Anda di halaman 1dari 10

Faktor eksternal tidak mempengaruhi produktiviti pekerja dalam konteks amalan bekerja

secara maya semasa pandemik COVID-19. Bincangkan


Nama Penulis: Annastafio Jaranie
Nombor Matrik: BA19110700
Program & Universiti: Hubungan Industri, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pandemik Covid-19 telah memaksa pekerja di seluruh dunia untuk berkerja dari rumah secara maya.
Langkah ini telah diambil oleh seluruh dunia atas cadangan World Health Organisation (WHO) sebagai
salah satu langkah untuk memutuskan rangkaian Covid-19. Tetapi pada masa yang sama, bekerja di
rumah telah didapati menimbulakn isu produktiviti yang rendah dalam kalangan pekerja. Kajian ini
akan menyiasat adakah produktiviti pekerja dalam konteks amalan bekerja secara maya semasa
pandemik COVID-19 dipengaruhi oleh faktor eksternal. Kajian ini telah dijalankan melalui konsep
tinjauan sistematik di mana data telah dikumpul daripada jurnal-jurnal akademik antarabangsa dan juga
tempatan yang membincangkan isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor eksternal
mempengaruhi produktiviti pekerja yang bekerja secara maya dalam pandemik Covid-19. Antara
faktor-faktor yang menyumbang pekerja yang berkerja secara maya menjadi kurang produktif adalah
kerana tidak ada ruang untuk bekerja yang sesuai di rumah; komitmen peribadi; komunikasi yang
kurang berkesan; terdedah kepada penggunaan media yang tinggi; dan kurang interaksi dengan
manusia.

Kata kunci: bekerja dari rumah; Covid-19; faktor-faktor luaran,

1.0 PENGENALAN

Dunia pekerjaan pada masa kini telah berubah seiring dengan situasi semasa. Menurut Rupietta &
Beckmann, (2016) kelaziman bekerja dari rumah sebenarnya telah meningkat sejak beberapa dekad
yang lalu disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Namun begitu, semenjak
berlakunya kes penularan Virus Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 yang lalu, norma baharu
iaitu bekerja dari rumah kini giat diperkenalkan dan diseru kepada seluruh masyarakat di seluruh dunia
tidak terkecuali negara Malaysia (Satar et. al 2020).

Budaya kerja dari rumah ini dikenali sebagai alternatif untuk mengurangkan risiko jangkitan
Covid-19. Walau bagaimanapun, bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baharu bahkan telahpun
mendapat perhatian oleh beberapa institusi sarjana selama bertahun-tahun. Konsep bekerja dari rumah
pada mulanya disebut oleh Nilles (1988) yang mana sejak tahun 1973, ia dikenali sebagai
Telecommuting atau Telework (Messenger & Gschwind, 2016). Istilah ini merujuk kepada kemampuan
pekerja untuk bekerja di tempat kerja yang fleksibel, terutama di rumah, dengan menggunakan
teknologi yang ada untuk melaksanakan kerja mereka (Gajendran dan Harrison 2007; Grant et al. 2019).
Namun begitu, konsep budaya bekerja dari rumah setelah berlakunya pandemik Covid-19
adalah berbeza dengan keadaan sebelum adanya kewujudan pandemik. Hal ini disebabkan, budaya
tersebut yang perlu diaplikasikan secara sepenuhnya sama ada suka ataupun tidak telah mengundang
pelbagai reaksi daripada pekerja yang akhirnya mempengaruhi produktiviti kerja mereka. Budaya
bekerja dari rumah memyumbang kepada banyak cabaran kepada pekerja dari segi faktor dalam dan
luaran (eksternal). Antara faktor dalaman yang menyebabkan produktiviti pekerja berkurangan adalah
tidak mempunyai pengetahuan tentang cara-cara menggunakan perisian atau platform atas talian. Hal
ini menyebabkan sesetangah pekerja terpaksa mempelajari sistem tersebut lantas menmbulkan isu tidak
berjaya menggunakan sistem atas talian secara berkesan sehingga menybabkan pekerja menjadi kurang
efektif dalam menyempurnakan tugasan pejabat (Satar & Morshidi 2007).

Oleh itu, kajian ini akan merungkai persoalan adakah faktor-faktor eksternal boleh
mempengaruhi produktiviti pekerja semasa bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19? Faktor-
faktor ini juga boleh memberi gambaran tentang kepentingan hal ini pada masa kini yang dijangka boleh
membantu pengakji pada masa akan datang untuk memberi gambaran yang mendalam tentang isu ini.

2.0 SOROTAN LITERATUR

2.1 Kepentingan Produktiviti

Apabila topik mengenai produktiviti berkenaan secara khusus di tempat kerja, umumnya merujuk
kepada seberapa banyak pekerjaan yang dicapai dalam persekitaran kerja tertentu, dalam jangka waktu
tertentu. Secara teori, bagi pekerja pejabat, produktiviti harus dimaksimumkan namun itu tidak berlaku.
Menurut Hanaysha (2015), produktiviti pekerja telah menjadi salah satu objektif terpenting bagi
beberapa organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana tahap produktiviti pekerja yang lebih tinggi
memberikan organisasi dan pekerjanya dengan pelbagai kelebihan. Sebagai contoh, produktiviti yang
lebih tinggi membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang baik, keuntungan besar, dan kemajuan sosial
yang lebih baik.

Selain itu, pekerja yang lebih produktif dapat memperoleh upah / gaji yang lebih baik, keadaan
kerja yang lebih baik, dan peluang pekerjaan yang baik. Menurut Alam et. al (2020), teori motivasi
Maslow mengesyorkan bahawa kenaikan gaji harus membawa kepada motivasi pekerja yang lebih baik
dan pekerja yang bermotivasi bekerja lebih keras dan lebih setia dan, dengan itu, kadar produktiviti
pekerja akan lebih tinggi. Ini disokong oleh Johannsen dan Zak (2020) di mana mereka percaya bahawa
syarikat secara tradisional bergantung pada skim gaji dan faedah untuk menarik, memotivasi, dan
mengekalkan pekerja. Lebih-lebih lagi, produktiviti yang lebih tinggi cenderung untuk
memaksimumkan kelebihan daya saing organisasi melalui pengurangan kos dan peningkatan kualiti
output yang tinggi (Hanaysha 2015, Mesthrighe & Chiang 2019).
Secara keseluruhan, produktiviti pekerja sangat penting kerana ia sangat menyumbang kepada
keseluruhan organisasi di mana pekerja memperoleh tujuan. Tujuan ini dapat memberi inspirasi kepada
pekerja untuk berusaha menjadi yang terbaik. Di samping itu, ia mempromosikan penjanaan pendapatan
yang lebih besar bagi syarikat. Oleh kerana kakitangan syarikat adalah aset terbesar, pekerja yang
produktif akan menghasilkan pulangan pelaburan (ROI) yang lebih tinggi. Selain itu, difahami bahawa
pekerja yang produktif akan meningkatkan persekitaran positif keseluruhan syarikat.

2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Produktiviti

Tenaga kerja yang produktif adalah jentera di belakang setiap syarikat yang berjaya. Mempunyai
sekumpulan pekerja yang rajin dan produktif akan menjadikan organisasi lebih mudah. Sebaliknya,
tenaga kerja yang tidak produktif akan menjadikannya mustahil untuk menyelesaikan sesuatu. Banyak
kajian telah dilakukan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti pekerja. Berdasarkan
tinjauan literatur yang dilakukan, faktor-faktor tersebut dapat dikategorikan kepada 5 tema utama iaitu
persekitaran, ergonomi, upah, fleksibiliti kerja, dan penghargaan. Jadual 1 di bawah menunjukkan
ringkasan faktor yang mempengaruhi produktiviti pekerja yang dikumpulkan dari pelbagai literatur.

