Anda di halaman 1dari 20

BBGO4103

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

MAY / 2022

BBGO4103

GELAGAT ORGANISASI

MATRICULATION NO : 990911016755001
IDENTITY CARD NO. : 990911-01-6755
TELEPHONE NO. : 017-7102594
E-MAIL : afiqrahmat2017@gmail.com
LEARNING CENTRE : MALACCA LEARNING CENTRE

1
BBGO4103

PENGENALAN
Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengankelebihan yang
pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbezabagi mencapai matlamat yang
sama (Robbins, 2003). Pencapaian matlamatorganisasi pula adalah bergantung kepada dua
elemen iaitu elemenkemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan. Elemen kemanusiaan
adalah sepertiakauntabiliti dan komitmen terhadap organisasi. Manakala elemen
bukankemanusiaan seperti proses, polisi, struktur dan teknologi. Kedua-duaelemen ini akan
mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi sama ada secaraindividu atau kumpulan
terhadap pencapaian organisasi (Abd. Aziz, 2003).

Menurut Robbins (2005) tingkah laku organisasi didefinisikan sebagai satubidang kajian
yang menyelidik impak gelagat yang dihasilkan oleh individu,kumpulan dan struktur di
dalam organisasi bertujuan untuk mengaplikasikanpengetahuan tertentu bagi menjamin
kemajuan dan kecekapan sebuahorganisasi. Manakala menurut Martin (2005) tingkah laku
organisasi dirujukkepada sikap dan peribadi individu dan kumpulan dalam sesebuah
organisasi.Sementara George & Jones (1996) mendefinisikan tingkah laku organisasisebagai
satu bidang yang memberikan penumpuan kepada peningkatanpengetahuan dengan
menggunakan kaedah saintifik ke atas semua manusia yangmenganggotai organisasi. Oleh
itu, itu tingkah laku organisasi sebagai satu bidang pengkhususan yangtersendiri, boleh
ditakrifkan sebagai satu bidang kajian pelbagai displinyang menggunakan kaedah-kaedah
saintifik untuk mengkaji bagi memahamitingkah laku individu dan kumpulan serta proses
organisasi, faktor-faktoryang mempengaruhinya, implikasi tingkah laku dan proses tersebut
terhadaporganisasi dan kaedah serta teknik memperbaikinya untuk tujuan
pengurusanpembangunan staf serta meningkatkan produktiviti organisasi
keseluruhannyasecara berterusan (Ahmad Sukri, 2002).

Bagi memastikan kemajuan dan kejayaan sesebuah organisasi, antara aspekpenting tingkah
laku organisasi yang biasa dikaji ialah gelagat organisasipekerja. Gelagat organisasi ini
adalah berkait dengan persekitaranorganisasi yang dikenali sebagai iklim organisasi. Ini
kerana menurut Ostroff (1993) iklim organisasi mempengaruhi tingkah laku individu
terhadaporganisasinya. Gelagat organisasi ini juga mempunyai kaitan dengan
gelagatkewarganegaraan organisasi, yang biasanya dikenali sebagai gelagatsukarela.

2
BBGO4103

Salah satu faktor penting dalam kepuasan bekerja ialah bagaimana pekerjaberkomunikasi
dengan ketua atau organisasi. Jika komunikasi yang berjalanadalah positif maka sikap dan
kepuasan terhadap kerja yang dilakukan akanmeningkat. manakala jika perkara sebaliknya
berlaku maka ini akanmemberikan kesan negetif kepada kerja dan organisasi. Bagi
memahamkanamalan komunikasi yang baik diantara ketua dan pekerja bawahan kita
lihatpendapat-pendapat sarjana tentang amalan komunikasi ketua yang baik.

