Anda di halaman 1dari 11

REVOLUSI INDUSTRI 4.

0
Apakah  yang dimaksudkan dengan Revolusi Industri  4.0?

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution
menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar,
kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan
manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan”
yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui
pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.

Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan
alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah
payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.

Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan
raya yang sesak.

Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam
kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke
tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi
menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.

Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi
bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang
digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google
Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal
kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

 Sumber : www.kosmo.com.my (http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2017&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm)

Celik Industri 4.0

REVOLUSI Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu
kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan
transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi
perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan
teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.
Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of
Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal
merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi
manusia,mesin dan kaedah baharu teknologi.

Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan
manusia secara langsung.

Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan
akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

Jadi, sekiranya cabaran teknologi baharu yang kompleks itu tidak diberi penekanan sewajarnya, ia boleh
menyebabkan Malaysia jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

Baru-baru ini, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi
Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil
revolusi Industri 4.0.

“Bayangkan pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja menjelang 30
tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja
berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

“Jadi kita memerlukan institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu
itu agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital itu,” katanya
dalam satu seminar anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi di ibu negara itu.

Dalam seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka elemen cabaran
Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, beliau menyifatkan pelan pemba-
ngunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu sebagai rangka kerja naratif sangat baik bukan
sahaja untuk masa depan tetapi hari ini.

“Saya telah melawat banyak negara dan memerhati usaha-usaha yang dilakukan dalam menangani isu
pembelajaran di seluruh dunia dan sangat jelas langkah yang diambil Malaysia lebih konkrit dalam
pelaksanaannya.

“Walaupun kesan revolusi perindustrian terutamanya berkaitan sistem pendidikan tinggi dibincang secara
global tetapi apa yang dilakukan di Malaysia menunjukkan komitmen berterusan negara itu.

“Ini adalah negara pertama yang saya melihat usaha berterusan yang diambil oleh kerajaan ini dalam
menggalakkan perbincangan dan membangunkan pendidikan relevan dan selaras dengan Industri 4.0,”
katanya.

Tambah beliau, idea yang dipraktikkan Malaysia merupakan langkah paling inovatif untuk menentukan
bagaimana negara akan menjadi pemain signifikan dalam ekonomi global pada masa hadapan.

Apa pun, bidang ilmu dan pendidikan mesti dijadikan sebagai teras dalam usaha mempersiapkan pelajar dan
graduan menangani cabaran baharu revolusi itu.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd (http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-industri-4-0-
1.524994#ixzz58pf2YVPy)

Cabaran Revolusi Industri 4.0

INISIATIF dan peruntukan Bajet 2018 jelas bertepatan revolusi industri 4.0, menjamin kelestarian persekitaran dan

membuka harapan gagasan TN50 dalam kerangka maqasid syariah. Hampir semua pihak gembira terutamanya

golongan berpendapatan rendah dan sederhana tetapi cabaran yang tinggal ialah merealisasikannya.

Amat perlu kita memahami teras belanjawan itu sebagai berharmoni dengan kerangka maqasid syariah yang
menjangkau semua urusan kehidupan dengan sasaran kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Ini bererti, kita perlu
merungkai agenda kehidupan dalam kerangka al-Quran, sebagaimana perintah Allah SWT yang bermaksud: “Dan
carilah apa yang Allah sediakan di alam akhirat (balasan dan kebahagiaan), tapi janganlah lupa nasib kalian
daripada dunia (yakni amal perbuatan dan kenikmatan).” (Al-Qasas: 77).

Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan agar pandangan alam dan prinsip hidup bermatlamatkan akhirat
sebagai pra-syarat sebelum menekuni usaha dan menikmati habuan kehidupan duniawi. Gagasan akhirat mampu
membersihkan urusan yang menyalahi etika kemanusiaan dan adab syariah seperti rasuah, penyalahgunaan
kuasa, penganiayaan, penipuan dan segala kemungkaran.

