Anda di halaman 1dari 19

1.

Cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya


- Pengguna perlu berhati-hati di jalan raya
- Mematuhi undang-undang jalan raya
- Mengenakan hukuman berat kepada pesalah jalan raya
- Jalan raya dilebarkan
- Ujian untuk lulus memandu diketatkan
- Mengadakan kempen keselamatan jalan raya
- Memeriksa kenderaan selalu
- Polis kerap mengadakan operasi dan sekatan jalan raya
- Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah

2. Cara mengatasi / mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja


- Beri didikan agama secukupnya ( agama melarang melakukan kejahatan )
- Beri kasih sayang yang secukupnya ( anak tidak akan mencari keseronokan di luar )
- Kawal / awasi gerak geri anak-anak
- Di sekolah – guru didik murid supaya berdisiplin
- Penguatkuasaan undang-undang

3. Cara menjaga kesihatan diri


- Mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari
- Sentiasa memakai pakaian yang bersih
- Membuat senaman bagi mengeluarkan peluh
- Makan makanan yang seimbang, berkhasiat dan bersih
- Minum minuman yang dimasak

4. Cara mengatasi kesesakan lalu lintas


- Menggalakkan pengguna berkongsi kereta
- Melebarkan jalan – sekurang-kurangnya 3 lorong
- Memperbaiki segera jalan yang rosak
- Melakukan kerja-kerja baik pulih jalan pada waktu malam – ketika kenderaan kurang
- Memperbanyakkan bantuan polis trafik di jalan-jalan utama
- Menggalakkan orang menggunakan kenderaan awam
- Mengehadkan kenderaan berat masuk ke jalan yang selalu sibuk
- Mengadakan lorong khas untuk kenderaan berat

5. Cara-cara menjadi pelajar cemerlang / menceritakan rahsia kejayaan dalam UPSR


- Mempunyai dan mematuhi jadual waktu belajar
- Banyak membaca / merujuk
- Selalu membuat ulangkaji
- Banyak membuat latih tubi
- Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar
- Rajin bertanya jika bermasalah
- Belajar berkumpulan bersama rakan-rakan
- Sentiasa membina sikap diri yang positif

6. Cara mempromosikan pelancongan di Malaysia


- Mengadakan kempen Melawat Malaysia
- Menjemput wartawan asing
- Memperindahkan tempat-tempat menarik
- Memperbanyakkan tempat-tempat menarik
- Peranan media massa
1
- Mengadakan aktiviti pertukaran pelajar / belia
- Mengadakan pakej pelancongan yang menarik
- Menyediakan tempat penginapan yang selesa
- Bantuan kepada pengusaha kecil pelancongan

7. Cara mengurangkan / mengatasi salah laku / masalah disiplin murid


- Kawalan ibu bapa / sekolah / masyarakat setempat
- Banyakkan aktiviti kokurikulum
- Beri didikan agama secukupnya
- Wujudkan keluarga penyayang
- Peranan media – melalui iklan / kempen
- Penerapan nilai-nilai murni dalam pembelajaran
- Ketatkan peraturan sekolah
- Menyertai program rakan muda

8. Cara menghormati guru


- Mematuhi arahan / nasihat / tunjuk ajar guru
- Menolong guru – membawa buku, menjaga kelas
- Memberi tumpuan semasa guru mengajar
- Memberi penghargaan – beri hadiah Hari Guru, Hari lahir
- Menunjukkan akhlak yang baik
- Menziarahi guru

9. Cara menghormati / menggembirakan kawan


- Menegur kawan dengan baik – beri salam, berjabat tangan, bertanya khabar
- Menolong kawan jika ada masalah
- Minta izin – pinjam atau gunakan barang kawan
- Menjaga maruah kawan-jangan cerita keburukan kawan
- Memberi penghargaan

10. Cara menjaga keselamatan diri ketika berbasikal


- Memeriksa keadaan basikal terlebih dahulu
- Mematuhi peraturan jalan raya
- Bertimbang rasa di jalan raya
- Jangan berlumba di jalan raya
- Jangan bersaingan ketika berbasikal
- Pastikan basikal ada lampu jika ingin berbasikal pada waktu malam

11. Cara / langkah-langkah menanam sikap cintakan kebersihan


- Mengadakan kempen kebersihan untuk menyedarkan masyarakat
- Mengetatkan peraturan kebersihan – hukuman lebih berat
- Sikap ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Selalu mengadakan aktiviti bergotong-royong
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran

12. Cara / langkah-langkah menjimatkan air


- Elakkan pembaziran air – guna secara berpatutan
- Pastikan paip air ditutup selepas digunakan
- Guna semula air yang digunakan untuk tujuan lain – air dari mesin basuh untuk mencuci lantai atau
longkang
- Mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya menjimatkan air
2
- Memastikan keadaan paip dan tangki air berkeadaan baik
- Penguatkuasaan undang-undang air – mendenda sesiapa yang melakukan kerosakan terhadap paip air

13. Cara menjaga keselamatan rumah / harta


- Kunci rumah – dari dalam atau luar
- Simpan barang berharga di tempat selamat
- Bermuafakat dengan jiran tetangga
- Melaporkan kepada polis jika terlihat orang yan mencurigakan
- Berpesan kepada jiran untuk melihatkan rumah ketika kita tiada di rumah

Karangan-karangan yang berkaitan dengan faedah / kebaikan / kepentingan / pentingnya

14. Faedah menyertai aktiviti kokurikulum


- Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
- Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran melalui aktiviti persatuan
- Meningkatkan kemahiran dalam sukan
- Memupuk / membentuk nilai murni – kepimpinan, bantu membantu
- Murid yang aktif kokurikulum mudah mendapat sekolah berasrama penuh
- Melahirkan murid yang seimbang perkembangannya dari sedi mental, jasmani dan rohani

15. Faedah Menggunakan Komputer


- Mudah memproses maklumat ( boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki )
- Murid boleh belajar sendiri di rumah ( menggunakan komputer )
- Mudah mendapatkan maklumat – melalui internet – tidak perlu baca banyak buku
- Senang berhubungan – melalui mel elektronik ( e-mel )
- Mendapatkan hiburan – terdapat banyak permainan dalam komputer – tonton cerita / filem
- Terhindar daripada kegiatan tidak sihat – keluar rumah, bercampur dengan budak jahat
- Meluaskan ilmu pengetahuan