Persekitaran tempat kerja dilihat sebagai faktor yang paling banyak dibincangkan di kalangan
penyelidik (Ghabban et al. 2019; Davidescu et al. 2020; Kumar et al. 2016; Ojo et al. 2017; Zongjun
2019). Persekitaran tempat kerja merujuk kepada stesen kerja di sekitarnya yang merangkumi tingkah
laku rakan sekerja, hiasan, kualiti udara dalaman, dan keadaan pencahayaan. Zongjun (2019) sangat
percaya bahawa kualiti udara dalaman mempengaruhi kemampuan berfikir pekerja sehingga
mempengaruhi kemampuan prestasi pekerja. Sebaliknya, Ojo et. al (2017) menyatakan bahawa intensiti
pencahayaan pejabat didapati mempengaruhi prestasi pekerja. Sebuah pejabat yang terang kelihatan
menambah semangat positif di pejabat sehingga mempengaruhi prestasi pekerja. Penjelasan yang sama
ini diberikan oleh Kumar et. al (2016) di mana pejabat hiasan berwarna terang memberikan suasana
yang lebih mesra dan meningkatkan produktiviti pekerja.

Fleksibiliti kerja terbukti menjadi faktor yang paling tidak dibincangkan dalam kalangan
penyelidik. Fleksibiliti kerja merujuk kepada kebebasan waktu kerja yang diberikan kepada pekerja
untuk bekerja dan juga kebebasan tempat kerja cuaca pekerja sama ada di rumah, pejabat, atau di mana-
mana tempat awam. Ghabban et. al (2019) membincangkan fleksibiliti kerja dari segi kebebasan lokasi
kerja. Menurut kajian mereka, memberi kebebasan kepada pekerja untuk memilih tempat kerja pilihan
mereka memberikan tindak balas yang beragam. Sebilangan pekerja didapati lebih produktif kerana
mereka lebih suka bekerja di rumah daripada berada di pejabat sementara di sisi lain sebilangan pekerja
memberi respon yang paling tidak produktif untuk bekerja di tempat lain daripada pejabat mereka
kerana persekitaran pejabat dan rumah tidak serupa dari segi stesen kerja dan persekitaran dalaman.
Jadual 1: Ringkasan literatur faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti

Faktor-Faktor Ojo et. Fasanya Mujan Zongjun Ghabba Davides Kumar


al (2017) & et. al (2019) n et. al cu et. al et. al
Shofolu (2019) (2019) (2020) (2016)
we
(2018)
Persekitaran ✓ ✓ ✓ ✓ ✓
tempat kerja
Ergonomi ✓ ✓ ✓ ✓
tempat kerja
Upah ✓ ✓ ✓
Fleksibiliti kerja ✓ ✓
Ganjaran ✓ ✓ ✓

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini dilakukan berdasarkan pengumpulan pelbagai literatur melalui konsep tinjauan sistematik.
Menurut Linares-Espinos et.al (2018), tinjauan sistematik melibatkan ringkasan kritikal dan dapat
dihasilkan semula hasil penerbitan yang tersedia mengenai topik tertentu. Proses tinjauan
dikembangkan dan dirancang untuk mengurangkan bias dan menghilangkan kajian yang tidak relevan
dan berkualiti rendah. Langkah-langkah untuk melaksanakan tinjauan sistematik termasuk menyaring
abstrak kajian yang dikenal pasti dalam pencarian dan seterusnya teks lengkap yang dipilih (Linares-
Espinos et.al 2018). Terdapat empat langkah yang terlibat dalam melakukan tinjauan sistematik dalam
kajian ini iaitu strategi, kriteria kemasukan dan pengecualian, pengambilan data dan analisis.

3.2 Strategi

Strategi pencarian yang sistematik digunakan melalui Google Scholar. Kata kunci dalam tajuk dan
abstrak digunakan dalam proses pencarian termasuk produktiviti, Covid 19, bekerja dari rumah, dan
bekerja dari jauh. Hal ini telah menghasilkan 23,600 artikel secara keseluruhan.

