Anda di halaman 1dari 23

LAPORAN TUGASAN (100%)

SEMESTER JANUARY 2019

KOD KURSUS : MPU3412

NAMA KURSUS : SOCIAL RESPONSIBILITY PROJECT/


PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
PERINGKAT : SARJANA MUDA / BACHELOR

NAMA PELAJAR : FIEARA NOR FAZREENA BTE JEFFRY

NOMBOR MATRIK : A30105180005

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION-TEACHING


ISLAMIC STUDIES FOR PRIMARY SCHOOL
(BEDTIPS)
FASILITATOR AKADEMIK : BACHO ALI HAMDAN BIN HASSAN

PUSAT PEMBELAJARAN : PHM AEU LABUAN


TEMA : ‘’
Warga Emas

OKU dipeduli’’
‘’Menyantuni
disantuni, Warga

NAMA PROJEK : ‘’MISI MENYANTUNI WARGA EMAS DAN OKU’’


TENTATIF PROJEK :-
O
Tarikh : 15 Mac 2019 / Jumaat
Masa : 8.30 am – 11.30 am
Tempat : ~ Rumah Puan Zaimah Binti Ahmad Kg Pantai W.p Labuan
~ Rumah Encik Arif Bin Muhammad Ali Kg Bukit Kuda W.p Labuan

SUMBER PERSONEL YANG TERLIBAT :

6
1. Encik Jamil Bin Jamal ~ Pegawai Jabatan Khidmat Masyarakat
2. Pn. Rosinah Ramli~ Ahli Sukarelawan Jabatan Khidmat Masyarakat W.p Labuan
3. Puan Zaimah Binti Ahmad ~ Warga emas 1
4. Puan Hafsah Binti Ahmad ~ Warga emas 2
5. Encik Arif Bin Muhammad Ali ~ Warga OKU 1
6. Puan Ainon Binti Muhammad Ali ~ Warga OKU 2

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK


Matlamat :

Umum mengetahui bahawa, mendepani kehidupan hari ini yang kian dihiasi dengan
hamparan gajet canggih serta fatamorgana kehidupan duniawi, kita seakan terlupa dan leka
dengan nasib sesetengah golongan masyarakat yang kian diabaikan dan terpinggir dari lautan
kasih manusia walau pada hakikatnya mengaku keluarga. Golongan itu tidak lain dan tidak
bukan adalah mereka yang memegang gelaran ‘’Warga emas’’ dan ‘’Warga OKU’’.
Kedudukan warga ini dalam kelompok masyarakat kian terabai di pinggiran sehingga
menyebabkan berlakunya kemaslahatan dalam kehidupan mereka. Bertitik mula daripada
hakikat tersebut, saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit sentuhan kasih sayang
serta selautan perhatian kepada mereka yang lebih memerlukan. Bahkan, menerusi projek
khidmat masyarakat ini, saya berharap agar ianya dapat memberikan aura positif kepada
masyarakat lainnya agar lebih perihatin dan melakukan hal yang sama kepada warga yang
lebih memerlukan.

Saya juga mengharapkan agar projek khidmat masyarakat yang saya jalankan ini
dapat membuka mata masyarakat secara khususnya agar tidak sewenangnya membiarkan
warga emas terlantar tanpa keperihatinan ‘’kita’’ sebagai individu masyarakat. Kepekaan
semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan perasaan warga emas dan warga Oku
ini terjaga bahkan mereka memperolehi hak ‘’sebuah kasih sayang’’ yang sewajarnya mereka
perlukan daripada insan yang bernama manusia. Kita semua pastinya mempunyai ibubapa
bahkan kita sendiri kelak akan merasai pahit dan manisnya menjadi ‘’warga emas’’ nantinya.
Maka, tidak sewajarnya kita memperlakukan warga emas dan warga Oku dengan perlakuan
yang tidak sepatutnya.

