Anda di halaman 1dari 18

NOTA FALAK BHG.

1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

TELESKOP

2 Jenis Teleskop
Ada dua jenis teleskop, iaitu teleskop pembias dan teleskop pemantul atau
pembalik. Perbezaannya adalah teleskop pembias menggunakan kanta, dan
teleskop pemantul menggunakan cermin.

Teleskop Pembias
Teleskop pembias beroperasi menggunakan prinsip pembiasan cahaya.
Teleskop pembias biasanya mempunyai diameter yang lebih kecil dari teleskop
pemantul kerana kos kanta adalah lebih mahal dari cermin. Teleskop pembias
juga biasanya lebih panjang dari teleskop pemantul sebab jarak fokus kanta
biasanya lebih panjang dari cermin. Kanta juga adalah lebih berat dari cermin.

Teleskop pembias terbesar di dunia adalah teleskop pembias 102cm di


Balaicerap Yerkes berhampiran Chicago, Amerika Syarikat. Disebabkan
diameter yang yang besar, tiubnya amat panjang sehingga 18.3m. Oleh itu,
apabila teleskop ini mencerap objek yang berada di puncak langit dan teleskop
ini menegak, ia adalah terlalu tinggi sehingga lantai balaicerap terpaksa
direndahkan. Apabila teleskop ini mencerap objek yang berhampiran ufuk dan
teleskop ini hampir mendatar, lantai balaicerap terpaksa ditinggikan dan kubah
1
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

balaicerap perlu besar sehingga berdiameter 27m. Dimensi dan komplikasi


operasi teleskop pembias Balaicerap Yerkes ini membuktikan bahawa teleskop
pembias tidak sesuai dipasang di dalam balaicerap astronomi.

Teleskop pembias kepunyaan USAS adalah model Skywatcher Refractor 120


berdiameter 120mm.

Teleskop Pemantul
Teleskop pemantul atau pembalik beroperasi menggunakan prinsip pantulan
atau balikan cahaya. Teleskop pemantul biasanya lebih pendek dari teleskop
pembias sebab cermin biasanya mempunyai jarak fokus yang lebih pendek dari
kanta. Di samping itu beberapa keping cermin boleh dipasang di dalam satu
tiub teleskop membolehkan pantulan cahaya dibalikkan pada arah
bertentangan untuk memendekkan lagi tiub teleskop. Sebab itu biasanya
teleskop pemantul mempunyai diameter yang lebih besar dari teleskop
pembias.

Disebabkan cermin adalah lebih murah dari kanta, maka untuk diameter yang
sama, teleskop pemantul adalah lebih murah dari teleskop pembias. Sebab itu
jugalah semua teleskop dengan diameter yang besar adalah dari jenis teleskop
pemantul. Jenis teleskop pemantul yang paling murah adalah teleskop
pemantul Newtonian.

2
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Teleskop pemantul yang paling kompak atau dengan tiub yang paling pendek
adalah jenis teleskop pemantul katadioptrik (catadioptric) sebab ia
menggunakan beberapa keping cermin untuk pantulkan cahaya pada arah
bertentangan. Maka teleskop pemantul katadioptrik adalah teleskop yang
paling popular dipasang di dalam balaicerap astronomi.

Ada teleskop pemantul katadioptrik yang tiada tiub dengan cermin yang
terdedah. Ketiadaan tiub ini adalah untuk memastikan tidak ada perbezaan
suhu pada cermin teleskop dan persekitaran di dalam balaicerap. Perbezaan
suhu ini boleh merendahkan kualiti imej objek yang dicerap.

Teleskop pemantul kepunyaan USAS adalah model Skywatcher Newtonian 150


berdiameter 150mm.

3
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Balaicerap Astronomi
Balaicerap astronomi adalah bangunan yang direka khas untuk menempatkan
teleskop optik. Balaicerap ini mempunyai kubah yang boleh berputar dengan
tingkap yang boleh dihalakan ke arah objek yang dicerap. Teleskop dihalakan
pada arah yang sama. Fungsi balaicerap adalah untuk menyimpan teleskop bagi
mengelak dari kecurian dan vandalisma serta menghalang pencemaran cahaya
ketika pencerapan dilakukan serta melindungi komponen-komponen optik dan
elektronik teleskop dari kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada
air dan kelembapan udara.

