Anda di halaman 1dari 4

TALKING POINT HM HAFIZ SEMPENA SAMBUTAN HARI 

GURU TAHUN 2023

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Madani

Yang dihormati barisan Penolong Kanan SK Lebir


Yang saya kasihi serta diraikan, barisan guru SK Lebir
Serta anak –anak didik SK Lebir yang cemerlang

Pertamanya, marilah kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-
sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lebir bagi Tahun 2023, dalam suasana
yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU PEMANGKIN GENERASI MADANI ” itulah tema
perayaan hari guru pada tahun ini.

Menjadi contoh, mencurah ilmu,


Tak kenal lelah, tak tahu jemu;
Itulah cikgu, itulah guru,
Besar jasanya sejak dahulu.

Guru-guru yang dikasihi,


Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau
kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak
bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak
terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan
kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam
menyumbang ke arah pembangunan potensi dan masa depan murid.
Justeru, amatlah wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi
kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita
memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan
terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah
ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa. Sejauh
mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan
mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, Berjaya dan cemerlang
dalam kehidupan.

Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat
besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan
harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru
sebenar.
GURINDAM GURU SEJATI

Guru sejati muhasabah diri,


Bijak bertindak dan berdikari.
Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,


Tutur katanya penuh bererti.
Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Rela berkorban apa sahaja,


Kurang cakap banyak bekerja.
Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Membina, membentuk insan berakhlak


Gigih membimbing tak pernah jelak.
Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati sentiasa proaktif,


Tenang tenteram berfikiran positif.
Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,


Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Guru-guru SK Lebir yang dikasihi,

Hadiah sebesar gunung, saya tak punya.Tapi apa yang mampu saya beri hanyalah doa
kepada yang Maha Esa, agar cikgu diberi kesihatan yang baik, kesabaran dalam mendidik
anak-anak murid, keberkatan hidup, rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang sejahtera.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu
yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah  ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.
Puisi : BUAT YANG BERNAMA CIKGU - voice Kitaro

Biarkan aku menjadi lilin


untuk ku terangi alam
walau kerlipan kecil
namun…. Tetap hangat
tetap membara
membakar hati dan minda

Biarkan aku menjadi lilin


menerangi laluan kecil
pada sebuah kehidupan
pada sebuah perjalanan
pada sebuah cita dan pengharapan
jua pada sebuah destinasi

biarkan aku menajdi lilin


walau panas membahang
walau pedih menikam
walau darah menitis membasah
akan aku teruskan
setiap lafaz yang diucap
setiap kata yang diukir
setiap rasa yang terpamer
demi sebuah perjuangan

biarkan aku menjadi lilin


biarpun membakar diri
tidak ku hiraukan
tidak jua ku tangiskan

ayuh renungkan dalam diri


di manakah kita?
Siapakah kita ?
bagaimanakah kita?

Selamat hari guru


terima kasih
SIAPAKAH DIA?

Mengapakah dia ada?


Hadirnya tanpa diminta
Dari aku tidak mengenal pena
Hingga selaut dakwat kalam aku gunakan

Dengan tuturnya mencurah ke dada


Dengan marahnya terpalit sejuta kasih mesra
Dengan nasihatnya
terbongkar segunung kerisauan

Tanpa lelah dan pasrah


Dia mencipta karya hidup manusia
Siapakah dia ?
Siapakah Dia ?

Dia bukan hanya mengajarmu


Dia banyak belajar darimu
Dia banyak berkorban untukmu
Dia bukan hanya menengkingmu
Dia banyak bersabar denganmu
Dia bukan hanya merotanmu
Dia banyak sakit keranamu

Dia tiada apa-apa


Tanpa mu siapalah dia ?

Dialah guru dia cikgu


Dialah sifu
Dialah ayah
Dialah ibu
Dan dialah segalanya.

Terima kasih Cikgu

Nukilan ;Namaku_mirza
SK.Lebir
15 Mei 2023

Anda mungkin juga menyukai