6
Apa yang saya lakukan sepanjang projek khidmat masyarakat ini adalah luahan dari
hati yang terbuku yang amat sukar dizahirkan dengan kata-kata. Saya amat mengharapkan
agar masih lagi ada insan berhati mulia yang mengangkat warga emas dan warga Oku ini
sebagai individu terpenting dalam kehidupan mereka. Untuk pengetahuan Pensyarah, saya
merupakan seorang ahli yang berdaftar sebagai Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat
W.p Labuan dan projek menyantuni warga emas dan warga oku ini adalah perkara biasa
dalam hidup kami sebagai seorang ahli sukarelawan. Kerana itulah saya lebih memilih projek
ini untuk memenuhi tuntutan tugasan Projek Khidmat Masyarakat dan diharapkan agar
tugasan ini dapat menjadi titik pembelajaran yang cukup bermakna kepada saya dan orang
lain disekeliling saya. In Sha Allah.

Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda : ‘’ Apabila salah
seorang di antara kalian membaguskan keislamannya maka setiap kebaikan yang dikerjakan
dicatat untuknya sepuluh kali hingga tujuh ratus kali lipat. Dan setiap kejahatan yang ia
kerjakan , akan dicatat untuknya kejahatan yang sama , hingga ia bertemu Allah.’’ ( Hadis
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Bertitik-mula daripada Hadis diatas, jelas bahawa Islam
itu sendiri menganjurkan umatnya untuk berbuat kebaikan sesama mukmin yang lain.Oleh
itu, besarlah harapan saya agar projek khidmat masyarakat yang saya jalankan ini dapat
menjadi titik mula lahirnya lebih ramai insan yang ikhlas ‘’ turun padang’’ untuk sama-sama
menegakkan syiar Islam itu sendiri disamping berupaya menyantuni semua warga emas yang
terpinggir dan terabai dari mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari ahli keluarga mereka.

Objektif Projek :

1. Mendapatkan Permohonan dan kebenaran daripada Pegawai Jabatan Kebajikan


Masyarakat W.p Labuan untuk menjalankan misi menyantuni warga Emas dan Warga Oku
untuk memenuhi tuntutan tugasan.

2. Memilih serta mengenalpasti kedudukan rumah dua orang prospek warga emas dan warga
Oku yang saya pilih sebagai tempat yang ingin saya kunjungi dan santuni.

6
3. Menyediakan beberapa sumbangan berbentuk maknanan sebagai bekalan yang akan
dibawa semasa menyantuni warga Oku.

4. Menyemai dan memupuk semangat ‘’kekitaan’’ serta menyemarakkan lagi sikap ‘’Yang
berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama’’ sepanjang khidmat masyarakat tersebut
dijalankan.

5. Mentarbiah diri untuk memahami makna tanggungjawab serta mengerti akan nilai
keikhlasan yang sebenar bukan semata kerana nama, pujian serta pangkat mahupun kuasa
semasa menjalankan khidmat masyarakat ini sekaligus mentarbiahkan orang lain untuk
melakukan usaha yang sama secara istiqomah.

6. Membantu prospek warga emas dan Warga Oku untuk menyelesaikan beberapa kerja-kerja
rumah yang mudah seperti menyapu, mengemas rumah, memasak, menghiburkan warga
emas dan warga oku dan pelbagai lagi tugas dan kerja yang mudah.

PELAKSANAAN PROJEK :

1. Mendapatkan kebenaran daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat W.p Labuan


untuk menjalankan projek menyantuni warga emas dan warga oku melalui surat permohonan
kebenaran bertulis. (Lampiran 1)

2. Mendapatkan sumbangan berupa bantuan makanan untuk diberikan kepada Warga Oku
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat W.p Labuan. ( Lampiran 1)

6
3. Mendapatkan maklumat serta latar belakang prospek yang ingin dikunjungi daripada
Salah seoranng Petugas Home Helpess dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

4.Misi menyantuni serta menghiburkan warga emas dan Oku dengan bertanya khabar, bersoal
jawab serta bergurau senda dengan mereka.

5. Misi menyelesaikan beberapa tugas-tugas mudah seperti membersihkan rumah prospek,


menyapu, mengemas rumah dan sebagainya.

