sebagai minuman dan tidak
juga yang semakna dengan minuman.” (al-Iqna’, m.s. 71, jld: 4) Inilah kesimpulan (kandungan)
daripada athar dan penelitian.Adapun athar sebagai hujjah dalam masalah ini, telah diriwayatkan dari
Nabi SAW yang bersabda: “Air itu suci, tidak menajiskannya sesuatu, melainkan jika berubah bau, rasa
dan warnanya dengan najis yang ada di dalamnya.” Sekalipun ungkapan berubah bau, rasa dan warna
itu ada kelemahan padanya, namun para ulama telah bersepakat tentangnya. Bentuk petunjuknya, ialah
jika terjatuh sesuatu najis di dalam air, dan air itu tidak berubah, maka air itu kekal kesuciannya,
demikian juga arak, apabila bercampur dengan benda lain yang halal, dan jika arak itu tidak memberi
kesan kepada benda yang halal tersebut, maka benda itu kekal kehalalannya.Di dalam Sahih al-Bukhari
yang diriwayatkan secara ta’lik dinyatakan: Abu Darda’ membuat al-Murriy (sejenis makanan Arab)
bersama ikan yang digaramkan, diletak (diperam) di dalam khamar kemudian dijemur di bawah
matahari, sehingga bertukar rasa arak tersebut. Athar ini bermaksud; Ikan yang ada garam tersebut
dijemur di bawah matahari, menghilangkan arak tersebut dan ianya menjadi halal.

Fakta ini perlu diperhatikan, kerana arak hanya diharamkan disebabkan sifat yang ada padanya iaitulah
memabukkan. Apabila sifat ini (memabukkan) telah tiada, tiadalah pengharamannya. Ini kerana hukum
(sesuatu perkara) berlegar bersama illahnya (sebab hukum), kewujudan atau ketiadaannya hukum.

Sebahagian orang menyangka benda yang bercampur dengan arak menjadi haram secara mutlak,
walaupun arak yang bercampur itu sedikit, dimana tidak timbul lagi kesannya, dan mereka menyangka
inilah maksud hadith: “Apa yang memabukkan dalam jumlah banyak, maka sedikitnyapun
haram.” Mereka berpendapat, inilah hukum arak yang sedikit, banyaknya memabukkan, maka
sedikitnyapun haram. Yang lain pula berkata: “Arak yang sedikit telah hilang di dalam sesuatu yang
lain, dan tidak ada lagi sifat (arak) dan hukumnya (juga tiada), maka hukumnya berdasarkan apa yang
banyak sifatnya. Adapun hadith:“Apa yang memabukkan banyaknya, maka sedikitnyapun adalah
haram.” Maknanya ialah jika minuman itu banyak, ia memabukkan sipeminum, dan jika sedikitnya
tidak memabukkan, maka yang sedikit ini juga tetap haram (kerana ianya arak dan kekal sifatnya
sebagai arak), kerana pengambilan yang sedikit ini, sekalipun tidak memabukkan, menjadi haram
sebagai menyekat dari mengambil yang banyak. Ini dijelaskan lagi di dalam hadith ‘Aisyah RA, Sabda
Nabi SAW:“Setiap yang memabukkan itu haram dan apa yang memabukkan sebanyak 16 ritl, maka
satu telapak tangan juga adalah haram.”

Makna hadith ini, jika terdapat minuman yang tidak memabukkan melainkan jika diambil sebanyak 16
ritl, maka satu tapak tangan juga adalah haram (walaupun tidak memabukkan). Inilah maksud sabdaan
Nabi SAW: “Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram.”

Sumber: Fatwa wa Rasail al-Syeikh Muhammad Soleh al-‘Uthaimin, jilid 11, bab Izalah al-Najasah.

17
Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad bin Soleh al’Uthaiman

Diterjemahkan oleh Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Juanda bin Jaya.

Link : http://mufti.perlis.gov.my/

Filed under: Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: alkohol, ubat | 1 Comment »

Ubat Kanser dari Sel Khinzir

Posted on Friday, 3 June, 2011 by Abul Harith

Apakah hukumnya bagi pesakit kanser seperti saya yang telah mengambil dan menjalani rawatan
perubatan yang disarankan oleh doktor pakar yang memaklumkan bahawa terdapat sel khinzir yang
yang terkandung dalam ubat tersebut. Majlis fatwa negara- negara timur tengah membenarkan. Maka
itu saya bersetuju demi untuk pulih dan anak-anak yang masih kecil. Kini saya dalam dilema samada
meneruskan atau berhenti rawatan, apakah ALLAH akan mengampuni dan menerima tindakan saya
selama ini. Bagaimana dengan amalan saya apakah diterima?

Jawapan oleh Abul Harith, Admin Fiqh Medic:

Terima kasih Puan atas pertanyaan. Saya mendoakan agar ALLAH memberi kesembuhan dari sakit
yang dihidapi dan Puan terus tabah menghadapi ujian ILAHI ini.

Saya juga amat hargai andai Puan dapat lebih spesifik menyatakan contoh ubat-ubatan atau prosedur
yang diterima agar saya dan pembaca dapat menyelidik lebih lanjut tentang proses pembuatan dan
kandungan ubatnya, seterusnya dapat memberi rumusan yang lebih tepat.

Merujuk kepada soalan Puan, izinkan saya memberi respon secara umum. Secara ringkas, menerima
rawatan dari ubat-ubatan yang berasal dari khinzir adalah harus dan tiada masalah atas faktor-faktor
berikut:

1. Proses Istihalah

Kebanyakan ubat yang dihasilkan adalah bahan sintesis daripada khinzir yang telah berubah zatnya dari
segi kimia atau fizikal. Maka ia bukanlah lagi secara langsung sama seperti bahagian atau cairan dari
khinzir. Konsep ini di sisi Islam dinamakan ‘ISTIHALAH’ ataupun proses perubahan zat.

Maka, hukumnya adalah HARUS dan HALAL digunakan. Maka siapakah yang mahu mengharamkan
apa yang telah halal?

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari
rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang
yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya
tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-
ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.”  Al-A’raf:32

Namun, kita juga akui dalam konteks Malaysia yang rata-rata memakai Mazhab Syafie’ tidak
menerima konsep Istihalah. Bagaimanapun, yang terbaik bagi doktor dan pesakit ialah mengambil
pendapat yang memudahkan urusan mereka yang bertujuan merawat dan menyelamatkan nyawa.

2. Darurat mengharuskan yang Haram/Dilarang 

18
Jika ubat tersebut mempunyai bahan khinzir yang jelas haram secara zahirnya sekalipun dan tidak
melalui proses perubahan zat (Istihalah), ia tetap dibolehkan bagi tujuan rawatan. Ini kerana Darurat
yang wujud iaitu untuk menyelamatkan nyawa membolehkan kita menggunakan bahan haram.

Ini berdasarkan Kaedah Fiqh yang masyhur, “Ad-Dharurat Tubiihu al-Mahzhurat” yang bermaksud
‘Keadaan Darurat Membolehkan Melakukan Yang Dilarang’.

Menyelamatkan nyawa adalah antara 5 darurat yang diiktiraf agama dan yang paling tinggi selepas ad-
Din (agama) seperti yang terkandung dalam “ad-Dharuriyat al-Khams”.

Justeru, menurut Kaedah Fiqh dan Maqasid Syar’iyyah, menggunakan bahan dilarang adalah harus
untuk menyelamatkan nyawa yang sememangnya Wajib dilindungi. Begitu juga, dalam kes Puan,
adalah harus bahkan wajib menggunakan segala jenis bahan walaupun haram untuk menyelamatkan
nyawa.

3. Fatwa ulama’ Timur Tengah / Eropah

Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ negara timur tengah mahupun Eropah adalah hasil ijtihad mereka
yang bersungguh-sungguh. Maka, fatwa mereka boleh dipakai dan tidak boleh dibatalkan walaupun
ada ijtihad atau fatwa yang menyanggahinya.

Kaedah Fiqh menyatakan, “al-Iltihad la Yunqadhu bi Misthlih” yang bermaksud ‘Ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan Ijtihad yang serupa’

Apatah lagi sepanjang pengkajian penulis, Ijtihad dan fatwa dari ulama’ Timur Tengah dan Eropah
kebanyakannya lebih realistik dan praktikal dalam isu perubatan semasa. Ramai di kalangan doktor di
Timur Tengah mendalami ilmu Fiqh dan Syariah. Manakala ulama’ Eropah yang selalu bergelumang
dengan situasi masyakat yang pelbagai dan teknologi yang maju di Barat akan menatijahkan pandangan
yang lebih terbuka dan adil.

Sebagai contoh, Dr. Nazih Hammad, ahli Fiqh Council of North America dan Akademi Fiqh Islam dari
Kanada memutuskan hormon insulin, kolagen, gelatin atau sabun dari khinzir adalah halal kerana telah
melalui proses Istihalah.

4. Perakuan doktor pakar

Perakuan dan syor doktor yang pakar dalam hal ini sudah cukup untuk dijadikan sandaran untuk
diterima sebagai keharusan rawatan tersebut. Jika doktor tersebut mengakui bahawa ubat tersebut
terbukti menyembuhkan dan adalah pilihan terbaik walaupun ia haram, maka syor doktor tersebut
harus diterima.

Pandangan pakar atau ahli dalam sesuatu bidang diiktiraf di sisi perundangan Islam dan dipanggil
‘Ghalib Zhan’ atau ‘sangkaan yang kuat’ yang hampir menghampiri tahap ‘Yakin’.

Akhirnya, mengenai keampunan dan penerimaan amalan, itu semua adalah urusan ALLAH. Dari segi
hukum, rawatan yang diterima Puan adalah harus, tidak haram, dan tiada kaitan dengan soal
tertolaknya amal kebaikan Puan. Apatah lagi ini semua adalah ujian TUHAN untuk memperteguh
keimanan kepada-NYA (al-Ankabut: 2). Dan ALLAH itu MAHA ADIL, DIA tidak akan menguji
hamba-NYA diluar dari kemampuan hamba itu (al-Baqarah: 286).

WabiLLAHi Taufiq, waLLAHu a’lam.

Filed under: Doktor & Pesakit, Ubat-ubatan | Tagged: babi, istihalah, kanser, khinzir, maqasid, ubat | 2
Comments »

19
Kaedah Khitan Wanita

Ada kajian, ramai perempuan ada masalah dalam seks berpunca daripada khatan. Perlu pencerahan ni.
Contohnya; khatan bagaimana?

Berikut adalah petikan jawapan Abul Harith dari ruangan Soal Jawab Perubatan, Al-Fikrah.net.
Dilampirkan di sini untuk perkongsian agar dapat merungkaikan kekeliruan ulama’ juga ahli sains
Muslim mahupun non-Muslim tentang isu khatan wanita.

As-Salamua’laykum..

Majoriti ulama’ mengatakan khitan lelaki hukumnya Sunnah. Namun ia disyariatkan dan fitrah, maka
ia dituntut. Ia boleh diqiaskan juga dengan hukum azan, ianya Sunnah tidak sampai Wajib mengikut
majoriti ulama’. Tapi semua sepakat azan adalah Syariat Islam.

Bagi khitan lelaki, tuntutan khitan juga wujud atas alasan bersuci (thaharah), supaya kulup (smegma)
tidak bertakung pada alat sulit lelaki. Namun bagi wanita, tuntutan berkhatan tiada kaitan dengan
Thaharah, melainkan mafhum hadis untuk memuliakan wanita, menerangkan & menyenangkan wajah
suami.

Izinkan pula saya kupas dari sudut sains perubatan tentang khitan wanita ini untuk menjawab soalan
ini.

Khitan wanita biasanya dilakukan dengan dua cara;

1. Memotong sedikit atau menyiat clitoris/kelentit

Clitoris (kelentit) adalah lebihan di atas bukaan faraj. Ia sarat dengan saraf (nerve). Oleh itu, ia adalah
tempat paling sensitif apabila diransang.

1.1. Dalam amalan khitan wanita terutama di sebahagian negara Afrika, clitoris ini dipotong secara
total. Maka apabila berkahwin, wanita tersebut akan mengalami masalah seks kerana kurang
terangsang semasa seks penetratif. Ini akan beri tekanan kepada suami mahupun isteri. Walaupun ada
mengatakan G-spot adalah tempat paling sensitif, tapi ia masih teori yang subjektif.

1.2 Terdapat juga wanita yang mudah terangsang apabila clitoris yang sarat dengan saraf bergesel
dengan baju, kain ataupun semasa seks penetratif. Ini memberi masalah kepada wanita kerana terlebih
ransangan boleh menyebabkan orgasm pramatang. Jadi, khitan semasa kecil dengan mengguris sedikit
clitoris boleh mengurangkan rangsangan tersebut apabila kumpulan saraf yang sarat itu ‘dipecahkan’,
tapi tidaklah sampai hilang kesemuanya.

2. Menjahit atau memotong kulit permukaan faraj (labia majora & labia minora)

Lipatan kulit pada permukaan faraj terbahagi kepada dua bahagian, iaitu labia majora (bahagian luar)
dan labia majora (sebelah dalam).

2.1 Terdapat masyarakat yang mengkhatankan wanita dengan memotong labia majora & labia minora
(kulit luar faraj) dengan sedikit ataupun keseluruhannya termasuklah kelentit. Ini menyakitkan dan
tiada faedah mahupun kepentingan dari sudut perubatan. Ini diamalkan di banyak negara Afrika
sehingga anak gadis tersebut ditambat pada pokok untuk dipotong. Inilah yang digambarkan buruk oleh
journalis barat tentang khitan wanita.

2.2. Ada juga masyarakat yang menganggap khitan wanita dengan menjahit kulit permukaan faraj
(labia majora & labia minora) untuk menutupnya secara sebahagian atas alasan menjaga kehormatan.
Jadi bukaan faraj akan jadi kecil, dan ini memberi masalah kepada wanita bila kahwin kerana suami

20
tidak boleh adakan seks penetratif. Maka, ia terpaksa dibedah untuk membukanya semula. Dikhabarkan
juga ada yang menjahitnya secara total, dan ia tidak logik kerana menyukarkan wanita untuk kencing.

Kesimpulan

Kaedah khitan wanita 2.1 (memotong kulit luar faraj secara total atau sebahagian) tidak membawa apa
faedah, tidak mencapai matlamat syara’ malahan memudaratkan Muslimah tersebut. Apatah lagi
memberi persepsi salah kepada Islam.

Kaedah khitan 1.1 (memotong kelentit secara total) dan 2.2 (menjahit untuk menutup lubang faraj) juga
tidak memenuhi maksud syariat, bahkan memberi mudarat kepada wanita & pasangannya apabila
berkahwin.

Kaedah 1.2 (mengguris/menyiat sebahagian kelentit) adalah menepati seperti yang dianjurkan hadis
demi kemuliaan wanita untuk mengurangkan potensi ransangan syahwat. Ia bukanlah wajib. Tidak
mengapa jika tidak dilakukan. Dan sangat digalakkan jika didapati wanita tersebut sangat mudah
teransang.

Akhirnya, mengetahui penjelasan sains perubatan & maksud syariah amat penting bagi umat Islam
dalam menentukan teknik khitan wanita yang dituntut, agar tiada mudarat kepada wanita & bakal
suaminya di masa kelak.

WaLLAHu a’lam.

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Pembedahan, Prosedur Perubatan, Seksual, Thaharah | Tagged:
clitoris, faraj, khatan, khitan, labia | Leave a Comment »

Derma Darah Kepada Non-Muslim

Posted on Saturday, 23 April, 2011 by Abul Harith

Apakah diizinkan dalam Islam untuk menderma darah kepada non-Muslim?

Berkenaan dengan soalan anda, kita perlu jelas bahawa Islam membawa seluruh kebaikan dan
kebajikan kepada umat manusia. Muslim diperintahkan untuk menjaga hubungan baik dan bermurah
hati kepada semua manusia. Oleh itu, seorang Muslim dibenarkan untuk menderma darah kepada non-
Muslim.

Dalam responnya kepada soalan ini, Dr. Muzammil Siddiqi, Presiden Islamic Society of North
America menyatakan;

Transfusi darah untuk tujuan perubatan diizinkan dalam Islam. Adalah dibenarkan untuk menerima
darah dari non-Muslim dan dibenarkan juga memberi darah kepada non-Muslim. Hal-hal sebegini
berkaitan dengan nyawa manusia.

Alasan yang diberi bahawa Islam mendidik kita untuk memberi makan kepada yang lapar, menjaga
yang sakit dan menyelamatkan nyawa manusia. Dalam hal ini, tiada bezanya di antara nyawa seorang
Muslim dan bukan Muslim.

Sumber : dialihbahasa dari Bank Fatwa, http://www.islamonline.net

Filed under: Prosedur Perubatan, Transplan Organ | Leave a Comment »

Menolak Pembedahan

Posted on Monday, 11 April, 2011 by Abul Harith

21
Soalan : Seorang pemuda telah diberitahu bahawa dia perlu menjalani pembedahan, dan jika dia
memilih untuk menolak pembedahan itu, dia akan mati. Jika dia menjalani pembedahan, terdapat
peluang cerah yang dia akan hidup. Andai dia menolak pembedahan itu, apakah dia dikira membunuh
diri?

 Dijawab oleh Sheikh Mûhammad al-Ghâmidî, Professor di King Khâlid University

Pembedahan adalah satu bentuk rawatan perubatan.

Ulama-ulama berselisih pendapat tentang hukum mendapatkan rawatan perubatan apabila terdapat
keperluan bagi pesakit itu. Sebahagian berkata ianya wajib untuk menjalani rawatan perubatan jika
nyawa seseorang bergantung atasnya. Yang lain pula berpendapat tidak wajib.

Sebahagian ulama agung yang lepas membahagi rawatan perubatan kepada yang digalakkan, yang
wajib, dan yang ditegah. Rawatan perubatan, menurut mereka menjadi wajib jika nyawa seseorang itu
bergantung kepadanya. Ia mengambil hukum yang sama seperti makan khinzir atau bangkai untuk
menghilangkan kelaparan semasa kebuluran.

Jadi, apabila orang itu diberitahu oleh doktornya tentang keadaannya yang serius dan kegagalan
menjalani pembedahan akan menyebabkan kematian, dan pembedahan itu lebih kepada kejayaan, maka
kami mengatakan adalah wajib untuk dia menjalani pembedahan itu. Dengan melakukan demikian, dia
berjaya menyalamatkan satu nyawa manusia.

Walaubagaimanapun, kami tidak pergi jauh dengan mengatakan dia terlibat bunuh diri jika dia
menolak untuk menjalani pembedahan. Dia akan melakukan dosa, tapi tidaklah seteruk dosa seseorang
yang bunuh diri.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

Filed under: Pembedahan, Prosedur Perubatan | Leave a Comment »

Hukum Suntikan Imunisasi

Posted on Tuesday, 15 March, 2011 by Abul Harith

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah hukum berubat dengan imunisasi
sebelum ditimpa apa-apa penyakit?

Jawapan:
La ba’sa (tiada masalah) berubat dengan cara seperti itu jika dikhuatiri ditimpa penyakit kerana adanya
wabak atau sebab-sebab lainnya. Dan tidak masalah menggunakan ubat untuk menolak atau
menghindari wabak yang dikhuatiri akan merebak. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam di dalam hadits shahih.

“Ertinya : Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, dia tidak akan terkena
pengaruh buruk sihir atau racun”

Ini termasuk tindakan mencegah penyakit sebelum terjadi. Demikian juga jika dikhuatiri timbulnya
suatu penyakit dan dilakukan imunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di suatu tempat atau di
mana saja, maka hal itu tidak masalah, kerana hal itu termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana
penyakit yang datang diubati, demikian juga penyakit yang dikhuatiri kemunculannya.

Tetapi tidak boleh menggunakan tangkal-tangkal untuk menghindari penyakit, jin atau pengaruh mata
yang jahat. Ini kerana Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam melarang daripada perbuatan itu. Beliau

22
Shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah menjelaskan itu termasuk syirik kecil. Kewajipan kita harus
menghindarinya.

(Fatawa Syaikh Abdullah bin Baz. Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun X/1427/2006M.
Dikutip dari kitab Al-Fatawa Al-Muta’alliqah bi Ath-Thibbi wa Ahkami Al-Mardha, hal. 203. DArul
Muayyad, Riyadh)

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Leave a Comment »

Ubat Anti Tekanan

Posted on Sunday, 13 March, 2011 by Abul Harith

Soalan : Bolehkah seorang yang mengalami tekanan khususnya terkanan selepas bersalin (post-partum
depression) mengambil ubat (dadah) anti tekanan yang disyorkan oleh pakar psikologi non-Muslim.

Dijawab oleh Sheikh `Abd Allah al-Zâyidî, Professor di Universiti al-Imâm

Ubat penggalak Serotonin seperti Prozac dan pelbagai jenis ubat anti tekanan lain adalah dibenarkan
jika dia disyorkan oleh doktor yang layak.

Kebenaran ini bergantung kepada situasi di mana ubat (dadah) tersebut benar-benar diperlukan oleh
pesakit. Ubat tersebut juga perlu dipastikan tidak menyebabkan keracunan atau ketagihan.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : http://islamtoday.com

Filed under: Psikologi & Psikiatri, Ubat-ubatan | 1 Comment »

Menyuntik Hormon Pertumbuhan Untuk Tinggi

Soalan : Adakah boleh untuk mengambil suntikan hormon pertumbuhan untuk meninggikan ketinggian
seseorang?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Saya berpegang dengan pendapat bahawa mengambil suntikan sebegini adalah dibenarkan jika
berjumpa dengan dua keadaan berikut;

1. Terdapat laporan perubatan yang jelas yang memerlukannya, contohnya apabila seseorang itu
rendah atau pendek secara berlebihan dan nyata dalam keadaan sangat tidak normal. Dalam
kes ini, suntikan sedemikian dikira sebagai rawatan perubatan.
2. Bahawa tidak terdapat bahaya dan mudarat jangka pendek atau panjang kepada pesakit akibat
dari mengambil suntikan ini. Hal ini perlu ditentukan oleh doktor pakar yang dipercayai.

Menyebabkan kemudaratan adalah tidak dibenarkan. Rasul ALLAH s.a.w bersabda, ”Tidak boleh
memudaratkan (diri sendiri) ataupun menyebabkan mudarat (kepada orang lain)”

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

23
Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | 2 Comments »

Preimplantation Genetic Diagnosis

Posted on Sunday, 20 February, 2011 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum Islam tentang teknologi Preimplantation Genetic Diagnosis?

Dijawab oleh Abul Harith

Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) atau Embryo Screening adalah prosedur untuk
mengenalpasti penyakit genetik yang mungkin dibawa bayi tersebut. Memandangkan PGD ini hanya
boleh dilakukan bagi mereka yang melakukan kaedah IVF, maka hukumnya juga tertakluk kepada
kaedah IVF. Dengan kata lain, pasangan tertentu yang dibenarkan melakukan IVF, maka dibenarkan
melakukan PGD.

Sila rujuk http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/21/mendapat-anak-dengan-kaedah-persenyawaan-

luar-rahim/

Syarat-syarat yang membolehkan PGD semasa IVF adalah;

- sperma dan ovum adalah dari pasangan yang sah kahwin

- tidak dibenarkan ditumpangkan kepada wanita lain

- mendapat perakuan doktor tentang ketidakupayaan pasangan terbabit mendapatkan anak secara
biasa melainkan melalui kaedah IVF

Teknologi PGD adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit genetik pada embryo sebelum diimplant
ke rahim si ibu. Adalah tidak munasabah bagi mereka yang membayar harga mahal untuk melakukan
IVF, akhirnya diletakkan embryo yang berpenyakit di dalam rahimnya.

Selain itu, terdapat beberapa pra-syarat yang membolehkan PGD dilakukan. Antaranya;

- Pasangan yang salah satu dari mereka mempunyai sejarah keluarga yang mewarisi atau
membawa genetik penyakit tersebut ataupun pengidap penyakit genetik.

- Wanita yang berumur 35 tahun ke atas (pemeriksaan untuk aneuploidy kerana umur si ibu)

- Wanita dengan kes keguguran berulang, yang mungkin disebabkan oleh nombor kromosom yang
tidak normal, sama ada dari sebelah lelaki atau wanita.

- Pasangan dengan kes translokasi kromosom (chromosome translocations), yang menyebabkan

kegagalan implantasi, keguguran berulang dan masalah mental atau fizikal kepada zuriat.

- Pasangan yang mempunyai kes kegagalan IVF yang berulang

- Lelaki yang tidak subur yang memerlukan intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Kontroversi yang biasa dikaitkan dengan PGD adalah penyalahgunaan untuk pemilihan jantina “sex
selection” yang digemari pasangan sahaja. Maka, PGD adalah HARAM jika sudah melibatkan
pemilihan jantina. Kerana ia tiada bezanya dengan amalan masyarakat jahiliah terdahulu yang
menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup.

24
WaLLAHu a’lam.

Rujukan : http://www.emedicine.com/MED/topic3520.htm

Filed under: Genetik, O & G, Prosedur Perubatan | Tagged: bayi, Genetik | 1 Comment »

Akikah Bayi Yang Meninggal

Posted on Sunday, 13 February, 2011 by Abul Harith

Soalan: Saya melahirkan anak dalam sudah tidak bernyawa. Apakah saya boleh membuat
akikah untuknya?

Jawapan: Sekiranya dia lahir atau janin yang gugur dalam keadaan telah ditiupkan ruh, iaitu setelah
berlalunya empat bulan ibunya mengandungkannya maka boleh diakikahkan untuknya. Ini kerana ia
layak dinamakan bayi.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Ibadah, O & G | Leave a Comment »

Uri Bayi Untuk Produk Kosmetik

Posted on Monday, 17 May, 2010 by Abul Harith

Soalan : Saya ditanya oleh seorang ketua jururawat di hospital besar tentang pandangan Islam terhadap
pengurusan placenta (uri bayi selepas lahir). Saya percaya soalan ini timbul berdasarkan fakta bahawa
terdapat syarikat kosmetik menggunakan placenta untuk menghasilkan produk kecantikan. Soalan
jururawat tersebut adalah adakah satu kewajipan untuk mengebumikannya ataupun dibenarkan untuk
diberi kepada pihak ketiga.

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di Universiti King Khâlid, Abhâ

Uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana
bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik oleh syarikat atau sesiapa sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh didermakan untuk kegunaan terdesak kepada orang lain jika terdapat
keperluan perubatan untuk rawatan.

Filed under: Fisiologi Wanita, Pengamal Perubatan, Ubat-ubatan | 2 Comments »

Solat Dalam Keadaan Hadas Kerana Uzur

Soalan: Apakah hukum jika sesuatu keluar dari qubul dan dubur? Bagaimana jika seseorang
mengeluarkan angin dari duburnya, walaupun dia telah mengambil wuduk lebih dari lima kali?
Bagaimana pula jika dia terus melakukan solat itu. Adakah dikira darurat?

25
Jawapan:

Pertama, masalah sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terlalu banyak seperti air mani, air mazi, air
wadi, air kencing, tahi, darah haid, darah istihadoh dan darah nifas. Kesemua perkara berikut berbeza
hukumnya. Umpamanya, jika air mani keluar seseorang wajib mandi junub. Jika air kencing pula dia
wajib membasuhnya.

Kedua, mengeluarkan angin dengan sengaja tanpa keuzuran jelas membatalkan wuduk. Namun, jika
penyakit berlanjutan seperti kembung sekali sekala tidak mengapa. Dalam hal ini, seseorang perlu
berwuduk setiap kali ingin menunaikan solat. Tidak perlu menghiraukan kentut yang keluar.

Ketiga, sah solat orang yang bernyakit seperti wanita yang mengalami darah penyakit (istihadoh).
Begitu juga dengan lelaki yang mengalami kencing tidak lawas (dedas) dan sebagainya. Walahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Thaharah | Tagged: Add new tag, darah, hadas, mani, mazi,
najis, solat, uzur | 1 Comment »

Mengawal Kelahiran

Soalan : Adakah mengawal kelahiran diizinkan dalam Islam

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, mantan Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh

Penggunaan ubat-ubatan atau apa sahaja bentuk kawalan kelahiran yang akan mencegah kehamilan
secara kekal (pemandulan) adalah tidak dibenarkan melainkan si ibu tenat atau berada dalam situasi di
mana doktor memutuskan bahawa kehamilan boleh membahayakannya. Dalam kes sebegini, seorang
wanita boleh mengambil langkah kekal untuk mengelak kehamilan. Ianya merujuk kepada pemandulan
kekal ataupun kaedah lain.

Mengawal kelahiran diizinkan untuk semua wanita dalam bentuk merancang waktu kehamilan patut
berlaku. Ia boleh dipraktikkan, apabila dan selama mana ia diperlukan bagi wanita untuk menangguh
dari kehamilan. Sebarang bentuk kawalan kelahiran boleh diamalkan walaupun tanpa keperluan
perubatan/kesihatan, selagi mana ia tidak menyebabkan kemandulan berterusan.

Prinsip umum dalam hal ini adalah dibenarkan melainkan apabila ada bukti khusus yang menyatakan
sebaliknya. Tambahan pula, sebahagian Sahabat mengamalkan al-`Azl (menarik alat sulit supaya mani
terpancut di luar rahim) semasa zaman Nabi s.a.w. dan Baginda tidak melarang mereka berbuat
demikian.

Filed under: Fisiologi Wanita, O & G | 2 Comments »

Bedah Siasat atau Autopsi Jenazah

Posted on Sunday, 16 May, 2010 by Abul Harith

Soalan : Apakah hukum melaksanakan kaedah autopsy/bedah siasat ke atas mayat dan berikan dalil
yang mengesahkan pernyataan tersebut..

26
Jawapan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah
memutuskan;

“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan
(dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si
mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya
masih hidup.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam
membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah
telah memutuskan;

“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat
dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca
kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.”

Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat Clinical

Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau
kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan
kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan
perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan
kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

ii. Bedah siasat Medicolegal

Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati lemas,
kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan
mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah
siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

Keperluan Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat mayat dilakukan kerana ia keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran
dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.

ii. Bedah siasat mayat dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan
setelah mayat dikebumikan.

iii. Hasil bedah siasat mayat dapat digunakan bagi menyelamatkan dan melindungi orang ramai
daripada penyakit berjangkit yang berbahaya pada masa akan datang.

iv. Bedah siasat mayat dapat menambah ilmu dan ke-pakaran dalam m bidang perubatan.

v. Kajian daripada hasil bedah siasat mayat dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian
hidup masyarakat.

Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-

27
undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak
(dharuriyyat dan hajiyat)

ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT ISLAM

Kaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang
terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya;

1. Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia

Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah
menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup
supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup
tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang
lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70
yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-
lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

2. Menyegerakan urusan bedah siasat mayat

Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak
syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu
menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu
telah melepaskan kejahatan dari bahumu”. (Riwayat Muslim)

3. Kebenaran Waris

i. Bagi kes-kes bedah siasat clinical, Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada
waris untuk melakukan bedah siasat.

ii. Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenaran dari waris tidak diperlukan untuk melakukan
bedah siasat.

4. Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar)

Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan
kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/mematahkan tulang mayat sama seperti
memecahkannya/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)

5. Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja

Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan
kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh
dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat
pembedahan dan mengenalpasti sebab-sebab kematian. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu
‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya.

28
Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan –
PANEL SJAI 160608

Filed under: Etika Perubatan, Pembedahan, Prosedur Perubatan | Tagged: autopsi, bedah, etika,
jenazah, mayat | 3 Comments »

Mengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa

Posted on Wednesday, 23 September, 2009 by Abul Harith

Soalan : Adakah mengambil sedikit darah di siang bulan Ramadhan untuk pemeriksaan perubatan atau
derma darah membatalkan puasa ?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Jika seseorang mengambil sedikit darah yang tidak menyebabkan tubuhnya lemah, maka hal itu tidak
membatalkan puasanya. Darah boleh diambil samada untuk pemeriksaan kesihatan atau pemindahan
darah kepada orang lain (blood transfusion) ataupun untuk didermakan kepada seseorang yang
memerlukannya.

Tapi jika pengambilan darah itu dalam jumlah yang banyak yang menyebabkan lemah tubuh badan,
maka hal itu membatalkan puasa. Hal ini diqiyaskan kepada berbekam yang telah ditetapkan oleh As-
Sunnah bahawa hal itu membatalkan puasa. Berdasarkan hujah ini, seseorang yang tengah
melaksanakan puasa wajib, seperti puasa Ramadhan, tidak boleh mendermakan darah dalam jumlah
banyak, kecuali apabila terpaksa (darurat). Kerana dalam keadaan ini bererti dia telah batal puasanya
sehingga dibolehkan makan dan minum pada baki hari tersebut. Kemudian dia mengqadha pada hari
lain di luar bulan Ramadhan.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: darah, puasa, suntikan | 2 Comments »

Cuci Darah (Hemodialisis) Semasa Puasa

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum mencuci darah (hemodialisis) bagi penderita sakit ginjal yang sedang berpuasa.
Adakah dia harus qadha atau tidak ?

Dia wajib mengqadha kerana adanya tambahan darah bersih, dan jika ditambahkan zat lain, maka itu
juga sebab pembatalan puasa.

Komen Webmaster : Hemodialisis tidak membatalkan puasa selagi darah yang dicuci itu adalah darah
sendiri (darah keluar masuk adalah darah yang sama dari pesakit). Namun jika berlaku pertambahan
darah baru dari sumber lain dan dimasukkan zat tambahan, maka puasanya terbatal. WaLLAHu a’lam.

29

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: darah, puasa | 3 Comments »

Puasa Wanita Istihadhah

Soalan : Minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa,
sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti. Harap dapat
keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat,
terima kasih.

Jawapan:

Hukum wanita istihadhah (darah kerana sakit) adalah sama dengan hukum wanita suci dalam banyak
permasalahan. Maka wanita istihadhah wajib sembahyang fardhu, wajib puasa Ramadhan, boleh
berpuasa sunat, dan boleh berpuasa ganti ketika waktu istihadhah itu.
Yang menghalang daripada puasa ialah: Haidh dan Nifas sahaja.

Ini adalah pendapat semua keempat-empat mazhab.

Rujukan:
-Badai’ Sanaie 1/161 (mazhab Hanafi)

-al-Talqin m/s 73 (mazhab Maliki)

-al-Majmuk 2/417 (Mazhab Syafie)

-Fatwa Lajnah Daemah no: 6495, m/s 5/404.

Wallahu a’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G, Thaharah | Tagged: darah, puasa, wanita | 11 Comments
»

Qadha’ Puasa Kerana Nifas

Soalan : Saya nak tanya. Sekiranya ada wanita yang mengalami nifas sepanjang bulan Ramadhan
selepas melahirkan anak, dan dalam masa yang sama menyusukan anak tersebut. Bagaimana wanita
tersebut sepatutnya menggantikan puasa? Saya ada bertanya kan beberapa orang ustaz, ada yang
menjawab;

1. Bayar fidyah sahaja, tanpa qadha’, kerana ia termasuk wanita yang menyusukan anak.
2. Qadha’ sahaja, tanpa fidyah, kerana ia termasuk wanita yang nifas dimana haram puasanya.

Wallahualam.

30
Jawapan :

Haidh dan Nifas adalah uzur syar’ie yang menghalang daripada sah puasa. Jadi, wanita nifas, HARAM
puasa, dan TIDAK SAH puasanya. Selepas selesai nifasnya, maka hendaklah qadha’ puasanya tanpa
fidyah. Masalah ini adalah ijmak tiada khilaf padanya.