Balaicerap biasanya terletak di kawasan semulajadi dengan persekitaran yang


cantik dan sesuai untuk pelancongan. Oleh itu destinasi balaicerap juga sesuai
berfungsi sebagai destinasi pelancongan alam semulajadi. Balaicerap juga
bukan sahaja dibina di tempat yang tinggi tetapi juga berhampiran laut atau
tasik kerana laut dan tasik boleh menghasilkan kesan penyederhanaan
atmosfera yang meningkatkan kualiti imej objek cerapan.

Balaicerap Inframerah
Kebanyakan gelombang inframerah dihalang oleh stratosfera Bumi dari sampai
ke permukaan Bumi, oleh itu kebanyakan gelombang inframerah dari objek-
objek astronomi tidak sampai ke balaicerap-balaicerap astronomi di permukaan
Bumi. Balaicerap inframerah adalah balaicerap khas yang dibina pada pelantar

4
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

kapalterbang yang terbang hampir dengan statosfera untuk membuat cerapan


astronomi pada gelombang inframerah.

Balaicerap inframerah boleh mendapatkan maklumat cerapan dalam bentuk


gelombang inframerah yang tidak boleh diperolehi oleh balaicerap-balaicerap
optik konvensyenal di permukaan Bumi. Balaicerap inframerah yang paling
efektif adalah SOFIA (Stratospheric Observatory For Infrared Astronomy) yang
dikendalikan oleh NASA dan Agensi Angkasa Jerman (DLR). SOFIA telah berjaya
membuktikan ketiadaan mikroorganisma di atmosfera planet Kejora.

5
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Teleskop Radio
Teleskop radio mencerap pada gelombang radio. Teleskop radio menggunakan
antenna parabolik untuk mengumpul dan memfokuskan gelombang radio dari
objek cerapan. Kelebihan teleskop radio berbanding dengan teleskop optik
adalah teleskop radio tidak memerlukan bangunan balaicerap dan boleh
mencerap dengan efektif pada waktu siang atau berawan, sedangkan telekop
optik memerlukan bangunan balaicerap dan tidak boleh mencerap dengan
efektif pada waktu siang atau berawan.

Teleskop Tegak USAS


Pusat Angkasa USAS telah merekabentuk suatu sistem teleskop baharu yang
dinamakan teleskop tegak USAS (USAS Vertical Telescope). Rekabentuk ini
sudahpun dihantar kepada MyIPO (Perbadanan Harta Intelak Malaysia) untuk
pengiktirafan. Teleskop tegak USAS terdiri daripada tiub teleskop tegak yang
pegun dan pemutar paksi “X” dan “Y” yang menggantikan mount teleskop dan
kubah balaicerap.

Kelebihan teleskop tegak USAS berbanding dengan teleskop kovensyenal


adalah teleskop tegak USAS tidak memerlukan bangunan balaicerap dan mount
yang biasanya lebih besar dan lebih berat dari teleskop itu sendiri. Ketiadaan
keperluan bangunan balaicerap dan mount akan membuatkan teleskop tegak
USAS lebih ekonomik dan sesuai dipasang pada kenderaan.

6
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

SISTEM BUMI DAN BULAN

Keunikan
Sistem Bumi dan Bulan adalah unik berbanding dengan sistem planet lain
dengan bulan masing-masing sebab apabila Bulan dilihat dari Bumi, ia kelihatan
mempunyai saiz yang sama dengan Matahari kerana Matahari adalah 400 kali
lebih besar dan juga 400 kali lebih jauh dari Bulan. Fakta inilah yang
membolehkan fenomena cincin api (ring of fire) berlaku ketika gerhana
Matahari penuh.

7
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Tempoh putaran Bulan adalah bersamaan dengan tempoh peredaran Bulan


mengelilingi Bumi. Oleh sebab itu manusia di Bumi hanya boleh melihat muka
Bulan yang sama. Jika manusia pergi ke planet lain yang mempunyai bulan,
manusia boleh melihat muka bulan yang berbeza kerana bulan-bulan lain tidak
mempunyai tempoh yang sama bagi melengkapkan satu putaran dan satu
peredaran mengelilingi planet.

Graviti Bulan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pasang-surut air laut. Air
pasang tinggi terhasil apabila Bulan, Bumi dan Matahari berada pada
kedudukan sebaris.