6. Misi menyerahkan sumbangan berbentuk bantuan makanan kepada warga Emas dan
Warga Oku.

PERANCANGAN

PELAKSANAAN AKTIVITI

MASA AKTIVITI

6
Seawal jam 8.30 pagi, saya telah sampai ke kawasan Surau Uwais Al-Qorni
kerana personel yang pertama iaitu warga emas yang saya pilih tinggal
berhampiran dengan kawasan tersebut. Sebelum sampai ke rumah Warga
emas tersebut, saya sempat menanti kedatangan salah seorang Sukarelawan
8.30 pagi Jabatan Kebajikan Masyarakat W.p Labuan yang bernama Rosinah Binti
Simin. Hal ini demikian kerana, beliau adalah petugas yang ditugaskan untuk
memantau dan menemani sepanjang misi perlaksanaan projek menyantuni
warga emas dan warga oku yang saya laksanakan ini. Dalam masa
menunggu tersebut, saya sempat meninjau sekitar kawasan rumah personel
tersebut bagi memudahkan lagi tugas membersihkan kawasan tersebut.

6
Samapai sahaja ke rumah warga emas tersebut, saya mengambil kesempatan
untuk memulakan projek tersebut dengan sessi taaruf kerana istilah melayu
mengatakan ‘’Tak kenal maka tak cinta’’. Prospek yang tinggal di rumah
tersebut ada dua orang dan kedua-duanya berada dalam kategori warga emas.
Salah seorangnya diberi nama Zaimah Binti Ahmad berumur 83 tahun dan
warga emas yang kedua adalah Hafsah Binti Ahmad yang berumur 63 tahun
dan merupakan anak buah kepada Zaiman Binti Hafsah dan kedua-dua
mereka tinggal berseorangan di rumah tersebut secara bersebelahan.

Dalam masa menyantuni tersebut, saya merasa sangat hiba dan terkesan
kerana mengenangkan nasib warga emas yang seringkali dipinggirkan oleh
anak-anak apabila kesemua mereka meningkat dewasa. Benarlah, seorang ibu
mampu menjaga sepuluh orang anak dari kecil sehingga menginjak dewasa
namun tidak sama halnya dengan tugas anak. Sepuluh anak yang ditatang
ibubapa bagai anak yang penuh belum pasti mampu menjaga seorang ibu atau
ayah apabila mereka sudah besar apatah lagi pada ketika itu mereka cukup
semuanya termasuk harta, pangkat, kuasa dan keluarga. Sessi Taaruf itu saya
sudahi dengan sedikit dorongan dan kata-kata semangat untuk kedua warga
emas tersebut agar terus cekal menempuhi liku kehidupan sebagai warga

6
emas. Semoga Allah beri mereka kekuatan. Ya Qowiy, permudahkan.

Selepas sessi Taaruf, saya mulai menjalankan tugas saya dengan menyapu
sampah di bahagian dalam dan luar rumah. Bahkan, saya juga mengambil
kesempatan untuk membersihakan kawasan halaman warga emas tersebut
bagi memudahkan tugas mereka memandangkan keduanya sudah tidak
mempunyai kemampuan untuk berdiri teguh dan menyelesaikan tugas
pembersihan tersebut. Sungguhpun begitu, saya tetap menyimpan perasaan
kagum kepada kedua warga emas tersebut kerana walaupun mereka hanya
tinggal berseorangan tetapi keadaan rumah mereka tetap dalam keadaan yang
bersih dan teratur. Sungguh, saya belajar sesuatu daripada mereka. Yang
lemah itulah yang paling kuat pada pandangan Allah berbanding mereka yang
kuat tapi lemah pada pandangan-Nya. Tabarakallah, masya Allah. Dalam
masa yang sama, saya juga mengambil kesempatan untuk mencantikkan dan
memindahkan tanaman ataupun kebun yang dimiliki oleh kedua warga emas

6
tersebut. Saya mengambil alih tugas mereka menyiram, memberi baja dan
meletakkannya di kawasan yang betul bagi membolehkan lada tersebut
mudah menerima air hujan dan cahaya bagi tujuan pembiakan.

6
10.00 pagi Menginjak ke angka 10 pada jam di tangan, saya kemudianya meminta diri
untuk beransur pulang memandangkan saya ada satu lagi misi iaitu
menyantuni warga Oku yang bertempat di Kg Bukit Kuda W.p Labuan.
Sebelum meninggalkan mereka, saya sempat mengabadikan kenangan
bersama mereka dan mendoakan agar kedua mereka sentiasa dalam limpahan
rahmat dan kasih sayangnya juga. In Sha Allah. Semoga Allah memberikan
keduanya afiyat dan kesihatan tubuh badan berkekalan dan saya amat
berharap masih ada individu individu yang prihatin akan nasib mereka dan
bukan semata berharap kepada sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat
sahaja kerana nilai bagi sedikit pertolongan walau ianyya sebesar zarah besar
nilainya dimata Azza Wajalla.