16. Faedah Kelas Tambahan di Sekolah


- Mendapat lebih banyak maklumat – waktu sekolah terhad
- Mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran
- Suasana pembelajaran lebih selesa – kurang gangguan, pakaian bebas, boleh minum dan makan
- Peluang berjaya lenih cerah – latihan banyak, pendedahan tentang teknik menjawab soalan
- Jimat wang – tidak perlu bayar yuran

17. Faedah Amalan Tolong-Menolong / Bergotong-Royong


- Sesuatu kerja menjadi lebih mudah kerana dilakukan beramai-ramai
- Kerja dapat disiapkan dalam waktu yang singkat
- Dapat menjimatkan perbelanjaan – tidak perlu mengupah orang lain
- Dapat memupuk sikap bekerjasama dan bersatu padu di kalangan ahli masyarakat
- Dapat berkenal-kenalan dan merapatkan silaturrahim / perhubungan antara kaum

18. Faedah Membaca Suratkhabar


- Mengetahu perkembangan semasa dari dalam dan luar negara
- Memperbaiki kemampuan berbahasa di kalangan pelajar
- Meluaskan pengetahuan dengan membaca ruangan-ruangan berbentuk ilmiah
- Mengetahui peluang pekerjaan – iklan-iklan jawatan kosong
- Mengetahui ramalan keadaan cuaca dan harga saham

19. Faedah Menyimpan Wang Di Bank


- Melatih diri kita supaya berjimat-cermat
3
- Sebagai persediaan menghadapi masa hadapan / masa kesusahan
- Menjamin keselamatan wang
- Menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara

20. Faedah Bersukan


- Badan mengeluarkan peluh – menyihatkan badan
- Selepas bersenam, tubuh segar, minda cerdas
- Memupuk sikap bekerjasama dalam sesuatu pasukan untuk mencapai kemenangan
- Boleh meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang sukan yang diminati – contoh bola sepak
- Mudah mendapat pekerjaan sekiranya kita berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang

21. Faedah Membaca


- Menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
- Mengukuhkan kefahaman dalam sesuatu pelajaran
- Memperbaiki penguasaan / penggunaan bahasa / menambah kosa kata
- Dapat mengisi masa lapang – elak gejala social
- Mengetahui isu semasa dengan membaca suratkhabar
- Mendapat pengajaran daripada cerita-cerita moral

22. Pentingnya Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja / Faedah Menabung


- Berlatih untuk tidak boros – beli yang perlu sahaja
- Boleh menabung – lama-lama menjadi banyak dengan simpan di bank
- Melatih diri berdikari – tidak menyusahkan ibu bapa untuk membeli sesuatu
- Menjadi contoh – orang lain akan mengikut amalan mulia ini
- Boleh membantu diri / ibu bapa ketika kecemasan / kesempitan wang

23. Pentingnya Menjaga Kebersihan Sungai dan Laut


- Sumber minuman – jika kebersihan terjejas, kehidupan benda hidup turut terjejas
- Menjadi habitat bagi pelbagai hidupan air – tidak pupus
- Sumber pendapatan nelayan – meningkatkan ekonomi negara
- Pusat rekreasi / pelancongan – boleh jadi tarikan jika bersih dan indah

24. Kepentingan Sungai


- Air sungai boleh digunakan sebagai minuman, mencuci pakaian, mandi dan sebagainya
- Punca pendapatan nelayan – menangkap ikan, ketam dan udang
- Tempat tinggal hidupan liar
- Sebagai pengangkutan terutamanya di kawasan pedalaman
- Tempat untuk aktiviti rekreasi seperti memancing dan berkayak

25. Pentingnya Menjaga Alam Semula jadi


- Alam semula jadi menjamin kestabilan ekosistem jika dijaga dengan baik
- Alam bersih menjamin persekitaran yang indah
- Kesihatan yang baik berpunca daripada alam sekitar yang bersih
- Kawasan yang kotor, berhabuk atau tercemar menjadi penyebab kepada beberapa penyakit seperti
batuk, taun dan sebagainya
- Sumber makanan manusia daripada tumbuhan dan haiwan akan terjejas sekiranya alam sekitar
dicemar

26. Pentingnya Semangat Kejiranan


- Penting untuk menjadikan suasana hidup aman dan harmoni

4
- Tolong-menolong sesama jiran dapat meringankan beban – contohnya semasa majlis kenduri atau
kematian
- Dapat bantuan segera ketika kecemasan – orang pertama yang akan menolong
- Wujud perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
- Kehidupan menjadi ceria jika semangat kejiranan tinggi

27. Kepentingan Menjaga Ibu Bapa dan Golongan Tua


- Anak-anak perlu menghargai jasa ibu bapa yang menjaga dan mendidik kita sejak kecil lagi
- Golongan tua mudah tersinggung dan sering menganggap diri mereka tidak diperlukan lagi
- Anak-anak perlu menjaga ibu bapa yang telah tua dan jangan menganggap mereka sebagai beban
- Tanpa didikan dan kasih sayang ibu bapa, anak-anak mugkin tidak akan berjaya
- Orang yang menderhaka kepada ibu bapa dibenci oleh Allah dan tidak akan masuk syurga
28. Pentingnya Flora dan Fauna dalam Kehidupan Manusia
- Mengindahkan alam – menjadi tumpuan pelancong
- Menjadi sumber makanan- daging, sayur,buah-buahan – membekalkan zat makanan seperti protein,
garam galian dan karbohidrat
- Boleh dijadikan ubat-ubatan – hidupan air iaitu gamat – air gamat, minyak gamat
- Menghasilkan barangan keperluan lain – pokok balak dapat menghasilkan papan, kapas untuk
pakaian dan getah untuk tayar kenderaan
29. Faedah Memiliki Hobi
- Memenuhi masa lapang
- Memperoleh sesuatu hasil – hasil dijual
- Dapat memperluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup
- Dapat menyihatkan badan
- Merehatkan minda
- Mendapat ramai kawan
- Menjauhi daripada masalah social
- Melahirkan generasi yang berilmu dan kreatif