3.3 Kriteria Kemasukan dan Pengecualian

Kriteria pertama yang dimasukkan dalam pencarian adalah memilih artikel antara tahun 2017-2021.
Kriteria kemasukan kedua adalah menyaring jenis dokumen yang hanya artikel jurnal. Penyertaan
ketiga adalah artikel yang diterbitkan dalam bidang sains sosial, pengurusan, bisnis, dan bidang
psikologi untuk meningkatkan kemungkinan mengambil artikel yang berkaitan. Ini mempunyai 17,000
artikel.
3.4 Pengambilan Data dan Analisis Data

Data dikumpulkan daripada 17.000 artikel digunakan untuk menentukan tema dan subtema penting
untuk analisis ini dengan meninjau judul, abstrak, dan artikel penuh, secara menyeluruh. Satu persoalan
utama digunakan untuk mencari data tertentu yang merupakan faktor luaran yang menyumbang kepada
produktiviti rendah dalam pandemi Covid-19 ketika bekerja dari rumah. Daripada 17,000 artikel ini,
hanya 22 artikel yang didapati sesuai dengan kriteria kajian ini. Data dari artikel ini digunakan untuk
menganalisis karya ini lebih lanjut mengenai faktor luaran penyumbang kepada berlakunya produktiviti
rendah semasa bekerja dari rumah.

4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Faktor-Faktor Eksternal yang Mempengaruhi Produktiviti Pekerja

4.1.1 Tidak ada Ruang untuk Bekerja yang Sesuai di Rumah

Menurut Ramarajan & Reid (2013), pekerja sering merasa sukar untuk menjaga hubungan
antara kerja dan bukan kerja. Hal ini dikatakan demikian kerana, pekerja yang bekerja di rumah
cenderung untuk merasa terganggu dan serba salah untuk melakukan kerja memandangkan mereka
tidak mempunyai ruang kerja khusus untuk mereka selesa memberikan sepenuh perhatian terhadap
tugasan mereka, lebih-lebih lagi jika pekerja tersebut tinggal bersama orang lain, yang mana akan
menyebabkan mereka menghadapi cabaran yang lebih besar berbanding dengan pekerja yang tinggal
sendirian kerana mereka perlu bertolak ansur dengan ruang orang lain yang berada satu rumah dengan
mereka. Hal ini, jelas menunjukkan bahawa faktor eksternal seperti ketiadaan ruang persendirian untuk
pekerja melakukan tugas mereka akan menyebabkan produktiviti kerja mereka menurun.

4.1.2 Komitmen Peribadi

Berdasarkan penulisan Sakpere et.al (2020), yang mana beliau telah membuat soal selidik
terhadap 466 orang responden berkaitan kesan hubungan keluarga terhadap produktiviti dan hasil
tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual 3. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa
pernyataan “Menjaga keluarga telah mengurangkan produktiviti saya selama musim pengurugan ini”
mendapat tempat kedua tertinggi yang disetujui oleh responden iaitu jumlah 69 orang responden
bersamaan 14.18% telah bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa produktiviti seseorang pekerja itu akan
dipengaruhi oleh orang dari rumah mereka. Sebagai contoh, pekerja yang sudah berkeluarga akan
mengalami penurunan produktiviti kerja yang lebih ketara berbanding pekerja yang masih bujang
(Morshidi & Jamaludin 2015; Morshidi et. al 2021). Hal ini dikatakan demikian kerana, fokus mereka
untuk bekerja telah diganggu oleh komitmen-komitmen yang lain sebagai seorang pekerja yang juga
bergelar ibu/bapa atau sebagai suami/isteri. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa faktor gangguan dari
orang rumah juga menjadi penyebab kepada kemerosotan produktiviti pekerja semasa bekerja dari
rumah.
4.1.3 Komunikasi Yang Kurang Berkesan