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/257

Wallahu A’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G | Tagged: darah, puasa, wanita | 1 Comment »

Memakai Contact Lens Ketika Puasa

Soalan : Saya ingin tahu hukum puasa apabila kita memakai contact lens. Apakah puasa saya terbatal?

Jawapan :

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:

“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut
dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau
telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak
termasuk makna makan atau minum.”

Wallahu alam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: puasa, ubat | 3 Comments »

Menyusu Badan & Niat Ganti Puasa

Soalan :

1. Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya
mengulangi wuduk?

2. Bagaimanakah cara berniat ganti puasa? Bolehlah ia dibuat dalam bahasa Melayu?

31
Jawapan :

1. Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai
menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk.

2. Tempat niat adalah dalam hati. Melafazkannya langsung tidak dituntut oleh syarak. Cukuplah
sekadar puan beriktikad dalam hati pada malam itu bahawa puan ingin berpuasa esoknya.

Sesungguhnya TUHAN yang kita seru ini Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang terdetik dalam
hati seseorang. Terpulanglah pada puan untuk menggunakan sebarang bahasa yang mudah dan
difahami.

Tiada gunanya berniat dalam bahasa Arab jika puan sendiri pun tidak tahu dan tidak faham maksudnya.
Agama ini mudah. Janganlah kita menyusahkan diri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan.

Filed under: Ibadah, O & G, Pediatrik, Thaharah | Tagged: puasa, susu | 22 Comments »

Melakukan Facial Ketika Puasa

Soalan : Adakah sah puasa seseorang itu jika dia melakukan facial semasa berpuasa?

Jawapan :

Puasa seseorang yang melakukan yang demikian sah di sisi syarak kerana mencuci muka tidak
termasuk makan dan minum atau yang sama maksud dengannya. Wallahu a’lam.

Filed under: Ibadah, Thaharah | Tagged: puasa | 1 Comment »

Keluar Air Mazi Ketika Puasa

Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi? Boleh nyatakan
dengan teliti apa itu air mazi?

Jawapan :

Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan
atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. Ia najis dan membatalkan wuduk. Cara
membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota yang terkena cecair itu.

Puasa juga tidak batal dan tidak perlu diganti. Tetapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri
daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwat sama ada pada bulan puasa atau tidak.

Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Ibadah, Thaharah | Tagged: mazi, puasa | 37 Comments
»

32
Pemindahan Jantung Dan Mata

Posted on Thursday, 7 May, 2009 by Abul Harith

Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam
Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

a)Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada
pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

b)Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan
jantungnya.

c)Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan
perdagangan anggota-anggotanya.

d)Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang

anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat
kemalangan.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama

Filed under: Kardiologi, Oftamologi, Transplan Organ | Tagged: jantung, mata, organ, transplan | 1
Comment »

Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-kanak Cacat Akal

i. Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat
kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan
diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan
ibadah.

 ii. Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan
otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadat termasuk berkhatan ke atas kanak-
kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu
memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-77, JAKIM

Filed under: Pediatrik, Pembedahan, Penyakit & Wabak, Prosedur Perubatan | Tagged: cacat,
hemophlia, khatan | 2 Comments »

Keluasan Fiqh Untuk Pelajar & Pengamal Perubatan

Posted on Saturday, 31 January, 2009 by Abul Harith

Berikut adalah sedutan dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin. Moga menjadi panduan & manfaat buat semua.

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting.
Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan
kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

33
Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu
longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di
Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah
kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya
dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik.
Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun
ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat.
Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang
seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap
diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat
tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua.
Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam
waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat
empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh
untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan
segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau
musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”.
Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas:
“Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis
yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka
peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang
sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang
memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk
separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh
wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya
ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh
dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh
‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam
masalah ini.

Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana
Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil
manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam
akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Pelajar Perubatan, Pembedahan, Thaharah | Tagged: jamak,
qasar, solat, tayammum, wudhu | 5 Comments »

Tanam Gigi

34
Posted on Tuesday, 2 December, 2008 by Abul Harith

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya
tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya?
Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua
anggota palsu kita perlu dibuka.

Dijawab oleh Ustazah Sakinah;

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak
termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak.
Tambahan pula proses situ perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah
mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.

Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang
diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka
apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada
Rasulullah s.a.w.

Filed under: Pergigian | Tagged: gigi | 36 Comments »

Dedah Aurat Ketika Bersalin

Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin
melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut
bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?

Dijawap oleh Ustazah Sakinah

Jawapan : Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat
mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki
melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh
syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip
syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.

Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan.
Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor
muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang
perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Wallahu a’lam.

35

Filed under: Doktor & Pesakit, Etika Perubatan, O & G | Tagged: bersalin | 112 Comments »

Membesarkan dan Memanjangkan Zakar

Posted on Monday, 20 October, 2008 by Abul Harith

Assalamualaikum,

Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk
memanjangkan/membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan
hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas
alasan kesihatan. Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya?
Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon
tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. Wassalam

Wassalam dan Syukran atas soalan.

Jawapan oleh Abul Harith:

Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;

Ia menjadi HARAM apabila;

- bertujuan ke arah melakukan zina & maksiat

- membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri

Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;

- bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga

- bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada
baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/04/01/pembedahan-pembesaran-payudara/

Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu
keperluan atas alasan berikut;

1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala
panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan
zakar lelaki adalah memadai.
2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan
lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.
3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada
fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih
panjang.
4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak
mudarat yang lebih teruk.
5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan
memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.

36
6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah
dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur
darah & urat saraf
7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya
untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan
tercedera

Sila rujuk : http://www.webmd.com/a-to-z-guides/penile-enlargement

Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak
yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh
mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.

Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan
inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya
membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun
panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.

Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika
ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-
baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah
tangga.

WaLLAHU a’lam.

Filed under: Fisiologi Lelaki, Prosedur Perubatan, Seksual | Tagged: bedah, ubat | 16 Comments »

Darah Hitam Keluar Dari Kemaluan

Soalan : Sekiranya darah yang berwarna hitam legam keluar dari kemaluan seseorang tersebut selain
dari darah haid, apakah darah tersebut? Adakah ia suatu petanda penyakit?

Jawapan :

Sekiranya darah yang berwarna hitam itu keluar ketika dalam tempoh haid, berserta sengal-sengal di
bahagian perut dan pinggang seperti yang terjadi kepada sesetengah wanita ketika didatangi haid, maka
ia termasuk kategori darah haid dan haram solat dan puasa.

Tetapi jika ia hanya datang sekejap-sekejap bukan masa haid, maka ia tidak termasuk kategori haid dan
wajib solat dan berpuasa jika pada masa itu Ramadan. Darah haid mempunyai pelbagai warna, merah
kehitaman, merah cair, kecoklatan kekuningan dan sebagainya.

Mengenai sama ada ia petanda penyakit atau tidak, perkara itu perlu merujuk kepada doktor. Tetapi,
dari segi hukum, jika selain haid, solat wajib didirikan dan puasa juga wajib ditunaikan pada waktu
yang telah ditetapkan. Bersihkanlah pakaian yang terkena cecair itu setiap kali solat dan berwuduklah
bagi setiap solat yang hendak didirikan. Ini kerana, cecair itu najis dan membatalkan wuduk. Wallahu
a’lam.

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Thaharah | Tagged: darah, haid | 6 Comments »

Derma Tubuh Untuk Cadaver

37

Soalan : Apa hukumnya mendermakan seluruh tubuh untuk kajian sains? Contohnya cadaver untuk
medical students?

Dijawab oleh Abul Harith,

Mendermakan tubuh badan untuk kajian sains atau cadaver adalah tidak dibenarkan Islam. Ini kerana
jasad orang Islam adalah dimuliakan.

Hadith Ar-Rasul s.a.w. menyebut,

ْ ‫ْر ع‬
‫َظ ِم ِه َحيًّا‬ ْ ‫ِإنَّ َكس َْر ع‬
ِ ‫َظ ِم ْال ُمْؤ ِم ِن َم ْيتًا ِم ْث ُل َكس‬

“Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya dalam keadaan hidup.”

[Ad-Darqutniy/ 2986]

Manusia adalah khalifah ALLAH dimuka bumi, tidak seperti makhluk lain. Apatah lagi makhluk lain
telah diciptakan ALLAH untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Firman ALLAH,

ِ ْ‫ق لَ ُكم َّما ِفي اَألر‬

‫ض‬ َ َ‫ه َُو الَّ ِذي خَ ل‬

“DIA yang telah menciptakan untuk kamu semua apa sahaja di bumi ini keseluruhannya”

-Al-Baqarah, 29-

Pelbagai makhluk lain seperti tupai dan tikus boleh digunakan untuk kajian perubatan demi manfaat
Ummah manusia keseluruhannya.

Untuk kegunaan mayat sebagai cadaver pada zaman ini, bukanlah suatu yang mendesak. Lagipun
kebanyakannya untuk pelajaran Anatomi. Sudah terdapat ilustrasi buku yang cantik dan replika tulang
& tisu yang menyamai jasad sebenar. Ditambah lagi dengan perisian anatomi 3D yang boleh membantu
pembelajaran.

Untuk kajian patologi pula, kebanyakan spesimen biasanya diambil dari biopsi tisu ataupun organ yang
telah dibuang kerana penyakit, maka tiada halangan untuk mengkaji darinya.

WaLLAHu a’lam.

Filed under: Etika Perubatan, Pelajar Perubatan | Tagged: mayat | 9 Comments »

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding)

Posted on Monday, 15 September, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah
orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu
badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak
cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah
benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

38
Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:

Wassalam & terima kasih Team Ratuhati.com.

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas
melalui hadith artikel di atas.

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/08/31/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya,
terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak
berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan
seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk
adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang
menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang
menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air
yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes
mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa
haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi
seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Ketiga adalah ibu yang mengandung pada usia lewat. Golongan ini kebiasaannya dikaitkan dengan
penyakit yang mungkin apabila usia telah meningkat. Masalah lain adalah ketidakseimbangan fungsi
badan untuk mengawal glukos dalam darah. Ia akan membawa kepada haus dan lapar yang tiba-tiba
(accelerated starvation).

Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan
sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang
takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa.
Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi
banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap
menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan)
yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi
untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan
Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi
negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara
(sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam
payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative
feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar),
maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih
banyak susu dihasilkan.

39
Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus
menghasilkan susu.

Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati
isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang
hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan
puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in
women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu
dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama
dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

“Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by
beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers
need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan
fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to
combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract

Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu
berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa
tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada
musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya
letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba
kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan
hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.

Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat
dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan
memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun,
dan ia merupakan tugas mulia baginya.

َ ِ‫ص ْينَا اِإْل نسَانَ ِب َوالِ َد ْي ِه َح َملَ ْتهُ ُأ ُّمهُ َو ْهنًا َعلَى َو ْه ٍن َوف‬
‫صالُهُ فِي عَا َمي ِْن‬ َّ ‫َو َو‬

ِ ‫َأ ِن ا ْش ُكرْ ِلي َو ِل َوا ِل َديْكَ ِإلَ َّي ْال َم‬

‫) سورة لقمان‬14( }ُ‫صير‬

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

40
Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini.

WaLLAHu A’lam. Wassalam.

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G, Pediatrik | Tagged: susu, wanita | 10 Comments »

Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur’an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah
mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya
telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu
kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut
beserta dalil-dalilnya:

1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh dalam keadaan masih berjunub

Di antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam ketika telah
masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam keadaan junub setelah bercampur dengan
isterinya. Kemudiannya beliau mandi di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat.

Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu ‘anhuma (yang ertinya): “Nabi Shalallahu ‘alaihi wa
Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian ia mandi
dan berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109))

2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Kalaulah tidak memberatkan umatku
niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”. (Hadis Riwayat Bukhori (2/311),
Muslim (252))

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yang berpuasa ataupun yang
lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang yang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali
berwudhu’ dan solat. (Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan
selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298))

Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk dilaksanakan seluruh waktu sama ada
sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya. Wallahu a’lam.

3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung

Perkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan
beristinsyaq di ketika dalam keadaan berpuasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan
ketika istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang
ertinya): “…..bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa.” (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah
(407), an-Nasa’i (no. 87) dari Laqith bin Shabrah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih)

4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasa

Aisyah radhiallahu ‘anha pernah berkata: “Rasulullah pernah mencium dan bercumbuber dalam
keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan diri (nafsu).” (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/131), Muslim (1106))

Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding yang telah tua.

41
Abdullah bin Amr bin ‘Ash berkata: “Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa
Sallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: “Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam
keadaan sedang berpuasa? Beliau menjawab: “Tidak”, datang pula seorang yang sudah tua lalu dia
berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?” Beliau menjawab:
“Ya”. Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya orang tua boleh menahan
dirinya”.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221))

5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak mengandungi makanan

Semua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan puasa.

6. Berbekam

Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudiannya ia
dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa beliau
berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma:
“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam keadaan sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 – Fathul Bari), lihat “Nasikhul hadis wa Mansukhuhu” (334-338)
karya Ibnu Syahin)

7. Merasai makanan

Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan
(tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma:
“Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana
tidak sampai ke tenggorokan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari),
dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261)
melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152))

8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya yang masuk seumpama

Semua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa,
sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat “Haqiqatus Shiyam” serta
muridnya Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya “Zaadul Ma’ad”. Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab
“Shahihnya”, Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi
yang berpuasa.”

9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandi

Imam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya “Bab Mandinya Orang Yang Berpuasa”
bahawa, “Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan air, untuk mendinginkan badannya kerana
haus ketika puasa) bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa.” Asy-Sya’bi
juga pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan berkata: “Tidak
mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam keadaan sedang berpuasa.”

Dalam suatu riwayat disebutkan,

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke kepalanya dalam keadaan sedang
berpuasa kerana dahaga atau kepanasan yang mengeringkan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365),
Ahmad (5/376, 380, 408, 430). Sanadnya sahih)

Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Filed under: Ibadah, Oftamologi, Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: darah, puasa, ubat | 1
Comment »

42
Contact Lens Membatalkan Puasa?

Soalan : Saya ada kemusykilan. Saya seorang yg selalu pakai kanta lekap (contact lense). Boleh kata
hari-hari saya pakai. Persoalan saya ialah adakah dibolehkan memakai contact lense itu ketika sedang
berpuasa? Adakah dgn memakai contact lense menjadi penyebab puasa terbatal? Kalau begitu
bagaimanakah untuk terus memakai contact lense tanpa menjejaskan puasa?

Sekian terima kasih.

Jawapan :

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa
sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah
pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.

Maka, tidak mengapa memakai contact lens ketika puasa. Walaupun ketika memakainya, ada cairan
solution yang mungkin masuk dalam rongga mata. Ia bukannya makanan dan bukan minuman, dan
tidak boleh disamakan dengannya pada hukum.

Wallahu A’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Alat Perubatan, Ibadah, Oftamologi | Tagged: puasa | 1 Comment »

Onani Ketika Puasa

Soalan : Baru-baru ini isteri saya berpuasa ganti. Setahu saya, hukumnya wajib sepertimana hukum
puasa Ramadhan.semasa berpuasa, saya melakukan onani terhadap isteri saya dengan memasukkan jari
saya ke dalam farajnya. Dan pada ketika itu, kami benar-benar terlupa yang isteri saya sedang
berpuasa.

Apakah hukum puasa isteri saya? Batalkah? Wajib kaffarahkah?

Mohon maaf atas ketidaksopanan bahasa yang digunakan. Tiada niat lain melainkan ingin
mandapatkan kepastian. JazakALLAH kepada panel yang sudi memberikan penjelasan.

Jawapan:

Oleh kerana perbuantan anda dan isteri anda berlaku secara lupa, maka puasa isteri anda adalah sah dan
tidak dikenakan apa-apa kaffarah.

Syarak telah menjelaskan bahawa seseorang yang melakukan perkara membatalkan puasa secara lupa,
tidak membatalkan puasa. Kecuali dalam permasalahan jimak, ada khilaf.

Sabda Nabi SAW:

‫من أكل ناسيا وهو صائم فليتم صومه فإنما أطعمه هللا وسقاه‬

Maksudnya: Sesiapa makan secara lupa walhal dia sedang berpuasa, maka hendaklah dia sempurnakan
puasanya. Maka sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.
- HR Bukhari (no: 6292)-

43
Begitu juga perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, jika dilakukan secara lupa tidak
membatalkan puasa.

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Majmuk Nawawi 6/324

Filed under: Ibadah, Seksual | Tagged: puasa, wanita | 32 Comments »

Haidh Terputus Sehari, Kena Ganti Puasa?

Soalan : Seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi
wajib dan berpuasa pada hari itu. Hari ke 7, datang semua haidnya. Soalannya, perlukah wanita
tersebut qadha untuk hari ke 6 itu? Adakah dia telah benar-benar suci pada hari ke 6 itu?

Sekian

Jawapan :

Kebanyakan fuqaha berpendapat sekurang-kurang waktu suci antara dua haidh ialah 15 hari. Dan ada
pendapat (mazhab Hanbali) mengatakan 13 hari. Ada riwayat dari Malik iaitu 10 hari.

Oleh itu, jika terhenti pada hari ke-6, dan datang darah balik pada keesokannya, maka tempoh suci itu
baru sehari. Maka ia tidak dinamakan suci. Ia masih dihukum sebagai haidh. Maka jika dia berpuasa
hari itu, wajib diqadha’kan balik puasanya nanti.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

 Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/322

 Al-Hawi al-Kabir 1/435

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah | Tagged: darah, puasa | 3 Comments »

Puasa Wanita Haidh

Soalan : Masa kecil-kecil dulu mak saya selalu cakap bahawa perempuan yang haid tak boleh berbuka
bersama dengan orang yang berpuasa. katanye dilarang. Jadi, mesti makan selepas orang berbuka
puasa. Kemudian saya walaupun period tetapi bersahur dan berpuasa seperti orang yang berpuasa.
Tetapi ada yang kata dilarang sebab ALLAH dah beri kelonggaran . Jadi tak sepatutnya menolak
nikmat makan di siang hari. Jadi, mohon penjelasan dari ahli panel yg dihormati.

Jawapan:

Wanita yang haidh;

44
 Haram berpuasa.
 Jika berpuasa, tidak sah puasanya.
 Wajib qadha’ hari-hari yang dia haidh.

Dalilnya:
Hadis: “Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa”.
- HR Bukhari 1/116 –

Ibn Qudamah berkata: “Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan
dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira”. – al-Mughni 4/391 -

Syeikh Muhammad al-Syanqiti ditanya tentang masalah wanita haidh berpuasa, jawabnya “Jika dia
tahu haramnya puasa, tetapi dilakukan juga, maka dia berdosa.”

Hatta para ulama mengatakan “Jika wanita yang sedang puasa, tiba-tiba beberapa minit sebelum
Maghrib dia haidh, maka dia sudah dikira berbuka, dan wajib qadha hari itu”.

Rujukan: Syarah Zad Mustaqni’ Syanqiti, dan Syarah Mumti’ Uthaimin.

Manakala anda bangun sahur pula, ia tidaklah dianggap makan sahur, kerana sahur hanya khas untuk
orang yang berpuasa. Jadi, ia dianggap makan sarapan sebelum Subuh. Jangan menganggap ia makan
sahur, kerana jika niat bersahur, bererti anda mahu berpuasa, sedangkan ia HARAM bagi wanita haidh.

Akhir kata, berbuka puasa untuk wanita haidh ini bukannya rukhsah boleh atau tidak, TETAPI adalah
azimah yg wajib diterima wanita Islam.

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah | Tagged: darah, puasa, wanita | 2 Comments »

Wanita Keluar Mani Batal Puasa?

Soalan : Merujuk kepada persoalan dan jawapan berikut (diforum Al-Ahkam.net);

Bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana
(muqaddimah persetubuhan)?

Jawapan; Jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa.
Jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan
puasa (Imam Nawawi, ibid)

——————————————

Persoalannya,

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita? Adakah pada keghairahannya?

2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar. Sudah pasti puasanya batal. Adakah wanita atau isteri
tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa sahaja? Sebab tak berlaku persetubuhan,
hanya muqaddimah sahaja.

Mohon pencerahan

Jawapan:

45
1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;

 Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti
putih telur.
 Keluar dengan memancut.
 Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga
wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.

Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.

2) Jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. Ini
pendapat keempat-empat mazhab. Dalilnya:

a. Ada hadis sahih menyebut tentang puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan
syahwatnya kerana AKU (ALLAH)”. Bukhari 2/670.

b. Qiyas kepada muntah dengan sengaja. Sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan
keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. Maka sengaja mengeluarkannya
membatalkan puasa.

Diceduk daripada Syarah Syeikh Muhammad al-Syanqiti Hafizahullah,

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. Manakala mubasyarah, dan seumpamanya
TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yang mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara
sekalipun, hatta makan dan minum.

Wallahu A’lam

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Seksual | Tagged: mani, mazi, puasa | 6 Comments »

Ganti Puasa Wanita Mengandung

Soalan: Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung
7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.

Soalannya:

1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’
puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan
yang amat sangat apabila berpuasa.

2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?

Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.

46
Jawapan:

1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur
mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan
qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.

2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti
sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang
wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat
jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh
Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum
asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.

Wallahu A’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G | Tagged: hamil, puasa | 1 Comment »

Vaksin Lemak Babi, Doa kepada Non Muslim & Euthanasia

Posted on Sunday, 24 August, 2008 by Abul Harith

Berita Harian, 13 Okt 2002

Oleh MONA AHMAD

KUALA LUMPUR: Penggunaan suntikan pelalian quadrivalent meningokokal (ACYW 135) diperbuat
daripada lemak babi dibenarkan dalam Islam kerana ia sudah melalui proses transformasi yang
menjadikannya bahan lain, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

Presidennya, Dr Musa Mohd Nordin, berkata menerusi kaedah itu, gelatin diperbuat daripada tulang,
kulit dan tendon haiwan yang tidak suci dibenarkan, begitu juga sabun daripada lemak babi dan haiwan
mati.

Transformasi mengikut Seminar Perubatan-Fiqh Kelapan pada 1995 bermaksud sesuatu proses yang
membolehkan sesuatu objek itu diubah kepada bentuk lain termasuk dari segi sifat dan kandungan,
menyucikan bahan terbabit melalui proses tertentu, sekali gus menukarkan sesuatu yang tidak
dibenarkan oleh syariah kepada yang dibenarkan.

“Walaupun sesetengah vaksin ACYW 135 pada asalnya diperbuat daripada lemak babi, selepas melalui
pelbagai proses, ia lahir sebagai bahan baru dan jelas penggunaannya dibenarkan dalam Islam.

“Vaksin ini diwajibkan ke atas jemaah haji dari seluruh dunia yang mengerjakan haji. Keputusan
mengenai kebenaran menggunakan vaksin berasaskan lemak babi ini dibuat oleh kumpulan ulama
fiqah terkenal dari seluruh dunia termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan – Fiqh Kelapan
pada 1995 di Kuwait,” katanya.

47
Beliau berkata demikian dalam Sesi Bertemu Pakar di Persidangan Kedua Pusat Perubatan Universiti
Malaya: Perubatan Daripada Perspektif Islam, di sini semalam. Persidangan tiga hari bermula kelmarin
disertai 450 pengamal perubatan itu, anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berhubung kebenaran berdoa untuk bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit, pensyarah Akademik
Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata Islam tidak pernah
melarang umatnya menggunakan ayat al-Quran untuk merawat penyakit tidak kira pesakit itu orang
Islam atau tidak.

“Tidak timbul masalah sama ada Islam atau bukan, kerana dalam satu sudut orang yang bukan Islam itu
juga adalah jiran. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan kebaikan kepada jiran kita,”
katanya.

Dr Omar pula berkata secara umum, umat Islam boleh mendoakan orang bukan Islam supaya mereka
mendapat hidayah dan mengurangkan perbuatan jahat terhadap orang Islam.

“Setahu saya, tiada nas al-Quran atau hadis yang menyentuh mengenai doa orang Islam untuk orang
bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit. Bagaimanapun, al-Quran mempunyai kesan besar dalam
penyembuhan penyakit.

“Di Amerika Syarikat sendiri, ada klinik yang dibuka oleh pengamal perubatan Islam dan ada juga
pesakit mereka bukan beragama Islam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Omar Hasan
berkata, hukum syariah adalah anjal.

“Jika berlaku keadaan darurat, maka sesuatu yang haram itu boleh menjadi halal. Ini termasuk
kegunaan vaksin daripada lemak babi, yang jelas perlu bagi mengelak serangan penyakit meningitis,”
katanya.

Mengenai keraguan pakar bius untuk menghentikan penggunaan mesin hayat bagi pesakit mati otak, Dr
Musa berkata mengikut amalan Islam, tiga pakar diperlukan bagi mengesahkan bahawa mesin itu tidak
diperlukan selepas penilaian yang mendalam.

“Pelbagai ujian perlu dijalankan terlebih dulu termasuk elektro encephalograf (EEG), bagi memastikan
mesin penggunaan hayat boleh dihentikan. Lazimnya, kebenaran waris juga diambil kira,” katanya.

Filed under: Alat Perubatan, Doktor & Pesakit, Etika Perubatan, Ibadah, Penyakit & Wabak, Prosedur
Perubatan | Tagged: doa, doktor, mati, vaksin | 2 Comments »

Hukum Khatan Lelaki & Wanita

Posted on Wednesday, 20 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamualaikum ustaz, mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci
hadis & dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan ? Saya keliru ada mengatakan
perempuan tak diwajibkan dikhatan. Adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang
sedikit saja.

Jawapan :

Wa’alaikumussalam,

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

‫ الختان واإلستحداد وتقليم األظافر ونتف اإلبط وقص الشارب‬: ‫خمس من الفطرة‬

48
“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak
(cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat,
Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga
pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan
mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu
negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada
dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan
daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong
kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-Azhar dan
Dr Md Sadiq selepas melihat hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.

“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita
memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh
mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak
sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

“Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran
Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari
kelentit.” ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan
berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib
bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan
digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita Arab kebanyakkan tidak
berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara Arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagi
wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang
paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran
baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan pandangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkhatan adalah lemah,
demikian juga pandangan yang menyatakan bahawa Jibrail a.s. yang mengkhatankan baginda semasa
membelah dada baginda SAW.

Sumber : disunting dari http://www.zaharuddin.net/

49
Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan, Seksual, Thaharah | Tagged: khatan, Thaharah | 4 Comments
»

Dedah Aurat Untuk Perubatan

Posted on Tuesday, 10 June, 2008 by Abul Harith

Soalan: Isteri saya mengalami masalah kegemukan. Saya berhasrat ingin menghantar dia ke pusat
rawatan menguruskan badan. Masalahnya, kebanyakan pusat-pusat menguruskan badan yang baik
dikendalikan oleh wanita-wanita berbangsa Cina (bukan Islam). Mungkin timbul di sana masalah aurat
terdedah semasa rawatan. Apakah hukum mendedahkan aurat kepada bukan muslim untuk tujuan
rawatan seperti di atas.?

Jawapan:

Pertama, saudara perlu tahu had aurat seorang lelaki dan wanita. Mereka tidak boleh membuka aurat
atau membenarkan ia disentuh kecuali atas sebab yang dibenarkan dalam syarak. Aurat paling berat
ialah qubul dan dubur. Manakala aurat paling ringan seperti kedua-dua belah peha lelaki terdedah
sesama mereka.

Kedua, menurut kaedah usul fikah diharuskan melakukan perkara yang diharamkan dalam syarak
sekiranya boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu, diharuskan membuka aurat untuk tujuan
menguruskan badan kerana kegemukan boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Ulama tidak berselisih
pendapat mengharuskan doktor lelaki melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga sebaliknya dengan
syarat mereka hendaklah amanah dan menutup keaiban pesakit itu.

Cadangan saya agar saudara mendahulukan doktor perempuan atau pusat perubatan Islam sebelum
menemui doktor lelaki atau pusat perubatan bukan Islam. Setelah berusaha, tidak mengapa
menggunakan perkhidmatan mereka. Wallahu a’lam

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Doktor & Pesakit, Fisiologi Wanita, Pengamal Perubatan, Prosedur Perubatan | Tagged:
Add new tag, aurat, doktor, rawatan | 3 Comments »

Derma Organ Orang Meninggal Dunia

Posted on Monday, 9 June, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamualaikum… Apakah hukumnya kita mendermakan organ kepada orang lain? Adakah
itu dibenarkan dalam Islam?.

Jawapan :

Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung
orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam
dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

i. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada
pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
ii. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum
dipindahkan jantungnya.
iii. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan
manusia dan perdagangan anggotanya.
iv. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang
anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian
akibat kemalangan.

50
Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan –
Panel(fs)051007

Filed under: Prosedur Perubatan, Transplan Organ | Tagged: mati, organ | 6 Comments »

Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina

Soalan : Apakah hukum rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya mengikut 4 mazhab utama.

Jawapan :

Rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya adalah diharuskan tertakluk kepada beberapa syarat
berikut:

i. Tidak ada perawat di kalangan sejenis.

ii. Merawat di tempat yang perlu dan berkaitan sahaja serta menutup anggota-anggota yang lain.

iii. Ditemani oleh mahram atau orang yang thiqah (yang amanah)

iv. Kepakaran hanya dimiliki oleh perawat itu sahaja.

v. Perawat mestilah seorang yang amanah dan bertanggung jawab.

PANEL 100407

Filed under: Doktor & Pesakit, Pengamal Perubatan | Tagged: doktor, pesakit | 2 Comments »

Hukum Euthanasia

Posted on Saturday, 31 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamualaikum, Saya ingin mengutarakan soalan mengenai euthanasia. Adakah ia haram
dalam Islam ?.

Jawapan:

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM Bil.PKS 5/18/PKS/97 bertarikh 10 -11 Jun 1997, membuat
keputusan mengenai pertanyaan di atas adalah seperti berikut:

i. Haram membunuh tanpa hak. Berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan
atau mengambil ubat-ubatan (racun) adalah umpama membunuh diri. Membunuh diri bermakna
melawan kehendak ALLAH dan merampas haknya.

ii. Tugas seorang mukmin (doktor) adalah menolong saudaranya (pesakit) di dalam perkara kebaikan.
Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam
perkara yang mendatangkan keburukan dan dosa.

iii. Harus bagi para doktor memberikan ubat penahan sakit kepada pesakit jika tiada pilihan lain
sekalipun ia mempunyai kesan sampingan yang boleh mempercepatkan kematian..

51
Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan - PANEL SJAI
011107

Filed under: Doktor & Pesakit, Prosedur Perubatan | Tagged: doktor, mati, pesakit | 2 Comments »

Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat

Soalan : Saya ingin mengetahui hukum apabila seorang yang belum berkahwin, mengambil anak
angkat, memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan
susu dada. Harap pihak JAKIM dapat menjawab dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.

Jawapan;

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM 3/41/PKS/2002, Pada 14 – 15 Oktober 2002,Hukum

menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan wanita adalah harus
dengan syarat:

i. Seorang wanita tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran jantina.
ii. Wanita yang telah baligh.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas harus ibu angkat memberikan susu dada kepada anak angkatnya
dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu.

Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI
050707

Filed under: Fisiologi Wanita, Ubat-ubatan | Tagged: pil, wanita | 3 Comments »

Pembedahan Mengikat Perut Untuk Menguruskan Badan

Posted on Wednesday, 28 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Saya gadis berumur 23 tahun dan menderita lebih berat badan. Saya berhajat melakuan
pembedahan untuk menjadikan perut saya lebih kecil dan mengubah laluannya terus kepada usus saya
(gastrectomy). Ia pembedahan yang besar dan banyak kesan buruk seperti pembedahan lain. Soalan
saya adalah, apakah mengubah laluan perut untuk mengelakkan makanan diserap oleh badan dikira
mengubah ciptaan ALLAH ke atas saya? Adakah saya dibenarkan melakukan prosedur ini?

Jawapan :

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah dibenarkan untuk melakukan pembedahan mengikat perut (menjadikannya kecil seperti
meletak ikatan atau lekatan) atau mengurangkan saiznya dan menghubungkanya kepada usus kecil
dengan alasan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH,
kerana ia perlu atas tujuan rawatan perubatan. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan di mana
difikirkan tiada akibat buruk ataupun bahaya teruk disebabkan pembedahan itu. Seseorang perlu
merujuk kepada doktor yang amanah dan dipercayai, kerana pembedahan sebegini mempunyai kesan
sampingan.

Adalah lebih baik dan disyorkan untuk menggunakan method diet, dengan nasihat dari pakar. Jika ia
tidak berhasil, maka anda boleh mengambil langkah mengikat perut atau mengubah haluan makanan
selagi mana anda pasti bahawa prosedur tersebut bebas dari bahaya dan kesan sampingan yang negatif.

52
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : diterjemah dan disunting dari http://www.islamqa.com

Filed under: Pembedahan, Prosedur Perubatan | 3 Comments »

Jururawat Memandikan & Melihat Aurat Pesakit Berlainan Jantina

Soalan : Adakah dibenarkan bagi jururawat perempuan di hospital untuk membasuh, mengelap
mahupun memandikan pesakit lelaki dan melihat aurat mereka, apabila pesakit tersebut tidak mampu
melakukannya sendiri?

Dijawab oleh Jawatankuasa Pendiri untuk Penyelidikan Akademik & Pengeluaran Fatwa

Adalah dibenarkan bagi jururawat perempuan untuk melihat aurat pesakit lelaki apabila terdapat
keperluan, terutamanya jika tiada lelaki untu melakukan kerja tersebut. Sebagaimana firman ALLAH;

‫) سورة التغابن‬16( َ‫ق ُش َّح نَ ْف ِس ِه فَُأوْ لَِئكَ هُ ُم ْال ُم ْفلِحُون‬

َ ‫فَاتَّقُوا هَّللا َ َما ا ْستَطَ ْعتُ ْ¯م َوا ْس َمعُوا َوَأ ِطيعُوا َوَأنفِقُوا خَ يْرً ا َأِّلنفُ ِس ُك ْم َو َمن يُو‬

“Maka bertakwalah kamu kepada ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan
nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya,
Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung.”

-At-Taghabun, 16-

Namun, jika ada lelaki yang mampu untuk melakukan tugasan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk
jururawat perempuan melakukannya.

Dan ALLAH sumber segala kekuatan. Selawat & Salam atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya
dan sekalian sahabat.

Sumber : Lajnah Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah & Fatwa (26/344), http://www.islamqa.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Pengamal Perubatan | 9 Comments »

Status Darah Sebelum Bersalin

Posted on Thursday, 22 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah
ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana
sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-

Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan
anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

53
Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli
suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun
jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah
ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie
dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-
nawawi di dalam kitabnya :-

, ‫ الجدي¯¯د أن¯ه حيض‬: ‫فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقوالن مشهوران ق¯¯ال ص¯احب الح¯اوي والمت¯ولي والبغ¯وي وغ¯يرهم‬
‫ واتفق األصحاب على أن الصحيح أنه حيض‬, ‫ ليس بحيض‬: ‫والقديم‬

Ertinya : “Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk
dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie),
berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

“Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat
ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID” ( Al-Majmu’, 1/412)

Sekian,

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/, 1 Mei 2008

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G | 2 Comments »

Berlatih Mengambil Darah Guna Pesakit

Soalan : Seorang doktor perlu belajar mengambil darah (melalui jarum) dari pesakit. Untuk mahir, dia
perlu banyak berlatih. Sebahagian pesakit kadang-kadang berada dalam koma penuh yang kronik dan
sakit mereka tiada harapan sembuh. Adakah kami berdosa jika kami berlatih dengan mengambil sedikit
darah mereka yang langsung tidak membahayakan mereka, malah memberi manfaat kepada kami?
Apakah ini dikira sebagai keperluan?