Soalan Tentang kebaikan atau keburukan sesuatu

30. Kebaikan Menonton Televisyen


- Sumber maklumat yang amat popular masa kini
- Menambah pengetahuan – rancangan berbentuk ilmiah / rencana
- Dapat panduan / teladan daripada rancangan tertentu
- Dapat hiburan – menenangkan fikiran
- Dapat tahu cara hidup orang lain – melalui filem Barat, Hindi dan Arab
- Mengetahui barangan / produk / perkhidmatan baru di pasaran /iklan

31. Keburukan Televisyen


- Boleh melalaikan dan membuang masa
- Ada filem yang berunsur negatif – bertentangan dengan budaya dan agama
- Iklan makanan tidak berkhasiat – mempengaruhi kanak-kanak membelinya
- Murid mengabaikan pelajaran
- Meningkatkan bayaran bil elektrik
- Iklan jenama rokok – menambah bilangan perokok

32. Kebaikan Tinggal Di Bandar


- Banyak kemudahan – pengangkutan, perumahan, pendidikan, kesihatan dsb
- Banyak peluang pekerjaan
- Gaya hidup mewah
5
- Banyak pilihan untuk membeli-belah

33. Keburukan Tinggal di Bandar


- Kos hidup tinggi – harga barangan mahal
- Banyak pencemaran – udara – asap kilang dan kenderaan – bunyi daripada kenderaan
- Suasana hingar-bingar – kesesakan lalu lintas – memeningkan kepala
- Kesibukan bekerja menyebabkan pergaulan terhad – masyarakat lebih mementingkan diri sendiri

34. Kebaikan Tinggal di Desa / Kampung


- Kemudahan asas – air, elektrik telefon telad ada masa kini
- Udara bersih, bebas daripada sebarang pencemaran seperti asap kilang, bunyi kenderaan
- Kos hidup / belanja hidup tidak tinggi
- Masyarakat kampung yang saling membantu dan harmonis
- Peluang pekerjaan juga banyak – perladangan, pertanian, perikanan, penternakan

35. Kebaikan Iklan


- Sumber pendapatan kepada pihak media – penerbit akhbar dan televisyen
- Dapat memperkenalkan sesuatu barangan baru di pasaran
- Dapat meningkatkan hasil jualan sesuatu barang
- Memberi maklumat berguna kepada pengguna
- Dapat mengetahui sesuatu peristiwa yang akan berlaku dengan lebih awal
- Mengetahui peluang-peluang pekerjaan

36. Keburukan Iklan


- Kanak-kanak terpengaruh – membeli barangan tanpa memikirkan baik buruknya
- Aksi yang menjolok mata – mempengaruhi watak remaja
- Barangan kurang bermutu dan hanya ingin mempengaruhi pengguna membelinya
- Iklan rokok yang jelas mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita

37. Kebaikan Belajar di Sekolah Berasrama


- Banyak kemudahan untuk belajar
- Waktu belajar teratur – masa diurus dengan sempurna
- Melatih belajar berdikari di asrama
- Meluaskan pergaulan dan pengalaman
- Disiplin murid terkawal

38. Keburukan Belajar di Sekolah Berasrama


- Kurang perhatian daripada ibu bapa
- Hubungan sesama ahli keluarga kian renggang / kemesraan berkurang
- Perbelanjaan perseskolahan tinggi – yuran asrama, makan dan lain-lain
- Pelajar mungkin terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak berdisiplin dan sering melakukan
salah laku seperti menghisap rokok, ponteng sekolah dsb

39. Kebaikan Bekerja Makan Gaji


- Gaji tetap – tidak perlu bimbang pendapatan berkurangan
- Mudah merancang perbelanjaan harian dan bulanan
- Melatih diri bekerja dengan berdisiplin – kerana perlu patuh kepada peraturan dan arahan majikan
- Tiada risiko kerugian
- Kebajikan pekerja dijaga – melalui kesatuan sekerja dan Undang-undang Buruh

40. Kebaikan Bekerja Sendiri


6
- Kitalah tuan, kitalah pekerja – tiada terikat dengan sebarang arahan
- Boleh mencari kepuasan daripada apa yang dibuat
- Melatih diri berdikari dan tabah menghadapi cabaran
- Boleh merancang masa depan dengan baik kerana tidak bergantung kepada orang lain
- Pendapatan tidak terhad – semakin rajin bekerja, semakin tinggilah pulangannya

41. Keburukan Merokok


- Membahayakan kesihatan diri
- Membazirkan wang
- Boleh mendorong perokok menghisap dadah pula
- Asap rokok mencemarkan udara
- Menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak

42. Kebaikan Industri Pelancongan Di Malaysia


- Meningkatkan sumber ekonomi negara
- Memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat
- Mengharumkan nama negara di mata dunia
- Memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia

43. Kepentingan Pendidikan Agama


- Melahirkan insan yang berakhlak mulia
- Melahirkan pemimpin yang berwibawa
- Menghindarkan diri daripada terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral
- Menyelesaikan masalah dengan baik berlandaskan agama
- Menjamin keamanan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara

Karangan yang berkaitan dengan punca-punca / masalah-masalah

44. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya


- Pemandu cuai ketika memandu – asyik berbual, bergelak ketawa , mabuk alkohol ataupun
menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Tidak bertimbang rasa atau pentingkan diri sendiri – masing-masing hendak cepat ke tempat kerja
- Pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya – tidak ikut arahan lampu isyarat dan memandu
melebihi had laju
- Kenderaan tidak diselenggara dengan baik – brek, lampu, lampu isyarat dsb
- Jalan raya yang berlopak – berlubang dan tidak dibaiki

45. Punca Gejala Sosial di Kalangan Remaja


- Kurang didikan dan kesedaran tentang ajaran agama
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang dilihat di televisyen
- Pengaruh rakan sebaya
- Ibu bapa mengabaikan anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang
- Sikap remaja itu sendiri yang mudah terikut dengan budaya asing dan suka mencuba sesuatu yang
baru