Seperti ungkapan hikmah para cendekiawan mengatakan “jika kita mengejar dunia, dunia akan lari lebih pantas
dan kita akan kepenatan. Jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Sesungguhnya, orang yang
memahami ungkapan ini ialah orang yang telah menjiwai mafhum firman Allah tersebut. Merekalah yang telah
mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Semua pihak perlu memastikan pembangunan inklusif dalam rentak revolusi perindustrian keempat. Umat Islam
sewajarnya lebih peka dan bersedia kerana semua teknologi yang sedang pesat berkembang ini telah disebutkan
di dalam hadis Rasulullah SAW antara lain memberi maksud bahawa suasana suatu zaman yang masanya menjadi
singkat, jarak sudah menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi lebih rapat (berdasarkan hadis diriwayatkan oleh
At-Tirmizi).

Seiring dengan kefahaman ini, semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial
dan sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia turut berevolusi dan tidak statik dengan
pendekatan tradisi dalam kehidupan.

Namun, maksud pembaharuan dan pembangunan ini ditujukan kepada kaedah kehidupan yang diperbaharui,
bukannya memperbaharui teras agama bersifat qat’ie (muktamad) dan tidak berubah.

Orang tua-tua selalu berpesan agar budaya sediakan payung sebelum hujan perlu sentiasa diamati, lebih-lebih lagi
apabila membincangkan tentang revolusi teknologi.

Di samping manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan persaingan dan
meluaskan capaian tanpa sempadan.

Malaysia yang dalam proses menangani isu pengangguran bakal dikejutkan dengan kehilangan beberapa jenis
pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana digantikan dengan peranti, teknologi dan aplikasi pintar.

Pujian perlu diberikan kepada kerajaan yang peka terhadap nasib pemandu teksi dalam belanjawan 2018 dengan
inisiatif geran RM5,000 dan e-hailing. Bukan setakat itu, malah negara juga wajar menubuhkan pasukan petugas
khas mempelopori rangsangan membina aplikasi pintar dengan penglibatan langsung usahawan tempatan seperti
mengadakan pertandingan membuat pendua teknologi pintar sedia ada.
Dilaporkan bahawa Monetary Authority of Singapore (MAS) sedang dalam proses membangunkan mata wang
maya (wang kripto) sendiri ekoran dari perkembangan pasaran wang digital antarabangsa sebagai alternatif dan
langkah strategik negara tersebut mempersiapkan diri menjadi hub-kewangan digital.

Landskap industri dan jenis pekerjaan sudah mula berubah.

Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan kepada pembangun
aplikasi pintar, jurutera program, mudah alih dan pakar teknologi.

Sehubungan itu, premis perniagaan juga tidak lagi diperlukan kerana urusniaga dilakukan secara atas talian tanpa
halangan masa dan tempat. Premis pejabat, kaunter pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan umpamanya akan
dilakukan secara maya.

Di masa hadapan, kehadiran teknologi pintar dalam pelbagai industri menyebabkan ekosistem ekonomi dan sosial
turut berubah.

Urusan perbankan sekarang ini lebih mudah dilakukan secara atas talian kerana menjimatkan masa dan tenaga.
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 11 aplikasi pintar teknowang (teknologi kewangan) telah mampu
menggantikan enam kluster fungsi tradisi kewangan melibatkan insurans, deposit dan pinjaman, pembiayaan
dana, pelaburan, provisi pasaran dan sistem pembayaran.

Kemudahan penggunaan teknologi ini jika tidak dihemati akan membawa bersamanya sampah sarap anasir buruk
seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan moral dan jenayah.

Pesan al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 195 mafhumnya; “Berinfaqlah kalian ke jalan Allah dan jangan kalian
jerumuskan diri kepada kemusnahan, berbuatlah baik kerana Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.”

Inisiatif dan peruntukan bajet kerajaan memerlukan sokongan semua pihak untuk merealisasikan kejayaannya.
Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing supaya aspirasi negara melalui belanjawan 2018 berjaya
menyelesaikan masalah kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin
kestabilan moral masyarakat.

PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM).