Jawapan:

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah tidak dibenarkan untuk mengambil darah dari pesakit untuk tujuan belajar dan berlatih,
walaupun pesakit tersebut tiada harapan sembuh, kerana ini akan membahayakan dan menyalahi
mereka. Tapi jika pesakit waras dan sedar (compos mentis) dan memberi kebenaran untuk di ambil
darahnya untuk kepentingan orang lain, maka tiada masalah berbuat demikian selagi mana tiada
mudarat ke atasnya.

Sumber : Lajnah Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah & Fatwa (70/25), http://www.islamqa.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Pelajar Perubatan | 2 Comments »

Mendapat Anak Dengan Kaedah Persenyawaan Luar Rahim

Posted on Wednesday, 21 May, 2008 by Abul Harith

54
Soalan : Sepasang suami isteri telah berusaha untuk mendapatkan anak, namun doktor memberitahu
bahwa mereka tidak mampu. Doktor memberitahu mereka bahawa ada prosedur yang membolehkan
mereka mendapat anak, tapi ia memerlukan doktor untuk mengeluarkan telur dari wanita (ovum) dan
sperma dari lelaki, kemudian disenyawakan bersama di makmal. Kemudian doktor akan menempelkan
telur yang disenyawakan ke dalam wanita tersebut. Apakah ini dibenarkan dalam Islam?

Dijawab oleh Sheikh Sulaymân al-`Îsâ, Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh

Kaedah ini adalah dibenarkan dengan syarat tiada pihak lain yang terlibat dalam prosedur tersebut
contohnya mengambil wanita lain untuk menjadi ibu tumpang dan mengandungkan bayi tersebut dalam
rahimnya. Kaedah tersebut hanya perlu melibatkan sperma suami dan telur wanita (ovum), dan
kandungan tidak boleh dikandung oleh wanita lain.

Sumber : Arkib Fatwa,http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, O & G | 4 Comments »

Belajar Ilmu Psikologi

Posted on Tuesday, 13 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apakah pandangan Islam terhadap mempelajari psikologi di universiti barat atas tujuan
mendapatkan ijazah supaya dapat bekerja sebagai psikiatri? Seseorang memberitahu saya bahawa
psikologi adalah subjek asing yang tidak wujud dalam Islam, maka ia harus dianggap sebagai subjek
sekular.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Pengetahuan atau ilmu psikologi adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian. Ia boleh jadi diterokai
oleh kedua-dua Muslim dan non-Muslim. Hal ini sama sahaja dengan cabang ilmu lain seperti bidang
sains dan perubatan. Kamu boleh belajar di negara Arab ataupun barat selagimana kamu mematuhi
Syariat Islam.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Pelajar Perubatan, Psikologi & Psikiatri | 1 Comment »

Hukum Perancangan Keluarga

Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?

Oleh Jamaal Zarabozo

Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi
Fiqh Islam. Mereka mempunyai dua puluh tiga ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian
mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Ali al-Saaloos,
Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti, Abdullah al-Basaam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayid
Tantaawi. Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama,
Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini
semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.

Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh
ulama yang disebutkan tadi;

55
Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk
termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,

ً‫َولَقَ ْد َأرْ َس ْلنَا ُرسُال ِم ْن قَ ْبلِكَ َو َج َع ْلنَا لَهُ ْم َأ ْز َواجً ا َو ُذرِّ يَّة‬

“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan
kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”

-Surah ar-Ra’d, 38-

Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin
dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim.
ALLAH berfirman,

‫ُأولَِئكَ الَّ ِذينَ هَدَى هَّللا ُ فَ ِبهُدَاهُ ُم ا ْقتَ ِد ِه‬

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”

-Surah al-An`am, 90-

Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya
hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat
harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak.
Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi
(pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun
menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda
bersabda;

“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwiniwanita.
Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”

Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan
yang subur untuk meramaikan anak. Baginda bersabda;

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai
berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”

-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-

Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah
menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;

( َ‫ت هّللا ِ هُ ْم يَ ْكفُ¯رُون‬ ِ َ‫ت َأفَبِ ْالب‬

ِ ‫اط¯ ِل يُْؤ ِمنُ¯¯ونَ َوبِنِ ْع َم‬ ِ ‫اج ُكم بَنِينَ َو َحفَ َدةً َو َرزَ قَ ُكم ِّمنَ الطَّيِّبَ¯¯ا‬
ِ ‫َوهّللا ُ َج َع َل لَ ُكم ِّم ْن َأنفُ ِس ُك ْم َأ ْز َواجً ا َو َج َع َل لَ ُكم ِّم ْن َأ ْز َو‬
‫) سورة النحل‬72

“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-
isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka
mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”

-Surah An-Nahl, 72-

ALLAH juga berfirman,

‫) سورة الكهف‬46( ‫ات خَ ْي ٌر ِعن َد َربِّكَ ثَ َوابًا َوخَ ْي ٌر َأ َماًل‬ ُ َ‫ْال َما ُل َو ْالبَنُونَ ِزينَةُ ْال َحيَا ِة ال ُّد ْنيَا َو ْالبَاقِي‬
ُ ‫ات الصَّالِ َح‬

56
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh
adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

-Surah Al-Kahfi, 46-

Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti
apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka.
ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan
samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;

ٍ َ‫وا َأوْ الَ َد ُكم ِّم ْن إ ْمال‬

‫) سورة األنعام‬151( ‫ق نَّحْ نُ نَرْ ُزقُ ُك ْم َوِإيَّاهُ ْم‬ ْ ُ‫َوالَ تَ ْقتُل‬

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi
rezeki kepadamu dan kepada mereka”

-Surah al-An’am, 151-

ALLAH juga menegaskan;

ْ ‫ق نَّحْ نُ نَرْ ُزقُهُ ْم َوِإيَّا ُكم إنَّ قَ ْتلَهُ ْم َكانَ ِخ‬

‫) سورة اإلسراء‬31( ‫ط ًءا َكبِيرً ا‬ ٍ ‫وا َأوْ ال َد ُك ْم خَ ْشيَةَ ِإ ْمال‬
ْ ُ‫َوالَ تَ ْقتُل‬

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan
memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu
dosa yang besar.”

-Surah al-Isra’, 31-

Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut
miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan
resolusi berikut;

1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan

pasangan untuk mempunyai ramai anak.
2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk
menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi
mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau
menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat
pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia
mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus
Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.

Sumber : www.themodernreligion.com

Filed under: Fisiologi Wanita, O & G | 23 Comments »

Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)

Posted on Tuesday, 13 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti
tatoo?

Jawapan:

57
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-
ALLAH.

Nabi bersabda :

ِ ‫ق هَّللا‬ ْ ‫ت‬
َ ‫خَل‬ ¯ِ ‫ْن ْال ُم َغي َِّرا‬
ِ ‫ت ِل ْل ُحس‬
ِ ‫ت َو ْال ُمتَفَلِّ َجا‬ َ ‫ت َو ْال ُمتَنَ ِّم‬
¯ِ ‫صا‬ ِ ‫ت َو ْال ُم ْستَوْ ِش َما‬
َ ‫ت َوالنَّا ِم‬
ِ ‫صا‬ ِ ‫لَعَنَ هَّللا ُ ْال َو‬
ِ ‫اش َما‬

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang
mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak
diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” –
(Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( ‫ أما لو احتاجت إليه لعالج أو ) المتفلجات للحسن‬, ‫ وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن‬, ‫فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن‬
‫ عيب في السن ونحوه فال بأس وهللا أعلم‬.

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu
kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan
kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah
melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia
bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah
ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan
kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

ً ‫ بل قد يكون مطلوبا ً أيضا‬،ً‫تقويم األسنان ألسباب¯ صحية جائز شرعا‬

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia
juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is
allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka
ia dibenarkan.

———
Rujukan Fatwa :-

1. ‫حكم تق¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ويم األس¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯نان المعوجة‬

url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/
FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711

2. ‫عملي¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ات التجمي¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ل للض¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯رورة الطبية‬

FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176

Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd

58
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N

Sumber : Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Pergigian | 44 Comments »

Gugurkan Bayi Kerana Sakit & Cacat

Posted on Tuesday, 1 April, 2008 by Abul Harith

Soalan : Adakah dibenarkan untuk menggugurkan bayi atas perkiraan dia mengalami penyakit genetik
atau pun cacat kekal apabila lahir? Bagaimanakah hal ini boleh ditentukan?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian
makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan
andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan
kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).

Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk
menentukan hal tersebut.

Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim
Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: O & G, Pediatrik, Prosedur Perubatan | 62 Comments »

Pembedahan Pembesaran Payudara

Soalan : Saya ada soalan berkenaan pembedahan kosmetik. Ketika kecil, saya ada masalah kesihatan
yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Hasilnya, payudara saya tidak membesar. Semua
kakak dan sepupu saya mempunyai payudara yang normal, tapi saya cuma mempunyai payudara
seperti budak kecil, bukannya seorang wanita. Jika saya tiada masalah kesihatan ini, payudara saya
sepatutnya normal. Adakah dibenarkan untuk saya menjalani pembedahan kosmetik untuk membaiki
bentuk dan saiz payudara saya supaya kelihatan normal? Perlu dinyatakan bahawa saya tidak merasa
seperti seorang wanita kerana payudara saya dan ia menyebabkan tekanan emosi.

Jika payudara seorang wanita bukan semulajadi menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana
ketidakseimbangan hormon, dia boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara
selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya. Hal ini perlu dipastikan
dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan.

Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan
keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz asalnya.

Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia
mengubah ciptaan ALLAH lantaran mengikut tanggapan jahil tentang kecantikan.

59
Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:

ِ ‫ال َأَلتَّ ِخ َذنَّ ِم ْن ِعبَا ِدكَ ن‬

)118( ‫َصيبًا َّم ْفرُوضً ا‬ َ َ‫لَّ َعنَهُ هّللا ُ َوق‬ 

ِ ‫ُون هّللا ِ فَقَ¯ ْد‬

‫خَس¯ َر ُخ ْس¯ َرانًا‬ َ ¯‫ضلَّنَّهُ ْم َوُأل َمنِّيَنَّهُ ْم َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُبَتِّ ُكنَّ آ َذانَ اَأل ْن َع ِام َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّ ُرنَّ خَ ْل‬
َّ ‫ق هّللا ِ َو َمن يَتَّ ِخ¯ ِذ‬
ِ ‫الش¯ ْيطَانَ َولِيًّ¯ا ِّمن د‬ ِ ‫َوُأل‬
‫) سورة النساء‬119( ‫ُّمبِينًا‬

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-
hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan
menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh
mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan
aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa
yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang
nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga
tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul
ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi
atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

[Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]

Filed under: Fisiologi Wanita, Pembedahan | 9 Comments »

Memutihkan Gigi

Soalan : Adakah diizinkan berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi, dengan makna doktor gigi
tersebut menggunakan bahan kimia untuk menjadikan gigi putih kembali selepas ianya bertukar warna
kerana lalai menjaganya? Adakah ianya dikira mengubah ciptaan ALLAH?

Dijawab oleh Sheikh Husayn al-Jabûrî, Professor di Universiti Umm al-Qurâ

Adalah diizinkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi. Ini bukanlah satu perbuatan
mengubah ciptaan ALLAH. Kamu hanya mengembalikan gigi kamu kepada keadaannya yang asal
dengan menghilangkan kotoran asing yang terdapat padanya.

Filed under: Pergigian | 8 Comments »

Belajar Tentang Pengguguran & Penyakit Kelamin

Posted on Sunday, 30 March, 2008 by Abul Harith

Soalan : Satu artikel dikeluarkan Times UK baru-baru ini berkenaan menghadkan pengambilan pelajar
perubatan Islam kerana bantahan mereka untuk belajar tentang pengguguran dan penyakit kelamin.

60
Artikel tersebut menyatakan, “Kebanyakan pelajar membantah pengguguran, di samping yang lain
menolak untuk merawat penyakit kelamin kerana itu adalah balasan kepada maksiat.”

Satu kumpulan pelajar perubatan di Manchester University sedang berusaha untuk menyanggah salah
tanggapan di sebalik pandangan ini. Saya harap anda dapat mengeluarkan kenyataan pendek tentang
keharusan belajar pengguguran (sebab ia dibenarkan jika nyawa si ibu dalam bahaya) dan juga tentang
belajar & merawat penyakit kelamin.

Dijawab oleh Shaykh Muhammad ibn Adam al-Kawthari, ulama Mazhab Hanafi.

Pengguguran dan menamatkan kandungan biasanya tidak diizinkan malahan bertentangan dengan
ajaran Syariah. Namun, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yang mendesak seperti meneruskan
kandungan  yang boleh membahayakan nyawa si ibu.

Sama juga, untuk melaksanakan prosedur ini ke atas orang lain juga haram, sebagaimana apa yang
haram bagi seseorang juga akan menjadi haram untuk dilakukan kepada orang lain.

ِ ‫اإلث ِم َو ْال ُع ْد َو‬

‫ان‬ ْ ‫اونُوا َعلَى‬
َ ‫اونُوا َعلَى ْالبِرِّ َوالتَّ ْق َوى َوال تَ َع‬
َ ‫َوتَ َع‬

ALLAH Taa’la berfirman, “Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam melakukan kebajikan dan
taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”

-Al-Maidah, 2-

Walaubagaimanapun, menuntut ilmu mengenai prosedur pengguguran adalah dibenarkan, kerana

terdapat juga keadaan apabila pengguguran menjadi dibenarkan. Begitu juga sangat diizinkan untuk
belajar tentang penyakit kelamin, dan untuk menyatakan ianya balasan kerana maksiat adalah tidak
tepat. Seseorang boleh bertaubat dari dosanya dan menjadi disayangi pada pandangan Yang Maha
Kuasa. Selain itu, tidak semua penyakit kelamin berlaku kerana dosa atau maksiat.

ALLAH mengetahui yang terbaik.

* penyakit kelamin ialah STD (sexually transmitted disease) seperti Syphilis, Gonorrhea & HIV

Sumber : disunting dan dialihbahasa dari www.themodernreligion.com

Filed under: O & G, Pelajar Perubatan, Penyakit & Wabak, Prosedur Perubatan | 2 Comments »

Darurat Berubat dengan Bahan Haram

Posted on Sunday, 30 March, 2008 by Abul Harith

Darurat dalam berubat, berlaku apabila terhalang kesembuhan sesuatu penyakit melainkan berubat
dengan bahan-bahan yang diharamkan. Dalam hal ini para ulama fiqh berbeza pendapat. Ada antara
mereka ada yang berpendapat berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat mendesak seperti
halnya makan ketika kebuluran.

Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang mengatakan, “Sesungguhnya ALLAH tidak
menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang DIA haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sementara itu, ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga
dianggap berubat dengan bahan haram apabila darurat itu sama seperti makan yang haram ketika
kebuluran, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan untuk kelangsungan
hidup.

61
Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan yang haram apabila berubat kerana
terdesak, ialah hadith Nabi yang berhubung dengan kebenaran baginda untuk memakai sutera kepada
Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam lantaran penyakit yang dideritai oleh kedua-
duanya, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah dilarang dan diancam.

Jika dilihat, pendapat yang kedua lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi
kehidupan manusia dalam seluruh Syariat dan suruhannya. Tetapi kebenaran (rukhsah) dalam
menggunakan ubat yang haram itu harus mengikut syarat-syarat berikut:

1.      Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat dengannya.

2.      Tiada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.

3.      Adanya suatu perakuan dari seorang doktor muslim yang dipercayai dan amanah dalam
pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).

Kami katakan demikian sesuai dengan apa yang kami ketahui, dari realiti yang ada dari hasil
penyelidikan doktor-doktor yang dipercayai, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan
barang-barang yang haram seperti ubat. Tetapi kami menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar
ikhtiyat’ (bersiap sedia dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap Muslim, yang
berkemungkinan dia berada di suatu tempat yang tiada  ubat di situ kecuali yang haram.

Sumber : dialihbahasa dan disunting dari e-mail. 

* Pihak Fiqh Medic telah berusaha sedaya upaya menyunting artikel ini agar menepati anjuran
Syariat Islam dalam isu ini. Terdapat kesulitan untuk meperolehi sumber sebenar. Wa biLLAHi Taufiq,
WaLLAHu a’lam.

Filed under: Ubat-ubatan | 3 Comments »

Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Wanita dan Kelahiran

Posted on Wednesday, 30 January, 2008 by Abul Harith

1. Mengazankan bayi

Soalan: Apa yang harus diucapkan selepas bayi dilahirkan?

Jawapan: Hendaklah dilaungkan azan pada telinga kanannya seperti azan untuk Solat, sebagaimana
yang dilakukan Nabi s.aw. ketika Hasan anak Fatimah dilahirkan, agar kalimat pertama yang masuk ke
telinganya adalah kalimat takbir dan tauhid.

2. Solat Jenazah bagi Bayi Gugur

Soalan: Adakah bayi yang gugur wajib disolatkan?

Jawapan: Bayi yang gugur tidak perlu disolatkan kecuali jika dia lahir dalam keadaan hidup, meskipun
hanya beberapa minit.

3. Hukum Menggugurkan Kandungan

Soalan: Sebahagian orang beranggapan bahawa menggugurkan kandungan dibolehkan asalkan janin
belum berusia tiga bulan. Apakah pendapat ini benar? Apa yang harus dilakukan oleh orang yang
membantu menggugurkan kandungan yang belum berusia tiga bulan, jika pada waktu itu dia belum
mengetahui hukumnya? Adakah dia harus membayar kafarat pembunuhan satu nyawa kerana
perbuatannya itu?

62
Jawapan: Pada dasarnya -menurut pendapat yang saya pandang kuat- menggugurkan kandungan tidak
dibolehkan kecuali kerana uzur. Apabila dilakukan sebelum kandungan berusia empat puluh hari, maka
hal itu masih ringan, lebih-lebih jika uzur, maka alasannya kuat. Adapun setelah kandungan berusia
lebih dari empat puluh hari yang ketiga (iaitu 120 hari) maka tidak boleh digugurkan sama sekali.

4. Hukum Memasang Alat Cegah Hamil

Soalan: Bagaimana hukum memasang alat-alat kontrasepsi pada wanita dan lelaki untuk mencegah
kehamilan, baik terhadap Muslim mahupun terhadap non-Muslim?

Jawapan: Tidak boleh, kerana hal itu sama seperti mengubah ciptaan ALLAH, serta termasuk
perbuatan dan hiasan syaitan. Kecuali dalam keadaan sangat darurat, misalnya jika kehamilan
membahayakan si ibu, sedangkan cara pencegahan lain tidak ada. Maka hal ini merupakan darurat
kepada individu yang jarang terjadi, dan diukur dengan kadarnya, serta tidak boleh dijadikan kaedah
atau amalan umum.

Sumber : disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’siroh oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi

Filed under: Ibadah, O & G, Prosedur Perubatan | 63 Comments »

Derma Organ Kepada Non-Muslim

Posted on Wednesday, 23 January, 2008 by Abul Harith

Adakah dibenarkan untuk seorang Muslim menderma organ kepada non-Muslim demi
menyelamatkan nyawanya?

Islam membawa mesej universal dengan cinta, kasih sayang dan mengambil berat terhadap semua
penghuni dunia ini. Oleh sebab itu, maka dibenarkan seorang Muslim untuk menderma organ kepada
non-Muslim ketika mereka memerlukannya. Pastinya, keutamaan diberikan kepada penerima Muslim
jika si penderma itu diberi pilihan.

Berikut adalah respon dari Sheikh Yusuf al-Qaradawi;

Menderma organ samalah seperti memberi sedekah dari sudut ianya dibenarkan kepada Muslim
mahupun non-Muslim. Bagaimanapun, tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera non-Muslim
yang memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam. Begitu juga tidak
dibenarkan menderma kepada seorang yang Murtad kerana dia tiada apa melainkan seorang
pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya.

Namun, jika terdapat Muslim dan non-Muslim yang kedua-duanya memerlukan derma organ atau
darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan sebagaimana firman ALLAH s.w.t. di dalam al-
Quran;

ٍ ‫ضهُ ْم َأوْ لِيَاء بَع‬

‫ْض‬ ُ ‫َو ْال ُمْؤ ِمنُونَ َو ْال ُمْؤ ِمن‬
ُ ‫َات بَ ْع‬

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain” (At-Taubah, 71)

Di sini kami ingin jelaskan bahawa seorang Muslim itu dikira memilih kesesatan dan berdosa jika dia
menggunakan anugerah mulia (anggota badan) yang diberikan dengan mengingkari ALLAH dan
memudaratkan saudaranya yang lain.

Begitu juga, jika tumpuan seseorang itu kepada saudara atau jirannya, dia telah mengambil keputusan
yang mulia kerana ikatan kemanusiaan atau hubungan kejiranan. ALLAH berfirman;

63
ِ ‫ب هّللا‬ ٍ ‫ضهُ ْم َأوْ لَى بِبَع‬
ِ ‫ْض فِي ِكتَا‬ ْ ُ‫َوُأوْ ل‬
ُ ‫وا اَألرْ َح ِام بَ ْع‬

“Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya
(daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab ALLAH.” (Surah al-Anfal, 75)

Adalah amat terpuji bagi seorang yang dapat menderma organnya kepada orang tertentu, atau untuk
pembangunan seperti bank yang khusus untuk tujuan tersebut (seperti bank darah dan bank tisu)

Sumber : dialihbahasa dari Bank Fatwa, http://www.islamonline.net

Filed under: Transplan Organ | 11 Comments »

Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Pengamal Perubatan

Posted on Wednesday, 16 January, 2008 by Abul Harith

1. Solat dengan Darah Pada Pakaian

Soalan: Bolehkah menunaikan solat walaupun terdapat darah pada pakaian?

Jawapan: Boleh, apabila darahnya hanya sedikit, atau sukar dibersihkan, kerana menurut kaedah fiqh:
“segala sesuatu yang sulit dipelihara, maka ia dimaafkan.”

2. Solat dengan Tidak Pasti Kiblat

Soalan: Bolehkah melakukan solat jika sukar mencari arah kiblat?

Jawapan: Apabila dia telah berusaha mencarinya tetapi belum juga dapat mengetahui arah kiblat, atau
yang mendekatinya, maka bolehlah ia menghadap ke arah mana saja.

:Dalam hal ini Allah berfirman

ِ ‫وا فَثَ َّم َوجْ هُ هّللا ِ ِإنَّ هّللا َ َو‬

‫اس ٌع َعلِي ٌم‬ ْ ُّ‫ق َو ْال َم ْغ ِربُ فََأ ْينَ َما تُ َول‬
ُ ‫َوهّلِل ِ ْال َم ْش ِر‬

            “Dan kepunyaan ALLAH-lah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap, disitulah
wajah ALLAH …” (al-Baqarah: 115)

3. Jama’ Solat Ketika Sibuk

Soalan: Bagaimana hukum menjama’ solat apabila seorang doktor sangat sibuk contohnya ketika
menghadapi persalinan bayi (baby delivery)?

Jawapan: Dia boleh menjama’ solat Zuhur dengan `Asar, atau solat Maghrib dengan solat Isya’, sama
ada dengan Jama’ Taqdim mahupun Jama’ Ta’khir, mana-mana yang dianggap mudah baginya, iaitu
dengan Jama’ saja tanpa diQashar. Yang membolehkan Jama’ kerana uzur adalah mazhab Imam
Ahmad, berdasarkan hadis Ibnu Abbas dalam kitab sahih (Muslim) .

4. Mengusap Kasut

Soalan: Bagaimana hukum mengusap kasut?

Jawapan: Enam belas orang sahabat Nabi s.a.w. membolehkan mengusap kasut dengan syarat pada
waktu memakainya harus dalam keadaan suci. Orang yang bermukim (menetap di kampung halaman)
boleh mengusap sarung kaki selama semalam, dan bagi musafir selama tiga hari tiga malam.

64
5. Mandi Jinabat Jika Tiada Tempat Mandi

Soalan: Bagaimana cara mandi jinabat apabila terdapat air tetapi tidak dijumpai tempat untuk mandi,
contohnya selepas bersalin?

Jawapan: Dalam keadaan seperti ini air dianggap tidak ada menurut hukum, meskipun sebenarnya ada,
sebab yang dijadikan sebab ialah dapat kemampuan kita menggunakannya. Sedangkan dalam situasi
seperti ini kemampuan untuk menggunakannya tidak ada. Oleh kerana itu bolehlah ia bertayamum.

6. Solat di Tepi Pancuran Air

Soalan: Bolehkah melakukan solat di sekitar pancuran air jika hanya tempat itu satu-satunya tempat
yang sesuai, khususnya di negara-negara Barat?

Jawapan: Keadaan darurat mempunyai hukum tersendiri. Dalam suatu hadis RasuluLLAH s.a.w.
bersabda: “Dan Bumi itu dijadikan untukku sebagai tempat sujud (tempat solat).” [HR Bukhari dalam
"ash-Shalah," juz 1, hlm. 533, hadis nombor 438; dan Muslim dal "al-Masajid," juz 1, him.370, hadis
nombor 521 dan 522.]

7. Bersentuh dengan Doktor Wanita

Soalan: Adakah bersentuhan dengan perawat atau doktor perempuan sebagaimana yang biasa terjadi
membatalkan wudhu, lebih-lebih jika wanita itu non-Muslim?

Jawapan: Menurut pendapat yang rajih (kuat), bersentuhan dengan wanita tanpa syahwat tidaklah
membatalkan wudhu.

8. Ketua dan Teman Minum Arak

Soalan: Apa yang harus dilakukan oleh doktor Muslim apabila dia melihat temannya atau pengarahnya
menghisap/meminum benda-benda yang memabukkan?

Jawapan: Menggunakan langkah yang paling bijaksana dan paling lemah-lembut untuk
menghilangkan kemunkaran tersebut, menurut kemampuannya, dan hendaklah dia menganggap dirinya
sedang menghadapi pesakit yang menderita penyakit tertentu. Di samping itu, hendaklah dia meminta
tolong daripada mereka yang layak agar dapat menangani masalah tersebut secara bijaksana.

9. Perihal Aurat Pesakit

Soalan: Apa yang menjadi kewajipan kita dalam menghadapi masalah pendedahan aurat orang sakit
dan anggota tubuhnya yang terbuka walaupun bukan dalam keadaan darurat, apakah anjuran kita
kepadanya?

Jawapan: Ini merupakan sesuatu yang wajib diberitahu dan disebarluaskan agar setiap Muslimah
mengetahui dan melaksanakan mana yang lebih positif, kecuali dalam keadaan darurat.
Walaubagaimanapun, kebolehan kerana darurat haruslah diukur dengan kadar daruratnya.

10. Guna Alkohol

Soalan: Bagaimana hukum menggunakan alkohol yang bersih untuk kulit?

Jawapan: Tidak apa-apa, ia bukan khamar (arak) yang diharamkan, kerana khamar sengaja diproses
untuk diminum. Dalam hal ini ada fuqaha yang menganggap najisnya khamar adalah najis
maknawiyah, bukan najis hissiyyah (menurut panca indera), dan ini merupakan pendapat Rabi’ah (guru
Imam Malik) dan lain-lainnya. Dalam hal ini, Lembaga Fatwa di al-Azhar sejak dulu memperbolehkan

65
penggunaan alkohol untuk kepentingan tersebut. Adapun Sayid Rasyid Ridha mempunyai fatwa yang
terperinci dan persoalan tentang kebolehannya. Silalah kaji fatwa-fatwa beliau.

Sumber: disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’sirah Mua’sirah Jilid ke-II oleh Prof. Dr. Yusuf
al-Qardhawi

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Pengamal Perubatan, Prosedur Perubatan, Thaharah | 1
Comment »

Pemeriksaan Bahagian Sulit

Soalan: Adakah dibenarkan seorang doktor untuk melihat kawasan sulit pesakit ketika
pemeriksaan kesihatan.

Dijawab oleh Sheikh Ahmad al-Qubaysî

Doktor dibolehkan melihat bahagian badan yang dia perlu lihat demi menjalankan pemeriksaan
kesihatan. Dalam kes yang teruk dan ianya menjadi suatu keperluan, maka dibenarkan bagi doktor
melihat bahagian sulit pesakit yang perlu untuk diperiksa.

Tempoh masa dan kawasan bahagian sulit yang diperlukan untuk terdedah adalah sama kadar dan
caranya sepertimana seseorang itu menanggalkan pakaian di bilik air untuk keperluan peribadinya.

WaLLAHu A’lam, ALAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari http://islamtoday.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Prosedur Perubatan | 3 Comments »

Tiada Dara Malam Pertama

Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam
perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam
tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus
perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga
sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil
atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika
dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian. Apatah lagi
mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian
perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.

Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.

Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang
wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.

66
ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;

ُ ‫ب ِب َما َحفِظَ هّللا‬

ِ ‫ات لِّ ْل َغ ْي‬
ٌ َ‫َات َحافِظ‬
ٌ ‫ات قَانِت‬
ُ ‫فَالصَّالِ َح‬

“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak
ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”

(Sûrah al-Nisâ’: 34)

Sumber : dialihbahasa dari http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Wanita, Seksual | 7 Comments »

Derma Darah

Posted on Wednesday, 16 January, 2008 by Abul Harith

Diantara hal paling utama yang diberikan oleh keluarga atau sahabat kepada si sakit ialah
mendermakan darah untuknya bila diperlukan ketika ia menjalani pembedahan, atau untuk
membantu dan mengganti darah yang dikeluarkannya.

Ini merupakan pengorbanan yang paling besar dan sedekah yang paling utama, sebab memberikan
darah pada saat seperti itu kedudukannya sama dengan menyelamatkan hidupnya, dan Al-Qur’an telah
menetapkan dalam menjelaskan nilai jiwa manusia:

‫اس َج ِميعً¯ا َو َم ْن َأحْ يَاهَ¯ا فَ َكَأنَّ َم¯ا َأحْ يَ¯ا‬ َ ‫ض فَ َكَأنَّ َم¯̄ا قَت‬
َ َّ‫َ¯ل الن‬ ِ ْ‫س َأوْ فَ َس¯ا ٍد فِي اَألر‬ ِ ‫يل َأنَّهُ َمن قَت ََل نَ ْفسًا ِب َغي‬
ٍ ‫ْ¯ر نَ ْف‬ َ ‫ِم ْن َأجْ ِل َذلِكَ َكتَ ْبنَا َعلَى بَنِي ِإس َْراِئ‬
‫اس َج ِميعًا‬ َ َّ‫الن‬

“… bahawa barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang
lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh
manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah
dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya …” (al-Ma’idah: 32)

Apabila bersedekah dengan harta memiliki kedudukan yang demikian tinggi dalam agama dan
mendapat pahala yang demikian besar di sisi ALLAH (sehingga Allah Ta’ala menerimanya dengan
tangan kanan-NYA dan melipatgandakannya hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan entah sampai
berapa kali ganda menurut yang dikehendaki ALLAH), maka mendermakan darah lebih tinggi
kedudukannya dan lebih besar lagi pahalanya. Kerana orang yang mendermakan darah menjadi sebab
kehidupan, dan darah juga merupakan sebahagian dari manusia, sedangkan manusia jauh lebih mahal
daripada harta. Selain itu, orang yang mendermakan darahnya seakan-akan menyumbangkan
sebahagian material jasadnya kepada saudaranya kerana cinta dan kerana mengalah.

Disisi lain, bentuk amal soleh yang memiliki nilai lebih tinggi lagi dari nilai tersebut ialah memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan dan menghilangkan kesusahan orang yang
dilanda kesusahan. Ini merupakan kelebihan lain yang menambah pahala di sisi ALLAH Ta’ala. Dalam
suatu hadis RasuluLLAH saw. bersabda:

            “Sesungguhnya Allah mencintai perbuatan memberi pertolongan kepada orang yang
memerlukan pertolongan.” (HR Abu Ya la, ad-Dailami, dan Ibnu Asakir dari Anas)”[1]

Di dalam kitab sahih juga diriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

            “Barangsiapa yang menghilangkan dari seorang Muslim suatu kesusahan dari kesusahan-
kesusahan dunia, maka ALLAH akan menghilangkan dari orang itu suatu kesusahan dari kesusahan-
kesusahan pada hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar)”[2]

67
Bahkan terdapat hadis sahih dari RasuluLLAH s.a.w. bahawa menolong binatang yang memerlukan
makanan atau minuman itu juga mendapat pahala yang besar di sisi Allah, sebagaimana disebutkan
dalam hadis yang menceritakan tentang seorang yang memberi minum anjing yang sedang kehausan.
Anjing itu didapati menjulurkan lidahnya menjilati tanah kerana sangat haus, maka orang itu
mengambil air dari telaga dengan kasutunya dan digigitnya kasut itu dengan giginya kemudian diberi
minum kepada anjing tersebut hingga puas. Nabi s.a.w. bersabda, “Maka ALLAH berterima kasih
kepadanya dan mengampuni dosanya.” Lalu para sahabat bertanya kehairanan, “Wahai Rasulullah,
apakah kami mendapatkan pahala dalam menolong binatang?” Beliau menjawab:

            “Benar, (berbuat baik) kepada tiap-tiap (sesuatu yang memiliki) jantung yang basah (makhluk
hidup) itu berpahala.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)”[3]

Nampaknya para sahabat beranggapan bahawa berbuat baik kepada makhluk (binatang) ini tidak
mendapat pahala di sisi ALLAH dan bahawa ad-Din tidak memperhatikannya. Maka RasuluLLAH
s.a.w. menjelaskan kepada mereka bahawa berbuat baik kepada makhluk hidup yang mana pun akan
mendapat pahala, meskipun berupa binatang seperti anjing. Maka bagaimana lagi berbuat baik kepada
manusia? Apatah lagi terhadap manusia yang beriman?

Mendermakan darah itu menberikan pahala yang besar secara umum, dan bersedekah kepada kerabat
akan digandakan pahalanya secara khusus, kerana yang demikian itu akan memperkuat hubungan
kekerabatan dan mengukuhkan jalinan kekeluargaan. Dalam hal ini RasuluLLAH s.a.w. bersabda;

            “Bersedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah; sedangkan kepada
keluarga itu mendapatkan dua pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung kekeluargaan.”
(HR Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim dari Salman bin Amir)”[4]

Pahala menyumbangkan darah ini lebih berlipat ganda apabila pada asalnya hubungan antara
penyumbang dan pesakit tidak harmoni, mengikut pujukan Syaitan yang menyalakan api permusuhan
dan pertentangan di antara mereka. Apabila salah seorang dari mereka berhasil mengalahkan nafsu dan
Syaitannya, lalu menyingkirkan dan membuang sikap yang tercela menurut pandangan ALLAH dan
pandangan manusia ini, lantas ia menyumbangkan harta atau darahnya kepada kerabat yang
memerlukannya (yang sebelumnya bermusuhan dengannya), maka tindakan demikian dinilai oleh
RasuluLLAH s.a.w. sebagai sedekah yang paling utama bila dinisbatkan kepada siapa yang diberi
sedekah. Beliau bersabda:

            “Sedekah yang paling utama ialah kepada keluarga yang memusuhi (al-kaasyih).” (HR Ahmad
dan Thabrani dari Abi Ayyub dan Hakim bin Hizam)”[5]

Yang dimaksud dengan dzir-rahmi al-kaasyih (keluarga yang memusuhi) ialah yang menyembunyikan
rasa permusuhan dalam hati, tidak terang-terangan, dan tidak cinta kepada kerabatnya.