46. Sebab / Punca Belia Berhijrah ke Bandar


- Peluang pekerjaan di bandar yang banyak
- Peluang pekerjaan yang lebih baik
- Pengaruh media
- Pengaruh gaya hidup
- Pengaruh rakan
- Ingin bebas daripada keluarga
7
47. Masalah-masalah Akibat Banjir
- Perlu menyediakan bantuan kepada mangsa banjir – tempat kediaman sementara, makanan dsb
- Sistem perhubungan terjejas – perlu pilih laluan lain – meningkatkan kos / masa
- Sekolah-sekolah ditutup-dijadikan tempat penempatan sementara – murid ketinggalan pelajaran
- Mangsa banjir menanggung kerugian – haiwan ternakan mati, tanaman musnah
- Aktiviti harian terjejas
- Kemusnahan harta benda – rumah rosak

48. Ilmu Lebih Penting Daripada Kemewahan / Kekayaan


- Ilmu menjamin masa depan
- Ilmu mengelakkan murid-murid terlibat dengan anasir-anasir jahat
- Ilmu kekal sedangkan kemewahan akan lupus
- Ilmu dapat menjaga kemewahan / kekayaan
- Orang berilmu dihormati
- Orang berilmu diberkati Allah
- Orang berilmu lebih mulia

49. Menjaga Kesihatan dan Mengawal Penyakit


- Kesihatan yang baik menjamin pembentukan fizikal yang cergas dan minda yang cerdas
- Setiap penyakit perlu dikawal, terutama yang berjangkit
- Kita mesti menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan alam sekitar
- Memastikan makanan bersih dan seimbang
- Mengasingkan para pesakit serta memusnahkan kuman pembawa penyakit tersebut

50. Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar


- Disiplin ialah peraturan yang perlu dipatuhi kerana menjadi asas kecemerlangan diri
- Contohnya, pelajar yang berdisiplin mematuhi peraturan sekolah, menghormati guru-guru dan
rakan-rakan, dapat melaksanakan tugas yang diberi oleh guru dan sebagainya
- Pelajar yang berdisiplin akan menyelesaikan kerja sekolah dengan sempurna
- Pelajar yang berdispilin akan merancang masa dan mematuhi jadual waktu peribadi masing-masing
- Pelajaran akan merosot sekiranya pelajar tidak berdisiplin
- Pelajar yang berdisiplin sentiasa mengulangkaji pelajaran menyebabkan mereka mudah memahami
dan mengingati pengajaran guru
- Pelajar yang tidak berdisiplin tidak memikirkan masa hadapannya dan akhirnya terkandas dalam
pelajaran
- Pelajar yang tidak berdisiplin tidka dipercayai oleh guru dan rakan
- Disiplin akan membentuk akhlak yang mulia
- Pelajar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif seperti ponteng sekolah, melepak dsb
- Pelajar yang berdisiplin akan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain
- Pelajar yang berdisiplin akan mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

51. Berbudi Bahasa Amalan Mulia


- Berbudi dan berbahasa amalan yang mulia dan terpuji
- Kita patut amalkan sikap ini kerana mendatangkan banyak kebaikan
- Contoh berbudi bahasa seperti menghormati orang lain, mengenang budi, manis tutur kata dsb
- Sikap berbudi bahasa dapat mengeratkan perhubungan antara manusia
- Kehidupan kita akan sentiasa aman dan bahagia kalau semua orang berbudi bahasa
- Berpendidikan yang tinggi tidak bermakna jika kita hilang budi bahasa
- Kita akan dipandang rendah jika bersikap sombong
- Bersikaplah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk
8
- Harga diri tidak dapat diukur dengan harta, wang ringgit dan kecantikan
- Kekayaan dan kecantikan tidak bermakna jika tiada budi bahasa
- Amalan berbudi bahasa dapat membentuk masyarakat penyayang

Program-program Yang Berkaitan Dengan Sekolah

52. Sambutan Hari Guru


- Ucapan Menteri Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, guru besar, wakil murid
- Penyampaian hadiah / anugerah kepada guru cemerlang / contoh
- Sukaneka / permainan melibatkan guru dan murid
- Persembahan daripada murid khas untuk guru
- Jamuan

53. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah


- Murid berkumpul di dewan
- Ramai tetamu hadir – ibu bapa dan para jemputan khas
- Upacara perasmian disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri
- Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah
- Persembahan daripada murid
- Jamuan dan bersurai

54. Sukan Tahunan Sekolah


- Menyatakan tarikh, masa dan tempat diadakan sukan tahunan
- Suasana meriah – ibu bapa, tetamu khas hadir
- Pelbagai acara sukan diadakan – terbahagi kepada acara balapan dan acara sukaneka
- 4 rumah bertanding – rumah Merah menjadi johan – dapat piala pusingan
- Penyampaian hadiah disempurnakan oleh tetamu-tetamu khas

55. Hari Kanak-kanak


- Perhimpunan khas – ucapan dan penerangan tentang sambutan Hari Kanak-kanak
- Permainan / sukaneka
- Penyampaian anugerah kepada kanak-kanak yang berjasa / berakhlak mulia / miskin / yatim
- Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak /Perhimpunan khas – ucapan dan penerangan tentang
sambutan Hari Kanak-kanak
- Permainan / sukaneka
- Penyampaian anugerah kepada kanak-kanak yang berjasa / berakhlak mulia / miskin / yatim
- Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak / bercerita
- Deklamasi sajak

56. Hari Kantin


- Tujuan – menambahkan tabung PIBG
- Gerai-gerai jualan oleh persatuan dan kelab
- Pameran oleh pihak polis, dan bomba
- Permainan kanak-kanak – naik kuda, kereta lembu dsb
- Jumlah kutipan sebanyak RM2000

57. Hari Kokurikulum


- Tujuan – kemuncak aktiviti kokurikulum tahunan
- Mengadakan perkhemahan di kawasan sekolah – semua persatuan / kelab terlibat
- Pertandingan yang diadakan – kekemasan khemah, memasak, mencari harta karun
- Gotong-royong membersihkan kawasan
- Penyampaian hadiah dan bersurai
9
58. Laporan Tahunan Aktiviti Persatuan
- Mesyuarat pertama – pelantikan ahli jawatankuasa dan perancangan aktiviti tahunan
- Program mingguan
- Pertandingan yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa
- Satu aktiviti yang besar / utama – contoh – lawatan sambil belajar