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd (http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-revolusi-industri-4-


1.547680#ixzz58pgoOizB)
Latar Belakang

Dunia hari ini memerlukan semua benda untuk berinteraksi dengan pantas.
Data dan informasi bergerak dari satu tempat ke satu tempat kurang
daripada sesaat. Jikalau sebelum ini data hanya berpindah-randah melalui
komputer dan telefon mudah alih, hari ini data juga boleh berjalan dari satu
mesin ke satu mesin. Istilah ini dipanggil M2M (Mahine to Machine). Inilah
yang dihuraikan oleh Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia
atau World Economic Forum dalam bukunya, The Fourth Industrial
Revolution. M2M hanyalah sebahagian daripada Revolusi Industri 4.0.
Revolusi Industri 4.0 merangkumi skop yang lebih luas yang akan kita
bincangkan. Dalam artikel ini kita akan merungkai apakah itu Revolusi
Industri 4.0.

Klaus Schwab, Pengasas


World Economic Forum

Maksud Revolusi Industri 4.0


Secara tuntasnya, Revolusi Industri Keempat ialah automasi berterusan
dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan
teknologi pintar yang moden. 

Revolusi Industri yang sebelumnya


Revolusi Industri Pertama bermula dalam tempoh 1820 hingga 1840 di
Great Britain dimana perubahan dalam sektor pembuatan menggunakan
tangan kepada penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap dan air. 
Seterusnya, Revolusi Industri Kedua pula bermula pada 1870 hingga 1914
melibatkan penggunaan tenaga elektrik dalam pembuatan skala besar. 
Revolusi Industri Ketiga yang juga dikenali sebagai Revolusi Digital, berlaku
pada lewat abad ke-20. Dalam revolusi kali ini, elektronik dan teknologi
informasi digunakan untuk membantu sektor pengeluaran. Ini disebabkan
penciptaan litar bersepadu (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil
dapat dihasilkan.

Revolusi Industri yang bermula 300


tahun 

IR 4.0 mengoptimumkan penggunaan komputer dalam IR


3.0
Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih belum mampu untuk
disambungkan sesama sendiri. Pengenalan Internet membolehkan komputer
mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, teknologi komunikasi
semasa Revolusi Industri Ketiga tidak sepantas dan sebaik sekarang.
Sewaktu Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi
dan rangkaian Internet telah menjadi jauh lebih baik. Ini juga dibantu dengan
kemajuan teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang
paling baharu ialah 5G.
Revolusi Industri 4.0 yang mengoptimumkan penggunaan komputer dan IT

Kenapa Revolusi Industri 4.0 penting?


Mesin harini dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk membaca keadaan
mesin dan operasi yang dijalankan mesin tersebut. Mesin sebelum ini hanya
bekerja secara individual dan tiada berlaku pertukaran data. Kemajuan
teknologi komunikasi membantu mesin berkomunikasi degan mesin yang
lain. Apabila mesin dapat berkomunikasi dengan mesin yang lain, mereka
dapat berkongsi maklumat dan membuat keputusan menggunakan data
yang diterima. Ini dipanggil sebagai sistem siber-fizikal, iaitu sistem antara
maklumat di dalam siber iaitu koleksi data-data penting dan fizikal mesin. 
Kewujudan Artificial Intelligence, membolehkan data yang diperolehi dapat
digunakan untuk membuat keputusan penting tanpa perlu campur tangan
manusia lalu membuatkan mesin hari ini lebih pintar. Hasil daripada sistem
yang lebih pintar, kilang akan menjadi lebih efisien dan pembaziran dapat
dikurangkan. 
Robot yang digunakan dalam Revolusi Industri 4.0 yang berkomunikasi antara mereka.