3
BBGO4103

CABARAN PENYERTAAN TENAGA BURUH UNTUK WANITA DAN GENERASI


X

CABARAN BAGI WANITA

Trend dalam Penyertaan Tenaga Buruh Wanita

Banyak yang telah ditulis tentang penurunan kadar penyertaan lelaki dalam tenaga kerja,
tetapi saya ingin menghabiskan hari ini dengan memberi tumpuan kepada penyertaan wanita.
Di Amerika Syarikat, penyertaan tenaga buruh wanita meningkat secara berterusan sepanjang
separuh kedua abad ke-20. Tetapi sekitar tahun 2000, ia mendatar dan kemudian mula
menurun. Ini adalah perbezaan dari negara maju yang lain. Pada penghujung 1990-an,
sebagai contoh, kadar penyertaan tenaga buruh untuk wanita berumur 25-54 tahun, yang saya
akan rujuk sebagai wanita umur perdana, adalah sama di Amerika Syarikat dan Kanada.
Sejak itu, bagaimanapun, kadar itu terus meningkat di Kanada manakala ia telah menurun di
sini, membawa kepada jurang peratusan 7.9 mata antara kedua-dua negara pada 2017. Jika
Amerika Syarikat mempunyai kadar penyertaan umur perdana yang sama seperti Kanada,
tambahan 5 juta wanita akan berada dalam tenaga buruh.2 Itu akan menjadi rangsangan
penting kepada potensi pertumbuhan kami. Usahawan dan tenaga kerja wanita di Malaysia
masih berdepan dengan beberapa cabaran utama terutamanya berkenaan ketidaksamarataan
dalam perundangan Malaysia.

1. Tuntutan Pemotongan Cukai

Petikan daripada akhbar online memaklumkan dari Penasihat Pejabat Pengarah Global
Indicators Group daripada Bank Dunia, Melissa Marie Johns, di Malaysia, suami dapat
menuntut pemotongan cukai bagi isteri. Walau bagaimanapun, isteri tidak boleh menuntut
pemotongan cukai ke atas pendapatan bagi pasangan.

2. Tiada Jaminan Kerja

Menurut daripada laporan akhbar online menyatakan bahawa perundangan Malaysia tidak
memberi jaminan kerja kepada ibu yang mengambil cuti bersalin. Beliau mendakwa di
Malaysia tiada undang-undang yang menjamin ibu yang bekerja ada mendapat kembali
jawatan mereka apabila kembali dari cuti bersalin.

4
BBGO4103

Selain itu, perundangan Malaysia juga tidak memberi cuti menjaga anak yang dianggap
penting di sesetengah negara termasuk Sweden, Croatia dan Kanada. “Lebih banyak boleh
dilakukan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja

3. Pengambilan Kerja Berdasarkan Jantina

Sesetengah pekerjaan menghadkan pengambilannya kepada lelaki sahaja. Ini diikuti dengan
alasan bahawa kerja tersebut hanya dapat dilakukan oleh golongan lelaki berdasarkan
beberapa faktor terutamanya kemampuan. Melissa turut berkata perundangan Malaysia tidak
melarang diskriminasi tersebut. Selain daripada itu, terdapat sesetengah sektor tenaga buruh
yang menerima tenaga buruh wanita, akan tetapi wanita yang masih belum berkahwin atau
mempunyai anak alasannya bimbang pekerja wanita tersebut tidak boleh memberi
sepenuhnya komitmen mereka pada kerja dan kemungkinan ia akan mengakibatkan kerja
yang dilakukan tidak sempurna dan berkualiti.

4. Ketidaksamarataan Pengiktirafan

Wanita Malaysia tidak diberi pengiktirafan yang secukupnya bagi kerja yang mereka
lakukan. Menurut Melissa, ini walaupun kerja mereka setaraf kerja yang dilakukan pekerja
lelaki.