______________________________________

Nota kaki:

1. Faidhul-Qadar, juz 2, hlm. 287.

2. Al-Lu’lu’ wa-Marjan, hadis nombor 1667.

3. Al-Lu’lu’ wa-Marjan, hadis nombor 1447.

4. Dihasankan oleh Tirmidzi, disahkan oleh Hakim, dan disetujui oleh Dzahabi, sebagaimana
diterangkan dalam Faidhul-Qadir, karya Imam Munawi, juz 4, hlm. 237.

5. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Tirmidzi, dan Bukhari dalam al-Adabul-Mufrad dari Abi Sa’id,
dan diriwayatkan oleh Thabrani dan Hakim dari Ummu Kultsum bind ‘Uqbah, serta disahkan oleh
Hakim menurut syarat Muslim dan disetujui Dzahabi (Faidhul-Qadir, juz 2, hlm. 38).

68
Sumber: disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’sirah Mua’sirah oleh Prof. Dr. Yusuf al-
Qardhawi

Filed under: Prosedur Perubatan | Leave a Comment »

Hukum Lelaki Pakai Gelang Untuk Perubatan?

Posted on Tuesday, 15 January, 2008 by Abul Harith

Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang
mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat
Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang
memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan,
Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu
dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak
akan berjaya selama-lamanya.” (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam
Musnadnya)

Jawapan:

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak 

Hadith yang  saudara maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga
Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah: 

،‫ انزعها فإنها ال تزي¯¯دك إال وهنً¯¯ا‬:‫ قال‬،‫ من الواهنة‬:‫ ما هذه? قال‬:‫ رأى رجال في يده حلقة من صفر فقال‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫أن النبي‬
‫فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا‬

Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada
gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada
al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan
kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu
tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-
Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.

Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada
al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (‫ )الحسن‬benar-
benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (‫ )عمران بن حسين‬ataupun tidak. Demikian juga di dalam
hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (‫)مبارك بن فضالة‬, ia juga diperselisihkan di
kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan
hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita
untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang
betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram
seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan  menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah
bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun
dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya
untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-
Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab

69
dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada
kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

(Sila lihat di sini:

http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?
view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32&sectionid=2)

Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman
islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka
bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab)
larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat
larangan menggantungnya.

(Sila lihat:  http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith
tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan
gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan
memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-
Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit
samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh
bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah
disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat
semata.

Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan
seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau
seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan
yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.

Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:

1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.

2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu,
Habbah al-Sauda dan seumpamanya.
3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman
mengunakannya.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan
harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan
pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai
dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang
tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas
syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn
Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang
penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-
Wahinah (‫)خرز الواهنة‬

Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk
berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu
bahan hasil dari penemuan saintifik.  Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu
khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur
perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi
manfaat kepada manusia.

Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas)
membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada

70
beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik
yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang
pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang
dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih
baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari
buruk sangka orang ramai.

Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-
online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan
perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika
terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun
jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam
kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

(Sila lihat soalan 11:

 http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)

Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi
lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah
tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (‫ )الدملج‬dan gelang (
‫ )السوار‬dan kalung (‫ )الطوق‬dan mahkota (‫)التاج‬. Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan
harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak
melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam
bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)

Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-
Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan
riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak
seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang
mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota
lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang
lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak
thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai
wanita.

(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/)

Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:

1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan
individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk
kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang,
sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata
tangkal.

Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan
yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam
penggunaannya.

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=2

Sumber : http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Alat Perubatan | 9 Comments »

71
Pembedahan Kosmetik

Posted on Monday, 14 January, 2008 by Abul Harith

Soalan : Sila jelaskan sejauh manakah pembedahan kosmetik diizinkan dalam Islam?

Jawapan: Pembedahan kosmetik dibenarkan untuk memulihkan kecacatan atau mengembalikan wajah
fizikal seseorang kepada normal selepas kemalangan. Diizinkan juga bagi individu untuk mengubah
bentuk fizikal apabila wujud kecacatan semulajadi atau kekurangan selepas kemalangan.

Adalah tidak diizinkan untuk mengubah bentuk fizikal sesorang yang normal demi kelihatan lebih
menarik kerana cenderung untuk cantik semata-mata. Dalam al-Quran, ALLAH berfirman bahawa
Syaitan akan membawa manusia menjadi kufur (menyimpang dari jalan yang lurus) dan cara
memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH.

ِ ‫ال َأَلتَّ ِخ َذنَّ ِم ْن ِعبَا ِدكَ ن‬

)118( ‫َصيبًا َّم ْفرُوضً ا‬ َ َ‫لَّ َعنَهُ هّللا ُ َوق‬

ِ ‫ُون هّللا ِ فَقَ¯ ْد‬

‫خَس¯ َر ُخ ْس¯ َرانًا‬ َ ¯‫ضلَّنَّهُ ْم َوُأل َمنِّيَنَّهُ ْم َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُبَتِّ ُكنَّ آ َذانَ اَأل ْن َع ِام َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّ ُرنَّ خَ ْل‬
َّ ‫ق هّللا ِ َو َمن يَتَّ ِخ¯ ِذ‬
ِ ‫الش¯ ْيطَانَ َولِيًّ¯ا ِّمن د‬ ِ ‫َوُأل‬
‫) سورة النساء‬119( ‫ُّمبِينًا‬

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-
hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan
menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh
mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan
aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa
yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang
nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Dijawab oleh Jawatankuasa Penyelidik Jabatan Fatwa, dipengerusi oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-
Turayrî

Sumber: ditarjamah dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Pembedahan | 3 Comments »

Hukum Ubat Mengandungi Alkohol

Apakah hukum ubat-ubatan yang mengandungi Alkohol?

Nadwah Fiqh Perubatan Islam ke 8, anjuran Pertubuhan Ilmu-ilmu Perubatan Islam yang berlangsung
di Kota Kuwait dari 22-24 Mei, 1995 merumuskan:

Alkohol tidak najis dari segi syara’. Maka tidak menjadi kesalahan menggunakan alkohol dari sudut
perubatan sebagai bahan pencuci (antiseptic) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh
kuman. Ia tiada kaitan denganarak.

Resolusi # 11, Majlis Akademi Fiqh, Jeddah, KSA, dalam mesyuarat kali ke 3, 1986 memutuskan:
“Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi alkohol dalam kuantiti yg
tertentu jika tidak didapati ubat-ubatan lain yang bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor yang
dipercayai lagi amanah.”

72
Sumber : disunting dari Forum di http://al-ahkam.net

Filed under: Ubat-ubatan | Leave a Comment »

Hukum Kahwin Khunsa

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Hukum perkahwinan khunsa. Adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau
perempuan?

Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan terlebih berdasarkan
fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status
mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormon
dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh
melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.

Sumber : disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Seksual | 27 Comments »

Solat Bagi Yang Tak Mampu Berwudhu dan Tayammum

Penulis kitab Zaad al-Mustaqni’ berkata: “Atau ketiadaan air dan tanah, hendaklah dia solat
dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.”  

Syarah dari al-Syeikh Dr. Muhammad Mukhtar al-Syanqiti: 

Sebahagian ulama berkata: (Dalam keadaan di atas) hendaklah dia solat dan mengulangi solatnya,
sebahagian yang lain berkata: dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain
pula berkata: Dia solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain berkata: Dia qadhakan
solatnya dan tidak perlu solat (ketika itu). Persoalan ini dinamakan sebagai “Masalah Faqid al-
Tohurain – orang yang kehilangan dua cara bersuci”. Sebagai contoh: seorang yang dikurung di dalam
satu bilik dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat, dia tidak mampu untuk berwudhu dan
bertayammum. Persoalan ini dinamakan masaalah orang yang hilang dua cara bersuci, samaada secara
hakikat seperti seseorang berada ditempat yang tidak ada air dan tanah, contohnya di dalam kapal
terbang dan tidak ada di dalamnya apa-apa yang boleh dibuat tayammum iaitu tidak ada sesuatu dari
jenis permukaan bumi, sedangkan waktu solat semangkin sempit, dimana jika dia menunggu hingga
kapal terbang mendarat, waktu solat akan habis.
 
Maka pendapat yang pertama: Dia tidak perlu solat, sebaliknya dia perlu menunggu sehingga
memperolehi air atau memungkinkan dia menggunakan air dan dia ulangi solat yang tidak
dikerjakannya itu. Ini kerana solat mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu atau bertayammum,
inilah dalil mereka, mereka berkata: Dia tidak perlu solat, sebaliknya perlu ulangi waktu yang dia
tinggalkan itu sahaja. Walaupun keadaan itu berterusan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu
atau beberapa bulan, kerana Allah mengarahkan solat dalam samaada keadaan berwudhu atau mandi
atau bertayammum, sebaliknya dia tidak boleh berwudhu, tidak mandi dan tidak tayammum, maka
orang sebegini tidak sah untuk dia solat dan tidak boleh diminta menunaikan solat di dalam waktunya
kerana dia (ketika itu) bukan orang yang dituntut (mukallaf) menunaikan solat, lalau dilewatkan hukum
(kewajian solat) ke atasnya sehingga dia mampu menggunakan (air atau tayammum) atau sehingga ada
(air atau tanah utk bersuci). Inilah pendapat yang pertama, iaitu dia tidak perlu solat dan hanya perlu
ulang.

73
Pendapat yang kedua: Dia hendaklah solat (ketika itu) dan tidak perlu mengulangi solatnya. Ulama
yang berpendapat sebegini melihat kepada keumuman syariat dan keringanannya, contohnya firman
Allah swt: (maksudnya) “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.” (al-
Taghabun:16), “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya.” (al-
Baqarah:286), dan firman Allah: “Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu
kesusahan.” (al-Maidah:6), para ulama ini berkata: Orang yang tidak boleh berwudhu dan
bertayammum, tetapi waktu solat sudah masuk, ini bermakna sasaran suruhan telah diarahkan
kepadanya dengan kesepakatan, dia dituntut menunaikan solat, bukan wudhu, mandi dan bukan juga
tayammum, sebaliknya kemampuan dia menunaikan solat. Golongan ulama ini membahagi-bahagikan
perkara yang disuruh. (Maka orang yang berada dalam permasaalahan di atas) dia tidak mendapati
bahan untuk bersuci, akan tetapi dia berkemampuan menunaikan solat, maka kita suruh dia
menunaikan solat, kerana dia sebahagian dari perkara yang diarahkan (oleh Allah). Disamping ada
kemampuannya menunaikan solat dan gugur daripadanya kewajipan berwudhu, mandi atau tayammum
disebabkan tidak mampu berwudhu, mandi atau bertayammum. Ini pendapat yang kedua.

Pendapat yang pertama: orang sebegini tidak perlu solat, dia hanya perlu ulangi solat/qadha, dan
pendapat yang kedua sebaliknya, dia solat dan tidak perlu ulangi solat. Pendapat yang ketiga pula: Dia
tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Ini bermakna solat telah gugur daripadanya. Ini kerana solat
berdasarkan dalil-dalil syara’ tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan suci, [(al-Hadith): Allah tidak
akan menerima solat seseorang daripada kamu, apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.”],
orang yang tidak boleh bersuci bukanlah seorang yang berwudhu, tidak juga dihukum berwudhu, maka
dia tidak dituntut menunaikan solat, kemudian gugur juga kewajipan mengulangi solat itu, ini kerana
ulangi solat, syaratnya dia termasuk mukallaf menunaikan solat (perkara yang asal), apabila datang
waktu solat (perkara yang asal) dan ketika itu dia bukan mukallaf menunaikan solat, maka gugur juga
kewajipan mengulanginya.

Pendapat yang ketiga, dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Pendapat yang keempat: Dia
perlu solat dan perlu ulangi solat tersebut. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang ketiga.

Pendapat yang keempat yang mengatakan wajib solat kerana dia mampu menunaikan solat, hanyasanya
gugur darinya bersuci kerana ketidakmampuan melakukannya, tetapi kekal kewajipan menunaikan
solat dan dia dituntut melakukannya, dan dia dituntut untuk mengulangi solat itu kerana apabila dia
mendapati air maka gugurlah keringanan ke atasnya dan wajib pula dia mengulanginya.

Dan pandangan yang lebih kuat ialah dia perlu solat ketika itu (ketika ketiadaan air dan tanah) dan
tidak perl ulanginya, berdasarkan hadith yang thabit di dalam al-Bukhari ketikamana Rasulullah saw
keluar ke salah satu peperangan yang disertai baginda – dikatakan peperangan itu adalah peperangan
al-Maraisi’ (‫ – )المريسيع‬lalu baginda berhenti di Zaat al-Jaish (‫ – )ذات الجيش‬selepas al-Baidha’ yang
berada selepas Miqat Dzi al-Hulaifah ( ‫ ) ذي الحليفة‬dari arah Makkah – ‘Aisyah telah kehilangan
rantainya, lalu baginda meminta sebahagian sahabat mencarinya, dalam keadaan mereka ketiadaan air.

Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan tayammum. kemudian masuk waktu solat, lalu mereka solat
dalam keadaan begitu. Kemudian mereka mendatangi Nabi saw selepas habis waktu solat tersebut, dan
baginda tidak mengarahkan mereka mengulanginya dan baginda membenarkan perbuatan mereka.

Bentuk pendalilan dari hadith ini, mereka tidak boleh berwudhu dan bertayammum – kerana
tayammum belum di syariatkan ketika itu – maka pengakuan Nabi saw terhadap solat mereka tanpa
bersuci dan baginda tidak mengarahkan mengulanginya selepas keluar waktu, menunjukkan sesiapa
yang tidak boleh berwudhu dan tayammum tidak diwajibkan mengulangi solat sebaliknya dia hanya
perlu solat pada waktunya.

Berdasarkan ini, kalaulah seseorang diikat atau digari atau tangannya terputus, dia tidak boleh
bertayammum dan wudhu, maka dia tidak perlu berwudhu, dia hendaklah solat dalam keadaannya itu,
dan dia tidak perlu mengulangi solatnya itu.

Sumber:  disunting dari artikel asal Bagaimana Solat Orang Yang Tak Mampu Berwudhu dan Tak
Mampu Tayammum, http://soaljawab.wordpress.com

74
Filed under: Ibadah | Leave a Comment »

Wuduk Anggota Cedera

Soalan: Anak saya mengalami kemalangan bahagian anggota wuduknya dibalut dalam tempoh 2
minggu. Bagaimanakah cara dia mengambil wuduk dalam keadaan demikian? Apakah dia perlu
mengulangi solatnya?.

Jawapan: Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada
balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini
dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang
dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam
al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang saya rumuskan daripada perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang boleh diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai
balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut,
tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat
terpilih daripada kebanyakan ulama fekah. (lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-
Mar`ah, 1/140, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut ).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam bab ini terlalu daif maka ada ulama fekah yang berpegang
kepada tidak ada apa yang dikatakan sapu atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang
cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan
syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi
(wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah
(maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya” dan sabda Nabi
s.a.w: “Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar
kemampuan kamu”. Dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah gugur kewajipan apa yang seseorang tidak
mampu. Maka gantinya ialah apa yang disyarakkan. Syarak pula tidak wajib diikuti melainkan dengan
dalil daripada al-Quran atau sunnah. Tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan
dengan sapuan ke atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.(lihat: Ibn
Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla,1/316, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ). Tokoh hadith
zaman ini yang terkenal al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h.cenderung kepada pendapat
ini. (lihat: Al-Albani, Tamam al-Minnah, 133-135, cetakan: Dar al-Rayah, Riyadh ).

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan, keduanya lebih mudah untuk pesakit dibandingkan
pendapat-pendapat lain. Dia juga tidak perlu mengulangi solat yang dilakukannya apabila dia sembuh.
Inilah pendapat yang paling kuat.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Ibadah, Thaharah | Leave a Comment »

Cuci Air Kencing Pada Tilam

Soalan : Anak saya kerap terkencing di atas tempat tidur. Masalahnya tilam tersebut amat tebal
dan berat. Adalah suatu kesusahan untuk mencucinya. Bagaimana cara saya ingin mencuci?

75
Jawapan: Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi telah memfatwakan masalah ini dengan kata mereka: “Jika
yang kecing ke atas tempat tidur (tilam) tersebut, atau seumpamanya , kanak-kanak lelaki yang belum
memakan makanan, maka memadai dengan direnjiskan air sehingga meliputi semua tempat yang
terkena najis. Tidak wajib memerah dan membasuhnya. Jika kanak-kanak berkenaan telah memakan
makanan, atau kanak-kanak perempuan, samada dia telah memakan makanan atau tidak, maka
hendaklah dibasuh. Caranya ialah mencurahkan air ke atas tempat najis. Tidak wajib mengangkat
tilam tersebut dan memerahnya. Ini sama dengan najis di atas tanah di mana diriwayat di dalam Sahih
al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a: “Sesungguhnya seorang arab badawi telah kencing dalam
masjid, maka nabi s.a.w. memerintahkan agar dicurahkan sebekas air ke atas tempat kencingnya”.
(Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta`, 5/364, cetakan al-Riasah
al-‘Ammah, Arab Saudi)

Maka dengan itu puan hanya perlu mencurahkan air dengan kadar yang munasabah sahaja dengan itu
tilam tersebut dianggap bersih.
Saya katakan juga; di sana ada pendapat yang mengizinkan menggunakan bahan-bahan pencuci yang
disemburkan kepada tempat najis tersebut dan bahan itu berfungsi menukarkan najis kepada sejenis
bahan yang baru dan hilang sifat-sifat najisnya. Sekiranya puan memiliki bahan yang seperti ini maka
boleh digunakan. Pendapat ini disokong dan dipertahankan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi (lihat: Fiqh al-
Taharah, m.s 58, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)

Juga jika air kencing itu sudah kering dan puan bersentuh pakaian atau kulit pada bekasnya, maka itu
tidak mengapa, pakaian atau kulit puan yang bersentuhan itu tidak dianggap bernajis kerana ianya
kering. Kata ahli fekah: “Kering bersentuh kering, dianggap bersih tanpa sebarang khilaf (perbezaan
pendapat di kalangan ulama).

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Thaharah | Leave a Comment »

Kuningan Dan Keruhan Dari Faraj Wanita

Soalan: Dr, Apakah hukum warna kekuningan atau keruhan yang keluar daripada faraj wanita.
Kesan ini biasa dapat dilihat pada pakaian dalam wanita. Apakah itu sama dengan darah haid?
Hafiza, Klang

Jawapan: Dalam istilah fikah kekuningan itu disebut sebagai sufrah. Sementara keruhan yang
menghampiri warna hitam itu dinamakan kudrah. Kata seorang sahabiyyah yang bernama Umm
‘Atiyyah: “Kami tidak menganggap kudrah dan sufrah selepas suci (dari haidh) apa-apa pun”
(Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan al-Nasai. Lafaz ini lafaz Abu Daud, sanadnya sahih)

Berdasar riwayat di atas, maka bagi soalan saudari ada dua keadaan. Pertama; jika ia keluar pada waktu
kebiasaan haidh, maka dia dianggap haidh. Jika ia keluar pada waktu yang kebiasaannya saudari suci,
maka ia tidak dianggap sebagai haid. Cumanya saudari perlu membasuh pakaian untuk solat.

Filed under: Fisiologi Wanita | 90 Comments »

Jarak Masa Persetubuhan

Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan
hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu

76
menjarak tempoh hubungan seks kami. Apakah hanya isteri yang wajib melayan kehendak
suami, bagaimana dengan suami pula?

Jawapan: Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi
hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan. Namun
pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H)
iaitu suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang
tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu
yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan
masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Seksual | 5 Comments »

Mengeluarkan Mani Di Luar Rahim

Soalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di
luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang
boleh menjadi anak?.

Jawapan: Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan
‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi
s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah: “Kami melakukan ‘azal
pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir ialah mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w dan penurunan al-
Quran tetapi tidak mereka dilarang. Maka dengan ini mengeluarkan air mani diluar rahim adalah
diharuskan. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-
khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba
melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat
mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan,
atau tidak sampai kemuncak kelazatannya, maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat
keizinan isteri. Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Inilah pendapat yang
paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada
khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan
setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (rujukan: Ibn Hajar
al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut ).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau
kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan
musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah. Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak maka
ianya diizinkan. Namun jika digunakan dicegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah
diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan
agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam dalam
negara ini.

Sumber : http://drmaza.com

77
Filed under: Seksual | 3 Comments »

Solat Jama’ Bagi Pesakit & Doktor

Soalan: Bagaimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang
membolehkannya?

Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu saya terangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan
dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor
bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak. Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat
rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas
daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak
bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya
dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan
empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr. Demikian juga dia boleh melakukannya
pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang
diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr,
Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn
‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan
umatnya”. Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak
disebabkan katakutan atau hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa
solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang
menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan
seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah
dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan
seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang
bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang
bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh
menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang
menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menanaikan solat berdasarkan
waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika
itu diizin.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin
Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah
(1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Sumber : http://drmaza.com dengan judul asal Cara & Sebab Solat Jamak

Filed under: Ibadah | 1 Comment »

Derma Organ Untuk Bukan Islam

Mufti Perlis S. S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata “Perbezaan agama bukan penghalang kepada
umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi
hukum mengenai perkara tersebut”

78
Kenyataan ini beliau lontarkan ketika mengulas mengenai nasib penerima jantung teknikal, Tee Hui
Yee, 14 semalam di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Tee Hui Yee telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung yang baru, namun tempoh itu berlalu
dalam keadaan masih tidak ada orang yang sanggup mendermakan jantung kepadanya.

Pengarah klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantng
Negara (IJN), Dr. Mohd Ezani Taib berkata, pihaknya pernah menerima pertanyaan daripada orang
ramai mengenai prosedur menderma organ.

“Tetapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal
hukum,” katanya.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri dalam kenyataannya menyebut : “dakwaan bahawa menderma organ
kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama
sekali.”

“Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam
tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk
menyelamatnya nyawa,” Beliau menyambung : “jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam
sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu
strategi yang baik dalam usaha dakwah.”

Kenyataan ini bertepatan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa ulama mutaakhir seperti Dr.
Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam salah satu fatwanya al-Qaradhawi menyebut :

“Menderma sebahagian anggota badan adalah sama seperti bersedekah dengan harta, harus dikeluarkan
kepada orang Muslim dan bukan Muslim.”

Sumber : http://drmaza.com/

Pil Cegah Haid

Posted on Tuesday, 13 September, 2011 by Abul Harith

Soalan: Boleh seorang wanita memakan pil menghalang datangnya haid pada bulan ramadan
atau ketika ingin menunaikan haji dan umrah? Sekiranya telah datang waktu haidnya tetapi
haid tidak ada disebabkan pil tersebut, apakah ibadatnya sah?

Jawapan: Pertama, dia boleh menggunakan pil kerana tiada dalil syarak yang melarang perbuatan
tersebut. Adalah menjadi kaedah bahawa asal sesuatu perkara itu dalam urusan kehidupan adalah harus,
sehingga adanya dalil ianya dilarang. Demikianlah penggunaan pil tersebut, ianya harus kerana tiada
dalil yang melarangnya.

Kedua, jika haid seseorang wanita tidak datang disebabkan pil tersebut maka dia dianggap tidak dalam
haid dan sah ibadatnya. Ini kerana haid dihukum ada berdasarkan darah yang keluar, bukan
berdasarkan andaian waktu. Maka dia boleh meneruskan ibadahnya dengan yakin tanpa sebarang syak.

Sumber : http://drmaza.com/ dengan judul asal Pil Perancang

Filed under: Ubat-ubatan | 1 Comment »

Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa

Posted on Sunday, 31 July, 2011 by Abul Harith

79
Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-
perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan
mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini
kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa).
Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak
membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya,
kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135)
dan Muslim (1155))

“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.”
(Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di
dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi
Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)

2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan
barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat
Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin
Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih,
sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))

3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama
ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka
tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah
kekurangan agamanya.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan.
Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu
Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

80
“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-
qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’
(iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan
kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya
(sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan
untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari
(4/429) dan Muslim (335))

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit.
Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang
berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun
juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan
makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan
makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula
zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan
puasa.

5. Jima’ (Bersetubuh)

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf
(perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut
terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum
dengan tidak sengaja.”

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan
puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Dalilnya adalah firman Allah:

“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah,
2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari
makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus
mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya
Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu
menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu
memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau
mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah
bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah
kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma
ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda,
“Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari
al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-
Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud
(139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya
dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu
Hajar (11/516))

Sumber : Akh. Nawawi Subandi,http://fiqh-sunnah.blogspot.com

81
Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Prosedur Perubatan, Seksual | Tagged: darah, puasa, suntikan |
69 Comments »

Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan

Posted on Saturday, 30 July, 2011 by Abul Harith

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.

2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika
termuntah, tidak batal puasanya.

3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.

4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang
lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir
sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal
puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.

5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu
ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata)
dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke
dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu
Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi
sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.

11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan
minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana
muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau
minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan
dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg
menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

82
5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika
dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana
makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di
dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan
kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak.
Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut
masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal
puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat
yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif
jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) .
Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal
suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital
examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti
urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia
yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau
mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk
ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

83
25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada
siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal
atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan
rawatan disalurkan.

Rujukan:

 Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq

 At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
 Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

Sumber : via e-mail, Sdr. Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, http://effysaiful.blogspot.com/

Filed under: Alat Perubatan, Doktor & Pesakit, Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G,
Oftamologi, Pembedahan, Penyakit & Wabak, Prosedur Perubatan, Seksual, Thaharah, Ubat-ubatan |
Tagged: puasa, ubat | 2 Comments »

Merokok Semasa Puasa Ramadan

Posted on Saturday, 30 July, 2011 by Abul Harith

Soalan : Saya tahu bahawa merokok diharamkan oleh sebahagian ulama’. Bagaimanapun, saya ingin
bertanya sebab rokok diharamkan semasa puasa. Apabila seseorang merokok, dia tidak memasukkan
cecair atau makanan ke mulutnya.

Jawapan : Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang
sampai ke perut.

Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum.
Katanya;

“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan,
kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai
ke perut, iaitu dari asapnya.”

(Fatawa Islamiyyah, 2/128)

Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi
partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya; menghidu kemeyan adalah
halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.

Sumber : Diterjemah dan disunting dari http://islamqa.com

Filed under: Ibadah | Tagged: puasa, ramadan, rokok | 3 Comments »

84
Guna Inhaler Semasa Puasa

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah
orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun
yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran
pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti
makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan
rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad
Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: inhaler, puasa | 17 Comments »

Suntikan Di Siang Hari Ramadhan

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

Soalan : Apakah suntikan perubatan di siang hari bulan Ramadhan mempengaruhi puasa?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin:

Suntikan perubatan ada dua jenis. Pertama, suntikan (infusion), yang mana dengan suntikan ini boleh
mencukupi keperluan makan dan minum. Maka suntikan ini termasuk perkara yang membatalkan.

Adapun jenis yang kedua adalah suntikan yang tidak mengandungi zat makanan dan minuman. Jadi
suntikan jenis ini bukan bererti seperti makan dan minum. Maka hukum puasanya sah sampai ada dalil
syar’i yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya.

[Fatawa Ash-Shiyam, dikumpulkan oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 58]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: puasa, suntikan | 2 Comments »

Puasa Pesakit Diabetes

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam
darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras
gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

85
Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk
negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang
beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-
ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada
persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak
memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-
ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi

seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah
tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes
Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan
ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka
secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam
darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi.
Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan
sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan
doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

Hipoglisemia Hiperglisemia Dehidrasi

Menggigil Kerap buang air Amat dahaga
Terlalu lemah kecil Kulit dan

86
Amat lapar
Berpeluh
lidah yang
Pucat
Terlalu dahaga terlalu kering
Berdebar-debar
Sangat letih Fikiran
Gelisah
terganggu
Koma (tidak
sedarkan diri)
     
Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan
makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Sahur Berbuka
Hadkan pengambilan air
Sekurang-kurangnya
bergula, kuih-muih
semangkuk
manis.
oat/bijirin ATAU
Jika memakan kurma,
3-4 keping roti
hadkan kepada dua
ATAU
hingga tiga biji sahaja.
Nasi dan lauk
Kurangkan pengambilan
(lebihkan sayur-
nasi dan lebihkan sayur-
sayuran)
sayuran.

Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan
kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat
doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai
panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose
yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke
waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum
bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan
Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan
perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian
tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka
dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting
insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka
puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak
berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

Sebelum bersahur

87
Dua hingga empat jam sebelum bersahur

Sebelum berbuka puasa

Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah,
sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya
koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan
kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera
berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air
kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes.
Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung
pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-
tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

Sumber: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan
Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan
ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Penyakit & Wabak, Ubat-ubatan | Tagged: diabetes, puasa | 1
Comment »

Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

1. Bagi Mereka Yang Bermusafir

Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa dibolehkan bagi para musafir untuk memilih
tidak berpuasa. Malah perlu kita ketahui bahawa rahmat Allah dan keringan ini turut disebutkan di
dalam kitab yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (yang ertinya): “Barangsiapa yang
sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah
yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan
kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Hamzah bin Amr al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:
“Adakah boleh aku berpuasa ketika dalam safar?” (dia adalah termasuk dalam kalangan yang banyak
mengerjakan ibadah puasa) Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya):
“Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah jika mahu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/156), Muslim
(1121))

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di bulan Ramaadhan, orang yang berpuasa tidak mencela yang berbuka
dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163), Muslim (1118))

88
Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun
mungkin kita akan menyatakan juga bahawa yang afdhal adalah berbuka dengan berdaarkan hadis-
hadis yang umum. Ini adalah seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang ertinya):
“Sesungguhnya Allah senang jika rukhsah yang Ia berikan diambil sebagaimana Dia membenci
kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/108), Ibnu Hibban (2742) dari
Ibnu Umar dengan sanad yang sahih)

Dalam satu riwayat yang lain: “Sebagaimana Dia senang ketentuan hukum-Nya dilaksanakan.” (Hadis
Riwayat Ibnu Hibban (354), al-Bazzar (990), ath-Thabrani di dalam al-Kabir (11881) dari Ibnu Abbas
dengan sanad yang sahih)

Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha dan
menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak bertentangan dari maksudnya. Perkara ini telah dijelaskan
sejelasnya tanpa keraguan. Dalam satu riwayat dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Para
sahabat berpendapat bahawa barangsiapa yang merasa kuat (untuk berpuasa) maka lebih baik baginya
untuk berpuasa, manakala bagi yang merasa lemah, berbuka adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat at-
Tirmidzi (713), al-Baghawi (1763) dari Abu Said. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua ke jalan petunjuk dan ketaqwaan serta memberikan
rezeki berupa pemahaman dalam agama. Sesungguhnya puasa dalam safar jika memberatkan hamba
bukanlah suatu kebajikan sedikitpun, tetapi berbuka lebih utama dan lebih disenangi Allah. Dalil yang
menjelaskan persoalan ini adalah riwayat dari beberapa orang sahabat, bahawa Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda (yang ertinya): “Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam
safar.” (Haids Riwayat al-Bukhari (4/161), Muslim (1110) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)

Peringatan

Terdapat sebahagian orang yang menyangka dan menganggap bahawa pada zaman kita sekarang tidak
diperbolehkan berbuka ketika di dalam musafir, hingga mencela orang yang mengambil rukhsah
tersebut, atau berpendapat puasa itu lebih baik kerana mudah dan banyaknya sarana pengangkutan pada
ketika (zaman) ini. Sebenarnya orang-orang seperti ini perlu kita “usik” ingatan mereka kepada firman
Allah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata (yang ertinya): “Rabmu tidak pernah lupa.”
(Maryam, 19: 64)

Dan firman-Nya (yang ertinya): “Allah telah mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahuinya.” (al-
Baqarah, 2: 232)

Dan perkataan-Nya di tengah ayat tentang rukhshah berbuka dalam safar (yang ertinya): “Allah
menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Di sini menjelaskan bahawa kemudahan (keringanan) bagi orang yang safar adalah sememangnya
perkara yang dikehendaki oleh Allah. Dan ini juga sebenarnya termasuk salah satu tujuan syariat,
cukup bagimu bahawa Dzat yang mensyariatkan agama ini adalah pencipta zaman, tempat dan
manusia. Dia lebih mengetahui keperluan manusia dan segala yang menjadi maslahah bagi mereka.
Allah berfirman (yang ertinya): “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu
zahirkan atau rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?” (al-Mulk, 67: 14)

Di sini diperjelaskan supaya agar seseorang muslim tahu jika Allah dan Rasul-Nya sudah menetapkan
suatu perkara, tidak ada pilihan lain bagi manusia bahkan Allah memuji hamba-hamba-Nya yang
mu’min yang tidak mendahulukan perkataaan manusia di atas perkataan Allah dan Rasul-Nya:

“Wahai Rabb! Kami mendengar dan taat, ampunilah kami, wahai Rabb kepada-Mu-lah kami kembali.”
(al-Baqarah, 2: 285)

2. Orang yang Sakit

89
Allah membolehkan orang yang sakit untuk berbuka sebagai suatu rahmat dari-Nya sekligus
merupakan kemudahan (rukhsah) bagi orang yang sakit. Sakit yang membolehkan seseorang individu
itu untuk berbuka adalah sakit yang bila dibawa berpuasa akan menyebabkan satu mudharat atau
semakin parah penyakitnya atau dikhuwatirkan memperlambat kesembuhan.

“Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain
sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan
tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Wallahu A’lam.

3. Haid dan Nifas

Para ulama telah sepakat bahawa orang yang haid dan nifas tidak dihalalkan berpuasa, keduanya harus
berbuka dan mengqadha-nya di lain hari. Malah sekiranya keduanya berpuasa ia tidaklah sah.

“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha
puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” (Hadis Muslim, 335 (Kitab al-Haid))

4. Orang yang sudah tua (uzur/lemah)

Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma berkata: “Orang yang telah tua sama ada lelaki mahupun perempuan
yang tidak mampu untuk berpuasa haruslah dia memberi makan setiap hari (mengikut jumlah puasa
yang ditinggalkannya) seorang miskin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4505). Lihat Syarhus Sunnah
(6/316), Fathul Bari (8/180), Nail al-Authar (4/315))

Diriwayatkan dari ad-Daruquthni (2/207) dan disahihkannya, melalui jalan Manshur, dari Mujahid, dari
Ibnu Abbas, dia membaca: (yang ertinya): “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya
(jika mereka tidak berpuasa) supaya membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.” (al-
Baqarah, 2:184)

Kemudian beliau berkata: “Iaitu lelaki tua yang tidak mampu berpuasa dan kemudian berbuka, dia
harus memberi makan seorang miskin setiap harinya ½ sha’ gandum.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu: “Barangsiapa yang mencapai usia lanjut dan tidak mampu
melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, dia harus mengeluarkan setiap harinya (mengikut jumlah hari
puasa yang ditinggalkannya) 1 mud gandum.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/208) dalam sanadnya
ada Abdullah bin Shalih, dia dhaif, tapi hadis ini mempunyai syahid (penguat))

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: “Bahawasanya dia pernah tidak mampu untuk berpuasa
selama satu tahun, kemudian beliau membuat satu wadah Tsarid, dan mengundang 30 orang miskin
sehingga menjadikan mereka kenyang.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/207), sanadnya sahih)

5. Wanita yang hamil dan menyusukan anak

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah
kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin
Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku
pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau
bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”,
Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa.
Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke
atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan

90
menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana
tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-
Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-
Tirmidzi)

Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Fisiologi Wanita, Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: darah, hamil,
pesakit, puasa, uzur | 7 Comments »

Keliru Haid Ketika Puasa

Posted on Saturday, 23 July, 2011 by Abul Harith

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang
daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1
Ramadhan. Malam itu saya bersama dengan suami.

Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur
coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak.

Adakah ianya dikira haid?

Jawapan oleh Abul Harith;

Apabila seorang perempuan melihat cecair putih atau kuning (yang keluar dari rahim selepas tamat
haid), dan dia tahu dia sepatutnya suci buat masa itu, maka dia perlu berniat untuk puasa pada malam
sebelumya dan harus meneruskan puasa.

Jika dia tidak pasti bila hari dia benar-benar suci, dia perlu memeriksanya dengan kain putih atau tisu.
Jika ia bersih, maka teruskan puasa. Jika ia mula berdarah semula sama ada mengalir ataupun
tompokan sahaja, maka dia perlu berhenti berpuasa selagi mana dia berada dalam tempoh haid (Fatwa
Lajnah Daimah, 10/154)

Jika tidak berdarah sehingga Maghrib dan dia terus berpuasa seperti yang telah diniatkan pada malam
sebelumnya, maka puasanya sah. Jika seorang perempuan merasa pergerakan darah haid dalam
badannya tapi ia tidak keluar sehingga terbenam matahari, puasanya sah dan tidak perlu diganti. Jika
darah haid atau nifas berhenti waktu malam dan dia berniat puasa, namun tidak sempat mandi wajib
bila fajar (azan Subuh) menjelang, puasanya masih sah menurut semua ulama. (Fath al-Bari, 4/148)

Begitu juga, jika seorang wanita tahu haidnya akan datang kesokan harinya, dia masih boleh teruskan
niat dan berpuasa. Dia tidak perlu buka puasa melainkan dia betul-betul melihat darahnya.

Rujukan : 70 Perkara Berkaitan Puasa oleh Syaikh Muhammad Salih al-Munajjid

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Seksual, Thaharah | Tagged: haid, puasa, ramadan | 9 Comments
»

Puasa Menurut Sains

Posted on Friday, 22 July, 2011 by Abul Harith

Oleh : Dr. Mohd Zamrin Dimon

91
Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM

Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi
dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai
sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat
digunakan sebagai sumber tenaga.

Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga.
Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.

Berdasarkan kepada fakta ini, seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa
makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air yang berterusan, dan tidak
terdedah kepada anasir-anasir toksik dan pencemaran seperti penyakit berjangkit.

Manfaat puasa

Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya.
Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti,
usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya
semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan.

Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan
kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan
sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang
memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.

Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan
keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama badan
tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Beberapa manfaat puasa:

Detoksifikasi

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau
meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa
dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan
dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.

Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk
badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori
bergantung pada tahap aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup
untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat
lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh
tubuh kita?

Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya
pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan
melalui kaedah yang disebut di atas.

92
Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang
disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air
kencing, peluh dan najis.

Proses penyembuhan

Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk
mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti
sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu
refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan
pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan
kita.

Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan
lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa membolehkan
sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain
terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan
yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan
ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.

Proses rejuvenasi/mempermuda

Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih
berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses
rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik. Selain dari produksi hormon
tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga bertambah penghasilannya
semasa puasa.

Meningkatkan ketajaman mental

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah, kemampuan
berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf
dihantar ke usus untuk proses penghadaman.

Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini
tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa. Pada awalnya kita akan berasa pening, sugul
dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin
yang ada selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.

Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan
berfikir lebih tinggi. Kita menjadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam
fikiran.

Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah semasa berpuasa kita kurang bergantung
kepada makanan secara emosinya, kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti
kafein, gula dan rokok. Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa, selepas 20 Ramadan.

Sumber : http://haluan.org.my

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: puasa, sains | 2 Comments »

Alkohol Dalam Ubat

93
Posted on Wednesday, 20 July, 2011 by Abul Harith

Soalan: Apakah hukum menggunakan alkohol dalam membasmi kuman pada luka dan percampurannya
dengan sebahagian ubat?

Jawapan:

Menggunakan alkohol untuk pembasmian kuman pada luka adalah dibenarkan disebabkan keperluan
terhadapnya. Dikatakan juga alhohol itu menghilangkan akal tetapi tidak memabukkan, kalau benar
dakwaan ini, maka alkohol bukanlah arak, jika tidak benar dakwaan ini, dan alkohol itu memabukkan
maka ia adalah arak, maka meminumnya adalah haram dengan nas dan ijmak.

Adapun penggunaannya tanpa meminum, ia perlu diperbahaskan, jika kita melihat kepada firman Allah
(maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung
nasib, adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu semua menjauhinya, mudah-mudahan
kamu beroleh kejayaan.” (al-Maidah:90). Maka (berdasarkan ayat ini) penggunaan yang bukan untuk
tujuan minuman juga adalah haram berdasarkan keumuman firmanNya: “Maka hendaklah kamu semua
menjauhinya.” (al-Maidah: 90)

Namun jika kita melihat kepada ayat yang berikutnya (bermaksud): “Hanyasanya syaitan itu
bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum arak
dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah
(kamu semua dari mengerjakannya).” (al-Maidah:91), Maka berdasarkan ayat ini, penggunaan arak
bukan untuk minuman adalah harus, disebabkan ketidakbolehan mengenakan illah ini ke
atasnya.Berdasarkan hal ini, kami berpandangan sebagai langkah berhati-hati, tidak boleh
menggunakan alkohol untuk wangian. Adapun untuk pensterilan (membasmi kuman) tidak mengapa
disebabkan ada keperluan dan ketiadaan dalil yang jelas melarangnya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata di dalam Majmu’ al-Fatawa m.s. 270, jld. 24

(maksudnya): “Berubat dengan memakan lemak babi adalah tidak boleh, adapun berubat dengan
melumurkannya (lemak babi) kemudian membasuhnya selepas itu, maka ia dibina di atas keharusan
menyentuh najis ketika tidak solat, tentang ini ada perbahasan yang masyhur, dan pendapat yang benar
ialah harus disebabkan keperluan. Dan apa yang harus untuk keperluan,maka harus untuk berubat
dengannya.”

Syeikh al-Islam telah membezakan di antara memakan dengan menggunakan sesuatu yang najis
dengan cara lain (bukan memakan). Maka bagaimana pula dengan alcohol yang bukanlah suatu yang
najis? Kerana jika alkohol itu belum menjadi arak maka kesuciannya adalah jelas dan jika ianya
arak, maka (pandangan) yang benar, arak itu juga bukanlah najis dilihat dari dua sudut:

Pertama: Tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisan arak. Jika tidak ada dalil, maka hukum asalnya
ialah suci. Tidaklah semestinya pengharaman sesuatu itu menjadikan zat benda tersebut sebagai najis.
(contohnya) Racun adalah suatu yang haram (dimakan/diminum), akan tetapi ia tidak pula dikira najis.
Adapun firman Allah taala (maksudnya):“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi,
berhala dan bertenung nasib itu adalah najis dari amalan syaitan..” Maka yang dimaksudkan dengan
najis di sini adalah najis maknawi bukan hissi, ia merupakan sifat, kerana tidak mungkin berjudi,
berhala dan bertenung nasib juga menjadi najis dari sudut hissi, maka ia dikira najis kerana termasuk
dalam perbuatan syaitan, dan syaitan bertujuan menimbulkan permusuhan dan kebencian, perkara ini
adalah pekerjaan najis dari sudut maknawi.

Kedua: al-Sunnah juga menunjukkan kesucian zat arak (hissinya). Di dalam Sahih Muslim daripada
Ibn ‘Abbas RA (menceritakan) seorang lelaki menghadiahkan kepada Rasulullah SAW satu uncang
arak. Lalu Rasulullah (SAW) bertanya kepadanya: “Apakah kamu tahu bahawa Allah (SWT) telah
mengharamkannya?” jawab lelaki itu: “Tidak.” Lalu lelaki itu berbisik kepada seseorang yang
berdekatan dengannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apa yang kamu bisikkan
kepadanya.” Lelaki itu menjawab: “Saya menyuruh dia menjual arak itu.” Lalu Nabi SAW
bersabda:“Sesungguhnya (Allah) yang mengharamkan meminumnya, mengharamkan juga

94
menjualnya.” Kata (Ibn ‘Abbas) “Lalu lelaki itu membuka uncang tersebut dan menuangkan arak yang
ada di dalamnya.”

Di dalam Sahih al-Bukhari, daripada Anas bin Malik RA, dimana beliau berada di rumah Abu Talhah
yang menghidang orang-orang yang ada di situ dengan minuman (khamar), lalu Nabi SAW menyuruh
seseorang melaungkan bahawasanya arak telah diharamkan. Kata Anas bin Malik, Abu Talhah berkata
kepadaku, pergilah kamu keluar dan buangkan ia, lalu aku keluar dan menuangnya, sehingga ia
mengalir di jalan-jalan Madinah.”

Kalaulah arak itu najis, dalam bentuk najis hissi, sudah pasti Nabi SAW akan menyuruh orang yang
menghadiahkan baginda uncang arak itu membasuh uncangnya, sepertimana ketika diharamkan daging
keldai sewaktu peperangan Khaibar, di mana Nabi SAW bersabda: “Buangkan (daging keldai yang ada
di dalam bekas) dan pecahkan bekas itu.”Lalu seseorang berkata: “Atau kami buangkan (isinya) dan
kami basuh bekasnya.” Jawab baginda: “Atau membasuhnya.”

Kemudian kalaulah arak itu najis hissi, orang-orang Islam tidak akan membuangnya di jalan-jalan di
Madinah, kerana tidak boleh membuangkan najis dijalan-jalan yang dilalui manusia.

Al-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha berkata di dalam Majmu’ah Fatawa al-Manar, m.s. 1631, secara
ringkasnya.“Alcohol adalah bahan yang suci, penting di dalam perubatan dan dalam banyak industry,
penggunaannya dalam perubatan tidak terkira banyaknya, mengharamkan penggunaannya ke atas
orang Islam akan menghalang perkembangan ilmu dan banyak perkara yang merupakan sebab utama
Eropah mendahului umat islam, seperti kimia, farmasi, perubatan dan pembuatan, dan jika diharamkan
penggunaannya, ia akan menjadi sebab kematian ramai dikalangan pesakit dan orang-orang yang
tercedera atau akan memanjangkan tempoh kesakitan mereka dan menambahkan kesakitan.” Ini adalah
satu ungkapan yang baik dan kukuh dari Muhammad Rasyid Redha RH.

Adapun tentang sebahagian ubat yang bercampur dengan alcohol, sesungguhnya ia tidak menjadikan
ubat itu haram, jika percampuran itu sedikit yang tidak menzahirkan kesannya, seperti yang dinyatakan
oleh para ulama. Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy berkata: “Tepung jika diuli bersama arak, dibakar
menjadikannya roti dan di makan (orang itu) tidak dikenakan hukuman Had (kerana tidak dikira
meminum/memakan arak), kerana api telah menghilangkan bahagian-bahagian arak, ia tidak ada lagi
melainkan kesannya sahaja.” (al-Mughniy, m.s. 306, jld: 8).

Di dalam al-Iqna’ dan Syarahnya dinyatakan: “Walaupun dicampurkan – benda yang memabukkan itu

(arak) – dengan air, kemudian air itu menghilangkannya/memusnahkannya, kemudian air itu diminum,
orang yang meminumnya tidak di hukum had, kerana ia telah musnah di dalam air, dan dia tidak
mengambil alih nama air itu, atau ia digunakan untuk berubat luka, orang ini juga tidak dikenakan
hukuman had, kerana dia tidak mengambil benda yang memabukkan itu sebagai minuman dan tidak
juga yang semakna dengan minuman.” (al-Iqna’, m.s. 71, jld: 4) Inilah kesimpulan (kandungan)
daripada athar dan penelitian.Adapun athar sebagai hujjah dalam masalah ini, telah diriwayatkan dari
Nabi SAW yang bersabda: “Air itu suci, tidak menajiskannya sesuatu, melainkan jika berubah bau, rasa
dan warnanya dengan najis yang ada di dalamnya.” Sekalipun ungkapan berubah bau, rasa dan warna
itu ada kelemahan padanya, namun para ulama telah bersepakat tentangnya. Bentuk petunjuknya, ialah
jika terjatuh sesuatu najis di dalam air, dan air itu tidak berubah, maka air itu kekal kesuciannya,
demikian juga arak, apabila bercampur dengan benda lain yang halal, dan jika arak itu tidak memberi
kesan kepada benda yang halal tersebut, maka benda itu kekal kehalalannya.Di dalam Sahih al-Bukhari
yang diriwayatkan secara ta’lik dinyatakan: Abu Darda’ membuat al-Murriy (sejenis makanan Arab)
bersama ikan yang digaramkan, diletak (diperam) di dalam khamar kemudian dijemur di bawah
matahari, sehingga bertukar rasa arak tersebut. Athar ini bermaksud; Ikan yang ada garam tersebut
dijemur di bawah matahari, menghilangkan arak tersebut dan ianya menjadi halal.

Fakta ini perlu diperhatikan, kerana arak hanya diharamkan disebabkan sifat yang ada padanya iaitulah
memabukkan. Apabila sifat ini (memabukkan) telah tiada, tiadalah pengharamannya. Ini kerana hukum
(sesuatu perkara) berlegar bersama illahnya (sebab hukum), kewujudan atau ketiadaannya hukum.

Sebahagian orang menyangka benda yang bercampur dengan arak menjadi haram secara mutlak,
walaupun arak yang bercampur itu sedikit, dimana tidak timbul lagi kesannya, dan mereka menyangka

95
inilah maksud hadith: “Apa yang memabukkan dalam jumlah banyak, maka sedikitnyapun
haram.” Mereka berpendapat, inilah hukum arak yang sedikit, banyaknya memabukkan, maka
sedikitnyapun haram. Yang lain pula berkata: “Arak yang sedikit telah hilang di dalam sesuatu yang
lain, dan tidak ada lagi sifat (arak) dan hukumnya (juga tiada), maka hukumnya berdasarkan apa yang
banyak sifatnya. Adapun hadith:“Apa yang memabukkan banyaknya, maka sedikitnyapun adalah
haram.” Maknanya ialah jika minuman itu banyak, ia memabukkan sipeminum, dan jika sedikitnya
tidak memabukkan, maka yang sedikit ini juga tetap haram (kerana ianya arak dan kekal sifatnya
sebagai arak), kerana pengambilan yang sedikit ini, sekalipun tidak memabukkan, menjadi haram
sebagai menyekat dari mengambil yang banyak. Ini dijelaskan lagi di dalam hadith ‘Aisyah RA, Sabda
Nabi SAW:“Setiap yang memabukkan itu haram dan apa yang memabukkan sebanyak 16 ritl, maka
satu telapak tangan juga adalah haram.”

Makna hadith ini, jika terdapat minuman yang tidak memabukkan melainkan jika diambil sebanyak 16
ritl, maka satu tapak tangan juga adalah haram (walaupun tidak memabukkan). Inilah maksud sabdaan
Nabi SAW: “Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram.”

Sumber: Fatwa wa Rasail al-Syeikh Muhammad Soleh al-‘Uthaimin, jilid 11, bab Izalah al-Najasah.

Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad bin Soleh al’Uthaiman

Diterjemahkan oleh Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Juanda bin Jaya.

Link : http://mufti.perlis.gov.my/

Filed under: Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: alkohol, ubat | 1 Comment »

Ubat Kanser dari Sel Khinzir

Posted on Friday, 3 June, 2011 by Abul Harith

Apakah hukumnya bagi pesakit kanser seperti saya yang telah mengambil dan menjalani rawatan
perubatan yang disarankan oleh doktor pakar yang memaklumkan bahawa terdapat sel khinzir yang
yang terkandung dalam ubat tersebut. Majlis fatwa negara- negara timur tengah membenarkan. Maka
itu saya bersetuju demi untuk pulih dan anak-anak yang masih kecil. Kini saya dalam dilema samada
meneruskan atau berhenti rawatan, apakah ALLAH akan mengampuni dan menerima tindakan saya
selama ini. Bagaimana dengan amalan saya apakah diterima?

Jawapan oleh Abul Harith, Admin Fiqh Medic:

Terima kasih Puan atas pertanyaan. Saya mendoakan agar ALLAH memberi kesembuhan dari sakit
yang dihidapi dan Puan terus tabah menghadapi ujian ILAHI ini.

Saya juga amat hargai andai Puan dapat lebih spesifik menyatakan contoh ubat-ubatan atau prosedur
yang diterima agar saya dan pembaca dapat menyelidik lebih lanjut tentang proses pembuatan dan
kandungan ubatnya, seterusnya dapat memberi rumusan yang lebih tepat.

Merujuk kepada soalan Puan, izinkan saya memberi respon secara umum. Secara ringkas, menerima
rawatan dari ubat-ubatan yang berasal dari khinzir adalah harus dan tiada masalah atas faktor-faktor
berikut:

1. Proses Istihalah

Kebanyakan ubat yang dihasilkan adalah bahan sintesis daripada khinzir yang telah berubah zatnya dari
segi kimia atau fizikal. Maka ia bukanlah lagi secara langsung sama seperti bahagian atau cairan dari
khinzir. Konsep ini di sisi Islam dinamakan ‘ISTIHALAH’ ataupun proses perubahan zat.

96
Maka, hukumnya adalah HARUS dan HALAL digunakan. Maka siapakah yang mahu mengharamkan
apa yang telah halal?

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari
rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang
yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya
tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-
ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.”  Al-A’raf:32

Namun, kita juga akui dalam konteks Malaysia yang rata-rata memakai Mazhab Syafie’ tidak
menerima konsep Istihalah. Bagaimanapun, yang terbaik bagi doktor dan pesakit ialah mengambil
pendapat yang memudahkan urusan mereka yang bertujuan merawat dan menyelamatkan nyawa.

2. Darurat mengharuskan yang Haram/Dilarang 

Jika ubat tersebut mempunyai bahan khinzir yang jelas haram secara zahirnya sekalipun dan tidak
melalui proses perubahan zat (Istihalah), ia tetap dibolehkan bagi tujuan rawatan. Ini kerana Darurat
yang wujud iaitu untuk menyelamatkan nyawa membolehkan kita menggunakan bahan haram.

Ini berdasarkan Kaedah Fiqh yang masyhur, “Ad-Dharurat Tubiihu al-Mahzhurat” yang bermaksud
‘Keadaan Darurat Membolehkan Melakukan Yang Dilarang’.

Menyelamatkan nyawa adalah antara 5 darurat yang diiktiraf agama dan yang paling tinggi selepas ad-
Din (agama) seperti yang terkandung dalam “ad-Dharuriyat al-Khams”.

Justeru, menurut Kaedah Fiqh dan Maqasid Syar’iyyah, menggunakan bahan dilarang adalah harus
untuk menyelamatkan nyawa yang sememangnya Wajib dilindungi. Begitu juga, dalam kes Puan,
adalah harus bahkan wajib menggunakan segala jenis bahan walaupun haram untuk menyelamatkan
nyawa.

3. Fatwa ulama’ Timur Tengah / Eropah

Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ negara timur tengah mahupun Eropah adalah hasil ijtihad mereka
yang bersungguh-sungguh. Maka, fatwa mereka boleh dipakai dan tidak boleh dibatalkan walaupun
ada ijtihad atau fatwa yang menyanggahinya.

Kaedah Fiqh menyatakan, “al-Iltihad la Yunqadhu bi Misthlih” yang bermaksud ‘Ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan Ijtihad yang serupa’

Apatah lagi sepanjang pengkajian penulis, Ijtihad dan fatwa dari ulama’ Timur Tengah dan Eropah
kebanyakannya lebih realistik dan praktikal dalam isu perubatan semasa. Ramai di kalangan doktor di
Timur Tengah mendalami ilmu Fiqh dan Syariah. Manakala ulama’ Eropah yang selalu bergelumang
dengan situasi masyakat yang pelbagai dan teknologi yang maju di Barat akan menatijahkan pandangan
yang lebih terbuka dan adil.

Sebagai contoh, Dr. Nazih Hammad, ahli Fiqh Council of North America dan Akademi Fiqh Islam dari
Kanada memutuskan hormon insulin, kolagen, gelatin atau sabun dari khinzir adalah halal kerana telah
melalui proses Istihalah.

4. Perakuan doktor pakar

Perakuan dan syor doktor yang pakar dalam hal ini sudah cukup untuk dijadikan sandaran untuk
diterima sebagai keharusan rawatan tersebut. Jika doktor tersebut mengakui bahawa ubat tersebut
terbukti menyembuhkan dan adalah pilihan terbaik walaupun ia haram, maka syor doktor tersebut
harus diterima.

97
Pandangan pakar atau ahli dalam sesuatu bidang diiktiraf di sisi perundangan Islam dan dipanggil
‘Ghalib Zhan’ atau ‘sangkaan yang kuat’ yang hampir menghampiri tahap ‘Yakin’.

Akhirnya, mengenai keampunan dan penerimaan amalan, itu semua adalah urusan ALLAH. Dari segi
hukum, rawatan yang diterima Puan adalah harus, tidak haram, dan tiada kaitan dengan soal
tertolaknya amal kebaikan Puan. Apatah lagi ini semua adalah ujian TUHAN untuk memperteguh
keimanan kepada-NYA (al-Ankabut: 2). Dan ALLAH itu MAHA ADIL, DIA tidak akan menguji
hamba-NYA diluar dari kemampuan hamba itu (al-Baqarah: 286).

WabiLLAHi Taufiq, waLLAHu a’lam.

Filed under: Doktor & Pesakit, Ubat-ubatan | Tagged: babi, istihalah, kanser, khinzir, maqasid, ubat | 2
Comments »

Kaedah Khitan Wanita

Posted on Friday, 3 June, 2011 by Abul Harith

Ada kajian, ramai perempuan ada masalah dalam seks berpunca daripada khatan. Perlu pencerahan ni.
Contohnya; khatan bagaimana?

Berikut adalah petikan jawapan Abul Harith dari ruangan Soal Jawab Perubatan, Al-Fikrah.net.
Dilampirkan di sini untuk perkongsian agar dapat merungkaikan kekeliruan ulama’ juga ahli sains
Muslim mahupun non-Muslim tentang isu khatan wanita.

As-Salamua’laykum..

Majoriti ulama’ mengatakan khitan lelaki hukumnya Sunnah. Namun ia disyariatkan dan fitrah, maka
ia dituntut. Ia boleh diqiaskan juga dengan hukum azan, ianya Sunnah tidak sampai Wajib mengikut
majoriti ulama’. Tapi semua sepakat azan adalah Syariat Islam.

Bagi khitan lelaki, tuntutan khitan juga wujud atas alasan bersuci (thaharah), supaya kulup (smegma)
tidak bertakung pada alat sulit lelaki. Namun bagi wanita, tuntutan berkhatan tiada kaitan dengan
Thaharah, melainkan mafhum hadis untuk memuliakan wanita, menerangkan & menyenangkan wajah
suami.

Izinkan pula saya kupas dari sudut sains perubatan tentang khitan wanita ini untuk menjawab soalan
ini.

Khitan wanita biasanya dilakukan dengan dua cara;

1. Memotong sedikit atau menyiat clitoris/kelentit

Clitoris (kelentit) adalah lebihan di atas bukaan faraj. Ia sarat dengan saraf (nerve). Oleh itu, ia adalah
tempat paling sensitif apabila diransang.

1.1. Dalam amalan khitan wanita terutama di sebahagian negara Afrika, clitoris ini dipotong secara
total. Maka apabila berkahwin, wanita tersebut akan mengalami masalah seks kerana kurang
terangsang semasa seks penetratif. Ini akan beri tekanan kepada suami mahupun isteri. Walaupun ada
mengatakan G-spot adalah tempat paling sensitif, tapi ia masih teori yang subjektif.

1.2 Terdapat juga wanita yang mudah terangsang apabila clitoris yang sarat dengan saraf bergesel
dengan baju, kain ataupun semasa seks penetratif. Ini memberi masalah kepada wanita kerana terlebih
ransangan boleh menyebabkan orgasm pramatang. Jadi, khitan semasa kecil dengan mengguris sedikit
clitoris boleh mengurangkan rangsangan tersebut apabila kumpulan saraf yang sarat itu ‘dipecahkan’,
tapi tidaklah sampai hilang kesemuanya.

98
2. Menjahit atau memotong kulit permukaan faraj (labia majora & labia minora)

Lipatan kulit pada permukaan faraj terbahagi kepada dua bahagian, iaitu labia majora (bahagian luar)
dan labia majora (sebelah dalam).

2.1 Terdapat masyarakat yang mengkhatankan wanita dengan memotong labia majora & labia minora
(kulit luar faraj) dengan sedikit ataupun keseluruhannya termasuklah kelentit. Ini menyakitkan dan
tiada faedah mahupun kepentingan dari sudut perubatan. Ini diamalkan di banyak negara Afrika
sehingga anak gadis tersebut ditambat pada pokok untuk dipotong. Inilah yang digambarkan buruk oleh
journalis barat tentang khitan wanita.

2.2. Ada juga masyarakat yang menganggap khitan wanita dengan menjahit kulit permukaan faraj
(labia majora & labia minora) untuk menutupnya secara sebahagian atas alasan menjaga kehormatan.
Jadi bukaan faraj akan jadi kecil, dan ini memberi masalah kepada wanita bila kahwin kerana suami
tidak boleh adakan seks penetratif. Maka, ia terpaksa dibedah untuk membukanya semula. Dikhabarkan
juga ada yang menjahitnya secara total, dan ia tidak logik kerana menyukarkan wanita untuk kencing.

Kesimpulan

Kaedah khitan wanita 2.1 (memotong kulit luar faraj secara total atau sebahagian) tidak membawa apa
faedah, tidak mencapai matlamat syara’ malahan memudaratkan Muslimah tersebut. Apatah lagi
memberi persepsi salah kepada Islam.

Kaedah khitan 1.1 (memotong kelentit secara total) dan 2.2 (menjahit untuk menutup lubang faraj) juga
tidak memenuhi maksud syariat, bahkan memberi mudarat kepada wanita & pasangannya apabila
berkahwin.

Kaedah 1.2 (mengguris/menyiat sebahagian kelentit) adalah menepati seperti yang dianjurkan hadis
demi kemuliaan wanita untuk mengurangkan potensi ransangan syahwat. Ia bukanlah wajib. Tidak
mengapa jika tidak dilakukan. Dan sangat digalakkan jika didapati wanita tersebut sangat mudah
teransang.

Akhirnya, mengetahui penjelasan sains perubatan & maksud syariah amat penting bagi umat Islam
dalam menentukan teknik khitan wanita yang dituntut, agar tiada mudarat kepada wanita & bakal
suaminya di masa kelak.

WaLLAHu a’lam.

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Pembedahan, Prosedur Perubatan, Seksual, Thaharah | Tagged:
clitoris, faraj, khatan, khitan, labia | Leave a Comment »

Derma Darah Kepada Non-Muslim

Posted on Saturday, 23 April, 2011 by Abul Harith

Apakah diizinkan dalam Islam untuk menderma darah kepada non-Muslim?

Berkenaan dengan soalan anda, kita perlu jelas bahawa Islam membawa seluruh kebaikan dan
kebajikan kepada umat manusia. Muslim diperintahkan untuk menjaga hubungan baik dan bermurah
hati kepada semua manusia. Oleh itu, seorang Muslim dibenarkan untuk menderma darah kepada non-
Muslim.

Dalam responnya kepada soalan ini, Dr. Muzammil Siddiqi, Presiden Islamic Society of North
America menyatakan;

99
Transfusi darah untuk tujuan perubatan diizinkan dalam Islam. Adalah dibenarkan untuk menerima
darah dari non-Muslim dan dibenarkan juga memberi darah kepada non-Muslim. Hal-hal sebegini
berkaitan dengan nyawa manusia.

Alasan yang diberi bahawa Islam mendidik kita untuk memberi makan kepada yang lapar, menjaga
yang sakit dan menyelamatkan nyawa manusia. Dalam hal ini, tiada bezanya di antara nyawa seorang
Muslim dan bukan Muslim.

Sumber : dialihbahasa dari Bank Fatwa, http://www.islamonline.net

Filed under: Prosedur Perubatan, Transplan Organ | Leave a Comment »

Menolak Pembedahan

Posted on Monday, 11 April, 2011 by Abul Harith

Soalan : Seorang pemuda telah diberitahu bahawa dia perlu menjalani pembedahan, dan jika dia
memilih untuk menolak pembedahan itu, dia akan mati. Jika dia menjalani pembedahan, terdapat
peluang cerah yang dia akan hidup. Andai dia menolak pembedahan itu, apakah dia dikira membunuh
diri?

 Dijawab oleh Sheikh Mûhammad al-Ghâmidî, Professor di King Khâlid University

Pembedahan adalah satu bentuk rawatan perubatan.

Ulama-ulama berselisih pendapat tentang hukum mendapatkan rawatan perubatan apabila terdapat
keperluan bagi pesakit itu. Sebahagian berkata ianya wajib untuk menjalani rawatan perubatan jika
nyawa seseorang bergantung atasnya. Yang lain pula berpendapat tidak wajib.

Sebahagian ulama agung yang lepas membahagi rawatan perubatan kepada yang digalakkan, yang
wajib, dan yang ditegah. Rawatan perubatan, menurut mereka menjadi wajib jika nyawa seseorang itu
bergantung kepadanya. Ia mengambil hukum yang sama seperti makan khinzir atau bangkai untuk
menghilangkan kelaparan semasa kebuluran.

Jadi, apabila orang itu diberitahu oleh doktornya tentang keadaannya yang serius dan kegagalan
menjalani pembedahan akan menyebabkan kematian, dan pembedahan itu lebih kepada kejayaan, maka
kami mengatakan adalah wajib untuk dia menjalani pembedahan itu. Dengan melakukan demikian, dia
berjaya menyalamatkan satu nyawa manusia.

Walaubagaimanapun, kami tidak pergi jauh dengan mengatakan dia terlibat bunuh diri jika dia
menolak untuk menjalani pembedahan. Dia akan melakukan dosa, tapi tidaklah seteruk dosa seseorang
yang bunuh diri.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

Filed under: Pembedahan, Prosedur Perubatan | Leave a Comment »

Hukum Suntikan Imunisasi

Posted on Tuesday, 15 March, 2011 by Abul Harith

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah hukum berubat dengan imunisasi
sebelum ditimpa apa-apa penyakit?

100
Jawapan:
La ba’sa (tiada masalah) berubat dengan cara seperti itu jika dikhuatiri ditimpa penyakit kerana adanya
wabak atau sebab-sebab lainnya. Dan tidak masalah menggunakan ubat untuk menolak atau
menghindari wabak yang dikhuatiri akan merebak. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam di dalam hadits shahih.

“Ertinya : Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, dia tidak akan terkena
pengaruh buruk sihir atau racun”

Ini termasuk tindakan mencegah penyakit sebelum terjadi. Demikian juga jika dikhuatiri timbulnya
suatu penyakit dan dilakukan imunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di suatu tempat atau di
mana saja, maka hal itu tidak masalah, kerana hal itu termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana
penyakit yang datang diubati, demikian juga penyakit yang dikhuatiri kemunculannya.

Tetapi tidak boleh menggunakan tangkal-tangkal untuk menghindari penyakit, jin atau pengaruh mata
yang jahat. Ini kerana Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam melarang daripada perbuatan itu. Beliau
Shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah menjelaskan itu termasuk syirik kecil. Kewajipan kita harus
menghindarinya.

(Fatawa Syaikh Abdullah bin Baz. Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun X/1427/2006M.
Dikutip dari kitab Al-Fatawa Al-Muta’alliqah bi Ath-Thibbi wa Ahkami Al-Mardha, hal. 203. DArul
Muayyad, Riyadh)

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Leave a Comment »

Ubat Anti Tekanan

Posted on Sunday, 13 March, 2011 by Abul Harith

Soalan : Bolehkah seorang yang mengalami tekanan khususnya terkanan selepas bersalin (post-partum
depression) mengambil ubat (dadah) anti tekanan yang disyorkan oleh pakar psikologi non-Muslim.

Dijawab oleh Sheikh `Abd Allah al-Zâyidî, Professor di Universiti al-Imâm

Ubat penggalak Serotonin seperti Prozac dan pelbagai jenis ubat anti tekanan lain adalah dibenarkan
jika dia disyorkan oleh doktor yang layak.

Kebenaran ini bergantung kepada situasi di mana ubat (dadah) tersebut benar-benar diperlukan oleh
pesakit. Ubat tersebut juga perlu dipastikan tidak menyebabkan keracunan atau ketagihan.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : http://islamtoday.com

Filed under: Psikologi & Psikiatri, Ubat-ubatan | 1 Comment »

Menyuntik Hormon Pertumbuhan Untuk Tinggi

Posted on Sunday, 13 March, 2011 by Abul Harith

Soalan : Adakah boleh untuk mengambil suntikan hormon pertumbuhan untuk meninggikan ketinggian
seseorang?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

101
Saya berpegang dengan pendapat bahawa mengambil suntikan sebegini adalah dibenarkan jika
berjumpa dengan dua keadaan berikut;

1. Terdapat laporan perubatan yang jelas yang memerlukannya, contohnya apabila seseorang itu
rendah atau pendek secara berlebihan dan nyata dalam keadaan sangat tidak normal. Dalam
kes ini, suntikan sedemikian dikira sebagai rawatan perubatan.
2. Bahawa tidak terdapat bahaya dan mudarat jangka pendek atau panjang kepada pesakit akibat
dari mengambil suntikan ini. Hal ini perlu ditentukan oleh doktor pakar yang dipercayai.

Menyebabkan kemudaratan adalah tidak dibenarkan. Rasul ALLAH s.a.w bersabda, ”Tidak boleh
memudaratkan (diri sendiri) ataupun menyebabkan mudarat (kepada orang lain)”

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | 2 Comments »

Preimplantation Genetic Diagnosis

Posted on Sunday, 20 February, 2011 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum Islam tentang teknologi Preimplantation Genetic Diagnosis?

Dijawab oleh Abul Harith

Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) atau Embryo Screening adalah prosedur untuk
mengenalpasti penyakit genetik yang mungkin dibawa bayi tersebut. Memandangkan PGD ini hanya
boleh dilakukan bagi mereka yang melakukan kaedah IVF, maka hukumnya juga tertakluk kepada
kaedah IVF. Dengan kata lain, pasangan tertentu yang dibenarkan melakukan IVF, maka dibenarkan
melakukan PGD.

Sila rujuk http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/21/mendapat-anak-dengan-kaedah-persenyawaan-

luar-rahim/

Syarat-syarat yang membolehkan PGD semasa IVF adalah;

- sperma dan ovum adalah dari pasangan yang sah kahwin

- tidak dibenarkan ditumpangkan kepada wanita lain

- mendapat perakuan doktor tentang ketidakupayaan pasangan terbabit mendapatkan anak secara
biasa melainkan melalui kaedah IVF

Teknologi PGD adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit genetik pada embryo sebelum diimplant
ke rahim si ibu. Adalah tidak munasabah bagi mereka yang membayar harga mahal untuk melakukan
IVF, akhirnya diletakkan embryo yang berpenyakit di dalam rahimnya.

Selain itu, terdapat beberapa pra-syarat yang membolehkan PGD dilakukan. Antaranya;

- Pasangan yang salah satu dari mereka mempunyai sejarah keluarga yang mewarisi atau
membawa genetik penyakit tersebut ataupun pengidap penyakit genetik.