6
Selesai sahaja misi menyantuni warga emas dan Warga oku itu tadi, saya
bersama kak Rosinah bergerak ke kediaman prospek kedua iaitu warga Oku
yang bertempat di Kampung Bukit Kuda. Di sini, kami merasa amat
bersyukur kerana dapat berjumpa dengan pasangan adik beradik buta iaitu
Encik Ariff dan Puan Ainon Binti Muhammad Ali. Melihat mereka, saya
belajar sesuatu. Iaitu tentang kekuatan, Sungguh, walaupun mata mereka
10.15 pagi tidak dapat melihat secara zahir tetapi hati mereka sungguh kuat . Ketabahan
mereka sungguh banyak dan tidak sebanyak kesabaran dan ketabahan yang
saya punya. Melihat kehidupan dan keadaan rumah mereka yang serba daif
saya menyedari bahawa ternyata pada ketika kita mengeluh tentang
kesusahan hidupan atau ujian yang Allah berikan, ternyata masih ada mereka
yang diuji terlalu dahsyat tetapi masih dapat bertahan dengan senyuman
penuh di pipi. Allahu. Sungguh melalui projek khidmat masyarakat ini, saya
belajar banyak perkara. Di rumah Warga Oku ini, misi saya adalah untuk
menyampaikan sumbangan berbentuk bantuan makanan seperti biskut, sirap,
sus dan pelbagai lagi keperluan makanan memandangkan mereka tidak
mampu untuk bergerak ke mana-mana bagi mendapatkan keperluan makanan.
Alhamdulilah, melihat riak wajah mereka semasa bantuan diberikan sudah
cukup mengajar saya bahawa yang sedikit itu lebih baik daripada yang

6
banyak dan semua rezeki baik yang sikit ataupun yang banyak datangnya dari
Allah . Sungguh, saya belajar dari Kisah si Buta tentang Syukur.

Tepat jam 11.30 pagi, kami meinta diri dan beransur pulang. Pulangnya kami
bererti tamatlah sudah Projek Khidmat Masyarakat saya pada kali ini semata
untuk memenuhi tuntutan tugasan Bagi subjek Khidmat Masyarakat ini.
Namun, ianya bukan bererti titik akhir dalam kehiduupan saya sebagai
seorang ahli Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat W.p Labuan dan
11.30 pagi
saya berjanji akan menyantuni lebih ramai warga emas, memberikan apa
sahaja khidmat yang mereka perlukan disamping memedulikan warga Oku
yang tidak seharusnya disisihkan. Saya berharap agar pertolongan yang
sedikit ini tetap mendapat nilaian yang setimpal di mata-Nya dan hanya Dia
sahaja yang layak menilai perbuatan hamba-Nya. Semoga kita semua
tergolong dalam kalangan mereka yang layak diberikan syafaat dan layak
mendapat limpahan rahmat dari-Nya jua. In Sha Allah. TUGASAN TAMAT.
Semoga Allah Redha dan semoga Allah beri kebaikan.

6
REFLEKSI

Firman Allah :
Ertinya : ‘’ Dan orang-orang yang berjuang untuk kami, sesungguhnya kami akan memberi
petunjuk kepada mereka pada jalan kami. Dan sesungguhnya Allah Swt beserta orang-orang
yang berbuat kebaikan ( Q.s 29:70 )’’

Syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana atas limpah dan keizinan-Nya, saya Berjaya
menoktahkan ‘’ Misi menyantuni warga emas dan warga Oku’’ yang mana pada peringkat
awal permulaan misi ini, saya berdepan dengan sedikit kesulitan dari segi kekangan masa
serta dana bagi menjayakan misi ini. Namun demikian, benarlah kata orang, kesulitan itulah
yang mengajar kita menemui titik kejayaan sehinggakan saya berhasil juga mendapatkan
sedikit ruang masa serta dana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan untuk
pembelian sumbangan berbentuk makanan kepada warga Oku walaupun pada dasarnya, dana
tersebut tidak dapat menampung kos pembelian barang sumbangan tersebut. Tetapi, segala
kekurangan itu ditutupi oleh sumbangan peribadi saya sendiri walaupun sumbangan tersebut
tidaklah sebesar mana tetapi semoga sumbangan tersebut besar nilainya di mata Ilahi kerana
pastinya janji Allah itu pasti ada untuk hamba-Nya.