59. Laporan Pertandingan ( Bercerita, Kuiz, Deklamasi Sajak dll )


- Tujuan pertandingan – cungkil bakat, mewakili sekolah
- Butiran pertandingan – tarikh, tempat dan masa
- Penyertaan – murid Tahap 2 sahaja – sambutan hangat, peserta hebat-hebat belaka
- Para hakim yang mengadili dan cara penilaian
- Para pemenang dan hadiah yang diterima

60. Program Gotong-Royong


- Tujuan program – membersih dan mencantikkan sekolah
- Butiran program – tarikh dan masa
- Guru dan murid Tahap 2 sahaja – tugas-tugas dibahagikan
- Jamuan diadakan selepas gotong-royong
- Sekolah kelihatan cantik – walaupun letih semua berpuas hati

61. Temuramah Guru / Guru Besar yang akan bersara


Pendahuluan : Ucapan salam, perkenalkan diri, nyatakan tujuan

Isi –isi : 1. Bila tarikh persaraan ?


2. Bagaimanakah perasaan cikgu – semasa mengajar di sini
- apabila hendak bersara
3. Apakah rancangan cikgu selepas bersara ?
4. Tempat tinggal selepas ini ?
5. Apakah harapan cikgu – terhadap diri sendiri dan masa depan ?
6. Apakah nasihat cikgu kepada murid ?

Penutup : Ucapan terima kasih, doakan kesejahteraan kepada guru tersebut

62. Ucapan – Meraikan Pertukaran Guru / Perpindahan Guru / Murid Keluar


- Menyatakan tarikh dan tempat guru / murid berpindah / bertukar
- Melahirkan rasa kehilangan seorang guru / murid yang berdedikasi / baik
- Mengucapkan terima kasih atas segala jasa / bantuan yang dicurahkan
- Memohon kemaafan atas segala kesilapan
- Menyatakan harapan kepada guru / murid berkenaan – semoga berjaya dalam apa jua bidang

CATATAN : Bagi semua karangan yang berbentuk ucapan, isi-isi yang berikut biasanya diterima :

I. Ucapan terima kasih


II. Memohon maaf
III. Menyatakan harapan

63. Pencemaran Alam Sekitar


a) Terbahagi kepada pencemaran udara, air dan bunyi
b) Punca pencemaran :
I. Air – pembuangan sisa toksid, hakisan tanah, pembuangan sampah ke dalam sungai
II. Udara – asap kenderaan, kilang, pembakaran hutan
10
III. Bunyi – kenderaan, mesin kilang, alatan muzik
c) Kesan pencemaran :
I. Air tercemar – kekurangan punca air bersih dan selamat
- Hidupan air seperti ikan, udang dan siput akan pupus
- Pendapatan nelayan akan terjejas

II. Udara kotor – manusia mudah mendapat asma, batuk kering, barah kulit dsb

III. Bunyi kuat – mengganggu ketenteraman orang berehat atau belajar


d) Cara mengatasi :
I. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan pencemaran
II. Masyarakat perlu diberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar
III. Orang ramai mesti melaporkan sebarang kegiatan yang menyebabkan pencemaran alam
IV. Nilai murni menjaga alam sekitar diterapkan dalam kurikulum sekolah

64. Belilah Barangan Tempatan


- Mutunya standing dengan barangan luar, malah ada yang lebih baik
- Direkacipta sesuai citarasa penduduk tempatan – contohnya pakaian
- Harga lebih murah, menjimatkan perbelanjaan
- Membantu perkembangan ekonomi negara – banyak peluang pekerjaan
- Dapat mengurangkan import

65. Perayaan-perayaan di Malaysia


- Perayaan orang Melayu – Hari Raya Puasa dan Hari raya Haji
- Perayaan orang Cina – Tahun Baru Cina, Perayaan Kuih Bulan
- Perayaan orang India – Deepavali, Thaipusam
- Perayaan Agama – Krismas bagi orang Kristian
- Masyarakat majmuk – saling berkunjung untuk mengukuhkan perpaduan

66. Perpustakaan Sekolah


- Tempat penyimpanan pelbagai jenis bahan bacaan
- Pelajar boleh membaca, mengulangkaji dan membuat rujukan di perpustakaan
- Pelajar boleh meminjam buku
- Suasana sunyi – sesuai untuk membaca – mengulangkaji
- Terdapat peraturan yang mesti dipatuhi
- Urusan harian dilakukan oleh pengawas perpustakaan yang dilantik

67. Jerebu – faktor penyebab dan cara mengatasi


I. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya jerebu
- Pembakaran secara terbuka
- Asap-asap dari kenderaan dan kilang yang semakin banyak
- Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang membakar hutan

II. Cara Mengatasi


- Mengurangkan pembakaran secara terbuka
- Segera memadamkan kebakaran yang berlaku
- Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga alam sekitar
- Mengadakan hukuman berat kepada mereka yang mencemar udara
-
68. Rumahku Syurgaku
- Rumah ialah tempat perlindungan daripada hujan dan panas
11
- Tempat tinggal seluruh ahli keluarga, bermain, bergurau dan bekerjasama
- Mesti dilengkapi dengan segala peralata yang perlu
- Ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang serta memenuhi segala keperluan anak-anak
- Tempat berbincang dan mengatasi masalah

69. Sekolahku Syurgaku


- Tempat menimba ilmu bagi mencapai kebahagiaan pada masa hadapan
- Pelajar dididik supaya berakhlak mulia
- Hubungan guru dan murid sentiasa dieratkan – sikap saling hormat menghormati
- Guru bersedia mendengar masalah murid dan seterusnya memberi bantuan
- Guru dan murid sentiasa gembira dalam melaksanakan amanah masing-masing

70. Banjir ( Cerita atau Rencana )


- Berlaku di kawasan tanah rendah / berdekatan dengan sungai
- Biasanya pada musim hujan – tidak berhenti-henti
- Menenggelamkan sebahagian / keseluruhan rumah
- Harta benda, haiwan, tanaman musnah / mati dihanyutkan arus deras
- Penduduk dipindahkan ke balai raya, sekolah dsb
- Apabila air surut, mangsa pulang semula ke rumah