5. Kesukaran Menukar Kewarganegaraan Pasangan dan Anak

Perundangan Malaysia memudahkan pekerja lelaki warganegara untuk mendapatkan hak


kerakyatan untuk isteri dan anak-anaknya, yang bukan bewarganegara Malaysia. Walau
bagaimanapun, Melissa berkata, ia tidak sama bagi pekerja wanita yang ingin mendapatkan
kerakyatan bagi suaminya dan anak-anaknya, yang bukan berwarganegara Malaysia. Johns
membuat kenyataan berkenaan dalam pembentangan 'Doing Business Methodology
Workshop' di Sasana Kijang, hari ini.

5
BBGO4103

CABARAN BAGI GENERASI X

Generasi X merupakan sebuah istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir
dari zaman 1960-an hingga tahun 1982, namun sempadan masa bagi Generasi X tidak
ditentukan. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains sosial, dan pemasaran, dan paling
kerap digunakan dalam budaya popular. Sebagai kanak-kanak pada tahun 1970-an dan 1980-
an, masa peralihan nilai masyarakat, Gen Xers kadangkala dipanggil "generasi kunci selak",
imej yang muncul daripada kanak-kanak yang pulang ke rumah kosong dan perlu
menggunakan kunci pintu, kerana pengawasan orang dewasa yang berkurangan berbanding
kepada generasi terdahulu. Ini adalah hasil daripada peningkatan kadar perceraian dan
peningkatan penyertaan ibu dalam tenaga kerja, sebelum ketersediaan pilihan penjagaan anak
yang meluas di luar rumah.

Sebagai remaja dan dewasa muda pada tahun 1980-an dan 1990-an, Xers digelar sebagai
"Generasi MTV" (rujukan kepada saluran video muzik), kadangkala disifatkan sebagai
pemalas, sinis dan tidak berpuas hati. Beberapa pengaruh budaya terhadap remaja Gen X
termasuk percambahan genre muzik dengan identiti suku kaum sosial yang kuat seperti punk,
post-punk dan heavy metal, di samping bentuk kemudian yang dibangunkan oleh Gen Xers
sendiri (cth. grunge, grindcore dan genre berkaitan). Filem, kedua-dua kelahiran mega-sekuel
francais dan percambahan filem Independent yang didayakan sebahagiannya melalui video
juga merupakan pengaruh budaya yang ketara. Permainan video di rumah hiburan dan dalam
peranti di rumah barat juga merupakan bahagian utama hiburan juvana buat kali pertama.
Dari segi politik, di banyak negara Blok Timur, Generasi X mengalami hari-hari terakhir
komunisme dan peralihan kepada kapitalisme sebagai sebahagian daripada masa mudanya.
Di kebanyakan dunia barat, tempoh masa yang sama ditakrifkan oleh dominasi konservatisme
dan ekonomi pasaran bebas.

Dalam konteks pekerjaan, golongan generasi x ini merupakan golongan berusia yang sudah
memiliki banyak pengalaman dalam pekerjaaan dan dalam masa sama sudah mempunyai
simpanan wang bersara, namun begitu terdapat juga daripada golongan generasi x ini yang
perlu terus bekerja kerana tidak meiliki simpanan wang bersara dan bukan bekerja dalam

6
BBGO4103

sektor kerajaan. Namun hal yang demikian, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh
golongan generasi x ini dalam menyertai sektor tenaga buruh.

1. Faktor kesihatan

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan generasi x dalam menyertai sektor tenaga
buruh adalah faktor kesihatan. Hal ini demikian kerana golongan pekerja generasi x ini lebih
mudah untuk mengalami masalah kesihatan memandangkan usia mereka yang dalam
lingkungan umur yang mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, darah rendah, sakit
jantung dan kencing manis. Sekiranya mereka yang memiliki penyakit sebegini tetapi masih
ingin bekerja, mereka perlu ditempatkan di bahagian pekerjaan yang lebih mudah dan tidak
begitu berat agar dapat mengelak daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.

2. Faktoe prestasi kerja

Selain daripada itu, faktor prestasi kerja juga merupakan salah satu cabran untuk golongan
generasi x ini memperoleh pekerjaan. Hal ini demikian kerana, prestasi seseorang individu
bergantung pada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan mereka dalam melakukan sesuatu
pekerjaan tersebut namun prestasi bekerja juaga bergantung pada faktor umur dan kestabilan
emosi mereka sebagi contoh, seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an bekerja di
sebuah kilang di bahagian operator pengeluaran di mana memrlukan stamina yang
secukupnya untuk melakukan kerja dengan baik akan tetapi prestasi kerja dia tidak begitu
baik kerana dipengaruhi faktor kudrat dan faktor tanggungjawabnya sebagai ibu dan suri
rumah.

3. Faktor kelayakan

Selain daripada itu, kelayakan juga menjadi salah satu cabaran bagi generasi x ini untuk
memperoleh pekerjaan. Hal ini demikian kerana, Terdapat banyak sektor-sektor perindustrian
yang memerlukan tenaga buruh memahukan pekerja dari golongan belia maka dari segi
kelayakan usia itu telah memberikan cabaran dan kesukaran kepada golongan ini untuk
menyertai sebagai tenaga buruh. Namun hal yang demikian, bagi golongan lelaki dari
generasi x ini mungkin kurang sedikit cabarannya akan tetapi bagi golongan wanita cabaran
untuk mereka mendapatkan kerja lebih berat kerana sektor tenaga buruh kebanyakannya lebih

7
BBGO4103

mengutamakan lelaki dan ada juga syarikat yang tidak mangambil wanita yang sudah
berkahwin dan mempunyai anak dengan alasan bimbang isu peribadi akan menganggu kualiti
kerja.

TEORI-TEORI MOTIVASI

Menurut Muhammad Kamil (2001), motivasi merupakan elemen yang penting dalam
menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Hal ini kerana motivasi merupakan suatu kaedah
pengajaran yang boleh merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran yang diikuti. Weiner
(1990), menyatakan motivasi adalah keadaan dalaman sesorang yang membangkitkan,
mengarah dan tingkah laku secara berterusan.

Namun begitu, motivasi juga boleh dipengaruhi oleh gaya keibubapaan yang diamalkan
dalam sesebuah institusi keluarga. Secara tidak langsung, penerapan gaya asuhan sedemikian
akan membina sikap positif atau peribadi seseorang individu yang seterusnya memberi impak
sama ada positif atau pun negatif terhadap pencapaian akademik pelajar itu. Justeru,
pemahaman dalam menangani masalah kekurangan unsur motivasi yang berlaku akibat
kesilapan ibu bapa dalam membentuk tingkah laku dan memberi kebebasan yang tidak
sewajarnya ketika mendidik anak-anak merupakan suatu masalah yang memerlukan kajian
khusus. Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk menghuraikan konsep motivasi
pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap serta kaitannya dengan pencapaian akademik
seseorang pelajar itu. Antara teori-teori yang digunakan adalah seperti berikut.

8
BBGO4103

Teori
Hierarki
Keperluan
Maslow

TEORI MOTIVASI

Teori
Motivasi Teori
Pencapaian Kognitif
McClelland

Rajah 1 : Teori-teori motivasi

1. Teori Hierarki Keperluan Maslow

Asmawati (2002), menjelaskan bahawa Teori Maslow ini mengutarakan keperluan-keperluan


motivasi yang berbeza yang terdapat dalam satu hierarki; dan sebelum keperluan-keperluan
yang lebih tinggi diperoleh, keperluan-keperluan primer mestilah dipenuhi terlebih dahulu.
Teori ini diterangkan dalam bentuk piramid, di mana keperluan asas terletak di bawah
manakala keperluan yang lebih tinggi parasnya terletak di bahagian atas.

Menurut Kamaliah (2005), Maslow mengkategorikan empat keperluan terendah iaitu


fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri sebagai keperluan kekurangan
(defiency needs). Tiga keperluan yang teratas pula dikategorikan sebagai keperluan kendiri
atau keperluan perkembangan. Bagi kategori keperluan kekurangan, semakin ia dipenuhi,
semakin menurun tahap motivasinya.

2. Teori Kognitif

Teori kognitif bagi motivasi menumpukan perhatian kepada peranan pemikiran, jangkaan dan
kefahaman manusia tentang kehidupan (Asmawati, 2002). Sebagai contoh, mengikut salah
satu jenis teori kognitif iaitu teori nilai-jangkaan, dua jenis kognisi yang mendasari tingkah
laku manusia. Jangkaan yang pertama adalah tingkah laku tersebut akan membantu manusia

9
BBGO4103

mencapai matlamat manakala yang kedua adalah nilai atau kefahaman tentang kepentingan
matlamat itu kepada manusia.

Teori kognitif telah membuat pemisahan yang ketara antara motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik. Hal ini kerana menurut Feldman (1994) dalam Asmawati (2002), motivasi
intrinsik menyebabkan manusia berpartisipasi dalam sesuatu aktiviti untuk kepuasan yang
akan diperoleh daripada aktiviti tersebut. Manakala motivasi ekstrinsik akan menyebabkan
manusia berpartisipasi dalam aktiviti untuk mendapatkan ganjaran.

3. Teori Motivasi Pencapaian McClelland

McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), mengatakan bahawa motivasi individu
akan meningkat jika, pertama, dia dimotivasikan. Kedua, memahami unsur-unsur motivasi.
Ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu. Hal ini dengan sendirinya menjelaskan
proses motivasi itu bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling
memberi dan menerima.

Motivasi merupakan satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu
dan matlamat menjuruskan tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat. Seseorang yang
bermotivasi akan membuat pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan
mengetahui tindakan ini bermakna kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.

Di samping itu, McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), menekankan juga tentang
tingkah laku individu yang bermotivasi pencapaian tinggi. Hal ini kerana individu ini
mempunyai keinginan untuk mengatasi rintangan dan sanggup bersusah-payah untuk
mencapai sesuatu yang baik. Oleh itu, dalam teori motivasi pencapaian ini menyebabkan
harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan tertanam dalam jiwa individu
tersebut.

10
BBGO4103

CADANGAN BAGI PERMASALAHAN KEPADA PEMBUAT DASAR DAN


JABATAN SUMBER MANUSIA

PEMBUAT DASAR

1. Mewujudkan kempen peluang pekerjaan kepada wanita yang berkeluarga

Jabatan-jabatan kerajaan boleh mewujudkan kempen atau karnivel yang menawarkan peluang
pekerjaan kepada golongan wanita terutama sekali golongan wanita yang sudah memiliki
keluarga sendiri. Disebabkan oleh isu pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia
golongan isteri juga mahu membantu suami mereka untuk menyara keluarga dan dengan
mewujudkan aktiviti ini dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk memperoleh kerja
sebagai tenaga buruh di sektor-sektor perindustrian. Selain daripada itu, karnival peluang
pekerjaan ini juga boleh membantu golongan wanita dallam mencari pekerjaan yang
bersesuaian dengan kemahiran dan kudraet mereka agar sekiranya mereka mendapat kerja
yang dimohon, mereka akan melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sempurna.

2. Mewujudkan seminar bimbingan pekerja

Pihak-pihak kerajaan juaga boleh membantu para pekerja terutama sekali pekerja generasi x
dalam membina semula prestasi kerja mereka. Seminar bimbingan pekerja ini boleh

11
BBGO4103

dilaksanakan dalam pelbagai kaedah seperti ceramah, aktiviti bangkit diri, perbincangan
terbuka dan sebagainya. Tujuan seminar ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan
prestasi pekerja malah ia juga memberi pengalaman dan ilmu baharu dalam pekerjaan.

JABATAN SUMBER MANUSIA

1. Memberi keutamaan kepada pekerja generasi x

Memberi keutamaan pada mereka bukanlah bermaksud memberi sepenuhnya perhatian


kepada mereka tetapi mengambil tahu keadaan dan prestasi mereka. Seperti yang telah
dibincangkan, golongan pekerja daripada generasi x ini sesetengahnya mempunyai masalah
dari segi kesihatan dan juga prestasi mereka maka denagan itu, jabatan sumber manusia perlu
memberi perhatian kepad pekerja generasi x ini sekiranya prestasi kerja mereka semakin
corot dan tidak berkualiti. Jabatan sumber manusia boleh membantu mereka dengan cara
memberi mereka nasihat dan bimbingan motivasi agar mereka boleh memperbaiki
kekurangan mereka dalam prestasi kerja.

RUMUSAN

Kesimpulannya, engurus Gelagat organisasi merupakan satu bidang kajian yang cuba
menyelidiki kesan yang dihasilkan oleh individu, kumpulan, dan seterusnya struktur ke atas
gelagat dalam organisasi, dan kemudian menggunakan pengetahuan ini untuk menjadikan
organisasi lebih efektif. Kita selalu membuat tanggapan umum terhadap gelagat manusia
Sebagai seorang pemimpin dan pengurus yang cemerlang perlu memainkan peranan dalam
membangunkan kemahiran interpersonal, dan kemanusiaan jika mereka ingin melaksanakan
tugas mereka secara efektif. Mereka harus bijak menyelesaikan masalah pekerja dan menjadi
contoh yang baik dan boleh berkomunikasi dengan orang bawahanya. Gelagat organisasi
harus memberi fokus bagaimana meningkatkan produktiviti, meningkatkan kepuasan kerja
dan mengurangkan ketidak-hadiran di kalangan pekerja. Pengurus haruslah peka terhadap
perkembangan sekeliling terutama terhadap gelagat pekerja dalam sesebuah organisasi.
Disampng itu juga pengurus perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran etika tenaga
kerja yang pelbagai, globalisasi dan perubahan teknologi semasa. Dengan adanya semangat
yang komiterd terhadap organisasi maka tiada masalah untu bersaing dengan pihak yang
berdada dalam negara maupun luar negara. Ia juga memberi peluang kepada pengurus

12
BBGO4103

memperbaiki kemahiran kemanusiaan, menangani keadaan persekitaran yang sentiasa


berubah seperti downsizing.

Pengkaji juaga berpendapat bahawa kemasukan pekerja wanita dan generasi x bukanlah
perkara yang negatif malah sekiranya usaha-usaha dijalankan bagi membimbing golongan ini
agar dapat bersama-sama membantu membangunkan ekonomi negara dengan bekerja di
sektor-sektor perindustrian negara.

RUJUKAN

1. Modul Gelagat organisasi (BBGO4103) Open universiti Malaysia, 2014, Dr Faizuniah


Pangil Dr Fais Ahmad/Dr Ooi Yeng Keat/Hanissah A Razak/Naslina Zakaria/Zulkufli
Aziz/Prof Madya Dr Husna Johari Universiti Utara Malaysia

https://drive.google.com/file/d/0Bx3DITwBIn5hWWJJczMzOWVudmM/view?
resourcekey=0-R6A_I0XRXiviPn7s1O1G9A

2. Maksud generasi x, September 19, 2021, Nazurah Hassan

https://siraplimau.com/maksud-generasi-x-y-z-alpha/

3. Penyertaan wanita dalam ekonomi, 2020, Jamaliah Jaafar

https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/
DOSM_BPPA_2-2020_Siri-37.pdf

13
BBGO4103

4. Badan eksekutif slideshare, nov/19/2015, shaff fx

https://www.slideshare.net/muhdsyafiq93/badan-eksekutif-55292330

BAHAGIAN 2

14
BBGO4103

15
BBGO4103

16
BBGO4103

17
BBGO4103

18
BBGO4103

19
BBGO4103

20

Anda mungkin juga menyukai