- Wanita yang berumur 35 tahun ke atas (pemeriksaan untuk aneuploidy kerana umur si ibu)

102
- Wanita dengan kes keguguran berulang, yang mungkin disebabkan oleh nombor kromosom yang
tidak normal, sama ada dari sebelah lelaki atau wanita.

- Pasangan dengan kes translokasi kromosom (chromosome translocations), yang menyebabkan

kegagalan implantasi, keguguran berulang dan masalah mental atau fizikal kepada zuriat.

- Pasangan yang mempunyai kes kegagalan IVF yang berulang

- Lelaki yang tidak subur yang memerlukan intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Kontroversi yang biasa dikaitkan dengan PGD adalah penyalahgunaan untuk pemilihan jantina “sex
selection” yang digemari pasangan sahaja. Maka, PGD adalah HARAM jika sudah melibatkan
pemilihan jantina. Kerana ia tiada bezanya dengan amalan masyarakat jahiliah terdahulu yang
menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup.

WaLLAHu a’lam.

Rujukan : http://www.emedicine.com/MED/topic3520.htm

Filed under: Genetik, O & G, Prosedur Perubatan | Tagged: bayi, Genetik | 1 Comment »

Akikah Bayi Yang Meninggal

Posted on Sunday, 13 February, 2011 by Abul Harith

Soalan: Saya melahirkan anak dalam sudah tidak bernyawa. Apakah saya boleh membuat
akikah untuknya?

Jawapan: Sekiranya dia lahir atau janin yang gugur dalam keadaan telah ditiupkan ruh, iaitu setelah
berlalunya empat bulan ibunya mengandungkannya maka boleh diakikahkan untuknya. Ini kerana ia
layak dinamakan bayi.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Ibadah, O & G | Leave a Comment »

Uri Bayi Untuk Produk Kosmetik

Posted on Monday, 17 May, 2010 by Abul Harith

Soalan : Saya ditanya oleh seorang ketua jururawat di hospital besar tentang pandangan Islam terhadap
pengurusan placenta (uri bayi selepas lahir). Saya percaya soalan ini timbul berdasarkan fakta bahawa
terdapat syarikat kosmetik menggunakan placenta untuk menghasilkan produk kecantikan. Soalan
jururawat tersebut adalah adakah satu kewajipan untuk mengebumikannya ataupun dibenarkan untuk
diberi kepada pihak ketiga.

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di Universiti King Khâlid, Abhâ

Uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana
bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik oleh syarikat atau sesiapa sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh didermakan untuk kegunaan terdesak kepada orang lain jika terdapat
keperluan perubatan untuk rawatan.

103
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Wanita, Pengamal Perubatan, Ubat-ubatan | 2 Comments »

Solat Dalam Keadaan Hadas Kerana Uzur

Posted on Monday, 17 May, 2010 by Abul Harith

Soalan: Apakah hukum jika sesuatu keluar dari qubul dan dubur? Bagaimana jika seseorang
mengeluarkan angin dari duburnya, walaupun dia telah mengambil wuduk lebih dari lima kali?
Bagaimana pula jika dia terus melakukan solat itu. Adakah dikira darurat?

Jawapan:

Pertama, masalah sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terlalu banyak seperti air mani, air mazi, air
wadi, air kencing, tahi, darah haid, darah istihadoh dan darah nifas. Kesemua perkara berikut berbeza
hukumnya. Umpamanya, jika air mani keluar seseorang wajib mandi junub. Jika air kencing pula dia
wajib membasuhnya.

Kedua, mengeluarkan angin dengan sengaja tanpa keuzuran jelas membatalkan wuduk. Namun, jika
penyakit berlanjutan seperti kembung sekali sekala tidak mengapa. Dalam hal ini, seseorang perlu
berwuduk setiap kali ingin menunaikan solat. Tidak perlu menghiraukan kentut yang keluar.

Ketiga, sah solat orang yang bernyakit seperti wanita yang mengalami darah penyakit (istihadoh).
Begitu juga dengan lelaki yang mengalami kencing tidak lawas (dedas) dan sebagainya. Walahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Thaharah | Tagged: Add new tag, darah, hadas, mani, mazi,
najis, solat, uzur | 1 Comment »

Mengawal Kelahiran

Posted on Monday, 17 May, 2010 by Abul Harith

Soalan : Adakah mengawal kelahiran diizinkan dalam Islam

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, mantan Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh

Penggunaan ubat-ubatan atau apa sahaja bentuk kawalan kelahiran yang akan mencegah kehamilan
secara kekal (pemandulan) adalah tidak dibenarkan melainkan si ibu tenat atau berada dalam situasi di
mana doktor memutuskan bahawa kehamilan boleh membahayakannya. Dalam kes sebegini, seorang
wanita boleh mengambil langkah kekal untuk mengelak kehamilan. Ianya merujuk kepada pemandulan
kekal ataupun kaedah lain.

Mengawal kelahiran diizinkan untuk semua wanita dalam bentuk merancang waktu kehamilan patut
berlaku. Ia boleh dipraktikkan, apabila dan selama mana ia diperlukan bagi wanita untuk menangguh
dari kehamilan. Sebarang bentuk kawalan kelahiran boleh diamalkan walaupun tanpa keperluan
perubatan/kesihatan, selagi mana ia tidak menyebabkan kemandulan berterusan.

Prinsip umum dalam hal ini adalah dibenarkan melainkan apabila ada bukti khusus yang menyatakan
sebaliknya. Tambahan pula, sebahagian Sahabat mengamalkan al-`Azl (menarik alat sulit supaya mani
terpancut di luar rahim) semasa zaman Nabi s.a.w. dan Baginda tidak melarang mereka berbuat
demikian.

104
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Wanita, O & G | 2 Comments »

Bedah Siasat atau Autopsi Jenazah

Posted on Sunday, 16 May, 2010 by Abul Harith

Soalan : Apakah hukum melaksanakan kaedah autopsy/bedah siasat ke atas mayat dan berikan dalil
yang mengesahkan pernyataan tersebut..

Jawapan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah
memutuskan;

“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan
(dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si
mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya
masih hidup.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam
membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah
telah memutuskan;

“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat
dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca
kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.”

Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat Clinical

Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau
kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan
kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan
perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan
kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

ii. Bedah siasat Medicolegal

Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati lemas,
kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan
mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah
siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

Keperluan Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat mayat dilakukan kerana ia keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran
dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.

ii. Bedah siasat mayat dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan
setelah mayat dikebumikan.

105
iii. Hasil bedah siasat mayat dapat digunakan bagi menyelamatkan dan melindungi orang ramai
daripada penyakit berjangkit yang berbahaya pada masa akan datang.

iv. Bedah siasat mayat dapat menambah ilmu dan ke-pakaran dalam m bidang perubatan.

v. Kajian daripada hasil bedah siasat mayat dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian
hidup masyarakat.

Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-
undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak
(dharuriyyat dan hajiyat)

ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT ISLAM

Kaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang
terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya;

1. Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia

Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah
menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup
supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup
tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang
lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70
yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-
lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

2. Menyegerakan urusan bedah siasat mayat

Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak
syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu
menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu
telah melepaskan kejahatan dari bahumu”. (Riwayat Muslim)

3. Kebenaran Waris

i. Bagi kes-kes bedah siasat clinical, Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada
waris untuk melakukan bedah siasat.

ii. Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenaran dari waris tidak diperlukan untuk melakukan
bedah siasat.

4. Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar)

Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan
kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

106
Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/mematahkan tulang mayat sama seperti
memecahkannya/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)

5. Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja

Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan
kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh
dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat
pembedahan dan mengenalpasti sebab-sebab kematian. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu
‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan –
PANEL SJAI 160608

Filed under: Etika Perubatan, Pembedahan, Prosedur Perubatan | Tagged: autopsi, bedah, etika,
jenazah, mayat | 3 Comments »

Mengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa

Posted on Wednesday, 23 September, 2009 by Abul Harith

Soalan : Adakah mengambil sedikit darah di siang bulan Ramadhan untuk pemeriksaan perubatan atau
derma darah membatalkan puasa ?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Jika seseorang mengambil sedikit darah yang tidak menyebabkan tubuhnya lemah, maka hal itu tidak
membatalkan puasanya. Darah boleh diambil samada untuk pemeriksaan kesihatan atau pemindahan
darah kepada orang lain (blood transfusion) ataupun untuk didermakan kepada seseorang yang
memerlukannya.

Tapi jika pengambilan darah itu dalam jumlah yang banyak yang menyebabkan lemah tubuh badan,
maka hal itu membatalkan puasa. Hal ini diqiyaskan kepada berbekam yang telah ditetapkan oleh As-
Sunnah bahawa hal itu membatalkan puasa. Berdasarkan hujah ini, seseorang yang tengah
melaksanakan puasa wajib, seperti puasa Ramadhan, tidak boleh mendermakan darah dalam jumlah
banyak, kecuali apabila terpaksa (darurat). Kerana dalam keadaan ini bererti dia telah batal puasanya
sehingga dibolehkan makan dan minum pada baki hari tersebut. Kemudian dia mengqadha pada hari
lain di luar bulan Ramadhan.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: darah, puasa, suntikan | 2 Comments »

Cuci Darah (Hemodialisis) Semasa Puasa

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum mencuci darah (hemodialisis) bagi penderita sakit ginjal yang sedang berpuasa.
Adakah dia harus qadha atau tidak ?

107
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Dia wajib mengqadha kerana adanya tambahan darah bersih, dan jika ditambahkan zat lain, maka itu
juga sebab pembatalan puasa.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]

Komen Webmaster : Hemodialisis tidak membatalkan puasa selagi darah yang dicuci itu adalah darah
sendiri (darah keluar masuk adalah darah yang sama dari pesakit). Namun jika berlaku pertambahan
darah baru dari sumber lain dan dimasukkan zat tambahan, maka puasanya terbatal. WaLLAHu a’lam.

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan | Tagged: darah, puasa | 3 Comments »

Puasa Wanita Istihadhah

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan : Minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa,
sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti. Harap dapat
keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat,
terima kasih.

Jawapan:

Hukum wanita istihadhah (darah kerana sakit) adalah sama dengan hukum wanita suci dalam banyak
permasalahan. Maka wanita istihadhah wajib sembahyang fardhu, wajib puasa Ramadhan, boleh
berpuasa sunat, dan boleh berpuasa ganti ketika waktu istihadhah itu.
Yang menghalang daripada puasa ialah: Haidh dan Nifas sahaja.

Ini adalah pendapat semua keempat-empat mazhab.

Rujukan:
-Badai’ Sanaie 1/161 (mazhab Hanafi)

-al-Talqin m/s 73 (mazhab Maliki)

-al-Majmuk 2/417 (Mazhab Syafie)

-Fatwa Lajnah Daemah no: 6495, m/s 5/404.

Wallahu a’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G, Thaharah | Tagged: darah, puasa, wanita | 11 Comments
»

Qadha’ Puasa Kerana Nifas

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

108
Soalan : Saya nak tanya. Sekiranya ada wanita yang mengalami nifas sepanjang bulan Ramadhan
selepas melahirkan anak, dan dalam masa yang sama menyusukan anak tersebut. Bagaimana wanita
tersebut sepatutnya menggantikan puasa? Saya ada bertanya kan beberapa orang ustaz, ada yang
menjawab;

1. Bayar fidyah sahaja, tanpa qadha’, kerana ia termasuk wanita yang menyusukan anak.
2. Qadha’ sahaja, tanpa fidyah, kerana ia termasuk wanita yang nifas dimana haram puasanya.

Wallahualam.

Jawapan :

Haidh dan Nifas adalah uzur syar’ie yang menghalang daripada sah puasa. Jadi, wanita nifas, HARAM
puasa, dan TIDAK SAH puasanya. Selepas selesai nifasnya, maka hendaklah qadha’ puasanya tanpa
fidyah. Masalah ini adalah ijmak tiada khilaf padanya.

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/257

Wallahu A’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G | Tagged: darah, puasa, wanita | 1 Comment »

Memakai Contact Lens Ketika Puasa

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan : Saya ingin tahu hukum puasa apabila kita memakai contact lens. Apakah puasa saya terbatal?

Jawapan :

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:

“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut
dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau
telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak
termasuk makna makan atau minum.”

Wallahu alam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: puasa, ubat | 3 Comments »

109
Menyusu Badan & Niat Ganti Puasa

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan :

1. Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya
mengulangi wuduk?

2. Bagaimanakah cara berniat ganti puasa? Bolehlah ia dibuat dalam bahasa Melayu?

Jawapan :

1. Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai
menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk.

2. Tempat niat adalah dalam hati. Melafazkannya langsung tidak dituntut oleh syarak. Cukuplah
sekadar puan beriktikad dalam hati pada malam itu bahawa puan ingin berpuasa esoknya.

Sesungguhnya TUHAN yang kita seru ini Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang terdetik dalam
hati seseorang. Terpulanglah pada puan untuk menggunakan sebarang bahasa yang mudah dan
difahami.

Tiada gunanya berniat dalam bahasa Arab jika puan sendiri pun tidak tahu dan tidak faham maksudnya.
Agama ini mudah. Janganlah kita menyusahkan diri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Ibadah, O & G, Pediatrik, Thaharah | Tagged: puasa, susu | 22 Comments »

Melakukan Facial Ketika Puasa

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan : Adakah sah puasa seseorang itu jika dia melakukan facial semasa berpuasa?

Jawapan :

Puasa seseorang yang melakukan yang demikian sah di sisi syarak kerana mencuci muka tidak
termasuk makan dan minum atau yang sama maksud dengannya. Wallahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Ibadah, Thaharah | Tagged: puasa | 1 Comment »

Keluar Air Mazi Ketika Puasa

Posted on Thursday, 23 July, 2009 by Abul Harith

Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi? Boleh nyatakan
dengan teliti apa itu air mazi?

Jawapan :

110
Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan
atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. Ia najis dan membatalkan wuduk. Cara
membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota yang terkena cecair itu.

Puasa juga tidak batal dan tidak perlu diganti. Tetapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri
daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwat sama ada pada bulan puasa atau tidak.
Wallahu alam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Ibadah, Thaharah | Tagged: mazi, puasa | 37 Comments
»

Pemindahan Jantung Dan Mata

Posted on Thursday, 7 May, 2009 by Abul Harith

Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam
Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

a)Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada
pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

b)Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan
jantungnya.

c)Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan
perdagangan anggota-anggotanya.

d)Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang

anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat
kemalangan.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama

Filed under: Kardiologi, Oftamologi, Transplan Organ | Tagged: jantung, mata, organ, transplan | 1
Comment »

Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-kanak Cacat Akal

Posted on Thursday, 7 May, 2009 by Abul Harith

i. Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat
kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan
diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan
ibadah.

 ii. Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan
otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadat termasuk berkhatan ke atas kanak-
kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu
memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-77, JAKIM

Filed under: Pediatrik, Pembedahan, Penyakit & Wabak, Prosedur Perubatan | Tagged: cacat,
hemophlia, khatan | 2 Comments »

111
Keluasan Fiqh Untuk Pelajar & Pengamal Perubatan

Posted on Saturday, 31 January, 2009 by Abul Harith

Berikut adalah sedutan dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin. Moga menjadi panduan & manfaat buat semua.

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting.
Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan
kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu
longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di
Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah
kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya
dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik.
Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun
ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat.
Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang
seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap
diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat
tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua.
Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam
waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat
empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh
untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan
segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau
musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”.
Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas:
“Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis
yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka
peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang
sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang
memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk
separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh
wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya
ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh
dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh
‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam
masalah ini.

112
Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana
Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil
manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam
akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Pelajar Perubatan, Pembedahan, Thaharah | Tagged: jamak,
qasar, solat, tayammum, wudhu | 5 Comments »

Tanam Gigi

Posted on Tuesday, 2 December, 2008 by Abul Harith

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya
tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya?
Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua
anggota palsu kita perlu dibuka.

Dijawab oleh Ustazah Sakinah;

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak
termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak.
Tambahan pula proses situ perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah
mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.

Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang
diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka
apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada
Rasulullah s.a.w.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Pergigian | Tagged: gigi | 36 Comments »

Dedah Aurat Ketika Bersalin

Posted on Tuesday, 2 December, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin
melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut
bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?

Dijawap oleh Ustazah Sakinah

Jawapan : Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat
mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki
melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh
syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip
syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.

Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan.
Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor
muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

113
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang
perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Wallahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Doktor & Pesakit, Etika Perubatan, O & G | Tagged: bersalin | 112 Comments »

Membesarkan dan Memanjangkan Zakar

Posted on Monday, 20 October, 2008 by Abul Harith

Assalamualaikum,

Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk
memanjangkan/membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan
hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas
alasan kesihatan. Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya?
Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon
tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. Wassalam

Wassalam dan Syukran atas soalan.

Jawapan oleh Abul Harith:

Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;

Ia menjadi HARAM apabila;

- bertujuan ke arah melakukan zina & maksiat

- membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri

Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;

- bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga

- bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada
baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/04/01/pembedahan-pembesaran-payudara/

Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu
keperluan atas alasan berikut;

114
1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala
panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan
zakar lelaki adalah memadai.
2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan
lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.
3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada
fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih
panjang.
4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak
mudarat yang lebih teruk.
5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan
memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.
6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah
dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur
darah & urat saraf
7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya
untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan
tercedera

Sila rujuk : http://www.webmd.com/a-to-z-guides/penile-enlargement

Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak
yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh
mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.

Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan
inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya
membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun
panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.

Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika
ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-
baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah
tangga.

WaLLAHU a’lam.

Filed under: Fisiologi Lelaki, Prosedur Perubatan, Seksual | Tagged: bedah, ubat | 16 Comments »

Darah Hitam Keluar Dari Kemaluan

Posted on Monday, 20 October, 2008 by Abul Harith

Soalan : Sekiranya darah yang berwarna hitam legam keluar dari kemaluan seseorang tersebut selain
dari darah haid, apakah darah tersebut? Adakah ia suatu petanda penyakit?

Jawapan :

Sekiranya darah yang berwarna hitam itu keluar ketika dalam tempoh haid, berserta sengal-sengal di
bahagian perut dan pinggang seperti yang terjadi kepada sesetengah wanita ketika didatangi haid, maka
ia termasuk kategori darah haid dan haram solat dan puasa.

Tetapi jika ia hanya datang sekejap-sekejap bukan masa haid, maka ia tidak termasuk kategori haid dan
wajib solat dan berpuasa jika pada masa itu Ramadan. Darah haid mempunyai pelbagai warna, merah
kehitaman, merah cair, kecoklatan kekuningan dan sebagainya.

115
Mengenai sama ada ia petanda penyakit atau tidak, perkara itu perlu merujuk kepada doktor. Tetapi,
dari segi hukum, jika selain haid, solat wajib didirikan dan puasa juga wajib ditunaikan pada waktu
yang telah ditetapkan. Bersihkanlah pakaian yang terkena cecair itu setiap kali solat dan berwuduklah
bagi setiap solat yang hendak didirikan. Ini kerana, cecair itu najis dan membatalkan wuduk. Wallahu
a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Thaharah | Tagged: darah, haid | 6 Comments »

Derma Tubuh Untuk Cadaver

Posted on Monday, 20 October, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apa hukumnya mendermakan seluruh tubuh untuk kajian sains? Contohnya cadaver untuk
medical students?

Dijawab oleh Abul Harith,

Mendermakan tubuh badan untuk kajian sains atau cadaver adalah tidak dibenarkan Islam. Ini kerana
jasad orang Islam adalah dimuliakan.

Hadith Ar-Rasul s.a.w. menyebut,

ْ ‫ْر ع‬
‫َظ ِم ِه َحيًّا‬ ْ ‫ِإنَّ َكس َْر ع‬
ِ ‫َظ ِم ْال ُمْؤ ِم ِن َم ْيتًا ِم ْث ُل َكس‬

“Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya dalam keadaan hidup.”

[Ad-Darqutniy/ 2986]

Manusia adalah khalifah ALLAH dimuka bumi, tidak seperti makhluk lain. Apatah lagi makhluk lain
telah diciptakan ALLAH untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Firman ALLAH,

ِ ْ‫ق لَ ُكم َّما ِفي اَألر‬

‫ض‬ َ َ‫ه َُو الَّ ِذي خَ ل‬

“DIA yang telah menciptakan untuk kamu semua apa sahaja di bumi ini keseluruhannya”

-Al-Baqarah, 29-

Pelbagai makhluk lain seperti tupai dan tikus boleh digunakan untuk kajian perubatan demi manfaat
Ummah manusia keseluruhannya.

Untuk kegunaan mayat sebagai cadaver pada zaman ini, bukanlah suatu yang mendesak. Lagipun
kebanyakannya untuk pelajaran Anatomi. Sudah terdapat ilustrasi buku yang cantik dan replika tulang
& tisu yang menyamai jasad sebenar. Ditambah lagi dengan perisian anatomi 3D yang boleh membantu
pembelajaran.

Untuk kajian patologi pula, kebanyakan spesimen biasanya diambil dari biopsi tisu ataupun organ yang
telah dibuang kerana penyakit, maka tiada halangan untuk mengkaji darinya.

WaLLAHu a’lam.

Filed under: Etika Perubatan, Pelajar Perubatan | Tagged: mayat | 9 Comments »

116
Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding)

Posted on Monday, 15 September, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah
orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu
badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak
cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah
benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:

Wassalam & terima kasih Team Ratuhati.com.

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas
melalui hadith artikel di atas.

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/08/31/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya,
terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak
berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan
seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk
adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang
menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang
menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air
yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes
mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa
haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi
seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Ketiga adalah ibu yang mengandung pada usia lewat. Golongan ini kebiasaannya dikaitkan dengan
penyakit yang mungkin apabila usia telah meningkat. Masalah lain adalah ketidakseimbangan fungsi
badan untuk mengawal glukos dalam darah. Ia akan membawa kepada haus dan lapar yang tiba-tiba
(accelerated starvation).

Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan
sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang
takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa.
Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi
banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap
menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan)
yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

117
Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi
untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan
Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi
negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara
(sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam
payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative
feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar),
maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih
banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus
menghasilkan susu.

Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati
isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang
hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan
puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in
women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu
dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama
dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

“Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by
beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers
need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan
fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to
combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract

Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu
berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa
tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada
musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya
letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba
kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan
hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.

118
Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat
dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan
memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun,
dan ia merupakan tugas mulia baginya.

َ ِ‫ص ْينَا اِإْل نسَانَ بِ َوالِ َد ْي ِه َح َملَ ْتهُ ُأ ُّمهُ َو ْهنًا َعلَى َو ْه ٍن َوف‬
‫صالُهُ فِي عَا َمي ِْن‬ َّ ‫َو َو‬

ِ ‫َأ ِن ا ْش ُكرْ ِلي َو ِل َوا ِل َديْكَ ِإلَ َّي ْال َم‬

‫) سورة لقمان‬14( }ُ‫صير‬

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini.

WaLLAHu A’lam. Wassalam.

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G, Pediatrik | Tagged: susu, wanita | 10 Comments »

Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur’an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah
mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya
telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu
kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut
beserta dalil-dalilnya:

1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh dalam keadaan masih berjunub

Di antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam ketika telah
masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam keadaan junub setelah bercampur dengan
isterinya. Kemudiannya beliau mandi di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat.

Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu ‘anhuma (yang ertinya): “Nabi Shalallahu ‘alaihi wa
Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian ia mandi
dan berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109))

2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Kalaulah tidak memberatkan umatku
niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”. (Hadis Riwayat Bukhori (2/311),
Muslim (252))

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yang berpuasa ataupun yang
lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang yang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali
berwudhu’ dan solat. (Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan
selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298))

Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk dilaksanakan seluruh waktu sama ada
sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya. Wallahu a’lam.

3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung

119
Perkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan
beristinsyaq di ketika dalam keadaan berpuasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan
ketika istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang
ertinya): “…..bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa.” (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah
(407), an-Nasa’i (no. 87) dari Laqith bin Shabrah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih)

4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasa

Aisyah radhiallahu ‘anha pernah berkata: “Rasulullah pernah mencium dan bercumbuber dalam
keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan diri (nafsu).” (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/131), Muslim (1106))

Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding yang telah tua.

Abdullah bin Amr bin ‘Ash berkata: “Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa
Sallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: “Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam
keadaan sedang berpuasa? Beliau menjawab: “Tidak”, datang pula seorang yang sudah tua lalu dia
berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?” Beliau menjawab:
“Ya”. Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya orang tua boleh menahan
dirinya”.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221))

5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak mengandungi makanan

Semua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan puasa.

6. Berbekam

Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudiannya ia
dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa beliau
berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma:
“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam keadaan sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 – Fathul Bari), lihat “Nasikhul hadis wa Mansukhuhu” (334-338)
karya Ibnu Syahin)

7. Merasai makanan

Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan
(tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma:
“Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana
tidak sampai ke tenggorokan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari),
dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261)
melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152))

8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya yang masuk seumpama

Semua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa,
sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat “Haqiqatus Shiyam” serta
muridnya Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya “Zaadul Ma’ad”. Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab
“Shahihnya”, Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi
yang berpuasa.”

9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandi

120
Imam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya “Bab Mandinya Orang Yang Berpuasa”
bahawa, “Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan air, untuk mendinginkan badannya kerana
haus ketika puasa) bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa.” Asy-Sya’bi
juga pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan berkata: “Tidak
mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam keadaan sedang berpuasa.”

Dalam suatu riwayat disebutkan,

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke kepalanya dalam keadaan sedang
berpuasa kerana dahaga atau kepanasan yang mengeringkan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365),
Ahmad (5/376, 380, 408, 430). Sanadnya sahih)

Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Filed under: Ibadah, Oftamologi, Prosedur Perubatan, Ubat-ubatan | Tagged: darah, puasa, ubat | 1
Comment »

Contact Lens Membatalkan Puasa?

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Saya ada kemusykilan. Saya seorang yg selalu pakai kanta lekap (contact lense). Boleh kata
hari-hari saya pakai. Persoalan saya ialah adakah dibolehkan memakai contact lense itu ketika sedang
berpuasa? Adakah dgn memakai contact lense menjadi penyebab puasa terbatal? Kalau begitu
bagaimanakah untuk terus memakai contact lense tanpa menjejaskan puasa?

Sekian terima kasih.

Jawapan :

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa
sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah
pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.

Maka, tidak mengapa memakai contact lens ketika puasa. Walaupun ketika memakainya, ada cairan
solution yang mungkin masuk dalam rongga mata. Ia bukannya makanan dan bukan minuman, dan
tidak boleh disamakan dengannya pada hukum.

Wallahu A’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Alat Perubatan, Ibadah, Oftamologi | Tagged: puasa | 1 Comment »

Onani Ketika Puasa

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Baru-baru ini isteri saya berpuasa ganti. Setahu saya, hukumnya wajib sepertimana hukum
puasa Ramadhan.semasa berpuasa, saya melakukan onani terhadap isteri saya dengan memasukkan jari
saya ke dalam farajnya. Dan pada ketika itu, kami benar-benar terlupa yang isteri saya sedang
berpuasa.

Apakah hukum puasa isteri saya? Batalkah? Wajib kaffarahkah?

121
Mohon maaf atas ketidaksopanan bahasa yang digunakan. Tiada niat lain melainkan ingin
mandapatkan kepastian. JazakALLAH kepada panel yang sudi memberikan penjelasan.

Jawapan:

Oleh kerana perbuantan anda dan isteri anda berlaku secara lupa, maka puasa isteri anda adalah sah dan
tidak dikenakan apa-apa kaffarah.

Syarak telah menjelaskan bahawa seseorang yang melakukan perkara membatalkan puasa secara lupa,
tidak membatalkan puasa. Kecuali dalam permasalahan jimak, ada khilaf.

Sabda Nabi SAW:

‫من أكل ناسيا وهو صائم فليتم صومه فإنما أطعمه هللا وسقاه‬

Maksudnya: Sesiapa makan secara lupa walhal dia sedang berpuasa, maka hendaklah dia sempurnakan
puasanya. Maka sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.
- HR Bukhari (no: 6292)-

Begitu juga perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, jika dilakukan secara lupa tidak
membatalkan puasa.

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Majmuk Nawawi 6/324

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Ibadah, Seksual | Tagged: puasa, wanita | 32 Comments »

Haidh Terputus Sehari, Kena Ganti Puasa?

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi
wajib dan berpuasa pada hari itu. Hari ke 7, datang semua haidnya. Soalannya, perlukah wanita
tersebut qadha untuk hari ke 6 itu? Adakah dia telah benar-benar suci pada hari ke 6 itu?

Sekian

Jawapan :

Kebanyakan fuqaha berpendapat sekurang-kurang waktu suci antara dua haidh ialah 15 hari. Dan ada
pendapat (mazhab Hanbali) mengatakan 13 hari. Ada riwayat dari Malik iaitu 10 hari.

Oleh itu, jika terhenti pada hari ke-6, dan datang darah balik pada keesokannya, maka tempoh suci itu
baru sehari. Maka ia tidak dinamakan suci. Ia masih dihukum sebagai haidh. Maka jika dia berpuasa
hari itu, wajib diqadha’kan balik puasanya nanti.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

 Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/322

122
 Al-Hawi al-Kabir 1/435

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah | Tagged: darah, puasa | 3 Comments »

Puasa Wanita Haidh

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Masa kecil-kecil dulu mak saya selalu cakap bahawa perempuan yang haid tak boleh berbuka
bersama dengan orang yang berpuasa. katanye dilarang. Jadi, mesti makan selepas orang berbuka
puasa. Kemudian saya walaupun period tetapi bersahur dan berpuasa seperti orang yang berpuasa.
Tetapi ada yang kata dilarang sebab ALLAH dah beri kelonggaran . Jadi tak sepatutnya menolak
nikmat makan di siang hari. Jadi, mohon penjelasan dari ahli panel yg dihormati.

Jawapan:

Wanita yang haidh;

 Haram berpuasa.
 Jika berpuasa, tidak sah puasanya.
 Wajib qadha’ hari-hari yang dia haidh.

Dalilnya:
Hadis: “Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa”.
- HR Bukhari 1/116 –

Ibn Qudamah berkata: “Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan
dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira”. – al-Mughni 4/391 -

Syeikh Muhammad al-Syanqiti ditanya tentang masalah wanita haidh berpuasa, jawabnya “Jika dia
tahu haramnya puasa, tetapi dilakukan juga, maka dia berdosa.”

Hatta para ulama mengatakan “Jika wanita yang sedang puasa, tiba-tiba beberapa minit sebelum
Maghrib dia haidh, maka dia sudah dikira berbuka, dan wajib qadha hari itu”.

Rujukan: Syarah Zad Mustaqni’ Syanqiti, dan Syarah Mumti’ Uthaimin.

Manakala anda bangun sahur pula, ia tidaklah dianggap makan sahur, kerana sahur hanya khas untuk
orang yang berpuasa. Jadi, ia dianggap makan sarapan sebelum Subuh. Jangan menganggap ia makan
sahur, kerana jika niat bersahur, bererti anda mahu berpuasa, sedangkan ia HARAM bagi wanita haidh.

Akhir kata, berbuka puasa untuk wanita haidh ini bukannya rukhsah boleh atau tidak, TETAPI adalah
azimah yg wajib diterima wanita Islam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah | Tagged: darah, puasa, wanita | 2 Comments »

Wanita Keluar Mani Batal Puasa?

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Merujuk kepada persoalan dan jawapan berikut (diforum Al-Ahkam.net);

123
Bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana
(muqaddimah persetubuhan)?

Jawapan; Jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa.
Jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan
puasa (Imam Nawawi, ibid)

——————————————

Persoalannya,

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita? Adakah pada keghairahannya?

2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar. Sudah pasti puasanya batal. Adakah wanita atau isteri
tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa sahaja? Sebab tak berlaku persetubuhan,
hanya muqaddimah sahaja.

Mohon pencerahan

Jawapan:

1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;

 Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti
putih telur.
 Keluar dengan memancut.
 Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga
wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.

Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.

2) Jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. Ini
pendapat keempat-empat mazhab. Dalilnya:

a. Ada hadis sahih menyebut tentang puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan
syahwatnya kerana AKU (ALLAH)”. Bukhari 2/670.

b. Qiyas kepada muntah dengan sengaja. Sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan
keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. Maka sengaja mengeluarkannya
membatalkan puasa.

Diceduk daripada Syarah Syeikh Muhammad al-Syanqiti Hafizahullah,

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. Manakala mubasyarah, dan seumpamanya
TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yang mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara
sekalipun, hatta makan dan minum.

Wallahu A’lam

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

124
Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, Seksual | Tagged: mani, mazi, puasa | 6 Comments »

Ganti Puasa Wanita Mengandung

Posted on Sunday, 31 August, 2008 by Abul Harith

Soalan: Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung
7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.

Soalannya:

1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’
puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan
yang amat sangat apabila berpuasa.

2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?

Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.

Jawapan:

1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur
mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan
qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.

2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti
sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang
wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat
jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh
Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum
asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.

Wallahu A’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G | Tagged: hamil, puasa | 1 Comment »

Vaksin Lemak Babi, Doa kepada Non Muslim & Euthanasia

Posted on Sunday, 24 August, 2008 by Abul Harith

Berita Harian, 13 Okt 2002

Oleh MONA AHMAD

KUALA LUMPUR: Penggunaan suntikan pelalian quadrivalent meningokokal (ACYW 135) diperbuat
daripada lemak babi dibenarkan dalam Islam kerana ia sudah melalui proses transformasi yang
menjadikannya bahan lain, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

125
Presidennya, Dr Musa Mohd Nordin, berkata menerusi kaedah itu, gelatin diperbuat daripada tulang,
kulit dan tendon haiwan yang tidak suci dibenarkan, begitu juga sabun daripada lemak babi dan haiwan
mati.

Transformasi mengikut Seminar Perubatan-Fiqh Kelapan pada 1995 bermaksud sesuatu proses yang
membolehkan sesuatu objek itu diubah kepada bentuk lain termasuk dari segi sifat dan kandungan,
menyucikan bahan terbabit melalui proses tertentu, sekali gus menukarkan sesuatu yang tidak
dibenarkan oleh syariah kepada yang dibenarkan.

“Walaupun sesetengah vaksin ACYW 135 pada asalnya diperbuat daripada lemak babi, selepas melalui
pelbagai proses, ia lahir sebagai bahan baru dan jelas penggunaannya dibenarkan dalam Islam.

“Vaksin ini diwajibkan ke atas jemaah haji dari seluruh dunia yang mengerjakan haji. Keputusan
mengenai kebenaran menggunakan vaksin berasaskan lemak babi ini dibuat oleh kumpulan ulama
fiqah terkenal dari seluruh dunia termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan – Fiqh Kelapan
pada 1995 di Kuwait,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Bertemu Pakar di Persidangan Kedua Pusat Perubatan Universiti
Malaya: Perubatan Daripada Perspektif Islam, di sini semalam. Persidangan tiga hari bermula kelmarin
disertai 450 pengamal perubatan itu, anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berhubung kebenaran berdoa untuk bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit, pensyarah Akademik
Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata Islam tidak pernah
melarang umatnya menggunakan ayat al-Quran untuk merawat penyakit tidak kira pesakit itu orang
Islam atau tidak.

“Tidak timbul masalah sama ada Islam atau bukan, kerana dalam satu sudut orang yang bukan Islam itu
juga adalah jiran. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan kebaikan kepada jiran kita,”
katanya.