71. Industri Pelancongan Di Malaysia


- Semakin banyak kawasan pelancongan dimajukan – Pulau Langkawi, Pantai Cahaya Bulan, Pulau
Pangkor
- Dari semasa ke semasa, pelabagi aktiviti menarik pelancong asing diadakan seperti pertunjukan
kebudayaan, pesta pantai dsb
- Pelbagai kemudahan disediakan seperti penginapan ( hotel dan chalet ), gerai makanan, permainan
dan pengangkutan yang sempurna
- Pelbagai barangan kraf tangan dijual sebagai cenderamata untuk dibawa pulang oleh pelancong –
memperkenalkan Malaysia ke antarabangsa

72. Usaha Tangga Kejayaan


- Latar belakang seorang murid – miskin, adik beradik ramai tetapi tabah untuk belajar
- Ibu bapa memberi galakan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan dalam
pelajaran
- Terus berusaha – belajar bersungguh-sungguh – sambil menolong ibu menjual kuih
- Keputusan UPSR diumumkan – menjadi pelajar terbaik – masuk ke sekolah berasrama penuh
- Kini, menjadi seorang doktor, dapat berbakti kepada ibu bapa yang telah tua

Catatan : Karangan yang boleh dikaitkan dengan isi-isi di atas ialah :

I. “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian”.
II. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

73. Berjimat-cermat Amalan Terpuji


- Sifat berjimat-cermat amat dituntut oleh agama Islan – kerana ia satu sifat yang mulia
- Sebahagian pendapatan kita dapat disimpan jika kita berjimat-cermat
- Dapat mengelakkan pembaziran seperti berbelanja melebihi keperluan
- Orang yang berjimat-cermat tidak boros berbelanja – oleh itu dapat membantu meningkatkan
ekonomi keluarga
12
74. Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baru

Pendahuluan

- Bangun awal, memakai baju baru


- Selepas bersarapan, ayah hantar ke sekolah

Isi-isi

- Sampai di sekolah baru-suasana bising-aku rasa asing-murid lain memerhatikan aku-sekolah besar
- Ayah membawa aku ke pejabat-mendaftar diri – jumpa guru besar
- Dihantar ke kelas 6 Melati – jumpa guru kelas – Cikgu Amin
- Cikgu amin minta aku memperkenalkan diri
- Diberi tempat duduk di sebelah Salim
- Mula belajar
- Waktu rehat makan di kantin-selepas itu Salim menunjukkan kepadaku tandas sekolah,
perpustakaan, surau dan makmal

Penutup

- Pukul 1.30 petang-habis sesi persekolahan-ayah menjemputku pulang

75. Suasana di Pasar Tani

Pendahuluan

- Pukul 9 pagi-deretan payung besar-orang ramai mula membanjiri kawasan

Isi-isi

- Peniaga melayan pembeli-jual buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dsb


- Suasana bising-suara peniaga dan pelanggan tawar-menawar
- Penuh sesak dengan orang ramai-kerana harga berpatutan dan lebih murah daripada tempat lain
- Ada orang ambil kesempatan untuk menemui rakan dan berbual-bual
- Kerenah peniaga yang berbagai-bagai

Penutup

- Hari semakin meninggi/tengah hari-orang ramai beransur pulang


- Begitu juga dengan peniaga – kawasan menjadi lengang semula

76. Pengalaman Menyertai Program Gotong-Royong

Pendahuluan
- Pada 25 Mei yang lalu-mengikuti program gotong-royong di kampung

Isi-isi

- Penduduk setempat berkumpul-membawa peralatan yang sesuai


- Memulakan kerja gotong-royong-berpecah kepada beberapa kumpulan
- Kaum wanita berkumpul di balai raya-menyediakan makanan dan minuman
- Kerja selesai pada jam 11.00 pagi-menjamu selera sambil berbual-bual

Penutup

13
- Dapat mengeratkan tali persahabatan
- Penerapan nilai-nilai murni / positif-tolong-menolong, bekerjasama dan menghormatI

77. Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan

Pendahuluan

- Pada hari minggu yang lalu-mengikut ayah dan ibu ke suatu majlis perkahwinan
- Perjalanan mengambil masa 30 minit

Isi-isi

- Suasana – semua khemah dipenuhi jemputan-para tetamu sedang menjamu selera


- Disambut oleh tuan rumah-penuh mesra-makan bersama-sama pengantin
- Juadah enak, lazat dan menyelerakan-makan dengan tertib dan sopan
- Ayah dan ibu mendapat bunga telur-saya mendapat kotak yang berisi gula-gula

Penutup

- Satu cara mengumpulkan sanak-saudara-mengeratkan lagi tali persaudaraan

78. Pengalaman di Dusun Datuk


Pendahuluan
- Pada cuti penggal lalu-bercuti di kampung
- Menolong datuk di dusun, kebetulan musim buah-buahan

Isi-isi

- Mengikut datuk ke dusun buah-buahan-menebas semak samun di dusun


- Bermalam di dangau bersama datuk-mengutip buah durian pada waktu malam
- Menolong memungut buah durian-makan durian dengan sepuas-puasnya
- Mendapat satu pengalaman yang baru-sagu hati daripada datuk RM100

Penutup

- Pulang ke rumah-membawa buah durian-diberi kepada jiran dan guru

79. Pengalaman Mengikuti Lawatan ke Kuala Lumpur

Pendahuluan

- Tarikh lawatan-pada 16 Jun 2018-anjuran Persatuan Bahasa Melayu

Isi-isi

- Jam 6.30 pagi-berkumpul di di sekolah – bertolak dengan bas sekolah


- Melawat Pusat Sains Negara-Bukit Jalil-kagum melihat ciptaan sains dan teknologi
- Melawat Menara Kuala Lumpur-dapat melihat suasana sibuk di ibu kota
- Melawat Zoo Negara-menaiki kereta api-menyaksikan pertunjukan ikan lumba-lumab