Cabaran dan Risiko


Revolusi Industri Keempat bukan sesuatu realiti yang mudah. Terdapat
cabaran-cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan perkara ini satu
realiti. 
Perubahan 
Perubahan bukan suatu perkara yang mudah. Untuk berubah, ia memakan
masa dan kos yang tinggi. Pekerja dalam organisasi tersebut perlu berubah
dari segi skill dan attitude. Organisasi mungkin enggan berubah kearah
Revolusi Industri 4.0. Ini kerana mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan
yang agak tinggi dalam infrastruktur teknologi baru yang mungkin menelan
belanja jutaan ringgit. Mereka juga perlu berbelanja untuk memberi latihan
kepada pekerja mereka untuk mempersiapkan pekerja dengan teknologi
baru. Semua perkara diatas bergantung kepada CEO atau pemimpin sesbuah
syarikat. 
Kerajaan
Dari perskpektif kerajaan, revolusi teknologi bermakna perlu juga ada
revolusi dalam perundagan yang melibatkan syarikat dan teknologi. Kerajaan
mungkin gagal untuk mengatur teknologi baru seperti teknologi
pengecaman wajah. Kerajaan harus berfikir bagaimana caranya untuk
melindungi privasi rakyat pada masa yang sama, masih menyokong inovasi
dan pembagunan teknologi. 
Ekonomi
Dari segi ekonomi, revolusi ini akan memberi kesan terhadap ekonomi
sesbuah negara. Memang tidak dapat dinafikan, Revolusi Industri 4.0 akan
meningkatkan ketaksamaan dalam ekonomi rakyat. Ini kerana, Revolusi
Industri Keempat menguntungkan golongan kaya daripada golongan miskin.
Gologan kaya dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi mereka.
Peluang Pekerjaan
Perkara yang paling dibimbangkan rakyat ialah peluang pekerjaan mereka
dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Dengan adanya teknologi robot,
pekerjaan pengendali di dalam kilang akan berkurangan. Kalau hari ini kita
dapat lihat banyak orang bekerja dalam servis penghantaran makanan.
Mungkin pada masa akan datang, pekerja ini akan diganti dengan kenderaan
robot autonomi. Situasi ini dalam fasa percubaan di negara Maju seperti
Amerika Syarikat dan Sebahagian negara Eropah. 
Dalam situasi ini, peluang pekerjaan bukanlah berkurangan. Tetapi, akan
berlakunya anjakan dalam sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, permintaan
pekerja berkemahiran tinggi akan meningkat manakala permintaan untuk
pekerjaan berkemahiran rendah akan berkurang. Hal ini akan memberi kesan
yang pahit kepada pekerja berkemahiran rendah. Walaubagaimanapun,
dalam setiap revolusi industri yang terdahulu, perkara ini tidak asing lagi.
Ianya memberi kesan pada awal revolusi dan akan pulih setelah berlaku
dalam kematangan pihak kerjaan, swasta dan masyarakat. Dari sudut
pandang yang positif, masyarakat dalam sesebuah negara akan berganjak
daripada masyarakat yang berkemahiran rendah kepada masyarakat
berkemahiran tinggi. Tekanan yang berlaku dalam sistem pekerjaan
membuatkan masyarakat perlu dalam apa jua sekalipun menjadi seorang
pekerja yang mahir.

Revolusi Industri Keempat yang memerlukan Pekerja berkemahiran tinggi

Langkah-langkah

Persiapan ke arah Revolusi Industri Keempat


Pelbagai pihak perlu mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran
Revolusi Industri Keempat. Tanpa persiapan yang rapi, perubahan yang
lancar sukar dicapai, seterusnya akan berlaku kesan negatif terhadap
sesebuah negara.
Pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu berfikir tetang kebaikan yang
akan diperoleh dengan revolusi ini seperti pengurangan pembaziran,
efisiensi syarikat dan pembangunan modal insan. Latihan perlu diberi kepada
pekerja supaya mereka bersedia dengan sistem dan situasi yang baharu.
Masyarakat pula perlu membuka minda untuk berubah. Kalau minda
masyarakat masih di takuk yang lama, yang takut untuk berubah kerana
takut hilang pekerjaan disebabkan revolusi industri yang baharu, msyarakat
tidak akan maju. Kata kunci yang penting ialah perubahan dalam taburan
pekerjaan daripada bekermahiran rendah kepada berkemahiran tinggi.
Masyarakat perlu mempersiapkan diri mereka dan anak-anak mereka
dengan pendidikan dan skill berkemahiran tinggi

Anda mungkin juga menyukai