Dr Omar pula berkata secara umum, umat Islam boleh mendoakan orang bukan Islam supaya mereka
mendapat hidayah dan mengurangkan perbuatan jahat terhadap orang Islam.

“Setahu saya, tiada nas al-Quran atau hadis yang menyentuh mengenai doa orang Islam untuk orang
bukan Islam bagi menyembuhkan penyakit. Bagaimanapun, al-Quran mempunyai kesan besar dalam
penyembuhan penyakit.

“Di Amerika Syarikat sendiri, ada klinik yang dibuka oleh pengamal perubatan Islam dan ada juga
pesakit mereka bukan beragama Islam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Omar Hasan
berkata, hukum syariah adalah anjal.

“Jika berlaku keadaan darurat, maka sesuatu yang haram itu boleh menjadi halal. Ini termasuk
kegunaan vaksin daripada lemak babi, yang jelas perlu bagi mengelak serangan penyakit meningitis,”
katanya.

Mengenai keraguan pakar bius untuk menghentikan penggunaan mesin hayat bagi pesakit mati otak, Dr
Musa berkata mengikut amalan Islam, tiga pakar diperlukan bagi mengesahkan bahawa mesin itu tidak
diperlukan selepas penilaian yang mendalam.

“Pelbagai ujian perlu dijalankan terlebih dulu termasuk elektro encephalograf (EEG), bagi memastikan
mesin penggunaan hayat boleh dihentikan. Lazimnya, kebenaran waris juga diambil kira,” katanya.

Filed under: Alat Perubatan, Doktor & Pesakit, Etika Perubatan, Ibadah, Penyakit & Wabak, Prosedur
Perubatan | Tagged: doa, doktor, mati, vaksin | 2 Comments »

126
Hukum Khatan Lelaki & Wanita

Posted on Wednesday, 20 August, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamualaikum ustaz, mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci
hadis & dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan ? Saya keliru ada mengatakan
perempuan tak diwajibkan dikhatan. Adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang
sedikit saja.

Jawapan :

Wa’alaikumussalam,

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

‫ الختان واإلستحداد وتقليم األظافر ونتف اإلبط وقص الشارب‬: ‫خمس من الفطرة‬

“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak
(cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat,
Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga
pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan
mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu
negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada
dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan
daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong
kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-Azhar dan
Dr Md Sadiq selepas melihat hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.

“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita
memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh
mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak
sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

“Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran
Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari
kelentit.” ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan
berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib

127
bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan
digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita Arab kebanyakkan tidak
berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara Arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagi
wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang
paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran
baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan pandangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkhatan adalah lemah,
demikian juga pandangan yang menyatakan bahawa Jibrail a.s. yang mengkhatankan baginda semasa
membelah dada baginda SAW.

Sumber : disunting dari http://www.zaharuddin.net/

Filed under: Ibadah, Prosedur Perubatan, Seksual, Thaharah | Tagged: khatan, Thaharah | 4 Comments
»

Dedah Aurat Untuk Perubatan

Posted on Tuesday, 10 June, 2008 by Abul Harith

Soalan: Isteri saya mengalami masalah kegemukan. Saya berhasrat ingin menghantar dia ke pusat
rawatan menguruskan badan. Masalahnya, kebanyakan pusat-pusat menguruskan badan yang baik
dikendalikan oleh wanita-wanita berbangsa Cina (bukan Islam). Mungkin timbul di sana masalah aurat
terdedah semasa rawatan. Apakah hukum mendedahkan aurat kepada bukan muslim untuk tujuan
rawatan seperti di atas.?

Jawapan:

Pertama, saudara perlu tahu had aurat seorang lelaki dan wanita. Mereka tidak boleh membuka aurat
atau membenarkan ia disentuh kecuali atas sebab yang dibenarkan dalam syarak. Aurat paling berat
ialah qubul dan dubur. Manakala aurat paling ringan seperti kedua-dua belah peha lelaki terdedah
sesama mereka.

Kedua, menurut kaedah usul fikah diharuskan melakukan perkara yang diharamkan dalam syarak
sekiranya boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu, diharuskan membuka aurat untuk tujuan
menguruskan badan kerana kegemukan boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Ulama tidak berselisih
pendapat mengharuskan doktor lelaki melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga sebaliknya dengan
syarat mereka hendaklah amanah dan menutup keaiban pesakit itu.

Cadangan saya agar saudara mendahulukan doktor perempuan atau pusat perubatan Islam sebelum
menemui doktor lelaki atau pusat perubatan bukan Islam. Setelah berusaha, tidak mengapa
menggunakan perkhidmatan mereka. Wallahu a’lam

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Filed under: Doktor & Pesakit, Fisiologi Wanita, Pengamal Perubatan, Prosedur Perubatan | Tagged:
Add new tag, aurat, doktor, rawatan | 3 Comments »

Derma Organ Orang Meninggal Dunia

128
Posted on Monday, 9 June, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamualaikum… Apakah hukumnya kita mendermakan organ kepada orang lain? Adakah
itu dibenarkan dalam Islam?.

Jawapan :

Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung
orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam
dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

i. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada
pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
ii. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum
dipindahkan jantungnya.
iii. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan
manusia dan perdagangan anggotanya.
iv. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang
anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian
akibat kemalangan.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan –
Panel(fs)051007

Filed under: Prosedur Perubatan, Transplan Organ | Tagged: mati, organ | 6 Comments »

Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina

Posted on Monday, 9 June, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apakah hukum rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya mengikut 4 mazhab utama.

Jawapan :

Rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya adalah diharuskan tertakluk kepada beberapa syarat
berikut:

i. Tidak ada perawat di kalangan sejenis.

ii. Merawat di tempat yang perlu dan berkaitan sahaja serta menutup anggota-anggota yang lain.

iii. Ditemani oleh mahram atau orang yang thiqah (yang amanah)

iv. Kepakaran hanya dimiliki oleh perawat itu sahaja.

v. Perawat mestilah seorang yang amanah dan bertanggung jawab.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan –
PANEL 100407

Filed under: Doktor & Pesakit, Pengamal Perubatan | Tagged: doktor, pesakit | 2 Comments »

Hukum Euthanasia

129
Posted on Saturday, 31 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Assalamualaikum, Saya ingin mengutarakan soalan mengenai euthanasia. Adakah ia haram
dalam Islam ?.

Jawapan:

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM Bil.PKS 5/18/PKS/97 bertarikh 10 -11 Jun 1997, membuat
keputusan mengenai pertanyaan di atas adalah seperti berikut:

i. Haram membunuh tanpa hak. Berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan
atau mengambil ubat-ubatan (racun) adalah umpama membunuh diri. Membunuh diri bermakna
melawan kehendak ALLAH dan merampas haknya.

ii. Tugas seorang mukmin (doktor) adalah menolong saudaranya (pesakit) di dalam perkara kebaikan.
Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam
perkara yang mendatangkan keburukan dan dosa.

iii. Harus bagi para doktor memberikan ubat penahan sakit kepada pesakit jika tiada pilihan lain
sekalipun ia mempunyai kesan sampingan yang boleh mempercepatkan kematian..

Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan - PANEL SJAI
011107

Filed under: Doktor & Pesakit, Prosedur Perubatan | Tagged: doktor, mati, pesakit | 2 Comments »

Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat

Posted on Saturday, 31 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Saya ingin mengetahui hukum apabila seorang yang belum berkahwin, mengambil anak
angkat, memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan
susu dada. Harap pihak JAKIM dapat menjawab dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.

Jawapan;

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM 3/41/PKS/2002, Pada 14 – 15 Oktober 2002,Hukum

menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan wanita adalah harus
dengan syarat:

i. Seorang wanita tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran jantina.
ii. Wanita yang telah baligh.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas harus ibu angkat memberikan susu dada kepada anak angkatnya
dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu.

Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI
050707

Filed under: Fisiologi Wanita, Ubat-ubatan | Tagged: pil, wanita | 3 Comments »

Pembedahan Mengikat Perut Untuk Menguruskan Badan

Posted on Wednesday, 28 May, 2008 by Abul Harith

130
Soalan : Saya gadis berumur 23 tahun dan menderita lebih berat badan. Saya berhajat melakuan
pembedahan untuk menjadikan perut saya lebih kecil dan mengubah laluannya terus kepada usus saya
(gastrectomy). Ia pembedahan yang besar dan banyak kesan buruk seperti pembedahan lain. Soalan
saya adalah, apakah mengubah laluan perut untuk mengelakkan makanan diserap oleh badan dikira
mengubah ciptaan ALLAH ke atas saya? Adakah saya dibenarkan melakukan prosedur ini?

Jawapan :

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah dibenarkan untuk melakukan pembedahan mengikat perut (menjadikannya kecil seperti
meletak ikatan atau lekatan) atau mengurangkan saiznya dan menghubungkanya kepada usus kecil
dengan alasan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH,
kerana ia perlu atas tujuan rawatan perubatan. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan di mana
difikirkan tiada akibat buruk ataupun bahaya teruk disebabkan pembedahan itu. Seseorang perlu
merujuk kepada doktor yang amanah dan dipercayai, kerana pembedahan sebegini mempunyai kesan
sampingan.

Adalah lebih baik dan disyorkan untuk menggunakan method diet, dengan nasihat dari pakar. Jika ia
tidak berhasil, maka anda boleh mengambil langkah mengikat perut atau mengubah haluan makanan
selagi mana anda pasti bahawa prosedur tersebut bebas dari bahaya dan kesan sampingan yang negatif.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : diterjemah dan disunting dari http://www.islamqa.com

Filed under: Pembedahan, Prosedur Perubatan | 3 Comments »

Jururawat Memandikan & Melihat Aurat Pesakit Berlainan Jantina

Posted on Wednesday, 28 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Adakah dibenarkan bagi jururawat perempuan di hospital untuk membasuh, mengelap
mahupun memandikan pesakit lelaki dan melihat aurat mereka, apabila pesakit tersebut tidak mampu
melakukannya sendiri?

Dijawab oleh Jawatankuasa Pendiri untuk Penyelidikan Akademik & Pengeluaran Fatwa

Adalah dibenarkan bagi jururawat perempuan untuk melihat aurat pesakit lelaki apabila terdapat
keperluan, terutamanya jika tiada lelaki untu melakukan kerja tersebut. Sebagaimana firman ALLAH;

‫) سورة التغابن‬16( َ‫ق ُش َّح نَ ْف ِس ِه فَُأوْ لَِئكَ هُ ُم ْال ُم ْفلِحُون‬

َ ‫فَاتَّقُوا هَّللا َ َما ا ْستَطَ ْعتُ ْ¯م َوا ْس َمعُوا َوَأ ِطيعُوا َوَأنفِقُوا خَ يْرً ا َأِّلنفُ ِس ُك ْم َو َمن يُو‬

“Maka bertakwalah kamu kepada ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan
nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya,
Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung.”

-At-Taghabun, 16-

Namun, jika ada lelaki yang mampu untuk melakukan tugasan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk
jururawat perempuan melakukannya.

Dan ALLAH sumber segala kekuatan. Selawat & Salam atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya
dan sekalian sahabat.

Sumber : Lajnah Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah & Fatwa (26/344), http://www.islamqa.com

131
Filed under: Doktor & Pesakit, Pengamal Perubatan | 9 Comments »

Status Darah Sebelum Bersalin

Posted on Thursday, 22 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah
ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana
sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-

Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan
anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli
suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun
jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah
ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie
dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-
nawawi di dalam kitabnya :-

, ‫ الجدي¯¯د أن¯ه حيض‬: ‫فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقوالن مشهوران ق¯¯ال ص¯احب الح¯اوي والمت¯ولي والبغ¯وي وغ¯يرهم‬
‫ واتفق األصحاب على أن الصحيح أنه حيض‬, ‫ ليس بحيض‬: ‫والقديم‬

Ertinya : “Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk
dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie),
berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

“Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat
ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID” ( Al-Majmu’, 1/412)

Sekian,

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/, 1 Mei 2008

Filed under: Fisiologi Wanita, Ibadah, O & G | 2 Comments »

Berlatih Mengambil Darah Guna Pesakit

Posted on Thursday, 22 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Seorang doktor perlu belajar mengambil darah (melalui jarum) dari pesakit. Untuk mahir, dia
perlu banyak berlatih. Sebahagian pesakit kadang-kadang berada dalam koma penuh yang kronik dan
sakit mereka tiada harapan sembuh. Adakah kami berdosa jika kami berlatih dengan mengambil sedikit
darah mereka yang langsung tidak membahayakan mereka, malah memberi manfaat kepada kami?
Apakah ini dikira sebagai keperluan?

132
Jawapan:

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah tidak dibenarkan untuk mengambil darah dari pesakit untuk tujuan belajar dan berlatih,
walaupun pesakit tersebut tiada harapan sembuh, kerana ini akan membahayakan dan menyalahi
mereka. Tapi jika pesakit waras dan sedar (compos mentis) dan memberi kebenaran untuk di ambil
darahnya untuk kepentingan orang lain, maka tiada masalah berbuat demikian selagi mana tiada
mudarat ke atasnya.

Sumber : Lajnah Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah & Fatwa (70/25), http://www.islamqa.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Pelajar Perubatan | 2 Comments »

Mendapat Anak Dengan Kaedah Persenyawaan Luar Rahim

Posted on Wednesday, 21 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Sepasang suami isteri telah berusaha untuk mendapatkan anak, namun doktor memberitahu
bahwa mereka tidak mampu. Doktor memberitahu mereka bahawa ada prosedur yang membolehkan
mereka mendapat anak, tapi ia memerlukan doktor untuk mengeluarkan telur dari wanita (ovum) dan
sperma dari lelaki, kemudian disenyawakan bersama di makmal. Kemudian doktor akan menempelkan
telur yang disenyawakan ke dalam wanita tersebut. Apakah ini dibenarkan dalam Islam?

Dijawab oleh Sheikh Sulaymân al-`Îsâ, Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh

Kaedah ini adalah dibenarkan dengan syarat tiada pihak lain yang terlibat dalam prosedur tersebut
contohnya mengambil wanita lain untuk menjadi ibu tumpang dan mengandungkan bayi tersebut dalam
rahimnya. Kaedah tersebut hanya perlu melibatkan sperma suami dan telur wanita (ovum), dan
kandungan tidak boleh dikandung oleh wanita lain.

Sumber : Arkib Fatwa,http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, O & G | 4 Comments »

Belajar Ilmu Psikologi

Posted on Tuesday, 13 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apakah pandangan Islam terhadap mempelajari psikologi di universiti barat atas tujuan
mendapatkan ijazah supaya dapat bekerja sebagai psikiatri? Seseorang memberitahu saya bahawa
psikologi adalah subjek asing yang tidak wujud dalam Islam, maka ia harus dianggap sebagai subjek
sekular.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Pengetahuan atau ilmu psikologi adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian. Ia boleh jadi diterokai
oleh kedua-dua Muslim dan non-Muslim. Hal ini sama sahaja dengan cabang ilmu lain seperti bidang
sains dan perubatan. Kamu boleh belajar di negara Arab ataupun barat selagimana kamu mematuhi
Syariat Islam.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Pelajar Perubatan, Psikologi & Psikiatri | 1 Comment »

Hukum Perancangan Keluarga

133
Posted on Tuesday, 13 May, 2008 by Abul Harith

Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?

Oleh Jamaal Zarabozo

Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi
Fiqh Islam. Mereka mempunyai dua puluh tiga ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian
mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Ali al-Saaloos,
Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti, Abdullah al-Basaam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayid
Tantaawi. Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama,
Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini
semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.

Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh
ulama yang disebutkan tadi;

Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk
termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,

ً‫َولَقَ ْد َأرْ َس ْلنَا ُرسُال ِم ْن قَ ْب ِلكَ َو َج َع ْلنَا لَهُ ْم َأ ْز َواجً ا َو ُذرِّ يَّة‬

“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan
kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”

-Surah ar-Ra’d, 38-

Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin
dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim.
ALLAH berfirman,

‫ُأولَِئكَ الَّ ِذينَ هَدَى هَّللا ُ فَ ِبهُدَاهُ ُم ا ْقتَ ِد ِه‬

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”

-Surah al-An`am, 90-

Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya
hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat
harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak.
Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi
(pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun
menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda
bersabda;

“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwiniwanita.
Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”

Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan
yang subur untuk meramaikan anak. Baginda bersabda;

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai
berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”

-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-

134
Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah
menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;

( َ‫ت هّللا ِ هُ ْم يَ ْكفُ¯رُون‬ ِ َ‫ت َأفَ ِب ْالب‬

ِ ‫اط¯ ِل يُْؤ ِمنُ¯¯ونَ َو ِبنِ ْع َم‬ ِ ‫اج ُكم بَنِينَ َو َحفَ َدةً َو َرزَ قَ ُكم ِّمنَ الطَّيِّبَ¯¯ا‬
ِ ‫َوهّللا ُ َج َع َل لَ ُكم ِّم ْن َأنفُ ِس ُك ْم َأ ْز َواجً ا َو َج َع َل لَ ُكم ِّم ْن َأ ْز َو‬
‫) سورة النحل‬72

“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-
isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka
mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”

-Surah An-Nahl, 72-

ALLAH juga berfirman,

‫) سورة الكهف‬46( ‫ات خَ ْي ٌر ِعن َد َربِّكَ ثَ َوابًا َوخَ ْي ٌر َأ َماًل‬ ُ َ‫ْال َما ُل َو ْالبَنُونَ ِزينَةُ ْال َحيَا ِة ال ُّد ْنيَا َو ْالبَا ِقي‬
ُ ‫ات الصَّا ِل َح‬

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh
adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

-Surah Al-Kahfi, 46-

Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti
apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka.
ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan
samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;

ٍ َ‫وا َأوْ الَ َد ُكم ِّم ْن إ ْمال‬

‫) سورة األنعام‬151( ‫ق نَّحْ نُ نَرْ ُزقُ ُك ْم َوِإيَّاهُ ْم‬ ْ ُ‫َوالَ تَ ْقتُل‬

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi
rezeki kepadamu dan kepada mereka”

-Surah al-An’am, 151-

ALLAH juga menegaskan;

ْ ‫ق نَّحْ نُ نَرْ ُزقُهُ ْم َوِإيَّا ُكم إنَّ قَ ْتلَهُ ْم َكانَ ِخ‬

‫) سورة اإلسراء‬31( ‫ط ًءا َكبِيرً ا‬ ٍ ‫وا َأوْ ال َد ُك ْم خَ ْشيَةَ ِإ ْمال‬
ْ ُ‫َوالَ تَ ْقتُل‬

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan
memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu
dosa yang besar.”

-Surah al-Isra’, 31-

Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut
miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan
resolusi berikut;

1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan

pasangan untuk mempunyai ramai anak.
2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk
menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi
mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau
menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat

135
pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia
mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus
Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.

Sumber : www.themodernreligion.com

Filed under: Fisiologi Wanita, O & G | 23 Comments »

Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)

Posted on Tuesday, 13 May, 2008 by Abul Harith

Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti
tatoo?

Jawapan:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-
ALLAH.

Nabi bersabda :

ِ ‫ق هَّللا‬ ْ ‫ت‬
َ ‫خَل‬ ¯ِ ‫ْن ْال ُم َغي َِّرا‬
ِ ‫ت لِ ْل ُحس‬
ِ ‫ت َو ْال ُمتَفَلِّ َجا‬ َ ‫ت َو ْال ُمتَنَ ِّم‬
¯ِ ‫صا‬ ِ ‫ت َو ْال ُم ْستَوْ ِش َما‬
َ ‫ت َوالنَّا ِم‬
ِ ‫صا‬ ِ ‫لَعَنَ هَّللا ُ ْال َو‬
ِ ‫اش َما‬

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang
mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak
diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” –
(Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( ‫ أما لو احتاجت إليه لعالج أو ) المتفلجات للحسن‬, ‫ وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن‬, ‫فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن‬
‫ عيب في السن ونحوه فال بأس وهللا أعلم‬.

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu
kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan
kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah
melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia
bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah
ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan
kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

ً ‫ بل قد يكون مطلوبا ً أيضا‬،ً‫تقويم األسنان ألسباب¯ صحية جائز شرعا‬

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia
juga diperlukan”

136
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is
allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka
ia dibenarkan.

———
Rujukan Fatwa :-

1. ‫حكم تق¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ويم األس¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯نان المعوجة‬

url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/
FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711

2. ‫عملي¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ات التجمي¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ل للض¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯رورة الطبية‬

url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/
FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176

Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N

Sumber : Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Pergigian | 44 Comments »

Gugurkan Bayi Kerana Sakit & Cacat

Posted on Tuesday, 1 April, 2008 by Abul Harith

Soalan : Adakah dibenarkan untuk menggugurkan bayi atas perkiraan dia mengalami penyakit genetik
atau pun cacat kekal apabila lahir? Bagaimanakah hal ini boleh ditentukan?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian
makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan
andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan
kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).

Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk
menentukan hal tersebut.

Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim
Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: O & G, Pediatrik, Prosedur Perubatan | 62 Comments »

Pembedahan Pembesaran Payudara

Posted on Tuesday, 1 April, 2008 by Abul Harith

137
Soalan : Saya ada soalan berkenaan pembedahan kosmetik. Ketika kecil, saya ada masalah kesihatan
yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Hasilnya, payudara saya tidak membesar. Semua
kakak dan sepupu saya mempunyai payudara yang normal, tapi saya cuma mempunyai payudara
seperti budak kecil, bukannya seorang wanita. Jika saya tiada masalah kesihatan ini, payudara saya
sepatutnya normal. Adakah dibenarkan untuk saya menjalani pembedahan kosmetik untuk membaiki
bentuk dan saiz payudara saya supaya kelihatan normal? Perlu dinyatakan bahawa saya tidak merasa
seperti seorang wanita kerana payudara saya dan ia menyebabkan tekanan emosi.

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika payudara seorang wanita bukan semulajadi menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana
ketidakseimbangan hormon, dia boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara
selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya. Hal ini perlu dipastikan
dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan.

Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan
keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz asalnya.

Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia
mengubah ciptaan ALLAH lantaran mengikut tanggapan jahil tentang kecantikan.

Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:

ِ ‫ال َأَلتَّ ِخ َذنَّ ِم ْن ِعبَا ِدكَ ن‬

)118( ‫َصيبًا َّم ْفرُوضً ا‬ َ َ‫لَّ َعنَهُ هّللا ُ َوق‬ 

ِ ‫ُون هّللا ِ فَقَ¯ ْد‬

‫خَس¯ َر ُخ ْس¯ َرانًا‬ َ ¯‫ضلَّنَّهُ ْم َوُأل َمنِّيَنَّهُ ْم َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُبَتِّ ُكنَّ آ َذانَ اَأل ْن َع ِام َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّ ُرنَّ خَ ْل‬
َّ ‫ق هّللا ِ َو َمن يَتَّ ِخ¯ ِذ‬
ِ ‫الش¯ ْيطَانَ َو ِليًّ¯ا ِّمن د‬ ِ ‫َوُأل‬
‫) سورة النساء‬119( ‫ُّم ِبينًا‬

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-
hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan
menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh
mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan
aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa
yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang
nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga
tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul
ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi
atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

[Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Wanita, Pembedahan | 9 Comments »

Memutihkan Gigi

Posted on Tuesday, 1 April, 2008 by Abul Harith

138
Soalan : Adakah diizinkan berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi, dengan makna doktor gigi
tersebut menggunakan bahan kimia untuk menjadikan gigi putih kembali selepas ianya bertukar warna
kerana lalai menjaganya? Adakah ianya dikira mengubah ciptaan ALLAH?

Dijawab oleh Sheikh Husayn al-Jabûrî, Professor di Universiti Umm al-Qurâ

Adalah diizinkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi. Ini bukanlah satu perbuatan
mengubah ciptaan ALLAH. Kamu hanya mengembalikan gigi kamu kepada keadaannya yang asal
dengan menghilangkan kotoran asing yang terdapat padanya.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

Filed under: Pergigian | 8 Comments »

Belajar Tentang Pengguguran & Penyakit Kelamin

Posted on Sunday, 30 March, 2008 by Abul Harith

Soalan : Satu artikel dikeluarkan Times UK baru-baru ini berkenaan menghadkan pengambilan pelajar
perubatan Islam kerana bantahan mereka untuk belajar tentang pengguguran dan penyakit kelamin.
Artikel tersebut menyatakan, “Kebanyakan pelajar membantah pengguguran, di samping yang lain
menolak untuk merawat penyakit kelamin kerana itu adalah balasan kepada maksiat.”

Satu kumpulan pelajar perubatan di Manchester University sedang berusaha untuk menyanggah salah
tanggapan di sebalik pandangan ini. Saya harap anda dapat mengeluarkan kenyataan pendek tentang
keharusan belajar pengguguran (sebab ia dibenarkan jika nyawa si ibu dalam bahaya) dan juga tentang
belajar & merawat penyakit kelamin.

Dijawab oleh Shaykh Muhammad ibn Adam al-Kawthari, ulama Mazhab Hanafi.

Pengguguran dan menamatkan kandungan biasanya tidak diizinkan malahan bertentangan dengan
ajaran Syariah. Namun, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yang mendesak seperti meneruskan
kandungan  yang boleh membahayakan nyawa si ibu.

Sama juga, untuk melaksanakan prosedur ini ke atas orang lain juga haram, sebagaimana apa yang
haram bagi seseorang juga akan menjadi haram untuk dilakukan kepada orang lain.

ِ ‫اإلث ِم َو ْال ُع ْد َو‬

‫ان‬ ْ ‫اونُوا َعلَى‬
َ ‫اونُوا َعلَى ْال ِبرِّ َوالتَّ ْق َوى َوال تَ َع‬
َ ‫َوتَ َع‬

ALLAH Taa’la berfirman, “Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam melakukan kebajikan dan
taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”

-Al-Maidah, 2-

Walaubagaimanapun, menuntut ilmu mengenai prosedur pengguguran adalah dibenarkan, kerana

terdapat juga keadaan apabila pengguguran menjadi dibenarkan. Begitu juga sangat diizinkan untuk
belajar tentang penyakit kelamin, dan untuk menyatakan ianya balasan kerana maksiat adalah tidak
tepat. Seseorang boleh bertaubat dari dosanya dan menjadi disayangi pada pandangan Yang Maha
Kuasa. Selain itu, tidak semua penyakit kelamin berlaku kerana dosa atau maksiat.

ALLAH mengetahui yang terbaik.

* penyakit kelamin ialah STD (sexually transmitted disease) seperti Syphilis, Gonorrhea & HIV

139
Sumber : disunting dan dialihbahasa dari www.themodernreligion.com

Filed under: O & G, Pelajar Perubatan, Penyakit & Wabak, Prosedur Perubatan | 2 Comments »

Darurat Berubat dengan Bahan Haram

Posted on Sunday, 30 March, 2008 by Abul Harith

Darurat dalam berubat, berlaku apabila terhalang kesembuhan sesuatu penyakit melainkan berubat
dengan bahan-bahan yang diharamkan. Dalam hal ini para ulama fiqh berbeza pendapat. Ada antara
mereka ada yang berpendapat berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat mendesak seperti
halnya makan ketika kebuluran.

Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang mengatakan, “Sesungguhnya ALLAH tidak
menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang DIA haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sementara itu, ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga
dianggap berubat dengan bahan haram apabila darurat itu sama seperti makan yang haram ketika
kebuluran, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan untuk kelangsungan
hidup.

Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan yang haram apabila berubat kerana
terdesak, ialah hadith Nabi yang berhubung dengan kebenaran baginda untuk memakai sutera kepada
Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam lantaran penyakit yang dideritai oleh kedua-
duanya, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah dilarang dan diancam.

Jika dilihat, pendapat yang kedua lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi
kehidupan manusia dalam seluruh Syariat dan suruhannya. Tetapi kebenaran (rukhsah) dalam
menggunakan ubat yang haram itu harus mengikut syarat-syarat berikut:

1.      Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat dengannya.

2.      Tiada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.

3.      Adanya suatu perakuan dari seorang doktor muslim yang dipercayai dan amanah dalam
pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).

Kami katakan demikian sesuai dengan apa yang kami ketahui, dari realiti yang ada dari hasil
penyelidikan doktor-doktor yang dipercayai, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan
barang-barang yang haram seperti ubat. Tetapi kami menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar
ikhtiyat’ (bersiap sedia dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap Muslim, yang
berkemungkinan dia berada di suatu tempat yang tiada  ubat di situ kecuali yang haram.

Sumber : dialihbahasa dan disunting dari e-mail. 

* Pihak Fiqh Medic telah berusaha sedaya upaya menyunting artikel ini agar menepati anjuran
Syariat Islam dalam isu ini. Terdapat kesulitan untuk meperolehi sumber sebenar. Wa biLLAHi Taufiq,
WaLLAHu a’lam.

Filed under: Ubat-ubatan | 3 Comments »

Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Wanita dan Kelahiran

Posted on Wednesday, 30 January, 2008 by Abul Harith

1. Mengazankan bayi

140
Soalan: Apa yang harus diucapkan selepas bayi dilahirkan?

Jawapan: Hendaklah dilaungkan azan pada telinga kanannya seperti azan untuk Solat, sebagaimana
yang dilakukan Nabi s.aw. ketika Hasan anak Fatimah dilahirkan, agar kalimat pertama yang masuk ke
telinganya adalah kalimat takbir dan tauhid.

2. Solat Jenazah bagi Bayi Gugur

Soalan: Adakah bayi yang gugur wajib disolatkan?

Jawapan: Bayi yang gugur tidak perlu disolatkan kecuali jika dia lahir dalam keadaan hidup, meskipun
hanya beberapa minit.

3. Hukum Menggugurkan Kandungan

Soalan: Sebahagian orang beranggapan bahawa menggugurkan kandungan dibolehkan asalkan janin
belum berusia tiga bulan. Apakah pendapat ini benar? Apa yang harus dilakukan oleh orang yang
membantu menggugurkan kandungan yang belum berusia tiga bulan, jika pada waktu itu dia belum
mengetahui hukumnya? Adakah dia harus membayar kafarat pembunuhan satu nyawa kerana
perbuatannya itu?

Jawapan: Pada dasarnya -menurut pendapat yang saya pandang kuat- menggugurkan kandungan tidak
dibolehkan kecuali kerana uzur. Apabila dilakukan sebelum kandungan berusia empat puluh hari, maka
hal itu masih ringan, lebih-lebih jika uzur, maka alasannya kuat. Adapun setelah kandungan berusia
lebih dari empat puluh hari yang ketiga (iaitu 120 hari) maka tidak boleh digugurkan sama sekali.

4. Hukum Memasang Alat Cegah Hamil

Soalan: Bagaimana hukum memasang alat-alat kontrasepsi pada wanita dan lelaki untuk mencegah
kehamilan, baik terhadap Muslim mahupun terhadap non-Muslim?

Jawapan: Tidak boleh, kerana hal itu sama seperti mengubah ciptaan ALLAH, serta termasuk
perbuatan dan hiasan syaitan. Kecuali dalam keadaan sangat darurat, misalnya jika kehamilan
membahayakan si ibu, sedangkan cara pencegahan lain tidak ada. Maka hal ini merupakan darurat
kepada individu yang jarang terjadi, dan diukur dengan kadarnya, serta tidak boleh dijadikan kaedah
atau amalan umum.

Sumber : disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’siroh oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi

Filed under: Ibadah, O & G, Prosedur Perubatan | 63 Comments »

Derma Organ Kepada Non-Muslim

Posted on Wednesday, 23 January, 2008 by Abul Harith

Adakah dibenarkan untuk seorang Muslim menderma organ kepada non-Muslim demi
menyelamatkan nyawanya?

Islam membawa mesej universal dengan cinta, kasih sayang dan mengambil berat terhadap semua
penghuni dunia ini. Oleh sebab itu, maka dibenarkan seorang Muslim untuk menderma organ kepada
non-Muslim ketika mereka memerlukannya. Pastinya, keutamaan diberikan kepada penerima Muslim
jika si penderma itu diberi pilihan.

Berikut adalah respon dari Sheikh Yusuf al-Qaradawi;

141
Menderma organ samalah seperti memberi sedekah dari sudut ianya dibenarkan kepada Muslim
mahupun non-Muslim. Bagaimanapun, tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera non-Muslim
yang memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam. Begitu juga tidak
dibenarkan menderma kepada seorang yang Murtad kerana dia tiada apa melainkan seorang
pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya.

Namun, jika terdapat Muslim dan non-Muslim yang kedua-duanya memerlukan derma organ atau
darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan sebagaimana firman ALLAH s.w.t. di dalam al-
Quran;

ٍ ‫ضهُ ْم َأوْ لِيَاء بَع‬

‫ْض‬ ُ ‫َو ْال ُمْؤ ِمنُونَ َو ْال ُمْؤ ِمن‬
ُ ‫َات بَ ْع‬

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain” (At-Taubah, 71)

Di sini kami ingin jelaskan bahawa seorang Muslim itu dikira memilih kesesatan dan berdosa jika dia
menggunakan anugerah mulia (anggota badan) yang diberikan dengan mengingkari ALLAH dan
memudaratkan saudaranya yang lain.

Begitu juga, jika tumpuan seseorang itu kepada saudara atau jirannya, dia telah mengambil keputusan
yang mulia kerana ikatan kemanusiaan atau hubungan kejiranan. ALLAH berfirman;

ِ ‫ب هّللا‬ ٍ ‫ضهُ ْم َأوْ لَى ِببَع‬

ِ ‫ْض فِي ِكتَا‬ ْ ُ‫َوُأوْ ل‬
ُ ‫وا اَألرْ َح ِام بَ ْع‬

“Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya
(daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab ALLAH.” (Surah al-Anfal, 75)

Adalah amat terpuji bagi seorang yang dapat menderma organnya kepada orang tertentu, atau untuk
pembangunan seperti bank yang khusus untuk tujuan tersebut (seperti bank darah dan bank tisu)

Sumber : dialihbahasa dari Bank Fatwa, http://www.islamonline.net

Filed under: Transplan Organ | 11 Comments »

Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Pengamal Perubatan

Posted on Wednesday, 16 January, 2008 by Abul Harith

1. Solat dengan Darah Pada Pakaian

Soalan: Bolehkah menunaikan solat walaupun terdapat darah pada pakaian?

Jawapan: Boleh, apabila darahnya hanya sedikit, atau sukar dibersihkan, kerana menurut kaedah fiqh:
“segala sesuatu yang sulit dipelihara, maka ia dimaafkan.”

2. Solat dengan Tidak Pasti Kiblat

Soalan: Bolehkah melakukan solat jika sukar mencari arah kiblat?

Jawapan: Apabila dia telah berusaha mencarinya tetapi belum juga dapat mengetahui arah kiblat, atau
yang mendekatinya, maka bolehlah ia menghadap ke arah mana saja.

:Dalam hal ini Allah berfirman

ِ ‫وا فَثَ َّم َوجْ هُ هّللا ِ ِإنَّ هّللا َ َو‬

‫اس ٌع َعلِي ٌم‬ ْ ُّ‫ق َو ْال َم ْغ ِربُ فََأ ْينَ َما تُ َول‬
ُ ‫َوهّلِل ِ ْال َم ْش ِر‬

142
            “Dan kepunyaan ALLAH-lah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap, disitulah
wajah ALLAH …” (al-Baqarah: 115)

3. Jama’ Solat Ketika Sibuk

Soalan: Bagaimana hukum menjama’ solat apabila seorang doktor sangat sibuk contohnya ketika
menghadapi persalinan bayi (baby delivery)?