3 fakta ini, iaitu saiz Bulan yang kelihatan sama dengan Matahari, tempoh
putaran dan peredaran Bulan yang sama dan pengaruh Bulan ke atas pasang-
surut air laut dipercayai merupakan antara faktor utama yang telah
membolehkan kehidupan muncul di Bumi bagi menampung kehidupan
Manusia.

Asal-Usul Bulan
Teori paling popular menyatakan bahawa Bulan berasal dari Bumi apabila
sebuah objek yang besar telah menghentam Bumi sehingga menyebabkan
serpihan-serpihan Bumi dalam bentuk partikel-partikel terpisah dari Bumi tapi
terperangkap dalam orbit Bumi disebabkan graviti Bumi. Partikel-partikel ini

8
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

membentuk cincin di orbit Bumi. Seterusnya partikel-partikel ini bercantum


sehingga membentuk Bulan.

Fasa Bulan
Fasa Bulan berlaku kerana Bulan mengorbit Bumi dan Bumi mengorbit
Matahari. Cahaya dari Matahari yang menerangi Bulan di bawah kombinasi
pergerakan ini apabila dilihat dari Bumi menghasilkan kesan pencahayaan yang
dipanggil fasa Bulan. Pergerakan dan pencahayaan ini juga menghasilkan
fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari.

9
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Anak Bulan
Anak bulan adalah fasa Bulan paling awal. Anak bulan boleh dilihat hampir di
ufuk barat ketika Matahari terbenam atau pada sekitar masuk waktu maghrib
jika Matahari terbenam lebih cepat dari Bulan. Anak Bulan sukar dicerap kerana
berada amat hampir dengan ufuk, dikaburi oleh cahaya Matahari dan kerap
dilindungi awan.

Kriteria terbaru (selepas 1443H) yang telah ditetapkan bagi mengesahkan


kenampakan anak Bulan yang dicerap adalah ketinggian minimum anak Bulan
dari ufuk (altitude) bersamaan 3.0 darjah dan jarak lengkung minimum di
antara anak Bulan dan Matahari (elongation) bersamaan 6.4 darjah. Sekiranya
anak Bulan berada lebih rendah atau lebih hampir dengan Matahari, maka anak
Bulan yang dicerap itu hampir pasti tidak akan kelihatan.

10
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Perbandingan dengan Bumi

Dibandingkan dengan Bumi, jisim Bulan adalah 1.2% sahaja dari jisim Bumi, dan
graviti Bulan hanya 1/6 daripada graviti Bumi. Jisim Bulan yang amat kecil
berbanding dengan jisim Bumi menyebabkan pusat jisim Bumi dan Bulan
terletak 1700km di bawah permukaan Bumi.

Graviti Bulan yang kecil menyebabkan Bulan hampir tiada atmosfera kerana
gravitinya tidak mencukupi untuk memerangkap gas. Ketiadaan atmosfera
menyebabkan perbezaan suhu permukaan di kawasan khatulistwa Bulan amat
ketara pada waktu siang dan malam.

Pelancongan Bulan

Bulan berpotensi menjadi suatu destinasi pelancongan angkasa kerana ia


hampir dengan Bumi dengan tempoh perjalanan pergi dan balik kurang dari 1
minggu menggunakan roket. Interaksi graviti di antara Bumi dan Bulan
membantu penerbangan angkasa di antara Bumi dan Bulan. Disebabkan Bulan
mengorbit Bumi di atas kawasan Khatulistiwa, sistem pengangkutan yang
beroperasi di kawasan Khatulistiwa akan efektif untuk industri pelancongan
Bulan. Ini akan membuka peluang industri pelancongan Bulan dan
pengangkutan angkasa kepada negara-negara Khatulistiwa.

11
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

PLANET-PLANET BERBATU

4 Planet Berbatu
Planet-planet berbatu adalah 4 buah planet pepejal paling hampir dengan
Matahari, iaitu Utarid, Kejora, Bumi dan Marikh. Keempat-empat planet ini
mempunyai persamaan iaitu mempunyai permukaan pepejal dari bahan
berbatu atau silika.