Penutup

- Membeli cenderamata buat adik tersayang-berasa puas,gembira dan seronok

14
80. Pengalaman Menghadiri Majlis Hari jadi Rakan

Pendahuluan

- Pada 20 Jun yang lalu-menghadiri majlis hari jadi Siti di Taiping

Isi-isi

- Disambut mesra oleh Siti dan ibu bapanya-dia kelihatan cantik dan berseri-seri
- Kawan-kawan lain turut hadir-kami berbual dan bergurau-senda
- Kami menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi-Siti memotong kek hari jadinya
- Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah

Penutup

- Siti mengucapkan terima kasih-berharap persahabatan bertambah erat

Karangan Situasi

81. Dalam Ujian Percubaan UPSR yang lalu, kamu telah gagal mendapat keputusan yang baik dalam semua
mata pelajaran. Nyatakan langkah-langkah yang akan kamu ambil untuk mendapat keputusan yang lebih
cemerlang.
- Memberi lebih perhatian sewaktu belajar di dalam kelas-tidak faham-tanya pada guru/kawan
- Banyakkan ulangkaji di rumah-kurangkan waktu bermain
- Menghadiri kelas tambahan-sebelum ini suka ponteng
- Belajar secara berkumpulan-dapat bertukar-tukar fikiran

82. Sesat di hutan/apa tindakan sesat di hutan

Pendahuluan

- Pergi hutan-cari daun-daun tumbuhan untuk mata pelajaran Sains


- Tiba-tiba sesat

isi-isi

- Berasa cemas-berusaha mencari jalan keluar tetapi tidak berjaya


- Menjerit meminta tolong-tiada siapa mendengar
- Mencari akal-meniup wisel yang dibawa dari rumah-tidak berjaya
- Mendapat satu akal-membakar daun kering-asap naik ke udara

Penutup

- Terdengar suara orang menjerit memanggil nama-akhirnya selamat

83. Rakan kamu ingin berhenti sekolah kerana kesempitan wang. Apa tindakan kamu?
- Jumpa kawan dan ibu bapanya-nasihati jangan berhenti –pelajaran penting dalam hidup
- Bermuafakat dengan rakan lain-kutip derma-wang dan pakaian sekolah
- Maklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan meminta mereka beri bantuan
- Maklumkan kepada ketua kampung dan meminta beliau mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak
yang berkenaan

84. Kamu mendapat keputusan yang baik dalam UPSR. Ibu bapa kamu memberikan pilihan sama ada
mahu bersekolah di tempat tinggal kamu atau di sekolah berasrama. Nyatakan pilihan kamu dan
sebab-sebabnya.

15
- Pilihan-sekolah berasrama
- Banyak kemudahan untuk belajar
- Waktu belajar teratur-masa diurus dengan sempurna
- Ingin berdikari di asrama
- Meluaskan pergaulan dan pengalaman
- Disiplin terkawal

85. Seorang kawan kamu sering gagal dalam ujian di sekolah dan hampir berputus asa untuk belajar.
Nyatakan tindakan-tindakan kamu sehingga berjaya memulihkan semangatnya untuk belajar.
- Menemuinya-menasihatinya tentang pentingnya pelajaran untuk masa hadapan
- Menasihatinya supaya tabah menghadapi kegagalan-gagal sekali bukan bermakna akan terus gagal
- Berjanji untuk membantunya dalam pelajaran
- Ajak belajar bersama-sama-belajar berkumpulan banyak faedahnya
- Meyakinkannya bahawa usaha tangga kejayaan

86. Kamu telah mengesyaki bahawa seorang anak jiran kami mungkin didera. Nyatakan tindakan yang
telah kamu lakukan sehingga berjaya menyelesaikan kes tersebut.

Pendahuluan

- Sering dengar suara ank jiran meraung dan mengerang kesakitan


- Mengesyaki ank jiran didera oleh emak tirinya

Isi-isi

- Mengintip gerak-geri jiran-memastikan anak itu memang didera


- Memberitahu ibu dan ayah-meminta mereka menasihati jiran
- Menyiasat sama ada penderaan masih dilakukan
- Melaporkan kepada polis kerana penderaan masih dilakukan jiran

Penutup

- Jiran ditangkap-dia menyesal atas perbuatannya

87. Kamu dan rakan-rakan kamu sedang berbasikal pulang dari sekolah. Tiba-tiba kamu terlihat sebuah
rumah jiran kamu sedang dijilat api. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan rakan-rakan
kamu ambil untuk membantu jiran kamu itu.

Pendahuluan
- sedang berbasikal pulang dari sekolah
- ternampak asap berkepul-kepul di rumah jiran

isi-isi

- menjerit meminta tolong daripada penduduk kampung


- membantu orang kampung memadamkan api-menyimbah air menggunakan guni basah
- membantu menyelamatkan anak jiran yang terperangkap
- membantu menyelamatkan harta benda jiran
- meminta kawan segera menelefon bomba
- mengajak jiran tinggal di rumah sementara menanti rumahnya siap dibina semula

Penutup

16
- jiran sedih-namun bangga dengan sikap prihatin jiran-jiran lain yang menolong
- jiran mengucapkan terima kasih

88. Kamu telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli alat tulis. Dalam kesibukan orang ramai
membeli-belah, kamu ternampak seorang budak kecil menangis memanggil ibunya. Ceritakan apa
yang kamu lakukan pada masa itu.
Pendahuluan
- Membeli alat tulis di pasar raya
- Ternampak budak menangis

Isi-isi

- Menghampiri budak itu-memujuknya supaya jangan menangis


- Bertanya latar belakang ibunya-warna pakaian
- Membawa budak itu mencari ibunya di dalam pasar raya
- Setelah gagal-melaporkan kepada pengurus pasar raya
- Pengumuman dibuat kepada pengunjung pasar raya

Penutup

- Ibu budak itu datang ke bilik pengurus dan menemui anaknya

89. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari kerana demam. Ceritakan langkah-langkah yang
telah kamu ambil supaya tidak kerugian dalam pelajaran

Pendahuluan
- Tidak hadir kerana demam
- Sedar ketinggalan pelajaran

Isi-isi

- Menghubungi rakan melalui telefon-tanya pelajaran yang diajar guru


- Membaca sendiri di rumah tajuk pelajaran yang diberitahu oleh rakan
- Membuat kerja yang diberi oleh guru jika ada
- Bertanya kepada kawan-sesuatu yang tidak difahami
- Jika kawan pun tidak faham-telefon guru untuk bertanya atau tanya di sekolah

Penutup

- Berasa rugi jika tidak ke sekolah


- Berazam untuk hadir ke sekoalh 100%

90. Kamu ingin mengumpul duit sendiri bagi mengikuti satu lawatan sambil belajar pada akhir tahun.
Ceritakan langkah-langkah yang telah kamu ambil sehingga mencapai maksud tersebut.