Dipertengahan perlaksanaan misi ini, saya juga seringkali menemui kegagalan dek
kekangan masa memandangkan saya juga bekerja disamping sibuk menguruskan rutin harian
sebagai seorang guru dan pelajar disamping tugasan lain seperti mengajar murid mengaji dan
sebagainya. Namun, segala kekusutan tersebut menemui titik noktah apabila saya berhasil
juga membahagikan serta memperuntukkan masa untuk menjalankan misi kemanusiaan ini.
Semoga usaha yang kecil ini dapat memberikan manfaat serta aura positif kepada masyarakat
lainnya bahkan dapat diteruskan secara istiqomah baik oleh saya sendiri atau individu
lainnya. In sha Allah.

6
CADANGAN / KOMEN

Melihat nasib warga emas dan warga Oku yang terpinggir dari ihsan dan belas kasih
manusia membuatkan saya hiba memikirkan nasib diri pada masa akan mendatang. Benar,
hidup ini umpama roda. Kadang kita akan berada dibawah dan begitulah sebaliknya. Bertitik
mula daripada itu, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan masyarakat di sekeliling agar
sentiasa peka akan nasib warga emas dan warga Oku ini agar ianya tidak menjadi kifarah
dibelakang hari.

Untuk memastikan warga emas dan warga Oku ini mendapat pembelaan dan
perhatian yang sewajarnya maka terdapat beberapa buah fikiran yang ingin saya luahkan dan
sekiranya ianya bernas, maka tidak salah kiranya kita menggunakan idea atau buah fikiran
tersebut sebagai usaha untuk membantu golongan yang seringkali diabaikan ini. Cadangan
yang pertama adalah berkaitan dengan penubuhan rumah warga Emas dan Warga Oku yang
sememangnya belum diwujudkan lagi di Labuan ini. Kerana kepincangan itulah maka
wujudnya sukarelawan Home Helpess seperti yang dilaksanakan oleh kami sekarang ini.
Sekiranya Rumah Kebajikan untuk Warga Emas dan Warga Oku ini Berjaya diwujudkan di
Labuan, maka saya kira warga emas dan warga Oku yang terabai ini akan mendapat
pembelaan yang sewajarnya. In Sha Allah.

Selain itu, saya juga mencadangkan agar setiap Jabatan menubuhkan Khidmat
Sukarelawan mereka yang tersendiri bagi menambahkan jumlah khidmat sukarelawan yang
sedia ada disamping menggalakkan lebih ramai individu untuk berkecimpung dalam bidang
khidmat masyarakat ini. Bahkan, dalam masa yang sama Jabatan juga bolehlah melaksanakan
program Ibu atau ayah angkat yang mana objektifnya adalah untuk membersihkan nama
kakitangan Jabatan Kerajaan yang seringkali dilabel sebagai individu yang mengabaikan
ibubapa kerana kesibukan yang teramat dalam kerjaya masing-masing.

Tidak cukup dengan itu, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga seharusnya
mempelbagaikan lagi program yang sedia ada dan memperluaskan lagi usaha tersebut dengan

6
melibatkan golongan remaja dalam misi menyantuni warga emas dan warga oku ini agar
mereka faham makna sebenar kasih sayang itu. ‘’Sesungguhnya Allah S.w.t beserta orang-
orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan ( Q.s. 16 : 129)

PENGHARGAAN :