Menurut Wang et.al (2020), konsep bekerja dari rumah akan menyebabkan pekerja sangat
bergantung pada ICT untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan sekerja, penyelia, dan
pelanggan. Hal ini, bermaksud, mereka tidak dapat berinteraksi secara bersemuka yang mana kaedah
tradisonal itu adalah lebih efektif berbanding kaedah secara atas talian. Kajian kualitatif yang dijalankan
oleh Wang et. al (2020) mendapati bahawa terdapat 21 responden yang menyatakan mereka tidak dapat
menyampaikan maklumat secara berkesan dan tepat pada waktunya ketika berhubungi menggunakan
kemudahan ICT seperti panggilan telefon atau menaip mesej. Hal ini dapat digambarkan melalui
petikan jawapan berikut daripada hasil temu bual kajian Wang et. al (2020) oleh 2 daripada 21
responden yang menyatakan kurang produktif kerana menggunakan ICT:

“Sekiranya saya ingin berkomunikasi dengan orang lain, saya hanya boleh menaip atau menelefon.
Tetapi kadang-kadang, maklumat itu mungkin tidak disampaikan tepat pada waktunya”- (Responden
#4).

“Sekiranya anda bekerja dari rumah, kecekapan kolaborasi secara keseluruhan akan menurun.
Sebilangan maklumat hanya boleh dinyatakan dengan jelas dalam komunikasi bersemuka. Dalam
persidangan video, anda hanya dapat mendengar suara, tetapi anda tidak dapat melihat ekspresi wajah
orang lain. Sekiranya anda tidak dapat melihat reaksi orang lain, anda tidak dapat menjelaskan maksud
anda. Komunikasi secara bersemuka lebih mudah!”- (Responden #2).

Hasil daripada petikan temu bual jelas menunjukkan bahawa bekerja secara maya meyebabkan pekerja
menjadi kurang produktif kerana dipengaruhi oleh komunikasi yang kurang berkesan.

4.1.4 Terdedah kepada Penggunaan Media yang Tinggi

Selepas pandemik Covid-19 merebak ke seluruh dunia, rakyat mula bergantung kepada media atas
talian secara berlebihan (Neill et. al 2020). Hal ini telah menyebabkan ramai individu terdedah kepada
penggunaan media seperti media sosial, media berita, dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat
terkini tentang pandemik ini (Neill et. al 2020). Hasil kajian Hernandez et. al (2021) telah bersetuju
dengan kenyataan Neill et. al (2020) bahawa pendedahan kepada media secara berlebihan didapati
mempengaruhi semua lapisan masyarakat dengan menyebabkan kadar tekanan mental mereka
meningkat sekaligus mempengaruhi produtiviti dalam pekerjaan mereka. Hernandez et. al (2021)
menjelaskan bahawa golongan yang bekerja secara maya terdedah kepada penggunaan media secara
secara berlebihan ketika mereka sedang bekerja atas talian kerana laman sesawang berita sering
menghantar berita terkini berkaitan Covid-19 lantas pekerja mendapati perkara itu sangat menganggu
konsentrasi pekerja ketika membuat kerja pejabat mereka sekaligus menyebabkan mereka tertekan dan
kurang produktif dalam kerja mereka.
4.1.5 Kurang Interaksi dengan Manusia

Kurang interaksi dengan orang lain didapati hanya mempengaruhi golongan yang suka bersosial. Isu
ini terjadi kerana segelintir manusia didapai bekerja secara berkesan apabila dapat berinteraktif dengan
rakan sekerja mereka. Hal ini digambarkan oleh Madan, Mani, dan Pillitula (2020) di mana mereka
telah membuat kajian untuk mencari hubungan antara kadar interaktif dan produktiviti pekerja. Kajian
mereka mendapati bahawa kebanyakan pekerja hanya boleh menjadi produktif apabila mereka ada
rakan sekerja mereka sahaja. Responden dalam kajian Madan, Mani, dan Pillitula (2020) menjelaskan
bahawa kerja mereka akan bergerak secara berkesan apabila ada interaksi kerana ketika bekerja di
pejabat, mereka berjaya membina komunikasi dan kordinasi yang tinggi dengan rakan sekerja mereka.
Selain itu, kajian Wang et. al (2020) memberi penjelasan yang lain iaitu, pekerja berasa keseorangan
sekaligus mempengaruhi kesihatan mental pekerja seperti murung. Hal ini menyebabkan perkerja
berasa kurang produktif untuk meneruskan kerja mereka secara maya kerena mereka inginkan interaksi
secara bersemuka.