Utarid
Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari dan merupakan
planet yang paling kecil dalam Sistem Suria. Planet ini tiada atmosfera maka
cahaya Matahari jatuh ke permukaan tanpa ditapis menyebabkan Utarid
menerima sehingga 9 kali lebih tinggi keamatan cahaya Matahari berbanding
dengan Bumi. Ketiadaan atmosfera ini menyebabkan perbezaan suhu siang dan
malam yang amat ketara. Dengan ketiadaan atmosfera, permukaan Utarid
mudah dikaji dan dipeta. Hasilnya, permukaan Utarid kelihatan seperti
permukaan Bulan.

12
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Kejora
Kejora adalah planet yang kedua dari Matahari. Ia mempunyai saiz, jisim dan
ketumpatan yang hampir sama dengan Bumi. Planet ini tiada bulan.

Dipermukaan planet ini terdapat kawasan-kawasan yang paling panas di Sistem


Suria disebabkan oleh kesan rumah hijau yang melampau. Kesan rumah hijau
melampu ini disebabkan oleh atmosfera Kejora yang mengandungi karbon
dioksida sehingga 90 kali lebih tebal dari karbon dioksida dalam atmosfera
Bumi. Atmosfera karbon dioksida ini memerangkap haba dari sinaran Matahari
dan bersifat menghakis.

Walau bagaimanapun pada ketinggian kira-kira 50km dari permukaan Kejora


terdapat suatu zon yang mempunyai tekanan atmosfera bersamaan dengan
tekanan atmosfera pada permukaan Bumi. Zon ini bukan sahaja telah menarik
perhatian penyelidik astrobiologi atau biologi angkasa yang mengkaji
kemungkinan kewujudan organisma hidup di situ, tetapi juga saintis dan
jurutera yang mengkaji kemungkinan kesesuaian kapal udara beroperasi di situ.

Disebabkan atmosfera Kejora yang melampau panas dan menghakis, tidak ada
robot pendarat Kejora yang bertahan lama. Semua robot yang dihantar ke
Kejora telah rosak dalam tempoh yang singkat sahaja.

Atmosfera Kejora juga menyebabkan pantulan cahaya Matahari yang tinggi.


Oleh itu Kejora adalah objek yang paling cerah apabila dicerap dari Bumi
selepas Matahari dan Bulan.

13
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

MARIKH
Marikh adalah planet yang keempat dari Matahari. Marikh kelihatan berwarna
merah sebab ferum (besi) di permukaannya telah teroksida selama jutaan
tahun menjadi karat. Warna karat itulah yang menjadikan planet itu berwarna
merah. Pengoksidaan ini menunjukkan bahawa jutaan tahun dahulu terdapat
air dan oksigen yang lebih banyak dari hari ini di permukaan Marikh.

Marikh mempunyai tempoh putaran menyamai tempoh putaran Bumi, iaitu 24


jam. Marikh juga mempunyai 4 musim seperti di Bumi.

Marikh mempunyai gaung yang terbesar di Sistem Suria, iaitu Valles Marineris.
Gaung ini sepanjang 4000km dan sedalam 7km. Sebagai perbandingan Grand
Canyon, iaitu gaung terbesar di dunia hanya sepanjang 800km dan sedalam
1.6km. Marikh juga mempunyai gunung tertinggi di Sistem Suria, iaitu Gunung
Olympus. Gunung ini setinggi 22km atau hampir 3 kali ketinggian Gunung
Everest.

Terra Arabia atau “Tanah Arab” adalah suatu wilayah di hemisfera utara
Marikh. Tanah Arab besar sedikit dari Eropah dan diliputi kawah-kawah yang
tua. Bahagian tengah wilayah ini hampir sama dengan latitud Gunung Olympus
dan terletak kira-kira ke barat laut Valles Marineris.

Kedua-dua kutub utara dan selatan Marikh diliputi ais karbon dioksida. Berbeza
dengan Artik dan Antartik di Bumi yang boleh mencair sebagai air pada musim

14
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

panas, lapisan ais di kutub Marikh boleh berubah terus dari ais dalam bentuk
pepejal ke gas karbon dioksida.

Penerokaan Marikh
Marikh adalah planet yang paling aktif diteroka oleh manusia semenjak
pertengahan 1970an lagi. Kira-kira 50 misi telah dihantar meneroka planet
Marikh dan NASA sudah mendaratkan 5 perayau (rover) di permukaan planet
itu. 2 daripada perayau, iaitu “Curiosity” yang mendarat pada tahun 2012 dan
“Perseverence” yang mendarat pada tahun 2020 masih lagi aktif menghantar
data.