Pendahuluan

- Guru memaklumkan tentang lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur


- Ingin pergi dan perlu mengumpul duit dari sekarang

Isi-isi

- Duit sekolah tidak dibelanja habis-baki disimpan di dalam tabung


- Mengumpul botol-botol, tin-tin kosong dan jual
- Membantu jiran menjual kuih/nasi lemak pada hari cuti
17
- Menangkap ikan / belut dan jual-hasil disimpan dalam tabung

Penutup

- Duit simpanan melebihi apa yang dihajatkan


- Gembiran kerana usaha membuahkan hasil

91. Rompakan Bank ( Berita / cerita )


- Ketika pelanggan sibuk berurusan di kaunter-3 pemuda bertopeng masuk
- Bersenjatakan pistol-mengacahkan semua meniarap di atas lantai
- Menyuruh kakitangan bank menyerahkan semua wang yang ada
- Melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga berwarna merah
- Rompakan mengambil masa lebih kurang 7 minit sahaja
- Polis meminta saksi memberikan maklumat bagi membantu siasatan

92. Kemalangan Jalan raya ( Berita / cerita )


- Melibatkan sebuah lori dengan sebuah motosikal-dari arah bertentangan
- Punca-penunggang motosikal gagal memotong kereta lain dan bertembung dengan lori
- Motosikal berkecai-penunggang mati di tempat kejadian
- Pemandu lori-cedera ringan-dirawat sebagai pesakit luar
- Mangsa yang mati di bawa ke hospital untuk bedah siasat
- Jalan raya sesak selama hampir setengah jam

93. Kebakaran ( berita )


- Berlaku di Kampung Pinang, 5 kilometer dari Taiping
- Melibatkan 3 buah rumah kedai
- Tiada kemalangan jiwa dilaporkan
- Punca-letupan tong gas di sebuah kedai makan
- Bomba tiba kira-kira lima belas minit kemudian-mengambil masa selama setengah jam untuk
memadamkan api
- Kerugian ditaksirkan berjumlah RM100,000

94. Suasana Menyambut Hari Raya di Kampung


- Persiapan malam raya-hias rumah, masak ketupat dan rendang serta membakar lemang
- Suasana raya di kampung meriah-ada panjut, main bunga api
- Pagi raya-berpakaian baru ( baju Melayu ) – ke masjid
- Ziarahi kubur – kunjung mengunjung sambil bermaaf-maafan
- Suatu yang jadi kelaziman-bertukar-tukar juadah raya sesama jiran tetangga
- Meraikan tetamu dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah
- Perkara yang paling menggembirakan-dapat duit raya-berazam untuk menabung

95. Berkelah di Pantai


- Cuti penggal yang lalu-saya dan keluarga ke Teluk Batik-menaiki kereta
- Mencari tempat berteduh-bawah sebatang pokok-hampar tikar
- Mandi-mandi bersama adik
- Seronok main pasir-buat binaan-cari kulit siput
- Makan bekalan makanan yang dibawa-sedap dan berselera sekali
- Pulang dalam keadaan letih tetapi gembira

96. Surat tidak rasmi – kepada rakan pena di luar negara menceritakan tempat menarik di Malaysia
Pendahuluan
- Bertanyakan khabar-berharap sahabat sihat
18
- Memaklumkan banyak tempat menarik di Malaysia

Isi-isi

- Banyak pantai yang berish dan indah-Batu Feringgi-Teluk Batik-Teluk Cempedak


- Ibu negara, Kuala Lumpur-Zoo Negara, Planetarium Negara dsb
- Tempat bersejarah-Melaka
- Bukit peranginan yang indah-Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser
- Pusat-pusat membeli belah-Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pulau Langkawi

Penutup

- Mengalu-alukan kedatangan sahabat ke Malaysia untuk melihat sendiri keindahannya

97. Surat Rasmi – surat pesanan buku


- Memaklumkan ingin memesan beberapa buah buku
- Judul-judul buku, harga dan jumlah kesemuanya
- Disertakan bersama-sama surat wang pos bernilai.....- sebagai bayaran bagi buku-buku yang dipesan
- Meminta kerjasama pihak penjual mengirimkannya dengan seberapa segera
- Mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan

98. Surat rasmi – kepada guru besar – memohon menggunakan dewan


- Memaklumkan – persatuan ingin mengadakan pertandingan bercerita sempena Bulan Bahasa
Melayu
- Memaklumkan tarikh dan masa pertandingan
- Tujuan pertandingan-mencungkil bakat dan memilih wakil sekolah
- Memohon kebenaran beliau menggunakan dewan bagi pertandingan tersebut
- Mengucapkan terima kasih dan menjemput guru besar hadir ke pertandingan itu

99. Surat Rasmi – kepada pihak polis – aduan tentang kecurian


- Memperkenalkan diri – penduduk Kampung Sungai Pinang
- Memaklumkan tentang masalah kecurian yang sering berlaku-rumah dimasuki pencuri-duit dan
barang kemas hilang
- Kedai runcit dirompak, bersenjata, duit dilarikan
- Menceritakan kejadian dewan orang ramai dipecah masuk, peralatan hilang, kerugian besar
- mengadakan kempen kesedaran keselamatan / jemput beri ceramah – berharap tidak berlaku lagi

SELAMAT MEMBACA

SELAMAT BELAJAR

SELAMAT MENGULANGKAJI

SEMOGA KAMU SEMUA MENDAPAT ‘A” DALAM UPSR YANG AKAN DATANG... IN SHAA ALLAH

19

Anda mungkin juga menyukai