5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Cadangan

5.1.1 Penyelidik

Penulis menilai cadangan yang perlu dilaksanakan oleh penyelidik seterusnya adalah dengan
menghurai lebih mendalam mengenai kesan yang akan berlaku terhadap produktiviti pekerja yang
disebabkan oleh faktor-faktor eksternal agar dapat dijadikan sebagai panduan oleh pihak pengurusan di
masa akan datang.

5.1.2 Mahasiswa

Penulisan ini perlu diberikan perhatian secara menyeluruh oleh mahasiswa kerana elemen
faktor eksternal dalam konteks hubungan Industri ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam dunia
pekerjaan kelak. Melalui penulisan ini, mahasiswa akan mengetahui bahawa terdapat faktor-faktor
luaran yang tidak dapat dikawal yang mampu mempengaruhi tahap produktiviti seseorang. Dengan
demikian, mereka yang bakal menjadi pegawai dalam Pengurusan Sumber Manusia akan dapat
memahami situasi ini dan menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan di masa akan
datang.

5.1.3 Kajian Akan Datang

Penulisan ini dapat dijadikan inspirasi kepada pengkaji dimasa akan datang dalam membuat
pemilihan tajuk yang sesuai bagi kajian-kajian seterusnya berkaitan konsep bekerja dari rumah dan juga
faktor-faktor eksternal sebagai pengaruh terhadap produktiviti seseorang pekerja. Selain itu penulis
akan datang boleh mengkaji cara-cara untuk mengurangkan kesan daripada terlibat dalam faktor-faktor
ini. Adalah dicadangkan untuk mejalankan kajian tersebut secara kualitatif untuk memahami konteks
ini secara mendalam terutamnya di negara-negara Asia kerana isu ini dikaji secara mendalam di negara
Eropah sahaja.

5.2 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, terdapat 5 faktor yang didapati mempengaruhi produktiviti pekerja


dalam kalangan pekerja yang bekerja secara maya. Faktor-faktor berikut adalah tidak ada ruang untuk
bekerja yang sesuai di rumah; komitmen peribadi; komunikasi yang kurang berkesan; terdedah kepada
penggunaan media yang tinggi; dan kurang interaksi dengan manusia. Faktor-faktor ini dikategorikan
sebagai faktor eksternal kerana faktor-faktor ini tidak boleh dikawal. Setiap faktor-faktor juga didapati
menyumbang kepada 1 kesan yang sama iaitu kesan kepada kesihatan mental. Oleh itu, isu ini haruslah
dipandang secara serious oleh pengkaji dalam bidang psikologi dan juga bidang kesihatan awam.
RUJUKAN

Azizan Morshidi, Kee Y Sabariah & Mohammad Idris Bullare. 2021. Trade Union and Job Changes in
Volatile Times: A Systematic Literature Review & Future Research Agenda. International Journal of
Academic Research in Business and Social Sciences. Volume 11. Issue 2. 923-937.

Davidescu, A., Apostu, S., Paul, A., & Casuneanu, I. 2020. Work Flexibility, Job Satisfaction, and Job
Performance among Romanian Employees—Implications for Sustainable Human Resource
Management. Sustainability, 12(15), 6086.

Fasanya B.K., Shofoluwe M. 2019. Occupational Ergonomics: Emerging Approaches Toward


Improved Worker Productivity and Injury Reduction. In: Goonetilleke R., Karwowski W. (eds)
Advances in Physical Ergonomics & Human Factors. AHFE 2018. Advances in Intelligent Systems and
Computing, vol 789.

Ghabban, F., Selamat, A., Ibrahim, R., Krejcar, O., Maresova, P., & Herrera-Viedma, E. 2019. The
Influence of Personal and Organizational Factors on Researchers’ Attitudes towards Sustainable
Research Productivity in Saudi Universities. Sustainability, 11(17), 4804.

Grigore, O. M. 2020. Factors Contributing to Work-Related Absenteeism during the COVID-19


Pandemic. Management Dynamics in the Knowledge Economy, 8(4), 401.

