Anda di halaman 1dari 1

PENGGUNAAN “MATEMATIK MANIPULATIF” UNTUK MEMBANTU

MURID LEMBAM MEMBILANG NOMBOR

SECARA TERTIB MENURUN

Oleh

Fatimah Az-Zahra binti Kadir

Sinopsis kajian

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat bagaimanakah matematik manipulatif


dapat membantu murid lembam membilang nombor 1 hingga 50 dalam tertib menurun.
Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan seorang responden iaitu murid lembam dari kelas
Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Instrumen pengumpulan data yang digunakan
ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Data disemak menggunakan triangulasi
data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa setelah menggunakan matematik manipulatif
dalam pembelajaran murid, murid telah dapat membilang nombor 1 hingga 50 dalam tertib
menurun dengan betul. Selain itu, berlaku peningkatan terhadap minat, tumpuan dan
penglibatan murid di dalam kelas. Kajian penyelidikan ini menyarankan agar guru-guru
pendidikan khas mengaplikasikan Matematik manipulatif dalam pengajaran bagi
meningkatkan minat dan perkembangan pembelajaran murid berkeperluan khas. Hal ini
adalah untuk membantu pembelajaran murid-murid berkeperluan khas yang lebih berkesan
dan bermakna. Cadangan tindakan susulan ialah membantu murid lembam membilang 1
hingga 50 secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai