Anda di halaman 1dari 6

Rusa yang Bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang


bongkak.  Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam
untuk melihat bayangnya.  Rusa itu berasa
bangga melihat tanduknya yang cantik.
           ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun demikian, rusa itu tidak suka pada
kakinya yang kurus.            ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku
mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
            Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing
menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu
berlari sekuat hati.
            Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan
sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan
itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang
kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit.
            Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa
itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
            Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak
berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. 
Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
Harimau Dengan Bayang-bayangnya

    Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang
kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan
bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau
tersebut.
    Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia
seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah
belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.

    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak
sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau,
kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh
binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi
aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu
dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata  kancil. Harimau menjadi sangat marah
dan mengaum dengan sekuat hati.
    "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata
harimau dengan nada yang amat angkuh.
    Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali
sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan
tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau
membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
  "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata
kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke
dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang
jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan
taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-
luasnya.
   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil.
Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan
kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia
telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana
tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya
harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

Semut dan Merpati


POSTED BY PHAULINE PHILIP AT 18:04 CATEGORIES MERPATI, SEMUT 

REACTIONS:

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut
itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan
mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku.
Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut.
Semut memanjat ke atas daun itu. 
Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.

Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti."

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak
merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan
busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati
itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan
anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun
terbang pergi. 

"Terima kasih, semut," kata burung merpati itu.


 "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Sang Singa dan Sang Tikus


POSTED BY PHAULINE PHILIP AT 00:20 CATEGORIES SINGA, TIKUS 

REACTIONS:
Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang.
Lubang itu berada di dalam hutan.Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua
binatang takut dengan Singa itu.

Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan.
Tikus berjalan di dalam gelap.
Tikus tak berapa nampak kerana gelap sangat.
Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu.
Rupa-rupanya tikus terlanggar Singa.

Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.


“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.” Kata sang Singa.
Tikus sangat takut.
“Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya.
Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong.” Rayu sang tikus.

“Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha… Saya adalah raja
rimba… kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan awak.”
Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia
terdengar suara Singa mangaum meminta tolong.
“Aum, tolong!, tolong!” jerit singa.
Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.

Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu.
Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus.
“Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak boleh tolong saya.” Kata
singa.
“Sama-sama.”

Sebab itulah kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada kekuatan dan ada
kelemahan masing-masing. Singa yang kuat pun tak boleh buka jaring, tapi tikus yang lemah, boleh.

Anda mungkin juga menyukai