Alhamdulilah, syukur dipanjatkan ke Hadrat Ilahi atas segala Nikmat sihat yang telah
dikurniakan sehingga projek Khidmat Masyarakat ini iaitu ‘’ Misi menyantuni Warga Emas
dan Warga Oku’ ini Berjaya menemui titik noktah setelah melalui liku yang payah bahkan
hampir-hampir menemui jalan buntu. Pertama sekali,sekapur sirih ini saya tujukan khusus
buat Pensyarah Pembimbing bagi subjek ini, Bacho Ali Hamdan Bin Hassan atas panduan
dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang perlaksanaan misi ini. Terima kasih diatas
segala masa yang diberikan dan diatas kesudian menjawab segala pertanyaan berkenaan
Tugasan ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik Tuan. In Sha Allah.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Syurga dunia dan akhirat Puan
Rahimah Aneh dan Jeffrey Anthony kerana memahami kesibukan saya sepanjang saya
menyelesaikan misi ini. Terima kasih juga atas dukungan semangat dan sokongan kewangan
yang diberikan sepanjang perlaksanaan projek khidmat masyarakat ini. Semoga usaha
sebegini dapat diteruskan secara istiqomah.Terima kasih juga buat Pihak pengurusan Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang sudi memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk
melaksanakan projek ini serta sudi menyumbangkan sedikit dana untuk perlaksanaan projek
khidmat masyarakat.

Bahkan, terima kasih juga saya hulurkan kepada kak Rosinah Binti Simin yang sudi
menemani saya sepanjang perlaksanaan misi ini. Segala masa dan tenaga mu yang telah
terpakai sepanjang misi ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan hanya Allah yang
mampu membalasnya, Buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu dan memberikan
kefahaman yang jelas berkenaan misi ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah
yang mampu membalas segala jasa baik kalian dan semoga misi ini dipermudahkan
urusannya oleh Allah yang maha Esa.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya berlakunya kecacatan dan cela dalam
laporan ini dan segala kekurangan itu sememangnya datang dari khilaf saya sendiri sebagai

6
hamba kerdil ciptaan Ilahi. Diharapkan semoga projek Khidmat Masyarakat ini bermanfaat
buat semua warga Surau Al-Ikhlas itu sendiri. Sekian, Terima Kasih.

6
L

6
LAMPIRAN 1
Fieara Nor Fazreena Bte Jeffry,
Kampung Ganggarak Lorong No 3,
P.Surat 81007,87020 W.p Labuan.

21 Mac 2019

Encik Jamil Bin Jamal,


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat,
P.Surat 81003,87020 W.p Labuan.

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN DAN SUMBANGAN DANA UNTUK MENJALANKAN MISI
MENYANYUNI WARGA EMAS DAN WARGA OKU

Saya seperti nama dan alamat yang tertera di atas, ingin memohon kebenaran dan sedikit sumbangan
dana daripada pihak tuan bagi menjalankan projek Khidmat Masyarakat iaitu ‘’ Misi menyantuni
Warga Emas dan Warga Oku’’ yang melibatkan dua orang prospek dibawah pantauan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.

2. Untuk makluman pihak tuan, projek ini merupakan salah satu kerja kursus bagi Program
Pensiswazahan Guru saya di Asia E Universiti. Sehubungan dengan itu,saya perlu menyiapkan satu
laporan Projek Khidmat Masyarakat yang perlu saya laksanakan secara individu. Oleh itu, saya
bertekad untuk memilih Warga Emas dan Warga Oku sebagai focus utama dalam misi
kemasyarakatan yang saya pilih pada kali ini memandangkan saya sendiri merupakan salah seorang
aktivis Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3. Saya berharap permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan dan persetujuan daripada
pihak tuan. Segala kecaknaan dan kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

.......................................................................
( FIEARA NOR FAZREENA BTE JEFFRY )

6
LAMPIRAN 2

Foto 1 : Gambar Kenangan bersama Puan Rosinah Binti Simin salah seorang Petugas Home
Helpess.

Foto 2 : Bergambar Kenangan bersama Dua orang Warga Emas yang telah saya santuni.

6
Foto 3: Sessi Taaruf bersama dua orang warga emas mengenai latar belakang mereka.

Foto 4 : Gambar dua orang Warga Oku yang kami kunjungi dan kemudian berikan bantuan
makanan.

6
Gambar diatas menunjukkan sedikit sebanyak
tugas yang saya laksanakan sepanjang misi ini.

6
6

Anda mungkin juga menyukai