Jawapan: Dia boleh menjama’ solat Zuhur dengan `Asar, atau solat Maghrib dengan solat Isya’, sama
ada dengan Jama’ Taqdim mahupun Jama’ Ta’khir, mana-mana yang dianggap mudah baginya, iaitu
dengan Jama’ saja tanpa diQashar. Yang membolehkan Jama’ kerana uzur adalah mazhab Imam
Ahmad, berdasarkan hadis Ibnu Abbas dalam kitab sahih (Muslim) .

4. Mengusap Kasut

Soalan: Bagaimana hukum mengusap kasut?

Jawapan: Enam belas orang sahabat Nabi s.a.w. membolehkan mengusap kasut dengan syarat pada
waktu memakainya harus dalam keadaan suci. Orang yang bermukim (menetap di kampung halaman)
boleh mengusap sarung kaki selama semalam, dan bagi musafir selama tiga hari tiga malam.

5. Mandi Jinabat Jika Tiada Tempat Mandi

Soalan: Bagaimana cara mandi jinabat apabila terdapat air tetapi tidak dijumpai tempat untuk mandi,
contohnya selepas bersalin?

Jawapan: Dalam keadaan seperti ini air dianggap tidak ada menurut hukum, meskipun sebenarnya ada,
sebab yang dijadikan sebab ialah dapat kemampuan kita menggunakannya. Sedangkan dalam situasi
seperti ini kemampuan untuk menggunakannya tidak ada. Oleh kerana itu bolehlah ia bertayamum.

6. Solat di Tepi Pancuran Air

Soalan: Bolehkah melakukan solat di sekitar pancuran air jika hanya tempat itu satu-satunya tempat
yang sesuai, khususnya di negara-negara Barat?

Jawapan: Keadaan darurat mempunyai hukum tersendiri. Dalam suatu hadis RasuluLLAH s.a.w.
bersabda: “Dan Bumi itu dijadikan untukku sebagai tempat sujud (tempat solat).” [HR Bukhari dalam
"ash-Shalah," juz 1, hlm. 533, hadis nombor 438; dan Muslim dal "al-Masajid," juz 1, him.370, hadis
nombor 521 dan 522.]

7. Bersentuh dengan Doktor Wanita

Soalan: Adakah bersentuhan dengan perawat atau doktor perempuan sebagaimana yang biasa terjadi
membatalkan wudhu, lebih-lebih jika wanita itu non-Muslim?

Jawapan: Menurut pendapat yang rajih (kuat), bersentuhan dengan wanita tanpa syahwat tidaklah
membatalkan wudhu.

8. Ketua dan Teman Minum Arak

Soalan: Apa yang harus dilakukan oleh doktor Muslim apabila dia melihat temannya atau pengarahnya
menghisap/meminum benda-benda yang memabukkan?

Jawapan: Menggunakan langkah yang paling bijaksana dan paling lemah-lembut untuk
menghilangkan kemunkaran tersebut, menurut kemampuannya, dan hendaklah dia menganggap dirinya

143
sedang menghadapi pesakit yang menderita penyakit tertentu. Di samping itu, hendaklah dia meminta
tolong daripada mereka yang layak agar dapat menangani masalah tersebut secara bijaksana.

9. Perihal Aurat Pesakit

Soalan: Apa yang menjadi kewajipan kita dalam menghadapi masalah pendedahan aurat orang sakit
dan anggota tubuhnya yang terbuka walaupun bukan dalam keadaan darurat, apakah anjuran kita
kepadanya?

Jawapan: Ini merupakan sesuatu yang wajib diberitahu dan disebarluaskan agar setiap Muslimah
mengetahui dan melaksanakan mana yang lebih positif, kecuali dalam keadaan darurat.
Walaubagaimanapun, kebolehan kerana darurat haruslah diukur dengan kadar daruratnya.

10. Guna Alkohol

Soalan: Bagaimana hukum menggunakan alkohol yang bersih untuk kulit?

Jawapan: Tidak apa-apa, ia bukan khamar (arak) yang diharamkan, kerana khamar sengaja diproses
untuk diminum. Dalam hal ini ada fuqaha yang menganggap najisnya khamar adalah najis
maknawiyah, bukan najis hissiyyah (menurut panca indera), dan ini merupakan pendapat Rabi’ah (guru
Imam Malik) dan lain-lainnya. Dalam hal ini, Lembaga Fatwa di al-Azhar sejak dulu memperbolehkan
penggunaan alkohol untuk kepentingan tersebut. Adapun Sayid Rasyid Ridha mempunyai fatwa yang
terperinci dan persoalan tentang kebolehannya. Silalah kaji fatwa-fatwa beliau.

Sumber: disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’sirah Mua’sirah Jilid ke-II oleh Prof. Dr. Yusuf
al-Qardhawi

Filed under: Doktor & Pesakit, Ibadah, Pengamal Perubatan, Prosedur Perubatan, Thaharah | 1
Comment »

Pemeriksaan Bahagian Sulit

Posted on Wednesday, 16 January, 2008 by Abul Harith

Soalan: Adakah dibenarkan seorang doktor untuk melihat kawasan sulit pesakit ketika
pemeriksaan kesihatan.

Dijawab oleh Sheikh Ahmad al-Qubaysî

Doktor dibolehkan melihat bahagian badan yang dia perlu lihat demi menjalankan pemeriksaan
kesihatan. Dalam kes yang teruk dan ianya menjadi suatu keperluan, maka dibenarkan bagi doktor
melihat bahagian sulit pesakit yang perlu untuk diperiksa.

Tempoh masa dan kawasan bahagian sulit yang diperlukan untuk terdedah adalah sama kadar dan
caranya sepertimana seseorang itu menanggalkan pakaian di bilik air untuk keperluan peribadinya.

WaLLAHu A’lam, ALAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari http://islamtoday.com

Filed under: Doktor & Pesakit, Prosedur Perubatan | 3 Comments »

Tiada Dara Malam Pertama

Posted on Wednesday, 16 January, 2008 by Abul Harith

144
Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam
perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam
tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus
perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga
sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil
atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika
dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian. Apatah lagi
mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian
perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.

Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.

Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang
wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.

ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;

ُ ‫ب بِ َما َحفِظَ هّللا‬

ِ ‫ات لِّ ْل َغ ْي‬
ٌ َ‫َات َحافِظ‬
ٌ ‫ات قَانِت‬
ُ ‫فَالصَّالِ َح‬

“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak
ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”

(Sûrah al-Nisâ’: 34)

Sumber : dialihbahasa dari http://islamtoday.com

Filed under: Fisiologi Wanita, Seksual | 7 Comments »

Derma Darah

Posted on Wednesday, 16 January, 2008 by Abul Harith

Diantara hal paling utama yang diberikan oleh keluarga atau sahabat kepada si sakit ialah
mendermakan darah untuknya bila diperlukan ketika ia menjalani pembedahan, atau untuk
membantu dan mengganti darah yang dikeluarkannya.

Ini merupakan pengorbanan yang paling besar dan sedekah yang paling utama, sebab memberikan
darah pada saat seperti itu kedudukannya sama dengan menyelamatkan hidupnya, dan Al-Qur’an telah
menetapkan dalam menjelaskan nilai jiwa manusia:

‫اس َج ِميعً¯ا َو َم ْن َأحْ يَاهَ¯ا فَ َكَأنَّ َم¯ا َأحْ يَ¯ا‬ َ ‫ض فَ َكَأنَّ َم¯̄ا قَت‬
َ َّ‫َ¯ل الن‬ ِ ْ‫س َأوْ فَ َس¯ا ٍد ِفي اَألر‬ ِ ‫يل َأنَّهُ َمن قَت ََل نَ ْفسًا ِب َغي‬
ٍ ‫ْ¯ر نَ ْف‬ َ ‫ِم ْن َأجْ ِل َذ ِلكَ َكتَ ْبنَا َعلَى بَ ِني ِإس َْراِئ‬
‫اس َج ِميعًا‬ َ َّ ‫ن‬‫ال‬

“… bahawa barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang
lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh
manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah
dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya …” (al-Ma’idah: 32)

Apabila bersedekah dengan harta memiliki kedudukan yang demikian tinggi dalam agama dan
mendapat pahala yang demikian besar di sisi ALLAH (sehingga Allah Ta’ala menerimanya dengan

145
tangan kanan-NYA dan melipatgandakannya hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan entah sampai
berapa kali ganda menurut yang dikehendaki ALLAH), maka mendermakan darah lebih tinggi
kedudukannya dan lebih besar lagi pahalanya. Kerana orang yang mendermakan darah menjadi sebab
kehidupan, dan darah juga merupakan sebahagian dari manusia, sedangkan manusia jauh lebih mahal
daripada harta. Selain itu, orang yang mendermakan darahnya seakan-akan menyumbangkan
sebahagian material jasadnya kepada saudaranya kerana cinta dan kerana mengalah.

Disisi lain, bentuk amal soleh yang memiliki nilai lebih tinggi lagi dari nilai tersebut ialah memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan dan menghilangkan kesusahan orang yang
dilanda kesusahan. Ini merupakan kelebihan lain yang menambah pahala di sisi ALLAH Ta’ala. Dalam
suatu hadis RasuluLLAH saw. bersabda:

            “Sesungguhnya Allah mencintai perbuatan memberi pertolongan kepada orang yang
memerlukan pertolongan.” (HR Abu Ya la, ad-Dailami, dan Ibnu Asakir dari Anas)”[1]

Di dalam kitab sahih juga diriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

            “Barangsiapa yang menghilangkan dari seorang Muslim suatu kesusahan dari kesusahan-
kesusahan dunia, maka ALLAH akan menghilangkan dari orang itu suatu kesusahan dari kesusahan-
kesusahan pada hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar)”[2]

Bahkan terdapat hadis sahih dari RasuluLLAH s.a.w. bahawa menolong binatang yang memerlukan
makanan atau minuman itu juga mendapat pahala yang besar di sisi Allah, sebagaimana disebutkan
dalam hadis yang menceritakan tentang seorang yang memberi minum anjing yang sedang kehausan.
Anjing itu didapati menjulurkan lidahnya menjilati tanah kerana sangat haus, maka orang itu
mengambil air dari telaga dengan kasutunya dan digigitnya kasut itu dengan giginya kemudian diberi
minum kepada anjing tersebut hingga puas. Nabi s.a.w. bersabda, “Maka ALLAH berterima kasih
kepadanya dan mengampuni dosanya.” Lalu para sahabat bertanya kehairanan, “Wahai Rasulullah,
apakah kami mendapatkan pahala dalam menolong binatang?” Beliau menjawab:

            “Benar, (berbuat baik) kepada tiap-tiap (sesuatu yang memiliki) jantung yang basah (makhluk
hidup) itu berpahala.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)”[3]

Nampaknya para sahabat beranggapan bahawa berbuat baik kepada makhluk (binatang) ini tidak
mendapat pahala di sisi ALLAH dan bahawa ad-Din tidak memperhatikannya. Maka RasuluLLAH
s.a.w. menjelaskan kepada mereka bahawa berbuat baik kepada makhluk hidup yang mana pun akan
mendapat pahala, meskipun berupa binatang seperti anjing. Maka bagaimana lagi berbuat baik kepada
manusia? Apatah lagi terhadap manusia yang beriman?

Mendermakan darah itu menberikan pahala yang besar secara umum, dan bersedekah kepada kerabat
akan digandakan pahalanya secara khusus, kerana yang demikian itu akan memperkuat hubungan
kekerabatan dan mengukuhkan jalinan kekeluargaan. Dalam hal ini RasuluLLAH s.a.w. bersabda;

            “Bersedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah; sedangkan kepada
keluarga itu mendapatkan dua pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung kekeluargaan.”
(HR Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim dari Salman bin Amir)”[4]

Pahala menyumbangkan darah ini lebih berlipat ganda apabila pada asalnya hubungan antara
penyumbang dan pesakit tidak harmoni, mengikut pujukan Syaitan yang menyalakan api permusuhan
dan pertentangan di antara mereka. Apabila salah seorang dari mereka berhasil mengalahkan nafsu dan
Syaitannya, lalu menyingkirkan dan membuang sikap yang tercela menurut pandangan ALLAH dan
pandangan manusia ini, lantas ia menyumbangkan harta atau darahnya kepada kerabat yang
memerlukannya (yang sebelumnya bermusuhan dengannya), maka tindakan demikian dinilai oleh
RasuluLLAH s.a.w. sebagai sedekah yang paling utama bila dinisbatkan kepada siapa yang diberi
sedekah. Beliau bersabda:

            “Sedekah yang paling utama ialah kepada keluarga yang memusuhi (al-kaasyih).” (HR Ahmad
dan Thabrani dari Abi Ayyub dan Hakim bin Hizam)”[5]

146
Yang dimaksud dengan dzir-rahmi al-kaasyih (keluarga yang memusuhi) ialah yang menyembunyikan
rasa permusuhan dalam hati, tidak terang-terangan, dan tidak cinta kepada kerabatnya.

______________________________________

Nota kaki:

1. Faidhul-Qadar, juz 2, hlm. 287.

2. Al-Lu’lu’ wa-Marjan, hadis nombor 1667.

3. Al-Lu’lu’ wa-Marjan, hadis nombor 1447.

4. Dihasankan oleh Tirmidzi, disahkan oleh Hakim, dan disetujui oleh Dzahabi, sebagaimana
diterangkan dalam Faidhul-Qadir, karya Imam Munawi, juz 4, hlm. 237.

5. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Tirmidzi, dan Bukhari dalam al-Adabul-Mufrad dari Abi Sa’id,
dan diriwayatkan oleh Thabrani dan Hakim dari Ummu Kultsum bind ‘Uqbah, serta disahkan oleh
Hakim menurut syarat Muslim dan disetujui Dzahabi (Faidhul-Qadir, juz 2, hlm. 38).

Sumber: disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’sirah Mua’sirah oleh Prof. Dr. Yusuf al-
Qardhawi

Filed under: Prosedur Perubatan | Leave a Comment »

Hukum Lelaki Pakai Gelang Untuk Perubatan?

Posted on Tuesday, 15 January, 2008 by Abul Harith

Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang
mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat
Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang
memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan,
Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu
dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak
akan berjaya selama-lamanya.” (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam
Musnadnya)

Jawapan:

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak 

Hadith yang  saudara maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga
Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah: 

،‫ انزعها فإنها ال تزي¯¯دك إال وهنً¯¯ا‬:‫ قال‬،‫ من الواهنة‬:‫ ما هذه? قال‬:‫ رأى رجال في يده حلقة من صفر فقال‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫أن النبي‬
‫فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا‬

Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada
gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada
al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan
kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu
tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-
Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.

147
Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada
al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (‫ )الحسن‬benar-
benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (‫ )عمران بن حسين‬ataupun tidak. Demikian juga di dalam
hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (‫)مبارك بن فضالة‬, ia juga diperselisihkan di
kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan
hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita
untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang
betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram
seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan  menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah
bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun
dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya
untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-
Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab
dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada
kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

(Sila lihat di sini:

http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?
view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32&sectionid=2)

Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman
islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka
bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab)
larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat
larangan menggantungnya.

(Sila lihat:  http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith
tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan
gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan
memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-
Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit
samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh
bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah
disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat
semata.

Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan
seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau
seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan
yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.

Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:

1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.

2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu,
Habbah al-Sauda dan seumpamanya.
3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman
mengunakannya.

148
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan
harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan
pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai
dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang
tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas
syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn
Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang
penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-
Wahinah (‫)خرز الواهنة‬

Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk
berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu
bahan hasil dari penemuan saintifik.  Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu
khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur
perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi
manfaat kepada manusia.

Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas)
membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada
beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik
yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang
pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang
dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih
baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari
buruk sangka orang ramai.

Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-
online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan
perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika
terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun
jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam
kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

(Sila lihat soalan 11:

 http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)

Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi
lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah
tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (‫ )الدملج‬dan gelang (
‫ )السوار‬dan kalung (‫ )الطوق‬dan mahkota (‫)التاج‬. Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan
harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak
melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam
bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)

Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-
Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan
riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak
seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang
mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota
lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang
lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak
thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai
wanita.

(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/)

Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:

149
1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan
individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk
kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang,
sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata
tangkal.

Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan
yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam
penggunaannya.

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=2

Sumber : http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Alat Perubatan | 9 Comments »

Pembedahan Kosmetik

Posted on Monday, 14 January, 2008 by Abul Harith

Soalan : Sila jelaskan sejauh manakah pembedahan kosmetik diizinkan dalam Islam?

Jawapan: Pembedahan kosmetik dibenarkan untuk memulihkan kecacatan atau mengembalikan wajah
fizikal seseorang kepada normal selepas kemalangan. Diizinkan juga bagi individu untuk mengubah
bentuk fizikal apabila wujud kecacatan semulajadi atau kekurangan selepas kemalangan.

Adalah tidak diizinkan untuk mengubah bentuk fizikal sesorang yang normal demi kelihatan lebih
menarik kerana cenderung untuk cantik semata-mata. Dalam al-Quran, ALLAH berfirman bahawa
Syaitan akan membawa manusia menjadi kufur (menyimpang dari jalan yang lurus) dan cara
memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH.

ِ ‫ال َأَلتَّ ِخ َذنَّ ِم ْن ِعبَا ِدكَ ن‬

)118( ‫َصيبًا َّم ْفرُوضً ا‬ َ َ‫لَّ َعنَهُ هّللا ُ َوق‬

ِ ‫ُون هّللا ِ فَقَ¯ ْد‬

‫خَس¯ َر ُخ ْس¯ َرانًا‬ َ ¯‫ضلَّنَّهُ ْم َوُأل َمنِّيَنَّهُ ْم َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُبَتِّ ُكنَّ آ َذانَ اَأل ْن َع ِام َوآل ُم َرنَّهُ ْم فَلَيُ َغيِّ ُرنَّ خَ ْل‬
َّ ‫ق هّللا ِ َو َمن يَتَّ ِخ¯ ِذ‬
ِ ‫الش¯ ْيطَانَ َولِيًّ¯ا ِّمن د‬ ِ ‫َوُأل‬
‫) سورة النساء‬119( ‫ُّمبِينًا‬

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-
hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan
menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh
mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan
aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa
yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang
nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Dijawab oleh Jawatankuasa Penyelidik Jabatan Fatwa, dipengerusi oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-
Turayrî

Sumber: ditarjamah dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Filed under: Pembedahan | 3 Comments »

Hukum Ubat Mengandungi Alkohol

150
Posted on Monday, 14 January, 2008 by Abul Harith

Apakah hukum ubat-ubatan yang mengandungi Alkohol?

Nadwah Fiqh Perubatan Islam ke 8, anjuran Pertubuhan Ilmu-ilmu Perubatan Islam yang berlangsung
di Kota Kuwait dari 22-24 Mei, 1995 merumuskan:

Alkohol tidak najis dari segi syara’. Maka tidak menjadi kesalahan menggunakan alkohol dari sudut
perubatan sebagai bahan pencuci (antiseptic) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh
kuman. Ia tiada kaitan denganarak.

Resolusi # 11, Majlis Akademi Fiqh, Jeddah, KSA, dalam mesyuarat kali ke 3, 1986 memutuskan:
“Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi alkohol dalam kuantiti yg
tertentu jika tidak didapati ubat-ubatan lain yang bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor yang
dipercayai lagi amanah.”

Sumber : disunting dari Forum di http://al-ahkam.net

Filed under: Ubat-ubatan | Leave a Comment »

Hukum Kahwin Khunsa

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Hukum perkahwinan khunsa. Adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau
perempuan?

Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan terlebih berdasarkan
fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status
mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormon
dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh
melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.

Sumber : disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Fisiologi Lelaki, Fisiologi Wanita, Seksual | 27 Comments »

Solat Bagi Yang Tak Mampu Berwudhu dan Tayammum

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Penulis kitab Zaad al-Mustaqni’ berkata: “Atau ketiadaan air dan tanah, hendaklah dia solat
dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.”  

Syarah dari al-Syeikh Dr. Muhammad Mukhtar al-Syanqiti: 

Sebahagian ulama berkata: (Dalam keadaan di atas) hendaklah dia solat dan mengulangi solatnya,
sebahagian yang lain berkata: dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain
pula berkata: Dia solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain berkata: Dia qadhakan
solatnya dan tidak perlu solat (ketika itu). Persoalan ini dinamakan sebagai “Masalah Faqid al-
Tohurain – orang yang kehilangan dua cara bersuci”. Sebagai contoh: seorang yang dikurung di dalam
satu bilik dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat, dia tidak mampu untuk berwudhu dan

151
bertayammum. Persoalan ini dinamakan masaalah orang yang hilang dua cara bersuci, samaada secara
hakikat seperti seseorang berada ditempat yang tidak ada air dan tanah, contohnya di dalam kapal
terbang dan tidak ada di dalamnya apa-apa yang boleh dibuat tayammum iaitu tidak ada sesuatu dari
jenis permukaan bumi, sedangkan waktu solat semangkin sempit, dimana jika dia menunggu hingga
kapal terbang mendarat, waktu solat akan habis.
 
Maka pendapat yang pertama: Dia tidak perlu solat, sebaliknya dia perlu menunggu sehingga
memperolehi air atau memungkinkan dia menggunakan air dan dia ulangi solat yang tidak
dikerjakannya itu. Ini kerana solat mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu atau bertayammum,
inilah dalil mereka, mereka berkata: Dia tidak perlu solat, sebaliknya perlu ulangi waktu yang dia
tinggalkan itu sahaja. Walaupun keadaan itu berterusan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu
atau beberapa bulan, kerana Allah mengarahkan solat dalam samaada keadaan berwudhu atau mandi
atau bertayammum, sebaliknya dia tidak boleh berwudhu, tidak mandi dan tidak tayammum, maka
orang sebegini tidak sah untuk dia solat dan tidak boleh diminta menunaikan solat di dalam waktunya
kerana dia (ketika itu) bukan orang yang dituntut (mukallaf) menunaikan solat, lalau dilewatkan hukum
(kewajian solat) ke atasnya sehingga dia mampu menggunakan (air atau tayammum) atau sehingga ada
(air atau tanah utk bersuci). Inilah pendapat yang pertama, iaitu dia tidak perlu solat dan hanya perlu
ulang.

Pendapat yang kedua: Dia hendaklah solat (ketika itu) dan tidak perlu mengulangi solatnya. Ulama
yang berpendapat sebegini melihat kepada keumuman syariat dan keringanannya, contohnya firman
Allah swt: (maksudnya) “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.” (al-
Taghabun:16), “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya.” (al-
Baqarah:286), dan firman Allah: “Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu
kesusahan.” (al-Maidah:6), para ulama ini berkata: Orang yang tidak boleh berwudhu dan
bertayammum, tetapi waktu solat sudah masuk, ini bermakna sasaran suruhan telah diarahkan
kepadanya dengan kesepakatan, dia dituntut menunaikan solat, bukan wudhu, mandi dan bukan juga
tayammum, sebaliknya kemampuan dia menunaikan solat. Golongan ulama ini membahagi-bahagikan
perkara yang disuruh. (Maka orang yang berada dalam permasaalahan di atas) dia tidak mendapati
bahan untuk bersuci, akan tetapi dia berkemampuan menunaikan solat, maka kita suruh dia
menunaikan solat, kerana dia sebahagian dari perkara yang diarahkan (oleh Allah). Disamping ada
kemampuannya menunaikan solat dan gugur daripadanya kewajipan berwudhu, mandi atau tayammum
disebabkan tidak mampu berwudhu, mandi atau bertayammum. Ini pendapat yang kedua.

Pendapat yang pertama: orang sebegini tidak perlu solat, dia hanya perlu ulangi solat/qadha, dan
pendapat yang kedua sebaliknya, dia solat dan tidak perlu ulangi solat. Pendapat yang ketiga pula: Dia
tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Ini bermakna solat telah gugur daripadanya. Ini kerana solat
berdasarkan dalil-dalil syara’ tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan suci, [(al-Hadith): Allah tidak
akan menerima solat seseorang daripada kamu, apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.”],
orang yang tidak boleh bersuci bukanlah seorang yang berwudhu, tidak juga dihukum berwudhu, maka
dia tidak dituntut menunaikan solat, kemudian gugur juga kewajipan mengulangi solat itu, ini kerana
ulangi solat, syaratnya dia termasuk mukallaf menunaikan solat (perkara yang asal), apabila datang
waktu solat (perkara yang asal) dan ketika itu dia bukan mukallaf menunaikan solat, maka gugur juga
kewajipan mengulanginya.

Pendapat yang ketiga, dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Pendapat yang keempat: Dia
perlu solat dan perlu ulangi solat tersebut. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang ketiga.

Pendapat yang keempat yang mengatakan wajib solat kerana dia mampu menunaikan solat, hanyasanya
gugur darinya bersuci kerana ketidakmampuan melakukannya, tetapi kekal kewajipan menunaikan
solat dan dia dituntut melakukannya, dan dia dituntut untuk mengulangi solat itu kerana apabila dia
mendapati air maka gugurlah keringanan ke atasnya dan wajib pula dia mengulanginya.

Dan pandangan yang lebih kuat ialah dia perlu solat ketika itu (ketika ketiadaan air dan tanah) dan
tidak perl ulanginya, berdasarkan hadith yang thabit di dalam al-Bukhari ketikamana Rasulullah saw
keluar ke salah satu peperangan yang disertai baginda – dikatakan peperangan itu adalah peperangan
al-Maraisi’ (‫ – )المريسيع‬lalu baginda berhenti di Zaat al-Jaish (‫ – )ذات الجيش‬selepas al-Baidha’ yang
berada selepas Miqat Dzi al-Hulaifah ( ‫ ) ذي الحليفة‬dari arah Makkah – ‘Aisyah telah kehilangan
rantainya, lalu baginda meminta sebahagian sahabat mencarinya, dalam keadaan mereka ketiadaan air.

152
Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan tayammum. kemudian masuk waktu solat, lalu mereka solat
dalam keadaan begitu. Kemudian mereka mendatangi Nabi saw selepas habis waktu solat tersebut, dan
baginda tidak mengarahkan mereka mengulanginya dan baginda membenarkan perbuatan mereka.

Bentuk pendalilan dari hadith ini, mereka tidak boleh berwudhu dan bertayammum – kerana
tayammum belum di syariatkan ketika itu – maka pengakuan Nabi saw terhadap solat mereka tanpa
bersuci dan baginda tidak mengarahkan mengulanginya selepas keluar waktu, menunjukkan sesiapa
yang tidak boleh berwudhu dan tayammum tidak diwajibkan mengulangi solat sebaliknya dia hanya
perlu solat pada waktunya.

Berdasarkan ini, kalaulah seseorang diikat atau digari atau tangannya terputus, dia tidak boleh
bertayammum dan wudhu, maka dia tidak perlu berwudhu, dia hendaklah solat dalam keadaannya itu,
dan dia tidak perlu mengulangi solatnya itu.

Sumber:  disunting dari artikel asal Bagaimana Solat Orang Yang Tak Mampu Berwudhu dan Tak
Mampu Tayammum, http://soaljawab.wordpress.com

Filed under: Ibadah | Leave a Comment »

Wuduk Anggota Cedera

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Soalan: Anak saya mengalami kemalangan bahagian anggota wuduknya dibalut dalam tempoh 2
minggu. Bagaimanakah cara dia mengambil wuduk dalam keadaan demikian? Apakah dia perlu
mengulangi solatnya?.

Jawapan: Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada
balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini
dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang
dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam
al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang saya rumuskan daripada perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang boleh diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai
balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut,
tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat
terpilih daripada kebanyakan ulama fekah. (lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-
Mar`ah, 1/140, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut ).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam bab ini terlalu daif maka ada ulama fekah yang berpegang
kepada tidak ada apa yang dikatakan sapu atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang
cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan
syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi
(wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah
(maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya” dan sabda Nabi
s.a.w: “Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar
kemampuan kamu”. Dengan dalil al-Quran dan al-Sunnah gugur kewajipan apa yang seseorang tidak
mampu. Maka gantinya ialah apa yang disyarakkan. Syarak pula tidak wajib diikuti melainkan dengan
dalil daripada al-Quran atau sunnah. Tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan
dengan sapuan ke atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.(lihat: Ibn
Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla,1/316, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ). Tokoh hadith

153
zaman ini yang terkenal al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h.cenderung kepada pendapat
ini. (lihat: Al-Albani, Tamam al-Minnah, 133-135, cetakan: Dar al-Rayah, Riyadh ).

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan, keduanya lebih mudah untuk pesakit dibandingkan
pendapat-pendapat lain. Dia juga tidak perlu mengulangi solat yang dilakukannya apabila dia sembuh.
Inilah pendapat yang paling kuat.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Ibadah, Thaharah | Leave a Comment »

Cuci Air Kencing Pada Tilam

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Soalan : Anak saya kerap terkencing di atas tempat tidur. Masalahnya tilam tersebut amat tebal
dan berat. Adalah suatu kesusahan untuk mencucinya. Bagaimana cara saya ingin mencuci?

Jawapan: Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi telah memfatwakan masalah ini dengan kata mereka: “Jika
yang kecing ke atas tempat tidur (tilam) tersebut, atau seumpamanya , kanak-kanak lelaki yang belum
memakan makanan, maka memadai dengan direnjiskan air sehingga meliputi semua tempat yang
terkena najis. Tidak wajib memerah dan membasuhnya. Jika kanak-kanak berkenaan telah memakan
makanan, atau kanak-kanak perempuan, samada dia telah memakan makanan atau tidak, maka
hendaklah dibasuh. Caranya ialah mencurahkan air ke atas tempat najis. Tidak wajib mengangkat
tilam tersebut dan memerahnya. Ini sama dengan najis di atas tanah di mana diriwayat di dalam Sahih
al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a: “Sesungguhnya seorang arab badawi telah kencing dalam
masjid, maka nabi s.a.w. memerintahkan agar dicurahkan sebekas air ke atas tempat kencingnya”.
(Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta`, 5/364, cetakan al-Riasah
al-‘Ammah, Arab Saudi)

Maka dengan itu puan hanya perlu mencurahkan air dengan kadar yang munasabah sahaja dengan itu
tilam tersebut dianggap bersih.
Saya katakan juga; di sana ada pendapat yang mengizinkan menggunakan bahan-bahan pencuci yang
disemburkan kepada tempat najis tersebut dan bahan itu berfungsi menukarkan najis kepada sejenis
bahan yang baru dan hilang sifat-sifat najisnya. Sekiranya puan memiliki bahan yang seperti ini maka
boleh digunakan. Pendapat ini disokong dan dipertahankan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi (lihat: Fiqh al-
Taharah, m.s 58, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)

Juga jika air kencing itu sudah kering dan puan bersentuh pakaian atau kulit pada bekasnya, maka itu
tidak mengapa, pakaian atau kulit puan yang bersentuhan itu tidak dianggap bernajis kerana ianya
kering. Kata ahli fekah: “Kering bersentuh kering, dianggap bersih tanpa sebarang khilaf (perbezaan
pendapat di kalangan ulama).

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Thaharah | Leave a Comment »

Kuningan Dan Keruhan Dari Faraj Wanita

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Soalan: Dr, Apakah hukum warna kekuningan atau keruhan yang keluar daripada faraj wanita.
Kesan ini biasa dapat dilihat pada pakaian dalam wanita. Apakah itu sama dengan darah haid?
Hafiza, Klang

154
Jawapan: Dalam istilah fikah kekuningan itu disebut sebagai sufrah. Sementara keruhan yang
menghampiri warna hitam itu dinamakan kudrah. Kata seorang sahabiyyah yang bernama Umm
‘Atiyyah: “Kami tidak menganggap kudrah dan sufrah selepas suci (dari haidh) apa-apa pun”
(Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan al-Nasai. Lafaz ini lafaz Abu Daud, sanadnya sahih)

Berdasar riwayat di atas, maka bagi soalan saudari ada dua keadaan. Pertama; jika ia keluar pada waktu
kebiasaan haidh, maka dia dianggap haidh. Jika ia keluar pada waktu yang kebiasaannya saudari suci,
maka ia tidak dianggap sebagai haid. Cumanya saudari perlu membasuh pakaian untuk solat.

Filed under: Fisiologi Wanita | 90 Comments »

Jarak Masa Persetubuhan

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan
hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu
menjarak tempoh hubungan seks kami. Apakah hanya isteri yang wajib melayan kehendak
suami, bagaimana dengan suami pula?

Jawapan: Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi
hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan. Namun
pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H)
iaitu suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang
tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu
yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan
masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Seksual | 5 Comments »

Mengeluarkan Mani Di Luar Rahim

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Soalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di
luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang
boleh menjadi anak?.

Jawapan: Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan
‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi
s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah: “Kami melakukan ‘azal
pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir ialah mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w dan penurunan al-
Quran tetapi tidak mereka dilarang. Maka dengan ini mengeluarkan air mani diluar rahim adalah
diharuskan. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-
khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba
melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat
mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

155
Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan,
atau tidak sampai kemuncak kelazatannya, maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat
keizinan isteri. Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Inilah pendapat yang
paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada
khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan
setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (rujukan: Ibn Hajar
al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut ).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau
kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan
musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah. Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak maka
ianya diizinkan. Namun jika digunakan dicegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah
diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan
agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam dalam
negara ini.

Sumber : http://drmaza.com

Filed under: Seksual | 3 Comments »

Solat Jama’ Bagi Pesakit & Doktor

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Soalan: Bagaimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang
membolehkannya?

Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu saya terangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan
dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor
bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak. Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat
rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas
daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak
bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya
dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan
empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr. Demikian juga dia boleh melakukannya
pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang
diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr,
Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn
‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan
umatnya”. Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak
disebabkan katakutan atau hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa
solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang
menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan
seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah
dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan
seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang
bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang
bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh
menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang
menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menanaikan solat berdasarkan
waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika
itu diizin.

156
Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin
Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah
(1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Sumber : http://drmaza.com dengan judul asal Cara & Sebab Solat Jamak

Filed under: Ibadah | 1 Comment »

Derma Organ Untuk Bukan Islam

Posted on Sunday, 13 January, 2008 by Abul Harith

Mufti Perlis S. S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata “Perbezaan agama bukan penghalang kepada
umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi
hukum mengenai perkara tersebut”

Kenyataan ini beliau lontarkan ketika mengulas mengenai nasib penerima jantung teknikal, Tee Hui
Yee, 14 semalam di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Tee Hui Yee telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung yang baru, namun tempoh itu berlalu
dalam keadaan masih tidak ada orang yang sanggup mendermakan jantung kepadanya.

Pengarah klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantng
Negara (IJN), Dr. Mohd Ezani Taib berkata, pihaknya pernah menerima pertanyaan daripada orang
ramai mengenai prosedur menderma organ.

“Tetapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal
hukum,” katanya.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri dalam kenyataannya menyebut : “dakwaan bahawa menderma organ
kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama
sekali.”

“Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam
tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk
menyelamatnya nyawa,” Beliau menyambung : “jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam
sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu
strategi yang baik dalam usaha dakwah.”

Kenyataan ini bertepatan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa ulama mutaakhir seperti Dr.
Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam salah satu fatwanya al-Qaradhawi menyebut :

“Menderma sebahagian anggota badan adalah sama seperti bersedekah dengan harta, harus dikeluarkan
kepada orang Muslim dan bukan Muslim.”

Sumber : http://drmaza.com/

157

Anda mungkin juga menyukai