Hernández, Y. A. T., Parente, F., Faghy, M. A., Roscoe, C. M., & Maratos, F. 2021. Influence of the
COVID-19 lockdown on remote workers’ physical and psychosocial wellbeing and work productivity.

Johannsen R and Zak PJ. 2020. Autonomy Raises Productivity: An Experiment Measuring
Neurophysiology. Front. Psychol. 11:963.

Kniffin, K. M., Narayanan, J., Anseel, F., Antonakis, J., Ashford, S. P., Bakker, A. B., ... & Vugt, M.
V. 2021. COVID-19 and the workplace: Implications, issues, and insights for future research and
action. American Psychologist, 76(1), 63.

Kumar, S., Duhan, M., & Haleem, A. 2016. Evaluation of factors important to enhance
productivity. Cogent Engineering, 3(1), 1145043.

Linares-Espinós, E., Hernández, V., Domínguez-Escrig, J., Fernández-Pello, S., Hevia, V., & Mayor,
J. et al. 2018. Methodology of a systematic review. Actas Urológicas Españolas (English Edition),
42(8), 499-506.

Madan, N., Mani, D., & Pillutla, M. 2020. The Impact of Job Need for Human Proximity and
Communication Technologies on Remote Work Efficacy. Available at SSRN 3675478.
Mohd Satar, N.S., Morshidi, A.H. & Dastane, O. 2020. Success Factors for e-Learning Satisfaction
during COVID-19 Pandemic Lockdown. International Journal of Advanced Trends in Computer
Science and Engineering, Volume 9, No.5.

Morshidi, A.H. & Jamaludin, R.H. 2015. Relationship between Workplace Incivility, Job Attitudes and
Muslim Religiosity Personality Among Trade Union Members. Global Journal Al-Thaqafah (GJAT).

Mujan, I., Anđelković, A., Munćan, V., Kljajić, M., & Ružić, D. 2019. Influence of indoor
environmental quality on human health and productivity - A review. Journal Of Cleaner
Production, 217, 646-657.

Neill, R., Blair, C., Best, P., McGlinchey, E., & Armour, C. (2020, July 1). Media Consumption and
Mental Health during COVID-19 lockdown: A UK Cross-sectional study across England, Wales,
Scotland and Northern.

Ojo, S., Bailey, D., Chater, A., & Hewson, D. 2018. The Impact of Active Workstations on Workplace
Productivity and Performance: A Systematic Review. International Journal Of Environmental
Research And Public Health, 15(3), 417.

Rizal Idris, Rafiq Idris & Azizan Morshidi. 2021. The Contemporary Observations of Paradiplomacy:
The Case of Sabah-Australia Connections. International Journal of Academic Research in Business and
Social Sciences. Volume 11. Issue 2. 1227-1233.

Rupietta, K., & Beckmann, M. 2016. Working from home: What is the effect on employees' effort? (No.
2016/07). WWZ Working Paper.

Sakpere, A. B., Olanipekun, I., Sakpere, W., & Ige, I. A. 2020. Work Productivity in the Period of
COVID-19 Pandemic and Lockdown: A Developing World Perspective. Proceedings of the Nigerian
Academy of Science, 13(1s).

Satar, S., & Morshidi, A. 2007. An Evaluation of Cultural Roles and Usability Attributes in Learning
Management System. Faculty of Information Technology and Multimedia Communication, Open
University Malaysia.

Wadu Mesthrige, J. and Chiang, Y.H. 2019, "The impact of new working practices on employee
productivity: The first exploratory study in Asia", Journal of Facilities Management, Vol. 17 No. 2, pp.
122-141.

Wang, B., Liu, Y., Qian, J., & Parker, S. K. 2021. Achieving effective remote working during the
COVID‐19 pandemic: A work design perspective. Applied Psychology, 70(1), 16-59.

Zongjun, L, 2019, Research on Factors Affecting Employee Productivity in Shanghai (December 2019).
International Journal of Management (IJM), 147–160.

Anda mungkin juga menyukai