15
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Perayau Perseverence membawa bersamanya helikopter mikro “Ingenuity”.


Gabungan Perseverence dan Ingenuity (Istiqamah dan Bijak) merupakan teknik
penerokaan baharu yang akan mencorak penerokaan masa hadapan Marikh.
Perseverence dan Ingenuity boleh saling berkomunikasi dan mengambil
gambar di antara satu sama lain.

Marikh dianggap sebuah planet yang mungkin pernah atau masih menampung
kehidupan. Oleh itu, antara misi yang paling popular di Marikh adalah misi
astrobiologi, iaitu misi pencarian kesan-kesan kehidupan di planet itu.

Disebabkan Marikh mempunyai atmosfra yang nipis, teknologi aerobraking


digunakan untuk mendaratkan perayau di permukaan Marikh. Aerobraking
adalah teknik “brek udara”, iaitu menggunakan struktur dengan rekabentuk
khas bagi memperlahankan pendaratan menggunakan geseran atmosfera
supaya perayau atau peralatan lain boleh mendarat dengan selamat.

UAE (Emiriah Arab Bersatu) adalah satu-satunya negara Islam yang telah
berjaya meneroka Marikh. Satelit Al-Amal (Hope) UAE telah mula mengorbit
Marikh semenjak bulan Februari 2021. Satelit ini telah berjaya mengambil
gambar-gambar resolusi tinggi permukaan Marikh.

16
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

Bulan Marikh
Marikh mempunyai 2 bulan iaitu, Phobos dan Deimos. Bulan-bulan ini tidak
berbentuk sfera tetapi menyerupai asteroid. Mungkin Phobos dan Deimos
adalah asteroid yang telah terperangkap oleh graviti Marikh disebabkan Marikh
teletak hampir dengan lengkaran Asteroid. Phobos didapati semakin
menghampiri Marikh dan Deimos pula semakin menjauhi Marikh. Dalam
tempoh puluhan juta tahun lagi Phobos akan jatuh ke permukaan Marikh
ataupun pecah, sementara Deimos pula akan hilang dari orbit Marikh.

Orbit Bujur dan Penerokaan Masa Hadapan Marikh


Orbit Marikh adalah lebih bujur dari orbit Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu
ada ketikanya Marikh dan Bumi menghampiri satu sama lain dan pada ketika
lainnya menjauhi antara satu sama lain. Apabila Bumi dan Marikh berada pada
kedudukan paling hampir, jarak di antara 2 planet ini menghampiri 50 juta km,
tetapi apabila Bumi dan Marikh paling jauh, jarak kedua-dua planet ini melebihi
100 juta km. Fakta ini mempengaruhi misi ke Marikh terutamanya perancangan
misi-misi masa hadapan ke Marikh.

Pada tahun 2018, Bumi dan Marikh telah berada pada suatu kedudukan yang
hampir iaitu kira-kira 55 juta km. Sebab itulah sehingga ke tahun 2022, banyak
misi telah dihantar ke Marikh. Selepas itu, Marikh semakin menjauhi Bumi

17
NOTA FALAK BHG. 1: TELESKOP, SISTEM BUMI & BULAN, PLANET-PLANET BERBATU, MARIKH

sehingga ia mendekati Bumi semula pada tahun 2035 nanti. Maka Marikh
mendekati Bumi setiap 15 hingga 17 tahun.

Ditakdirkan Allah, pada tahun 2035 nanti, Marikh akan berada paling hampir
dengan Bumi, iaitu menghampiri 50 juta km pada awal bulan September, iaitu
di antara 31 Ogos 2025 dan 16 September 2035. Tarikh-tarikh ini adalah ulang
tahun ke78 Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia ke72. Sehubungan itu,
Pusat Angkasa USAS berpendapat kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan
untuk mengantar misi mudah ke Marikh yang boleh diaktifkan di permukaan
planet itu dalam tempoh masa berkenaan. Malaysia boleh menghantar robot
kecil seperti Ingenuity yang menumpang perayau yang lebih besar seperti
Perseverence.

Aktiviti pencerapan anak bulan di Ban Pecah, Tanjung Piandang pada 22 Mac
2023; kelihatan teleskop pembias dan pemantul USAS.

18

Anda mungkin juga menyukai